Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -5

oleh : Azieana


BAB 5
AMIER memberhentikan keretanya diperkarangan banglo milik orangtuanya. Petang itu dia hanya berpakaian simple, jeans dan t'shirt berkolar warna merah.
“ Mier” Datin Halijah yang sedang menuruni tangga terus mamanggil Amier sebelum sempat dia melabuhkan punggung di sofa.
“ Mama” Amier segera mencium tangan mamanya. Datin Halijah turut berlabuh di sebelah Amier.
“ Papa mana?” Soal Amier kerana waktu begini papanya sentiasa ada di ruang tamu sambil membaca surat khabar.
“ Papa ada kat bilik bacaan, kejap lagi turun lah tu. Mier dari mana ni?” Datin Halijah melihat penampilan anaknya.
“ Jumpa kawan”
“ Kawan?” Datin Halijah merenung Amier.
“ Yap. Anuar....ini....mama fikir Mier pergi berpeleseran ya. Kami dah janji nak pergi gym” Amier ketawa.
“ Yalah....kalau hari minggu mana nak lekat duk kat rumah, asyik merayap aje” bebelan mamanya hanya di sambut dengan senyuman oleh Amier. Dia sudah lali dengan ayat tersebut.
“ Mana Eisya? Tak nampak batang hidung. Takkanlah petang-petang begini asyik membuta” Amier sengaja mengalih tajuk perbualan. Dia tak mahu isu tentang dirinya terus menjadi tajuk utama perbualan mereka.
“ Eisya keluar dengan Izwan tadi. Mier...mama nak minta tolong sikit”
“ Minta tolong apa, ma?” tanya Amier memandang wajah mamanya kehairanan tapi wajah itu tidak menampakkan ada masalah.
“ Mier masih ingat tak dengan Lisa?” Amier merenung wajah mamanya kehairanan. Apa kena gadis itu dengan dia. Wajah Datin Halijah nampak ceria bila menyebut nama gadis itu.
' Hm...ini tak lain tak bukan, pasti nak cari jodoh untuknya'. Amier bercakap sendirian.
“ Lisa? Lisa mana pulak ni ma....” Amier tiada mood untuk berbicara kalau mamanya hanya memikirkan soal jodoh untuknya.
“ Lisa, anak sepupu mama. Dulu, masa kecik-kecik selalu dia datang ke mari. Tapi dah lama dia berhijrah bersama ibunya ke London. Jarang balik sini. Sekarang ni Lisa dah jadi seorang model yang berjaya....”
“ So, apa kena mengena dengan pertolongan mama tadi?”
“ Sekarang ni dia dah ada kat KL, baru sampai semalam. Jadi, mama nak Mier jemput dia datang rumah. Dah lama mama tak jumpa dia” jelas Datin Halijah .
Amier mengangguk perlahan, tahulah dia apa maksud mamanya tadi. Dia cuba membayangkan wajah seorang budak masa kecil dulu tapi dia tak dapat membayangkan bagaimana muka gadis yang bernama Lisa itu.
“ Assalamualaikum” Datuk Tg. Mahmod muncul memberi salam. Amier segera bangun dan menyalami tangan papanya.
“ Asyik berborak nampak...Mier, dah solat Asar ke? Dah lewat ni” Datuk Tg,. Mahmod memulakan bicara membuatkan Amier terpingga-pingga.
“ Mier uzur hari ni, Pa. Esok ajelah Mier solat” balas Amier membuatkan orangtuanya terkedu.
“ Astaghfirullahal Azim....budak ni.” Geram betul Datuk Tg. Mahmod dengan perangai anak bujangnya yang sorang ni, memang tak makan saman. Datin Halijah yang berada di sisi mengeluh panjang.
“ Papa tak tahu pulak orang lelaki yang sihat tubuh badan macam Mier ni...tiba-tiba boleh uzur pulak” sindiran Datuk Tg. Mahmod membuatkan Amier tersengih.
“ Mier, ajal dan maut di tangan Allah. Jangan ingat kita ni masih muda...ada banyak masa untuk bertaubat. Mati ni bukan kita yang tentukan masanya” Nasihat Datuk Tg. Mahmod.
“ Mier tahu, pa” Amier menggaru kepala membuatkan kedua orangtuanya mengeleng kepala.
“ Kalau dah tahu, kenapa tak tunaikan. Jangan lupa, tanggungjawab kita yang paling penting adalah tanggungjawab kita pada Allah” kata Datuk Tg. Mahmod lagi.
“ Okaylah. Mier naik atas dulu” akhirnya Amier bangun, tak kuasa mendengar syarahan papanya. Kalau nak tunggu boleh sampai masuk waktu Maghrib.
“ Bertuahlah kalau dia tu naik untuk solat. Entah apa yang dia nak buat kat dalam bilik tu. Risau betul abang dengan anak bujang tu sorang. Dah berbuih mulut abang cuba nasihatkan dia tentang tanggung jawab pada Allah, tapi dia buat dek aje” Datuk Tg. Mahmod melahirkan rasa terkilannya sebaik saja Amier berlalu untuk menuju ke biliknya.
“ Kita berdoa aje semoga dia cepat berubah” pujuk Datin Halijah.
“ Jah, abang sayang semua anak abang. Tapi kenapa Amier tu sukar sekali untuk dibentuk. Abang cukup risau dia tetap tak akan berubah walau pun kita dah tak ada” Datuk Tg. Mahmod melahirkan rasa risau.
“ Abang, Jah yakin...sampai saatnya dia akan berubah. Pasti akan ada sesuatu yang akan membuatkan dirinya berubah tanpa di paksa. Semuanya kuasa Allah, kita hanya mampu berdoa” Datin Halijah memengang erat tangan suaminya. Datuk Tg. Mahmod memandang wajah isterinya. Akhirnya dia mengukir senyum.

**********

PELBAGAI andaian bermain dalam fikiran Amier. Dia tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa anak sepupu mamanya. Sampai di muka pintu apartment yang di beritahu oleh mamanya, dia menarik nafas panjang. Tangannya terus menekan loceng beberapa kali. Beberapa minit kemudian, pintu di buka. Seorang gadis sedang berdiri di hadapannya. Sama-sama kaget dan terpaku. Amier menelan liur, gadis di hadapanya membuatkan dia benar-benar gelabah. Apa tidaknya, penampilan gadis itu cukup membuatkan hati lelakinya bergelora. Berambut keperangan melepasi bahu dan tubuhnya banyak terdedah. Dengan hanya memakai top dan seluar jeans lusuh separas peha.
“ Er...you must be Amier. Anak auntie Halijah?”
Gadis di hadapannya terlebih dahulu bersuara. Bibirnya mengukir senyum.
“ Yes, and you ...Lisa right?”
“ Yap. Come in” Lisa mempelawa Amier masuk.
“ Auntie ada bagi tahu yang you akan jemput I....I dont believe that you are so handsome. I like it” Lisa agak teruja menatap wajah Amier. Agak lama dia menatap wajah lelaki yang berada di hadapannya sambil mengukir senyum. Rasanya tak sia-sia dia bertemu lelaki itu.
“ You want to drink?” Lisa bangun.
No, thanks” balas Amier ringkas. Dia sengaja melirik ke arah jam tangan, memberi isyarat agar Lisa segera bersiap. Rasa tak selesa kalau duduk berlama di situ. Risau kalau apa yang tidak diingini berlaku.
“ Okay, you duduk sekejap, I tukar pakaian” Lisa yang memahami maksud Amier segera berlalu ke bilik. Beberapa minit kemudian , Lisa keluar dengan memakai gaun pendek berwarna biru. Nampak menyerlah penampilannya walaupun agak seksi. Lisa mengukir senyum. Bangga kerana penampilannya berjaya menarik perhatian Amier. Amier segera bangun.
Shall we?”
Amier bersuara sambil menadahului Lisa berjalan ke arah pintu. Mereka beriringan menuju ke lif.
“ Maaf ya sebab menyusahkan you datang menjemput I. Sebenarnya agak lama I tak balik KL. Rindu juga dengan suasana di sini. Saudara mara I pun ramai yang tinggal kat Malaysia. Actually, I tak sangka ada saudara yang kacak macam you ni....kalau tahu, I akan selalu balik sini” Lisa bersuara . Sengaja merapatkan diri pada Amier yang sedang memberi tumpuan pada pemanduan. Tanggannya diletak pada bahu kiri Amier.
“ Lisa, you hanya baru tengok I....kat luar sana masih ramai lagi lelaki yang lebih kacak dan bergaya dari I” Amier bersuara, tak ingin menonjol diri terutama pada perempuan yang baru dikenali.
“ O...really!” Lisa bersuara. Lagaknya seperti terlalu teruja. Kemudian dia tergelak riang.
Sepanjang perjalanan menuju ke rumah orang tua Amier, Lisa banyak bercerita tentang aktivitinya sebagai model. Mulutnya begitu becok mempromosi diri membuatkan Amier tersenyum sendiri. Bagi Amier, dia cukup tak suka dengan perempuan yang berlagak dan suka menonjol diri serta berlagak dialah yang terbaik. Dia rimas. Ramai perempuan yang dikenalinya bersikap sedemikian.
Akhirnya mereka sampai diperkarangan banglo mewah Datuk Tg. Mahmod.
“ Silakan ...”
Amier sengaja berjalan mendahului Lisa. Dia tak mahu Lisa memengang tangannya seperti yang dilakukan di dalam lif tadi. Dia takut orangtuanya salah anggap. Kedatangan Lisa di sambut mesra oleh Datin Halijah. Lisa dan Datin Halijah berpelukan. Amier dan Datuk Tg. Mahmod sekadar memerhati.
Hanya Lisa dan Datin Halijah yang rancak berbicara. Datin Halijah memang mesra dengan sesiapa saja. Itulah keistimewaan Datin Halijah selain dari penampilannya yang sentiasa bergaya membuatkan dia disenangi saudara mara dan teman-teman.
Lewat petang Amier menghantar semula Lisa pulang ke apartmentnya.
Sorry, I hanya boleh hantar you sampai sini” kata Amier bila telefon bimbitnya berbunyi. Dia memandang sekilas skrin telefonnya sebelum mematikan panggilan sebelum di jawab. Lisa yang masih belum keluar dari kereta mengeluh kecewa.
Never mind. Thanks for your lift” ujar Lisa.
“ Malam besok I ada show kat hotel. I harap you sudi datang. I reservedkan kad jemputan ni untuk you.” Lisa mengeluarkan sampul putih dari beg tangannya, segera diserahkan pada Amier.
“ I tak boleh janji, tapi I akan cuba datang.” kata Amier sekadar untuk tidak mengecewakan hati Lisa sedangkan dia cukup tidak berminat dengan majlis seperti itu.
Telefon Amier berbunyi lagi. Kalau tadi dia terus matikan, kali ini dia segera menekan punat berwarna hijau.
Yes, Rya....sorry, I ada hal tadi....right now I'm busy okay....I'll call you back, ...ok...I'm promise. Okay. Bye.” Amier mamatikan talian. Dia menyimpan kembali telefon di dalam poket bajunya. Lisa merenung penuh minat, hatinya tertanya-tanya siapakah perempuan yang bernama Rya tadi.
Girlfriend?”
Lisa memandang wajah Amier. Ada rasa cemburu mendengar Amier menyebut nama perempuan lain di hadapannya walau pun ini kali pertama dia bertemu lelaki itu. Semetelah lelaki itu bukan sesiapa untuknya melainkan saudara yang sudah lama tidak bertemu.
Nope. She just a friend” entah kenapa hati Lisa lega mendengar jawapan itu. Bibirnya mengukir senyum.
“ Okay, I keluar dulu dan jangan lupa datang tau” Amier hanya sekadar mengangguk perlahan.
“ Amier...” Lisa merenung wajah Amier.
“ I harap you boleh temankan I keluar lain kali, bolehkan. Banyak tempat yang I teringin nak pergi dan lawati ….lagi pun I ada masa sebulan kat sini.”
“ Of course, kalau I tak sempat pun masih ramai lagi saudara mara kita yang boleh bantu you kat sini. Nanti I boleh bagi tahu mereka”
Thanks again. Bye
Sebaik saja Lisa keluar dari keretanya, Amier terus memecut keluar dari kawasan apartment itu. Ada beberapa agenda yang sedang berada dalam fikirannya saat ini.

************


PUAN SALOMA yang baru pulang menghantar nasi lemak di warung Pak Akob melepas penat di tangga. Peluh membasahi wajah di kibas dengan kertas surat khabar lama yang telah digunakan untuk menutup bungkusan nasi lemak yang diisi di dalam raga merah empat segi. Dia berpaling ke belakang melihat pintu yang terbuka luas. Dilihatnya Reen sedang menyapu ruang tamu yang sedikit berdebu. Dia tersenyum, gembira dengan kepulangan Nisreen. Biasanya waktu begini hanya dia yang menjadi penghuni tunggal rumah kayu itu. Anak bongsunya, Nasuha ke sekolah dan anak tengahnya Nazifah kini melanjutkan pelajaran di Universitu Teknologi Mara di Johor. Nisreen, anak sulungnya ini banyak membantu dia menguruskan soal perbelanjaan rumah sejak kematian suaminya lima tahun lalu.
“ Ibu...ibu nak air” Reen muncul di muka pintu. Dia baru sedar kepulangan ibunya kerana asyik membersihkan ruang tamu. Panggilannya menyedarkan Pn. Saloma dari lamunan.
“ Ibu nak air?” kali ini Reen duduk di tangga sebelah ibunya.
“ Kejap lagi....Reen dah makan?” Pn. Saloma memandang wajah Reen.
“ Belum. Reen tunggu ibu” Balas Reen mencapai tangan ibunya.
“ Kenapa tak makan...kalau perut tu kosong, masuk angin ...kan susah” suara Pn. Saloma agak terkejut.
“ Reen tunggu ibu.... Dah lama Reen tak makan sama ibu. Sesekali balik kampung dapatlah buat pengubat rindu.” Reen memeluk bahu ibunya mesra membuatkan Pn. Saloma tersenyum bangga.
“ Kalau macam tu...jom, temankan ibu sarapan” Pn. Saloma bangun, diikuti oleh Reen. Mereka berdua masuk ke dalam rumah.
*********************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...