Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 30 December 2011

Antara Aku & Dia 3

oleh : Azieana




Bab 3

B
ADRUDIN baru saja berkahwin sebulan dengan Naimah ketika mendapat tahu kedatangan Aishah ke Malaysia untuk menemuinya. Ketika itu juga Aishah sedang sarat mengandung anaknya. Hanya menunggu masa untuk melahirkannya. Semasa dia tinggalkan Aishah dulu, isterinya sedang mengandung 5 bulan. Kepulangannya ke Malaysia ketika itu bukan kehendaknya tapi dia terpaksa bergegas pulang selepas mendapat telegram yang mengatakan ayahnya iaitu Hj Daud jatuh sakit.  Selepas dia sampai di rumah, barulah dia sedar bahawa telegram itu hanyalah satu pembohongan untuk membawa dia pulang selepas tamat belajar. Perkahwinannya dengan Aishah memang dikhabarkan kepada orangtuanya dan dia menunggu sedikit masa lagi untuk membawa Aishah pulang dengan bekerja sementara untuk mengumpul wang tapi telegram yang diterima itu memusnahkan rancangannya. Dia terpaksa meninggalkan Aishah kerana kekurangan wang.
Tiga bulan kemudian, dia di paksa kawin dengan Naimah kerana menurut orangtuanya mereka sudah lama merancang untuk menjodohkannya dengan Naimah yang ketika itu baru saja memegang jawatan sebagai guru selepas tamat belajar. Dan kepada Naimah diceritakan semuanya agar tidak berlaku salah faham. Dia bernasib baik kerana Naimah dapat menerimanya, malah turut membantu Aishah menyediakan keperluan untuk bersalin walaupun pernah di tegah oleh Hjh Kamariah, emak Badrudin.
Bergenang air matanya sewaktu menatap wajah dua orang anak kembarnya selepas mengazan dan mengiqamatkan mereka berdua. Dia bersyukur kerana anak yang comel dan montel dilahirkan itu dalam keadaan selamat. Namun airmatanya tetap mengalir keluar kerana menangisi pemergian Aishah yang tidak sempat melihat anak mereka. Aishah memang tahu bahawa hidupnya tidak panjang dan kehadirannya ke Malaysia adalah untuk menyerahkan anak mereka dalam jagaan Badrudin.
Badrudin dan Naimah membawa pulang kedua anaknya ke kampong untuk ditunjukkan pada orangtuanya. Namun, lain yang di rancang lain pula yang berlaku.
“ Mak akan jaga kedua-dua anak kamu ni, Din! Tersentak Badrudin dan Naimah mendengar kata-kata Hjh Kamariah sebaik saja emaknya memengang dan memandang wajah salah seorang dari anak kembar Badrudin.
“ Tapi mak…mereka ni anak-anak Din. Biarlah kami yang jaga!” kata Badrudin, cuba mempertahankan diri. Naimah turut menyokong kata-kata suaminya kerana sewaktu kali pertama melihat wajah-wajah comel anak suaminya, hatinya sudah jatuh sayang pada mereka.
“ Kamu tu baru saja kawin dan kamu masih belum lagi bekerja. Mak tak nak bebankan hidup kamu. Biarlah hidup kamu berdua senang, barulah datang ambil anak-anak kamu ni. Mereka berdua ni cucu-cucu mak…mak tak akan menganiya mereka dan mak masih mampu menjaga mereka berdua!” kata Hjh Kamariah. Hj Daud hanya diam membisu.
Badrudin hanya mampu menunduk kepala. Hatinya sayu dan sebak. Sampai hati maknya mahu memisahkan anak-anaknya dari dia. sudahlah dia baru kehilangan Aishah. Dia tahu mak dan ayahnya memang mampu menjaga kedua  anaknya. Harta mereka juga banyak tapi baginya anak-anaknya adalah hartanya yang paling berharga. Anak-anaknya juga satu-satunya kenangan yang ditinggalkan Aishah untuknya. Dan akhirnya Badrudin dan Naimah terpaksa akur pada kehendak Hjh Kamariah. Mereka berdua saling berpandangan.  Mereka berdua tahu hati Hjh Kamariah keras untuk di lentur. Apa saja kehendak dan cadangan terpaksa di terima.
Dua hari mereka berada di rumah Hjh Kamariah sebelum pulang ke Kuala Lumpur kerana Naimah memang mengajar di Kuala Lumpur dan mereka hanya pulang pada hari minggu. Syafiq dan Helyna terpaksa mereka tinggalkan dalam jagaan Hjh Kamariah dan Hj Daud.  Sebulan kemudian, Badrudin mendapat jawatan sebagai pegawai Tadbir Diplomatik yang menghendaki dia berada di luar negara. Pernah beberapa kali dia meminta kebenaran dari Hjh Kamariah untuk mengambil kedua-dua anaknya namun tetap di tolak dengan alasan anak-anaknya sudah selesa tinggal di kampong bersamanya. Badrudin hampa, semetelah sejak 2 tahun perkahwinan mereka, Naimah masih belum hamil. Dia tahu isterinya cukup sedih dan tertekan. Dia sendiri merindui kedua-dua anaknya sepanjang berada di luar negara. Setelah usia perkahwinan mereka melangkau 3 tahun, barulah Naimah di sahkan hamil.
“ Mak, kalau boleh kami nak bawa Syafiq dan Helyna tinggal bersama kami. Kami rindukan mereka!” pujuk Badrudin semasa mereka balik bercuti dari China. Ketika itu dia bertugas di negeri China.
“ Hisy kamu ni…Naimah kan sedang hamil dan  dia perlukan banyak rehat. Lagi pun kamu tu ada  anak kecil. Ayuni tu perlukan perhatian dari kamu berdua. Biarlah mak dan ayah yang jaga Syafiq dan Helyna. Tahun depan mereka berdua dah nak masuk sekolah…kamu tu asyik bertukar negara…mak risau budak-budak tu tak selesa nanti. Budak-budak tu dah seronok tinggal dengan mak. Di sini mereka ada ramai kawan” Badrudin hanya mampu mengeluh. Tak kuasa nak lawan cakap emaknya.
“ Apa yang kamu berdua nak risaukan, makan pakai mereka tu cukup. Duit yang kamu bagi tiap-tiap bulan tu mak dah simpan dengan elok!”
Badrudin melurut lehernya beberapa kali.
“ Ayah tak tahu nak kata apa…betul juga kata mak kamu tu Din…kesian pula budak-budak tu kalau asyik berpindah” sokong Hj Daud.
Badrudin sempat menjenguk di luar rumah. Kelihatan kedua anaknya sedang berseronok bermain dengan kawan-kawan. Ayuni yang masih kecil hanya memerhati di muka pintu.
Selepas pulang dari solat Isyak di surau, Badrudin mengatur langkah ke tingkap. Lama dia termenung di situ, sesekali wajah Aishah dan kedua-dua anaknya muncul silih berganti.
“ Din, ayah tahu apa yang sedang Din fikirkan!” lamunan Badrudin terus melayang sebaik saja mendengar suara Hj Daud. Lantas dia berpaling mengadap wajah ayahnya yang ketika itu masih lagi mengenakan baju melayu warna putih, berkain pelikat dan berkopiah.
“ Pasti Din sedang fikirkan pasal Syafiq dan Helynakan?” tangan Hj Daud singgah di bahu Badrudin.
“ Ya, ayah…Din sayangkan anak Din tapi mak…!” serba salah Badrudin nak meneruskan kata. Takut tersinggung pula ayahnya.
“ “ Ayah faham. Mak kamu tu dah sayang sangat dengan Syafiq dan Helyna …ayah pun begitu. Mereka membesar di hadapan mata kami. Mak kamu buat macam tu sebab dia  tak sanggup nak berenggang dengan mereka. Budak-budak tu rapat sangat dengan mak kamu. Bukannya kami tak ada cucu lain…tapi mak kamu tu dah bela anak-anak kamu dari sebesar tapak tangan. Pasal kamu dan Naimah,  memang dah lama kami bercadang nak jodohkan  korang berdua tapi kamu tu dah ambil keputusan kawin dengan anak mat saleh. Itu yang membuatkan mak kamu tak boleh terima, sebab tu dia buat rancangan supaya kamu balik. Mungkin dulu dia ambil anak-anak kamu sebab rasa marahnya pada kamu dan Aishah tapi bila dia melihat anak kamu  yang comel tu, timbul rasa sayang.   Perasaan kasih  seorang ibu….sekarang ni apa yang dia buat semuanya untuk Syafiq dan Helyna…kadang-kadang ayah pun rasa cemburu bila dia lebihkan budak-budak tu dari ayah” Hj Daud bercerita sambil tertawa kecil bila mengingatkan perangai iserinya yang melebihkan cucu mereka dari dirinya. Badrudin sempat juga mengukir senyum. Memang dia akui emaknya sudah terlalu sayangkan anak-anaknya. Tapi dia?...dia juga sayangkan Syafiq dan Helyna. Mereka berdua adalah anaknya. Darah dagingnya dan yang paling penting mereka berdua adalah kenangan yang paling terindah dari Aishah untuknya.
Syafiq dan Helyna mula menerima Badrudin dan Naimah sejak 10 tahun yang lalu.  Selama 20 tahun dia di pisahkan dari anaknya. Peritnya rasa hati sebab terpaksa berpisah dengan anak –anak yang di sayang sehingga dia pula yang rasa dia yang disisihkan oleh anak-anaknya. Setiap kali  dia pulang bercuti dan menemui anak-anaknya, mereka sering mengelak untuk bertemu dan bermanja dengannya atas alasan abah mereka sudah tidak menyayangi mereka seperti mana abah mereka menyayangi Ayuni dan Arianna.
Sebelum Hj Daud meninggal dunia, dia sempat memberitahu Syafiq dan Helyna kisah sebenar. Kenapa mereka tinggal bersama datuk dan nenek mereka. Bukan main terkejut Syafiq dan Helyna bila mendapat tahu cerita sebenar. Barulah mereka sedar yang selama ini mereka telah salah sangka pada abang dan ibu mereka. Kenyataan itu memang di sokong oleh Hjh Kamariah dengan linangan air mata. Dan akhirnya Badrudin dan Naimah mampu melebarkan senyum bila Syafiq dan Helyna tiba-tiba memeluk mereka dengan erat. Pelukan yang mereka tunggu hampir 20 tahun lamanya.
“ Nenek bukan tak bagi Syafiq dan Lyna ikut abah dan ibu kau orang tapi nenek tak sanggup nak berpisah dengan Fiq dan Lyna. Nenek rasa nenek akan mati kalau Fiq dan Lyna di pisahkan dari nenek. Nenek bela dan jaga kamu berdua sejak dari kecil. Nenek melihat semua yang kamu berdua lakukan…meniarap, merangkak, berjalan, menangis, ketawa, berlari, bercakap …dan segalanya. Ketika kamu berdua berada di asrama dulu, hampir seminggu nenek demam sebab teringatkan kamu berdua!” kata Hjh Kamariah  dengan perasaan sebak.
“ Nenek menyesal…nenek minta maaf sebab pisahkan kamu berdua dari abah kamu. Dan kamu Din…mak minta maaf sebab mak banyak buat salah pada kamu. Maafkan mak kerana pisahkan kamu dengan Aishah dan juga pisahkan kamu dengan anak-anak kamu, Din!” Hjh Kamariah menyapu air mata yang mengalir dari kelopak mata dengan lengan baju kurungnya.
“ Sudahlah mak…Din dah lupakan semua itu. Kami dah maafkan mak. Din gembira dan bersyukur kerana Syafiq dan Lyna tahu bahawa Din tak pernah abaikan mereka. Kasih sayang Din pada mereka tak pernah pudar walaupun mereka membesar bukan di depan mata Din.  Mereka anak-anak Din…apa-apa pun yang berlaku Din tetap sayangkan mereka. Naimah juga sayang mereka berdua walaupun bukan dia yang melahirkan mereka!” kata Badrudin.
“ Abang….abang…”
Cepat-cepat Datuk Badrudin mengesat air mata yang turun dari kelopak mata. Dia terkejut melihat Naimah sedang memandangnya dengan dahi yang berkerut. Akhirnya mata Naimah jatuh pada sekeping gambar. Wajah Badrudin dan arwah Aishah pada hari perkahwinan mereka. Gambar itu sudah kusam warnanya.
“ Abang rindukan arwah Aishah!” suara Datin Naimah membuatkan Datuk Badrudin terdiam.
“ Imah faham, bang. Abang berhak untuk mengingati dia. Dia seorang wanita yang bertuah kerana berjaya menawan hati abang dan melahirkan anak-anak yang comel dan baik buat abang!” kata Naimah sambil tersenyum. Sedikit pun dia rasa tak cemburu. Untuk apa dia rasa cemburu kerana dia sedar tempat Aishah di dalam hati Badrudin tak mungkin akan dapat diganti oleh sesiapa.
“ Bukan Aishah saja wanita yang bertuah tapi Imah lagi bertuah. Imah juga lahirkan anak-anak untuk abang. Imah sentiasa ada di sisi abang di kala suka dan duka. Imah seorang isteri yang baik, ibu yang penyayang untuk anak-anak kita….sememangnya abang bersyukur kerana dijodohkan dengan Imah. Kalau perempuan lain…mungkin mereka tak dapat menyayangi anak arwah Aishah dengan abang sepertimana Imah sayangkan mereka berdua!” Datuk Badrudin memegang kedua bahu Datin Naimah. Dahi isterinya di kucup lembut.
“ Imah bersyukur pada Allah kerana di pertemukan dengan abang. Abang seorang suami yang baik, penyayang,dan banyak keistimewaan abang yang tak perlu Imah sebutkan…Imah takut abang riak pula nanti!” sempat Datin Naimah berlucu sambil mencuit hidung suaminya. Datuk Badrudin ketawa kecil. Tangan Datin Naimah yang mencuit hidungnya tadi di capai dan di kucup membuatkan Datin Naimah tersenyum malu. Datuk Badrudin memeluk tubuh isterinya dengan rasa sayang.
“ Imah bahagia dan gembira kerana dapat berada  di sisi abang!” Datin Naimah membalas pelukan suaminya sambil tersenyum. Mereka terus berpelukan buat seketika seolah-olah melepaskan rindu bertahun-tahun lamanya.
**********
HELYNA  melilau mencari novel yang menarik perhatiannya di rak. Beberapa buah novel di capai, sempat juga dia membaca beberapa synopsis novel. Mana tahu ada yang kena dengan seleranya. Akhirnya dia mengambil dua buah novel keluaran terbaru yang di rasakan menarik jalan ceritanya sebagai bacaan ringan bila ada masa kelapangan. Dia turut membeli tiga batang pen. Segera langkah di atur ke kaunter bayaran.
“ Akak ada duit kecil tak?” gadis yang berada di kaunter pembayaran itu bertanya bila Helyna menyerahkan wang RM50.
“ Maaf, dik. Akak tak ada duit kecik, RM 1 ada!” balas Helyna setelah melihat harga bayaran dan mencari-cari di balik beg duitnya kalau ada duit sebanyak 40 sen.
“ Ini duitnya!” tiba-tiba kedengaran satu suara di belakang sambil meletakkan duit sebanyak 40 di meja kaunter.
Helyna segera menoleh ke belakang, merenung seketika wajah lelaki yang telah menghulur wang di kaunter tadi. Berkerut dahi Helyna memandang wajah lelaki itu.
“ Akak!” gadis yang berada di kaunter itu segera menyerahkan plastic kepada Helyna.
“ Terima kasih!” ucap Helyna dan segera memberi ruang untuk lelaki itu membuat pembayaran. Di tangan lelaki itu ada dua bua majalah.
“ Encik….ini wang yang encik bayarkan tadi!” Helyna menghulurkan RM1 sebaik saja lelaki iu meninggalkan kaunter bayaran dan berjalan untuk keluar dari kedai buku itu.
“ Simpan aje wang itu, bukannya banyak pun!” balas lelaki itu menolak duit yang dihulurkan oleh Helyna. Sempat dia menghadiahkan senyuman buat Helyna yang nampak keresahan itu. Helyna menelan liur. Memang menarik senyumannya, di tambah pula dengan wajahnya yang kacak. Memang patutlah dia menjadi tumpuan beberapa orang gadis yang berada di kedai itu.
“ Banyak atau sedikit, kita tetap panggil dia duit.  Saya tak nak berhutang dengan encik!” kata Helyna , masih lagi menghulurkan duit yang berada di tangannya.
“ Memang saya tak nafikan. Apa kata kita lupakan aje pasal duit tu….I, Luqman….Luqman Hakeem” lelaki itu memperkenalkan dirinya sambil merenung wajah Helyna.
“ I…Helyna!” akhirnya Helyna memperkenalkan diri walaupun hatinya resah memikirkan cara lelaki itu merenungnya. Seperti ada sesuatu yang membuatkan lelaki itu berterusan memandangnya.
I know you…you ni Dr. Helyna kan?... I percaya, tentu you masih ingat tentang pertemuan pertama kita! Kita terlanggar dan I juga pernah nampak you di hospital sewaktu bapa I keluar dari hospital. Dan kita juga pernah bertemu di Hotel Sheraton!” ujar lelaki itu dengan wajah ceria.
Helyna terdiam. Cuba mengingati kata-kata lelaki itu dan akhirnya dia mula mengingati satu persatu pertemuan yang di sebutkan oleh lelaki itu.
“ Ya…I ingat!” akui Helyna. Dalam hati dia  nak tergelak mengingatkan kata-kata lelaki itu. Satu persatu pertemuan antara mereka begitu utuh tersimpan dalam ingatannya.
Oh my god!…I tak sangka dapat jumpa you di sini!” Luqman benar-benar rasa teruja kerana gadis di hadapannya sudah mengingati saat-saat pertemuan antara mereka.
 Helyna merenung wajah lelaki di hadapannya kini. Keningnya bertaut melihat gelagat lelaki itu, kenapa dia nampak begitu teruja dengan pertemuan ini. Untuk apa dia rasa begitu. Seingat Helyna, lelaki itu  sudah mempunyai kekasih semasa dia bertemu di Sheraton beberapa minggu yang lepas. Kalau boleh dia tidak mahu terjebak dengan lelaki yang berpunya, takut di gelar perampas. Dah banyak dia membaca kisah seperti itu di dalam novel. Kalau boleh dia tidak mahu menjadi bahan bacaannya sebagai reality dalam kehidupannya.
“ Jom!”
Tiba-tiba lelaki Luqman Hakeem bersuara membuatkan Helyna terpingga-pingga.
“ Ke mana?” soal Helyna hairan.
“ Tak sangka you ni masih sempat mengelamun!” Luqman  ketawa kecil membuatkan Helyna tersipu malu. Akhirnya dia menundukkan wajah, cuba menyembunyikan wajahnya yang di rasakan sudah bertukar warna.
“ I belanja you minum. I tahu kita baru aje kenal tapi sejak kali pertama I bertemu dengan you…I sentiasa mengharapkan aka nada pertemuan yang seterusnya dengan you dan kalau boleh I tak nak lepaskan peluang itu!” kata Luqman  membuatkan Helyna di himpit rasa serba salah.
I`m sorry sebab terpaksa hampakan harapan you. Sebenarnya, I dah janji dengan kawan….lain kali ya!” kata Helyna berpura-pura melihat jam tangannya.
Luqman  mengeluh kecewa, wajahnya yang ceria sebentar tadi sudah bertukar. Bagi Helyna, dia terpaksa menolak ajakan itu supaya tidak timbul salah faham. Lelaki seperti Luqman tentunya mempunyai seribu satu cara untuk menawan hati mana-mana perempuan. Dia tak mahu termasuk dalam golongan perempuan yang mudah terpedaya dengan paras rupa dan kata-kata manis.
“ I terpaksa pergi sekarang…anyway…terima kasih untuk duit tadi…I harap you tak akan ambil hati ya!” Helyna segera meminta diri untuk beredar meninggalkan Luqman  dengan rasa kecewa. Namun dia nekad, dia akan berusaha mendekati gadis itu. Ada sesuatu pada gadis itu yang membuatkan hatinya tertawan walaupun hanya dengan pertemuan pertama. Renungan mata Helyna meningatkan dia pada kisah silamnya bersama seseorang yang begitu istimewa.
************
LUQMAN  Hakeem cepat-cepat menyorokkan frame gambar yang baru di renungnya ke  dalam kabenet yang berkunci sebaik saja mendengar ketukan di pintu biliknya. Cepat-cepat dia membetulkan kedudukannya. Muncul gadis yang mengenakan blazer hitam, juga skirt dengan warna yang sama. Gadis itu segera mengukir senyum sebaik saja muncul di hadapan Luqman.
“ Ya, Sheila”
“ En. Luqman, ini ada beberapa dokumen untuk di teliti oleh En. Luqman. Dan ini pula surat untuk En. Luqman” Sheila segera meletakkan dokumen dan surat di atas meja.
“ Kenapa you tak bagikan aje dokumen ni pada Tan Sri?” tanya Luqman  setelah meneliti seketika salah satu dokumen yang di bawa oleh setiausahanya tadi di anggap penting dan memerlukan tindakan yang bijak.
“ Tan Sri yang minta En. Luqman handlekan dokumen tu. Er…ini tiket untuk En. Luqman ke Singapore besok, segala urusan termasuk penginapan sudah di disediakan!”  Sheila meletakkan satu sampul di hadapan Luqman.
“ Hm…thanks…ada apa-apa lagi?”
“ Itu saja!...sata keluar dulu” Sheila terus beredar.
Sebaik saja setiausahanya keluar, Luqman mencapai sampul putih itu. Dia meneliti seketika tiket yang berada di tangannya.
“ En. Luqman…Tan Sri is on the line!” suara Sheila kedengaran di intercom.
“ Sambungkan!”
Yes, pa!”
“ Man, masuk bilik papa sekejap!”
Luqman  segera keluar dari biliknya. Sebelum itu dia sempat singgah di meja setiausahanya.
“ Sheila, saya nak jumpa dengan papa sekejap, kalau ada apa-apa awak tolong settlekan!” pesan Luqman .
“ Baik, En. Luqman!”
Luqman mengatur langkah ke arah lif untuk pergi ke tingkat 16 yang menempatkan bilik untuk tuan punya syarikat itu. Sebaik saja kakinya melangkah keluar dari lift,  terlebih dahulu dia berjumpa dengan setiausaha papanya.
“ Kak Mona, papa adakan!”
“ Ada, masuklah!” Ramona  sempat menghadiahkan senyuman sebelum kembali meneruskan kerjanya.
Luqman mengetuk pintu beberapa kali sebelum mendengar suara Tan Sri Hisyam Firdaus. Luqman  membuka pintu selepas mendapat kebenaran untuk masuk. Tan Sri Hisyam Firdaus segera mendongak kepala bila menyedari Luqman aqeem sudah berada di hadapannya.
“ Duduk, Man”
“ Man dah baca proposal tentang projek hotel kat Damai Puteri tu?” Tan Sri Hisyam Firdaus merenung wajah anaknya seketika sebelum membuka cermin matanya.
“ Dah, pa”
“ Apa komen Man?”
“Papa rasa kita boleh dapat tender untuk projek hotel di situ?...papa pun tahukan saingan terdekat kita adalah Gemilang Holdings tu sentiasa mencari peluang untuk tewaskan kita!”
Tan Sri Hisyam Firdaus hanya tersenyum mendengar kata-kata Luqman Hakeem. Dia memang tahu bahawa Eric Tan sentiasa menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan sesebuah projek, tapi dia sudah bersedia untuk menangkis. Apa saja kelemahan Gemilang Holding berada dalam tangannya. Dia sudah lama terlibat dalam projek ini, semestinya sudah banyak pengalaman telah di perolehi. Dalam perniagaan, musuh memang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan lawan.
“ Jangan bimbang…papa tahu apa yang perlu kita buat. Gemilang Holdings tak mungkin dapat melawan kita…oh ya! Macam mana dengan persiapan Man untuk ke Singapore esok? Pada mulanya papa ingat nak suruh Arshad pergi tapi dia tu masih lagi baru. Tak banyak pengalaman. Biarlah dia timba pengalaman di sini dulu. Urusan luar papa serahkan pada Man. Lagi pun Man kan senior engineer. Urusan  yang remeh temeh serahkan aje pada orang baru!”
 Tan Sri Hisyam Firdaus memang bangga dan berpuas hati dengan hasil kerja Luqman. Sebab itu dia mahu Luqman  menerima jawatan sebagai CEO syarikat HF Holdings. Dan bagi Luqman pula, dia cukup senang bekerja di bawah arahan papanya. Papanya  seorang yang bertanggungjawab, sentiasa bersikap adil dalam urusan kerja, selalu berbincang sebelum membuat apa-apa keputusan.
“ Man. Macam mana hubungan Man dengan Mellisa? Papa bukan nak masuk campur dalam urusan peribadi Man tapi papa tak nak Man terus menunggu sesuatu yang tak pasti.  Umur sebaya Man ni sepatutnya memikirkan masa depan, bukan hanya dari segi kerjaya tapi juga keluarga. Papa pun teringin juga nak menimang cucu. Rumah kita tu rasa sunyi…hanya kita bertiga saja yang menghuni rumah tu!” Tan Sri Hisyam Firdaus mula mengubah topic perbualan.
“ Entahlah, pa. bukan Man tak fikirkan semua tu tapi Man masih belum berputus asa walaupun sesekali Man terfikir….memang bodohkan, berbelas tahun Man menunggu, tapi hasilnya…” Luqman  mengeluh.
Tan Sri Hisyam Firdaus bangun dari kerusi. Dia melangkah ke arah Luqman dan mengambil tempat duduk di sisi anaknya.
“ Sabarlah, banyakkan berdoa!” pujuk Tan Sri Hisyam Firdaus.
“ Macam mana dengan Mellisa…papa tanya sebab semalam papa jumpa dengan Datuk Bakri, dia ada tanyakan papa tentang hubungan Man dengan anaknya!”
“Man dengan dia cuma kawan biasa je…lagi pun dia bukan gadis pilihan Man!” jawapan Luqman membuatkan papanya ketawa.
“ Hm….kalau Man tanya pendapat papa pun…papa akan cakap papa tak berapa berkenan. Bukan hanya kerana penampilan tapi juga perangainya. Nak memilih perempuan sebagai isteri ada kategorinya…kerana agamanya, kerana hartanya, kerana kecantikannya ataupun kerana keturunannya. Sebaik-baik perempuan yang mahu di pilih sebagai calon isteri adalah perempuan yang beragama dan baik akhlaknya! Kalau boleh…papa tak nak Man tersalah pilih”
“ Jodoh dan pertemuan tu di tangan Allah tapi kita berhak memilihkan, pa!”
“ Ya. Betul. Setiap keputusan yang kita nak buat mestilah berpandukan akal fikiran yang waras, bukan berdasarkan nafsu semata-mata…. Jadi, macam mana dengan girl tempohari? Maksud papa girl yang papa lihat di hospital hari tu. Papa tak nampak sangat rupanya tapi papa tahu Man sudah terpaut hati dengan dia kan!” Tan Sri Hisyam Firdaus mula menjenguk hati anak bujangnya. Ingin diselami apa yang ada di dalam hati anaknya.
“Man akui memang Man tertarik pada dia. wajah dia mengingatkan Man pada orang yang Man tunggu selama ini. Antara mereka berdua memang jauh bezanya tapi setidak-tidaknya ada sedikit persamaan tapi…” Luqman Hakeem tidak meneruskan kata membuatkan papanya tertunggu-tunggu.
“ Tapi  apa Man?” soal papanya tak sabar, ingin diketahui kenapa wajah anaknya tiba-tiba berubah muram.
“ Dia dah berpunya, pa” beritahu Luqman dengan rasa kecewa.
“ Sabarlah Man…oh ya!...apa kata papa kenalkan Man dengan anak kawan papa…cantik orangnya!” tiba-tiba Tan Sri Hisyam Firdaus membuat usul. Wajahnya ceria. Terbayang wajah Helyna di ruang matanya.
“ Anak kawan papa yang mana satu ni?” setakat ini dia ada mengenal beberapa orang anak gadis kenalan papanya semasa mengikuti beberapa  function tapi tak satu pun yang menarik perhatiannya.
“ Kawan lama papa semasa sama-sama belajar dulu. Dah dekat 30 tahun kami tak berjumpa.  Baru beberapa minggu yang lepas papa ada jumpa dengannya. Papa ingat nak jemput mereka sekeluarga datang makan kat rumah kita, bolehlah Man kenal dengan anaknya” Tan Sri Hisyam Fidaus menepuk-nepuk perlahan bahu anaknya.
“Papa ni macam nak buat iklan je…dulu kata  soal jodoh  nak serahkan pada Man untuk buat pilihan…ini papa nak masuk campur pulak!”  kata-kata Luqman Hakeem membuatkan papanya tersenyum. Mengakui kealpaannya. Wajahnya yang ceria sebentar tadi sudah bertukar muram.  Kini wajah anak gadis Badrudin terus lenyap dalam ingatannya. Akhirnya dia hanya mampu mengeluh.
**********

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...