Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -4

oleh : Azieana

BAB 4
RASA lenguh kakinya berdiri diperhentian bas itu, namun yang di tunggu tak muncul tiba. Lebih setengah jam dia terpacak kat situ. Nasib baik bukan dia keseorangan, ada tiga orang perempuan lagi sedang menunggu bersamanya. Dua daripadanya begitu asyik berbual, manakala seorang lagi sepertinya, kelihatan cukup resah menanti bas yang tak kunjung tiba. Mereka itu tidak dikenalinya, kalau tak bolehlah dia berbual untuk menghilangkan rasa bosan dia memang tidak suka berbual dengan orang yang tidak dikenali walaupun perempuan. Sudah tidak terbilang berapa kali matanya mengerling ke arah jam tangannya. Lagi sekali dia mendengus.
“ Agaknya bas mogok hari ini” Reen membuat andaian. Terasa menyesal kerana menolak pelawaan Adli tadi yang telah menawarkan diri untuk menghantarnya pulang. Sedang dia mengelamun, hampir melatah dia mendengar bunyi hon nyaring yang berhenti betul-betul di hadapannya.
“ Reen, jom masuk!” pelawa lelaki itu dari dalam keretanya setelah menurunkan cermin kereta.
“ Terima kasih aje, En. Amier. Saya sedang tunggu bas, kejap lagi sampailah” Reen bersuara menolak ajakan lelaki itu.
“ Masuklah, nanti saya hantar awak balik”
Amier sudah pun keluar dari keretanya. Reen jadi serba salah. Tiga orang perempuan yang berada di situ begitu ralit memandang wajah kacak Amier. Apa lagi lelaki itu muncul bersama kereta mewah, hampir nak keluar biji mata pun ada. Hampir tersenyum Reen melihat gelagat mereka.
Please!”
Segan pulak Reen nak menolak ajakan lelaki itu bila Amier sudah pun membuka pintu kereta untuknya di bahagian penumpang. Dengan perasaan berat hati dia melolos masuk ke dalam kereta BMW X6 warna hitam itu. Belum pun sempat Amier masuk ke dalam kereta, bas yang di tunggu Reen muncul. Hon di bunyikan kerana kereta Amier menghalang laluan bas. Tanpa berlengah, Amier terus menurunkan handbrake, menukar gear dan kereta terus meluncur di jalan raya.
“ Saya minta maaf kalau saya menyusahkan En. Amier” kata Reen setelah hampir lima minit mereka sama-sama membisu.
“ Tak ada susahnya, saya memang cari awak tadi. Tak sangka jumpa awak kat bus stop” balas Amier sambil memandangnya sekilas wajah Reen sambil mengukir senyum. Dia kembali memberi tumpuan pada pemanduannya.
“ Kenapa En. Amier cari saya, saya ada buat salah ke?” berkerut dahi Reen kehairanan bila mengetahui lelaki itu mencarinya. Kedengaran gelak kecil dari bibir lelaki itu.
“ Eisya call saya tadi, dia minta saya bawa awak balik rumah kami. Katanya dah lama tak jumpa awak sejak awak kerja kat Dynamic Holdings” Amier memandang seketika wajah Reen, dia mendengus kecil. Dia yakin gadis itu tidak percaya dengan apa yang dikatanya.
“ Jangan ingat saya sengaja ambil peluang...kalau tak percaya, awak cakap dengan Eisya” Serentak itu Amier mengeluarkan handphone dari poket bajunya, di dail seketika.
“ Assalamuaikum. Eisya, along ni....hm...dia ada dengan along sekarang ni...Eisya cakap dengan dia....” Amier menghulurkan telefon ke arah Reen. Nak tak nak Reen mencapai telefon itu dan terus menekap di telinga.
“ Assalamuaikum” Reen memberi salam.
“ Waalaikumussalam. Reen, aku dah banyak kali call kau tapi tak dapat. Itu sebabnya aku minta along aku cari kau dan minta dia bawa kau balik rumah. Mama dan papa aku dah rindukan kau” Becok suara Eisya di hujung talian.
“ Okay. Kita jumpa kat rumah nanti ya, bye” Reen segera menghulur kembali telefon milik Amier.
So, sekarang awak percayakan!” Amier mengukir senyum, namun Reen hanya mendiamkan diri. Pandangannya segera di alih ke luar cermin.

******************

REEN masih lagi kaku da dalam kereta BMW X6 milik Amier. Amier sudah pun keluar dari keretanya dua minit lepas tanpa menghiraukan Reen yang berada di dalam keretanya.
“ Ya Allah!”
Berkerut dahinya melihat Reen yang masih berada di dalam kereta sedangkan dia sudah pun mengunci kereta itu.
Sorry” mohon Amier sambil membuka pintu untuk Reen. Reen terpingga-pingga. Entah apa maksud maaf dari lelaki itu.
Sorry, for what?”
“ Saya dah kunci kereta tadi, terlupa yang awak masih ada kat dalam” balas Amier sambil tersengih. Malu dia di atas kealpaannya sendiri.
“ Oh!” Ringkas jawapan Reen. Biarlah Amier beranggapan begitu sedangkan sejak tadi dia yang bersalah kerana begitu asyik melayan perasaan hingga tak sedar mereka sudah sampai di perkarangan banglo mewah milik keluarga Eisya.
“ Silakan” pelawa Amier ramah memberi laluan untuk Reen berjalan di depannya.
Kehadiran Reen di sambut oleh Eisya dan orangtuanya. Tubuh Reen segera di peluk erat oleh Eisya sebelum Reen menyalami tangan orang tua Eisya.
“ Reen, kau tidur kat sini ya malam ni” pujuk Eisya selepas mereka menikmati makan malam.
“ Er... sebenarnya...”
“ Alah...pasal pakaian kau tu...tak perlu risau. Janji kau sudi tidur kat sini” Eisya cepat-cepat bersuara untuk memujuk. Datuk Tg. Mahmod dan Datin Halijah hanya tersenyum. Mereka sendiri mengalu-alukan kedatangan Reen, malah cukup gembira kiranya Reen turut bermalam di rumah mereka. Hanya Amier sahaja yang diam membisu, sekadar memerhati adiknya yang beria-ria memujuk Reen.
“ Eisya, lain kali ya aku tidur kat sini. Bukan tak sudi tapi kesian Atikah tinggal seorang malam ni. Jasmin dan Maryam balik kampung” beritahu Reen.
Eisya segera menarik muka masam. Kecewa kerana pelawaannya di tolak.
“ Sudahlah Eisya...Reen boleh datang tidur kat sini lain kali. Kan kesian kawan dia tidur keseorangan malam ni.”pujuk Datin Halijah.
Eisya, anak perempuan tunggalnya itu cukup manja orangnya. Sentiasa menarik muka masam kalau keinginannya tidak dipenuhi tapi dia cepat terpujuk kalau kena dengan caranya.
“ Okay. Tapi janji tau, minggu depan kau tidur kat sini” kata Eisya masih memujuk. Dia mengukir senyum bila Reen mengangguk perlahan. Pantas tubuh Reen dipeluk erat. Amier hanya tersenyum, rasa seronok melihat kemesraan dua sahabat itu. Dalam diam, dia turut kagum dengan sikap Reen. Lembut, peramah dan sentiasa senyum sepanjang perbualan itu. Malah dia memuji kecantikan gadis itu. Selama dia mengenali gadis-gadis, inilah pertama kalinya dia benar-benar tertarik dengan perwatakan dan sikap seorang gadis. Malah keluarganya turut menyayangi gadis itu. Kalau boleh calon isterinya nanti akan memenuhi ciri-ciri itu.
' Ah! Jauhnya aku melalut. Entah kenapa aku banyak memikirkan tentang gadis itu sedangkan dia tak ada kena mengena dalam hidup aku.' Amier berbicara sendiri sambil memandang wajah Reen tanpa disedari gadis itu.
“ Mama, papa...Mier balik dulu “ Amier bangun dan menyalami tangan orangtuanya.
“ Mier tak nak tidur kat sini ke?” berkerut dahi Datin Halijah. Sangkanya Amier akan tidur di situ kerana esok hari Sabtu.
“ Mier nak jumpa kawan”
“ Jumpa kawan ke...jumpa girlfriend?” usik Eisya, tahu sangat dengan perangai kasanova abangnya.
“ Mama rasa dah sampai masanya Mier kawin. Umur pun dah 31 tahun. Jangan asyik bertukar girlfriend aje...rimas mama dengar orang asyik cerita pasal Mier tau” Amier pura-pura tidak peduli kata-kata mamanya. Dia sekadar tersengih. Sempat melirik ke arah Eisya yang tersenyum simpul. Seronok mendengar Datin Halijah meleteri abangnya.
“ Belum masanya ma. Lagi pun Mier belum jumpa perempuan yang sesuai lagi” balas Amier selamba sambil beredar membuatkan Datin Halijah mengeleng kepala. Tahu sangat dengan jawapan anak sulungnya. Itu saja jawapan yang sering diutarakan setiap kali dia membangkitkan soal kawin. Belum masanya lagi atau pun belum jumpa perempuan yang sesuai dengan jiwanya. Pening Datin Halijah bila mengenangkan sikap anak bujangnya yang satu itu.
“ Risau betul mama dengan perangai along tu. Perempuan yang macam mana yang dia nak.” rungut Datin Halijah.
Datuk Tg. Mahmod hanya mendiamkan diri, malas nak masuk campur urusan jodoh anaknya. Semuanya diserahkan pada Amier untuk memilih jodoh sendiri asalkan perempuan itu seorang yang baik dan dapat membimbing Amier ke arah kebaikan kerana dia tahu sikap Amier. Bukan dia tak pernah tegur, malah dia sudah penat menegur. Akhirnya dia mengambil keputusan mendiamkan diri dan berharap Amier akan di pertemukan dengan perempuan yang bisa membentuk anaknya ke arah jalan yang di redhai Allah. Dia tahu Amier banyak menyimpang jauh dari mengingati Allah tapi dia sudah tidak berdaya untuk membentuk sikap Amier. Dulu, bukan dia tidak memberi didikan agama, tapi anaknya semakin melupakan kewajipannya pada Allah sejak belajar di luar negara, mungkin kerana pergaulannya atau pun pengaruh persekitaran.

************


SELEPAS makan malam dan menonton wayang, Amier menghantar Julia pulang. Masing-masing diam seketika di dalam kereta.
“ Mier, I gembira sangat malam ni. Dah lama you tak ajak I keluar. Setiap kali I call, you cakap sibuk je...” Julia menyentuh bahu kiri Amier. Lelaki itu tidak mempedulikan kata-kata itu, dia lebih memberi tumpuan pada pemanduannya. Tangan Julia mengelus-elus wajah tampan Amier. Wajah yang sentiasa menjadi igauan tidurnya sejak dia mengenali lelaki itu dua bulan yang lalu.
“ Mier...” Julia merengek manja bila merasakan dirinya tidak dipedulikan walaupun mereka berada berdekatan.
“ Hm...”
“ Mier, I nak tahu status hubungan kita. I benar-benar sayangkan you. I nak hubungan kita ni lebih dari kawan. I want to be your girl” Mata Julia memberi tumpuan pada wajah Amier walau pun lelaki itu tidak sedikit pun memberi perhatian pada kata-katanya sebentar tadi.
“ Julia, sejak dari awal lagi I jelaskan pada you...hubungan kita hanyalah sekadar teman biasa. I tak nak ikatan yang lebih dari itu...bukan hanya pada you seorang, tapi mana-mana perempuan yang mendekati I. I tak nak sebarang komitmen dengan mana-mana perempuan. Begitu juga you...sesiapa saja boleh you kawan sepanjang kita berkenalan. I tak ada sebarang halangan” jelas Amier. Julia mengeluh kecewa. Namun dia tak mahu berputus asa untuk terus memenangi hati lelaki pujaannya.
“ Tapi....I want to be your special one” rengek Julia lagi. Tangan kiri Amier di capai dan digenggam erat. Amier sekadar membiarkan.
“ Dah sampai, you masuklah. I pun dah penat...I nak balik berehat” Amier bersuara. Dia cukup rimas dengan sikap perempuan yang merengek-rengek. Baginya, semua perempuan yang didampinginya hanya sekadar teman untuk berbual dan menghiburkan diri. Tidak lebih dari itu.
Julia keluar dari kereta dengan perasaan kecewa. Dia tahu hanya malam ini saja dia berpeluang untuk bersama lelaki itu. Belum tentu malam esok dia mempunyai peluang yang sama. Pasti perempuan lain yang mengambil tempatnya.

*************



SEJAK kebelakangan ini mamanya sering mengajukan soal jodoh untuknya. Dia makin rimas. Itu menjadi salah satu faktor kenapa dia jarang balik ke banglo orangtuanya.
“ Sampai bila Mier nak membujang ni?...perempuan keliling pinggang. Tak elok Mier buat perangai macam tu. Mengecewakan perasaan orang” Datin Halijah membebel. Risau betul dia dengan sikap Amier yang tidak pernah mempedulikan nasihatnya. Memang tidak dinafikan anaknya itu mempunyai wajah yang cukup tampan tapi dia tak mahu anaknya itu menyalah gunakan ketampanan wajah untuk mengecewakan perasaan orang lain. Kalau boleh dia tak nak dengar sikap dan perangai anaknya menjadi buah mulut teman-temannya.
“ Ma, Mier hanya sekadar berkawan dengan mereka. Sekadar keluar makan dan tengok wayang je, tak lebih dari itu. Mier sekadar nak mengenali mereka, Mier berhak buat pilihan. Kawin hanya sekali. Semua perempuan yang Mier kenal hanya mahukan apa yang Mier miliki bukannya ikhlas terhadap Mier. Mier hanya mahukan perempuan yang simple, menyayangi Mier kerana diri Mier. Bukan kerana apa yang Mier ada atau pun apa yang keluarga Mier miliki” Jelas Amier mengenai pendiriannya terhadap perempuan yang didampinginya.
“ Mama tengok, semua perempuan yang Mier kenal tu perangainya tak elok pun. Kadang-kadang berbulu mata mama tengok. Merengek-rengek, manja tak bertempat. Kenapa perempuan yang macam tu Mier berkawan kalau Mier tak nak mereka jadi teman hidup Mier” Tersenyum Amier mendengar komen mamanya.
“ Kan Mier dah cakap.....Mereka tu cuma kawan biasa. Itu sebabnya Mier tak nak serius dengan mereka” balas Amier.
“ Habis, sampai bila Mier nak buat perangai macam tu. Tak baik tau” pujuk Datin Halijah.
“ Sampai Mier jumpa perempuan yang betul-betul mendebarkan perasaan Mier dan Mier rasakan dialah jodoh yang terbaik untuk Mier. Jodoh yang telah di tetapkan oleh Allah” jawapan Amier membuatkan Datin Halijah mengeleng kepala. Risau betul dengan sikap Amier yang satu ini, sudah tak kuasa nak berdebat pasal isu ini.
Amier menyandarkan badan di kerusi, matanya dipejam seketika. Di usia 31 tahun ini, sepatutnya dia   sudah memikirkan soal rumahtangga. Bukannya keseronokkan semata-mata. Sudah ramai kawan yang seusia dengannya mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak. Sesekali dia terasa iri hati dengan kebahgiaan mereka. Bukan dia tak teringin, tapi hatinya belum tersentuh dengan mana-mana perempuan setakat ini.
Ketukan di pintu membuatkan Amier kembali ke alam realiti. Begitu jauh dia mengelamun.
“ Masuk”
Pintu dikuak perlahan. Tumpuan Amier terarah pada gadis yang baru melangkah masuk. Amier terpegun seketika. Gadis itu nampak cukup manis dan menarik dengan mengenakan sepasang baju kurung bewarna ungu dan tudung yang di pakai itu begitu menyerlahkan penampilan. Amat sesuai dengan kulitnya yang putih bersih.
“ Ada apa Reen?” Amier memulakan bicara. Dia memberi tumpuan pada gadis itu.
Reen menghampiri meja Amier, ada keluhan kecil kedengaran. Tanpa berlengah, Amier mempersilakan gadis itu duduk.
“ En. Amier...” serba salah Reen ingin memulakan bicara. Wajahnya yang kegelisahan itu dirasakan terlalu comel untuk ditatap. Amier membuat andaian.
“ Kenapa ni?” Amier bersuara, kesian pula melihat wajah itu kegelisahan walau pun nampak comel pada pengamatannya.
Sorry, kalau saya ni menganggu. Er....En. Amier sibuk ke?”
“ Tak ada ganggunya, awak ada masalahke?” mata Amier terus terpaku menatap wajah di hadapannya. Renungan Amier itu membuatkan Reen makin gelisah. Dia menelan liur.
“ Sebenarnya saya nak minta cuti” Akhirnya terluah juga apa yang telah di practice sebentar tadi.
“ Minta cuti? Kenapa?” terpegun Amier mendengar permintaan itu. Rasanya gadis itu baru saja bekerja di Dynamic Holdings. Seingatnya tak sampai pun dua bulan, sudah memohon cuti.
“ Er, ada hal keluarga. Saya minta maaf, En. Amier. Saya tahu tak sepatutnya saya memohon cuti dalam masa terdekat ini kerana saya baru saja bekerja, tapi ini melibatkan keluarga saya” jelas Reen. Lama Amier merenung wajah Reen, cuba mencari kebenaran. Gadis itu tertunduk, wajahnya muram.
“ Hm..... Berapa hari awak nak cuti?” Amier bersuara. Reen mendongak, wajahnya kembali ceria membuatkan Amier mengukir senyum.
“ Sehari je, hari Selasa saya masuk kerja” begitu semangat Reen bersuara.
“ Okay. Saya akan luluskan cuti awak untuk hari Isnin. Tapi pastikan hari Selasa awak masuk kerja, jangan nak pandai-pandai tambah pulak” Reen mengangguk walaupun Amier sekadar mengusiknya.
“ Kalau macam tu, saya keluar dulu. Terima kasih ya En. Amier” ucap Reen sambil menghadiahkan senyuman. Terpaku Amier melihat senyuman manis itu.

***********************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...