Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 2 December 2011

MENGGAPAI RINDU 9

oleh : Azieana


Bab 9
INTAN mengetap bibir menahan marah selepas meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia memejam mata seketika sambil menyandarkan kepala di kerusi. Tangan kanannya segera memicit kepala. Nafasnya terasa sesak tiba-tiba.
“ Puan, kami ingin maklumkan bahawa Aiman telah di ambil oleh papanya sebentar tadi” suara salah seorang pekerja di tadika memecah gegendang telinga sebaik saja Intan menjawab panggilan telefon.
“ Maksud cik....Aiman di ambil oleh En. Izzat?” kata Intan yang sememangnya tidak kesah kalau Izzat sudi mengambil ambil di tadika. Mungkin lelaki itu sudah merindui Aiman tanpa sempat menghubunginya terlebih dahulu.
“ Bukan En. Izzat, puan tapi En. Faris....bila saya tanya, katanya dia tu papa Aiman. Betulke Puan? Kami takut kami tersilap” kedengaran suara pekerja tadika itu menjelaskan situasi. Mungkin dia takut sekiranya kebenaran itu diberikan kepada orang yang tidak sepatutnya. Pasti dia yang akan menanggung akibatnya.
“ Er....betul.  dia memang papa Aiman. Terima kasih kerana memaklumkan saya. Sepatutnya awak hubungi saya dahulu sebelum menyerahkan Aiman pada papa dia” suara Intan tegas.
“ Saya minta minta maaf, Puan. Saya tak tahu....saya baru aje masuk kerja minggu ini....sekali lagi saya minta maaf, puan.” Ujar gadis itu dengan rasa bersalah.
“ Er...boleh saya cakap dengan Fatina?” tanya Intan.  Fatina lebih tahu hal ini.
“ Maaf, puan. Kak Tina tak datang kerja hari ini” beritahu gadis itu.
“ Tak apalah...terima kasih sekali lagi” kata Intan sebelum memutuskan talian.
Intan mencapai telefon bimbitnya dan cuba mencari nombor telefon Faris. Seingatnya nombor itu masih belum dibuang ketika kali pertama Faris menghubunginya untuk mengajak dia berbincang mengenai Aiman. Seketika tadi dia cuba bertenang. Kalau boleh dia tak mahu berbincang dalam keadaan marah. Ya....dia memang marah dengan tindakan Faris itu.
“ Hello, Intan...” panggilan Intan segera dijawab oleh Faris.
“ Faris....”
Sorry, Intan....I memang nak call you tadi tapi you yang terlebih dahulu call I. I nak maklumkan yang Aiman ada dengan I sekarang!” kedengaran suara Faris membuatkan Intan mendengus kasar. Kejap betul tangannya memegang telefon bimbit.
“ Kenapa you tak bagi tahu I terlebih dahulu sebelum ambil Aiman?...kat mana you nak bawa dia?” soal Intan geram. Kedengaran keluhan perlahan di hujung talian. Mungkin lelaki itu terasa. Biarlah. Biar dia rasa. Dengus Intan.
“ Intan....I juga berhak ke atas Aiman kerana dia juga anak I. Salahkah kalau I nak jumpa dia?...bermesra dengan dia?....you boleh biarkan Izzat ambil Aiman...tapi I tak boleh!” Faris bersuara agak tegas membuatkan Intan tersentak. Terkejut.
“ Faris, you tak boleh samakan diri you dengan Izzat. Aiman tu dah lama kenal dengan Izzat....malah mereka berdua dah cukup mesra tapi dengan you....I rasa terlalu mendadak dan I takut Aiman tak boleh terima!”
“ I nak gantikan masa-masa I yang terluang dulu.  I boleh sayangi dia sepertimana you menyayangi dia....malah kita boleh sama-sama menyayangi Aiman seperti ibu bapa yang lain” Faris cuba berdiplomasi dengan harapan dapat melembutkan hati Intan. Kata-kata Faris membuatkan kepala Intan mula berdenyut.
“ Ok. Fine...you tolong hantar Aiman balik nanti, jangan lewat” Intan terus menghempas telefon. Tak ada gunanya dia nak bertekak dengan lelaki itu kalau lelaki itu juga tetap bertegas. Kali ini dia terpaksa mengalah dengan membiarkan Aiman bersama Faris, namun dalam hati berdebar-debar. Pelbagai andaian muncul dibenak fikirannya.
*************

UNCLE....kita nak pergi mana ni?” Aiman bersuara apabila kereta Faris sudah memasuki perkarangan rumah mewah.
“ Uncle bawa Aiman datang rumah uncle” begitu ceria suara Faris ketika memberitahu tujuannya mengambil Aiman.
Faris keluar dari keretanya dan membukakan pintu untuk Aiman. Dia memimpin Aiman masuk ke dalam rumah. Ditangannya ada satu paper bag yang mengandungi 2 pasang baju yang dibelinya untuk Aiman. Kemunculan mereka di ruang tamu itu di sambut oleh Supiah, pembantu rumah. Dia nampak agak terkejut dengan kemunculan Faris bersama seorang budak lelaki yang comel agak lama juga dia merenung wajah Aiman.
“ Mama mana?” Faris bersuara sambil matanya melilau mencari kalibat Datin Saidah. Setahunya, waktu-waktu petang begini mamanya pasti ada di rumah.
“ Datin ada kat luar...dekat dengan kebun orkid” Supiah segera memberitahu.
Faris mengangguk perlahan.mamanya banyak menghabiskan masa dengan pokok orkid kesayangannya kalau berada di rumah. Itu memang menjadi hobi utamanya.
“ Bik, tolong mandi dan tukarkan pakaian untuk budak ni.  ini bajunya....saya nak ke atas, kejap lagi saya turun” Faris segera menghulurkan paper bag kepada Supiah.  Supiah segera menyambutnya sambil mengukir senyum untuk Aiman yang turut memandang wajah Supiah.
“ Aiman, Aiman ikut bibik ya...uncle pun nak mandi dan tukar pakaian sekejap. Nanti uncle jumpa Aiman selepas ini ya!” Faris memandang wajah Aiman sambil mengusap lembut pipi tembam Aiman. Aiman mengangguk perlahan. Kemudian dia memandang wajah Supiah sebelum pembantu rumah itu memimpinnya untuk beredar.
Terpegun seketika Datin Saidah  sebaik saja kakinya melangkah ke ruang tamu. Tajam matanya merenung ke arah Supiah yang sedang menyuapkan nasi ke mulut seorang kanak-kanak lelaki. Dalam hatinya terbetik tiba-tiba. Anak siapa ni?  comelnya.
“ Datin” Supiah yang menyedari kemunculan Datin Saidah segera bersuara.
“ Anak siapa ni?...kenapa awak suapkan nasi untuk dia?”  tajam mata Datin Saidah merenung wajah Aiman. Supiah mula ketakutan. Terketar-ketar tangannya ketika menyuapkan nasi untuk Aiman yang masih tinggal sedikit.
“ Er....budak ni.....En. Faris yang bawa balik. Dia....dia suruh saya mandi dan suapkan nasi untuk budak ini. Saya ngak tau ini anak siapa, Datin” Supiah bersuara.
 Dia dan Aiman saling berpandangan sebelum Aiman mengalih pandang ke arah Datin Saidah. Pandangan Datin Saidah tetap seperti tadi. Tajam dan menyeramkan sehinggakan Aiman sudah tidak berselera untuk makan. Dia hanya mengeleng kepala semasa Supiah menyuakan nasi ke mulutnya.
“ Mama....” Datin Saidah menoleh sebaik saja mendengar suara Faris.
“ Faris, anak siapa ni?” Datin Saidah segera bertanya sebaik saja Faris berada di depannya.
“ Aiman dah kenyang?” soal Faris sambil mengukir senyum untuk Aiman. Aiman mengangguk perlahan dan kembali merapatkan dirinya pada Faris.  Supiah sudah pun beredar ke dapur.
Faris memimpin Aiman ke ruang rehat. Datin Saidah segera mengikutnya dari belakang. Dia tidak akan berpuas hati selagi tidak tahu apa cerita yang sebenarnya. Faris segera melabuhkan punggung di kerusi dan dia memangku Aiman di ribaannya. Datin Saidah melihat tindakan Faris itu mendengus perlahan.
“ Faris, Faris dengar tak apa yang mama tanya?” Datin Saidah menggesa Faris.
“ Aiman, kenalkan...itu mama uncle...Aiman, Aiman pergi salam dengan nenek ya!”  Aiman terdiam. Dia tak berani nak menghampiri Datin Saidah yang begitu tajam merenungnya. Aiman memandang wajah Faris.
“ Ok...jom, salam dengan nenek” Faris memimpin tangan Aiman menghampiri Datin Saidah yang sedang duduk di kerusi berhadapan mereka tadi.
Lambat-lambat Aiman menghulurkan tangan setelah dipujuk oleh Faris. Datin Saidah merenung seketika wajah Faris sebelum menyambut tangan Aiman. Segera tangannya di kucup oleh Aiman. Kemudian Aiman kembali merenung wajah Faris sebelum Faris memimpin Aiman ke tempat duduk yang berhadapan dengan Datin Saidah.
“ Faris, anak siapa yang Faris bawa balik ni?” soal Datin Saidah dengan wajah gusar. Matanya tak lekang dari merenung wajah comel kanak-kanak lelaki yang berada di pangkuan Faris.
“ Mama, kan mama selalu cakap...mama sunyi. Asyik suruh Faris kawin semata-mata nakkan cucu. Ini Faris bawa balik Aiman untuk mama”  Faris memeluk erat tubuh Aiman. Kemudian dia mencium ubun-ubun Aiman.
“ Ya, betul....tapi cucu yang mama maksudkan adalah dari darah daging Faris.  Bukannya dari....entah dari mana Faris pungut budak ni” Faris menelan liur mendengar kata-kata mamanya.
“Mama tak sukakan Aiman ke?...kalau mama suka, Faris akan selalu bawa Aiman ke sini untuk jumpa mama” Faris tidak mempedulikan pandangan mamanya.
“ Aiman ni anak siapa sebenarnya? Siapa ibu bapanya?....Faris culik anak orang ya!” geram sungguh Datin Saidah dengan sikap endah tak endah anaknya. Sejak dari tadi dia bertanya, namun masih tidak berjawab tentang siapakah sebenarnya budak kecil yang di bawa datang oleh Faris itu.
“ Faris....Aiman ni anak siapa sebenarnya?....siapa ibu bapanya? Faris ni culik anak orang ya!” Datin Saidah sudah tidak dapat membendung rasa marah. Faris seakan sengaja melengahkan masa untuk memberitahu perkara yang sebenarnya.
“ Faris tak culik Aiman ni. Faris dah minta kebenaran dari orangtuanya.  Comelkan Aiman ni! kali pertama Faris tengok dia....Faris terus suka!” kata-kata Faris membuatkan Datin Saidah merenung wajah kanak-kanak lelaki yang berusia hampir 5 tahun itu. Memang dia akui, kanak-kanak itu cukup comel dan makin lama  diamati , hatinya makin tertarik. Aiman yang tadinya nampak ketakutan bila berhadapan dengan Datin Saidah tiba-tiba mengukir senyum membuatkan Datin Saidah terpaku.  Tanpa sedar bibirnya turut mengukir senyum.
Kemunculan Datuk Amran membuatkan tumpuan Aiman beralih. Datuk Amran memandang wajah Faris dan Aiman silih berganti. Dalam hati berdetik. Dari mana datangnya kanak-kanak itu?
“ Faris, anak siapa ni?” soal Datuk Amran kehairanan sebelum punggungnya melabuh di sofa bersebelahan dengan isterinya.
“ Aiman, pergi salam dengan atuk!” perintah Faris pada Aiman. Tanpa banyak bicara, Aiman terus menghampiri Datuk Amran dan menghulur tangan. Segera disambut oleh Datuk Amran. Datin Saidah hanya diam memerhati geagat suaminya yang nampak tidak kekok bersama Aiman. Terus tubuh kanak-kanak itu di letak di atas ribaanya. Sebuah ciuman dihadiahkan untuk Aiman membuatkan Aiman terus tersenyum sebelum mengalih pandang pada Faris yang turut memerhati.
Pasangan suami isteri itu memang merindui kehadiran cucu. Datuk Amran nampak begitu teruja dengan kehadiran Aiman.
“ Papa, mama....siapa pun Aiman, Faris nak mama dan papa sayangi dan terima dia!” kata-kata Faris membuatkan Datuk Amran dan Datin Saidah saling berpandangan.
“ Atuk!” panggilan Aiman membuatkan tumpuan Datuk Amran kembali merenung wajah Aiman. Ada sesuatu pada wajah itu yang membuatkan dia tertarik hati. Sekali lagi ciuman dihadiahkan untuk Aiman.
“ Aiman tak nak sayang atuk?” tanpa menunggu sesaat pun, pipi Datuk Amran dicium Aiman, bukan sekali tapi dua. Tersenyum lebar Datuk Amran menerima ciuman itu.
“ Idah cemburu ya sebab Aiman cium abang!” Datuk Amran tergelak kecil melihat jelingan Datin Saidah.
“ Tak ada faedahnya.....kalau budak ni cucu kita, tak pe.....ini....entah dari mana dipungutnya budak ni” getus Datin Saidah sambil mengangkat punggung dan beredar.
Faris hanya diam memerhati langkah mamanya yang semakin jauh menghilang sebelum mengalih pandang pada papanya yang masih erat memeluk tubuh Aiman.
*************

 FARIS sudah pun bersiap untuk menghantar Aiman ke pangkuan Intan. Selepas solat maghrib tadi, dia sudah memberitahu Intan.  Faris tahu Intan benar-benar resah dan takut dia tidak memulangkan Aiman.
“ Faris, please....hantar Aiman balik pada I....I tahu Aiman anak you tapi I tak sanggup nak berpisah dengan dia walaupun satu malam!” masih terngiang kata-kata Intan sebentar tadi.
“ Aiman, salam dulu dengan atuk dan nenek sebelum balik” pinta Faris sambil memandang Aiman yang masih di pimpin oleh Datuk Amran.
Sebaik saja Datuk Amran melepaskan pegangan tangan Aiman, Aiman pula mencapai tangan Datuk Amran, dicium perlahan sebelum beralih ke arah Datin Saidah yang turut menghantarnya ke muka pintu. Selepas Aiman mencium tangan Datin Saidah, Datuk Amran terus mendukung tubuh Aiman dan menhadiahkan dua ciuman dikedua pipi Aiman, segera Aiman membalasnya.
Faris kemudiannya mengambil Aiman dari dukungan papanya.
“ Aiman tak nak sayang nenek?”
Faris menghampiri Datin Saidah supaya memudahkan Aiman mencium pipi Datin Saidah.
“ Lain kali datang lagi ya....nanti kita boleh main sama-sama” kata Datuk Amran.
Bye atuk....bye nenek....jumpa lagi!” Aiman melambai tangannya sebelum Faris meletakkannya di dalam kereta.
“ Bang.....comel betul budak Aiman tu ya....” Datin Saidah bersuara sebaik sahaja kereta Honda Civic warna hitam  milik Faris beredar dari perkarangan rumah mewah itu.
“ Hmm...” hanya itu yang keluar dari mulut Datuk Amran. Sebenarnya, dia turut teruja dengan perjumpaan itu. Tambah teruja setelah mengetahui siapa sebenarnya Aiman.  Rahsia ini tidak akan diberitahu kepada isterinya sehinggalah tiba masanya.
************

1 comment:

  1. kalaula mak datin tu tau yg Aiman tu cucu dia..
    macam mane la reaksi dia kannn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...