Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 2 December 2011

MENGGAPAI RINDU 14

oleh: Azieana



Bab 14
INTAN,  elok you pergi klinik. Muka you ni nampak pucat sangat!” kata Gina semasa mereka pulang dari makan tengahari bersama. Sedari tadi dia nampak keadaan Intan sudah tak bermaya, namun Intan tetap menegaskan dia hanya tak sihat badan aje. Masih boleh meneruskan kerja harian.
“ Alah, selesema sikit aje” balas Intan membuatkan Gina mendengus perlahan.
“ You ni memang, tak sayang diri sendiri tau!” cemuh Gina dengan rasa terkilan bila Intan mengambil sikap tak acuh dengan kata-katanya.
Semasa mereka berjalan menuju ke lif, mereka bertembung dengan En. Faizal yang baru keluar dari lif. Kali ini dia hanya berseorangan.
“ Selamat tengahari , En. Faizal” ucap Gina pada lelaki yang berusia 40an itu.
“ Tengahari...hmm...Intan, are you okay? Muka you nampak pucat aje, tak sihat ya!” tegur En. Faizal perihatin.
“ I...selesema sikit aje, En. Faizal. Kejap lagi baiklah!” balas Intan cuba mengukir senyum.
“ Kalau badan tak sihat tak payahlah datang kerja,...sejak you kerja kat sini....jarang you ambil cuti. Sekarang, I arahkan you pergi klinik...dapatkan MC, kemudian call I untuk makluman I” kata En. Faizal sambil mengeleng kepala perlahan. Wajah Intan yang pucat itu direnung seketika.
“ Tak payahlah En. Faizal...I masih larat lagi, bukannya teruk sangat pun!” dalih Intan membuatkan En. Faizal dan Gina saling berpandangan.
“ You ni, Intan...apasal degil sangat. Nanti  tak pasal-pasal I dukung you bawa ke klinik. Gina, nasihatkan sikit member you ni...kerja tu kerja juga, kesihatan diri tu lebih penting!...I pergi dulu” En. Faizal terus mengatur langkah pergi sambil diperhati oleh Gina dan Intan. Nasib baik  ketika itu hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ. Tak adalah yang kecoh nanti.
“ Jom! I temankan you pergi klinik. En. Faizal dah bagi kebenaran tu!” gesa Gina dan mula bersedia untuk beredar dari tempat menunggu lif tapi Intan sempat menarik tangannya.
“ Gina, kejap lagilah  I pergi...” dalih Intan. Dia memang liat nak ke klinik kalau tidak terlalu darurat. Tak minat nak makan ubat.
You must go now, young lady!” Gina menolak lembut tubuh Intan yang bersedia untuk masuk dalam lif yang sudah terbuka.
“ Ok...I pergi sekarang...puas hati!...I go by myself, you tak perlu temankan!” kata Intan yang masih malas nak beredar.
Now....I temankan. I tak percaya kalau you pergi....I nak tengok dengan mata kepala I sendiri!” kata Gina dengan nada tegas membuatkan Intan terpaksa mengalah.
Ok...., let go now!” ujar Intan mengalah membuatkan Gina tersenyum tanda kemenangan di pihaknya.
Mereka pergi dengan kereta Intan. Beria-ria Gina mahu memandu kerana khuatirkan kesihatan Intan.
“ En. Faizal tu walaupun sesekali datangnya miang dia tu...tapi kalau bab kebajikan pekerja, dia memang top. Perihatin orangnya dan I memang tabik sama dia!” kata Gina sewaktu mereka di dalam kereta untuk ke klinik panel syarikat.
“ Yalah tu!” Intan mencebik, kemudian dia tersenyum.
“ Betul ni...kalau you tak percaya, tanya si Syukri. Dulu masa dia masuk hospital sebab demam denggi, 3 kali En. Faizal datang melawatnya” jelas Gina yang telah agak lama mengenali lelaki itu. Intan hanya diam.
**********

INTAN terus pulang selepas pulang dari klinik. Gina yang mendesaknya untuk segera pulang dan dia juga menawarkan diri untuk menghantar Intan pulang, namun Intan menolak dengan alasan tidak mahu menyusahkan Gina. Lagi pun dia masih lagi larat untuk memandu.
Kak Bedah agak terkejut melihat Intan yang pulang awal. Ketika itu dia berada di dapur sedang menikmati makan tengahari.
“ Awal Intan pulang hari ni!”  tegur kak Bedah semasa Intan singgah seketika di dapur kerana menyedari kak Bedah berada di situ.
Intan mencapai gelas kosong dan mengisinya dengan air suam. Dia mengambil tempat duduk di hadapan kak Bedah.
“ Intan MC hari ni....Intan baru aje balik dari klinik” balas Intan sambil memandang menu yang berada di hadapannya. Sayur masak lemak, ikan goreng dan ayam masak kicap.
“ Intan nak makanke?” tegur kak Bedah bila melihat Intan memandang hidangan yang berada di atas meja itu.
“ Intan dah makan tadi” balas Intan sambil meneguk perlahan air suam yang digenggamnya tadi.
“ Pergilah berehat kat bilik....muka tu dah nampak pucat sangat...kan kak Bedah dah cakap tadi tak payah pergi kerja, risau kak Bedah kalau apa-apa terjadi pada Intan...kak Bedah tak tahu nak buat apa!” kata kak Bedah dengan wajah risau. Maklum saja dengan kudrat dan kebolehannya, apa yang mampu dia bantu kalau ada apa-apa yang menimpa Intan nanti. Dahlah ketika ini En. Izzat tak ada di Kuala Lumpur, kalau tak... senang dia nak minta tolong dari lelaki itu.
 Intan tersenyum. Dia tahu kak Bedah memang sayangkannya dan wanita itu memang menjaga kebajikannya sejak dari dulu lagi.
“ Intan nak naik atas...nak berehat, masuk solat Asar nanti kak Bedah tolong kejutkan ya...takut terlajak tidur pulak!” pesan Intan sebelum melangkah keluar dari ruang dapur untuk  ke biliknya.
Sebaik saja dia melangkah masuk ke biliknya, terus dia melabuhkan punggung di birai katil. Telefon bimbit yang ada di dalam beg tangannya dikeluarkan, tangannya terus menekan skrol sebelum menekapkannya di telinga.
Beberapa detik menunggu, panggilannya bersambut dan Intan mengeluh lega.
“ Hello, Intan!” suara garau di hujung talian membuatkan Intan termanggu seketika.
“ Faris, sorry kalau I mengganggu you sekejap!” Intan bersuara.
No problem....are you okay? Suara you lain macam aje....you kat mana ni?” suara Faris kedengaran begitu perihatin. Ada nada kerisauan pada suaranya membuatkan Intan tersenyum seketika.
“ I ada kat rumah....baru balik dari klinik....demam selesema sikit, itulah...suara tu semacam aje...” kata Intan sambil mencapai tisu, menyapu sedikit hingus yang hampir terkeluar. Tak selesa betul bila hidung mula berhingus.
“ Oh....patutlah...you dah makan ubat?” suara Faris kedengarannya agak risau.
“ Belum....kejap lagi I makan!”
“ Sejak bila you demam selesema ni?...kalau tak cepat makan ubat, nanti demam selesema tu makin melarat pulak”  Intan memejam mata seketika. Keperihatinan Faris ketika ini membuatkan hatinya tiba-tiba menjadi sebak.
“ Dah dua tiga hari....bukannya teruk sangat pun, you tak perlu risau” sengaja membuatkan nada suaranya agak ceria supaya lelaki itu tidak risau akan dirinya.
“ You ni memang...suka sangat menyusahkan diri sendiri” Faris mencemuh. Namun, Intan sedikit pun pun tidak terasa dengan kata-kata itu. Dalam diam, dia mengukir senyum. Dulu pun Faris pernah mengungkapkan kata-kata itu sewaktu mereka masih bersama.
“ Faris...” selepas beberapa detik masing-masing membisu, Intan bersuara.
“ Hmm...Ada apa Intan?” soal Faris.
“ I nak minta tolong you ambil Aiman petang nanti, kemudian hantar kat rumah I...boleh ke?” pinta Intan. Kalau Izzat ada, pasti dia meminta pertolongan dari lelaki itu. Tapi Izzat sekarang berada di Jepun.
“ Boleh aje sayang!” terkedu seketika Intan mendengar perkataan `sayang` keluar dari mulut Faris. Begitu romantik dan lembut pada pendengaran Intan. Tiba-tiba hatinya dipagut resah. Tubuhnya terasa makin hangat.
“ Intan....” Faris segera bersuara. Hairan kalau apa-apa yang berlaku pada Intan bila Intan hanya diam membisu selepas meminta pertolongan darinya sebentar tadi.
I`m still here....kalau macam tu, terima kasih!” hanya itu yang mampu di ucapkan.  
“ Okay lah...nanti I hantar Aiman kat rumah you lepas I balik kerja.... jangan lupa makan ubat dan berehat secukupnya supaya badannya you cepat sembuh. Kalau ada apa-apa, jangan lupa call I ya!” pesan Faris.
“ Hm....I know. Thanks again....Assalamualaikum!” kata Intan sebelum memutuskan talian mereka. Sebaik saja telefon bimbitnya di letakkan di atas meja, dia terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Intan cuba melelapkan mata, namun ucapan Faris sebentar tadi membuatkan hati Intan resah.
Boleh aje sayang.... suara dan kata-kata yang diucapkan oleh Faris tadi seakan pita rakaman  yang terus berlegar-legar dalam ingatannya membuatkan  Intan  terus mengingati wajah Faris sehinggalah akhirnya dia terlelap.
*************

FARIS  pulang ke rumahnya setelah menghantar Aiman ke rumah Intan. Di samping itu dia juga membeli sedikit makanan untuk Intan tetapi tidak dapat bersua muka dengan Intan kerana wanita itu masih berehat di dalam bilik dan dia tidak mahu mengganggu walaupun hati kecilnya ingin sekali menatap wajah Intan. Ingin mengetahui tahap kesihatan Intan setelah mendapat tahu wanita itu tidak sihat.
Walaupun jam sudah menginjak ke pukul 1 pagi, namun mata Faris masih suka untuk dilelap. Fikirannya begitu tepu memikirkan keadaan Intan.
“ Macam mana agaknya keadaan Intan sekarang?” detik Faris sambil kedua tangannya diletak di bawah kepala. Matanya tetap merenung kipas yang sedang berpusing perlahan. Walaupun mereka kita tiada lagi mempunyai sebarang hubungan , namun dia tetap khuatir akan kesihatan Intan. Tambahan pula perasaan sayangnya pada Intan tak pernah luntur walaupun bertahun-tahun mereka berpisah.
“ Kak Bedah, kalau ada apa-apa berlaku pada Intan....kak Bedah jangan lupa call saya ya!....ini kad saya...” kata Faris yang sempat menyerahkan  kad nama berserta nombor telefon pada kak Bedah semasa dia menghantar Aiman ke rumah Intan tadi. Kak Bedah   mengangguk perlahan. Kini, kak Bedah sudah pun mengetahui siapa dirinya selepas beberapa kali dia mengunjungi rumah Intan untuk berjumpa dan mengambil Aiman. Kadang-kadang dia sengaja mencipta alasan semata-mata mahu bertemu dengan Intan untuk menatap wajah Intan bagi melepaskan rindunya. Intan sendiri yang memberitahu tentang identity dirinya, bimbang apa pula tanggapan kak Bedah pada dirinya.
Saat matanya hampir terlelap, telefon bimbit yang diletak di sebelahnya  bernunyi membuatkan dia terpingga-pingga. Pantas tangannya mencapai telefon itu.
“ Hello....siapa ni?”
“ En. Faris....ini kak Bedah” suara cemas kak Bedah di hujung talian serta merta membuatkan mata Faris terbuka luas. Pantas dia bangun dari tidur dan menegak badannya di atas katil.
“ Ya, kak Bedah....ada apa? Suara cemas aje!” perasaan Faris mula gelisah.
“ Intan....kak Bedah tak tahu nak buat apa...” suara kak Bedah sebak.
“ Kenapa dengan Intan?” Faris makin cemas.
“ Badan Intan panas sangat....dia....dia ....meracau-racau.....kak Bedah takutlah, En. Faris...kak Bedah tak nak perkara buruk buruk berlaku pada Intan.....” kak Bedah mula menangis membuatkan Faris tak senang duduk. Dia bangkit dan berjalan mundar-mandir di sekitar bilik tidurnya.
“ Er.....kak Bedah sabar ya....banyakkan berdoa....kejap lagi saya sampai dan bawa dia ke hospital....sementara tu, kak Bedah tengok-tengokkan dia ya....” Faris cuba membuatkan kak Bedah bertenang sebelum memutuskan talian.
Bagaikan lipas kudung dia menukar pakaian dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nekadnya satu...dia mesti memastikan Intan selamat.  Sepanjang perjalanan ke rumah Intan, bibirnya tak henti mendoakan kesejahteraan untuk Intan.
Sebaik saja sampai di rumah Intan, dia di sambut oleh kak Bedah di muka pintu dan di bawa ke bilik Intan.
“ Kak Bedah, saya nak bawa Intan ke hospital...kak Bedah tengok-tengokkan Aiman ya....” kata Faris sambil mendukung  Intan keluar dari bilik sementara kak Bedah menjinjing sebuah beg.
Selepas meletakkan Intan di posisi yang selesa, Intan mendapatkan kak Bedah yang sedang menangis teresak-esak.
“ Kak Bedah jangan risau....dia akan selamat. Nanti saya hubungi kak Bedah ya...” kata Faris sebelum masuk ke dalam keretanya.
Sepanjang perjalanan ke hospital, mulut Intan tak henti-henti meracau.
“ Mak....ayah....ampunkan along.....along tak salah....mak, ayah......along teraniaya...mak...ayah...maafkan along....”
“ Sabar ya sayang....kejap lagi kita sampai!” pujuk Faris sambil matanya sesekali memandang wajah Intan yang berada di sebelahnya dalam keadaan lemah dan tak bermaya.
**************

SEMALAMAN Faris  berjaga di hospital yang menempatkan Intan di salah satu bilik VIP. Kebetulan kawannya  Dr. Idham bertugas ketika itu memudahkan segala urusan. Faris menyandarkan badannya di sofa  sebelum membetulkan urat saraf yang terasa begitu tegang. Selepas selesai menunaikan solat subuh, dia menghampiri katil yang menempatkan Intan yang nampak begitu nyenyak tidur. Mungkin sekarang ini sedang di buai mimpi apabila melihat wajahnya itu tenang. Sebenarnya dia begitu lega dengan keadaan itu. Tidak lagi dia risau seperti malam tadi. Lama dia berteleku merenung wajah itu. Waktu-waktu beginilah dia dapat menatap wajah itu tanpa sebarang gangguan.
Faris menarik kerusi dan melabuhkan punggung.  Wajah Intan tanpa bertudung itu direnungnya penuh kasih, memang wajah itu tak jemu di pandang. Tetap manis dan menawan seperti kali pertama dia menatap wajah itu beberapa tahun yang lalu. Perlahan tangan kiri Intan di capai dan digenggam erat sebelum mengucupnya perlahan. Nasib baik segala tindak tanduknya tidak disedari oleh Intan, kalau tak pasti Intan melenting marah. Faris menyentuh lembut rambut Intan, kak Bedah tak sempat menyarung tudung kepala kerana mereka dalam keadaan kelam kabut tadi tapi kak Bedah sempat membekalkannya. Tiba-tiba Faris mengukir senyum. Hati nakalnya ada terdetik,  alangkah bagusnya kalau dia dapat melakukan lebih dari  menyentuh rambut dan menyentuh wajah Intan. Namun fikirannya masih lagi waras.
“ Intan....I nak you tahu yang I benar-benar sayangkan you. I nak kita bina hidup baru dan I janji....I tak akan kecewakan you lagi....I love you...I really love you!” ucap Faris sambil menatap wajah Intan. Tangan Intan yang masih dalam genggamannya di kucup lagi.
Faris masih ingat,  semasa mereka masih lagi suami isteri...Intan juga pernah terkena demam panas. Risau betul dibuatnya. Semalaman juga dia tidak tidur kerana berjaga. Ketika itu dia sedar yang dia tak sanggup kehilangan Intan kerana perasaan sayang dan cintanya mula wujud. Selepas Intan sembuh, hubungan mereka mula mesra. Ketika itu juga dia bernekad untuk menjaga Intan sebaik mungkin dan memberi segala lasih sayang dan cinta untuk Intan sehingga akhirnya mereka `bersama` dalam ikatan sebagai suami isteri yang sebenar. Itulah saat-saat yang paling indah dan istimewa buat dirinya.
Lamunan Faris terhenti  bila telefon bimbit yang berada di atas meja bergetar menandakan ada panggilan masuk. Sengaja dia menukar ke silent mode kerana tidak mahu mengganggu Intan. Selepas mencapai telefon, Faris mengatur langkah ke arah tingkap.
“ Hello...mama...hmm.....Faris tak tidur kat rumah malam tadi....Faris sekarang ada kat hospital, ada emergency case.....kawan Faris masuk wad....hm...nanti Faris ceritakan bila Faris balik nanti...ma, papa ada?....boleh Faris cakap dengan papa sekejap?”
Beberapa detik kemudian, ganggang telefon bertukar tangan.
“ Assalamualaikum.....ada apa Faris?” kedengaran garau suara Datuk Amran di hujung talian.
“ Waalaikumussalam. Pa. ..Faris kat hospital sekarang, Intan masuk wad sebab demam panas, Faris bawa dia ke sini malam tadi....Faris masuk office lambat sikit hari ni, bolehkan pa?”
“ Hm...baiklah, papa faham.” Jawab Datuk Amran ringkas. Faris tahu pastinya mama ada di sisi papa ketika ini.
Thanks, pa”
Pintu bilik di buka ketika Faris memasukkan telefonnya di dalam poket seluar. Dia berpaling ke belakang untuk melihat gerangan yang masuk ke bilik itu.
“ Kau Id...” Faris mengukir senyum sebaik saja wajah Dr. Idham muncul ketika itu.
“ Macam mana keadaan Intan?”  soal Dr. Idham sebelum memeriksa keadaan Intan.  Dia tahu sepanjang malam Faris berjaga di situ, pastinya dia tahu tentang perkembangan Intan.
“ Panas di badannya dah turun....dia pun dah tak meracau lagi” penjelasan Faris membuatkan Dr. Idham mengangguk perlahan. Namun dia tetap memeriksa keadaan Intan sambil ditemani oleh seorang jururawat.
Don`t worry...she will be okay!” kata Dr. Idham sambil tersenyum lega.
Sebaik saja tugas memeriksa selesai, jururawat yang datang bersama Dr. Idham keluar.
“ Ris...” Faris memandang wajah Dr. Idham sebaik saja namanya di panggil.
“ Kau betul-betul sayangkan diakan!” kata-kata Dr. Idham dibalas dengan anggukan oleh Faris tanda dia mengiyakan kebenaran itu.
“ Aku tetap cintakan dia walaupun bertahun kami berpisah tapi sekarang....dia sukar nak terima aku semula setelah apa yang berlaku pada dia dan akibat perceraian kami dulu. Sepertinya dia dah tak percayakan aku lagi” Faris mengeluh kecewa.
“ Sabarlah...aku yakin dia pasti akan terima kau kalau dia tahu kau memang ikhlas sayang dan cintakan dia. ...Ris, kau mesti betulkan keadaan, jernihkan mana-mana yang keruh...barulah dia yakin dengan ketulusan hati kau. Kau fahamkan maksud aku!” Dr. Idham menepuk –nepuk perlahan bahu Faris.
“ Hmm...kalau awal-awal lagi aku berterus-terang tentang perasaan aku pada dia dan menceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada kami dulu....pasti kami bahagia sekarang”  sekali  lagi Faris mengeluh berat seolah-olah menyalahkan apa yang berlaku dulu.
“ Oh ya!...aku ingin sekali tengok anak kau bila aku dapat tahu kau ada anak bersama Intan” Dr. Intan agak teruja bila mendapat tahu hal itu beberapa minggu yang lepas ketika mereka besembang.
“ Nantilah aku kenalkan dia dengan kau...umurnya pun sebaya dengan anak lelaki kau, petang nanti aku bawa dia ke mari”  wajah Faris yang mendung bertukar ceria bila mengingatkan wajah comel Aiman. Pastinya ketika ini Aiman sedang mencari-cari wajah Intan. Nantilah, dia akan menghubungi kak Bedah sekejap lagi untuk memberitahu keadaan Intan.
“ Okaylah...aku keluar dulu. Jaga Intan elok-elok...masa nilah kau nak tunjukkan kasih sayang kau pada dia!” Dr. Idham tersenyum. Begitu juga dengan Faris. Namun, senyuman itu bukanlah senyuman yang sebenar kerana antara dia dan Intan, ada lelaki lain.
Faris duduk semula di kerusi, menatap lagi wajah Intan sambil berbicara sendirian sehingga akhirnya dia ketiduran.
****************

1 comment:

  1. ermmm...
    risau benar Faris bila dpt tau Intan sakit..
    sabar Faris..lama2 nnti Intan akan tau juga yg awak memeng cintakan dia dr dulu lagi....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...