Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -30

oleh: Azieana

BAB 30
REEN mencapai beg tangannya. Salwa dan Surihani sudah pun menunggu di ruang bawah penyambut tetamu. Memang dia sudah lewat untuk keluar makan tengahari kerana baru siap berbincang dengan En. Razif. Tergopoh-gopoh dia menuju ke lif. Sebaik saja pintu lif terbuka, Reen mengeluh lega kerana kedua temannya masih setia menunggu.
Sorry, I'm late” Reen segera memohon maaf.
Small matter la...kak Hani tahu Reen ada mesyuarat dengan En. Razif tadi”  Surihani bersuara.
“ Jom, kita nak makan kat mana hari ini?” Salwa meminta pendapat.
“ Kat mana aje, janji sedap” kata Surihani, Reen hanya mengangguk.
Mereka bertiga sudah bersedia untuk beredar . Namun langkah mereka terhenti bila terdengar seseorang memanggil nama Reen.
“ Reen....Nisreen...” Reen berpaling, begitu juga dengan Surihani dan Salwa.
“ En. Amier” Reen menyebut nama lelaki itu.
Amier yang baru saja keluar dari lif termengah-mengah menghampiri mereka. Mata Reen sempat memandang ke arah Juita and the gang yang juga baru keluar dari lif, mungkin mereka keluar dari lif yang sama. Kelihatan mereka berbisik sesama sendiri sambil menjeling tajam ke arah Reen bila melihat Amier mendekatinya.
“ Ada apa ni bos?” tegur Surihani. Bimbang juga kalau Amier memerlukan sesuatu, semasa dia keluar tadi, dia sudah pun memaklumkan Amier tetapi lelaki itu hanya mendiamkan diri. Itu bermakna tak ada perkara penting yang perlu dia uruskan.
“ You all nak ke mana?” tanya Amier sekadar berbasi sedangkan dia tahu mereka bertiga mahu keluar untuk makan tengahari.
“ Makanlah...kenapa?...you nak ikutke?” Salwa mengajak sambil tergelak.
Amier tersenyum. Dia melurut rambutnya yang memang sudah kemas. Matanya ralit memandang ke arah Reen yang mendiamkan diri.
“ Er...boleh I pinjam member you ni sekejap. I nak ajak dia jumpa client!” pinta Amier.
Ketiga-tiga mereka saling berpandangan. Hairan mendengar kata-kata Amier. Lebih -lebih lagi Reen.
' Apa rasionalnya lelaki itu mengajaknya sedangkan setahunya mereka tak ada sebarang urusan dengan mana-mana client hari ini. Kalau nak jumpa client pun secara lojiknya mesti bawa secretary a.k.a  Surihani , tapi kenapa dia?' Reen buntu.
“ Er...lain kali aje saya pergi...saya dah janji dengan mereka ni nak keluar makan...lagi pun setahu saya, saya tak perlu jumpa mana-mana client hari ini, apa lagi bersama En . Amier....kalau perlu secretary, kenapa tak ajak kak Hani saja!” akhirnya terluah juga apa yang bermain dalam fikirannya.
 Amier agak tercengang. Wajahnya berubah tiba-tiba.
“ Tak apalah Reen....mungkin ada perkara yang bos nak bincangkan, tak sempat tadi kot....betulkan En. Amier!” sahut Surihani cuba meredakan perdebatan.
Amier tersenyum dan sempat mengenyit mata pada Surihani. Nak tergelak Surihani melihat wajah Amier, dia yakin pasti ada agenda lain yang sedang bermain dalam fikiran lelaki itu.
“ Tapi....kan elok kalau kak Hani aje yang pergi” Reen masih lagi rasa serba salah.
“ Pergi ajelah Reen....kak Sal dan kak Hani tak ada sebarang masalah. Sekali-sekala bos nak belanja, apa salahnya kan?....tapi betulke you nak jumpa client....siapa ya?....atau you nak ajak Reen ni pergi dating!” Salwa menokok tambah.
Reen sudah menjeling tajam ke arah Salwa dan Surihani yang sedang mengukir senyum. Amier pula tetap bersikap tenang. Sajalah tu nak buat control macho. Bencinya!
“ Hai, Reen...belum pergi lagi?....tadi bukan main kelam-kabut nak turun makan” entah dari mana tiba-tiba muncul En. Razif bersama dengan En. Musa.
“ En. Amier...jom kita keluar lunch sama!” pelawa En. Razif yang menyedari Amier turut sama berada di situ. Pada mulanya dia tak pasti kerana Amier membelakangnya.
“ You all pergi dulu....kejap lagi I keluar lunch” balas Amier.
En. Razif dan En. Musa sekadar mengangguk. Akhirnya kedua lelaki itu mempelawa Surihani dan Salwa bersama. Bukan main seronok lagi kedua wanita itu bila di ajak. Mereka tahu En. Razif seorang lelaki yang tidak lokek berbelanja.
“ Jom!” akhirnya Amier bersuara bila di perkarangan itu hanya tinggal mereka berdua.
Reen mengeluh. Matanya sempat memandang pada ruang penyambut tetamu yang terletak 10 meter dari lif. Sesekali dilihatnya Mariani menoleh ke arah mereka. Pasti apa yang dilihatnya itu diceritakan pada Juita. Mesti perempuan tu kecoh bila tahu dia keluar bersama CEO Dynamic Holdings.
“ Betulke awak nak bawa saya jumpa client ni?” soal Reen was-was. Dia masih lagi belum berganjak walaupun Amier telah mempelawanya.
It just a gimmick....okay, lets go....time is running” tanpa banyak bicara Amier terus menarik tangan Reen. Terpaksalah dia mengikut langkah laju Amier dengan wajah sebal tanpa mempedulikan wajah Mariani yang hampir nak terjojol biji mata melihat Amier memegang tangannya.
“ Kenapa ni?” soal Amier bila mereka sudah berada di dalam kereta BMW X6. Amier sudah pun menghidupkan enjin kereta, cuma menunggu untuk masukkan gear. Hairan dia melihat wajah Reen yang muncung.
“ Marahkan abang ya!”
Amier memandang sekilas wajah Reen di sebelah sambil tersenyum. Cermin mata hitam di ambil dari dalam dashboard, segera di pakai menambahkan kekacakan wajahnya yang memang dah kacak. Sengaja dia mengerling ke arah Reen sambil menaikkan kening bersama sebuah senyuman. Terpesona Reen melihat wajah itu, hatinya berdebar tiba-tiba.
“ Kenapa Reen tengok muka abang macam tu? Seram tau!....atau, Reen sebenarnya dah jatuh cinta pada abang ek?” Amier tahu Reen terpegun dengan penampilannya. Hatinya sudah berbunga riang.
“ Ah! Tak kuasa nak jatuh cinta dengan awak....bukannya untung apa-apa pun” sengaja Reen menahan debaran, rasa segan kerana perasaannya saat ini dapat di hidu oleh Amier.
“ Siapa kata tak untung?....untung apa dapat abang yang cukup package ni.....berebut-rebut perempuan kat luar sana nak mendampingi abang!” Amier tergelak.
Merah padam muka Reen dengan usikan itu.
“ Awak ni kan....” Reen mengetap bibir.
“ Abang tahu abang ni memang lelaki yang handsome, tak payahlah Reen nak bagi tahu!” Amier mengangkat diri. Seronok betul dapat mengenakan Reen.
“ Awak ni lelaki perasan tau!” cemuh Reen geram.
Dia menghentak tubuhnya geram di kusyen kereta. Saja nak tunjuk protes. Dia berpeluk tubuh sambil mengeluh panjang, hatinya makin marah kerana saat ini kereta masih belum bergerak. Tadi bukan main nak cepat, ini dah berapa minit asyik tercongok dalam kereta yang tak bergerak.
“ Amboi, sedapnya mulut dia mengutuk kita!....awak tau tak lelaki yang awak kutuk tu siapa?....suami awak tau!” tangan kiri Amier terus mencubit pipi kanan Reen. Geram, kerana mulut comel itu seronok mengutuknya.
“ Tangan awak tu.... jangan sesuka hati aje nak sentuh saya....saya tak suka!” tanpa sedar tangannya sudah mencubit lengan Amier. Lelaki itu mengaduh kesakitan, kemudian dia tergelak.
“ O...dia cubit kita tak pe....kita tak boleh....ini tidak adil” Amier memprotes sambil menumpuk streng kereta seolah-oleh menggayakan watak Abdul Wahub dalam 3 Abdul lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
“ Sebab awak gatal!” balas Reen geram.
Amier ketawa.
“ Tadi cakap time is running....tapi sejak dari tadi kereta ni masih tak bergerak-gerak.....kalau macam ni, baik saya turun. Makan kat kedai depan tu lagi baik dari mengadap muka awak” bentak Reen.
“ Okay, sayang.....we are moving right now.....nak makan kat mana?” kereta sudah pun meninggalkan perkarangan bangunan Dynamic Holdings.
“ Kat mana-mana pun tak kesah....dah ada yang sudi nak belanja”
Kereta terus melucur laju dan akhirnya Amier singgah di sebuah resoran. Reen hanya menyerahkan pada Amier untuk membuat pesanan, dia hanya mengikut. Malas nak banyak songeh.
Reen....do you know...how much I love you!” Amier tiba-tiba bersuara selepas hampir 3 minit masing-masing membisu sementara menunggu pesanan sampai. Reen terdiam, tergamam. Kata-kata Amier membuat dia makin resah. Setiap kali lelaki itu mengungkapkan perkataan cinta, dia akan keresahan dan hatinya berdegup kencang.
“ Perkataan cinta sahaja belum cukup untuk membuktikan bahawa awak betul-betul cintakan saya.....cinta, mungkin perkataan itu cukup mudah untuk awak lafazkan tapi bagi saya perkataan itu cukup bermakna. Perkataan c.i.n.t.a boleh memberi pelbagai maksud dan pemahaman. Jangan terlalu mudah melafazkan perkataan itu kalau awak tak pasti apa sebenarnya yang tersirat di sebalik perkataan tu. Saya tak nak awak hanya lafazkan perkataan itu hanya untuk saya sedangkan perkataan itu sepatutnya awak lafazkan untuk yang lebih berhak!” Reen memandang wajah Amier. Lelaki itu terdiam lama.
“ Apa maksud awak, Reen?....Reen tak menghargai cinta abang pada Reen.....adakah cinta dan perasaan abang tak ada sedikit pun maknanya buat Reen?” Amier bingung. Terasa dirinya di perlekehkan oleh gadis di hadapannya. Maruahnya seperti di pijak-pijak.
“ Nampaknya memang betul awak masih belum faham maksud saya.....saya hanya mahu awak buktikan pada saya yang awak cintakan saya dan buat saya jatuh cinta pada awak. Bunyinya cukup mudah tapi sukar untuk dilaksanakan terutamanya bagi lelaki seperti awak!” Reen merenung wajah Amier yang nampak berang.
“ Saya percaya....suatu hari nanti awak akan faham apa maksud saya dan kenapa saya sukar nak terima awak dalam hidup saya. Saya lakukan semua ini bukan kerana saya ego tapi kerana saya  mahu awak menjadi seorang lelaki yang terbaik untuk saya dan membuatkan saya bangga kerana menyayangi dan menyintai awak sebagai lelaki yang pertama  dan yang terakhir dalam hidup saya!” akhirnya Reen memujuk membuatkan wajah Amier berubah. Tidak setengang tadi, kali ini ada senyuman terukir di bibirnya.
“ Okay....pesanan kita dah sampai....nampak sedap” Amier menggosok kedua-dua tangannya.
Amier tidak jadi mencapai sudu dan garpu bila melihat Reen terlebih dahulu membaca doa makan. Dia turut menadah tangan dan berdoa sebelum mencapai sudu dan garpu. Tersenyum Reen melihat Amier mengikut langkahnya. Mereka makan dengan selera dan kali ini mereka makan dengan aman.
“ Hai....Mier....”
Seorang gadis muncul di hadapan mereka. Dia merenung wajah Amier dan Reen silih berganti. Reen hanya diam membisu membiarkan gadis yang berpakaian seksi itu memulakan bicara. Amier kelihatan resah dengan kemunculan gadis yang memakai skirt pendek dan kemeja tanpa lengan berwarna putih. Cermin mata hitam di letak di atas kepalanya.
Long time no see ….sejak you tinggalkan I di chalet hari tu...susah betul nak jumpa you...I dah cuba  call you banyak kali tapi you tak pernah jawab....” kata gadis itu sambil memandang Amier.
“ Kay....I....”
Amier benar-benar rasa tak selesa dengan kemunculan gadis itu. Dia memang tak suka pada mana-mana gadis yang muncul di hadapannya setiap kali dia bersama Reen, bimbang tanggapan gadis itu terhadapnya tak akan pudar.
“ Siapa ni?....mangsa baru you ke?....sejak bila taste you bertukar....dah minat gadis yang bertudung pulak!”
 Kay memandang sekilas wajah Reen dengan senyuman sinis menghiasi bibirnya. Ada riak cemburu pada pandangannya. Reen hanya diam membisu. Berpura-pura tiada apa yang berlaku. Bukannya ada faedah. Buang current aje kalau nak mencelah perbualan mereka.
Please....don't disturb me okay.....hubungan kita dah lama berakhir and you know that....I paling benci pada perempuan yang suka mendesak....I hate them very much!” tegas Amier.
So....maksud you....you love this girl?” Kay menjeling tajam pada Reen.
My bussiness is not your bussiness.... is that clear?” Amier cuba menjelaskan kedudukan gadis itu.
Amier bangun dan mengadap wajah Kay yang cemberut. Wajahnya yang bermake up tebal tidak dapat menutup rasa kecewa dan sedihnya kerana dirinya sudah tidak dihargai. Perbualan mereka mula mendapat perhatian beberapa pengunjung di situ.
“ En. Amier....kita datang sini nak makan, bukan nak buat drama” akhirnya Reen bersuara. Malu rasanya menjadi bahan tontonan.
Kay mendengus kasar. Tanpa sebarang kata, dia terus pamit keluar dari restoran itu. Amier mengeluh lega. Dia kembali duduk.
I'm sorry.... abang dah tak selera nak makan” Amier segera memanggil pelayan dan membayar makanan yang hanya sempat dijamah sedikit.
“ Temankan abang beli barang ya!”
Amier melilau sekitar pusat membeli belah. Sebenarnya Reen rasa tak selesa kerana waktu rehat sudah habis tapi bila memikirkan dia bersama seorang CEO,  terpaksalah mengikut langkah lelaki itu. Reen tetap mengikut ke mana saja kaki Amier melangkah sehinggalah lelaki itu singgah di kedai menjual telefon. Pelbagai jenama dan jenis telefon di pamer dan di jual. Amier dilihatnya begitu tekun memilih beberapa jenis telefon serta bertanya fungsi-fungsinya. Reen sekadar mendengar ala kadar. Dalam hati teringin juga nak membeli telefon baru, cukuplah sekadar untuk buat panggilan dan berSMS. Dia perlu berjimat cermat.
“ Jom!” suara Amier mematikan lamunan Reen. Tangannya terus di tarik oleh Amier.
“ Tak perlulah pegang tangan saya, saya tahu jalan sendiri....ingat saya ni budak kecilke?” rungut Reen terkejut dengan tindakan Amier yang seenak memegang tangannya.
“ Kenapa? Tak boleh ke abang nak pegang tangan awak....'awakkan isteri saya'” sengaja disuakan perkataan isteri agar Reen menyedari status hubungan antara mereka.
Reen menarik tangannya kasar. Laju langkahnya ke hadapan meninggalkan Amier terkulat-kulat. Terkejut dengan tindakan Reen. Terpaksalah dia mengejar gadis itu.
“ Apasal  ni?  sensitif sangat....tak pernah abang jumpa perempuan seperti Reen ni tau!” kata Amier sambil tersengih. Termengah-mengah juga dia mengejar langkah Reen tadi.
“ Sebab perempuan yang awak jumpa sebelum ini perangainya sama dengan perempuan yang bernama Kay tadi!” bentak Reen melepas geram.
That why....I'm falling in love with you!
Amier terus menarik hidung Reen. Makin mencerlung Reen membalas pandangan mata Amier yang menggoda itu. Geram betul dia dengan tindakan drastik Amier tadi, suka sangat tarik hidung orang. Dah ...dia juga yang menanggung malu bila beberapa orang pemuda sempat melihat aksi mereka.
“ Cepatlah....dah lewat ni....apa kata staff lain bila dia orang tengok saya masuk lambat” Reen gusar dengan andaian staff Dynamic Holdings terutamanya Juita and the gangs, suka sangat buat cerita yang tak betul semata-mata mahukan kontroversi.
Di dalam kereta, Amier tak banyak cakap. Dia banyak memberi tumpuan pada pemanduannya dan Reen tak kesah kerana itu lebih baik dari bertekak. Pelbagai andaian muncul dalam fikirannya kalau staff kat pejabat tahu dia keluar lunch bersama Amier. Orang yang paling dia nak elak selepas ini adalah Salwa dan Surihani, pasti rancak mulut dua perempuan itu mengusiknya.
“ Nah, untuk Reen....” Amier menghulurkan plastik yang dibelinya tadi sebelum Reen sempat keluar dari keretanya.
Terpingga-pingga Reen memandang plastik itu.
“ Inikan telefon yang awak beli tadi....kenapa berikan pada saya?” serba salah dia mahu menerima pemberian itu.
“ Memang abang beli handphone ni untuk Reen sebagai hadiah....Reen kan tak ada telefon sekarang, nanti susah abang nak hubungi. Abang dah gantikan dengan simcard baru. Pakai bil lagi senang...atas nama abang. Nanti Reen tak boleh bagi alasan tak ada kredit atau kredit expired ” beritahu Amier sambil meletakkan plastik telefon atas ribaan Reen.
“ Tapi....”
“ Telefon Reen kan dah rosak sebab jatuh dalam air laut masa kita pergi PD hari tu”
“ Er...dari mana awak tahu pasal telefon saya tu?” ternganga mulut Reen mendengar kata-kata Amier. Sangkanya tak ada sesiapa yang tahu pasal telefonnya.
“ Abang ternampak secara tak sengaja masa telefon Reen tu jatuh dalam air” Reen terdiam. Tak sangka lelaki itu perihatin juga orangnya.
“ Abang tahu Reen boleh beli sendiri tapi anggap ini hadiah dari abang. Reen terima ya....abang bagi dengan ikhlas” sekali lagi Amier bersuara dengan nada memujuk. Dia benar-benar berharap Reen sudi menerima pemberiannya.
“ Terima kasih” akhirnya Reen menerima pemberian itu dengan senang hati. Dia tahu lelaki itu memang ikhlas menghadiahkannya.
“ Kasih anda sudah lama diterima dengan sepenuh hati” balas Amier sambil tersenyum.
“ Ada-ada aje awak ni” akhirnya Reen tersenyum.
“ Reen seronok tak keluar dengan abang....kalau seronok nanti kita keluar lunch lagi” kata Amier. Dia menunggu reaksi dari Reen.
“ Kalau saya rasa tak seronok...kita tak perlu keluar bersama lagi?” duga Reen.
Nope...abang akan pastikan yang isteri abang ni akan sentiasa gembira setiap kali kita keluar bersama!” Amier mengenyit mata.
“ Pandailah awak ni buat auta!” Reen mengeleng kepala sambil tersenyum.
Mereka masuk ke dalam bangunan bersama. Nasib baik mereka tidak perlu tunggu lama untuk lif terbuka. Sebaik saja lif terbuka, kelihatan Badri keluar dari lif. Lelaki itu agak terkejut melihat Reen dan Amier bersama.
“ Hai Reen....lambat masuk hari ni” tegur Badri sambil memandang wajah Reen.
“ Kami baru balik jumpa client....you ada masalah ke kalau kami masuk lambat?” Amier bersuara. Dia tak suka cara Badri memandang wajah Reen. Dia rasa cemburu.
“ T...tak.....sorry, En. Amier....saya tak tahu yang Reen ni keluar dengan En. Amier” cepat-cepat Badri beredar tanpa menoleh ke belakang.
Reen mengerling ke arah Amier yang nampak agak serius. Tanpa menghiraukan perasaan Amier, Reen terus masuk diikuti oleh Amier. Terus tangannya menekan angka 15.
“ Abang tahu yang si mamat tu dah lama sukakan Reen, I don't like it!” tiba-tiba Amier bersuara tanpa memandang wajah Reen. Reen mula gusar, tambah pula hanya mereka berdua dalam lif ketika ini.
“ Itu hak dia...saya tak ada kuasa nak menghalang dan saya tak pernah melayan dia lebih dari kawan sekerja” balas Reen. Risau juga kalau Amier mengambil apa-apa tindakan terhadap Badri. Lelaki itu tidak bersalah dan dia seorang pekerja yang baik yang banyak menolongnya berkaitan dengan kerja dan jawatan yang sedang di pegangnya. Plastik yang mengandungi kotak telefon bimbit digenggam kemas.
Sampai di tingkat 10, pintu lif terbuka. Masuk seorang gadis yang mengenakan skirt berwarna hitam dengan dipadankan dengan jaket merah. Gadis itu segera mengukir senyum sebaik saja melihat wajah Amier di dalam lif. Sengaja dia mendekatkan diri pada lelaki itu. Reen menjarakkan diri,  tidak mahu dekat dengan gadis itu.
“ Selamat petang En. Amier” tegur gadis itu bila senyumannya tidak dibalas oleh Amier. Sempat lagi mengerling tajam pada Reen. Cemburu bila melihat Reen bersama Amier berdua di dalam lif.
“ Selamat petang, Juita. Cantik you hari ni” balas Amier. Sengaja memuji gadis itu semata-mata mahu mengelak cerita yang bakal disebarkan oleh gadis itu terhadap Reen.
“ Terima kasih” tersipu-sipu malu Juita bila di puji.
Sejak dia bergelar setiausaha kepada En. Musa yang memegang jawatan sebagai pengurus operasi sejak 3 tahun, selalu juga dia mengambil peluang untuk mendekati Amier tapi lelaki itu tak pernah melayannya. Sebab itu dia terlalu mencemburui Reen kerana dilihatnya Amier lebih memberi tumpuan pada Reen berbanding dirinya sedangkan penampilannya lebih bergaya. Setahunya, semua teman wanita Amier bergaya dan seksi serta pandai menggoda. Ciri-ciri itu tidak ada pada Reen tapi kenapa gadis itu berjaya menarik perhatian lelaki kacak itu. Lagi pun Reen baru saja menyertai Dynamic Holdings beberapa bulan sedang dia sudah bertahun hanya memuja lelaki itu dari jauh. Ini yang membuat dia rasa tak puas hati. Ini tidak adil! kalau ada meja kat depan mata, pasti dihentaknya meja itu.
“ Cik Juita, pintu lif dah terbuka!” kata Amier bila pintu lif di tingkat 12 terbuka dan Juita seperti tidak mahu berganjak.
“ Cik Juita” terpingga-pingga Juita dengan sergahan Amier. Begitu jauh dia mengelamun sehingga tak sedar pintu lif sudah terbuka. Nasib baik dia tak melatah bila ditegur oleh Amier. Itu memang kelemahannya. Walaupun masih muda, berusia 26 tahun tapi dia sudah mewarisi sifat latah dari arwah neneknya. Dia sedar ada beberapa staff lelaki yang suka mengusiknya semata-mata mahu melihat dia melatah. Saja nak gelakkannya.
“ Oh....thanks!” Juita segera keluar, mencuka aje wajahnya sewaktu keluar dari lif.
Amier sempat mengeleng kepala. Sekilas dia memandang ke arah Reen yang turut melihat gelagat Juita. Beberapa detik mereka saling berpandangan dan Reen cepat-cepat menundukkan wajahnya. Amier sengaja mendekati Reen, tangan gadis itu di capai dan digenggam seketika. Semakin Reen cuba menarik tangannya, semakin kuat pula Amier mengenggam tangannya. Akhirnya dia terpaksa merelakan tangannya terus digenggam oleh Amier. Bibir lelaki itu tersenyum dan kalau boleh dia ingin terus mengenggam tangan itu. Pintu lif terbuka di tingkat 15 dan Reen cepat-cepat menarik tangannya. Amier terpaksa melepaskan tangan Reen kerana saat itu juga Syahid yang memegang jawatan sebagai dispatch sedang berdiri di pintu lif sambil merenung tajam ke arah mereka berdua. Mungkinkah dia melihat apa yang berlaku di dalam lif itu?
**************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...