Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 2 December 2011

MENGGAPAI RINDU 13

oleh : Azieana



Bab 13
FARIS, kenapa tak tidur lagi...dah lewat malam ni!” teguran Datuk Amran membuatkan Faris tersentak. Ketika itu dia hanya duduk bersantai di tepi kolam menikmati suasana malam. Kejadian beberapa hari lepas di mana dia bertemu dengan Intan bersama Izzat membuatkan ingatan itu terus kekal hingga ke saat itu. Entah kenapa peristiwa dan pertemuan itu benar-benar mengganggu kehidupan hariannya.
Datuk Amran turun mengambil tempat di sisi Faris dengan melabuhkan punggung di kerusi.
“ Apa yang Faris fikirkan?...pasal kerja atau pasal peribadi?” soal Datuk Amran. Dia memandang sekilas ke arah Faris. Anak tunggalnya di lihat begitu jauh termenung. Hati tuanya cukup risau.kalau boleh ingin sekali dia menembusi fikiran Faris. Ingin mengetahui apakah yang sedang  membelenggu fikiran anak kesayangannya itu.
“ Mama dah tidurke?....nanti mama tercari-cari papa!” Faris bersuara membuatkan Datuk Amran tersenyum.
“ Mama ada kat bilik, masih belum tidur.....saja papa nak mengambil angin kat luar, tak sangka Faris ada kat sini. Faris masih memikirkan Intan?” Faris merenung wajah papanya, dia agak tergamam. Macam mana papanya boleh tahu?....tercatat di wajahnya kah?
“ Pa.... salahkah kalau Faris masih mengharapkan dia?”
“ Tak salah.... tapi janganlah sampai menyeksakan diri Faris. Papa tengok kebelakangan ini Faris asyik resah aje.... kalau Faris mahu Intan kembali pada Faris, pujuklah dia dengan baik. Hati perempuan Ris...keras di luar tapi lembut di dalam. Kena gaya pujukannya, cairlah ia. Seumpama menarik rambut di dalam tepung....rambut tak putus, tepung tak beselerak!” kata-kata Datuk Aman di balas dengan angukan.
“ Macam mana dengan mama?” Faris gusar akan menerimaan mamanya.
“ Faris, Intan dan mama tu sama-sama perempuan... kenalah pandai memujuk. Hati perempuan ni kita kena jaga dengan baik, sekali mereka terluka, selamanya akan mereka ingat. Dan kita sebagai lelaki, nak buat atau nak menyatakan sesuatu benda...kena berfikir dengan waras. Jangan seperti kata pepatah...kerana mulut badan binasa”
“ Hidup berumahtangga Ris, ada pasang surutnya,... banyak dugaan dan cubaan....sebagai nakhoda...pandai-pandailah kita mengemudikannya agar rumahtangga yang kita bina tidak terus tenggelam atau pun karam!” Datuk Amran menepuk perlahan bahu Faris sambil tersenyum.

“ Wah! Malam ni banyak betul nasihat yang keluar dari mulut papa tapi Faris tetap kagum dengan papa....rumahtangga papa tetap bahagia dan Faris akan sentiasa mendoakan untuk papa dan mama!”
“ Terima kasih, Faris. Sebagai seorang ayah, papa sentiasa mendoakan agar kesejahteraan untuk Faris semoga Faris akan bahagia!”
*************

HEY,...kenapa monyok aje muka tu?” tegur Gina  sebaik saja melihat wajah Intan yang sedang tersemung di pantry.  Mug yang berisi milo 3 in 1 itu diletak di atas meja.  Gina menarik kerusi dan melabuhkan punggung di depan Intan. Wajah Intan direnung seketika.
Intan mengeluh perlahan. Dia membalas pandangan Gina seketika sebelum beralih pada mugnya yang berisi Nescafe yang masih lagi berbaki separuh. Di teguk perlahan sambil diperhati oleh Gina dengan kerutan di dahi.
“ You nak ceritakan apa masalah you pada I ke?...I sedia mendengarnya” ujar Gina.
Intan memandang seketika wajah Gina sambil tersenyum kecil. Gina, perempuan yang berbangsa India itu berusia awal 30an, sentiasa ceria dan bersikap peramah. Bukan hanya dengan dirinya, tapi pada sesiapa saja. Oleh itu sikapnya yang demikian amat disenani oleh rakan sekerja walaupun kebanyakan pekerja di syarikat itu terdiri dari golongan melayu.
“ Entahlah Gina, I bingung....masalah yang dulu belum selesai, timbul pula masalah baru. Sepertinya masalah begitu suka menghampiri I” kata Intan, diakhirnya dia tergelak kecil.
“Tiada masalah yang tak dapat di selesaikan walaupun sesukar mana ia berlaku dan terjadi pada kita...cuma pandai-pandailah kita menguruskannya.  Masalah yang datang itu sekadar untuk menguji sejauh mana ketabahan kita...” kata Gina.
Intan tersenyum lagi.  Dalam diam dia turut mengakui kata-kata Gina. Memang setiap masalah ada jalan penyelesainnya, tapi bagaimana cara nak menyelesaikannya....itulah yang jadi masalah....hai....nasib badan!
“ What` wrong and what happened to you....cerita pada I apa masalah you sebenarnya!...you tahukan...you can trust on me!...and I really want to help you!”
“ Gina, I tahu I boleh percayakan you lebih dari orang lain” balas Intan sambil merenung wajah Gina sambil mengukir senyum.
“ Ini mesti pasal that guy yang jumpa you hari tu kan!...hmm...you masih hutang cerita dengan I tau. Dah lama I  tunggu nak dengar cerita pasal you dengan lelaki hari tu. That guy....seriously....he`s very charming, handsome and good looking....” Gina tersenyum bila mengingatkan wajah Faris. Lelaki yang pernah datang untuk berjumpa dengan Intan. Lelaki yang mampu membuat ramai staff perempuan menoleh dua tiga kali ke arahnya. Dan lelaki itu juga pernah datang untuk keluar lunch bersama Intan beberapa minggu yang lalu.
“ You ni....asal aje tengok lelaki ....semuanya handsome....tapi Datuk Sapuan tu...tak ada pulak you nak puji. Kalau you puji dia....mesti cepat you naik pangkat tau....” Intan tergelak, Gina pula mencebik.
“ I hanya memuji untuk mereka yang berkelayakan aje....macam Datuk Sapuan tu....layakke kalau di letakkan dalam kategori handsome....” kata Gina sambil membalas pandang wajah Intan.
No.....” serentak mereka berdua bersuara sebelum sama-sama melepas tawa.
Intan tersenyum. Sekurang-kurang dia rasa sedikit lega.
So....Izzat tu dah ada saingankan!...dan you pun tak tahu nak pilih antara mereka, begitu?”
“ You rasa I patut pilih siapa?” sengaja Intan meminta pendapat Gina.
Gina terdiam seketika sebelum mengangkat kedua-dua bahu.
Well....lelaki yang you lihat tempohari.... yang datang jumpa I tu...namanya Faris....dia....dia bapa Aiman, maksud I...my ex husband!” ternganga mulut Gina mendengar kata-kata Intan.
“ Tutup mulut you tu , Gina....nanti  masuk lalat!”
 Intan ketawa kecil nampak lucu melihat keadaan Gina dengan mata bulat dan mulut ternganga itu. Dah jadi macam tersampuk hantu. Gina cepat-cepat menutup mulutnya, kemudian dia kembali tersenyum. Mungkin rasa lucu bila mengingatkan lagaknya sendiri.
“ Wow...very interesting!...I betul-betul tak sangka yang lelaki tempohari adalah bekas suami you...kenapa you boleh berpisah dengan dia?...ada orang ke tiga yang merosakkan hubungan korang?” Gina bersuara.
“ Dah tak ada jodoh antara kami...” balas Intan ringkas membuatkan dahi Gina berkerut, seakan tak percaya, itulah punca mereka berpisah.
“ Semudah itu alasannya?....I tak percaya”
“ Terpulang...”
So,...apa masalah you sekarang?...Dia nak you terima dia kembali atau dia nak dapatkan Aiman?” Gina bertanya lagi. Perasaan ingin tahunya begitu membuak-buak. Tak sabar ingin mengetahui kisah hidup Intan bersama lelaki kacak tempohari dan apa sebenarnya yang membelenggu hidup Intan ketika ini.
“ Kedua-duanya sekali” jawab Intan. Dia menghirup perlahan air yang sudah pun sejuk di dalam mug. Perbualan mereka masih berterusan. Nasib baik tak ada sesiapa yang masuk ke situ ketika ini. kalau tak pasti perbualan mereka akan terganggu.
“ Baguslah...selesai masalah you. Terima aje dia....sayanglah kalau you lepaskan lelaki kacak, bergaya macam tu...kalau I...I ikat aje dia kat rumah, tak nak bagi orang lain rampas” kata Gina membuatkan Intan terdiam seketika sebelum melepaskan tawa.
“ Amboi!...itu kerja orang zalim....dah jadi kes dera...kalau dia sue... boleh masuk penjara tau!”  adake dia nak ikut rancangan gila Gina tu...memang tak masuk di akal langsung.
Mereka sama-sama ketawa. Perbualan dan kata-kata Gina itu serba sedikit membuatkan Intan terhibur. Rasa lega kerana dapat meluahkan perasaan pada seseorang yang boleh dipercayai.
“Hmm...kalaulah masalah I selama ini dapat diselesaikan dengan mudah...tentu I tak sakit kepala. Kehadiran Faris dan Izzat membuatkan hidup bercelaru" Intan mengeluh perlahan.
“ Siapa sebenarnya yang you cinta?...Izzat atau pun Faris?....pilih aje lelaki yang you cinta...kenapa masih nak kusutkan fikiran you” kata Gina.
“ I keliru...tak tahu nak pilih siapa antara mereka” kata-kata Intan membuatkan Gina terdiam.
“Apa sebenarnya yang berlaku antara you dengan bekas suami you tu....kalau you tak cintakan dia....bagaimana boleh lahirnya Aimankan!” Intan menelan liur. Dalam bab ini dia paling sukar nak jelaskan tak mungkin dia akan menceritakan semuanya pada Gina.
“ Sebenarnya perkahwinan I dulu bukan atas kehendak kami...tapi takdir yang menemukan kami...ya...alam perkahwinan, ada kalanya manis dan adakalanya pahit, itu memang menjadi lumrah hidup berumahtanggakan!”
Gina mengangguk perlahan. Mengakui hakikat itu kerana dia juga pernah merasai dan mengalaminya. Tapi tidakkah Intan sedar bahawa, kesulitan yang berlaku dalam kehidupan rumahtangga boleh merapatkan hubungan antara suami isteri. Mereka akan dapat mengenali pasangan mereka dengan lebih dekat.
“ Perpisahan kami mungkin juga membabitkan orang ke tiga walaupun secara tak langsung....mama Faris memang tak terima I sebagai menantu...tapi I tak pernah menyalahkan dia kerana setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Selepas sebulan kami bercerai, dia terus kawin lain. Pilihan mamanya. Dua bulan selepas itu baru I dapati yang I mengandung.  Selama ini dia tak pernah tahu kewujudan Aiman kerana I berada di Brunei. Baru 2 bulan ni aje dia dapat tahu yang Aiman tu anak dia, itu pun secara tak langsung setelah kami terserempak di tempat tadika. Masa tu dia ambil anak sepupunya dan dari situ dia cuba dapatkan maklumat dari tadika itu bila dia mula syak tentang status Aiman....Gina, I tak mungkin kembali pada dia kerana I tak nak runtuhkan rumahtangga dia dan I pun pernah berkenalan dengan isterinya 2 minggu lepas masa I, Izzat dan Aiman keluar bersama... lagi pun I rasa bersalah pada Izzat kerana selama ini dia banyak membantu I”
Gina terdiam, cuba menyelami apa yang dirasai oleh Intan. Dia akui, pasti sukar untuk Intan membuat keputusan bila kedua-dua lelaki itu mengharapkannya.
“ Kalau I jadi you pun. I tak sanggup meruntuhkan rumahtangga orang..apa lagi untuk hidup bermadu...seksa!....I ni manusia yang tamak...I tak nak berkongsi suami” Gina bersuara.
Intan merenung wajah Gina, Gina isteri yang bertuah kerana Ramesh seorang suami yang penyanyang dan bertanggungjawab.  Sekarang ini hidup mereka bahagia bersama 3 orang anak.
So....apa penyelesaian you sekarang?”
I don`t know...yang tambah masalah I sekarang...Izzat, dah 2 minggu dia merajuk dengan I sejak kami terserempak dengan Faris dan tahu yang Faris tu adalah bekas suami I, bapa kandung Aiman....Izzat ni pun satu....suka sangat merajuk, mengalahkan orang perempuan!” rungut Intan sambil melepas keluhan panjang.
“ Intan, dia merajuk sebab nak dapatkan perhatian dari you. Alah...senang-senang you terima aje Izzat tu...dia lelaki yang single, lagi pun dah lama you kenal dia kan....dia pun memang sayangkan Aiman.....I pun suka kalau you pilih Izzat walaupun Faris tu lebih handsome!” Gina membuat usul membuatkan Intan terdiam.
“ Melainkan you masih ada perasaan pada Faris.....kalau you memang sudah lama lupakan Faris...tentunya   you dah terima lamaran Izzat sejak dari dulukan!” kata Gina sebelum  beredar meninggalkan Intan dengan senyuman selepas membersihkan mug yang digunakannya tadi. Intan sendiri turut tersenyum mendengarnya sedangkan dia sendiri tidak pasti apa sebenarnya perasaan dia pada Faris selepas mereka berpisah dulu. Marah... sedih.... dendam... benci ....atau pun cinta.
************



INTAN melangkah dengan perasaan berdebar-debar. Kalau diikutkan, dia tak mahu datang ke sini. Namun Arianna begitu beria mahu bertemunya, malah perempuan itu sanggup merayunya agar dia menerima ajakannya. Akhirnya dia tepaksa akur. Dari beberapa langkah, dia sudah dapat melihat wajah cantik itu, anggun dan menarik. Sesuai betul dengan kerjayanya sebagai seorang model yang terkenal.
“ Assalamualaikum!”
Intan memberi salam sebaik saja dia berdiri di hadapan perempuan anggun itu. Arianna segera bangun dan menjawab salam. Bibirnya mengukir senyum. Manis dan menarik.
“ Jemput duduk....” pelawa Arianna ramah, senyuman masih meniti di bibir merahnya.
“ Maaf kerana  I terpaksa menganggu masa you dan I terpaksa merayu agar you sudi datang untuk berjumpa  di sini”  ujar Arianna sambil meneliti wajah Intan.
“ Sebenarnya,....I serba salah nak datang dan menerima pelawaan you ni....I takut apa pula tanggapan you pada I!” Intan berterus-terang. Arianna hanya tersenyum. Wajahnya nampak tenang. Tak sedikit pun gusar dengan pertemuan ini. Adakah perempuan ini sudah bersedia dengan pelbagai hujjah untuk menembaknya?
“ You nak order apa-apa?...jangan risau, I yang jemput you.....I yang belanja!” Arianna bersuara membuatkan Intan mengukir senyum. Terasa senyuman itu tidak ikhlas. Biarlah.
Juice orange!” beritahu Intan.
“ Makan?” soal Arianna.
“ No, thanks....I masih kenyang”
Arianna terus membuat pesanan kepada pelayan yang sedang menunggu. Sebaik saja pelayan beredar, mereka masing-masing diam membisu. Pelbagai persoalan bermain di fiiran mereka.
“ Apa hal you nak jumpa I ni, Pn. Arianna?” Intan bersuara selepas beberapa detik sama-sama membisu.
Just call me, Rya....I nak jumpa you sebab I nak cakap pasal Faris!” kata-kata Arianna membuatkan Intan sedikit tersentak. Memang sudah dia jangka, pasti nama lelaki itu adalah tajuk utama  pertemuan mereka ini.
“ Maaf Rya,...I tak ada niat sedikit pun untuk masuk campur dalam soal rumahtangga you,  antara I dan Faris....kami dah tak ada apa-apa.... you tak perlu risau !” Intan terus bersuara. Bimbang apa pula tanggapan Arianna mengenai hubungannya dengan Faris.
Lama wajah Intan ditenung Arianna. Dia sendiri rasa tergamam mendengar pengakuan Intan itu. Sedangkan bukan perkara itu yang ingin di bincangkan, tidak sedikit pun terlintas di hatinya untuk membangkitkan soal itu. Akhirnya ketawa kecil mula meletus di bibirnya. terasa lucu pula mendengar andaian Intan itu.
“ Intan...you dah salah anggap mengenai hubungan I dan Faris!” kata Arianna sambil tersenyum. Manis sekali senyumannya. Intan terpegun seketika.
“ Apa maksud you?” soal Intan dengan dahi berkerut.
“ Antara I dengan Faris....kami cuma kawan. Memang dulu, kami penah berkahwin tapi hanya bertahan 2 bulan sahaja. Faris tak beritahu you pasal ni?” Arianna mendengus perlahan bila Intan mengeleng kepala.
“ Hmm...patutlah...” Arianna bersuara perlahan.
“ Apa sebenarnya yang berlaku antara you dan Faris?” tanya Intan. Tak sabar pula nak tahu punca keretakan rumahtangga mereka sedangkan selama ini dia melihat hubungan mereka berdua begitu mesra. Pelik!
“ Kali pertama I diperkenalkan dengan Faris...I memang terpikat.  Dia seorang lelaki yang kacak, bergaya, ada personality dan boleh dikatakan memenuhi ciri-ciri jejaka idaman. Ketika kami diperkenalkan....dia hanya bersikap tenang, nampak matang. Kami tak ada sebarang halangan bila orangtua kami mencadangkan kami berdua di jodohkan dan I sendiri tak kesah walaupun I tahu dia pernah berkahwin dan baru aje bercerai. Tapi....setelah kami kahwin,...I mula sedar, antara kami tak ada kesesuaian. Dia tak pernah melayan selayaknya seorang isteri dan I sendiri tak kesah sebab I sibuk dengan kerjaya I selalu ke luar negara untuk pertunjukkan. Jadi...kami tak pernah ada masa untuk `bersama`. Perkahwinan kami hanya bertahan selama 2 bulan aje...
Kami akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa halan masing-masing dan ketika itu juga Faris beritahu I  yang dia tak boleh terima wanita lain selain dari you, bekas isterinya. Dari cara percakapannya...I tahu wanita itu terlalu istimewa di hatinya sehingga membuatkan tertanya-tanya kenapa tidak I?... sebenarnya, dah lama I ingin bertemu dengan wanita itu, wanita yang tak mampu membuang wajahnya dari ingatan Faris sejak bertahun-tahun!” beritahu Arianna.
Perbualan mereka terhenti seketika bila pelayan datang membawa minuman mereka.
“ Jadi... you rasa cemburu atau dendam dengan bekas isteri Faris, maksud I....?” tak mungkin wanita itu tidak menyimpan sebarang perasaan untuknya setelah mengetahui cerita yang pernah disampaikan oleh Faris dulu.
“ Tak....I kagum  dengan wanita itu dan I tak sabar nak bertemu dengannya.  I nak tengok bagaimanakah rupanya wanita yang membuatkan Faris benar-benar terus menyintainya dari dulu hingga sekarang!” akui Arianna. Dan  itulah yang dirasainya. Memang dia tidak pernah menyimpan rasa dendam atau marah pada wanita itu kerana dia tiada hak untuk rasa begitu. Dia telah menganggap perpisahannya dengan Faris adalah kerana mereka memang tidak berjodoh dan ketika itu dia memang lebih mengejarkan kerjayanya dari hidup berumahtangga.
Wait....you jangan nak putar belitkan fakta ok!.... You tak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara kami dan kenapa kami boleh berpisah?” tajam mata Intan merenung wajah Arianna. Namun, hampir semput nafas Intan bila Arianna tiba-tiba mengangguk perlahan. Tanda Arianna tahu punca perceraian antara dia dan Faris dulu.
“ I dan Faris...Kami bercerai secara baik.  Jadi, tak hairan hubungan kami menjadi rapat. Hubungan sebagai kawan. Kami sering berkongsi cerita dan keluar bersama. Walaupun hubungan kami memang rapat. Tapi soal cinta....tak wujud walaupun I pernah terfikir alangkah baiknya kalau I dapat menarik perhatian dia dan membuat dia jatuh cinta dengan I....tapi mustahilkan!” Arianna ketawa kecil. Intan hanya diam, masih mahu memberi perhatian dengan apa yang akan diceritakan.
“ Intan....hati Faris hanya pada you, tak pernah berubah. Dia sendiri mengakuinya. Banyak perkara yang dia ceritakan tentang you pada I....tapi semuanya perkara baik. Itu sebabnya I kagum dengan you dan ingin berjumpa dan mengenali you, jadi permintaan I dikabulkan!”
Intan terdiam. Dia menundukkan wajah seketika. Cuba memikirkan kata-kata Ariannna itu. Benarkah begitu? Arianna menyedut perlahan minuman di hadapannya sambil matanya terus merenung wajah Intan.
“ Intan...” Arianna bersuara.
Intan membalas panggilan itu dengan menatap wajah Arianna.
“ I nak you kembali  pada Faris semula kerana selama ini dia memang menunggu you. Dia makin teruja bila dapat tahu dia anak bersama you, Aiman. Setiap kali dia bercerita pada korang berdua ...wajahnya ceria. Dulu pun, dia banyak bercerita pasal you, tapi kebelakangan ini wajahnya makin ceria dan bersemangat. I tak nak keceriaan itu pudar andainya you menolak cinta dia!” ujar Arianna memohon pengertian dari Intan.
“ Pertemuan kita ini atas permintaan Fariskan?...dia yang minta you pujuk I!” Intan bersuara, dia resah memikirkan keberangkalian itu.
No, Faris tak ada kena mengena dengan pertemuan kita ini...I yang mahu bertemu you...” jelas Arianna.
Intan mengeluh perlahan.
“ Intan, kita ni perempuan...jangan terlalu ego!” Arianna merenung wajah Intan. Dia terkilan dengan sikap Intan sepertinya tidak pernah mengendahkan perasaan Faris terhadapnya. Sedangkan ketika ini Intan seperti tak percaya mendengar perkhabaran dari Arianna. Betulkah selama ini, Faris sedang menantinya dan lelaki itu memang menyintainya sejak mereka bersama lagi?
“ Rya, I bukan perempuan ego...I hanya mahu mempertahankan diri I, maruah I....macam mana I nak terima dia semula bila I ingatkan kembali bagaimana dia mengusir I dulu, tak ubah macam I ni kucing kurap. Malah dia telah bertegas...tak mahu melihat wajah I lagi...macam mana kami nak bersama kalau dia bencikan I. Dan kerananya juga orangtua I tak terima I, mereka tak anggap I ni anak mereka lagi!” Intan bersuara dengan mata berkaca. Arianna boleh kata apa saja, tapi dia yang menanggungnya.
“ Intan, perkara itukan dah lama berlalu dan sepatutnya you lupakan semua tu dan bina hidup baru!” pujuk Arianna yang turut merasa simpati dengan apa yang telah berlaku pada Intan.
“Tak semudah itu untuk I lupakan semuanya. Memang betul, I perlu mulakan hidup baru tapi tak bermakna I mesti menerima Faris semula” kata Intan menahan sebak di dada.
“ I`m sorry, Intan...tapi percayalah....Faris betul-betul sayangkan you. Jiwanya merana kerana melepaskan you dulu. Sampaikan sekarang, hatinya tetap tak tenang. You tega membiarkan rasa bersalah terus membelenggu hidup Faris buat selamanya?” kata-kata Arianna membuatkan Intan memejam mata seketika. Saat dia membukanya semula, Arianna tetap menatap wajahnya dengan penuh harapan.
*************

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...