Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 16 December 2011

Novel: Antara Aku & Dia 1


Oleh : Azieana




Bab 1
SYAFIQ  melepaskan keluhan selepas memeriksa pesakit.  Rasanya itu adalah pesakit yang terakhir buat masa ini. Dia melirik ke arah jam tangan yang di pakainya. Sudah menunjukkan 1.20 petang
May I come in?”  satu suara halus kedengaran di muka pintu yang terbuka. Syafiq segera mengukir senyum pada gadis yang bertudung warna krim, cukup menawan dengan mengenakan sepasang baju jurung warna kuning dan berbunga warna merah.
Syafiq memandang gadis itu yang sudah pun berada di hadapannya sambil mengukir senyum.
“ Hey, what`s going on?....baru sehari tak jumpa dah monyok macam ni! Kesiannya….” Gadis itu tergelak kecil sambil menatap wajah Syafiq yang kepenatan.
“ Abang Fiq bukan apa, penat aje….sehari suntuk merawat pesakit!” keluh Syafiq sambil mengurut tengkuk yang lenguh.
“ Itukan dah jadi tugas dan tanggungjawab seorang doctor….” Syafiq hanya mencebik mendengar kata-kata gadis itu.
“ Tapikan jadi doktor kat hospital lebih penat dari menjadi seorang doctor di university!” balas Syafiq tak mahu kalah berbahas dengan gadis itu.
“ Doktor kat university pun penat juga, kena layan pelajar yang pelbagai karenah., ingat senangke! Tapi Lyna seronok dengan kerja Lyna sekarang….hm….sekarang, impian Lyna dah tercapai. Nak jadi doctor macam abang Fiq…Lyna tak pandai, terpaksalah jadi doctor falsafah. Janji orang akan panggil Lyna dengan nama Dr. Helyna….sama macam oang panggil abang, Dr. Syafiq kan!”
“ Ya lah. Dulukan Lyna ada cakap, walau apa pun Lyna nak dapat juga title doctor jugak…nak challenge abang Fiq kan. Sekarang dah tercapai…cuma satu aje benda yang belum tercapai…baru sama dan setanding dengan abang Fiq” berkerut dahi Helyna memandang wajah Syafiq yang sudah pun menguntum senyum.
“ Apa dia?”
“ Impian dan harapan Lyna untuk hidup bahagia. Dengan kata lain….Lyna mesti mencari pengganti Shahrul!” kata-kata Syafiq membuatkan Helyna membisu tiba-tiba. Dia tunduk memandang meja. Sikap Helyna yang berubah tiba-tiba itu membuatkan Shafiq benar-benar rasa bersalah kerana membangkitkan isu itu.
“ Lyna, abang Fiq minta maaf. Bukan niat abang Fiq untuk membuatkan Lyna sedih tapi abang Fiq hanya  mahu Lyna bangkit semula. Bila Shahrul dah pergi dari hidup Lyna, itu bukan bererti impian dan harapan Lyna untuk hidup bahagia akan musnah. Abang Fiq mahu Lyna capai impian baru. Impian dan harapan yang lebih indah bersama seseorang. Abang Fiq yakin, Lyna akan memperolehinya. Percayalah…!”
Helyna memandang wajah Syafiq dengan mata yang berkaca.
“ Abang Fiq yakin ke yang Lyna akan dapat pengganti Shahrul?”
Syafiq mengangguk perlahan. Dia sentiasa mendoakan agar Helyna sentiasa hidup bahagia. Kebahagiaan Lyna adalah kebahagiaan dirinya juga. Derita Lyna bermakna dia juga turut merasa derita. Dia turut merasai apa yang dirasakan oleh Helyna kerana mereka dilahirkan kembar. Oleh itu hubungan mereka cukup rapat.
*********

“ MAN, …papa harap Man dapat uruskan syarikat tu dengan baik. Papa yakin Man dapat pikul tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin. Papa  dah lama bercadang nak melantik Man jadi CEO. Ahli lembaga yang lain pun tak ada bantahan bila papa cadangkan nama Man. Papa ingat lepas ni papa nak berehat. Bolehkan Man!” Tan Sri Hisyam Firdaus merenung wajah anak tunggalnya.
            Puan Sri Emilly yang sentiasa ada di sisi suaminya sejak suaminya terlantar di hospital sejak 3 hari yang lalu kerana serangan jantung turut menyetujui saranan suaminya. Sesekali dia membetulkan bantal yang di sandarkan di belakang Tan Sri Hisyam Firdaus agar agar suaminya rasa selesa.
Luqman Hakeem hanya menundukkan wajah. Berat hatinya nak menerima tanggungjawab tersebut. Dia sukup senang dengan jawatan yang di sandangnya sekarang, Sebagai senior engineer di syarikat HF Corp. Sdn. Bhd. Memang tidak pernah terlintas pun ketika ini untuk dia menerajui syarikat besar itu. Apa lagi dia merasakan papanya masih berupaya memimpin syarikat. Di tambah lagi dia rasa masih banyak ilmu yang perlu dipelajarinya dan di perolehi sebelum bersedia makap, menerima jawatan itu.
“ Papa…doktorkan dah  cakap yang papa masih lagi kuat dan bertenaga untuk bekerja. Papa masih diperlukan di syarikat tu. Lagi pun uncle Sabri adalah orang kepercayaan papa dan dia amat sesuai untuk jawatan CEO tu!”
“ Man pun tahukan yang uncle Sabri tu hanya memegang jawatan tu buat sementara saja,… bila Man dah bersedi nanti, dia akan serahkan jawatan tu pada Man. Memang uncle Sabri tu orang kepercayaan papa, tapi ada baiknya anak papa yang berada di tempat tu!” Tan Sri Hisyam Firdaus tetap berharap anaknya akan menerima saranan itu.
“ Nantilah…Man akan fikirkan. Tunggulah setahun dua lagi ya…!” jawapan Luqman  membuat orangtuanya saling berpandangan. Jelas terpancar kekecewaan di wajah mereka.
“ Esokkan papa dah boleh keluar hospital.  Man percaya papa pun dah tak sabar nak kerjakan. Mana boleh duduk berehat lama-lama kat hospital…betul tak?” Tan Sri Hisyam Firdaus tertawa kecil.
“ Hm…papa tahu Man pasti menolak. Dah banyak kali papa bagi saranan tapi tak sekali pun di terima. Papa tahu keupayaan anak papa dan setakat ini papa berbangga dengan pencapaian Man di syarikat tu….cuma kekadang papa kesiankan uncle Sabri tu…dia tak  sanggup nak pegang jawatan tu…katanya eloklah orang muda yang handle
“ Hisy….apa ni pa, uncle Sabri tu bukannya tua sangat….dia tu lebih muda dari papa tau! Lagi pun setakat ni semua urusan di syarikat tu …Man rasa ok je, tak de masalah!” dalih Luqman.
“ Papa tahu. Tapi kalau boleh dia nak dapatkan jawatannya balik. Dia tu lebih berminat dengan jawatan sebagai akauntan daripada jadi CEO. Dah berbelas tahun dia jadi akauntan syarikat kita…tiba-tiba papa minta dia jadi CEO, sekarang ni dia kena handle 2 jawatan walaupun dia ada pembantu. Kesian juga kat dia!” kata Tan Sri Hisyam Firdaus. Bukan tak ada saudara mara yang berminat memengang jawatan itu tapi Tan Sri Hisyam Firdaus tidak mempercayai mereka untuk memegang jawatan penting itu.
“ Man satu-satunya anak kami…suatu hari nanti syarikat tu tetap akan jadi milik Man. Kan elok kalau Man ambil tanggungjawab tu lebih awal” papanya tak henti mengharap.
“ Tengoklah dulu…nantilah Man akan fikirkan” akhirnya Luqman bersuara. Entah kali ke berapa  jawapan itu di berikan , dia pun tak pasti. Tapi rasanya itulah jawapan yang sebaiknya mampu di berikan agar dapat menggembirakan orangtuanya. Mendengar jawapan Luqman Hakeem itu, orangtuanya sudah mampu tersenyum.
“ Ma…pa…Man pergi dulu. Ada temu janji dengan Iskandar!” Luqman  sudah bangun dari kerusi, memang dia sudah terlewat untuk bertemu dengan Iskandar di Coffee House Bean.
Sebaik sahaja dia keluar dari bilik rawatan VIP tu, telefon bimbitnya tiba-tiba berdering.
“ Hello, Is….aku dalam perjalanan nak jumpa kau. Aku baru saja keluar dari bilik papa aku!”  Luqman bersuara sambil tangannya menyeluk poket seluar, mencari kunci kereta.
“ Ops!”
Langkah Luqman tiba-tiba terhenti apabila mendengar suara halus.
Sorry!” ucap Luqman  tatkala matanya terpaku menatap sepasang mata biru yang cantik pada seorang gadis. Dia benar-benar terpesona dengan mata itu. Serentak dadanya berdegup kencang.
“ Ah! Tak mungkin!” hati Luqman berbicara.
It`s ok. Saya tahu saudara nak cepat…” ujar gadis itu sambil mengukir senyum. Cukup manis. Luqman  terasa dia sudah menemui seorang bidadari yang baru turun dari kayangan.
“ Saudara tak apa-apake?” tegur gadis itu. Mungkin dia risau dengan gelagat Luqman  yang seakan terkena sampuk. Siap dengan mulut ternganga lagi. Takkan lelaki ni terkena pukau atau dah tak sedar diri. Bisik gadis itu kehairanan sambil memandang wajah Luqman Haqeem yang tidak berkutik itu
“ Lyna!”
Seorang lelaki tiba-tiba keluar dari satu bilik dan memanggil nama gadis itu. Tanpa berlengah gadis itu terus berlalu, namun dia sempat menoleh. Cuba memastikan lelaki yang di tinggalnya itu dalam keadaan baik.
Luqman yang seakan baru tersedar dari koma itu hanya mampu memandang dengan jantung yang hampir luruh. Apatah lagi bila melihat bahu gadis itu di peluk erat oleh lelaki yang memanggilnya sebentar tadi. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam sebuah bilik rawatan.
Luqman tetap berdiri kaku di situ. Saat ini jantungnya bergerak terlalu pantas. Perlahan-lahan dia meletakkan tangannya di dadanya.
“ Bermimpikah aku?”
Kali ini dia menepuk mukanya dengan kedua-dua tangan beberapa kali memastikan dia dalam keadaan normal. Tindakannya itu muka menarik beberapa pengunjung yang berjalan di sekitar kawasan itu. Ada yang sempat menghadiahkan senyuman untuknya dan ada juga gadis yang menoleh ke arahnya berulang kali.
“ Aku tahulah rupa aku handsome…sebab tu korang menoleh banyak kali! He…he…” Luqman berbisik sendiri sambil mengukir senyum bila gadis itu sekali lagi menoleh ke arahnya.
*********

TAN Sri Hisyam Firdaus memberi isyarat pada isterinya supaya memandang ke arah Luqman Haqeem. Sejak dari tadi dia melihat anaknya asyik aje gelisah. Puan Sri Emilly yang sudah bersedia untuk meninggalkan bilik rawatan itu turut hairan melihat gelagat anak mereka. Dia turut perasan akan sikap Luqman yang agak berlainan hari ini. Dah macam ayam berak kapur.
“ Man, kenapa ni?...Man ada masalah dengan Mellisa ya?...atau ada sebab lain!...sejak Man bertandang ke sini, papa perhatikan macam ada sesuatu yang mengganggu Man…apa dia? ceritakan pada papa!” tegur Tan Sri Hisyam Firdaus yang sudah pun menghampiri Luqman. Sememangnya dia cukup perihatin dengan apa yang berlaku pada anak kesayangannya itu.
Luqman agak terpingga-pingga. Serta-merta dia berdehem, semata-mata mahu menutup rasa malu bila di tanya begitu. Bukan tentang hubungannya dengan Mellisa yang menimbulkan masalah dalam dirinya saat ini walaupun selama ini orangtuanya tahu tentang hubungan tersebut. Tapi ianya sekadar hubungan sebagai kawan, tak lebih dari itu. Dia jadi rapat dengan Mellisa yang bekerja sebagai Eksekutif Marketing di syarikat Cahaya Indra  pun hanya kerana mereka sering berurusan bersama. Bak kata orang, hanya urusan business sahaja.
Setakat ini papanya telah memberi kebebasan untuk dia memilih teman dan juga calon isteri. Cuma papanya pernah bertegas supaya dia memilih gadis yang baik dan bersopan,  tidak terlalu materialistic dan mementingkan diri sendiri.
“ Pangkat dan kekayaan bukan menjadi ukuran  untuk papa menerima  mana-mana perempuan sebagai menantu papa! Janji dia tu seorang perempuan yang baik, bersopan santun dan yang paling penting  pegangan agamanya kuat!” Kata papanya suatu ketika.
Memang  sejak dari kecil dia diberikan didikan agama yang baik. Papa amat menitik beratkan amalan solat hingga dia berada di luar negara pun papanya selalu menghubunginya bertanyakan dia tentang solat selain dari bertanya khabar. Kata papa, dia tak mahu anaknya terbuai dengan urusan dunia hingga lupa tentang urusan di akhirat. Kekayaan yang mereka kecapi sekarang adalah pinjaman daripada Allah dan hendaklah di gunakan dengan sebaik-baiknya. Jangan terlalu alpa dengan harta duniawi kerana apa yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman sementara sahaja. Itu juga yang selalu di pesan oleh arwah atuk kepada papa yang merupakan tok imam di kampung Seri Pinang.
“ Man!”
Sekali lagi Tan Sri Hisyam Firdaus memanggil nama anaknya.
“ Pa!” Luqman  bersuara perlahan, kedengaran begitu lemah sekali pada pendengaran Tan Sri Hisyam Firdaus.
“ Apa yang sedang membelenggu fikiran Man sekarang? Beritahu papa…papakan selalu cakap, kalau Man ada sebarang masalah…beritahu aje papa. Papa sentiasa mendengarnya bila-bila masa yang Man perlukan!” Tan Sri Hisyam Firdaus memeluk perlahan bahu anaknya.
Luqman hanya diam membatu. Bagaimana harus dijelaskan pada papanya apa yang sedang dialaminya sejak semalam. Suatu perasaan yang sukar nak digambar dan dijelaskan. Dia sendiri tak tahu bagaimana hendak memulakannya.
“ Ok….lupakan aje apa yang papa cakap. Bila Man dah bersedia untuk beritahu dan ceritakan pada papa….ceritakan aje. I`m always be there for you, my son….always!” Tan Sri Hisyam Firdaus menekankan perkataan` always` itu dengan harapan anaknya akan bertenang.
Thanks, pa” ucap Luqman sambil tersenyum. Puan Sri Emilly turut tersenyum. Dia tahu betapa akrabnya hubungan mereka dan kadang-kadang timbul pula rasa cemburu di hati melihat keakraban mereka.
“ Kalau kita ditakdirkan ada anak perempuan, pasti dia rapat dengan Emilly!” itulah kata-kata suaminya bila dia pernah menyuarakan rasa hatinya.
“ Ya…tapi sayang, kita tak punya anak perempuankan” balas Puan Sri Emilly.
“ Apa yang diberikan oleh Allah pada kita ada hikmahnya….walaupun kita hanya ada seorang anak, abang tetap bersyukur! Luqman seorang anak yang baik dan abang amat berbangga dengannya!” kata Tan Sri Hisyam Firdaus.
“ Maafkan Emilly, bang!” Puan Sri Emilly segera mengucup tangan suaminya. Sesungguhnya dia bersyukur kerana bersuamikan Tan Sri Hisyam Firdaus yang banyak membimbingnya mengenal Islam sejak dia mengenali lelaki itu sejak mereka sama-sama menuntut di universiti.
“ Papa dan mama tunggu sini. Man nak uruskan tentang bil hospital!” suara Luqman  itu mematikan lamunan Puan Sri Emilly, dia mengangguk perlahan sebelum berbalas pandang dengan suaminya.
Tanpa berlengah Luqman  keluar dari bilik rawatan VIP itu untuk terus membuat pembayaran di kaunter. Selepas membuat pembayaran dia mengatur langkah untuk ke bilik rawatan papanya. Tiba-tiba matanya tertumpu pada  seorang gadis yang memakai sepasang baju kurung berwarna maron melangkah ke sudut kaunter pertanyaan.
“ Apa khabar, Dr. Helyna?” tegur seorang doctor yang memakai jubah putih yang sedang berdiri di situ sambil tersenyum.
“ Apa senyum-senyum ni?...abang Fiq mana?” gadis yang bernama Helyna betanya.
“ Tadi dia tunggu Lyna….lambat sangat sampai…entah mana dia menghilang agaknya!” mata temannya melilau seketika tapi tumpuannya terus terhenti  saat matanya bertembung dengan mata Luqman  yang ketika itu sedang memerhati gelagat mereka berdua. Luqman  tiba-tiba menelan liur bila doctor yang berjubah putih itu berjalan ke arahnya sambil mengukir senyum.
“ Assalamualaikum!”
Doktor itu segera memberi salam sebaik saja langkahnya mati di hadapan Luqman.
“ Waalaikumussalam!” jawab Luqman dengan rasa berdebar, maklum saja tingkah lakunya sedang di perhati terutama oleh gadis yang sedang berdiri di kaunter pertanyaan itu.
“ You ni anak Tan Sri Hisyam Firdaus kan?” tegur doctor muda itu sebaik saja berhadapan dengan Luqman. Sekilas dia meneliti wajah dan penampilan Luqman sambil mengukir senyum.
“ Ya. Hari ni papa I dah boleh discharge…doctor ni kenal dengan papa I?” berkerut dahi Luqman merenung wajah doctor muda itu.
“ Papa you kan orang terkenal, seorang ahli perniagaan yang berjaya, wajahnya selalu masuk dalam suratkhabar dan majalah,.. hmm pasti anaknya pun turut mengikut jejak langkahnya kan!” Luqman  hanya ketawa kecil.
“ Tak adalah….mungkin benar papa I tu orang terkenal tapi anaknya hanya biasa aje. Er…doctor ke yang merawat papa I!”
“ Hm…adala sekali dua …I  pun baru dapat tahu yang  Tan Sri dah dapat keluar hari ni. Sampaikan salam I pada Tan Sri ya!…jumpa lagi!”
“ Insya Allah…Dr. Amanina. Nice name…macam tuannya jugakan!...I, Luqman!”  balas Luqman   selepas melihat tanda nama pada jubah doctor  itu dan akhirnya mereka saling bertukar senyum.
“ En. Luqman…nice meeting you but I`ve to go! See you, again” Dr. Amanina segera berlalu meninggalkan Luqman yang masih berdiri kaku di situ. Hanya matanya sahaja terus memerhati dua orang doctor muda yang sudah melangkah pergi.
“ Man, apa yang dipandangnya tu sampaikan leher dah panjang mengalahkan angsa!” terdengar suara Tan Sri Hisyam Firdaus tiba-tiba menegur membuatkan Luqman tersentak malu.
“ Tak ada apalah,  pa. Jom….Man dah settle semua  pembayaran!” Luqman  mencapai beg sederhana dari tangan mamanya dan di pegang di sebelah kiri, sementara tangan kanannya memapah tubuh papanya.
Luqman  segera mengenakan kaca mata hitamnya  sebaik saja enjin kereta BMW 5 siri  dihidupkan namun tumpuannya terhenti bila matanya terpandang ke satu sudut.  Setiap langkah gadis yang berbaju kurung warna maron dan bertudung itu diekori dengan ekor mata di balik kaca mata hitam. Gadis itu segera menghampiri kereta Honda Civic berwarna hitam tanpa menyedari setiap langkahnya sedang diperhati.
“ Ehem….” Tan Sri Hisyam Firdaus berdehem. Dia turut menyedari apa yang sedang berlaku pada anak tunggalnya ketika ini. Isterinya yang berada di tempat duduk belakang agak terpingga-pingga.
“ Cantik orangnya kan!....papa suka kalau gadis tu menjadi menantu papa…nampak sopan!” Luqman  hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata papanya sambil berpura-pura membetulkan kaca mata hitamnya.
“ Siapa yang cantik, bang” Puan Sri Emilly mencelah. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling.
“ Awak tanyalah anak bujang awak ni!” Tan Sri Hisyam Firdaus tersenyum penuh makna membuatkan Luqman menggaru kepala yang tidak gatal pula.
“ Mama…tak ada apalah…papa cuma bergurau aje!” Luqman  cuba mengelak. Dia dapat melihat senyuman menghiasi bibir papanya. Luqman  hanya mampu mengetap bibir, sesungguhnya dia rasa malu kerana apa yang berlaku pada dirinya mula dapat di hidu oleh papanya.
*************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...