Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -29

oleh: Azieana

BAB 29
AMIER memberhentikan kereta di hadapan rumah sewa Reen. Pada awalnya Datin Halijah mahu Reen tidur di rumahnya, tetapi Reen menolak dengan alasan apa yang akan diberitahu pada staff Dynamic Holdings kalau mereka tahu dia datang bersama Amier.
“ Siapa lelaki yang bersama Reen tengahari tadi? Abang tengok bukan main mesra lagi!” kata Amier membuatkan Reen tersentak, hairan. Lelaki mana yang dimaksudkan oleh Amier.
“ Lelaki? Lelaki mana yang awak maksudkan?”
“ Lelaki yang bersama awak di pantai....ada seorang kanak-kanak perempuan bersama” beritahu Amier dengan suara yang agak keras. Geram sungguh dia dengan gelagat gadis itu, seolah-olah menganggap pertanyaannya tidak penting, sedangkan hatinya benar-benar dilanda resah.
“ Oh....maksud awak, Haris” Reen tersenyum. Tiba-tiba wajah Haris dan Shasha muncul dalam ingatannya.
“ Jadi lelaki itu bernama Haris?”
Hati Amier menjadi pedih. Melihat Reen mengukir senyum bila dia menyebut nama Haris membuatkan perasaan Amier makin resah. Betulkah selama ini mereka saling kenal. Dari jauh dia dapat melihat betapa gembiranya Reen melayan Shasha. Sesekali dia dapat melihat Reen ketawa riang dan Haris dilihatnya begitu ralit melihat wajah Reen. Kalau boleh dia mahu mendekati mereka, namun terpaksa di sabarkan hati takut dia akan melakukan tindakan drastik dalam keadaan marah dan cemburu. Saat itu dia masih lagi berfikiran waras.
“ Kenapa? Cemburu ye!” Reen seakan mengejeknya. Reen memandang sekilas wajah Amier. Dia tahu lelaki itu cemburu. Seronok pulak bila sesekali dapat melihat wajah Amier yang seperti cacing kepanasan.
Amier sekali lagi menahan rasa. Dia menggenggam penumbuk. Nasib baik suasana agak gelap, tindakannya tidak dapat dilihat dengan jelas oleh Reen. Siapa tak cemburu melihat isteri bergelak ketawa dengan lelaki lain. Memang dah naluri manusia, perasaan cemburu tak dapat dibendung kalau dah sayangkan seseorang.
He's married and that girl ....his daughter” jawapan Reen membuatkan Amier mengeluh lega. Ada senyuman terukir di bibir nipisnya.
“ Awak pun mesra dengan Lisa....tapi saya tak kesah pun. Takkan lah saya tak boleh berkawan dengan lelaki lain selain dari awak!” sengaja Reen ingin menduga perasaan lelaki itu. Ingin mengetahui sejauh mana tindakan yang akan diambil oleh lelaki itu sekiranya dia berkawan dengan lelaki lain.
Between me and Lisa.... we just a friend....not more than that. Lagi pun abang ni kan lelaki! Itu bezanya antara kita”
Amier membela diri. Reen mencebik. Itulah lelaki, bangga sangat mengaku dirinya sebagai lelaki sejati yang juga berkemampuan kalau cakap pasal soal kawin lebih dari satu. Sedangkan hanya segelintir saja yang mampu bersikap adil. Akibatnya, perempuan juga yang tetap merana.
So, apa masalahnya hubungan saya dengan lelaki tu....between me and Haris...we just a friend...not more than that” sengaja Reen memulangkan paku buah keras.
“ Apa kata isteri lelaki tu kalau di lihat awak bersama suaminya...awak patut sedar yang awak juga seorang isteri, you are my wife!” tegas Amier bila merasa Reen sedang mempermainkan kata-katanya.
I know that I'm still your wife....kalau bukan kerana duit untuk saya tebus tanah yang arwah ayah gadaikan tu, tak perlulah awak berkahwin dengan saya. Mungkin sekarang ni awak menyesalkan?”
“ Menyesal?...tidak. Abang tak pernah rasa menyesal sedikit pun kerana berkahwin dengan Reen kerana itu yang abang mahukan....mengahwini Reen dan menyayangi Reen, ...bagi abang....macam satu mimpi yang telah jadi kenyataan!” terpegun Reen mendengar kata-kata itu. Beberapa detik wajah lelaki yang duduk di sebelahnya di dalam kereta itu diamati. Betulkah kata-kata itu diucapkan oleh seorang kasanova malaya untuk dirinya yang serba kekurangan.
Amier mengeluh perlahan. Matanya di pejam seketika.
“ Kenapa Reen selalu bangkitkan soal tanah tu punca kita berkahwin?” lirih saja kedengaran suara Amier menyoalnya membuatkan Reen terdiam, dia kelu.
“ Dah memang itu faktanya...buat apa kita nak nafikannya lagi!” tegas Reen perlahan.
“ Berapa kali abang nak tegaskan....abang mengahwini Reen kerana abang cintakan Reen, bukan kerana tanah tu....that land ....just only a reason.... the true is... I love you, is that clear?”
Amier merenung wajah Reen. Geram sungguh dia dengan tanggapan gadis itu pada perkahwinan mereka. Tidak perasankah gadis itu bahawa selama ini dia selalu beri 'hint' agar isterinya dapat memahami perasaan dia.
“ Maaf...saya masih belum dapat terima hakikat ini.....kita tak kenal rapat, apa lagi bercinta tapi terus kawin....perkahwinan tu terbina di saat saya mahu menebus tanah tu. Bagi saya perkahwinan kita seperti satu hubungan yang terpaksa, bukan kerana kerelaan saya!” tegas Reen.
“ Susah betul cakap dengan orang yang tak mahu faham! Saya dah cakap dalam bahasa melayu, bukannya bahasa Tamil... kalau awak hanya faham dalam bahasa Tamil, terpaksalah saya belajar dengan Mutusamy. Itu pun kena tunggu sampai setahun dua baru pandai”
Amier bersuara menahan geram. Nak tergelak Reen di buatnya.
“ Okay...saya percaya awak berkahwin dengan saya kerana awak cintakan saya. Cuma saya perlukan bukti yang awak ikhlas terima saya!” akhirnya Reen membuat keputusan.
“ Bukti?”
“ Ya, bukti yang awak mengahwini saya kerana awak betul-betul cintakan saya”
Okay, I can prove it!”
 Wah! Kali ini suara Amier begitu bersemangat.
And do something...to make me falling in love to you!” kali ini Reen mencabar lelaki itu. Terbeliak mata Amier mendengar kata-kata Reen.
Are you challenge me right now? my dear!” Amier tiba-tiba tergelak. Bulat matanya merenung wajah Reen yang cuba menyembunyikan senyuman.
Yes, I am” akui Reen
Wow....that is wonderful...I love it” tangan Amier terus mencubit pipi kanan Reen.
That all for tonight....thanks for your lift and good night” ucap Reen.
Dia sedar kata-katanya tadi telah memberi satu semangat untuk Amier tapi yang paling dia tak suka ialah tangan lelaki itu cepat sangat bertindak. Tengok tadi, terus saja pipinya menjadi sasaran tangan lelaki itu. Dia takut kalau makin lama dia bersama lelaki itu, pasti lain pula jadinya. Walaupun sekuat mana bentengnya cuba dipertahankan, dia takut akan roboh. Lelaki itu mempunyai aura yang cukup kuat untuk memikat naluri mana-mana perempuan.
Good night and sweet dream” balas Amier sambil mencapai tangan Reen dan segera dikucup membuatkan Reen terkesima.
“ Assalamualaikum!” cepat-cepat Reen keluar dari kereta Amier.
Sebaik saja Reen masuk ke dalam rumah, kereta Amier terus meluncur pergi.
“ Amboi! Lama betul borak dalam kereta. Bukan main romantik lagi nampak!” tegur Maryam sebaik saja wajah Reen muncul di ruang tamu.
Reen tidak mengendahkan teguran itu. Dia terus melabuhkan punggung di sofa sebelah Atikah yang sedang menonton tv.
“ Siapa hantar kau tadi?” soal Atikah. Sengaja dia bertanya, sekadar ingin mendengar jawapan dari Reen. Sejak dari tadi Maryam asyik mengendap di luar tingkap. Dia malas nak joint sekali dengan Maryam mengendap walaupun temannya asyik mengajak.
“ En. Amier” Reen menjawab.
“ Selalu sangat abang si Eisya tu ambil dan hantar kau....betul ke kau dengan abang Eisya tu tak ada apa-apa?” Atikah memandang Reen, begitu juga dengan Maryam.
No comment....kau pun tahu kan, aku kalau boleh tak mahu terikat dengan mana-mana lelaki buat masa sekarang” balas Reen.
“ Jangan bongkak kawan....kalau cakap bab cinta....aku rasa kita boleh buat satu forum...” kata Maryam membuatkan Atikah tersenyum. Reen mencebik.
“ Cinta... sesuatu yang indah . Datangnya tanpa di undang, perginya membawa tangisan. Bak kata omputeh...love is in the air. Hmm....kalau dah terkena penyakit ni, memang sahih makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah. Betul tak?” Maryam memandang kedua temannya.
“ Tapi aku tengok kau ni sejak bercinta makan sampai berpinggan-pinggan, tidur sampai tak sedar mentari muncul dan mandi sampai berjam-jam, nasib baik tak banjir bilik air tu” kata -kata Reen membuatkan Maryam cemberut. Lantas bantal empat segi kecil di capai dan dilemparkan pada Reen. Nasib baik dia sempat mengelak.
“ Tapikan Reen....aku tabiklah kat kau....abang Eisya tu handsome gila, bertuah kau sebab selalu dapat berdampingan dengan dia....kasanova malaya tu, semua orang kenal....” Maryam menggaru-garu dagunya.
“ Walaupun handsome....tak ada gunanya kalau dah gila” kata Reen membuatkan mata Maryam dan Atikah terbeliak.
What?... abang Eisya tu gila?...kau biar betul.....aku tengok okay je!” kata Maryam terkejut.
“ Kau juga yang cakap tadi....handsome gila, bukannya aku!” Reen ketawa.
“ Binawe punya kawan, kenakan aku ya !” Maryam mencucuk pingang Reen.
“ Kalau setakat nak jadi model boleh lah....itu pun sebagai model seluar dalam! Harapkan muka aje handsome, senyuman memikat, body sasa,.... tapi iman kosong di dada …. tak ada guna, rumahtangga tak kan ada keberkatannya! ” Atikah dan Maryam saling berpandangan sebelum meletus ketawa dari bibir mereka.
“ Woi! Dahsyat juga kau ni....siap mengutuk lagi....kalaulah betul abang si Eisya tu jadi suami kau....tahulah kau langit tu tinggi ke rendah” Atikah bersuara.
Reen mengeluh. Memang yang dikutuk itu suaminya. Apa agaknya reaksi mereka kalau tahu perkara yang sebenar mengenai hubungan dia dan Amier. Buat masa sekarang dia memang dah tahu langit tu memang tinggi dan tak dapat di capai dek tangan.
*************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...