Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA-8

oleh : Azieana

BAB 8
AMIER keluar dari keretanya yang baru diparkir di hadapan banglo mewah milik Datuk Tg. Mahmod. Sebaik saja tiba di ruang rehat, Amier melabuhkan punggung di sofa. Briefcase diletak di sebelah. Tangannya segera melonggarkan tali leher supaya dia rasa selesa untuk berehat. Seketika dia memejamkan mata sehinggalah di tegur oleh suara Datin Halijah.
“ Dah lama sampai?”
Datin Halijah berdiri di hadapan Amier sambil merenung wajah Amier. Nampak benar-benar kepenatan. Itu juga yang berlaku pada suaminya.
“ Baru aje....papa dah balik?” Datin Halijah duduk disebelahnya.
“ Papa pun baru balik. Ada kat atas....katanya nak mandi dulu. Lepas solat maghrib baru nak turun makan malam. Mier pun dah lama tak balik....seronok ya makan sorang-sorang kat kondo tu” Amier sekadar senyum. Tahu sangat mamanya sedang menyindir. Mamanya selalu berletar kalau dia jarang balik rumah. Risau dia tentang makan minum anak bujangnya.
“ Mama ni ...mana ada lama Mier tak balik rumah, baru dua malam Mier tak balik....risau betul mama ya.....itu tandanya mama sayang kat Mier, betulkan” tangan kanan Amier memeluk bahu Datin Halijah. Kepalanya di lentok pada bahu mamanya. Lama betul rasanya dia tak bermanja. Rindu.
“ Mier kan anak mama, itu sebabnya mama risaukan Mier. Iyalah....kalau ada depan mata, mama dapat tahu anak mama ni dah makan ke belum....ibu mana yang tak risaukan anak kalau tingal berjauhan walau pun anak tu dah besar panjang, macam juga dengan Zafuan....mama selalu ingatkan dia, entah  selera makannnya atau tidak” Datin Halijah bersuara.
“ Mier bukan apa, mama. Saja nak berdikari....takkanlah asyik nak duduk bawah ketiak orang tua bila dah besar” bela Amier membuatkan mamanya menarik muncung. Amier tersenyum.
Umur dah masuk 31 tahun, tapi kadang-kadang manjanya mengalahkan budak tadika. Omel Datin Halijah sambil tersenyum. Walaupun Amier bukan lahir dari rahimnya, namun dia tetap menyanyangi anak tirinya seperti anak sendiri. Kalau nak di kira dengan Eisya dan Zafuan, rasanya Amier lebih manja dengannya sejak dari dulu lagi.
“ Mama ni ...janganlah tarik muncung macam tu....nanti mancung mulut dari hidung, kan tak cantik. Jangan nak marah atau salahkan papa kalau tiba-tiba dia carikan mama baru buat Mier, bermadulah mama nanti....” usik Amier sambil ketawa membuatkan Datin Halijah mencubit lengan Amier. Geram diusik anak bujangnya.
“ Hai.....apa yang seronok sangat ni?”
Amier memandang wajah mamanya sebelum kembali menatap wajah gadis yang berada di hadapanya. Serta merta dia mengubah posisi.
“ Lisa, bila you sampai? Tak nampak pun” tegur Amier. Matanya mengekor langkah Lisa yang sedang berlabuh di hadapannya.
“ Dah hampir setengah jam....tadi I asyik tengok gambar-gambar lama keluarga ni, auntie yang tunjukkan” Lisa merenung wajah Amier.
“ Kan hari tu you cakap ada show kat Paris...bila you balik dari sana?”
“ Petang semalam. Lama juga kita tak jumpa. Rindu pulak I pada you” Lisa membalas tanpa mengendahkan Datin Halijah yang ada bersama.
“ Berapa hari pulak you kat sini?”
“ Seminggu”
“ Mama dah ajak Lisa tidur kat sini malam ni dan dia pun dah setuju. Mier pun tidur kat sini ya!” Amier sekadar mengangguk membuat Datin Halijah tersenyum.
“ Ma, ....Mier nak naik atas...nak mandi” Amier terus bangun meninggalkan Datin Halijah dan Lisa. Sebenarnya dia betul-betul kepenatan.
Amier tidak terus masuk ke biliknya, langkahnya di atur ke bilik Eisya. Pintu itu diketuk beberapa kali.
“ Siapa?” kedengaran suara Eisya bersuara.
“ Along, boleh along masuk?”
“ Masuklah!”
Amier memulas tombol pintu perlahan. Matanya terus menghala ke arah gadis yang sedang meniarap di katil sambil membaca majalah. Eisya mengukir senyum menyambut kedatangannya abangnya. Amier menghampiri katil Eisya dan Eisya segera memberi ruang untuk abangnya. Dia bangun dan duduk bersila.
“ Apa ni? Tak elok membaca waktu petang macam ni...nanti rosak mata”.
“ Baru je....boring sangat”
“ Kalau boring kenapa tak berbual dengan Lisa kat bawah?”
“ Tak ada moodlah nak berbual dengan dia” Eisya mencebik.
Amier tersenyum.
“ Apa hal tiba-tiba muncul kat bilik Eisya ni? Along baru sampai ya?” Eisya meneliti penampilan abangnya.
“ Tak adala baru...dah berborak dengan mama tadi. Along dah lama tak berbual dengan Eisya”
“ Ya ke? Ini pasti ada apa-apa ni?”
“ Alah Eisya ni....macam tak suka je along datang bilik. Kalau macam tu along keluar ajelah” Amier mengangkat punggung, namun sempat di tahan oleh Eisya.
“ Merajuk ya....Eisya pun rindukan along. Dah lama kita tak berborakkan....rasanya lagi seronok berbual dengan along dari berbual dengan Lisa kat bawah. Mengada-ngada sangat, menyampah. Dahlah perasan diri tu cantik sangat”
“ Eisya jealous dengan dia ya....Lisa tu memang cantik pun. Tapi adik along ni lagi cantik!”
“ Along suka kat Lisa tu ya?” duga Eisya cuba mencari reaksi Amier.
Amier sekadar tersenyum.
“ Janganlah perempuan gedik perasan tu jadi kakak ipar Eisya....selisih malaikat 44....e....seram.... lebih seram dari cerita kat tv ” kata Eisya sambil memeluk tubuh  dan menggoncang perlahan membuatkan Amier tergelak. Nampak sangat yang adiknya tidak senang dengan kehadiran Lisa dalam keluarga mereka.
“ Habis....gadis yang macam mana yang jadi pilihan Eisya?” duga Amier.
 Dia ingin mengetahui apakah ciri-ciri gadis yang disukai oleh adiknya. Terdiam seketika Eisya menerima pertanyaan abangnya.
“ Gadis yang macam Reen. Dia bukan saja cantik, tapi baik dan lemah lembut....pandai hormat orang tua. Untung tau sapa yang jadi pilihan dia. Mama dan papa pun sukakan dia” Eisya tersenyum lebar.
“Along tengok kawan Eisya tu biasa aje, tak ada istimewa pun” sengaja Amier ingin mengetahui reaksi adiknya sedangkan dia turut mengakui apa yang dinyatakan oleh Eisya sebentar tadi.
“ Memangla dia gadis biasa....sebab tu dia tak sesuai dengan along. Along kan playboy.... kasanova KL yang paling top. Kesian kat Reen kalau dia kawin dengan along. Hm....nantilah Eisya cuba padankan dia dengan kawan-kawan Eisya yang lain. Lagi pun dia tentu tak sukakan along sebab masa Eisya dan Reen keluar hari tu....kami ternampak along dengan satu girl, bukan main daring lagi.....along pun nampak seronok aje melayan sampaikan Reen tak sanggup nak tengok. Malu betul Eisya pada Reen masa tu” terkedu Amier mengetahui pandangan Nisreen padanya. Patutlah gadis itu sentiasa berhati-hati apabila bertemu dan bercakap dengannya.
“ Along keluar dulu....nak mandi, nanti turun tau masa makan malam. Jangan kerana tak suka Lisa datang sampaikan Eisya kebulur tak makan” pesan Amier sebelum keluar dari bilik Eisya.

***********

LISA menatap syiling. Berkelip-berkelip matanya melayan kipas yang berpusing. Sudah banyak kali dia mengeluh namun matanya tetap sukar untuk dipejam. Pantas tangannya mencapai telefon, melihat jam. Sudah jam 2 pagi. Lisa makin resah. Akhirnya dia bangun, berteleku di katil seketika sebelum berjalan mundar-mandir di sekitar bilik tamu di banglo milik Datuk Tg. Mahmod. Langkahnya berhenti di hadapan cermin, lama dia mengamati wajah dan tubuhnya. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyum. Perlahan-lahan dia membuka pintu dan keluar. Mengatur langkah agar tidak mengganggu sesiapa. Dengan penuh hati-hati dia membuka pintu bilik. Lebar senyumnya kerana bilik itu tidak berkunci. Segera dia menyelinap masuk agar tidak diketahui sesiapa. Semakin lebar senyumannya apabila menatap sekujur tubuh sasa di atas katil, begitu nyenyak tidur dengan nafas yang cukup teratur. Dia benar-benar teruja melihat tubuh yang cukup sempurna . Hatinya benar-benar tertawan dengan wajah lelaki yang berada di hadapannya. Saat ini dia sudah pun berada di atas katil , disisi lelaki itu.
Lama wajah tampan mempesona itu diamati Lisa dengan perasaan bergelora. Seluruh wajah dan tubuh yang terdedah itu diterokai dengan rasa teruja. Perlahan-lahan dia merebahkan badan di sisi lelaki itu. Matanya tak lekang dari memerhati setiap inci wajah lelaki disisi. Tangannya mula menyentuh wajah lelaki itu dengan berhati-hati agar tidak disedari sambil bibirnya mengukir senyum. Dengan penuh debar, bibir merah lelaki itu disentuh.
“ Lisa, what are you doing here?”.
Terpingga-pingga Lisa mendengar soalan itu. Apa lagi melihat Amier terpisat-pisat bangun, benar-benar terkejut melihat Lisa berada di atas katil bersamanya. Sangkanya tadi dia sekadar bermimpi saat bibir disentuh Lisa buat seketika.
“ Lisa, kenapa you ada kat sini?”
Amier sudah pun melompat turun dari katil. Segera mencapai pijama yang diletak di atas kerusi. Terus disarung ke badan.
Sorry....I.....I...tak boleh tidur. I tak ada niat nak ganggu you, Mier. Cuma....” tergagap-gagap Lisa cuba menjawab soalan Amier. Dia tunduk menyebunyikan wajah. Terasa segan apabila di cekup.
“ Cuma apa?” sergah Amier. Cuba mengawal intonasi suara agar tidak mengganggu suasana. Kalau mama dan papanya tersedar, pasti kecoh jadinya.
“ I teringatkan you....itu sebabnya I datang pada you” Lisa memberanikan diri bersuara. Amier mendengus kasar.
“ Lisa, kalau parents I tahu....nahas kita”
“ Mereka tak akan tahu. Semua orang dah tidur. ...Lagi pun I yang datang pada you”.
“ Lebih baik you keluar sekarang”.
Amier sambil berjalan menuju ke pintu. Sebenarnya saat ini dia tak sanggup berhadapan dengan Lisa. Baju yang dipakai gadis itu cukup meresahkan jiwanya. Baju tidur jarang itu benar-benar menampakkan bentuk tubuh walaupun dalam suasana suram, di tambah pula dengan bahagian atas yang cukup mendedahkan dada yang membukit. Sudah beberapa kali dia menelan liur keresahan.
“ Mier, I dapat rasa apa yang you rasa sekarang dan I tahu you lelaki yang macam mana. Takkan you jenis lelaki yang menolak umpan di depan matakan!”
Lisa begitu berani menghampiri Amier dengan gaya menggoda. Dia mengukir senyum melihat wajah keresahan Amier. Terkedu Amier melihat aksi menggoda itu. Dadanya benar-benar berdebar, apatah lagi bila sesekali matanya terhenti pada dada Lisa yang sengaja didedahkan.
“ Mier”'
Lisa bersuara manja. Tubuh lelaki itu di peluk cukup erat. Dengan ketinggian Lisa sebagai model, cukup mudah untuk dia menyaingi ketinggian Amier. Seakan di pukau Amier hanya membiarkan leher dan wajahnya dikucup lembut.
“ I pasti you tak akan menyesal bersama I malam ni” bisik Lisa lembut di telinga Amier. Amier tersenyum sebelum bibir mereka bertaut rapat.
I'm sorry, Lisa....I tak boleh teruskan”
Amier tiba-tiba menolak kasar tubuh Lisa membuatkan gadis itu terdorong ke belakang. Lisa terkasima.
“ Kenapa?”
“ I belum bersedia....lagi pun ini bukan cara I....”.
Amier melabuhkan punggung di katil. Lisa masih termanggu berdiri, masih lagi terkejut dengan penolakan Amier.
“ I tahu I bukan lelaki yang baik dan sempurna tapi selama ini I belum pernah melakukannya” akui Amier. Senakal- nakal dia menggoda perempuan, belum sampai di bawa ke tempat tidur walaupun mereka merelakannya.
“ Amier.....Amier... tak sangka ...rupanya you ni lelaki yang cukup polos, so....yau ni masih lagi teruna ya!”
Lisa tiba-tiba ketawa. Tak percaya lelaki yang terkenal dengan sikap berpoya-poya belum pernah meniduri seorang perempuan pun.
“Kalau setakat peluk cium....I tak kesah. Tapi kalau nak lebih dari itu....sorry!”
“ You buatkan I rasa kagum dengan you....ternyata you ni menghormati hak perempuan” kata Lisa sambil tersenyum.
“ Lisa, lebih baik you balik ke bilik you sekarang....I tak nak cemarkan maruah banglo orangtua I dan I hormati you sebagai saudara I.....please.....tolong keluar sekarang sebelum I mengusir you” pinta Amier dengan suara tegas tanpa memandang wajah Lisa
“ Okay. I faham....I minta maaf kerana mengganggu....” Lisa akur sambil mengangkat kedua-dua tangan tanda mengalah.
Sebaik saja Lisa keluar, Amier melepas keluhan. Dia meraup wajahnya. Bersyukur kerana fikirannya masih lagi waras untuk menolak godaan syaitan.

*************

KELUARGA Datuk Tg. Mahmod menkmati sarapan dalam suasana senyap. Amier sedar, sejak dari tadi Eisya asyik memandangnya seolah-olah ada sesuatu yang ingin dinyatakan. Malah sesekali dia turut menjeling ke arah Lisa yang banyak mendiamkan diri.
“ Selesa tak tidur malam tadi?” tegur Datin Halijah melihat Lisa hanya menjamah sedikit saja mee goreng di dalam pinggan.
“ Oh!...selesa auntie. Terima kasih sebab pelawa Lisa bermalam di sini malam tadi” Lisa cuba mengukir senyum. Nampak sangat dia memaksa diri untuk mengukir senyum. Amier perasan Eisya mencebik tatkala mendengar jawapan dari Lisa. Berkerut dahi Amier melihat Eisya menghadiahkan jelingan tajam.
“ Lepas ni Mier tolong hantar Lisa ya!” Datin Halijah bersuara lagi.
“ Ok” balas Amier ringkas.
 Datin Halijah tersenyum lega.
Eisya tiba-tiba menghampirinya sewaktu Amier mencapai briefcasenya yang diletak di atas kerusi sebentar tadi.
“ Along buat apa dengan Lisa kat bilik along malam tadi?” bisik Eisya perlahan. Takut didengar oleh orangtua mereka.
“ Along tak buat apa-apa pun” terkejut betul Amier bila disoal tiba-tiba.
“ Betul? Tak buat apa-apa?” berkerut dahi Eisya merenung wajah abangnya seakan tak percaya dengan jawapan yang diberikan.
“ Apa yang dia buat kat bilik along sampai jam 3 pagi?”
Eisya mengetap bibir menahan geram.
“ Memang tak buat apa-apa pun. Macamana Eisya tahu dia masuk bilik along? ... Eisya mengintip ya?” Amier bersuara tegas. Geram juga bila dia tuduh yang bukan-bukan.
“ Eisya terjaga malam tadi. Masa Eisya keluar dari bilik untuk ke dapur Eisya ternampak dia masuk ke bilik along” jelas Eisya.
Dia mengintip di balik pintu, melihat bagaimana berhati-hatinya Lisa menyelinap masuk ke bilik abangnya. Dahlah dengan penampilan yang cukup seksi itu membuatkan hatinya resah. Sangkanya Amier membuat temujanji dengan Lisa pada malam itu.
“Eisya tak perlu bimbang....along tak buat perkara yang Eisya fikirkan tu...along masih lagi waras. Sudahlah ...along nak hantar Lisa ke apartmentnya, kemudian along nak pergi kerja”
Amier segera meninggalkan Eisya di muka pintu. Eisya mengurut dada. Lega mendengar penjelasan abangnya dan dia percaya dengan apa yang disampaikan.
Amier tenang memandu. Sesekali dia melirik ke arah Lisa yang berada disebelahnya. Cukup bergaya dengan kemeja lengan panjang warna putih dan berskirt pendek warna pendek.
“ Kenapa you senyap aje dari tadi?....masih fikirkan kejadian malam tadi?” Lisa bersuara memandang wajah Amier.
“ Tak adalah....I dah lupakan kejadian tu” balas Amier tanpa memandang wajah Lisa. Matanya tetap memberi tumpuan pada pemanduan.
“ Mier...sejak I kenal you, I anggap you lebih dari saudara I” Amier terdiam. Kata-kata Lisa dibiarkan berlalu. Memang dia tidak mahu memanjangkan perbualan mereka jika masih berkisarkan kejadian malam tadi. Dia rimas.
“ Mier....I betul-betul sayangkan you....I mean....love” Amier masih diam. Kata-kata seperti itu sudah lali pada pendengarannya.
“ Lisa....I hargai perasaan you tapi bagilah I masa untuk kita saling kenal. Lagi pun I tak nak terburu-buru!” balas Amier yang merasakan itu jawapan yang terbaik. Jawapan yang sering diberikan untuk gadis-gadis yang mahukan perhatian yang lebih darinya.
Thanks!” ucap Lisa sambil menyapu mesra pipi Amier.
Amier menemani Lisa hingga ke pintu apartment.
“ I pergi dulu”
Amier memusingkan badan untuk segera beredar menuju ke pejabat.
“ Mier!”
Lisa mencapai tangan Amier. Dia mengatur langkah mendekati Amier, kedua-dua tangan lelaki itu digenggam erat.
Dinner dengan I malam ni....bolehkan?” pinta Lisa.
“Sebenarnya....”
Pleasssse ….” rayu Lisa manja.
“ Okay....Promise but I'm not sure” serba salah Amier hendak menolak ajakan gadis itu. Resah melihat cara Lisa mendekatinya, terlalu rapat. Nasib baik tak ada yang melihat adengan itu.
Cup!...satu ciuman singgah di pipinya membuatkan Amier terpana.
Thanks” ucap Lisa sambil tersenyum.
“ I pergi dulu....apa-apa pun I akan call you” janji Amier sebelum beredar.

******************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...