Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 2 December 2011

MENGGAPAI RINDU 16

oleh : Azieana

Bab 16



INTAN  mengunyah perlahan steak yang dipesan, sementara Izzat nampaknya mengunyah dengan penuh selera.
“ Semalam Joanna  telefon I....dia tanya pasal hubungan kita!” Izzat bersuara selepas meneguk juice orange.
“ Apa jawapan yang  you beri?” tanya Intan memandang wajah Izzat.
“ I beritahu dia yang I hanya menunggu green light dari you je. You pun tahukan yang parent I memang merestui hubungan kita....so, apa pendapat you?...”
 Intan diam.
“ Setiap kali I cuba lamar you, ada-ada aje alasan yang you beri semata-mata  mahu menolak lamaran tu!” kata Izzat seakan berjauh hati.
Intan merenung garpu dan pisau di tangan, otaknya ligat memikirkan kata-kata Izzat itu kerana dia memang belum bersedia untuk membuat sebarang keputusan. Dia akui yang dia selalu memberi pelbagai alasan setiap kali Izzat melamarnya dan lelaki ini akan sentiasa sabar dan setia  menantinya tanpa jemu.
“ Beri I masa untuk berfikir!” jawapan yang diberi oleh Intan membuatkan Izzat tergelak. Intan memandang wajah lelaki itu dengan dahi yang berkerut.
“ Kenapa? Lucu sangatke jawapan I tu?” tanya Intan tiba-tiba  kalut bila lelaki itu berterusan gelak.
“ I memang dah jangka yang jawapan ini akan keluar dari mulut you dan jawapan ini adalah jawapan yang paling top...alasan yang selalu sangat I dengar keluar dari mulut you. I sengaja tanya hal ini bila Joanna bangkitkan soal hubungan kita walaupun I memang tahu jawapan you!” Intan tertunduk. Sebenarnya dia malu kerana sentiasa memberi alasan itu.
Come on...jangan buat muka macam tu...senyum ok!...tak perlulah you rasa bersalah kerana menolak lamaran I tu kerana lamaran I tu sentiasa terbuka untuk you” pujuk Izzat sambil mencapai tangan Intan, digenggam seketika sebelum Intan menariknya perlahan. Tak selesa dengan perlakuan Izzat.
“ Lepas makan...I hantar you pulang. Oh ya!..sebelum I lupa...cuba ingatkan I tentang hadiah untuk Aiman. Esokkan birthday dia, 5 tahun. Sorry...I tak dapat nak sambut bersama kali ini sebab pagi esok I kena bertolak ke Singapore. 3 hari I kat sana!”
Intan hanya mampu mengangguk. Terharu dengan sikap keperihatinan Izzat. Walaupun sesibuk mana lelaki itu dengan kerjanya, namun dia tak pernah melupakan tarikh lahir Aiman. Tahun ini adalah tahun yang pertama dia tak dapat menyambutnya bersama Aiman. Pasti anaknya kecewa dan sedih.
***********

INTAN mengenakan blaus dipadankan dengan seluar hitam. Aiman juga telah disiapkan oleh kak Bedah. Faris yang beria-ria mahu Intan berkunjung ke rumahnya untuk menyambut hari lahir Aiman setelah dia datang berkunjung ke rumahnya petang semalam.
“ Beri I peluang untuk sambut birthday Aiman tahun ini....I tak jemput orang lain pun, hanya you dan parent I aje...I rasa dah sampai masanya Aiman kenal siapa keluarganya, kenal siapa bapa kandungnya yang sebenar!”
Mulanya Intan terkejut. Kalau boleh soal Aiman mengetahui dan mengenali keluarganya itu biarlah ditangguhkan dahulu, tapi Faris pula bertegas.
“ I juga ada hak ke atas Aiman!”
Intan mengeluh perlahan.
“ Suka hati youlah...memang inilah perangai you sejak dulu....tak suka mengalah. I harap Aiman, bila besar nanti tak ikut perangai you!...” kata Intan yang mengalah sambil menarik muka masam dengan sikap Faris. Faris tersenyum melihat wajah Intan yang cemberut. Nampak comel pada pandangan matanya.
“ Aiman tu anak I....kalau tak ikut perangai I...nak ikut perangai siapa?...perangai si Izzat tu kot!” usik Faris sambil tergelak kecil membuatkan Intan makin menarik muka. Geram dengan sikap Faris.
Lamunan Intan terganggu bila Aiman bersorak riang. Gembira betul Aiman melihat kemunculan Faris yang telah berjanji dengannya untuk menyambut hari jadinya semalam. Kemunculan Faris pagi ini nampak begitu ringkas. Dia mengenakan kemeja lengan panjang kosong berwarna kuning muda yang disising hingga ke lengan dan di padankan dengan seluar hitam.
“ Intan....you nampak cantik sangat hari ni...sweet!” puji Faris sebaik saja melihat wajah Intan yang menyambut kedatangannya di muka pintu.
“ Hmm....you baru perasanke?...maklumlah kita ni siapa....”  Faris tergelak kecil mendengar jawapan Intan.
“ I memang tahu...dari dulu lagi you memang cantik....” balas Faris sambil mengenyit mata membuatkan Intan pula tersenyum malu.
“ Uncle....” Aiman terus duduk di atas ribaan Faris sebaik saja dia muncul. Ketika itu Faris baru saja melabuhkan punggung di sofa.
“ Kak Bedah...dah siapke belum?...kita pergi sekarang!” laung Intan.
“ Ya...kak Bedah dah siap....” kak Bedah muncul dari ruang dapur.
Dalam perjalanan ke rumah orangtua Faris, tak banyak perkara yang mereka bualkan.
“ Mama you tahuke yang kami nak datang?...nanti tak pasal-pasal pengsan pulak dia bila tengok muka I...” Intan melahirkan rasa gusar. Bimbang kedatangannya mengundang padah, maklum saja Datin Saidah memang tidak menyukainya dan pastinya kunjungan dia ke rumah wanita itu tidak diraikan.
“ I cuma bagi tahu yang I nak  bawa Aiman dan mak dia kenal rumah, saja nak sambut birthday Aiman. Lagi pun mama dah lama nak kenal dengan orang tua Aiman...mama tu, sayang sangat dengan Aiman!”
“ Ma, Aiman akan datang dengan mama dia....Faris jemput dia untuk raikan hari jadi Aiman, mama tak ada halangankan!” Faris merenung wajah mamanya.
“ Mama dia?...ayah dia mana?....tak datang samake?...Faris ni, biar betul. Tak kan nak jemput isteri orang datang rumah dan meraikan hari jadi anak orang....” berkerut dahi Datin Saidah memandang wajah Faris yang ketika itu sedang menikmati sarapan.
“ Orangtua Aiman dah lama bercerai, masa Aiman belum lahir lagi...” jelas Faris dengan wajah selamba, sedikit pun tidak memandang wajah mamanya. Datuk Amran yang turut berada bersarapan ketika itu hanya diam mendengar dan memerhati. Malas nak campurtangan. Lagi pun dia sudah tahu perkara itu kerana awal-awal lagi Faris sudah memberitahunya dan dia tak ada sebarang bantahan.
“ Kerana sukakan mak dia...Faris buat baik dengan Aiman? Takkanlah anak dara di Kuala Lumpur ni dah tak ada. Tak lojik langsung!” Datin Saidah mendengus. Dia benar-benar tak puas hati dengan tindakan Faris itu.
“ Ma....Faris pun bukannya bujang lagi....dah dua kali menduda. Lagi pun, mama sukakan Aiman tu!...budak tu tak bersalah. Soal suka atau tak suka antara Faris dan mak Aiman....itu semua terletak pada jodoh...!” kata Faris.
“ Uncle....kita nak pergi mana ni?” pertanyaan Aiman segera mematikan lamunan Faris. Dia memandang wajah Intan yang berada di sebelahnya, menghadiahkan senyuman manis untuk Intan sebelum menoleh seketika pada Aiman yang duduk di belakang.
“ Kita pergi rumah uncle....uncle nak sambut birthday Aiman di sana, sama atuk dan nenek....Aiman suka?”
“ Suka!” Aiman meloncat riang sambil bertepuk tangan membuatkan Faris benar-benar rasa bahagia kerana berjaya membuat Aiman gembira.
“ Kejap lagi kita sampai!”
Intan tak dapat menahan debaran sebaik saja kereta yang dipandu oleh Faris memasuki perkarangan banglo mewah milik Datuk Amran. Intan masih lagi termanggu di dalam kereta walaupun mereka yang lain sudah pun keluar.
“ Intan...kenapa tak keluar lagi?” sergah Faris yang menyedari Intan masih lagi belum keluar dari kereta.
“ Faris....I takutlah...”
Come on...” pujuk Faris sambil membuka pintu kereta dan menarik perlahan tangan Intan.
“ I seganlah....lagi pun I takut penerimaan orangtua you...apa lagi mama you!” ujar Intan melahirkan kegusaran.
“  I kan ada...I`ll support you....don`t worry, ok!”  Faris bersuara sambil menggenggam tangan Intan. Intan memandang sekilas tangannya yang digenggam Faris, ingin menarik tangannya, hatinya gusar. Sekurang-kurangnya genggaman tangan Faris menghilangkan sedikit gundah di dada dan juga memberinya semangat untuk berhadapan dengan bekas mertuanya.
“ Macam mana kalau mama you halau I?” Intan tetap gusar.
“ Syh...mama tak kan halau you punya....” pujuk Faris lagi sambil mengusap lembut tangan Intan yang berada dalam genggamannya.
Intan cepat-cepat menarik tangannya yang kejap dalam genggaman Faris sebaik saja Datin Saidah muncul dengan senyuman sebaik saja memandang wajah Aiman. Dan senyuman wanita itu terus mati sebaik saja bertembung muka dengan wajah Intan yang berdiri kaku di sisi Faris.
“ Faris, apa semua ni?” soal Datin Saidah dengan suara keras.
“ Ha...Aiman, dah sampai pun cucu atuk!” Datuk Amran yang tiba-tiba muncul terus merangkul tubuh Aiman dan didukungnya. Aiman terus mencium pipi Datuk Amran sambil tersenyum.
“ Apa khabar, Intan?” tegur Datuk Amran. Tidak menghiraukan pandangan tajam isterinya.
“ Baik, Datuk. Maaf... kalau kedatangan saya ke sini mengundang salah faham Datuk sekeluarga!” mohon Intan  perlahan. Berdebar-debar hatinya memandang wajah Datin Saidah yang merenungnya tajam sebelum beralih memandang wajah Faris.
“ Kenapa tercegat aje kat sini....jemput masuk....duduklah Intan...” pelawa Datuk Amran ramah.
“ Idah....tetamu datang, kena layan dengan elok, jangan buat muka macam tu...abang tak suka. Lagi pun, Intan ni bekas menantu kita...bukannya orang lain” ujar Datuk Amran bila melihat isterinya membisu sambil menarik muka masam.
Sebaik saja Intan dan yang lain melabuh punggung di kerusi, kak Bedah meminta diri untuk ke dapur. Rasanya dia tak perlu berada di situ.
“ Bik..” Faris memanggil pembantu rumah. Kak Bedah mengikut langkah Supiah untuk membantunya menghidangkan apa-apa yang patut sebagai persiapan menyambut hari jadi Aiman.
Suasana sunyi beberapa saat. Intan tak berani nak bersemuka. Hanya menundukkan diri. Faris yang berada di sisinya beberapa membetulkan kedudukan.
“ Mama... dah lama Faris nak beritahu mama pasal ni...tapi keadaan tidak mengizinkan. Jadi, Faris rasa inilah masa yang sesuai untuk kita selesaikan  apa yang sepatutnya kita selesaikan. Ma....Aiman ni sebenarnya anak Faris, cucu kandung mama dan papa!” terbeliak mata Datin Saidah mendengar kata-kata Faris itu. Lama dia memandang wajah suaminya. Datuk Amran yang sememangnya sudah mengetahui akan hal itu hanya mendiamkan diri dan bersikap tenang.
“ Bang, apa yang Faris cakap ni?...Idah tak faham!” Datin Saidah memegang lengan suaminya dan menggoncang perlahan.
“ Ma....memang betul Aiman ni cucu mama, anak kandung Faris dan Intan!” jelas Faris lagi. Kali ini suaranya agak tegas.
“ Mustahil!” jerit Datin Saidah.
“ Ini kenyataan, ma...dan mama harus terima!” tekan Faris lagi.
Intan hanya diam membisu. Dia sendiri tak dapat membayangkan apa perasan Datin Saidah bila mengetahui akan hal ini. Tapi Intan hairan melihat wajah Datuk Amran, lelaki itu nampak tenang mendengar kata-kata Faris.
“ Idah...abang dah tahu hal ni. Faris dah beritahu abang semasa dia bawa Aiman pulang hari tu” kata-kata Datuk Amran menambahkan kejutan di hati Datin Saidah.
“ Sampai hati abang rahsiakan hal ini dari Idah” Datin Saidah sudah mula sayu dan  menangis teresak-esak membuatkan Datuk Amran segera menenangkannya. Kesian pula dengan isterinya itu.
“ Nenek...” panggilan Aiman yang berada di atas ribaan Faris menyebabkan tumpuan mata Datin Saidah tertumpu padanya. Patutlah dia begitu sayangkan Aiman sejak pertama kali bertemu kanak-kanak comel itu. Malah wajah Aiman juga mempunyai banyak persamaan dengan Faris bila direnungnya berulang kali.
“ Sejak bila Faris tahu yang Aiman ni anak Faris? Bertahun Faris tipu mama ya!” sergah Datin Saidah sambil merenung tajam wajah Faris.
“ Baru 3 bulan je. Kali pertama Faris jumpa Aiman....ada suatu perasaan yang wujud dalam diri Faris,  Faris rasa dekat sangat dengan dia....” jawapan Faris membuatkan Datin Saidah diam. Dia juga turut merasai apa yang dirasai oleh Faris itu.
Intan memandang wajah Faris. Faris dilihatnya begitu erat memeluk tubuh Aiman dan anak mereka begitu selesa di peluk begitu.  Dan Faris agak terpingga-pingga bila Aiman berlari meluru ke arah Datuk Amran dan terus berada di atas ribaan orangtua itu. Datuk Amran ketawa kecil sambil mengusap-ngusap perlahan kepala Aiman sambil diperhati oleh Datin Saidah. Aiman sempat mengukir senyum sebaik saja memandang wajah Datin Saidah membuatkan neneknya turut tersenyum dan serta merta pipi Aiman dikucupnya.
“ Dah lamake Intan berada di KL?” suara Datuk Amran bertanya membuatkan perhatian Intan terarah pada bekas mertuanya. Sejak dari tadi dia perhatikan Intan hanya diam membisu.
“ Baru 5 bulan, Datuk. Sebelum ni saya kerja di Brunei, ketika itu saya sedang mengandungkan Aiman. Sebenarnya saya ada kawan di sana, dia yang tawarkan kerja!” kata Intan tanpa menyebut nama Izzat.
“ Kenapa balik semula ke sini?...ada tawaran yang lebih menarik atau Intan sememangnya merindui keluarga di sini?” tanya Datuk Amran lagi.
Faris mendengar pertanyaan itu dengan penuh perihatin. Dia sendiri tidak mengetahui kisah hidup Intan yang sebenar selepas mereka berpisah. Barulah kini dia tahu kenapa selama ini mereka tidak bertemu walaupun sudah puas dia cuba mencari wajah Intan.
“ Saya dapat transfer sementara kat sini....mungkin sebulan dua lagi saya kena ke sana semula!” mendengar jawapan Intan itu membuatkan Faris menelan liur. Benar-benar terkejut. bukan hanya dia , tapi juga kedua orangtuanya.
“ Intan, you akan kerja semula di Brunei?” tanya Faris meminta kepastian. Kot-kotlah tadi dia tersalah dengar.
“ Ya...tak ada apa yang tinggal untuk di sini lagi, Faris. Keluarga I sendiri dah lama membuang I....mereka tak terima I lagi. Di sana, I ada keluarga angkat dan mereka menerima I dengan baik. Aiman pun memang mesra dengan mereka!” balas Intan sambil mengukir senyum pahit.
Faris memandang kedua orangtuanya.
“ Intan tak nak jumpa keluarga Intan?” tiba-tiba Datuk Amran bersuara membuatkan mata Intan terpaku membalas pandangan lelaki itu.
“ Tak ada gunanya, Datuk. Sekali mereka mengusir saya....selamanya mereka tak akan terima saya...” balas Intan dengan wajah tenang. Sebaliknya wajah Faris dan orangtuanya yang keruh. Mereka kesal dengan apa yang berlaku.
“ Intan, I`m sorry....kalau bukan kerana I...you tak akan alami semua ini...” kata Faris kesal.
“ I terima semua ini dengan ikhlas....anggap aje semua ini dugaan dari Allah. Pasti ada hikmahnya!” balas Intan lagi, cuba memujuk Faris walaupun hatinya sendiri yang terluka.
“ Air di cincang tak akan putus, Intan. Begitu juga hubungan Intan dan keluarga.... papa percaya, orangtua Intan pasti menunggu Intan dan mereka memang merindui Intan....” terharu Intan mendengar kata-kata itu. Bukan hanya pujukan itu saja tapi cara Datuk Amran membahasakan dirinya `papa` itu yang membuatkan hati Intan bertambah sebak. Intan tertunduk, cuba mengelak air matanya dari terus mengalir.
****************

1 comment:

  1. Intan..terimalah Faris kembali...
    blk la ke kampung..jumpa ngan ibu dn ayah ,mungkin mereka da lama maafkan awak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...