Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -3

oleh : Azieana

BAB 3
DENGAN mengenakan baju kurung berwarna biru tua bercorak kecil dan tudung warna putih di hiasi dengan bunga berwarna biru, Nisreen melangkah menghampiri meja seorang gadis dibahagian kaunter pertanyaan.
“ Assalamualaikum” Reen segera menghulur salam.
Gadis manis itu mendongak, senyuman terukir dibibirnya sambil menjawab salam yang di beri.
“ Ya, ada apa yang boleh dibantu?”
Gadis itu memandang wajah Nisreen.
Reen memberitahu tujuan kedatangannya. Gadis itu segera memberitahu tempat yang mesti di tuju.
“ Terima kasih “ ucap Reen dan berlalu menuju ke lif.
Sebaik saja keluar dari lif dia menuju ke satu sudut yang menempatkan seorang perempuan.
“ Assalamualaikum, saya Nur Nisreen...saya datang untuk di interview
“ Waalaikumussalam...you datang untuk interview ya....you jumpa dengan Pn. Surihani. Er...itu mejanya” selepas mengucapkan terima kasih, Reen menuju ke tempat yang dinyatakan.
“ Assalamuaikum...saya Nur Nisreen Ahmad. Saya datang untuk interview” suara Reen, terasa penat juga asyik mengucapkan perkataan yang sama. Dikira dan dicongak, selepas ini dia akan mengutarakan ayat yang sama lagi.
“ Oh...Cik Nur Nisreen ya....er...sekejap ya!”
Perempuan yang bernama Surihani segera menekan interkom.
“ Selamat pagi bos, Cik Nur Nisreen dah sampai untuk di interview” beritahu Surihani.
“ Suruh dia masuk!”
“ Baik, bos”
Surihani bangun dan mengajak Reen mengikutinya masuk ke dalam bilik. Tertera nama Tg. Amier Asyraf b. Datuk Tg. Mahmod, CEO. Selepas mengetuk pintu beberapa kali, tombol pintu di buka. Surihani mempersilakan Reen masuk. Reen sempat meneliti sekilas bilik mewah itu, susun atur yang kemas menempatkan set sofa kulit. Ada beberapa lukisan pemandangan dan ayat Al-Quran di tampal di dinding. Akhirnya tumpuan Reen pada seorang lelaki yang sedang asyik menatap laptop di hadapannya.
“ En. Amier, Ini Nur Nisreen” beritahu Surihani apabila Amier begitu ralit menatap laptopnya.
“ Hm...Ok” hanya kata-kata yang ringkas keluar dari bibir lelaki itu tanpa memandang ke arah mereka yang sedang berdiri menghadapnya.
Surihani memandang wajah Reen sambil mengukir senyum.
“ Saya keluar dulu” Surihani terus keluar meninggalkan Reen terkulat-kulat berdiri seorang diri mengadap wajah lelaki dihadapannya yang sedikit pun tidak menghiraukan kemunculannya.
Reen mula resah. Sampai bila dia harus menjadi tukang pacak di hadapan lelaki itu sedangkan tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan lelaki itu mengharagai tujuan kehadirannya hari ini. Buat penat aje jadi jaga tak bergaji. Rungutnya dalam diam.
“ Maaf, Encik... kalau encik sibuk, saya datang lain kali saja untuk interview”
Akhirnya Reen memberanikan diri untuk bersuara. Kata-kata Reen membuatkan lelaki itu tiba-tiba memandangnya. Reen terkedu, namun lelaki itu kelihatan agak tergamam seolah-olah baru menyedari kewujudannya.
“ Er....sorry. Jemput duduk” pelawa lelaki itu, namun matanya masih tetap mengadap laptop di atas meja.
“ Terima kasih” ucap Reen penuh sopan. Biasalah....mesti kena bersopan sebab nak minta perhatian supaya dapat peluang kerja. Ingat senangke nak dapat sebarang kerja hatta nak jadi tukang cuci tandas sekali pun.
Reen duduk di kerusi mengadap lelaki yang masih sibuk melayan laptopnya.
' Betulke dia ni betul-betul sibuk, entah-entah asyik sibuk layan facebook dengan girlfriend je', rungut Reen mengeluh perlahan. Sesekali matanya ralit menatap wajah lelaki di hadapannya, lelaki itu juga yang menghantarnya semalam walaupun pertama kali mereka berjumpa. Memang kacak orangnya, berkulit putih, hidung mancung, berambut keperangan, pendek kata memang mantap. Patutlah ramai perempuan terhegeh-hegeh mendekatinya. Sekali pandang wajahnya tidak ada ciri-ciri lelaki melayu, tapi macamana dia boleh jadi abang Eisya sedangkan mereka tak ada iras langsung. Confuse aku!
' Tak kan aku nak tanya dia pasal kaitannya dengan Eisya, nanti macam aku pulak yang interview dia, kan haru namanya tu'
“ Maaf Cik Nisreen kerana terpaksa menunggu lama. Saya terpaksa uruskan sesuatu yang perlukan pemerhatian segera”
Lelaki itu kemudian memandang Nisreen tiba-tiba membuatkan Reen terpingga-pingga. Terkejut.
“ Oh...tak mengapa” balas Reen dengan suara gementar. Sebenarnya dia masih lagi segan untuk berhadapan dengan lelaki itu bila mengingatkan apa yang berlaku dibilik Eisya semalam. Reen tertunduk apabila Amier tiba-tiba mengukir senyum.
' Hisy....apa senyum-senyum ni....mesti dia fikirkan pasal semalam, ni yang buat saya malu ni'. Reen makin menundukkan wajahnya. Cuba menyembunyikan wajah yang dirasakan makin panas.
So, awak tahukan kenapa kita berjumpa hari ini?”
Amier membetulkan kedudukannya. Reen mengangguk perlahan.
“ Ini dokumen saya untuk rujukan En. Amier” Amier menyambut huluran. Isi kandungan yang terdapat dalam fail hitam tebal itu di belek dan di teliti satu persatu sambil kepalanya mengangguk perlahan.
“ Hm...cik Nur Nisreen Ahmad” Amier menutup folder yang berada di hadapannya, kini lelaki itu memberikan tumpuan 100% menatap wajah Nisreen. Reen mula gelisah, tangannya terasa sejuk, nak terkencing pun ada. Ada ke patut dia tenung aku macam aku ni anak patung kat supermarket. Saja je nak buat aku makin menggelabah.
“ Sekarang ni awak kerja apa?” tanya Amier. Matanya tetap memandang wajah ayu di hadapannya. Makin lama wajah itu di pandang, hatinya makin terusik.
“ Siang hari saya kerja di butik, malam saya mengajar tuisyen dari rumah ke rumah” bulat mata Amier mendengar jawapan Reen.
“ Dah berapa lama awak kerja macam tu?”
“ Selepas saya tamat belajar kira-kira 5 bulan lalu” beritahu Reen.
Berkerut dahi Amier medengarnya.
“ Awak tak penat ke kerja siang dan malam macam tu? Bila masa awak berehat!” selidik Amier sambil membezakan antara dia dan gadis itu.
“ Ada juga masa saya berehat...tapi apa nak buat. Keluarga saya orang miskin, banyak bergantung pada saya terutama selepas ayah meninggal sebelum saya masuk universiti” terkedu Amier mendengar kata-kata itu. Ternyata dia cukup kagum dengan ketabahan gadis itu.
“ Baiklah, awak diterima bekerja di sini sebagai Asst. Manager mulai minggu depan. Saya akan minta Surihani uruskan semuanya” Amier membuat keputusan.
“ Hah!”
`Begitu aje? Macam ni ke temuduga!`. Kalau lalat ada kat bilik tu sekarang mesti dah selamat masuk dalam mulutnya.
“ En. Amier, saya tak nak kehadiran saya di syarikat ini menimbulkan umpatan kerana saya mengenali keluarga En Amier” segan pula Reen utntuk menerima jawatan itu walaupun dia mengharapkan memperolehi kerjaya yang baik supaya dapat membantu ibunya di kampung.
“ Tak. Awak diterima kerja di sini kerana awak berkelayakan. Saya dah tengok sijil-sijil awak tadi . Awak tak perlu risau akan hal itu” pujuk Amier.
“ Hani. Masuk kejap” Amier menekan interkom. Tak lama kemudian Surihani muncul sambil mengukir senyum.
“ Kenalkan, ini Surihani. Setiausaha saya. Dia akan uruskan surat dan akan beritahu skop kerja awak nanti sebelum awak bertugas minggu depan. Hani, Cik Nur Nisreen ni akan bekerja sebagai Ass Manager menggantikan Yusri...awak tolong uruskan untuk dia” beritahu Amier. Surihani mengangguk dan mengukir senyum sebaik saja berbalas pandang dengan Reen.
“ Baik, En. Amier. Ada apa-apa lagi?”
“ Itu saja”
“ Baiklah, saya keluar dulu”
Amier bangun dan berjalan menghampiri kerusi yang di duduki Reen. Reen juga turut bangun. Berdebar-debar juga hatinya saat Amier berdiri betul-betul berhadapan dengannya.
Well. Selamat menyertai Dynamic Holdings” Amier menghulurkan tangan, lambat-lambat Reen menyambut huluran tangan itu. Kalau tak sambut nanti dikata biadap, kalau sambut pun....susah juga. Mereka berduakan bukan muhrim. Mana boleh salam. Dah! Batal air sembahyang aku!
“ Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu” kata Reen. Cepat-cepat dia menarik tangannya dari terus digenggam oleh Amier dengan pandangan yang cukup menggoda.
Sure...” Nisreen mengatur langkah menuju ke pintu sambil diperhati oleh Amier. Wajah lelaki itu benar-benar ceria dengan pertemuan itu. Ada sesuatu yang mula bertandang di tangkai hatinya. Macam ada iras-iras simbol bentuk love gitu walaupun agak samar-samar.

***********

REEN memberitahu Pn. Saloma yang dia sudah mendapat pekerjaan yang baru. Betapa gembiranya Pn. Saloma setelah Reen menyatakan khabar tersebut. Dia tahu, anak sulungnya itu banyak membantu sejak dia kematian suami lima tahun yang lalu.
“ Kerjalah baik-baik. Ibu nak Reen jaga diri ya...pasal ibu dan adik-adik, tak payahlah Reen risau”
Itulah kata-kata Pn. Saloma setelah Reen menelefonnya minggu lepas. Kini sudah seminggu dia mula bekerja di Syarikat Dynamic Holdings. Semua staf syarikat itu melayannya dengan baik.
“ Hai, Reen. Tak nak keluar lunch ke?” tiba-tiba muncul wajah Saerah di muka pintu. Gadis yang bekerja sebagai pembantu kewangan itu tersenyum melihat Reen yang masih lagi mengelamun. Tidak sedar akan kemunculannya.
“ Weh! Jauhnya mengelamun. Dah sampai benua mana ni?” sergah Saerah sambil menepuk bahu Reen. Terpingga-pingga Reen dibuatnya. Saerah tergelak kecil. Seronok pulak melihat wajah Reen yang blur gitu. Nampak cute!
Sorry. Reen tak sedar Irah masuk tadi” Reen bersuara, cuba mengawal rasa malu bila ditangkap sedang mengelamun jauh.
“ Hm...ini pasti teringatkan boyfriend” usik Saerah.
“ Hisy...tak adalah. Reen cuma teringatkan ibu kat kampung. Jomlah kita keluar.
Mereka berjalan kaki untuk ke tempat makan yang sememangnya menjadi tempat kunjungan staf kat syarikat Dynamic Holdings. Restoran yang berhadapan dengan syarikat mereka menyediakan pelbagai juadah dan harganya pun taklah mahal. Saerah dan Reen mendapatkan tempat duduk setelah membayar harga makanan mereka. Sambil makan mereka berbual kosong. Banyak juga cerita yang berada dalam pengetahuan Saerah, maklum saja sudah 4 tahun dia bekerja di situ.
“ Hello! Hai sayang!”
Wajah Saerah begitu ceria bila mendapat panggilan telefon dari tunangnya. Saerah yang begitu asyik berbual itu membuatkan Reen mengeluh perlahan. Dia mengacau perlahan minuman dengan straw sambil matanya melilau melihat sekitar restoran yang menjadi kunjungannya sejak minggu lepas. Dia mengukir senyum bila matanya bertembung dengan Kamal dan Badri yang sedang makan selang beberapa meja darinya. Sejak dari hari pertama dia masuk kerja Badri sering mengusiknya. Badri memang seorang lelaki yang peramah dan baik, sebab itu dia tidak kesah dengan usikan Badri. Malah lelaki itu tidak lokek dengan ilmu. Dengan senang hati dia akan menjelaskan sesuatu perkara sekiranya dia tidak faham. Maklum saja sebelum ini Badri pernah memengang jawatan sebagai Ass Manager sebelum di naikkan pangkat menjadi manager bahagian Sumber Manusia.
Tiba-tiba tumpuan mata Reen terhenti pada satu sudut yang agak terlindung dengan pokok yang menjadi hiasan restoran itu. Amier sedang menikmati hidangan sambil berbual mesra dengan seorang gadis, nampak cukup bergaya penampilannya.
“ Ehem...!” Saerah berdehem mematikan pandangan Reen ke sudut itu.
“ Reen , awak pun ada hati kat En. Amier tu ya!” usik Saerah tiba-tiba. Dia sedar sedari tadi tumpuan Reen menghala ke arah Amier dan gadis yang bersamanya.
“ Eh! Mana ada. Dia tu kan bos kita, tak adanya dia nak pandang Reen yang serba kekurangan ni” Sangkal Reen membuatkan Saerah terusan memandangnya. Reen jadi keliru dengan renungan mata Saerah.
“ Reen, betulke awak ni tak ada boyfriend?”
Gelengan Reen membuatkan Saerah mengerutkan dahi.
“ Boleh percayake orang macam Reen ni tak ada boyfriend....tapi kalau tak ada pun okay juga” Saerah tiba-tiba tersenyum.
“ Apa maksud awak ni, Irah ?”
“ Kalau tak ada boyfriend lagi, eloklah Reen couple dengan En. Amier tu. Sama cantik dan sama padan” mencerlung mata Reen melihat senyuman nakal Saerah.
“ Awak ni Irah, jangan nak malukan Reen boleh tak. Pipit dan enggang tak boleh terbang bersama. So, mulut tu jangan nak gatal-gatal canang kat semua orang. Nanti Reen juga yang malu” Tak dapat dibayangkan bila tiba-tiba semua orang menunding jari ke arahnya atas tuduhan cuba mengoda bos atau di tuduh mempunyai cita-cita tinggi untuk bergandingan dengan CEO Dynamic Holdings. Seram sejuk tubuhnya kalau terpaksa mempertahan diri dari terus menjadi bahan umpatan manuasia sedangkan dia sikit pun tidak mempunyai perasaan terhadap lelaki itu.
“ Reen, takkanlah Reen tak terpikat dengan lelaki handsome, kacak, kaya dan bergaya, berkedudukan, romantis macam En. Amier tu. Pendek kata En. Amier macam one in a million tau! Rugi kalau Reen tolak”
“ Irah, jangan nak buat cerita mengarut boleh tak. Buat masa sekarang Reen tak fikir pasal tu. Reen nak tumpukan pasal kerja kerana Reen nak bantu keluarga” tegas suara Reen membuatkan Saerah terkasima. Merah muka Reen manahan marah. Memang sejak dari dulu dia tidak suka membicara soal itu sebab tumpuan dia lebih untuk keluarga dari memikirkan diri sendiri.
Sorry, saya tak bermaksud nak buat awak marah Reen, tapi inikan lumrah kehidupan. Setiap orang berhak untuk bercinta....menyintai dan dicintai. Kadang-kadang cinta tu datang tanpa kita sedar walaupun selama ini kita menolak kehadirannya” Saerah mengeluh. Cuba membuat Reen faham maksud yang ingin disampaikan.
“ Saya pun minta maaf, Irah. Saya tak bermaksud nak marahkan awak....” ujar Reen dengan rasa bersalah kerana telah mengecilkan hati Saerah tanpa sengaja.
“ Sudahlah, dah dekat nak pukul dua. Reen belum solat lagi. Baik kita beredar sekarang” Reen terlebih dulu bangun, diikuti oleh Saerah.
Amier yang turut berada di situ sempat melihat Reen beredar bersama temannya. Buat seketika dia tidak mengendahkan apa yang sedang diperkatakan oleh gadis yang berada di hadapannya. Pandangannya terus menghala mengekori setiap langkah yang di atur oleh Reen.

************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...