Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 2 December 2011

MENGGAPAI RINDU 10

oleh : Azieana


Bab 10
INTAN meneruskan kerja dengan menaip laporan di computer. Sesekali dia mencengkam lembut lehernya yang terasa lenguh kerana sejak dari sejam tadi asyik mengadap computer.
Come in..." ketukan pintu yang kedengaran segera mematikan tumpuan Intan buat seketika. Matanya segera menghala ke muka pintu. Seorang gadis sedang berdiri sambil memegang sejambak mawar merah. Di bibir gadis itu terukir senyuman manis.
“ Ada apa Niah?” Intan segera bertanya.  Hairan pula melihat Saniah tiba-tiba muncul bersama jambangan bunga itu.
I have something for you, sis” Saniah melangkah masuk dan berdiri di hadapan Intan.
Something?....apa dia?” berkerut dahi Intan cuba memahami senyuman yang masih terukir di bibir Saniah.  Gadis muda yang berusia 23 tahun yang memegang jawatan sebagai kerani kewangan.
Tanpa sebarang kata, dia segera meletakkan jambangan bunga itu di atas meja. Bukan hanya jambangan mawar merah, tapi juga sekotak coklat farrero rocher 24 biji yang diikat dengan reben merah.
“ Apa ni?” tanya Intan sambil membetulkan cermin mata yang dipakainya. Setiap kali dia mengadap computer, dia akan memakai cermin mata tahan silau.
“ Bunga ros ...dan yang ini coklat....takkan tak kenal kot!” usik Saniah.
“ Ya....akak  tahu, tapi dari siapa?” Intan mendengus kasar. Pandai pula Saniah mengenakannya.
I have no idea....maybe....from someone special....saya cuma tukang hantar aje.  Hmm...cantik bunga ni” ujar Saniah.
Terdetik rasa cemburu melihat jambangan bunga itu. Seumur hidupnya, dia tak pernah menerima jambangan bunga seperti itu.  Alangkah bertuahnya perempuan yang bernama Intan Hanani ini.
“ Ada-ada aje awak ni, Niah. Akak mana ada someone special yang lain....Aiman tu, satu-satunya special one untuk akak....takkan Niah masih tak tahu!”
 Intan tersenyum, begitu juga dengan Saniah.  Sejak dia mengenali Intan, dia tahu tentang status Intan. Dia juga tahu bahawa Intan seorang pegawai yang baik hati, tidak sombong dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Tak salah kalau ramai lelaki yang  menyukainya.  Bukan hanya kerana kecantikan tapi juga kerana tutur bahasa. Ramai juga yang tidak menyangka bahawa dia juga memiliki seorang anak lelaki.
“ Apa-apa pun, akak ucapkan terima kasih.  Ini akak hadiahkan untuk Niah” Intan menghadiahkan sekuntum mawar merah yang berada di jambangan untuk Saniah. Serba salah pula dia nak menerima. Namun setelah didesak oleh Intan, dia menerimanya sambil tersipu malu.
Thanks, kak. Niah pergi dulu” ucap Saniah sebelum berlalu.
Sebaik sahaja Saniah beredar, Intan mengambil jambangan bunga itu. Direnung seketika jambangan bunga yang mengandungi 11 kuntum itu.  Haruman mawar sudah menusuk ke hidungnya. Matanya tertacap pada sekeping kad yang terselit di celah bunga itu.
             `For Intan Hanani, my beautiful lady`
Berkerut dahi Intan membaca kad yang tiada nama pengirim itu. Nak dikatakan Izzat, pasti namanya akan tercatat di situ.  Semasa dia kerja di Brunei, selalu juga Izzat menghadiahkannya bunga walaupun dia pernah melarang kerana segan dengan pekerja yang lain terutama sekali dengan Pangeran Abu Samah, pemilik tempat kerjanya yang merupakan ayah kepada Izzat. Bimbang akan tanggapan Pangeran Abu Samah padanya sekiranya dia dituduh cuba menggoda Izzat walaupun dia tahu Pangeran Abu Samah cukup senang melihat hubungan antara dia dan Izzat.
Lamunannya terhenti sebaik saja mendengar melody dari telefon bimbitnya.
“ Hello, Assalamualaikum” Intan  memberi salam sebaik saja melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.
“ Waalaikumussalam, Intan”
Intan mendengus perlahan sebaik saja mendengar suara lelaki di hujung talian. Saat ini dia belum bersedia untuk berbicara dengan lelaki itu.
“ You dah terima bunga yang I hantarkan untuk you?” kini, Intan sudah tahu siapa penghantar bunga tadi. Buat seketika dia memejam mata. Cuba mengumpul kekuatan.
“ Intan....are you still there?” suara itu bertanya bila soalannya dibiarkan sepi oleh Intan.
“ Ya...I dah terima bunga tu”
“ Suka?”
“ Hmm...”
“ I cuma nak ucapkan terima kasih sebab you benarkan I jumpa Aiman semalam!” Intan terkesima.
“ Faris, tak perlu ucapkan terima kasih dengan menghantar bunga dan coklat untuk I.  Bila masanya I benarkan you jumpa Aiman?....you yang culik dia dari tadika tu”
  Intan menahan geram. Memang dia tidak pernah memberi kebenaran pun untuk lelaki itu berjumpa dengan Aiman, apa lagi membawa Aiman pergi.  Intan makin panas bila tiba-tiba Faris ketawa.  Entah apa yang lucunya. Namun sesaat, dia terpegun.  Kali pertama dia mendengar tawa dari lelaki itu setelah 5 tahun berlalu. Jauh di sudut hati, dia merindui suara tawa itu. Bukan senang untuk dia mendengar lelaki itu ketawa kerana sepanjang dia mengenali Faris, lelaki itu terlalu serius.
“ Kenapa you gelak?....I think...this is not funny!” Intan benar-benar tak faham. Apa yang lucunya!
“ I cuma lucu mendengar you menyebut perkataan culik. For me....it`s funny. Aiman tu anak I, darah daging I....jadi tak ada istilah culik yang wujud di sini bila seorang bapa ingin bertemu dengan anaknya.  Lagi pun I kan dah bagi tahu you sebelum I bawa dia jumpa my parent!” Faris cuba membetulkan tanggapan Intan.
“ Bukan culik namanya kalau ambil seseorang tanpa kebenaran” tempelak Intan dengan perasaan geram membuatkan Faris terdiam.
Whatever you say....I tahu I silap sebab tak minta kebenaran dari you terlebih dahulu sebelum I ambil Aiman dari tadika tu.  Kalau boleh, I nak selalu jumpa Aiman dan I nak dia mesra dengan datuk dan neneknya.  Mama dan papa tu dah lama rindukan kehadiran cucu.  You tahu, bukan main gembira lagi mereka bila berjumpa dengan Aiman walaupun pada awalnya mama agak kekok sikit” Faris bercerita dengan nada ceria.
“ I tak benarkan Aiman selalu jumpa you atau parent you.  I tak nak kehadiran Aiman mengganggu keluarga you. I memang tak nak Aiman mesra dengan keluarga you!” tegas Intan.
“ Kenapa?....you takut kehilangan Aiman?” duga Faris yang terkejut mendengar kata-kata Intan tadi.
Intan ingin menjerit menyatakan kenyataan itu adalah benar. Dia memang takut akan kehilangan Aiman. Bukan dia tak tahu pengaruh keluarga Faris.  Lagi pun buat apa Faris ingin mendekati Aiman lagi kalau dia sendiri sudah mempunyai keluarga.  Bolehkah Arianna menerima Aiman sebagai anak tiri? Bagaimana nanti hubungan Aiman dengan anak Faris yang lain? sedangkan dia,...Aiman, satu-satunya harta yang dia ada.  Keluarganya dah lama menyisih gara-gara peristiwa hitam itu.  Oleh itu dia amat membenci lelaki itu.
“ Intan!” suara Faris memanggil namanya di hujung talian segera mematikan lamunan Intan tentang kenangan lama yang tak mungkin dilupakan sampai bila-bila.
Sorry, Faris....I ada banyak kerja nak buat. Satu perkara yang I nak ingatkan pada you...jangan jumpa Aiman tanpa pengetahuan I!” Intan sudah malas nak melayan perbualan itu.
“ Tapi Aiman tu....” biarlah apa pun tanggapan dan apa jua perasaan Faris ketika ini, dia sudah tak peduli.
“ I tak nafikan yang Aiman tu anak you tapi you baru sahaja mengetahuinya. Selama ini  I yang jaga Aiman, I tak pernah susahkan hidup you dan dia sendiri tak pernah rasa kehilangan kasih sayang seorang ayah kerana dia sudah ada Izzat.  I harap you jelas!” kalau boleh dia tak mahu berhubungan dengan Faris lagi dan dia mahu lelaki itu faham akan situasinya.
“ Tapi I bapa kandungnya dan I ada hak ke atas Aiman,  kalau dari  dulu I tahu Aiman wujud...I akan cari you dan Aiman sampai ke temu. I tak akan kehilangan you bertahun-tahun!” suara Faris kedengaran lirih sebelum dia mematikan talian menyebabkan Intan pula dihimpit rasa bersalah.  Kejamkah dia kerana memisahkan kasih sayang antara anak dan bapa kandung? Bolehkah masa yang lalu di undur semula? Akan berbahagiakah hidupnya?....pelbagai persoalan muncul dibenak fikirannya sehinggakan kepalanya terasa cukup berat.
**************

SELEPAS menikmati makan malam, Faris dan Datuk Amran beredar ke ruang  rehat. Datin Saidah masih lagi berada di dapur. Walaupun sudah ada pembantu rumah, Datin Saidah lebih senang menyediakan sendiri masakan dan melayan suami. Itulah satu perkara yang paling disenangi oleh Datuk Amran walaupun ada kalanya isterinya itu bersikap garang.  Namun dalam hal rumah tangga dia begitu mementingkan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
“ Faris, macam mana hubungan Faris dengan Intan sekarang? Ada apa-apa perubahan?” Datuk Amran bersuara agak perlahan.  Bimbang kalau perbualan mereka itu dapat didengari oleh Datin Saidah.
“ Entahlah, susah Faris nak cakap....dia asyik mengelak aje, tak nak berkompromi langsung. Degil!” sedar tak sedar Faris melepaskan keluhan kasar. Geram betul dengan sikap Intan yang tak endah itu. Selalu saja tidak menjawab panggilannya.
“ Kenapa tak cuba dengan cara yang halus? Mendesak dia dengan cara terburu-buru akan lebih menjauhkan dia dari Faris. Cakap elok-elok... bukannya rugi. Kalau dia berkeras... Faris jangan berkeras sama!” nasihat Datuk Amran sambil menepuk-nepuk perlahan bahu Faris membuatkan Faris termenung seketika. Cuba memikirkan kata-kata papanya.
“ Setiap kali Faris nak berunding, dia asyik ungkit kisah lama. Memang Faris yang salah kerana mengambil tindakan terburu-buru tanpa berfikir panjang!” memang Faris menyesal dengan apa yang telah berlaku. Dia sedar, apa yang telah berlaku 5 tahun dulu banyak mengubah corak hidupnya. Kata-kata yang pernah diucapkan dulu sering bermain dalam fikirannya sejak bertemu semula dengan Intan apatah lagi bila Intan sentiasa membangkitkan kisah itu.
“ Kalau boleh papa tak nak Aiman anggap orang lain sebagai bapanya!” kata-kata Datuk Amran mematikan lamunan Faris tentang peristiwa lama. Lama wajah tua papanya direnung.
“ Apa yang sedang diborakkan tu?” tiba-tiba kedengaran suara Datin Saidah mencecah kesunyian sementara.
Datin Saidah merenung seketika wajah suami dan anaknya silih berganti dengan wajah yang penuh kehairanan. Kedua beranak itu sepertinya sedang membincangkan sesuatu yang serius.
“ Kami hanya berbual kosong aje....hal lelaki!” Datuk Amran bersuara. Senyuman segera diberikan untuk isterinya yang tersayang. Senyumannya segera dibalas oleh Datin Saidah. Dia turut duduk dikerusi besi yang mengadap ke arah kolam.
“ Faris!” Datin Saidah tiba-tiba memanggil nama Faris.
“ Apa dia, ma?”
Faris tiba-tiba jadi berdebar. Risau kalau apa yang dibicarakan dengan papanya tadi telah didengari oleh Datin Saidah. Dia sempat melirik ke arah papanya yang nampak begitu tenang.
“ Bila Faris nak bawa Aiman datang ke sini lagi. Sejak kebelakangan ini....mama asyik teringatkan wajah dia. Bila mengenangkan wajah Aiman...mama teringatkan wajah Faris masa kecik-kecik dulu, saling tak tumpah!”
 Datin Saidah tersenyum. Serta merta wajah comel Aiman bermain di ruang matanya. Keletah Aiman yang menghiburkan itu membuatkan dia selalu teringatkan kanak-kanak itu. Kadang-kadang sampai terbawa ke dalam mimpi.
Faris menelan liur. Benar-benar terkejut. tak sangka kunjungan Aiman beberapa hari yang lalu begitu memberi kesan pada mamanya. Dan dia sendiri tidak menafikan bahawa wajah Aiman itu banyak mewarisi dirinya. Papa pun turut mengakuinya.
“ Er....” Faris menjadi serba salah.
“ Kenapa?....Idah dah jatuh sayang kat budak Aiman tu ke?” Datuk Amran ketawa kecil. Datin Saidah tersenyum manis.
“ Comel betul budak Aiman tu....entahlah, Idah rasa Idah dah jatuh sayang kat budak tu...terasa macam dia tu cucu kita.  Bila Faris nak bawa dia ke mari? Kalau boleh ajaklah orangtuanya sekali...bolehlah mama kenal!” sekali lagi Faris menelan liur. Terasa  begitu perit.  Apa agaknya reaksi mamanya kalau dia tahu hakikat yang sebenar.  Mahukah dia menerima Aiman?
“ Hmm...nantilah Faris bagi tahu  mereka!” akhirnya Faris bersuara. Bukan dia tak mahu membawa Aiman pulang ke rumah, tapi dia terpaksa akur dengan ugutan Intan.
“ Kalau you ambil Aiman tanpa pengetahuan I....I akan pastikan sampai bila-bila you tak akan jumpa dia. I mean it!” Intan bertegas semasa dia menghantar Aiman pulang tempohari.
************

INTAN menyusun fail-fail yang telah di baca dan ada juga yang siap dibuat laporan. Sekejap lagi Azlan akan datang mengambilnya. Dia mengeluh lega kerana ada beberapa kerja sudah berjaya disiapkan.
“ Hello….” Suara  dan wajah Gina di muka pintu membuatkan Intan mempercepatkan tindakannya mengemaskan meja yang sejak dua hari ini begitu semak dengan fail dan dokumen.
“ Ok….siap…jom!” Intan mencapai beg tangannya dan berjalan ke arah Gina. Masih ada beberapa orang staff yang masih belum bergenjak dari meja masing-masing. Intan sempat bertegur sapa dengan Saniah yang nampak asyik mengadap komputer.
“ Niah nak siapkan kerja ni sikit lagi….lepas tu baru nak keluar lunch” ujar Saniah sambil tersenyum.
“ Kita nak makan kat mana?” soal Intan. Ketika itu mereka berada di dalam lif bersama dengan beberapa staff dari jabatan berlaianan.
“ You yang cadangkan, hari ini I yang yang belanja” begitu ceria suara Gina memberi peluang pada Intan untuk memilih destinasi mereka untuk makan tengahari. Gina memang tak lokek dalam apa jua urusan sama ada berkaitan soal kerja mahu pun personel.
“ Hai Gina!” Tegur seseorang sebaik sahaja mereka keluar dari lif.
Gina segera menoleh ke arah Savitry yang sedang tersenyum bersama seorang kawannya. Mereka bekerja d bahagian sumber manusia.
Hi….” Gina membalas teguran itu.
Mereka berempat segera keluar dari perkarangan bangunan itu untuk ke tempat masing-masing. Intan segera membuka beg tangannya, menggagai mencari telefon bimbitnya yang sedang berbunyi.
“ Hello!”
“ Kenapa you call I ni?” Intan segera bertanya dengan riak tak puas hati.  Ketika itu Gina hanya sekadar menjadi pemerhati. Hairan juga dia dengan sikap Intan itu. Nampak acuh tak acuh saja menjawab panggilan itu.
“ Intan…I nak ajak you keluar lunch bersama” Intan mendengus mendengar pelawaan itu.
“ Maaf, I dah janji dengan kawan nak keluar lunch bersama, lain kali aje” Intan menolak ajakan itu.
I saw you. I dah ada kat car park, sedang tunggu you!” melilau mata Intan mencari kalibat lelaki itu di balik deretan kereta yang sedang  parking di hadapan bangunan. Akhirnya, dia dapat melihat kelibat lelaki itu yang sedang bersandar di tepi kereta sambil melekapkan telefon di telinga.
“ Dia ajak you lunch kan?”
 Gina yang turut melihat ke arah lelaki itu segera bersuara. Dia seperti dapat menjangka apa yang sedang berlaku.
“ Ah...pedulikan dia!” Intan memandang sekilas wajah lelaki itu sebelum memandang wajah Gina yang agak terkejut mendengar kata-kata Intan.
It`s ok. I tak nak ganggu you. I boleh lunch dengan Savitry...itu pun dia orang” kata Gina sambil melambai tangan ke arah Savitry dan rakannya.
“ Tapi....” serba salah Intan dengan situasi itu.
It` ok...” ulang Gina lagi. Cukup faham dengan situasi yang dialami oleh Intan ketika ini.
“ Apa kata you ikut sekali”
 Intan membuat usul. Sebenarnya dia yang akan rasa tak selesa kalau keluar berdua bersama lelaki itu. Kalau dengan Izzat dia tak kesah.
“ I know there is something about you and him...I can see that....but someday, I want to know what it is!” Gina menggenggam seketika tangan Intan sebelum berlalu pergi bersama Savitry dan rakannya yang sedang menunggu.
Nak tak nak Intan terpaksa juga menghampiri lelaki itu yang nampaknya sudah berpeluh menunggunya di bawah panas terik matahari.
“ Faris...”
Faris yang ketika itu mengenakan baju kemeja biru berjalur yang sudah pun di lipat sampai ke lengan itu hanya mengukir senyum menyambut kehadiran Intan yang sudah menarik muncung panjang.
“ Silakan ...” tanpa banyak bicara Faris segera membukakan pintu kereta untuk Intan.
Thanks” ucap Intan sebaik saja Faris berada di bahagian pemandu sambil mengenakan tali pinggang keledar sebelum menurunkan handbrake. Sempat dia menghadiahkan senyuman yang menarik sebelum kereta BMW 3 siri warna hitam itu meninggalkan perkarangan bangunan tempat kerja Intan.
“ Apa mimpi sampai you datang tunggu I untuk keluar lunch bersama ni?” Intan  memandang sekilas wajah Faris yang nampak tenang memandu. Sepertinya seluruh perhatiannya tertumpu pada jalan raya.
“ I tak bermimpi....ini adalah kenyataan. Salahke kalau I nak jumpa you...lunch bersama you?” Faris membalas kata-kata Intan. Sempat juga dia berpaling sambil menghadiahkan senyuman manis untuk Intan.
“ Tak bolehke you call I dulu untuk ajak I keluar lunch bersama you....kesian kat kawan I !”
Intan mendengus kasar.  Serba salah kerana meninggalkan Gina untuk keluar bersama Faris sedangkan selama ini mereka selalu keluar makan bersama.
“ I dah hampir setengah jam tunggu you, kalau I call you....pastinya you akan menolak untuk lunch bersama. Ini pun sebab member you faham situasi I tadi!” dalam diam Faris mengucapkan terima kasih pada teman Intan tadi.
Intan menarik nafas. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa sesak nafas.
“ You tak ada kerja ke sampai sanggup tunggu I kat tengah panas macam tu?  Macam mana kalau I tak ada kat office tadi!”  Intan menjeling ke arah Faris. Dilihatnya lelaki itu sedang tersenyum.
“ I terpaksa mempertaruhkan nasib I ...tentang kerja, I dah minta kebenaran papa I...dia dah tahu pasal Aiman, pasal hasrat I untuk bersama you semula...malah dia yang banyak memberi galakan untuk I”
“ I tak nak you bersusah payah untuk semua ni....tak ada gunanya....I dah nekad tak akan terima you semula walau apa pun yang berlaku”  tegas Intan.
“ Intan...I tak suka you cakap macam tu...you lupa....jodoh pertemuan, ajal maut semuanya di tangan Allah....walaupun you cuba menidakkan kehadiran I di sisi you...tapi kalau dah Tuhan tetapkan jodoh you dengan I, ... seribu badai yang mendatang....kita tetap akan bersama!”
Faris meraup wajahnya seketika.  Dia begitu kecewa dengan sikap Intan yang begitu cepat membuat keputusan seolah –olah tidak mempercayai qada`dan qadar. Intan mendengus. Pantas pandangannya di alih menghala ke luar cermin. Namun, jauh di sudut hati dia cuba memikirkan kata-kata Faris tadi.  Andai betul jodohnya bersama Faris, bagaimana pula dengan Izzat?... Kesian lelaki itu. Lelaki yang sentiasa ada disisinya di saat diperlukan. Dia juga banyak terhutang budi pada Izzat. Bukan hanya sehari dua tapi dah  hampir 6 tahun, satu tempoh yang cukup lama dia bersama Izzat dan mengenali lelaki itu adalah sesuatu yang istimewa berlaku dalam hidupnya. Bukan hanya Izzat, tapi keluarga lelaki itu juga. Intan memejam mata seketika. Tidak dapat membayangkan apa perasaan Izzat nanti sekiranya dia mengecewakan hati lelaki itu.
“ I rasa tak ada faedahnya kita bersama semula sedangkan dulu you halau I ni macam I peminta sedekah, macam kucing kurap. You jijik nak tengok muka I....kenapa sekarang dah terbalik? Agaknya you dah nyanyuk atau sememangnya you sekarang ni dah   hilang ingatan”
 Intan cuba ketawa. Sengaja ingin menghilangkan rasa gusar dan sebak di dada.
I`m sorry....I`m really sorry
 Faris memhon maaf. Wajahnya keruh tiba-tiba.
Faris benar-benar kesal mengingatkan peristiwa itu. Serentak tangan Intan dicapai dan digenggan erat. Intan yang agak terkejut dengan tindakan Faris segera menarik tangannya.
“ Kita dah tak ada sebarang ikatan. Jadi you  tak ada hak untuk menyentuh dan memengang I sesuka hati!” bentak Intan keras membuatkan Faris terkedu.
“ Sekali lagi I minta maaf....I cuma nak you tahu yang I tak bermaksud begitu. I tahu I silap dan I tak sepatutnya mengambil tindakan terburu-buru. I betul-betul kesal kerana pernah menuturkan kata-kata yang menyakitkan hati you dulu!” Faris mengenggam kemas stereng kereta. Intan melirik seketika, cuba mencari reaksi di balik kata-kata lelaki itu.  Walaupun dia kesal, tapi semua itu tak akan berulang kembali.
“ Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata....padah akibatnya kan!” Intan menjeling tajam.
Faris terdiam. Memang dia terasa dengan kata-kata Intan. Jadi, tak ada faedahnya dia terus bertekak kalau Intan sudah tidak nampak kebaikan dan kesungguhannya.
Mereka berjalan masuk ke sebuah restoran mewah. Sementara menunggu pesanan sampai, mata Intan melilau sekitar restoran itu, cuba mengamati hiasan dan dekorasi restoran itu. Hatinya masih lagi panas.
“ Hello....Hai...” Faris segera menjawan panggilan telefon sambil diperhati oleh Intan.
“ Rya, you kat mana sekarang? ....bila balik?....I?...I`m fine” sesekali Faris melirik ke arah Intan yang berpura-pura tidak mengendahkan perbualannya di telefon.
“ I tengah lunch dengan kawan lama...Hmm...ok, sampai sini you call I ya...bye!” Faris segera mematikan talian. Dia meletakkan telefon di atas meja.
“ Faris,  I tak nak Arianna cemburu kalau dia tahu kita keluar lunch bersama” Intan gusar memikirkan tanggapan Arianna terhadapnya.
“ Arianna?...come on....dia bukan jenis  perempuan yang suka cemburu.....tapi tak tahulah kalau Izzat yang cemburu bila dia tahu kita lunch bersama!” Faris mengukir senyum. Intan melepaskan keluhan perlahan. Lama Faris merenung wajah Intan tanpa disedarinya. Sememangnya dia begitu merindui wajah itu. Kebelakangan ini, wajah itu sentiasa menjadi peneman tidurnya.
“ Intan...jom makan!”
 Faris memetik jari di hadapan Intan membuatkan Intan sedar dari lamunannya. Terpisat-pisat dia menahan malu. Bagi menutup rasa malu, dia segera mencapai sudu dan garpu.  Terus memasukkan nasi ke dalam mulut dan mengunyahnya perlahan. Faris turut mencapai sudu dan garpu. Mereka mula menikmati makan tengahari tanpa banyak bicara.
“ Kenapa? Tak sedap ke?” berkerut dahi Faris memandang wajah Intan.
“ Sedap....Cuma I saja yang tak ada selera” Intan menyedut jus oren perlahan selepas meletakkan sudu dan garpu.
“ Macam mana kerja you di bawah pemantauan Dato` Sapuan?...ok?” Faris mengubah tajuk perbualan.
“ You kenal bos I?” bulat mata Intan merenung wajah Faris yang mengangguk perlahan sambil tersenyum.
“ Keluarga I kan orang business...I selalu juga jumpa dengan dia dalam majlis. Hmm...you jangan risau, I akan bagi tahu dia siapa you.  Pasti dia akan layan you dengan baik sebab I kenal Dato` Supian tu dengan baik...”
“I juga tahu dia tu jenis lelaki yang agak miang sikitkan” Intan tergelak seketika.
“ Kenapa?...betulkan?” Faris turut tertawa.
“ Ya....lelaki....tua atau muda, perangai tetap samakan!” Intan segera terbayang wajah Dato` Supian yang mempunyai dua orang isteri itu.
“ I tak....I bukan lelaki yang tergolong dalam kategori Dato` Sapuan tu....I ni jenis lelaki yang hanya setia untuk seorang wanita sahaja”  Faris tersenyum.
“ Ya?...bertuah betul Arianna tu dapat lelaki macam you ni....”
“ Arianna tak ada kaitan dengan topik kita.....I cuma nak you tahu yang I masih setia pada you, tak ada wanita lain yang dapat bertahta di hati I selain you...” kata –kata Faris membuatkan Intan terdiam kaku. Dia sudah kekeringan idea bila membabitkan soal hati dan perasaan antara mereka.
“ Faris, I tak nak rosakkan kebahagiaan you. I tak nak Datin Saidah salah sangka dengan I lagi....cukuplah sekali. You pun tahukan, sejak peristiwa itu...I disisihkan oleh keluarga I. Sampai sekarang mereka masih belum dapat terima I walaupun dah bertahun-tahun I terpisah dari mereka. I dah serik hidup dalam buangan keluarga dan I dah tak sanggup meneruskan hidup dengan cara ini lagi.  Kalau bukan kerana kehadiran Aiman, I akan jadi gila” Intan bersuara.
 Tiba-tiba hatinya jadi hiba. Tanpa sedar matanya sudah berkaca membuatkan Faris benar-benar dihimpit rasa bersalah.
“ Sayang, mulai sekarang I akan sentiasa ada di sisi you. I akan pastikan keluarga you akan menerima you semula. Ini janji I, percayalah!” pujuk Faris sambil mengenggam erat tangan Intan  Dia turut merasa apa yang dirasai oleh Intan kerana dia juga menjadi sebahagian daripada kisah itu. Namun Intan yang cepat sedar dengan tindakan Faris itu segera menarik tangannya. Faris terpaksa akur.  Dia bertekad, untuk mendapatkan Intan semula dan dia mesti  melakukan sesuatu sebelum semuanya terlambat.
************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...