Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 2 December 2011

MENGGAPAI RINDU 11

oleh: Azieana

Bab 11
INTAN  bersiap untuk ke tempat kerja. Aiman sudah pun disiapkan oleh kak Bedah.  Menjadi rutin hariannya menghantar Aiman sebelum ke tempat kerja.
“ Intan...En. Faris minta kak Bedah berikan sampul ni pada Intan tapi kak Bedah terlupa nak bagi malam tadi” kak Bedah menghulurkan sampul surat berukuran berwarna coklat.
“ Bila dia bagi pada kak Bedah?” berkerut dahi Intan memandang sampul surat yang agak tebal isinya. Dalam hati tertanya-tanya apakah isi kandungan surat itu.
 “ Petang semalam...masa dia hantar Aiman. Ketika tu Intan keluar dengan En. Izzat” beritahu kak Bedah.
“ Oh...ya ke! Terima kasih kak Bedah”
Sebaik saja kak Bedah beredar, Intan terus  membuka sampul surat yang tidak ber gam itu, terkedu Intan melihat kepingan duit kertas  RM50.
“ RM2000!” ternganga mulutnya selepas mengira jumlah wang yang ada dalam sampul surat itu. Cepat-cepat dia memasukkan semula wang itu ke dalam sampul surat dan segera memanggil nama Aiman.
“ Salam dengan nek Bedah” Aiman akur dengan suruhan Intan. Tangan kak Bedah di capai dan di cium perlahan. Kak Bedah membalas dengan mencium kedua-dua pipi Aiman dan memimpin kanak-kanak itu hingga ke kereta.
“ Intan pergi dulu ya!” Intan terus masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kak Bedah yang berdiri kaku di muka pintu sebelum masuk ke dalam rumah untuk meneruskan kerja.
Intan memandu dengan kadar biasa walaupun hatinya tetap berkocak bila mengingatkan duit yang diberikan oleh Faris tadi  dan membuatkan fikirannya sarat dengan pelbagai andaian. Aiman yang berada di sebelahnya begitu asyik membelek-belek buku bergambar yang pastinya hadiah dari Faris semalam.
“ Aiman, semalam Aiman ikut uncle Faris pergi mana?” Intan cuba mengetahui tentang agenda yang telah dibuat oleh Faris untuk Aiman.
“ Aiman pergi shopping dengan uncle dan nenek. Nenek belikan mainan untuk Aiman....buku ni uncle yang bagi” beritahu Aiman sambil menunjukkan buku yang dibeleknya tadi. Intan mengangguk perlahan.
“ Intan, I nak jumpa Aiman.....maksud I, I nak bawa Aiman jalan-jalan.  Hari ni kan hari minggu.....jadi kalau boleh I nak habiskan masa dengan Aiman. Mama pun dah rindukan Aiman. Selalu sangat dia tanya pasal Aiman” Faris menelefon Intan pagi semalam untuk meminta kebenaran dari Intan untuk menjemput Aiman.
“ I bukan tak nak bagi you jumpa dengan Aiman tapi I takut kalau mama you tahu siapa Aiman sebenarnya.....nanti dia akan salahkan I” Intan melahirkan rasa bimbang.
“ Tentang hal tu...biar I yang uruskan. Mama tu dah sayang sangat kat Aiman. Selama ini mama tak pernah bagi perhatian seperti itu pada kanak-kanak lain.... Intan, Aiman tu cucu mama....takkanlah selamanya you nak sembunyikan hubungan mereka!” pujuk Faris.
Intan mendengus perlahan.  Memang patut pun dia merasa risau memikirkan Aiman yang sudah mula rapat dengan keluarga Faris. Sudah acapkali Aiman di bawa pulang oleh Faris ke rumahnya.
“ Baiklah, tapi jangan lupa hantar dia balik....you kena ingat, Aiman tu anak I” akhirnya Intan terpaksa mengalah. Dalam diam, dia turut merasa simpati dan dia tahu yang Faris sudah jatuh kasih pada Aiman.
Petang itu juga dia mendapat panggilan telefon dari Izzat yang mahu dia dan Aiman keluar menemani lelaki itu.
Sorry Izzat....Aiman tak ada dengan I sekarang....dia ikut Iman keluar” bohong Intan dengan rasa serba salah.
“ Jadi Iman datang rumah you?”  walaupun Izzat tak pernah berjumpa dengan adik Intan, tapi banyak juga cerita yang dia tahu pasal Iman. Dalam diam Izzat mengukir senyum. Ada pelbagai agenda bermain dalam fikirannya.
“ Ok...kalau macam tu kita berdua aje yang keluar....anggap aje kita keluar dating ye!” kata Izzat dengan nada sedikit nakal membuatkan Intan terdiam.
Sorry....kalau you tak suka dengan kata-kata I tadi.....anggap aje you keluar dengan seorang kawan rapat...lagi pun, dah lama kita tak keluar bersama. I pun jarang berada di sini, selalu aje kena outstation” kata Izzat.
“ Izzat....I tak kesah you nak anggap apa-apa pun bila kita keluar berdua....dan memang betul kata you, dah lama kita tak keluar bersama,...dan terus-terang I cakap....I pun rindukan you” kata Intan dengan perasaan berdebar.
Sounds good...I like it. Kalau you rindukan I....I lebih lagi....bukan hanya pada you sahaja, tapi juga pada Aiman....you dan Aiman adalah antara orang yang  penting dalam hidup I selain dari dari orangtua I” balas Izzat membuatkan Intan mengukir senyum. Intan tahu lelaki itu begitu menyayangi Aiman, tak pernah sekali pun dia melupakan kehadiran Aiman walau di mana jua dia berada. Itu yang membuatkan dia senang dan sayang dengan lelaki itu. Tapi hanya satu yang dia tidak mampu berikan untuk lelaki itu buat masa sekarang iaitu cinta.
“ Ok....kalau macam tu, you datang jemput I petang nanti” Intan memberi kata putus sebelum mematikan perbualan mereka.
I`m sorry Izzat! I rasa Iman adalah alasan yang terbaik untuk I menyembunyikan perkara sebenar dari you tentang hubungan Aiman dan Faris. Tapi I percaya, suatu hari nanti you akan tahu siapa sebenarnya papa kandung Aiman”
 Intan memejam mata.  Dari Iman juga dia dapat tahu tentang perkembangan keluarganya. Sejak dia berada di KL,  baru 2 kali dia bersemuka dengan Iman kerana adiknya bekerja di Perak dan tak lama lagi bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya.
“ Mama....Aiman sayang uncle!” kata-kata Aiman mematikan lamunan Intan.
“ Aiman sayang uncle?” soal Intan sambil memandang wajah Aiman. Ketika itu kereta berhenti di trafik light. Aiman mengangguk perlahan sambil tersenyum. Wajahnya agak ceria ketika itu. Berkerut dahi Intan memandang wajah Aiman.
“ Habis.....Aiman dah tak sayang daddy lagi?” duga Intan. Dia agak tergamam mendengar kata-kata Aiman itu. Hanya dengan beberapa pertemuan telah membuatkan Aiman menyebut perkataan sayang pada Faris sedangkan Izzat itu dikenalinya sejak dia lahir.
“ Aiman sayang daddy....Aiman sayang uncle.....Aiman sayang mama” kata Aiman merenung wajah Intan.
Intan tersenyum. Dia segera memasukkan gear untuk meneruskan perjalanan bila lampu merah sudah bertukar hijau.
“ Aiman jangan bagitahu daddy pasal uncle ya!” kata Intan memandang sekilas wajah Aiman yang ralit bermain dengan robot kecil.
“ Napa?” berkerut dahi Aiman memandang wajah mamanya.
“ Nanti daddy tak suka Aiman jumpa dengan uncle lagi” kata Intan. Aiman mengangguk perlahan dan kembali mendiamkan diri. Hanya tangannya begitu rancak bermain dengan robot mainannya.
Selepas menghantar Aiman di tadika, Intan terus ke pejabat. Sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam pejabat, dia melabuhkan punggung di kerusi. Tangannya pantas mencapai telefon bimbit yang berada di dalam handbag.
Intan menghempas fail yang berada di atas meja menahan geram. Sudah jenuh dia mendail nombor telefon, namun tetap tidak berjawab. Hanya mesej saja yang diterima, itu yang membuatkan dia benar-benar bengang.
“ Ok....nanti aku call lagi lepas ni....janji benda ni dapat diselesaikan dengan segera” Intan cuba menyabarkan diri. Kali ini fail yang dihempas tadi di capai, dibelek kasar sebelum menukarnya dengan fail lain. Walaupun mood kerja hari ini agak menurun, tapi kerja tetap diteruskan. Intan cuba motivasikan diri. Kesibukan kerja akhirnya membuatkan dia lupa pada hasrat untuk menghubungi Faris semula.
 “ May I come in?” suara Gina yang muncul secara tiba-tiba membuatkan Intan tersentak.
Sure...come in” pelawa Intan sambil mengukir senyum pada Gina.
Gina segera melangkah masuk ke dalam bilik Intan. Berkerut dahi Intan melihat wajah Gina yang nampak tidak ceria ketika itu. Selalunya senyuman sentiasa menghiasi bibir merah wanita yang berusia 35 tahun itu.
What up?” soal Intan.
“ Intan, I need your help!”  ujar Gina penuh mengharap.
“ Ok....pertolongan yang macam mana, maksud you!” Intan memandang wajah Gina yang sudah pun berada di hadapannya.
“ Macam ni....I sebenarnya kena temankan Dato` Sapuan untuk berjumpa dengan client tapi I ada hal yang tak dapat dielakkan, so.....”
So...”Intan sudah dapat meneka bentuk pertolongan yang dimaksudkan oleh Gina itu. Sengaja dia ingin mendengarnya dari mulut Gina sendiri.
“ I nak minta you tolong gantikan tempat I. Please....semua benda I dah uruskan....cuma you perlu temankan Dato` aje!” kata Gina sambil merapatkan kedua-dua tangan. Intan mendengus perlahan.
“ Buat apa hanya sekadar jadi peneman?....buang masa I aje...banyak perkara yang I boleh buat kat sini. Lagi pun ramai lagi yang boleh temankan Dato` Sapuan tu terutamanya si Nadia” Intan cuba menolak.
“ Ini hanya sekadar protocol aje, ahli koperat katakan....I dah pun maklumkan pada Dato`...dia tak ada halangan, siap senyum lebar lagi bila I cadangkan nama you. Lagi pun dia kan memang sukakan you....”
“ Gina....” Intan menahan geram dengan usikan Gina. Memang dia sedar, Dato` Sapuan memang menaruh minat padanya sejak pertama kali dia diperkenalkan dengan lelaki itu. Cuma dia yang buat tak endah.
“ Dengar dek Nadia....teruk you!” Intan membalas usikan Gina.
“ Perempuan tu tak ada kat sini....dah 2 hari MC . Lagi pun gosip terbaru yang I dengar hubungan mereka ada masalah....Datin pun dah dapat tahu pasal skandal Dato` Sapuan dengan Nadia. Agaknya perempuan tu dah kena ganyang.....sebab tu tak berani nak tunjuk muka lagi.....silap haribulan kena resign. Lagi pun, kalau I jadi lelaki ....I tak akan pilih perempuan pisau cukur macam tu ......” kata Gina.
“ Gina....Gina.....you pun suka bergosip jugak. I ingatkan you tak macam orang lain” Intan mengeleng kepala.
“ I pun memang tak minat nak buat cerita....tapi you juga yang bangkitkan nama Nadia tadikan” Gina cuba membela diri.
“ Pandailah you....hmm....oklah, I akan gantikan tempat you tu. Kat mana perjumpaan tu?” akhirnya Intan mengalah. Gina sudah mengukir senyum.
Ternganga mulut  Intan sebaik saja tempat perjumpaan dan siapa yang akan dia jumpa nanti.
Thanks, dear. You`re so sweet” ucap Gina sebelum keluar dari bilik Intan dengan sebuah senyuman.
**************

SEPANJANG mesyuarat dan perjumpaan itu Intan tak senang duduk, apa lagi bila dia terpaksa duduk bertentang mata dengan Faris yang tak lekang dari terus merenungnya. Sedaya upaya dia cuba mengawal perasaan agar tidak nampak begitu ketara pada penglihatan Datuk Amran dan Dato` Sapuan.
So, kalau tak ada sebarang masalah kita akan terus proceed mengikut  cadangan yang telah kita persetujui” suara Dato` Sapuan dengan rasa gembira kerana urusan itu dapat berjalan dengan lancar  dan seterusnya benar-benar membuatkan Intan mengeluh lega.
“ Ya, kalau ada apa-apa hal...pihak kami akan segera hubungi Dato`” Datuk Amran segera menghulur tangan sebagai tanda kata sepakat dan pengakhiran pertemuan untuk kali ini. Dato` Sapuan turut berjabat tangan dengan Faris yang namapak begitu hebat penampilannya di sisi Datuk Amran.
“ Nampaknya pewaris you memang hebat....memang ada tokoh” Dato` Sapuan menepuk perlahan bahu Faris. Faris hanya sekadar mengukir senyum. Senyuman itu turut diberikan buat Intan yang hanya berdiri kaku di sisi Dato` Sapuan.
Intan, shall we go now?” ujar Dato` Sapuan sambil memandang wajah Intan.
“ Baik Dato`” balas Intan dan sudah bersedia untuk beredar dari tempat itu. Terasa sesak nafasnya kalau berada lebih lama di tempat itu.
“ Dato`....boleh saya cakap dengan Intan sekejap?” Faris tiba-tiba bersuara membuatkan Dato` Sapuan terkesima.  Terus matanya memandang ke arah Faris dan Intan  silih berganti, cuba mencari reaksi dari mereka.  Ingin sekali dia mengetahui sejauh mana mereka berdua ini saling mengenal antara satu sama lain. Terdetik juga perasaan cemburu bila Faris berterusan memandang wajah Intan ketika itu.
So.....” Dato` Sapuan bersuara sambil memandang wajah Intan.  Dia benar-benar berharap agar permintaan Faris itu tidak diterima oleh Intan.
“ Er....Dato` tak keberatankan kalau I pulang sendiri nanti...lagi pun I ada perkara yang nak dibincangkan dengan En. Faris ni!” kata Intan.
Dato` Sapuan menelan liur. Akhirnya dia terpaksa mengukir senyum, bimbang kiranya gelodak dihati dapat dihidu oleh dua lelaki di hadapannya.
“ Kalau you tak makan masa yang lama.....I boleh tunggu” kata Dato` Sapuan.
“ Kalau Dato` risaukan keselamatan Intan....saya jamin dia pasti akan selamat kerana saya janji akan hantar dia balik ke pejabat Dato`”  Dato` Sapuan tersengih.
Don`t worry, Dato`.....I berani jamin yang Faris akan pastikan Intan selamat sampai ke pejabat Dato` nanti” Datuk Amran mencelah. Dia sendiri dapat melihat betapa risaunya lelaki yang berusia lewat 40-an cuba menjaga kebajikan Intan, sepertinya ada sesuatu perasaan yang wujud di hati lelaki itu untuk bekas menantunya.
“ Dato`...I bukan budak-budak....janganlah Dato` risau” Intan mula rimas bila isunya menjadi tajuk perbualan mereka.
Dato` Sapuan tergelak kecil.
“ Oklah....kalau macam tu....I balik dulu!” Dato` Sapuan terpaksa akur. Sebenarnya, dia rasa cukup terkilan kerana tidak dapat pulang bersama Intan. Cadangnya tadi dia mahu membawa Intan keluar makan sebelum mereka pulang ke pejabat. Sekarang, hasrat itu hanya menjadi angan-angan sahaja.
Datuk Amran mengiringi Dato` Sapuan keluar dari bilik mesyuarat itu. Sementara Intan pula mengikut Faris masuk ke bilik lelaki itu.
Have a seat” pelawa Faris sebaik saja kaki Intan melangkah masuk ke bilik Faris.  Dalam diam Intan memuji hiasan dalaman bilik itu, cukup kemas dan teratur.
“ Cantik bilik you!” puji Intan tanpa sedar setelah mengambil tempat duduk di sofa.
Thanks” Faris tersenyum. Kembang hatinya kerana menerima pujian dari Intan.
“ Intan, I minta maaf sebab tak sempat nak jawab call you pagi tadi sebab I ada meeting dengan staff I tadi, telefon I ada kat dalam bilik ni.... I cuba called you balik tapi tak ada jawapan!” Faris melahirkan rasa bersalah. Dia memandang wajah Intan selepas melabuhkan kerusi di sofa tidak jauh dari tempat Intan.
“ Ya ke?” Intan mencari telefon dari beg tangannya. Mustahil dia tidak mendengar bunyi telefon kiranya lelaki itu ada menghubunginya tadi.
Sorry....phone I dah kehabisan bateri....macam mana I  boleh tak perasan yang phone I nak kehabisan bateri tadi” Intan mengeluh perlahan.
 “ So, apa sebenarnya yang you nak cakap tadi?....macam penting sangat....!” Faris ingin mengetahui apakah sebenarnya yang ingin dibincangkan oleh Intan sampaikan 8 kali Intan mengubunginya.
Intan mengeluarkan semula sampul surat yang ditinggalkan oleh Faris semalam. Sampul itu diletakkan di atas meja, berhadapan dengan Faris.
“ Kenapa you pulangkan balik wang tu?” tanya Faris terkejut.
“  I nak pulangkan wang yang you berikan semalan kerana I tak perlukan wang you!” Intan bersuara agak keras membuatkan Faris agak tercengang.
“ Kenapa?...tak cukupke?” soal Faris dengan dahi berkerut sambil merenung wajah Intan.
“ Bukan soal cukup atau tidak...selama ini segala keperluan I dan Aiman sudah mencukupi dengan gaji yang I terima setiap bulan. Jadi....I tak perlukan apa-apa bantuan dari you...!” tegas Intan membuatkan Faris mengeluh perlahan. Ternyata kata-kata Intan itu sedikit sebanyak membuat dia rasa tersinggung.
Look.....bila I tahu Aiman tu anak I,...I mesti bertanggungjawab atas semua keperluan dia.  Sekarang ni, I bercakap pasal tanggungjawab I sebagai bapa.  Kalau you rasa semua keperluan you sudah mencukupi....itu terpulang pada you dan I tak akan masuk campur ...tapi wang yang I bagi ni adalah untuk Aiman. Mulai sekarang I yang akan uruskan segala perbelanjaan untuk Aiman sama ada you suka atau pun tidak!”
 Faris pula bertegas membuatkan giliran Intan pula mendengus. Bagi Faris, dayus namanya kalau seorang lelaki melarikan diri dari tanggungjawab pada keluarga. Bukan sikapnya melepas tangan. Cukuplah selama ini Intan sudah bertungkus lumus mencari rezeki untuk Aiman, kini tiba gilirannya mengambil alih. Kalaulah dia tahu, dia mempunyai selama ini...pasti dia akan berusaha menjejaki mereka sehingga jumpa.
“ Intan, I nak you terima I semula dan kita bina hidup baru. I betul-betul sayangkan you,  I nak kita bersama semula bukan kerana kehadiran Aiman tapi kerana I sayangkan you. Dah lama I pendamkan perasaan ni....masa tu kita masih lagi bersama tapi I tak  berani nak luahkan sebab ketika itu hubungan kita tak stabil. Selepas kita berpisah, I telah sedar bahawa I telah melepaskan orang yang I sayang, orang yang dapat memberi kebahagiaan untuk I....Intan, I tak nak kehilangan you untuk kali kedua. I betul-betul kesal dengan apa yang terjadi pada kita dulu dan kali ini I akan pastikan you tak akan menyesal kerana menerima I semula dalam kehidupan you. Papa juga turut merestui hubungan ini”
Intan mengetap bibir. Dia resah sebenarnya. Faris dilihatnya begitu bersungguh-sungguh cuba menyakinkan dia bahawa hubungan mereka pasti akan terjalin kembali. Keyakinan itu begitu terserlah pada wajah lelaki itu.
“ Faris, I minta maaf. I tak boleh terima you semula dalam hidup I!” Intan bersuara. Dia tunduk, tak sanggup untuk bertentang mata dengan lelaki itu sekali gus cuba meranapkan impian dan hasrat Faris yang menggunung tinggi.
“ Kerana mama?” Faris bersuara. Baginya, itulah satu alasan yang paling kukuh untuk Intan menolak dirinya.
“ Bukan kerana mama you, Faris!”
“ Habis, atas alasan apa you menolak I?” gesa Faris dengan rasa gelisah.
“ Banyak factor lain lagi yang menyebabkan I tak boleh terima you semula, Faris” jawapan Intan membuatkan Faris terdiam, dia tunduk. Di saat dia kembali menatap wajah Intan semula, wajahnya nampak begitu lesu. Kecewa dengan penolakan Intan.
“ Intan, please....give me one more chance....anggap aje I merayu pada you!” Faris mencapai tangan Intan, digenggam kemas seakan tidak sanggup untuk mlepaskan Intan pergi dari hidupnya.
I`m sorry....I have to go!” Intan menarik tangannya. Tak selesa kalau dibiarkan tangannya terus berada dalam genggaman lelaki itu. Hatinya sudah tidak keruan.
Intan segera bangun dari sofa dan bersedia untuk beredar. Tak sanggup untuk terus berada sebilik dengan lelaki itu. Takut hatinya tak kuat untuk terus menolak pujukan lelaki itu. Mungkin ramai yang menganggap dia perempuan yang bodoh kerana menolak lelaki seperti Faris, yang sempurna dalam pelbagai aspek. Rupa, penampilan, gaya, kedudukan dan kewangan. Tapi bukan itu yang menjadi pengukur kebahagiaan dalam rumahtangga. Kalau pun dia menerima Faris, apa pula penerimaan Datin Saidah terhadapnya. Tuluskah wanita itu menerimanya sebagai menantu untuk kali kedua? Dan yang paling utama, dia tak sanggup mengecewakan perasaan Izzat. Walaupun lelaki itu tidak dicintainya, tapi lelaki itu amat penting dalam hidupnya dan juga Aiman.
“ Intan” Faris  sempat menangkap tangan Intan yang sedang mengorak langkah untuk keluar dari pejabat Faris ketika itu.
“ I hantar you!” kata Faris. Lama matanya terpaku menatap wajah Intan sehinggakan Intan benar-benar keresahan. Dadanya berdegup kencang. Walaupun mereka telah lama berpisah, tapi debaran yang dialaminya setiap kali berhadapan dengan Faris tetap sama. Dia tetap kalah dengan renungan lelaki itu.
Pintu bilik Faris tiba-tiba terbuka. Kedua-duanya agak terpana sebaik saja wajah Datuk Amran muncul dihadapan mereka tanpa sebarang tanda.
“ Intan...” tegur Datuk Amran dengan nada mesra.
“ Datuk...” balas Intan cuba mengukir senyum. Serentak itu juga, tangannya yang masih dalam genggaman Faris segera ditarik. Risau apa pula tanggapan lelaki itu melihat mereka berkeadaan begitu.
“ Apa sebenarnya yang berlaku ni?” Datuk Amran memandang wajah mereka berdua. Dia juga dapat melihat betapa kalutnya Intan menarik tangannya yang berada dalam genggaman Faris tadi.
`Hmm....pasti adengan pujuk memujuk berlaku....` Datuk Amran membuat andaian berdasarkan keadaan mereka tadi. Baginya, dia tak ada sebarang halangan kalau ditakdirkan mereka besama kembali. Tak ada cacat celanya Intan pada pandangan mata kasarnya. Setakat yang dia kenal, Intan adalah seorang gadis yang baik. Tapi kenapa Datin Saidah tidak dapat menerima kehadiran Intan dalam keluarga mereka. Mungkin ketika itu isterinya sudah ada pilihan sendiri atau pun dia tidak dapat menerima kenyataan cara anak menantunya itu bertemu jodoh!
“ Datuk....saya minta diri dulu!” Intan menghampiri Datuk Amran.dia menghulur tangan untuk bersalam. Dia tetap menghormati lelaki tua itu sebagai bekas mertuanya. Datuk Amran mengukir senyum sambil menghulur tangan untuk menyambut salam Intan. Segera tangan tua itu dikucup.
“ Saya balik dulu, Datuk....Faris!” Intan memandang kedua lelaki itu sebelum mengatur langkah keluar dari bilik itu.
“ Faris.....!” Datuk Amran segera menyebut nama Faris sebaik saja Intan menlangkah keluar. Faris yang memahami maksud panggilan itu mengukir senyum, sebelum itu dia sempat mencapai sampul surat yang berada di atas meja sebelum keluar.
“ Intan.....” tercungap-cungap Faris mendapatkan Intan yang sedang berdiri di muka pintu lif. Intan agak terkejut dengan kemunculan Faris itu, namun sedaya upaya dia cuba bersikap tenang.
“  Ada apa lagi?” soal Intan.
“ I hantar you!” kata Faris.
“ No, thanks....I tahu jalan pulang....” balas Intan sedikit tegas membuatkan Faris tersentak.
“ Bukan itu maksud I....I cuma.....”
Thanks....I betul-betul mahu pulang sendiri dan I tak mahu susahkan you....” kata Intan cuba membuat Faris faham akan situasinya.
“ Tapi....” Faris serba salah.
Please....understand my situation....” Intan merenung wajah Faris.
Ok, fine...” Faris terpaksa mengalah.
Ketika itu juga, pintu lif terbuka. Tanpa menunggu sesaat, Intan terus melangkah masuk. Risau sekiranya Faris turut serta.
“ Tolong terima....untuk Aiman!” sebelum lif tertutup, Faris mencapai tangan Intan dan meletakkan sampul surat tadi di atas telapak tangan Intan. Intan sekadar mengangguk. Mereka terus berpandangan sehinggalah lif tertutup.
*************

1 comment:

  1. sukar utk melupakan...
    sukar utk buat pilihan...
    berperang nganperasaan sdri...
    intan.,.intan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...