Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA-9

oleh : Azieana

BAB 9
SAMPAI di pejabat, Amier terus merebahkan badan di kerusi sambil melepaskan keluhan panjang. Matanya dipejam rapat. Saat ini terasa fikirannya benar-benar kacau. Sesekali wajah Lisa hadir dengan gaya yang cukup menggoda. Sejak mengenali gadis itu sudah beberapa kali bibir mereka bertaut. Namun hantinya belum tertawan dengan gaya gadis itu walaupun ketikanya hati dia cukup berdebar-debar. Hati kecilnya belum dapat menerima kehadiran gadis itu untuk dijadikan suri. Setakat ini belum ada sesiapa yang dapat mengoncak perasaan dan hati lelakinya.
Kemunculan Surihani selepas mengetuk pintu membuatkan Amier kembali sedar dimana dia berada sekarang. Jam sudah menunjukkan pukul 10 setengah pagi, namun satu kerja pun belum dilaksanakan.
“Ada apa Hani?” tegur Amier sebaik saja Suhani berada di hadapannya. Ditangannya ada beberapa dokumen.
“ Datuk minta En. Amier gantikannya untuk berjumpa dengan Mr. Shean Paul tengah hari nanti untuk membincangkan pasal projek kat Bukit Jelutong. Dia minta Cik Nisreen temankan En. Amier sebab Cik Nisreen yang berurusan dengan Syarikat Mr. Shean Paul” beritahu Suhani. Amier sekadar mengangguk.
“ Ok. Ada apa-apa lagi untuk I hari ini?”
“ En. Razif akan gantikan En. Amier untuk mengendalikan mesyuarat petang nanti dengan Global Scope. Dan ini dokumen yang En. Amier minta semalam”
“ Er....you dah maklumkan pada Mr. Shean pasal pertemuan nanti”
“ Dah....temujanji tu pukul 1 petang kat Vistana Hotel”
“ Hm...thanks. Nanti you bagi tahu Reen pasal temujanji tu. Minta dia siap jam 12.30!”
“ Baiklah....I keluar dulu”
Sebaik saja Surihani melangkah keluar, Amier mencapai dokumen yang baru di bawa oeh Surihani. Dibelek satu persatu isi kandungannya.

*****************



JOM... Kita pergi sekarang”
Terpingga-pingga Reen menatap wajah Amier yang sedang berdiri di muka pintu biliknya. Wajahnya nampak tenang. Reen memerhati seketika penampilan lelaki itu. Cukup segak dengan seluar slack berwarna hitam dan kemeja lengan panjang berwarna putih serta bertali leher hitam. Tangan kanannya membimbit briefcase. Nampak gaya seorang maskulin yang tulen.
“ Hello!” Amier bersuara mematikan lamunan Reen.
Sorry....”
Hampir kelam-kabut Reen mencapai fail yang berada di atas meja. Awal-awal lagi dia sudah membuat persiapan setelah diberitahu oleh Surihani tadi. Tersenyum Amier melihat gelagat gadis di hadapannya. Entah apa yang sedang difikirkannya sebentar tadi sampai termenung jauh seketika.
I'm ready!”
Reen menghampiri Amier. Beg tangannya disangkut di bahu dan fail yang perlu dibawa di pegang kemas, takut tercicir. Dia cuba mengukir senyum melihat Amier sedang merenungnya tajam. Mereka berjalan beriringan menuju ke lif. Nasib baik tak lama mereka menunggu lif terbuka.
Ladies first...”
Amier memberi laluan untuk Reen masuk mendahuluinya.
Hanya mereka berdua berada di dalam lif ketika itu. Masing-masing diam walau pun berdiri berhampiran. Dapat dihidu bau perfume yang dipakai oleh Amier, cukup menyegarkan. Reen hanya mengikut langkah Amier di belakang, rasa segan untuk berjalan beriringan bersama lelaki itu walau pun Reen sedar Amier sengaja memperlahankan langkah supaya mereka berjalan beriringan.
“ Silakan!”
Amier membuka pintu untuk Reen membuatkan dia rasa tak selesa. Bukan dia tak pernah menaiki kereta lelaki itu tapi dia cukup segan dilayan begitu.
“Kenapa?.... Awak nampak resah aje dari tadi” Amier bersuara. Dapat dilihat bagaimana gelisahnya Reen sejak mereka keluar dari lif tadi.
Reen tetap diam, tidak menjawab soalan. Tangannya begitu erat memeluk fail didada. Sesekali terdengar keluhan gadis itu.
“ Awak ada masalah ke?” tegur Amier lagi. Hairan dia melihat aksi gadis itu. Nampak lucu pun ada. Namun dia rasa selesa setiap kali bersama gadis itu. Reen cukup menjaga tingkahlaku dan penampilannya. Itu yang membuat dia menyenangi gadis manis itu. Berlainan benar dengan gadis-gadis yang pernah didampinginya.
“ Tak ada. Kenapa En. Amier tanya? Muka saya ni macam muka bermasalah ke?” jawapan selamba Reen membuatkan Amier tergelak.
“ Betul awak tak ada apa-apa masalah?....atau awak takut keluar berdua dengan saya....atau awak tak bersedia untuk berhadapan dengan Mr. Shean Paul?...hm....” Amier melirik kearah Reen. Berkerut dahi gadis itu mendengar pertanyaan Amier. Sesekali dia tertunduk.
“ Entahlah....ada orang bagi tahu saya yang Mr. Shean tu jenis lelaki yang suka ambil kesempatan. Itu yang membuatkan saya gelisah. Selama ini saya hanya berurusan dengan pekerjanya saja, belum pernah sekali pun bertemu dengan dia” akhirnya Reen bersuara melahirkan rasa bimbang.
“ Awak tak perlu bimbang dan takut....saya kan ada”
Amier bersuara sambil menghadiahkan senyuman manis. Berdebar juga perasaan Reen memandang senyuman itu. Cukup menawan. Perlahan-lahan bibirnya beristighfar, bimbang fikirannya tersasar. Bukan dia tak tahu sikap lelaki di sebelahnya. Ramai perempuan cair kerana senyumannya, pandangannya, penampilannya, perhatiannya dan juga kekayaannya. Kalau boleh dia tak mahu tersenarai dalam golongan perempuan seperti itu. Perlahan-lahan dia mengurut dada.
Sampai ditempat yang dijanjikan, mereka mengambil tempat duduk. Lelaki yang dikenali sebagai Mr. Shean itu terlebih awal sampai. Disisinya seorang wanita melayu. Mereka berjabat tangan.
“ Amier Asyraf....and this is our asst manager...Miss Nisreen”
Amier memperkenalkan diri. Lama Mr. Shean menggenggam tangan Reen.
“ Ehem....” sengaja Amier berdehem kerana dirasakan Reen mula gelisah. Tangan Reen segera dilepaskan. Reen sempat memandang ke arah Amier memberi isyarat mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan lelaki itu.
“ Shean Paul and this is my secretary....Pn. Alwani” Mr. Shean memperkenalkan diri serta perempuan yang bersamanya.
“ Okay....have a seat” suara Mr. Shean ceria. Sempat matanya mengenyit ke arah Reen membuatkan Reen benar-benar resah.
Sebelum memulakan perbincangan, Mr. Shean mencadangkan mereka menjamu selera terlebih dahulu.
“ Mr. Shean... baik kita mulakan perbincangan sekarang”
Selepas menikmati hidangan, Amier terlebih dahulu bersuara tentang tujuan pertemuan itu. Selebihnya dia sudah kasihan melihat Reen yang sudah seperti kucing beranak, gelisah untuk berhadapan dengan lelaki cina berusia lewat 40an itu lebih lama. Dan sepanjang perbincangan itu, mata lelaki tua itu tidak lekang dari merenung wajah Reen.
Exercuse me.....I need to restroom” Reen segera beredar. Hampir 10 minit dia berkurung di situ sebelum menyertai perbincangan itu kembali.
Thanks for our discussion....I harap penerangan kami tadi memuaskan pihak Mr. Shean” kata Amier sambil menghulur salam.
Yes.... nanti pihak kami akan hubungi En. Amier untuk membincangkan perkara selanjutnya” balas Mr. Shean tersenyum.
See you....and nice meeting you, young lady” ujar Mr. Shean.
Reen terpaksa mengukir senyum. Pn. Alwani turut mengukir senyum.
We have to move” Amier segera meninggalkan tempat itu.
Laju Amier cuba mengejar langkah Reen . Kelihatannya gadis itu sudah tidak sabar untuk beredar dari hotel itu.
“ Reen.....Nisreen....”
Reen yang semakin laju mengatur langkah benar-benar terkejut bila tangannya ditarik kuat menyebabkan tubuhnya berpusing ke belakang dan melekat pada tubuh seseorang. Reen terpana, tidak tahu apa yang sedang berlaku. Dia mendongak. Dadanya berdegup kencang saat mata mereka saling bertatapan. Wajahnya terasa panas. Amier yang turut terkasima menelan liur. Tubuh mereka benar-benar bersatu. Wajah mereka hanya jarak beberapa inci. Ketika ini mereka sama -sama membisu, hanya mata saling berbicara.
“ You....”
Tanpa sedar tangan Reen sudah singgah di pipi Amier selepas menolak tubuh lelaki itu. Amier terpingga-pingga. Pipinya benar-benar terasa pedih, pantas tangan yang memeluk tubuh Reen menyentuh pipinya. Mata Reen mula berkaca. Dia terasa jijik berada dalam pelukan lelaki itu. Perasaannya benar-benar kacau. Hatinya tak dapat berfikir dengan waras. Hatinya panas memikirkan lelaki itu tiba-tiba memeluknya tanpa rela. Lelaki pertama yang berani menyentuh tubuhnya sepanjang dia hidup di muka bumi ini.
“ I'm sorry....sebenarnya awak dah salah sangka dengan apa yang terjadi tadi” Amier cuba membetulkan tanggapan Reen terhadap tindakannya tadi.
Sorry?.... so easy?.... Awak tahu tak apa yang awak lakukan pada saya tadi? Awak ingat semudah itu ucapan maaf awak” Reen bersuara sambil cuba membendung air mata dari mengalir keluar. Nasib baik hanya beberapa orang sahaja yang menyaksikan adegan itu. Itu pun mereka asyik memandangnya sambil berbisik-bisik sesama sendiri.
“ Kita masuk dalam kereta dulu....nanti saya jelaskan. Awak nak kita terus jadi tontonan mereka?” pujuk Amier sambil matanya memandang ke arah beberapa orang penonton yang berada di sekitar perkarangan hotel itu.
Reen mengikut Amier menuju ke keretanya. Sebaik saja nereka berada di dalam kereta, Amier melepas keluhan. Reen dilihat sedang mengesat air matanya dengan tisu. Timbul rasa bersalah di hati Amier kerana membuat gadis itu menangis.
“ Reen...kejadian tadi bukan disengajakan. Saya cuma nak menarik awak supaya tidak dilanggar kereta. Awak berjalan laju sangat tanpa menghiraukan keselamatan diri. Saya dah panggil awak....tapi awak buat tak dengar, itu sebabnya saya meluru menarik awak. Tak sangka pulak tindakan saya tu menyebabkan kita....”
Amier melurutkan rambutnya. Segan pulak dia nak meneruskan ayat yang berikutnya. Tambah pula melihat keadaan gadis di sebelahnya. Menekup kedua-dua telinga dengan tangan, tidak mahu mendengar penjelasan seterusnya.
“ Tolong jangan samakan saya dengan Shean Paul. Saya tahu apa yang dia lakukan pada awak tadi. Itu sebabnya saya minta awak tukar tempat dengan saya”
Reen memejam mata. Terasa berdiri bulu romanya bila mengingatkan tindakan Shean Paul yang sengaja mengesel pehanya, malah sempat mengusap lembut peha Reen. Mungkin Amier dapat mengagak apa yang berlaku antara dia dan Shean Paul. Amier segera meminta dia menukar tempat duduk dengan alasan senang untuk dia memberi penerangan pada lelaki cina itu.
“ En. Amier, tolong hantar saya balik tempat kerja” Pinta Reen tanpa memandang wajah Amier. Amier sekadar mengangguk. Dia terus menurunkan handbrake dan kereta terus meluncur laju meningalkan tempat itu. Sepanjang perjalanan pulang ke pejabat, mereka sama-sama membisu. Masing-masing melayan perasaan. Nasib baik Amier memasang radio. Hanya kedengaran suara DJ yang berceloteh.

********************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...