Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA-6

oleh : Azieana

BAB 6
“ HAI, jauh termenung nampak....teringatkan I ke?” teguran Badri di muka pintu mematikan lamunan Reen. Terkulat-kulat dia cuba mengawal perasaan malu dan gelabah bila ditangkap dalam keadaan demikian.
“ Memang I sedang fikirkan pasal you tadi!” balas Reen cuba mengambil perhatian lelaki itu walaupun bukan itu yang membuatkan dia termenung tadi.
Really?”
Lelaki itu bersuara. Agak teruja mendengar jawapan gadis manis di hadapannya. Segera langkah di atur menuju ke meja Reen. Tanpa dipelawa dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Reen. Mengadap wajah Reen sambil tersenyum. Reen turut tersenyum, rasa lucu dengan gelagat Badri. Lelaki itu memang begitu, suka bertandang ke biliknya semata-mata untuk mengusik kalau dia tak sibuk dengan kerjanya. Tapi Reen tak kesah dengan perangai Badri. Lelaki itu senang menghulurkan sebarang sumbangan dan tak pernah berkira dengan sesiapa jua. Sikapnya itu amat disenangi oleh semua staff kat situ.
“ Betul, you sedang fikirkan pasal I tadi?” Badri bertanya lagi. Hatinya berbunga riang. Sejak pertama kali menatap wajah Nisreen, hatinya sudah terpaut. Apatah lagi bila sudah mengenali gadis itu. Selain cantik, Nisreen seorang gadis yang bersopan santun, baik dari segi pergaulan mahu pun percakapan. Sesuai benar dengan keinginan ibunya yang mahukan dia memilih calon isteri.
“ Macam ni Bad....En. Razif minta you gantikan I untuk pergi ke Punchak Jaya petang nanti” beritahu Reen sambil memandang wajah Badri.
“ Kenapa I yang kena ganti you pulak?....bukanke selama ini you yang submit kertas kerja untuk projek kat Punchak Jaya tu” Badri agak tercengang.
Reen mengeluh perlahan.
“ Ini arahan dari En. Razif. I kena tolong Rita uruskan hal dengan Sutera Inn....alah Bad, you jangan risaulah. I dah sediakan semua bahan untuk rujukan you. Cuma, you perlu study sekejap aje. I yakin you boleh uruskan. Selama inikan I memang respect kat you” akhirnya Badri akur. Terselit rasa bangga kerana dirinya sedang di puji. Bukan sebarang orang yang memujinya, tapi Nisreen. Gadis idamannya.
Sebenarnya, dia sedikit pun tak kesah untuk mengganti posisi itu, apa lagi yang memintanya adalah Reen. Hati Badri mula berbunga riang.
“ Okay. You punya pasal....I terima” Badri mengukir senyum sambil mengenyit mata. Reen turut tersenyum lega kerana Badri sudi menerima dan dia memang yakin lelaki itu pasti tidak akan menolak.
“ Terima kasih ya Bad. Nanti I belanja you makan kat warung mamak hujung jalan sana, boleh?” ujar Reen.
No problem. Bukan senang nak ajak you keluar makan,...macam mimpi pulak bila you yang ajak I keluar makan” Badri ketawa riang.
“ You dah banyak tolong dan bantu I selama ini...tapi maaf ya, hanya kat warung mamak hujung jalan tu aje I mampu belanja you” kata Reen.
No hal. Yang penting makanannya sedap dan tempat tu bersih” balas Badri.
Telefon Badri tiba-tiba berbunyi. Dia mencapainya dari poket baju. Melihat seketika nama yang tertera di skrin.
Exercuse me...I keluar dulu”
“ Bad...nanti I minta Nani hantarkan fail tu kat meja you” Badri mengangguk dan terus beredar.
************

SELEPAS membayar di kaunter Reen terus melangkah keluar dari kedai 7eleven. Melilau matanya mencari kelibat kereta Myvi milik Atikah. Sebentar tadi Atikah berjanji untuk menunggunya dihadapan kedai itu. Reen mengeluarkan telefonnya. Setelah beberapa saat menunggu, penggilannya berjawab.
“ Hello, Tikah. Aku kat depan 7eleven ni, ha...aku dah siap beli....kau lambat lagi ke?....okay, aku tunggu kat sini. Kalau boleh cepat sikit tau...dah berintik nak hujan ni....okay, bye”
Reen mendongak ke langit. Gelap. Dia menyandarkan badan ditiang batu berhampiran. Tangannya di hulur menadah rintik-rintik hujan. Sesekali matanya meliar melihat keadaan sekitar. Takut pula rasanya berdiri keseorangan di situ. Tiba-tiba tumpuannya terarah ke sebuah kereta. Berkerut dahinya memandang ke arah kereta mewah itu yang di parkir tidak jauh dari tempat dia berdiri. Masih boleh nampak siapa penghuni kereta didalamnya.
“ En. Amier...”
Dia dapat melihat dengan agak jelas Amier bersama seorang gadis. Bukan main manja lagi lagak gadis itu merengek disisi Amier. Tak lama kemudian mereka keluar dari kereta itu. Berjalan beriringan dan dengan selamba gadis itu memeluk lengan Amier erat sambil merapat tubuhnya. Amier sekadar membiarkan , malah nampak seronok diperlakukan demikian. Langkah mereka semakin hampir ke arah Reen. Amier sedikit terkejut melihat Reen sedang berdiri keseorangan di situ.
“ Reen, awak buat apa sorang-sorang kat sini?” tegur Amier. Terpancar wajah risau melihat Reen berdiri keseorangan diwaktu malam begini. Dia juga risau bila memikirkan tanggapan Reen terhadapnya kalau melihat aksi dia bersama gadis disebelahnya tadi.
“ Saya tunggu kawan” balas Reen ringkas. Kalau boleh dia mahu lelaki itu segera beredar.
“ Kawan?...lambatke lagi kawan awak tu nak datang?” Amier turut melilau melihat sekitar tempat itu.
“ Katanya kejap lagi sampai” ujar Reen.
“ Jomlah, sayang...” Rengek gadis di sebelah Amier. Sejak tadi asyik menjeling ke arah Reen. Sikit masa lagi pasti jadi juling. Cemburu barangkali melihat Amier bercakap dengannya.
“ Suri....you masuk dulu, kejap lagi I datang” kata Amier memandang gadis yang masih melekat di sisinya.
“ Tapi....” Suri melahirkan rasa terkilan. Kelat wajahnya mendengar arahan Amier yang kedengaran agak tegas.
“ Apasal ni....tadi bukan main mesra lagi you layan I, tiba-tiba berubah pulak bila jumpa perempuan lain!” tempelak Suri dengan rasa geram.
Please...I nak temankan kawan I ni sekejap. Nanti I masuk” suara Amier tetap kedengaran tegas membuatkan Reen dan Suri sama-sama terkedu.
“ Tak apalah En. Amier....kesian pulak kawan En. Amier tu” Reen melahirkan rasa tak selesa apabila Amier menawarkan diri menemankannya di situ dan membiarkan Suri merajuk. Panjang muncung Suri melahirkan rasa tak puas hati. Wajahnya bertambah kelat.
“ Tak apa....Suri, tadi you kata nak beli barang kat 7eleven. Kenapa tak masuk lagi?” Amier merenung tajam ke wajah Suri, tidak menghiraukan wajah Suri yang kelat. Suri mendengus kasar dan terus masuk ke dalam 7eleven. Reen sempat memandang wajah Amier, lelaki itu hanya membuat muka selamba membuatkan Reen tersenyum sendirian.
“ Ha...itu pun kawan saya”
Kereta Myvi putih milik Atikah sudah pun muncul di hadapan mereka. Amier mengeluh lega.
“ Terima kasih En. Amier. Saya pergi dulu”
“ Hm....hati-hati ya”
Sebaik saja Reen melangkah masuk ke dalam kereta, Amier masuk ke dalam 7eleven.
“ Hai...kau berdating kat sini ke dengan abang si Eisya tu!” Atikah bersuara. Agak terkejut bila dia sampai, Reen sedang berdiri bersama Amier di situ.
“ Eh, tak adalah. Terserempak tadi. Dia tunggu girlfriend dia kat dalam tu.” Atikah mengangkat bahu. Tanpa berlengah, dia menjatuhkan handbrake dan memasukkan gear.
“ Hai....tersenyum sorang ni, apa hal?” tegur Atikah menjeling sekilas ke arah Reen.
“ Nak senyum pun tak boleh....kalau aku nangis nanti, kan satu kerja pulak kau nak pujuk” bidas Reen menempelak usikan Atikah.
“ Yalah....tadi tu macam senyum orang nak menggatal aje” balas Atikah sambil mencebik membuatkan tangan kanan Reen terus singgah di lengan Atikah. Mengaduh gadis itu menahan kesakitan.
Sorry!” pinta Reen sambil menggosok lengan Atikah.
“ Alah, aku usik aje. Hairan tengok kau tiba-tiba tersenyum....teringatkan abang Eisya ya!”
“ Hisy...mana ada. Saja kau nak kenakan aku ya!” dalih Reen walaupun apa yang diujarkan oleh Atikah adalah kebenaran. Terbetik rasa hairan kerana Amier begitu perihatin, sanggup menunggu bersamanya sedangkan kekasihnya dibiarkan keseorangan.

***********************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...