Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Wednesday, 7 December 2011

MENGGAPAI RINDU 17

oleh Azieana

Bab 17
MEREKA begitu seronok dan gembira  menyambut hari lahir Aiman buat pertama kalinya walaupun begitu ringkas. Intan memang bercadang untuk pulang sebelum waktu maghrib tapi Datuk Amran yang beria-ria mahu dia menikmati makan malam bersama dan Intan terpaksa akur. Tak sampai hati pula mengecewakan lelaki itu.
Selepas selesai makan malam, Intan menuju ke satu ruang. Dulu, tempat itu sering menjadi tempat dia melepas perasaan sambil berbicara sendirian. Aiman dibiarkan bermain bersama Faris dan atuknya. Biarlah mereka menghabiskan masa seketika dan dia tak rasa ingin turut serta. Tentang Datin Saidah, Intan tak mahu ambil tahu. Mungkin wanita itu ada agenda yang tersendiri. Kak Bedah pula membantu Supiah di dapur.
“ Intan...”
Intan menoleh perlahan ke belakang. Benar-benar terkejut melihat wajah orang yang menyebut namanya tadi. Lama matanya terpaku menatap wajah itu. Dia sendiri tak tahu bagaimanakah harus memberi reaksi ketika ini. Namun senyuman yang menghiasi wajah wanita yang berusia lewat 50an itu membuatkan Intan turut mengukir senyum. Dia berganjak sedikit, memberi ruang untuk wanita itu berada di sebelahnya.
“ Auntie tahu, tempat ini menjadi tempat kesukaan Intan....kekadang auntie pernah terbayangkan tubuh Intan sedang berdiri di sini...” Datin Saidah besuara sambil mengukir senyum membuatkan Intan diam kaku. Bukan hanya teguran dari wanita itu yang membuatkan dia terkedu, tapi cara wanita itu membahasakan dirinya sebagai `auntie` itu cukup membuatkan dirinya resah. Sebelum ini, wanita itu begitu megah dengan pangkatnya sebagai Datin dan bercakap dengannya dengan bahasa yang bongkak disamping membahasakan dirinya `saya`.
“ Kenapa? Hairan ya...!” Datin Saidah dapat meneka gelodak di hati Intan tentang sikapnya kali ini.
“ Intan, auntie nak minta maaf kalau selama ini auntie banyak melukan hati Intan. Auntie menyerahkan 100% kesalahan hanya pada Intan sedangkan orang yang sebenarnya yang bersalah adalah auntie. Kerana auntie, Intan dan Faris berpisah sedangkan auntie tahu Faris sudah mula sukakan Intan tapi auntie yang mendesak Intan untuk berpisah. Auntie terlalu ego...pentingkan diri sendiri hingga sanggup mengorbankan perasaan Faris, satu-satunya anak yang auntie mampu miliki!” kata Datin Saidah denganwajah sayu.
“ Sudahlah Datin... perkara dah lepas. Tak ada gunanya kita ungkitkan lagi. Saya dan Faris masing-masing dah ada kehidupan sendiri” suara Intan. Kesian pula melihat wajah sugul Datin Saidah.
“ Tapi Intan dan Faris berpisah kerana auntie....semuanya berpunca dari auntie. Auntie yang memaksa Intan sehingga Faris menceraikan Intan. Kalian berdua tak bersalah !” sayu Intan melihat Datin Saidah yang sedang mengelapkan air mata.
“ Saya harap Faris tak tahu punca sebenar perceraian kami.  Biarlah dia terus menuduh saya pentingkan diri sendiri. Saya tak nak dia menyalahkan Datin dan juga menyalahkan dirinya sendiri” pujuk Intan sambil mencapai tangan Datin Saidah. Digenggam erat sambil mengukir senyum.
“ Intan....Intan masih ada waktu  untuk selamatkan perkahwinan Intan dengan Faris. Kesian Aiman!” berkerut dahi Intan merenung wajah Datin Saidah. Seakan tidak percaya bahawa kata-kata itu keluar dari mulut wanita anggun itu. Wanita yang tak pernah menerima dirinya sejak bertahun-tahun. Bermimpikah dia?
“ Maafkan saya, Datin. Saya  dah ada pilihan lain...Izzat namanya. Dia selalu ada di sisi saya ketika suka dan duka. Malah dia yang telah mengazankan Aiman ketika dilahirkan dulu. Kami dah lama berkawan, hanya tunggu masa yang sesuai saja untuk bersama dan Aiman pun memang sayangkan dia!” sengaja Intan menyebut nama Izzat di hadapan Datin Saidah dengan harapan agar wanita itu sedar bahawa selama ini dia tidak pernah mengharapkan untuk bersama Faris semula dan Aiman tidak memerlukan Faris sebagai bapa.
Datin Saidah merenung seketika wajah Intan. Wajah bekas menantunya itu di amati, memang wajah itu tiada cacat celanya. Tetap manis dan cantik menawan walaupun bertahun tidak dipandangnya. Entah kenapa hatinya menjadi sebak mendengar kata-kata Intan. Jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan agar berlakunya sesuatu.
“ Kalau Intan dan dia dah kenal lama,...kenapa tak kawin aje?...atau Intan sememangnya tak pernah mencintai lelaki itu?” terkedu Intan mendengarnya. Hatinya mula gelisah. Tidak tahu jawapan yang bagaimana boleh diberikan untuk menjelaskan hal itu.
“ Er...” terkapai-kapai Intan cuba mencari jawapan sambil mengetap bibir.
“ Sebenarnya, Intan juga mencintai Faris kan sepertimana Faris mencintai Intan sejak bertahun-tahun!...betulkan?” gesa Datin Saidah sambil mengorak senyum membuatkan Intan cepat-cepat menyembunyikan wajahnya.
“ Auntie tahu...Intan masih mengharapkan Faris. Intan tengok Aiman....wajahnya saling tak tumpah seperti wajah Faris. Pastinya setiap kali Intan merenung wajah Aiman, wajah Faris yang terbayang!”
 Datin Saidah cuba menyelami perasaan yang dialami oleh Intan. Kalau benarlah Intan juga menyintai Faris, dia akan akur. Dia tak mahu menyeksa perasaan Faris lagi. Kalau boleh dia mahu mereka bersatu semula dan hidup bahagia. Kali ini dia akan merestui hubungan mereka.
Rupa-rupanya perbualan mereka berdua turut didengar oleh Faris. Berdebar-debar hatinya menanti jawapan Intan. Betulkan Intan masih mengharapkannya dan Intan juga menyintainya?
“ Datin silap, saya tak pernah ada perasaan pada Faris. Kami berkahwin kerana keadaan yang memaksa dan dia tahu akan hal itu” Intan memberi jawapan membuatkan Datin Saidah mengeluh kecewa. Wajahnya benar-benar muram. Ternyata dia terpaksa melupakan hasrat untuk menyatukan semula Intan dan Faris. Dia dapat menyelami perasaan Faris sejak kebelakangan ini, nampak tertekan walaupun dia sendiri tak tahu hujung pangkalnya anak kesayangannya itu bersikap demikian. Kini, dia tahu bahawa Intanlah puncanya Faris tertekan begitu.
Faris terus berlalu selepas mendengar jawapan Intan.kata-kata itu begitu pedih untuk diterima. Dia melangkah longlai meninggalkan ruang itu dengan hati yang remuk.
“ Maafkan auntie kerana tersilap. Auntie sangkakan Intan juga menyayangi Faris. Auntie tak sanggup melihat Faris merana sejak berpisah dengan Intan...tapi auntie mohon, pertimbangkanlah perasaan dia. Auntie pergi dulu!” Datin Saidah melangkah pergi meninggalkan Intan keseorangan.
Intan mengeluh perlahan. Kata-kata dan permintaan Datin Saidah mengembalikan dia pada apa yang berlaku dulu.
“ Dengar sini, jangan harap saya akan terima awak sebagai menantu dalam rumah ini dan jangan harap saya akan berbuat baik dengan awak. Saya dah ada pilihan sendiri untuk Faris dan saya mahu awak dan Faris berpisah secepat mungkin. Saya mahu awak lakukan apa saja supaya dia membenci awak....ingat....kedatangan awak ke dalam keluarga ini tidak pernah dihargai dan dialu-alukan ….sampai bila-bila pun saya tak akan terima awak sebagai menantu dalam rumah ini” tajam Datin Saidah merenung wajah Intan yang menikus sebaik saja dia diperkenalkan dengan wanita itu buat pertama kalinya.
Sejak dari hari itu, ada –ada saja tingkah laku Intan yang tidak disenangi oleh Datin Saidah. Dan dengan kehadiran Kamilia yang sering bertandang itu menambahkan lagi kelukaan di hati Intan. Hendak mengadu pada Faris....lelaki itu tidak pernah mengendahkannya seolah-olah dia tidak wujud di banglo itu apa lagi mahu menganggap dia sebagai isteri. Oleh kerana dia tidak tahan untuk terus berada di rumah itu, dia terus bersetuju dengan rancangan Datin Saidah walaupun ketika itu Faris mula melayannya dengan baik.
“ Dengar sini Datin, saya yang merancang semua tu...saya yang menjerat Faris supaya dia menerima saya. Saya mahu buktikan bahawa saya mampu menundukkan dia dan saya juga boleh memiliki harta keluarganya....saya tak pernah cintakan dia....saya hanya memperalatkan dia....Datin tak perlu risau, selepas apa yang saya dapat, saya akan tinggalkan dia!” kata Intan dengan nada angkuh. Dia tahu ketika itu Faris sedang mendengar kata-katanya dan dia memang menunggu peluang itu.
“ Intan...apa yang you cakap ni?....I ingatkan selama ini you ikhlas terima I...” Faris tiba-tiba muncul dengan wajah menyinga.  Gerun Intan melihatnya tapi dia terpaksa berlakon seolah-olah dia tidak gentar dan Datin Saidah yang turut berada di situ tersenyum simpul.
“ Faris....kan mama dah kata, perempuan ni terima Faris bukan kerana dia cintakan Faris....kalau Faris dengar cakap mama dan terima Kamilia....benda ni tak akan berlaku...” Datin Saidah memasukkan jarum. Faris mendengus kasar.
“ Intan...betul apa yang you cakapkan?” soal Faris cuba meminta kepastian. Sayu hatinya mendengar kata-kata Intan sedangkan dia mula menyayangi isterinya.
“ Yap.... untuk apa lagi I jadi menantu di rumah kalau mama you tak pernah terima I....I dah tak tahan hidup macam ni...I nak bebas!” Intan membalas pandangan Faris.
Faris mengetap gigi. Wajahnya merona merah.
Fine,  kalau you dah tak suka tinggal di rumah ini dan tak mahu menjadi menantu di rumah ini, you boleh pergi....I pun tak boleh terima isteri yang berperangai macam you....mungkin sangkaan I selama ini adalah salah....”
 Faris beredar pergi ke biliknya. Tidak lama kemudian, dia muncul semula dengan membawa sebiji beg dan dilemparkan di hadapan Intan. Terpegun Intan melihatnya. Dia kenal beg itu.
Now....get out....berambus dari rumah ni....mulai sekarang I tak nak tengok muka you lagi dan sekarang juga I ceraikan you dengan talak satu....!”
Intan menelan liur. Wajah Faris yang sedang amarah itu cukup menggerunkan. Tak pernah Intan melihat Faris berkeadaan begitu. Datin Saidah juga di lihatnya turut terkejut.
“ Faris...” hanya itu yang mampu Intan suarakan. Matanya terasa panas, sedikit waktu lagi pasti kolam matanya akan pecah.
“ Apa tunggu lagi...berambus sekarang...” tempik Faris sambil menarik tangan Intan dengan kasar sambil diperhatikan oleh Datin Saidah.
“ Faris, I`m sorry...” mohon Intan sambil mengalir air mata. Tak sangka begitu sekali Faris bertindak mengusirnya dengan kasar. Faris kini bukanlah Faris yang dikenalinya. Lelaki itu bertindak cukup kasar, mukanya bengis. Sedikit pun tiada rasa simpati padanya.
“ Mulai sekarang...you bukan isteri I lagi...dan you tak layak tinggal di sini...” Faris membuka pintu sambil melempar kasar beg Intan.
“ Faris....I tak tahu kat mana I patut pergi sekarang...” Intan sebak. Memang dia buntu memikirkan dimanakah dia perlu pergi saat ini. Di luar suasana gelap dan hujan mula turun makin lama makin lebat.
“ I tak mahu fikir... you kan bijak, you cari aje mana-mana jantan untuk you menumpang....apa lagi....berambuslah sekarang” Faris menolak tubuh Intan sehingga dia jatuh terjelepuk,  lelaki itu mendengus kasar dan tidak peduli dengan suara Intan yang merayu agar dikasihani.
Saat ini, hati Faris benar-benar keras. Tidak sedikit pun timbul rasa simpati. Selepas menolak tubuh Intan kasar, dia terus menutup pintu. Membiarkan Intan terus kebasahan di luar dalam suasana gelap. Dia tidak mahu memikirkan apa-apa hal berkaitan dengan Intan.
Saat kakinya melangkah keluar dari banglo mewah itu, dia bertekad tidak akan sesekali bertemu dengan lelaki itu lagi walaupun sebenarnya lelaki itu tidak pernah bersalah. Setiap langkahnya diiringi dengan air mata, bersama  mengharungi suasana yang makin gelap. Dia sempat bermalam di rumah sewa seorang teman sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Hati Intan makin parah bila orangtuanya sendiri turut mengusir sebelum sempat kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Nasib baik dia berfikir untuk meminta pertolongan dari Joanna. Kerana Joanna  dan juga Izzat, dia dapat hidup seperti sekarang.
“ Maafkan Intan auntie, bukannya Intan tak pernah cintakan Faris, tapi Intan tak sampai hati nak menghampakan orang yang banyak berjasa untuk Intan walaupun secara tak langsung Intan turut mengecewakannya!” Intan cepat-cepat  menyapu air matanya yang mengalir laju. Kalau boleh dia tak mahu mereka sedar yang dia pernah menangis sebelum menyertai Aiman dan orangtua Faris semula.
****************

INTAN melabuhkan punggung di kerusi selepas selesai menunaikan solat Asar. Aiman dibiarkan  bersama kak Bedah, mungkin kak Bedah sedang memandikan Aiman. Intan memasang TV di ruang tamu seketika sebelum berlalu ke ruang dapur. Kali ini dia sendiri mahu memasak untuk makan makan.
“ Eh....tak payahlah Intan masak....inikan kerja kak Bedah...” kak Bedah agak terkejut bila melihat Intan begitu sibuk di dapur. Ketika itu dia baru saja menyiapkan Aiman.
“ Tak apa....biarlah kali ini  Intan yang masak...kasi kak Bedah berehat” kata Intan ambil tersenyum.
“ Jangan malukan kak Bedah....” segan pulak kak Bedah kalau dibiarkan Intan memasak keseorangan.
“ Ok...kalau macam tu, kita masak sama-sama ya...” Intan ketawa kecil membuatkan kak Bedah tersenyum lega. Aiman turut berada di ruang dapur, hanya memerhati mamanya dan kak Bedah memasak. Sesekali celoteh Aiman mengundang tawa mereka berdua.
Selepas solat maghrib dan makan malam, Intan berehat di ruang tamu sambil melayan Aiman yang sedang mewarna gambar. Kak Bedah muncul dengan menjinjing beg plastik dan diserahkan pada Intan.
“ Apa ni, kak Bedah” tanya Intan kehairanan.
“ Pemandu Datin Saidah yang hantarkan tadi untuk Aiman!” Intan mengeluarkan  kotak yang mengandungi mainan mahal dari plastik itu. Aiman terus bersorak riang sebaik saja nampak mainan itu.
“ Mama beli?” tanya Aiman sambil membelek kotak mainan kereta control itu.
“ Tak, sayang....nenek Aiman yang hadiahkan untuk Aiman, Aiman suka?” Aiman mengangguk sambil tersenyum. Kotak mainan itu di peluk erat.
Aiman berlari ke arah pintu bila mendengar bunyi loceng. Sudah acap kali Intan melarang Aiman dari terus meluru ke arah pintu. Bimbang takut berlaku perkara yang tidak diingini. Kak Bedah segera bergegas sebelum sempat Aiman membuka pintu.
“ Papa...papa....." Aiman segera mendakap tetamu yang muncul di hadapannya.
“ Aiman, anak papa!” Faris mencium pipi Aiman sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Intan yang menyedari kehadiran Faris bergegas menyarungkan tudung kepala.
“ Faris...” Intan bersuara dan mempersilakan lelaki itu duduk.
Sejak majlis hari jadi tempohari, Aiman sudah petah memanggil Faris dengan panggilan papa. Faris juga menjelaskan kepada Aiman bahawa dialah bapa kandung Aiman. Aiman hanya mengangguk, entah faham entah tidak.
“ I cuma singgah sekejap aje, rindu nak jumpa Aiman” beritahu Faris bila melihat Intan nampak tak selesa dengan kemunculannya.
“ I sebenarnya nak jumpa kawan....er...I menggangguke?”
“ T..tak...kebetulan I pun sedang berehat selepas makan malam tadi...”
“ Faris... I ke dapur sekejap...” Intan berlalu meninggalkan Aiman dan Faris. Faris hanya diam membisu. Sebenarnya dia pun rasa tak selesa untuk bersemuka dengan Intan setelah mendengar percakapan antara Intan dan mamanya tempohari. Hatinya berat mengatakan antara dia dan Intan memang tiada berjodoh dan dia perlu pasrah dengan keadaan. Sementara Intan ke dapur, Faris melayan Aiman yang menunjukkan buku mewarnanya, juga hadiah pemberian dari Datin Saidah.
“ Jemput minum...” pelawa Intan yang telah menghidangkan teh panas.
“ Terima kasih...”
Masing-masing diam. Aiman memandang wajah Faris dan Intan silih berganti, hairan melihat wajah kedua orangtuanya yang hanya diam membisu.
“ Besok hari minggu, boleh tak I nak bawa Aiman keluar jalan-jalan?’ Faris bersuara. Dan memang  itulah tujuan dia datang.
“ Er...I tak kesah....you tanyalah Aiman”
“ Aiman, Aiman nak ikut papa jalan-jalan tak besok?” Faris memandang wajah Aiman.
“ Nak....mama ikut?” Aiman merenung wajah Intan, begitu juga dengan Faris. Berdebar-debar dada Faris menanti jawapan Intan.  Gembira sekali andainya Intan mahu turut serta.
“ Tak, sayang...mama ada kerja....” Intan memberi alasan sambil mengerling sekilas ke arah Faris. Ternyata lelaki itu nampak kecewa mendengar jawapannya.
“ Tak pe....nanti kita ajak auntie Rya sama....” pujuk Faris membuatkan Intan tiba-tiba tersentak. Terkejut bila nama Arianna di sebut oleh Faris. Perlahan-lahan Intan menelan liur. Entah kenapa hatinya menjadi sebak tiba-tiba mendengar Faris menyebut nama Arianna. Cemburukah dia?
“ Ok...I terpaksa pergi sekarang, nanti besok...I datang jemput Aiman...kalau boleh I nak hantar Aiman lewat sikit, mama nak jumpa!” Intan sekadar mengangguk.
Intan mengikut langkah Faris menghantarnya ke muka pintu bersama Aiman.
“ Betul ni you tak nak ikut?” tanya Faris lagi dengan harapan Intan akan berubah hati.
“ Ya....I pun ada janji nak keluar dengan Izzat” Intan sekadar memberi alasan. Terasa segan pula nak menerima pelawaan Faris, sedangkan tadi dia menolak. Takkanlah dia nak menerima ajakan Faris setelah mendengar Faris menyebut nama Arianna. Nampak sangat dia ni cemburu mendengar nama Arianna di sebut.
*************

SELEPAS menidurkan Aiman, Intan masuk ke biliknya dan membiarkan kak Bedah dengan urusannya. Dia sayangkan kak Bedah seperti sayangnya seorang kakak. Dia amat mempercayai kak Bedah dan selama ini kak Bedah banyak membantu dia menguruskan hidup. Pada awalnya, kak Bedah adalah pembantu rumah Pangeran Abu Samah, ayah kepada Izzat. Tapi setelah Intan berpindah rumah dan melahirkan Aiman, kak Bedah di suruh mengikutnya. Kak Bedah asalnya orang Johor. Dulu, dia pernah berkahwin tapi suaminya meninggal di usia muda. Dah 10 tahun kak Bedah menjanda. Sejak dia mengenali kak Bedah, wanita itu telah pun 5 tahun bekerja di rumah Pangeran Abu Samah dan selama 5 tahun juga kak Bedah hidup bersamanya.
Ingatan Intan pada kak Bedah terganggu bila telefon bimbitnya berbunyi. Bibirnya mengukir senyum melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.
“ Assalamualaikum!”
“ Waalaikumussalam!”
“ Wah!...lama tak call along...ni mimpi apa ni tiba-tiba call!” Intan bersuara riang.
“ Along ni....nak harapkan Iman call aje...along tu, susah sangat nak call Iman....tak kanlah tak ada masa atau pun asyik sibuk memanjang mengalahkan YB...” Intan tergelak mendengar kata-kata adiknya.
“ Gelak lah pulak....orang serius ni....exercutive gaji besar macam along ni tak kanlah berkira pasal kredit telefon kot!” kata Iman lagi. Kata-kata Iman hanya di balas dengan gelak kecil oleh Intan. Dia tahu dia yang bersalah. Selama ini Iman aje yang selalu menghubunginya.
“ Bukan along tak nak call...nak sangat...tapi entahlah.....along jadi serba salah. Kalau boleh along nak sangat tahu pasal perkembangan keluarga kita. Pasal ayah, pasal mak, pasal Imran....tapi along jadi segan pulak!” Intan tiba-tiba rasa hiba.
“ Pasal Iman tak nak tahu?...itu pasal along jarang nak call Iman...” Iman mencelah, berpura-pura jauh hati.
“ Sebenarnya along rindukan keluarga kita... mak, ayah, Imran....dan yang paling istimewa adik kesayangan along ni! ” Intan mengetap bibir menahan sebak di dada. Sememangnya dia betul-betul merindui keluarganya. Walaupun bertahun  dia tidak ketemu keluarganya, ....tapi wajah mereka sentiasa tersemat di hati. Sekalipun dia tak pernah lupa.
“ Along...Iman call ni nak bagi tahu along berita baik...kalau along  dengar, mesti along happy sangat!”
“ Ya?...apa dia?...Iman nak cepatkan tarikh pernikahanke!....Hmm...ini mesti dah tak sabar ni....” usik Intan sambil tergelak. Memang itu yang ada dalam fikirannya.
“ Berita ni pasal mak dan ayah!”
“ Kenapa? Mak atau ayah sakitke?” Intan mula kalut.
Iman tergelak mendengar Intan yang tiba-tiba menjadi kalut.
“ Hisy...ada ke berita baik  macam tu....mak dan ayah sihat....” Iman mengeleng kepala. Intan menggaru kepala yang tidak gatal. Mengakui kata-kata Iman itu.
“ Habis....apa berita baiknya....cepatlah...along tak sabar nak tahu ni!” gesa Intan.
“ Petang tadi ayah ada call Iman....dia tanya pasal  along!” beritahu Iman dengan suara tenang. Namun hati Intan yang penasaran.
“ Ya ke?...eh! macam tak percaya....ini semua bukan mimpikan?” Intan cuba mencari kepastian agar apa yang didengarnya saat ini adalah satu realiti. Saat ini, dia benar-benar teruja.
“ Ayah tahu Iman rapat dengan along...sebenarnya, ayah telefon Iman ada sebab...” Intan kembali gelisah bila Iman sengaja nak mempermainkan perasaannya dengan tidak memberitahu secara terus. Sengaja membiarkan hatinya terdera. Nak kena budak ni...rungut Intan dalam diam.
“ Sebab apa?” meremang bulu romanya menanti khabar yang akan diberitahu oleh Iman.
Iman tiba-tiba ketawa. Seronok pula membiarkan kakaknya terus berteka-teki. Intan mengetap bibir menahan marah yang mula bersarang.
“ Hisy....Iman ni, sengaja tau nak buat along penasaran. Sakit hati along....kalau macam ni...elok along putuskan aje talian....macam nak tercabut jantung along tau...” Intan tak dapat menahan sabar. Bukan apa, setelah bertahun dia hidup dalam buangan keluarga, inilah kali pertamanya orangtua dia mahu bertanya khabar tentang dirinya. Tapi Iman sengaja membiarkan dia terus menunggu.
“ Alah...along ni, usik sikit pun dah nak merajuk” Iman makin galak menderanya.
“ Habis...bagai nak luruh jantung along menunggu...sengaja mendera along...” terluahnya juga rasa gusarnya.
Ok...Ok...sorry....be serious, ok. Iman akan mulakan dari awal...” kata Iman.
“ Iman....” Intan menjerit.
Iman terus tergelak. Tidak peduli amarah kakaknya. Dia tahu, Intan tak dapat nak buat apa-apa lantaran mereka berjauhan, kalau tidak, pasti tubuhnya akan menjadi sasaran.
“ Hish....nak kena budak ni...” rungut Intan. Geram betul dengan sikap Iman yang tak makan saman.
“ Macam ni...ayah call Iman tadi, dia tanya pasal along....ayah cakap dia nak jumpa dengan along. Dia call  Iman...kot kot la Iman tahu pasal along. Gembira betul ayah bila Iman bagi tahu yang Iman tahu pasal along dan kalau boleh dia......dia nak jumpa dengan along...” beritahu Iman dengan nada serius.
“ Betul ke ni?....eh! macam tak cayalah pulak” antara percaya dan tidak. Tanpa sedar matanya mula berkaca. Tiba-tiba wajah kedua orangtuanya terbayang di ruang mata.
“ Apa pulak tak cayanya...betulla...Iman tak tipu....kalau boleh mereka nak jumpa along secepat mungkin. Along balik ya....mak dan ayah rindukan along...” pujuk Iman.
“Betul ni...Iman tak tipu along” Intan bertanya lagi sambil mengesat air mata yang mula bergenang.
“ Ya Allah...betulla...Iman tak tipu. Kalau tak caya...along balik jumpa mereka!” Iman tergelak kecil. Dia tahu pasti alongnya sukar nak menerima kenyataan ini. dalam diam, Iman mengucap syukur kerana akhirnya orangtua mereka mahu berjumpa Intan setelah bertahun tidak bersua.
“ Kenapa ayah beria nak berjumpa along?” Intan bertanya. Hairan. Kenapa tiba-tiba.
“ Apa lagi....ayah dah maafkan along la tu...along balik ya...hujung minggu ni, boleh? Nanti Iman bagi tau mereka...” Iman memujuk.
“ Iman pun tahukan yang along sentiasa berdoa agar satu hari nanti mereka akan maafkan along. Along nak sangat jumpa mereka, nak cium tangan mak ayah....nak peluk  mereka” kata Intan menahan sebak.
“ Hm....Iman faham. Itu tandanya doa along selama ini telah diterima Allah. So....jadi ya...hujung minggu ni?...kalau along balik, Iman pun nak balik...nanti bolehlah kita kumpul ramai-ramai ya....Hm...pasti mereka akan teruja jumpa dengan Aiman nanti” kata Iman dengan ceria.
“ Baiklah....kalau Iman call mereka...tolong sampaikan salam along pada mereka. Bukan along tak nak call...tapi eloklah kalau along bersemuka dulu dengan mak  dan ayah...” kata Intan mengeluh lega.
“ Along...along nak ajak abang Faris sekali ke?” usik Iman sambil tergelak-gelak.
“ Hisy...gila ke apa?....pisang tak berbuah dua kali tau...cukuplah yang dulu dijadikan pengajaran...” bulat mata Intan mendengar usikan Iman. Dia tahu Iman sekadar mengusiknya.
“ Baiklah....pesanan dan tugas Iman dah laksanakan...tapi Iman nak claim tau kredit telefon ni...lama berborak. Kredit Iman dah nak habis...jangan lupa top up ya!” Iman ketawa.
“ Apa la punya adik...berkira. macamla dia tak kerja” jawapan Intan membuatkan mereka sama-sama ketawa.
**************

INTAN memakirkan kereta di perkarangan sebuah rumah batu 2 tingkat. Berdebar-debar ihatinya melihat perkarangan rumah itu. Banyak juga yang berubah terutama dari segi landskapnya. Nampak lebih cantik dan kemas berbanding beberapa tahun lalu. Apakah reaksi mereka nanti sebaik saja bertemu muka dengannya? Intan memandang wajah kak Bedah yang ralit melihat sekitar halamn rumah itu. Ketika ini dia sedang meriba Aiman yang masih lagi tidur.
“ Intan...” kak Bedah bersuara, seolah-olah memahami apa yang sedang dirasai oleh Intan saat ini.
“ Intan takut, kak Bedah. Intan takut kalau mereka masih tak boleh terima Intan lagi” Intan melahirkan kegusaran. Pelbagai andaian muncul dalam kotak fikirannya saat ini.
“ Banyakkan beristighfar....InsyaAllah, semuanya akan baik. Intankan dah bagi tahu yang mereka dah terima Intan dan memaafkan Intan. Mereka yang nak jumpa Intan. Walau apa pun yang berlaku....setiap ibu bapa tetap akan sayangkan anaknya...” kak Bedah bersuara. Serba sedikit dia turut mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku pada Intan dulu. Dia turut bersimpati.
“ Terima kasih, kak Bedah. Kita keluar ya!” Intan membuka pintu kereta, diikuti oleh kak Bedah yang keluar sambil mendukung Aiman yang masih lagi tidur.
Intan mengatur langkah perlahan menghampiri pintu.  Tangan kanannya menekan loceng perlahan sambil memberi salam. Selepas itu wajah kak Bedah yang sedang berdiri di sebelahnya di renung sekilas. Dia turut mengukir senyum bila pandangannya di balas dengan senyuman oleh kak Bedah. Di sebalik senyuman itu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa gementarnya hati saat ini. Terasa seram sejuk menanti pintu  di hadapannya di buka. Entah siapalah yang muncul menyambut kedatangannya.
“ Along....” jeritan Iman di hadapannya  selepas pintu di buka membuatkan Intan mengeluh lega. Tubuh Intan di peluk erat oleh Iman. Dia benar-benar teruja dengan kepulangan Intan. Aiman  yang berada dalam dukungan kak Bedah terjaga sebaik sahaja mendengar jeritan riang Iman.
Sorry, sayang...” mohon Iman sambil menutup mulut. Wajah Aiman yang terkebil-kebil itu membuatkan Iman mengambilnya dari dukungan kak Bedah. Pipi Aiman yang gebu itu di cium bertalu-talu membuatkan Aiman tertawa riang.
“ Masuklah....kak Bedah” pelawa Iman memberi ruang untuk mereka masuk ke dalam rumah.
“ Iman ingat along tak jadi balik....dah lama kami tunggu!” mereka berjalan beriringan ke ruang tamu. Aiman di letak di atas sofa.
“ Tak boleh dukung lama-lama....Aiman ni berat!” kata Iman sambil mencubit pipi mungil Aiman.
“ Mak....ayah....along dah sampai...” laung Iman membuatkan Intan dan kak Bedah saling berpandangan. Senyuman terukir di bibir mereka. Sedaya-upaya Intan cuba mengawal rasa debar. Tak dapat dibayangkan apakah penerimaan orangtuanya bila melihat wajahnya nanti.
Seminit kemudian, muncul Hjh Khadijah di hadapan mereka. Intan yang baru saja melabuhkan punggung di sofa segera bangun sebaik saja kalibat emaknya ada di hadapan. Namun dia tetap kaku, hanya matanya sayu merenung wajah wanita yang dirindui sejak bertahun-tahun. Hjh Khadijah juga begitu. Beberapa saat  mereka seakan terpaku. Hanya mampu memandang dengan mata berkaca dan bibir bergerak seakan ingin menyata sesuatu, tapi tiada suara yang keluar.
“ Mak...” akhirnya kata-kata keramat itu muncul dibibir Intan.
Intan meluru ke arah Hjh Khadijah, tangan wanita itu di capai dan dicium bertalu-talu. Ketika mata mereka berpandangan, tubuh Intan segera di peluk erat oleh emaknya. Mereka menangis teresak-esak dalam pelukan.
“ Along, anak mak” wajah Intan diusap mesra dan kedua pipi serta dahi Intan di cium perlahan. Betapa dia merindui anak sulungnya itu. Tingkah laku mereka bersua itu di perhati oleh Iman dan kak Bedah dengan mata berkaca. Aiman turut memerhati, mungkin dia belum memahami apa sebenarnya yang berlaku.
“ Mak, maafkan along...along tahu along dah banyak lukakan hati mak dan ayah. Along minta maaf!” mohon Intan sambil menangis teresak-esak. Namun air mata yang laju mengalir itu segera diseka oleh Hjh Khadijah dengan senyuman.
“ Along!”
Suara garau yang menyebut nama along membuatkan perhatian Intan dan Hjh Khadijah terus kepada empunya suara. Seorang lelaki yang berkaca mata sedang berdiri tegak memandang ke arah mereka berdua. Lelaki itu betul-betul berdiri tegak di belakang mereka.
“ Ayah!”
Intan mendekati ayahnya. Tangan di hulur untuk bersalaman. Namun, tangan Intan tidak bersambut, sebaliknya tubuh Intan terus dipeluk ayahnya. Erat. Mereka sama-sama menangis.
“ Along!” Hj Ahmad mengusap air mata yang mengalir di pipi Intan sambil mengukir senyum.
“ Maafkan along, ayah!” mohon Intan.
“ Ayah dan mak dah lama maafkan along. Ayah gembira...akhirnya along sudi  pulang ke sini. Kami rindukan along!” ujar Hj. Ahmad dalam sebak.
Mereka bertiga menuju ke sudut yang menempatkan sofa mewah. Kak Bedah turut bersalaman dengan Hjh Khadijah.
“ Mak, ayah....Ini Aiman, anak along. Cucu mak dan ayah!”
Intan mencapai tangan Aiman  yang sedang duduk bersantai di sofa. Sebaik saja dia menghampiri orangtua Intan, tangan kedua mereka di capai dan dikucup. Mengalir air mata mereka sekali lagi menatap dan mencium wajah montel Aiman.
“ Cucu atuk!” tubuh Aiman dipeluk dan dicium silih berganti oleh Hj Ahmad dan Hjh Khadijah.
“ Ini kak Bedah. Kak Bedah bukan sekadar pembantu rumah along...tapi along dah anggap da sebagai kakak!” Intan memperkenalkan kak Bedah pada orangtuanya.
Kini, mereka semua duduk di sofa ruang tamu. Intan sendiri teruja melihat susun atur rumah itu. Nampak kemas dan cantik. Begitu lama dia tidak menjejak kaki di rumah itu. Rumah di mana dia hampir menghabiskan usia remajanya sebelum melanjut pelajaran ke luar negara. Intan mula di soal dengan pelbagai pertanyaan oleh orangtuanya. Aiman pula nampak begitu selesa duduk di atas ribaan atuknya.
“ Minumlah along....lepas ni, kita makan. Mak dah sediakan makanan kesukaan along!” suara Hjh Khadijah.
“ Mak dan ayah betul-betul teruja bila tahu along nak balik....entah lena atau tidak tidur dia orang malam tadi!” usik Iman membuatkan orantuanya tersenyum.
“ Terima kasih, mak...ayah...kerana masih sudi terima along....dan along janji, along tak akan kecewakan mak dan ayah lagi...” kata Intan menahan sebak.
“ Along...tak ada orang yang tak lakukan kesalahan dan kesilapan, kami juga....” kata Hjh Khadijah sambil mengenggam erat tangan Intan.
            Perbualan yang rancak terhenti seketika bila mendengar ada orang memberi salam. Iman terlebih dahulu bangun untuk melihat siapakah tetamu yang berkunjung ketika ini. dan dia muncul semula bersama seorang pemuda.
“ Along, ini Syamsul...tunang Iman....Syam, ini kak Intan, along kesayangan Iman!” Iman memperkenalkan pemuda yang berdiri di sisi Iman.
“ Apa khabar, Syam?” tegur Intan sambil menghadiahkan sebuah senyuman untuk bakal adik iparnya. Kacak juga orangnya. Ada sedikit kumis, berkulit cerah dan berpenampilan kemas. Selama ini dia hanya sekadar mendengar Iman menyebut nama Syam sebagai tunangnya, kali ini barulah dapat bersemuka. Memang sepadan dan sesuai dengan Iman yang cantik manis. Desis Intan  memuji lelaki itu.
“ Baik. Gembira dapat berkenalan dan bertemu dengan along. Bertuah dapat kenal dengan kakak Iman yang cantik ini!” tersenyum Intan menerima pujian itu. Ternyata tunang Iman ni peramah dan mesra orangnya. Berkelulusan dari luar negara dan kini memegang jawatan sebagai jurutera di Perak. Tak ada masalah nanti bila berkawin sebab Iman pun memang bekerja di negeri itu. Mereka berbual mesra hingga menjangkau pelbagai topic.
“ Puan Hjh...hidangan dah siap!” pembantu rumah Indonesia yang dikenali dengan nama Sufi itu muncul.
“ Terima kasih, Sufi...jomlah, kita makan. Tentu seronok dapat makan ramai-ramai....harap-harap hujung tahun ni kita dapat bekumpul lebih ramai....Imran pun dah lama tak balik!” kata Hjh Khadijah.
Kepulangan Intan pada petang itu benar-benar menceriakan suasana. Tambahan pula dengan kehadiran Aiman dan Syamsul, tunang Iman. Aiman yang baru pertama kali berkunjung ke rumah itu dan mengenali datuk dan neneknya juga gembira, malah dia  sudah pandai bergurau dengan Syam.
“ Berapa hari along cuti?” tanya Hjh Khadijah semasa mereka bersantai selepas makan nasi petang itu. Ketika itu kak Bedah membantu Sufi di dapur, sementara Syam dan Iman melayan Aiman bermain permainan lego di ruang rehat.
“ Along tak ambil cuti, esok along balik semula ke Kuala Lumpur” jawapan Intan benar-benar mengejutkan orangtuanya. Mereka berpandangan satu sama lain, terpancar rasa kesal dan sedih di wajah mereka berdua.
“ Kenapa tak ambil cuti? Mak ingat along nak tinggal beberapa hari di sini!” ujar Hjh Khadijah dengan wajah kesal. Hj Ahmad yang duduk di sebelah Hjh Khadijah hanya diam tertunduk. Hanya kedengaran keluhan halus dari orangtua itu.
“ Maaf, mak ayah....along janji, lain kali along balik lagi” balas Intan sambil memandang wajah orangtuanya.
Bukan Intan tak mahu ambil cuti untuk balik kampung. Tapi sebenarnya dia takut dengan penerimaan orangtuanya. Dia takut andainya kepulangan dia ini tidak dirai dan diterima. Di mana dia nak tinggal? Tapi ternyata, sangkaannya meleset bila menyedari kepulangannya di nanti dan diharapkan oleh mereka.
*************

INTAN melipat telekung selepas solat isyak. Suasana di rumah agak sunyi kerana mak dan ayahnya belum pulang dari masjid. Telefon bimbit Intan berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia terdiam seketika melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.
“ Assalamualaikum”
“ Waalaikumussalam....you tengah buat apa tu?” tanya pemanggil.
“ Tengah cakap dengan you lah ni!” jawapan Intan yang bersahaja itu mengundang tawa pemanggil.
“ I tau...you kat mana ni?...sunyi je! Tak dengar pun suara Aiman!”
Intan duduk di penjuru katil. Dia mengeluh kecil.
“ I kat rumah, malas nak keluar....Aiman ada kat luar” beritahu Intan acuh tak acuh. Entah kenapa saat ini dia tak ada mood untuk melayan sebarang panggilan, apa lagi dari lelaki itu.
“ Kat luar?....you biarkan Aiman main sorang-sorang kat luar?...bahaya tau!” cemas kedengaran suara pemanggil itu  membuatkan Intan tiba-tiba tersenyum.
“ Dia tengah main dengan Iman kat luar. Sekarang ni I  kat dalam bilik, baru aje lepas solat isyak. Apasal you ni, risau tak bertempat....I tahulah jaga anak I” kata Intan sedikit tegas. Dia mendengus kasar.
“ Iman datang rumah you?” soalan itu mengundang keresahan di hati Intan.
“ Faris, I sekarang kat rumah parents I di Kota Bharu. I sampai petang tadi” jelas Intan.
“ You sekarang kat Kota Bharu?...rumah parents you?....kenapa tak bagi tahu I?”
“ Penting ke I bagi tahu you ke mana I pergi? Apa?....kalau I bagi tahu you....you nak ikut sekali?” sengaja Intan melepas geram. Rimas dia dengan sikap perihatin Faris itu. Selama bertahun, dia bebas berbuat apa saja. Tak pernah sekali pun menyusahkan lelaki itu. Kalau dia ingin meminta pertolongan, pasti nama Izzat yang terletak disenarai paling atas.
Why not...!” balas Faris tiba-tiba membuatkan Intan benar-benar tersentak.
“ You gila ke nak ikut I balik kampung.....you kena ingat, you sekarang tak ada kena mengena dengan I lagi, so....tak payahlah gatal-gatal nak ikut!...menyampah tau!”  kata-kata Intan itu  dibalas dengan gelakan Faris. Nampaknya dia sedikit pun tidak terasa dengan cemuhan Intan itu.
“ You tahu....banyak hati yang I kena ambil supaya I dapatkan you semula...hati parents  I, parents you, hati Aiman and the last....hati you....I tahu, I terpaksa berkorban banyak benda dan perkara dan I tak akan mudah berputus asa. I mesti bekerja keras dan berusaha untuk berjaya menambat hati you semula” terdiam Intan mendengar kata-kata Faris itu.  Jauh di sudut hati, berdebar-debar dadanya mendengar kata-kata itu dan pelbagai andaian muncul dalam fikirannya.
“ Faris....” Intan tiba-tiba bersuara.
“ Ya, sayang!”  sengaja Faris mengutarakan kata-kata itu semata-mata mahu menduga sejauh manakah penerima Intan terhadap dirinya.
“ Kenapa diam?...you tak suka I panggil you `sayang`?” ujar Faris bila Intan membisu beberapa detik selepas dia menyebut perkataan itu.
“ Memang...you jangan ingat, panggilan `sayang` boleh lembutkan hati I...orang lain boleh tapi I....you silap” ujar Intan dengan debaran.
“ Ya ke?....I ingat semua perempuan suka kalau di panggil dengan perkataan `sayang`” balas Faris dengan nada romantik. Intan menelan liur. Sebenarnya dia juga berdebar menerima panggilan sayang itu tapi sengaja dicekal hati agar tidak mudah terleka.
“ I bukan perempuan seperti itu” Intan sengaja menagawal suara agar tidak ketara pada pendengaran lelaki itu. Alangkah malunya dia sekiranya Faris dapat menyelami perasaannya saat ini.
“  I tahu. Itu sebabnya I masih tak dapat melupakan you  walaupun bertahun kita terpisah. I nak kita bersama semula dan I janji kali ini untuk selamanya!” suara Faris yang bertukar menjadi syahdu itu membuatkan Intan tergamam. Terasa peluh mula membasahi tubuhnya.
“ Faris....I dah ada Izzat dan you pun tahukan tentang hubungan kami....I tak nak you menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk menjalin satu hubungan yang tak pasti” Intan cuba memujuk.
I know....and I know that you don`t love him!” Intan tersentak mendengar kata-kata itu. Peluh mula membasahi wajahnya.
“ Mana you tahu I tak cintakan dia?” soal Intan sambil menelan liur.
“ Kalau you cintakan dia, dah lama you kawin dengan dia, Intan” kata Faris.
Intan diam.
“ I tahu you juga cintakan I” provoke Faris.
Nonsense. I dah tak kuasa nak layan orang angau macam you ni...” tempelak Intan. Sengaja menyembunyikan getaran di hati.
Faris ketawa lagi. Dia tahu saat ini Intan sedang berperang dengan perasaan. Sengaja dibiarkan Intan berperasaan begitu. Sekurang-kurangnya Intan akan mengingati dirinya. Dia sanggup di marah dan di cemuh. Itu sudah membahagiakan dirinya.
“ Berapa hari you kat sana?” soal Faris menukar tajuk perbualan. Cukuplah setakat itu dia cuba mempermainkan perasaan Intan.
“ Buat apa nak tahu?” balas Intan sedikit keras. Namun bibirnya tetap mengukir senyum. Entah kenapa hati yang walang tadi bertukar bahagia.
“ I nak jumpa parents you. Esok I datang, boleh?” kata Faris dengan nada ceria.
“ Eh!...jangan...jangan....jangan datang!” kalut Intan bersuara menegah Faris dari datang. Entah apa pula penerimaan orangtuanya kalau Faris tiba-tiba muncul. Apa akan jadi? Tak sanggup dia nak fikirkan.
“ Kenapa pulak I tak boleh datang”
“ I cakap jangan datang...tak payahlah you datang...” Intan berjalan mundar mandir di sekitar biliknya.
“ Ok....I tak datang tapi....bila you nak balik sini. I dah rindukan Aiman!” kata Faris membuatkan Intan mengeluh lega.
“Mama...”
Aiman muncul di muka pintu sambil tersengih.
“ Kalau you rindukan Aiman, you cakap dengan dia. Aiman.....papa nak cakap dengan Aiman!” Intan menyerahkan telefon pada Aiman.
Aiman terus menekap telefon di telinganya. Sementara Intan kembali menyambung melipat telekung yang digunakan untuk solat isyak tadi. Sesekali dia melirik ke arah Aiman yang sedang rancak berbual dengan Faris. Entah apa yang diborakkan mereka sampai Aiman tergelak-gelak di atas katil. Macam dah gaya orang bercinta pulak. Intan tersenyum sendiri dan meninggalkan Aiman di bilik itu melayan panggilan Faris. Dia tak mahu mengganggu perbualan mereka anak beranak.
************

ALONG, minggu depan along balik lagi ya....mak tak puas lagi bermesra dengan along dan Aiman” kata Hjh Khadijah sebelum Intan bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
“ Mak, minggu depan  along akan ke Brunai, ada kerja di sana. Nanti kalau ada masa along balik jumpa mak dan ayah” balas Intan memujuk emaknya yang sedang mengesat air mata.
“ Jangan tunggu ada masa...ambik cuti” Hj Ahmad mencelah  membuatkan Intan terdiam. Agak terkejut dengan saranan ayahnya.
“ Nantilah along ambil cuti. Bolehlah tinggal lama sikit kat sini...Aiman pun nampak seronok sangat jumpa mak dan ayah” pujuk Intan sambil membabitkan nama Aiman. Hjh Khadijah dan Hj Ahmad mengangguk perlahan. Lega mendengar kata-kata Intan itu.  Tak puas lagi mereka nak bermesra dengan anak cucu. Itulah yang dirasai mereka.
“ Aiman, salam dengan atuk dan nenek...dengan auntie Iman sekali...kita dah nak balik ni...” kata Intan melihat Aiman yang masih ralit bermain  dengan mainan hadiah dari atuknya yang dibeli di KB Mall pagi tadi.
“ Hati-hati bawa kereta. Sampai sana telefon mak” pesan Hjh Khadijah sebelum Intan masuk ke dalam kereta.
“ Intan pergi dulu, mak ayah....Assalamualaikum...”
Berlinang air mata Hjh Khadijah menghantar kepulangan Intan.
“ Nanti mereka pulang lagi” pujuk Hj Ahmad sambil mengusap perlahan bahu isterinya. Perlahan-lahan kepala Hjh Khadijah dilentok di dada suaminya sambil mengesat air mata. Iman yang menyaksikan kepulangan kakaknya turut merasa sedih.
************

DARI jauh Faris dapat melihat Intan yang mengatur langkah masuk ke balai berlepas bersama Izzat, Aiman dan kak Bedah. Nampak sangat hubungan mereka begitu mesra membuatkan hati Faris sebak tiba-tiba. Seingat Faris, hanya beberapa kali sahaja dia dapat melihat senyuman dan mendengar tawa Intan. Tapi kini, wajah Intan nampak begitu ceria dan gembira di samping Izzat.  Dia tahu, Intan sengaja tidak memberitahunya tentang pemergian dia ke Brunai tapi secara tak langsung dia mendapat berita itu dari kak Bedah sehari sebelum mereka berangkat. Kak Bedah juga berpesan apa yang diberitahunya itu tidak sampai ke pengetahuan Intan kerana Intan memang tidak mahu Faris mengetahuinya.
******************

1 comment:

  1. Alhamdulillah..Intan da blk kg..
    syukur sbb kedua org tuanya da terma intan kembali..
    seronok dn sedih...huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...