Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 2 December 2011

MENGGAPAI RINDU 12

oleh : Azieana

Bab 12
IMAN NAJWA  merenung lama wajah kakaknya yang sedang meneliti menu di hadapan. Hari ni dia berbesar hati datang ke Kuala Lumpur semata-mata melepaskan rindu pada kakak tersayang, apa lagi untuk menatap satu-satunya wajah anak saudara yang comel.
“ Along, along mesti balik tau masa kenduri kawin Iman nanti!” Iman berusaha memjuk kakaknya supaya pulang ke kampung. Selama ini, sudah jenuh dia memujuk kakaknya namun tak pernah berjaya. Degil juga kakaknya yang sorang. Nampak kat luar lembut, hati di dalam keras. Ikut perangai ayah la ni, sama-sama degil. Iman terus mengelamun sendiri
“ Selagi mak dan ayah tak maafkan along, along tak akan balik. Iman ingat senangke ayah   dan mak nak maafkan along atas apa yang berlaku pada along dulu?.... Iman tentu ingat macam mana ayah mengusir along dari rumah hari tu....dari hari itu juga ayah dah tak anggap along ni sebagai anaknya lagi!”  Intan menahan sebak bila mengingatkan kejadian yang berlaku 6 tahun dulu.
“ Mulai saat ini....kamu bukan anak aku lagi! Aku haramkan kamu pijak kaki di rumah ini lagi....faham?” mencerlung wajah Hj Ahmad membalas pandangan sayu Iman yang penuh dengan air mata. Hjh Khadijah yang berada di sisi suaminya hanya mampu terkedu, menangis dalam diam. Tidak berani untuk bersuara. Tahu sangat dengan perangai suaminya. Kalau dia membela, dengan dia sekali akan terbabit sama. Ibu mana yang tidak rasa tersayat hati melihat anak kesayangannya diperlakukan begitu, walaupun oleh suaminya sendiri. Hanya Iman yang sedang berusaha memujuk dan merayu ayahnya, namun sikit pun tidak diendahkan. Begitu keras hati lelaki yang bernama Hj Ahmad ini. Faris yang ketika itu sedang berdiri di sisi Intan hanya diam membisu, sedikit pun tidak membantu, geram Intan dibuatnya.
“ Perkara tu dah lama berlaku, along....dah 6 tahun. Iman percaya, dah lama ayah maafkan kesalahan along tu....along balik ya! Bukan hanya kerana meraikan perkahwinan Iman tapi kerana mak!” Iman tetap memujuk.
Dia turut bersimpati dengan apa yang berlaku pada Intan. Bukan dia tak pernah menolong.  Selalu saja dia mencari alasan untuk mengenal pasti penerimaan orang tua mereka terhadap Intan. Namun, setiap kali soal Intan  dibangkitkan mak dan ayahnya hanya diam membisu. Dia pula yang jadi buntu.
“ Iman pernah beberapa tengok mak menangis bila melihat gambar along. Dulu, along anak kesayangan mak dan ayah. Mereka begitu bangga bila along dapat melanjutkan pelajaranke luar negara. Maklum saja, along ni kan idola Iman dan Imran!” kata Iman dalam usaha memujuk kakaknya.
Iman sayangkan Intan. Terlalu sayang. Dia tahu kakaknya tak bersalah dan dia memang mempercayai apa jua yang diceritakan oleh kakaknya, tetapi kenapa ayah tak boleh terima?
“ Iman tahu along tak pernah melupakan mak dan ayah selama ini....malah setiap bulan along masukkan wang untuk mereka walaupun mereka tak pernah menggunakan wang tersebut”
Hj Ahmad adalah seorang pegawai Daerah, manakala Hjh Khadijah pula seorang guru sekolah menengah. Pastinya gaji mereka lebih mencukupi untuk keperluan mereka dan keluarga. Tapi Iman tahu, sebagai anak, kakaknya ingin berbakti pada orangtuanya walaupun pemberiannya tidak pernah dihargai oleh mereka.
“ Iman, ada perkara yang along nak bagi tahu Iman ni!” Intan bersuara selepas beberapa detik mereka diam membisu selepas pelayan pergi selepas mereka membuat pesanan.
“ Pasal apa?....along dah terima lamaran dari abang Izzat ya!” teka Iman dengan perasaan teruja. Dia sedia maklum tentang hubungan Intan dan lelaki yang bernama Izzat tu. Dia pun dah 2 kali bertembung dengan lelaki itu sejak kakaknya berada di Kuala Lumpur. Orangnya boleh dikategorikan sebagai handsome, anak orang berada yang berasa dari Brunei, malah dia akui lelaki itu benar-benar menyayangi kakak dan anak saudaranya. Lagi pun dah dekat 5 tahun mereka saling mengenali, satu tempoh masa yang cukup lama. Mungkin dah sampai masanya Intan menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dan sebagai adik, dia turut merestui hubungan mereka berdua.
“ Bukan pasal Izzat....tapi Faris!” terlopong mulut Iman mendengar Intan menyebut nama lelaki itu. Dia ingat-ingat lupa wajah lelaki yang disebut oleh Intan itu kerana hanya sekali dia sempat melihat wajah lelaki itu. Itu pun 6 tahun yang lalu.
“ Maksud along....abang Faris?...your ex husband?” bulat mata Iman memandang wajah Intan seakan tak percaya kerana nama itu tiba-tiba wujud di pendengarannya.
“ Assalamualaikum!”
Intan dan Iman terdiam seketika mendengar seseorang memberi salam. Serentak mata mereka tertumpu pada seseorang yang sedang berdiri di hadapan mereka sambil mengukir senyum. Dalam diam mereka berdua menjawab salam, namun mata tetap terpaku menatap wajah lelaki  di hadapan mereka.  Lelaki itu nampak begitu kacak dan segak dengan mengenakan kot hitam. Apa lagi senyuman manis terukir di bibirnya membuatkan Iman terkaku seketika. Hanya Intan yang nampak sedikit tak selesa dengan kemunculan lelaki itu.
“ Er...” Iman memandang wajah Intan yang nampak gelisah apabila bertentang mata dengan lelaki itu.
“ You dah makan ke?” lelaki itu memandang tepat ke wajah Intan, sempat dia memandang ke meja yang masih kosong . Di wajahnya masih terukir senyuman. Iman turut membalas senyuman lelaki itu sebelum beralih memandang wajah kakaknya yang nampak seperti cacing kepanasan.
“ Kami sedang menunggu pesanan....er, you seorang ke?” Intan membalas sekadarnya. Memangnya dia rasa tak selesa dengan kemunculan lelaki itu. Tak sangka saat ini lelaki itu datang menegurnya. Mungkin dia baru masuk ke restoran itu.
“ I ada appointment dengan client dan kebetulan kami lunch di sini. I....ternampak you kat sini....so, I sekadar datang untuk menegur tapi nampaknya you tak selesa berjumpa dengan I....betulkan?” lelaki itu tetap merenung wajah Intan.
“ Bukan itu maksud I....I cuma....”Intan cuba membetulkan tanggapan lelaki itu.
“ Along....siapa ni?” Iman bersuara.  Sejak dari tadi dia tertanya-tanya siapakah lelaki kacak yang datang menegur kakaknya. Kenapa kakaknya menegur lelaki itu sambil lewa aje.
“ Iman,...kenalkan ini...Faris. Faris...ini Iman, my sister!” Intan memperkenalkan mereka berdua.  Intan dan Faris saling bertukar senyum.
“ Abang Faris gembira dapat mengenali Intan.  Ini kad abang Faris....kalau ada apa-apa....jangan segan contact abang Faris ya!” Faris menghulurkan kad nama yang baru dikeluarkan dari poketnya. Tersenyum-senyum Intan menerima kad itu sambil direnung seketika sebelum memasukkannya ke dalam beg sandangnya.
“ Nanti kita jumpa lagi ya! Enjoy your lunch !” ucap Faris yang sempat mengenyit mata pada Iman. Tersenyum lebar Iman menerima senyuman dari Faris itu.
“ Wow!....he`s so georgous....handsome, charisma and very charming. Along tak rasa menyesalke berpisah dengan dia dulu?” Iman betul-betul teruja dengan pertemuan itu.  Matanya bersinar mengingatkan wajah dan gaya Faris sebentar tadi. Seolah-olah itulah lelaki yang paling kacak pernah dia jumpa sepanjang hidupnya.
“ Tak kuasa along nak layan benda-benda mengarut ni....” cemuh Intan. Sen gaja ingin melarikan topic perbincangan mengenai Faris. Bukan apa. Timbul pula rasa segan bila berbicara soal hati dan perasaan secara tiba-tiba sedangkan antara dia dan Faris sudah tiada sebarang hubungan lagi.
Let join our lunch...!” Intan terus bersuara sebaik saja menu yang mereka pesan sudah tersedia di kepan mata.
Intan dan Iman terus menikmati hidangan dengan penuh selera , namun sesekali dia perasan Faris memandang ke arahnya walaupun di hadapannya terdapat dua orang client lelaki dari luar negara berdasarkan wajah mereka.
“ Bil please...” Intan memanggil pelayan selepas mereka selesai menikmati hidangan tengahari.
“ Bil cik berdua sudah dijelaskan!” ujar pelayan yang datang menghampiri meja mereka. Intan tahu siapa yang telah menjelaskan makan tengaharinya hari ini.
Thanks” ucap Intan pada pelayang sebelum gadis itu beredar.
“ Jom!” Intan terlebih awal bangun, diikuti oleh Iman. Sebelum melangkah keluar dari restoran itu, Intan sempat berbalas pandang dengan Faris. Dari jauh dia menghadiahkan sebuah senyuman tanda ucapan terima kasih pada lelaki itu.
************

AIMAN begitu teruja bila Intan dan Izzat membawanya keluar untuk membeli –belah. Dia yang begitu rindukan kehadiran Izzat bersorak riang sebaik saja Izzat muncul di rumah pada pagi itu.  Hari ini Izzat nampak begitu kasual dengan mengenakan t`shirt berkolar berwarna  putih dan berseluar jeans biru.
“ Dah lama kita tak keluar bertiga seperti hari ini!” kata Izzat yang begitu ralit melihat Aiman bermain papan gelongsor  di pusat membeli belah The Mall tu.
“ I tahu you sibuk...jarang ada kat sini dan Aiman juga tahu you akan jumpa dengan dia kalau ada masa!” balas Intan.
Kerjaya Izzat sebagai seorang jurutera disebuah syarikat besar dan ternama memerlukan komitmen yang tinggi dan lelaki itu sentiasa berulang alik ke luar negara kerana menguruskan kerja. Intan tak mahu memberi sebarang tekanan untuk lelaki itu dan lelaki itu sememangnya komited dengan kerja. Selagi mereka tidak terikat dengan hubungan yang sah, dia tak berhak menghalang ke mana jua lelaki itu pergi. Tapi dia tahu ke mana pun lelaki itu berada, sayangnya tak pernah luak untuk Aiman dan dirinya.
“ Lepas ni kita nak ke mana?” tanya Intan pada Izzat yang ralit melihat Aiman bermain bersama beberapa orang kanak-kanak di situ. Sesekali dia tersenyum melihat gelagat Aiman.
“ Kita pergi makan dan lepas tu....I hantar you pulang!” kata Izzat sambil memandang lama wajah Intan sambil bibirnya menguntum senyum. Intan mula rasa gelisah dengan renungan itu.
“ Izzat....kenapa you pandang I macam tu?” merah padam muka Intan, malu dan segan bila berterusan dipandang lelaki itu.
I miss you....miss you so much!” ucap Izzat dengan penuh syahdu membuatkan muka Intan terasa panas. Apa lagi kata-kata Izzat itu turut di dengari oleh beberapa pasangan ibu bapa yang turut berada di situ, melihat anak mereka bemain. Ada di antara mereka tersenyum memandang ke arah mereka berdua. Mungkin menganggap mereka pasangan yang romantis.
“ Apa kata kita jumpa parent you...!” tba-tiba Izzat mengeluarkan cadangan membuatkan Intan terkedu.
“ Untuk apa?....untuk buat mereka lebih membenci I?” lemah aje kedengaran Intan bersuara. Cuba menahan sebak di dada. Siapa yang tak rindukan ibu bapa. Dia menjadi tabah dan kuat kerana adanya Aiman bersama. Andainya Aiman tiada , tidak dapat digambarkan apa yang berlaku pada dirinya.
“ Sampai bila you nak teruskan hidup dengan cara begini....I yakin parent you dah lama maafkan you....ibu bapa mana yang tak sayangkan anak!” pujuk Izzat.  Sedikit sebanyak dia tahu apa yang menyebabkan Intan begitu susah untuk bertemu dengan orangtuanya.
“ I belum bersedia untuk bersemuka dengan mereka....itu adalah salah satu sebab kenapa I masih belum dapat menerima you!” kata Intan cuba melarikan pandangan dari bertembung dengan mata Izzat.
“ Kesian you.  I betul-betul nak kenal siapa lelaki tu yang membuat you tak boleh menerima lelaki lain dalam hidup you....I betul-betul kesal. Kalaulah I berada di tempat lelaki tu....tak kan sekali-kali I lepaskan you” Izzat bersuara sambil melahirkan rasa terkilan dan kesalnya dengan apa yang berlaku pada Intan selama ini.
“ Izzat...apa yang berlaku pada I dulu mungkin ada hikmahnya....kalau tidak, kita tak akan kenal satu sama lainkan!” kata-kata Intan membuat Izzat mengangguk perlahan.
Ya! Mungkin itu hikmahnya. Kalaulah Intan bahagia dengan lelaki itu, tak mungkin dia dapat bersama dengan Intan saat ini.
“ I mengenali you lebih lama dari I mengenali lelaki tu....bagi I , you lebih bermakna dan lebih istimewa dari dia. Malah you banyak membantu dan berkorban untuk I dan juga Aiman. I benar-benar menghargai you di sisi I...tak mungkin lelaki lain dapat buat apa yang you telah buat”
 Izzat tersenyum bangga mendengar pujian itu. Dia melakukan semua itu kerana perasaan kasih dan sayangnya untuk mereka berdua. Intan membiarkan seketika tangannya berada di genggaman lelaki itu sebelum menarik perlahan tangannya. Tak selesa kalau dibiarkan tangannya berterusan berada dalam genggaman lelaki itu. Hatinya jadi tak enak.
“ Uncle...” suara Aiman yang lantang memanggil itu mematikan perbualan Intan dan Izzat ketika itu. Terus pandangan mereka menghala pada seorang lelaki yang muncul bersama seorang perempuan yang nampak begitu anggun menawan.
Aiman segera berlari mendapatkan lelaki itu membuatkan Intan menelan liur. Wajahnya menjadi pucat tiba-tiba. Musibah apakah yang bakal terencana selepas ini. Aiman kini sudah pun berada dalam dukungan lelaki itu. Izzat terus merenung wajah Intan, cuba mencari jawapan.
“ Daddy...mama...” panggil Aiman riang yang ketika itu masih berada dalam dukungan lelaki itu. Perempuan yang berada di sisi lelaki itu hanya tersenyum sambil menggosok perlahan pipi Aiman.
Izzat dan Intan bangun dari tempat duduk. Mereka mengatur langkah menghampiri pasangan itu.
“ Hai,...I`m Izzat!” Izzat terlebih dahulu bersuara sambil menghulur tangan.
“ Faris....dan kenalkan....Arianna” Intan kaku terdiam. Perlahan-lahan dia menyambut huluran tangan Arianna.
“ Intan!” Intan bersuara memperkenalkan diri pada perempuan yang berada di sisi Faris. Terasa gementar tubuhnya tatkala memperkenalkan dirinya pada Arianna tadi.
`Model terkenal, Arianna akan menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan’ itulah tajuk berita yang pernah dibacanya di dada akhbar sebulan selepas dia dan Faris berpisah.
“ Intan....” terpingga-pingga terkejut bila bahunya disntuh oleh Izzat. Hilang lamunannya seketika tadi. Berkerut dahi Izzat melihat wajah Intan yang sedikit pucat ketika itu. Namun, apa yang dia turut sedar...mata Faris begitu asyik merenung wajah Intan seakan memberi satu maksud yang tersirat membuatkan jiwanya resah tiba-tiba. Perasaan cemburu mula bertandang.
“ Comel anak you....Aiman namanya kan!” Arianna tiba-tiba bersuara memecah kesunyian.
“ Ya....Aiman namanya” Intan mengiyakan sambil mengrak senyum. Cuba menyembunyikan gelodak di hati yang mula bersarang.
“ Hmm...Faris selalu cerita pasal Aiman pada I....malah, Dah banyak kali Faris membawa Aiman balik ke rumah.  Patutlah, mereka nampak mesra!” kata-kata Arianna membuatkan Izzat merenung tajam ke arah intan.  Dada Intan pula seakan nak pecah mendengar kata-kata itu. Namun, dia berusaha tidak mengendahkan kata-kata itu walaupun hatinya hampir menangis. Dari renungan Izzat, dia tahu lelaki itu mahukan penjelasan.
“ Aiman, jom kita pergi sekarang....daddy dah janji nak belanja makan!” Intan bersuara sambil mengambil Intan dari dukungan Faris. Faris hanya diam tapi matanya tetap tajam merenung wajah Intan yang begitu hampir dengannya.
“ Izzat...” panggil Izzat bila dilihatnya lelaki itu masih kaku di situ.
Oh! Sorry....we have to go...nice to meet you!” Izzat menghulur tangan sebelum mereka berpisah.
Faris terus memandang pasangan itu. Cemburu juga hatinya melihat betapa mesranya pasangan itu. Izzat dilihatnya mengambil Aiman dari dukungan Intan, mereka terus berlalu  dan Faris terus memandang hingga mereka hilang dari pandangan.
She`s beautiful...it`s?” Arianna tiba-tiba bersuara.
What?” tanya Faris.
That`s why....sampai sekarang you masih tak dapat melupakan dia!....tapi awas!....you ada pesaing yang juga cukup hebat!”kata Arianna perlahan sambil mengukir senyum.
            “ Best man win!” kata Faris  sambil tersenyum hambar.
**********

“ APA hubungan you dengan lelaki tadi?....I tahu ada sesuatu yang you cuba sembunyikan dari I.....macam mana Aiman boleh begitu mesra dengan lelaki tu sampaikan Aiman selalu selalu berkunjung ke rumahnya” Izzat bertanya dengan suara agak keras.
 Entah kenapa kali ini dia tak dapat membendung perasaan dari ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku. Malah, hatinya cukup bergelora melihat Intan dan Faris yang berdiri begitu hampir seketika tadi. Bukan dia bodoh, tak tahu cara renungan Intan dan Faris. Seakan menyembunyikan kisah lama yang hanya dia seorang yang tak tahu. Dia juga ingin mengenal pasti apa yang berlaku antara mereka bertiga. Intan, Faris dan Arianna. Arianna bukan calang-calang orangnya. Siapa yang tak kenal dengan model yang terkenal itu. Bukan hanya di Malaysia, tapi juga di luar negara.
“ You kan dah kenal siapa lelaki tu...namanya Faris” ujar Intan. Kalau boleh biarlah isu yang membabitkan Faris akan terhenti sekarang juga. Tak mahu bersoal jawab. Takut hati Izzat juga yang terluka. Dia sayangkan lelaki itu, sebab itu dia tak mahu hal Faris di panjangkan lagi.
“ I cuma nak tahu sejauh mana hubungan you dengan dia...dan bagaimana Aiman turut mengenali dia.....that all!” tegas Izzat agak kasar membuatkan Intan sedikit tersentak. Jarang Izzat mengeluarkan suara dengan kasar begitu.  Dia tahu pastinya perasaan lelaki itu agak tercabar.
“ Boleh tak you jangan soal I tentang perkara ini....I tak ada mood nak jawab dan I tak nak bergaduh dengan pasal ni!” bentak Intan membuatkan Izzat mendengus kasar. Intan melepas keluhan panjang. Sebenarnya dia rasa bersalah kerana bersikap begitu pasa Izzat.
“ Mama...daddy...kenapa?” tiba-tiba Aiman bersuara sambil memandang wajah Intan dan Izzat membuatkan kedua-dua nya tersentak. Terkejut. tak sangka perbualan mereka itu membuatkan Aiman keliru.
“ Tak ada apa sayang” pujuk Intan sambil mengusap lembut kepala Aiman. Aiman terus menikmati ais krimnya.
“ Kerana Faris you tak dapat terima cinta I kan?  You tak boleh terima I bukan kerana masalah you dengan parent...tapi kerana wujudnya lelaki itu semula dalam hidup youkan?” gesa Izzat yang masih tak berpuas hati sebelum mengetahui punca sebenar Intan tidak dapat menerimanya.
Stop it!....I tak nak dengar you terus mendesak I begini. Kenapa sikap you beubah tiba-tiba? Dulu , you tak macam ni!” bentak Intan menahan marah.
Aiman yang melihat pergaduhan mereka mendiamkan diri. Hanya matanya sahaja memandang wajah Intan dan Izzat silih berganti.
“ Dulu....I buta, baru sekarang mata I terbuka. Mana mungkin you boleh melupakan lelaki seperti Faris tu kan...kacak, kaya, bekedudukan dan berkerjaya. Kenapalah I ni bodoh sangat dan tak sedar selama ini I hanya mengejar dan menyayangi bayang-bayang!” kata Izzat berjauh hati. Redup matanya merenung jauh, sedikit pun tidak memandang wajah Intan. Intan yang mendengar kata-kata itu hanya mampu menelan liur, dadanya seakan nak pecah. Betapa dia membuat insan itu  terluka dan kecewa.
“ Izzat....listen....I sayangkan you, terlalu sayang. I nak you tahu hubungan I dan Faris dah lama berakhir....sebelum kita kenal. Hanya you satu-satunya lelaki yang I sayang” pujuk Intan sambil meraih tangan lelaki itu. Digenggam seketika, memberi semangat dan harapan.
“ I tahu you memang sayangkan I....tapi you tak cintakan I...ada perbezaannya antara cinta dan sayang!” kata Izzat perlahan membuatkan Intan tertunduk.
“ Apa sebenarnya hubungan you dengan Faris?” gesa Izzat. Izzat memengang dagu Intan, membiarkan mereka bertatapan buat seketika.
 Intan memejam mata seketika. Berat hatinya untuk menyatakan perkara yang sebenar pada lelaki itu. Dia tahu pasti lelaki itu akan kecewa bila mengetahuinya.  Dia akan rasa lebih bersalah. Selama ini budi Izzat terlalu banyak untuk di balas.
“ Intan, beritahu I perkara yang sebenarnya....I boleh terima. Cuma ...I tak nak you terus berbohong pada I....hubungan antara kita adalah ikhlas, jadi I tak nak antara kita ada salah faham!” Izzat menarik nafas panjang.
“ Faris tu sebenarnya......sebenarnya......dia...dia adalah bapa kandung Aiman!” beritahu Intan.
Izzat terdiam. Agak terkejut dengan kenyataan itu tapi dia cuba bersikap tenng kerana dia sudah berjanji akan menerima apa jua  jawapan yang keluar dari mulut Intan mengenai Faris.
“ Ok....sekarang I faham.....I benar-benar faham....” ucap Izzat perlahan. Intan terpingga-pingga mendengar kata itu.
“ Apa yang you faham?” soal Intan mengggelabah.
“ Tak ada apa-apa...I dah tak selera nak makan” kata Izzat. Memang saat ini hanya dia saja yang mengerti situasi itu.
“ Izzat....” Intan mula dihimpit rasa bersalah.
“ Jom...I hantar you pulang!” cepat-cepat Izzat bangun dari kerusi dan mendukung Aiman. Intan hanya mengikut langkah Izzat dengan rasa yang cukup berat. Dia tahu perasaan Izzat kini.  Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Di dalam kereta, masing-masing diam membisu. Baik pada Intan mahu pun Izzat. Lelaki itu nampaknya memberi tumpuan 100% di hadapan berbanding diri Intan yang berada di sebelahnya. Wajah lelaki itu itu juga keruh, tidak ceria seperti mereka mula-mula keluar tadi. Begitu beratkah kenyataan yang harus Izzat terima mengenai hubungan dia dan Faris?...hanya Izzat saja yang tahu.
“ Izzat....I`m sorry....I`m really sorry....!” mohon Intan. Dia benar-benar harap kata maaf itu akan mengembalikan keceriaan pada wajah lelaki itu. Saat ini dia akui bahawa lelaki itu cukup penting dalam hidupnya selain dari Aiman.
“ It`s ok....I`m fine” jawapan ringkas Izzat itu membuatkan Intan mengetap bibir. Matanya dipejam seketika. Cuba menahan air mata ari mengalir.
“ You tak perlu kesal dengan pengakuan I tadi. He`s married....Arianna tu isterinya. Mereka berdua berkahwin selepas sebulan kami bercerai....I tak mungkin akan meruntuhkan rumahtangga dia dan I tak akan sekali-kali hidup bermadu!” ucap Intan dengan harapan Izzat akan memberi perhatian padanya. Namun lelaki itu terus mendiamkan diri hinggalah sampai ke rumah Intan. Izzat terus berlalu sebaik saja Intan dan Aiman keluar dari keretanya. Tiada lagi kata-kata mesra yang keluar dari bibir lelaki itu untuk Aiman setiap kali dia mahu berpisah dengan Aiman dan tiada juga senyuman nakal yang akan dihadiahkan untuknya dari lelaki itu.  Tanpa sedar, beberapa titik air mata mula mengalir keluar dari tubir matanya.
***************

1 comment:

  1. ayaks....Intan masih lg tak tau yg Faris tu dude...
    huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...