Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 2 December 2011

MENGGAPAI RINDU 15

oleh: Azieana



Bab 15
FARIS berkunjung ke hospital bersama kak Bedah dan Aiman. Faris mendahului kak Bedah yang berjalan berpimpinan tangan dengan Aiman. Berkerut dahi kak Bedah bila melihat Faris hanya berdiri kaku di muka pintu selepas tangannya memulas tombol pintu.
“ Kenapa En. Faris tak masuk?” tanya kak Bedah kehairanan sambil merenung wajah Faris yang nampak sedikit muram.
“ Er...kak Bedah masuklah dulu dengan Aiman, saya tak nak ganggu Intan....tolong bagi handphone dan buah tangan ni untuk Intan....nanti saya datang kejap lagi!...saya nak ambil angin sekejap!” kak Bedah menyambut barang yang dihulur oleh Faris. Sebaik saja barang bertukar tangan, Faris terus beredar membuatkan dahi kak Bedah berkerut seribu. Hairan.
“ Aiman....jom, kita jumpa mama!” kata kak Bedah sambil memengang tangan Aiman yang turut hairan melihat Faris hanya berlalu begitu saja sedangkan tadi dia yang beria-ria menjemput Aiman untuk jumpa dengan mamanya.
Sebaik saja kak Bedah membuka pintu bilik, barulah dia faham kenapa Faris tidak jadi melangkah masuk ke bilik itu tadi. Kak Bedah dan Aiman saling berpandangan.
“ Mama.....daddy pun ada....” Aiman menjerit riang. Segera dia berlari ke arah mereka.
“ Aiman...sayang mama...” Aiman segera mencium kedua pipi Intan sebelum memeluk erat tubuh Izzat yang berada di sisi Intan.
“ Kak Bedah datang dengan siapa?” tegur Izzat sebaik saja kak Bedah meletakkan bakul yang berisi buahan di atas meja.
“ Kak Bedah datang dengan En. Faris” jawapan kak Bedah membuat Intan dan Izzat saling memandang antara satu sama lain. Wajah Izzat tiba-tiba menjadi murung tapi dia kembali tersenyum bila Aiman mengambil tempat di atas ribanya.
“ Mana Faris?” tanya Intan sambil matanya memandang ke arah pintu yang tertutup.
“ Dia nak jumpa kawan dulu...er, ini telefon Intan” kak Bedah segera menukar tajuk. Dia tak mahu isu berkaitan dengan Faris menjadi topik utama perbualan mereka. Dia tahu pastinya Izzat akan rasa tidak selesa. Tengok aje mukanya kak Bedah dah tahu. Intan segera menyambut handphone yang di hulurkan oleh kak Bedah. Lega kerana sejak dia sedar dari tidurnya tadi...dia memang memerlukannya untuk menghubungi Gina dan menyatakan dia tidak dapat datang kerja.
“ Bila En. Izzat sampai?” soal kak Bedah.
“ Baru aje....masa Izzat telefon kak Bedah tadi, Izzat baru sampai kat airport...jadi Izzat terus datang ke sini bila tahu Intan masuk wad. Hmm.....siapa yang bawa Intan ke sini malam tadi?”
“ En. Faris....” serba salah pula kak Bedah nak menjawabnya. Bimbang apa pula tanggapan Izzat.
“ Faris!” bibir Izzat menyebut nama Faris perlahan.
“ Ya...malam tadi badan Intan panas sangat dan dia meracau-racau. Kak Bedah betul-betul takut dan tak tahu nak buat apa. Hanya nama En. Faris yang kak Bedah ingatkan sebab petang semalam dia ada tinggalkan nombor telefon masa dia hantar Aiman dan berpesan supaya menghubunginya kalau ada apa-apa.... kak Bedah tak hubungi En. Izzat sebab En. Izzat tak ada kat sini!” jelas kak Bedah.
Izzat hanya mendiamkan diri, sementara Intan pula sesekali mengerling ke arah Izzat. Ingin mengetahui apakah reaksi lelaki itu bila mendengar cerita kak Bedah itu sedangkan dia sendiri turut terkejut mendengarnya.
“ Daddy...daddy...” suara Aiman membuatkan perhatian Izzat tertumpu pada anak kecil itu. Izzat sempat menghadiahkan sesuatu untuk Aiman sebagai buah tangan yang dibelinya dari Jepun. Tersenyum lebar Aiman menerima hadiah itu. Kedua-dua pipi Izzat diciumnya penuh mesra.
“ Terima kasih, daddy...” ujar Aiman sambil memeluk paper bag yang sederhana besar.
“ Aiman sayang daddy, tak?” soal Izzat.
“ Sayang...” jawapan Aiman membuatkan Izzat tersenyum lebar. Sempat dia berbalas pandang dengan Intan yang turut memandangnya.
“ Intan....I terpaksa balik sekarang sebab ada perkara yang perlu di uruskan....petang nanti I datang lagi” kata Izzat dan meletakkan Aiman di atas katil.
Thanks ...maafkan I kerana menyusahkan you!”
You will be fine....I balik dulu, take care...”  ujar Izzat sebelum berlalu.
Sebaik saja Izzat keluar, Intan membetulkan kedudukannya supaya lebih selesa. Kali ini dia menyandarkan badan di katil. Aiman di biarkan bermain di atas katil dengan alat permainan yang baru dihadiahkan oleh Izzat. Sementara kak Bedah mengupas buah epal yang dibelikan oleh Faris tadi.
Beberapa minit kemudian, bilik itu di buka. Perhatian ketiga-tiga mereka tertumpu pada lelaki yang baru saja melangkah masuk.
“ Uncle...” Aiman bersuara sambil memandang wajah Faris yang mengukir senyum sebaik saja memandang wajah Aiman. Kemudian senyumannya dihadiahkan buat Intan yang berterusan memandangnya sejak dia melangkah ke bilik itu.
“ Apa khabar, Intan?” Faris bersuara sebaik saja dia menghampiri katil Intan.
“ Baik” balas Intan ringkas sambil menghadiahkan senyuman.
Faris mengambil tempat duduk di atas kerusi. Kak Bedah pula meminta diri untuk beredar. Aiman di bawa bersama, sengaja tidak mahu mengganggu perbualan mereka.
Thank you...” tiba-tiba Intan bersuara selepas beberapa saat mereka membisu, hanya diam memerhati kak Bedah melangkah keluar bersama Aiman tadi.
Thank you... for what?” soal Faris dengan dahi berkerut.  Lama dia merenung wajah Intan membuatkan Intan tunduk  menahan  rasa malu yang mula bertandang tiba-tiba. Renungan Faris cukup berbisa, walaupun sudah lama mereka berpisah tapi panahan mata lelaki itu tetap mendebarkan hatinya, malah sesiapa saja.
“ Ucapan terima kasih untuk apa yang you lakukan pada  I malam tadi....dan I tahu semalaman you berjaga kat sini” kata-kata Intan hanya di balas dengan senyuman. Dalam diam, hati Faris berbunga kerana mendengar kata-kata itu. Itu tanda bahawa dirinya memang dihargai. Melihat wajah Intan yang ceria itu sudah membuatkan dia bahagia.
“ Dr. Idham yang bagi tahu I tadi...katanya, dia kawan you...” kata Intan lagi bila Faris hanya mendiamkan diri.
“ I lakukan apa yang sepatutnya ....ini bukan kali pertama I lakukan hal ini pada you kan.... masa kita masih suami isteri dulu pun, you pernah kena demam panas macam nikan!...ketika itu....I boleh sentiasa berada di sisi you...tapi sekarang, semuanya beubah dan yang pasti lelaki yang sentiasa ada di sisi you sekarang adalah Izzat” Intan tertunduk mendengar kata-kata Faris. Intan tahu pasti hati lelaki itu terluka setiap kali menyebut nama Izzat. Tapi apa boleh buat kerana ini memang hakikatnya.
“ I minta maaf kalau selama ini I menyusahkan you...” ujar Intan dengan rasa bersalah.
“ Alangkah bagusnya kalau masa boleh diundur semula...keadaan dan hubungan kita pastinya lebih baik. I mahu Aiman tahu siapa I yang sebenarnya dan I nak sangat dia memanggil I dengan panggilan papa...” kata-kata Faris membuatkan dada Intan makin sebak.
“ Tak ada gunanya bangkitkan perkara lama!” kata Intan membuatkan Faris tertawa. Ketawanya agak sinis.
“ Kenapa you ketawa?” soal Intan hairan sambil membetulkan kedudukannya.
“  You nak I lupakan perkara lama tapi you sendiri....kerana perkara lama tu lah you masih tak dapat terima I walaupun you tahu I memang sayangkan you. You tak nampak kebaikan dan keihlasan I terhadap you” kata-kata Faris membuatkan Intan terkedu. Memang diakui kata-kata itu ada benarnya. Dan dia sudah bersikap tidak adil untuk lelaki itu. Dalam hal ini Faris tidak bersalah.
Mereka sama-sama membisu. dan Intan hanya diam memerhati Faris melangkah pergi tanpa mengucapkan sepatah kata. Tanpa  dipinta, mata Intan mula berkaca dan hatinya  benar-benar dilanda resah.
************



ASSALAMUALAIKUM!”
“ Waalakumussalam....Iman sihat?”
“ Sihat....Iman cuma risaukan along aje, dah ok ke?...hari tu masuk wad....teruk sangatke along demam?”
“ Dah ok  pun. Sekarang ni along dah ada kat tempat kerja. Mana Iman tahu  along masuk wad?” berkerut dahi Intan bila mendapati Iman tahu yang dia pernah masuk wad selama 2 hari akibat demam panas.
“ Dari abang Faris...hari tu Iman ada call dia....dia yang bagi tahu along masuk wad sebab kena demam panas”
“ Oh ya....along tak bagi tahu sebab tak nak sesiapa risau” kata Intan sambil mengeluh perlahan.
“ Risau betul abang Faris masa dia bagi tahu along masuk wad...tak sangka ya, dia masih ambil berat pasal along!”
“ Er... selalu ke Iman call dia atau dia call Iman?” soal Intan resah. Suara Iman yang tiba-tiba ketawa membuatkan Intan mengetap bibir.
` Orang tanya betul-betul, dia gelak pulak!` rungut Intan geram mendengar gelak Iman.
“ Alah...sesekali aje dia call Iman...sekadar nak tanya khabar. Along tentu ingatkan yang dia pernah bagi name card dia kat Iman hari tu...saja je Iman nak test...lepas tu ada le sekali dua kami berbual....tak boleh nak berbual selalu...takut tergoda. Dengar suara abang Faris aje dah terpikat...belum lagi berbual secara face to face.....cair nanti. Perempuan mana yang tak tergoda bila tengok wajah abang Faris tu, cuma along aje yang buat-buat tak nampak...sengaja jual mahal bila orang nak. Maklumlah...sekarang nikan along dah ada abang Izzat yang baik hati tu!” Intan mencebik mendengar usikan Iman. Kalau Iman berada di hadapannya sekarang, pasti lengan adiknya di cubit.
“Apa yang Iman bualkan dengan dia?” soal Intan cuba menyelidik.
“ Eh!  Mana boleh bagi tahu...rahsia” Iman tergelak riang. Seronok pula dapat mengenakan alongnya. Jawapan Iman membuatkan Intan benar-benar geram dipermainkan. Pen yang berada di tangan kirinya digenggam kemas.
“ Tak nak bagi tahu sudah...bukannya luak pun....dahlah, along nak buat kerja...” Intan berpura-pura berjauh hati.
“ Alah...merajuklah tu...” kata Iman sambil tergelak kecil.
“ Dah Iman tak nak bagi tahu, buat apa lagi along nak melayan...” tempelak Intan. Sengaja mengenakan Iman balik.
“ Kami hanya bual kosong aje. Dia tanya pasal along, pasal keluarga kita...itu aje. Agaknya dia tak berani nak tanya lebih-lebih....takut along marah kot!” akhirnya Iman memberitahu perkara sebenar. Intan terdiam. Perlahan-lahan dia menarik nafas.
“ Oklah...tunang kita dah sampai tu...along, jangan lupa tau, cuti sekolah ni, bulan Ogos...along balik ya. Kenduri kawin Iman. Iman tunggu tau!” pujuk Iman dengan harapan Intan menerima pujukannya. Dia berharap sangat agar Intan dapat pulang ke kampung untuk bertemu dengan keluarga dan menyaksikan  majlis perkahwinannya.
“ Hmm...tengoklah macam mana!” hanya itu saja yang keluar dari mulut Intan. Kali ini Iman hanya mampu mengeluh. Tahu sangat dengan jawapan itu, pastinya Intan akan menolak.
***************

INTAN memandang telefonnya yang sedang berbunyi. Nama yang tertera di skrin telefon itu membuatkan dia serba salah. Dan panggilan itu berterusan berdering membuatkan dia berkeputusan untuk mengangkatnya.
“ Assalamualaikum” Intan memulakan bicara.
“ Waalaikumussalam...sorry kalau I mengganggu you malam-malam begini. You tengah buat apa?”
“ I tengah berehat sambil baca majalah...nak bagi mata rasa mengantuk. You?”
“ I?...I tengah siapkan paper work. Esok nak kena bentangkan dalam mesyuarat” Intan hanya diam mendengar penjelasan Faris sambil tangannya lincah membelek-belek helaian majalah tanpa di baca. Intan melirik jam dinding yang menunjukkan 1 pagi.
` Dia masih lagi buat kerja...selewat ini` detik Intan sedikit simpati.
“ Kenapa call I ni...nanti tak siap pula kerja you kalau asyik berbual dengan I” Intan risau kalau kerja Faris akan terganggu kerana lelaki itu menghubunginya.
“ Intan, boleh tak I nak bersembang dengan you?” pinta Faris membuatkan Intan tersentak. Benar- benar terkejut dengan permintaan Faris yang tidak disangka itu.
“ Boleh...tapi I takut mengganggu kerja you pulak” kata Intan.
“ Kerja I dah nak siap pun...saja nak releasekan tension....sebenarnya,...I rindu nak dengar suara you!” terkedu Intan mendengar kata-kata itu. Hatinya tersentak tiba-tiba.
Sejak Intan keuar dari hospital minggu lepas, mereka tak lagi berjumpa dan berbual di telefon dan Faris sendiri sudah seminggu tidak berkujung ke rumahnya untuk mengambil atau berjumpa dengan Aiman. Mungkin dia tahu yang ketika ini Izzat ada di Kuala Lumpur dan selalu bertandang ke rumahnya. Jauh di sudut hati, Intan benar-benar terhutang budi pada Faris dengan apa yang dilakukannya tempohari. Kalau Faris tak ada, entah apa yang akan jadi padanya.
“ Sejak kebelakangan ini, I tak boleh nak concentrate pada kerja...” keluhan Faris membuatkan Intan resah.
“ Kenapa?...banyak sangatke kerja kat office?” soal Intan perihatin. Dia tahu Faris merupakan orang kanan di syarikatnya dan pastinya beban kerjanya juga banyak. Tapi setakat yang dia kenal, Faris seorang yang komited pada kerja yang sentiasa lakukan yang terbaik.
I`m always thinking about you!” Intan menelan liur mendengar kata-kata Faris. Dadanya berdegup kencang.
“ Faris...” hanya nama itu yang mampu di sebutnya dek terkejut.
I miss you...really miss you...and miss you so much!” ucap Faris lagi, penuh syahdu.
Intan menelan liur. Terasa benar-benar tersekat di kerongkong. Entah apa sebenarnya yang  berlaku pada lelaki itu.
“ Faris...are you ok?....I rasa you patut berehat” kata Intan seakan memujuk. Sedangkan hatinya sendiri di landa resah mendengar kata-kata itu.
“ Ya....you`re right...I`m sorry kalau panggilan I ni mengganggu you dan you terpaksa mendengar luahan hati I...tapi I nak you tahu yang I betul-betul maksudkan apa yang I cakapkan tadi” luah Faris.
Intan sekadar mendengar.
“ Terima kasih kerana sudi mendengar kata-kata I tadi...good night and sweet dream...” Faris terus memutuskan talian dan membiarkan Intan termanggu sendirian sambil otaknya ligat memutarkan kata-kata Faris tadi.
************

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...