Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -31

oleh: Azieana

BAB 31
WAH! Dah tukar telefon baru sekarang....yang lama kau letak kat mana? Dah frame ya!” Maryam sempat menjeling ke arah Reen yang baru saja selesai berSMS dengan telefon barunya, Sony Ericsson Xperia berwarna hitam.
“ Telefon aku yang lama tu dah jadi arwah, hujung minggu ni cukup 7 hari... aku belanja korang malam ni sebagai kenduri arwah telefon kesayangan aku tu” balas Reen selamba. Nah! Ambik kau, selalu sangat kutuk telefon nokia 2100 aku.
“ Wow....hari ini dalam sejarah aku dengar orang buat kenduri arwah untuk telefon kesayangan!” sampuk Jasmin sambil tergelak, diikuti oleh Maryam dan Atikah. Reen menarik muka masam. Gelaklah korang, aku sayang betul telefon tu....aku beli dengan duit PTPTN tau. Hutang belum lagi habis bayar, telefon dah tak boleh pakai. Nasib baik Amier sudi bagi telefon baru sebagai hadiah.
“ Kalau korang semua gelakkan aku lagi....aku cancel makan free malam ni!” ugut Reen. Geram kerana menjadi bahan gelakan teman-temannya.
“ Okay....kita orang tak nak gelak lagi....tapi sebenarnya dah sampai masanya pun kau tukar telefon baru. Orang sekarang pakai telefon 3.5G, siap ada internet, facebok, twitter....kau masih lagi nak pakai telefon yang skrin tak ber colour tu!” kata Maryam.
“ Aku tak kesah...seburuk-buruk telefon aku tu....selalu ada kredit, bukan macam kau...harapkan telefon aje mahal, kredit kosong.... apa kes!”
Maryam terdiam bila dibidas oleh Reen. Dush! Padan dengan muka, kan dah kena sebijik. Bukan dia sengaja nak mengutuk tapi memang itu kenyataannnya. Selalu sangat Maryam meminjam telefonnya untuk bercakap kerana telefonnya selalu tiada kredit. Nak harapkan si Johan yang tolong top up kan....Maryam sendirikan pernah mengakui bahawa Johan tu lelaki yang kedekut, taik hidung masin.
“ Alamak....pedihnya rasa ulu hati!” Jasmin tergelak. Kali ini giliran mulut Maryam pula muncung.
“ Oh ya! Nombor phone kau masih samakan?” tanya Atikah.
“ Dah tukar lain, simcard tu pun dah sama arwah dengan telefon aku....nanti aku bagi nombornya kat korang semua” beritahu Reen.
“ Sebenarnya apa dah jadi dengan telefon kau sampai jadi arwah” soal Jasmin.
“ Telefon aku jatuh dalam air masa aku pergi PD minggu lepas. Eisya yang beria-ria minta aku ikut keluarganya berehat kat situ” ketiga-tiga temannya hanya diam. Reen turut diam.
“ Syukur, kita dapat parking baik punya” Atikah tersenyum. Tanpa berlengah dia memberi isyarat untuk masuk parking sebelum orang lain masuk kerana dibelakangnya ada dua tiga buah kereta yang turut mencari parking.
Jasmin dan Maryam mengambil tempat duduk sementara Reen dan Atikah menuju ke kaunter membuat pesanan. Hari ini Reen berbesar hati membelanjakan teman-teman serumahnya. Minggu lepas Jasmin belanjakan mereka makan pizza. Mereka berempat selalu bergilir-gilir membelanjakan teman-teman, dengan cara itu hubungan mereka bertambah erat.
“ Reen, dah banyak hari aku tak nampak abang Eisya datang jemput kau, korang bergaduh ya!” Atikah bersuara selepas meneguk air coke.
“ Gaduh apa pulak, kau ingat aku dengan abang Eisya tu couple ke?....kita orang cuma rakan sekerja ajelah....he's my boss. Sekarang ni dia ada kat Melaka, 3 hari kat sana” Reen cuba mengelak.
“ Alah....kalau korang couple pun apa salahnya, sama padankan”
Atikah mengenyit mata pada teman-temannya. Dia tahu serba sedikit tentang kisah peribadi Amier dari Reen, namun dia gembira kalau mereka berdua benar-benar bercinta. Sekurang-kurangnya Reen punya teman lelaki yang boleh membantunya kerana keluarga Amier bukan calang-calang orangnya. Wajah Datuk Tg. Mahmod pernah beberapa kali keluar dalam suratkhabar sebagai salah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Kuala Lumpur, malah mempunyai beberapa rangkaian perniagaan di lain-lain negeri dan juga luar negara.
“ Tikah!” Atikah hanya tersengih mendengar sergahan Reen.
“ Aku pun sokong kata-kata Tikah tu...kau dan Amier tu sepadan. Lagi pun aku perhatikan dia ambil berat pasal kau, selalu datang ambik kau. Kalau dia tak ada hati dengan kau....buat apa dia susah-susah ambik kau selalu....bukannya dia tak ada teman wanita yang lain” sokong Jasmin.
“ Dia ambik berat pasal aku sebab aku ni kawan Eisya dan aku ni pekerjanya” Reen masih cuba menyembunyikan tentang status hubungannya dengan Amier.
“ Ya lah tu...tak kanlah kau sedikit pun tak ada hati kat lelaki kacak macam Amier tu, kalau aku...pucuk di cita ulam mendatang!....” Maryam pula yang menyampuk.
“ Masalahnya Amier tu tak nak kat kau kan!” kata Jasmin.
Reen tersenyum. Maryam hanya buat muka blur.
Mereka terus berbual dengan pelbagai topik yang menarik.
“ Woi! Minah..coverla sikit gelak kau tu....ini tak, ketawa mengilai sampai tak ingat dunia. Kalau pontianak dengar...sah dia angkat bendera putih!” kata Jasmin yang mengadap wajah Maryam.
“ Ketawa kau ni mengalahkan pontianak harum sundal malam” sokong Atikah.
Maryam menelan liur.
“ Ya ke?” soal Maryam  dengan wajah kelat.
“ Aku ni, kalau bab ketawa memang tak boleh nak control, gelaknya terkeluar sendiri....nampak sangat ke aku ni melalak?” Maryam cuba mengawal suaranya.
“ Kau tengok, semua orang kat sini pandang kau....glamour la kau nanti!” Reen menyampuk.
Maryam memandang kiri kanan, meliar matanya memandang keadaan dalam KFC tu, risau juga bila memikirkan kata-kata temannya. Eh! Betulla...beberapa orang pelanggan sedang memandangnya sambil tersenyum, tak kurang juga yang berbisik bila mereka terpandang ke arahnya.
Sorry!...lepas ni aku nak tahan gelak....aku nak cuba control ayu pulak, janji korang jangan buat lawak” ketiga-tiga temannya saling berpandangan sebelum melepaskan tawa.
“ Mulai hari ni kau kena control sikit....nanti tak pasal-pasal arwah pulak bakal mertua kau sebab terkejut dengar kau mengilai...tak pasal-pasal menjanda atau menduda pulak mereka” kata-kata sempoi Jasmin membuatkan Reen dan Atikah tergelak. Hanya Maryam yang menarik muka masam.
“ Isy....mana aci, asyik aku je yang kena” Maryam merajuk, panjang mulutnya. Terasa seleranya hilang tiba-tiba.
Terpaksalah mereka memujuk Maryam.
Exercuse me!”
Sapaan yang tiba-tiba mengganggu perbualan mereka yang sedang rancak. Serentak mereka memandang ke arah suara itu. Seorang lelaki sedang berada di depan meja mereka sambil mengukir senyum sebaik saja matanya merenung wajah Reen.
“ En. Haris...En. Haris buat apa kat sini?” soal Reen agak terkesima. Tanpa sedar dia menepuk dahinya menyalahkan diri sendiri dengan mengutarakan soalan itu. Tentulah sepertinya, makan.
“ I ke sini untuk shopping barang -barang dapur!” jawapan dari lelaki itu membuatkan wajah Reen merona merah.
“ Sorry, I bergurau aje....actually, I nak beli untuk Shasha ...sejak dari semalam nak makan KFC” Haris bersuara. Reen sekadar mengangguk.
“ Er...mana Shasha, dia tak ikut sekalike?” saja Reen berbasi bila melihat Haris masih kaku berdiri di hadapan. Dia nampak simple dengan mengenakan kemeja lengan pendek berpetak dan seluar hitam.
“ Ada kat dalam kereta dengan neneknya....Okaylah....I pergi order sekarang....jumpa lagi”
Haris segera berlalu ke kaunter.
What?” soal Reen dengan mata terbeliak bila semua temannya memandang ke wajahnya.
“ Siapa lelaki tu?” Atikah segera menyoal sebaik saja lelaki itu beredar.
“ En. Haris....aku kenal dia masa pergi PD hari tu” beritahu Reen.
“ Boleh tahan handsome …. dah berpunyake? Aku nampak dia macam excited je jumpa kau....matanya dah nampak ada tanda bling...bling” Maryam mencelah.
“ Dia tu suami orang dan merangkap bapa orang....sorry, korang tak ada peluang” Reen bersikap selamba. Ketiga-tiga temannya mencebik.
“ Seriuske?” Jasmin menyoal.
“ Yap....yang tadi, dia ada sebut nama Shasha....itu nama anak dia. Adala dalam lingkungan 5 tahun. Isteri dia aku tak nampak pulak masa tu” beritahu Reen tentang kebenaran.
“ Entah-entah abang 'duda'... bagus juga, dapat anak instant. Kawin satu dapat dua” Jasmin mengaduh bila Reen mengetuk kepalanya. Hm....padan muka.
“ Tak baik tau kata macam tu...kita tak tahu apa-apa tentang dia, tapi dah buat macam-macam andaian” kata Reen.
Perbualan mereka mengenai Haris terhenti bila lelaki itu lalu di hadapan mereka. Kali ini dia hanya melemparkan senyuman dan terus berlalu.
“ Dah dekat pukul 9 malam, lepas ni korang nak pergi mana?” Atikah bersuara selepas melirik pada jam tangannya.
“ Kita balik aje....aku penatlah....seharian asyik tercongok depan komputer kena siapkan kerja” kata Jasmin dan dipersetujui oleh yang lain.
Mereka terus keluar dan berjalan ke tempat parking kereta. Tiba-tiba telefon Reen berdering. Dia segera mengeluarkan telefon dan nama Amier tertera di skrin.
“ Korang pergi dulu, kejap lagi aku datang” Atikah mengangkat kening. Jasmin dan Maryam saling berbalas pandang.

7 comments:

  1. al last new n3 - has been waiting for dis ....
    aargghh... don like haris- jgn lah kacau daun
    n hope reen gn layan haris tu lebih - coz amier mesti jeles nanti

    ReplyDelete
  2. nk baca gelagat Amier & Reen..byk watk lain lak...bila nak dicetak ek?

    ReplyDelete
  3. next n3 lme tggu...hehehhehe...xsbar tggu amier n reen jtuh cnta...

    ReplyDelete
  4. PLEASE SAMBUNG CITE NI .....NAK TAU ENDING DIA......TAK PUN KALAU ADA PRINTED VERSION JGN LUPA BAGITAU.................TAK PUN EMAIL N3 SELEPAS NI KE ash.triana@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Salam..Azieana
    Saya telah habis membaca novel Actually I love u..
    Komen +ve:
    1) Permulaan cerita yg baik dn menghiburkan..

    Komen -ve
    1) Character Ameer yg hampir sama dengan hero Playboy Itu Suami Aku dan Pengantin Ekspress....(playboy, CEO/boss/tak solat (permulaan)

    2) Character Reen agak mengecewakan...saya fhm dia x cintakan Ameer tapi bila Ameer telah byk berubah & telah meluahkan perasaan knp terlalu slow Reen utk membalas cinta Ameer & agak blurr, lagipun x suka bila Reen layan / keluar dgn Haris & lambat menjelaskan status dia.
    3) Ending yg terlalu ringkas, nak lebih lagi cerita (selepas 1 tahun Ameer bersabar/menunggu cinta Reen..) maybe detik honeymoon /majlis perkahwinan yg gilang gemilang..

    Apapun good try....hanya memberi pendapat hrp ada karya ke2 yg lebih boom!!

    ReplyDelete
  6. Jue-Diva
    T/kasih atas komen itu. Sy hargai apa sj komen dr pembaca. Sy hanyalah penulis yg masih baru dan byk lg yg harus diplajari. Biasalah, novel pertama memang ada byk kelemahan yg perlu di baiki. sokongan dr pbaca mdorong sy utk terus berkarya, thanks again, dear...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...