Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -27

oleh: Azieana


BAB 27
REEN duduk di atas pasir sambil memeluk ke dua lututnya. Sesekali dia membetulkan tudungnya yang di tiup angin. Bibirnya mengukir senyum melihat deruan ombak. Sempat juga dia berbalas senyum dengan beberapa pengunjung yang berjalan di hadapannya. Seronok pula dia melihat dua orang kanak-kanak yang sedang berkejaran sambil ketawa di pergigian pantai. Tak takut pula kalau di lambung ombak.
“ Hai, jauhnya termenung!” suara seseorang menegurnya.
Reen kalih ke sebelah kiri, nampak sepasang selipar jepun dan seluar jeans warna biru. Kemudian dia mendongak ke atas. Sepasang mata coklat sedang merenungnya. Reen mula tak senang. Cepat-cepat dia mengalih pandangannya ke arah laut tanpa mempedulikan makhluk yang sedang berdiri. Dia tetap memeluk kemas kedua-dua lututnya yang bersilang.
Amier tetap tersenyum. Dia segera duduk di sebelah Reen walaupun gadis itu nampak tak selesa dengan kehadirannya. Dari jauh dia sudah melihat tubuh itu dari belakang, begitu asyik menikmati panorama di hadapan mata.
“ Apa yang sedang Reen fikirkan?” Amier turut memeluk kedua kakinya seperti mana yang di buat oleh Reen. Sengaja dia meniru gaya itu. Hm...best juga.
Reen menjeling ke arah lelaki di sebelahnya. Ada rasa geram. Dia tahu lelaki itu sengaja meniru caranya. Amier mengerling ke arah Reen sambil mengenyitkan mata. Sengaja dia membiarkan bahunya menyentuh bahu Reen. Reen segera mengesot sedikit. Aroma perfume yang di pakai lelaki itu makin menusuk ke hidung membuatkan dia makin gelabah. Seolah-olah haruman itu sudah sebati dengan lelaki itu, tetap harum dan mengasyikkan. Makin lama Reen semakin suka dengan haruman tu.
“ Reen masih belum jawab pertanyaan abang tadi”
“ Pertanyaan? Pertanyaan apa?” Amier tertawa melihat wajah Reen yang agak keliru.
“ Abang tanya....apa yang sedang Reen fikirkan tadi?....jauh merenung ke arah laut tapi bukan laut yang Reen fikirkan, apa dia?”
Amboi! Berbelit-belitnya soalan.
“ Tak ada apa-apa” balas Reen ringkas.
Sebenarnya dia rasa serba salah, rasa tak selesa bila begitu hampir dengan lelaki itu. Dia tak  biasa dalam keadaan begitu dengan mana-mana lelaki. Hendak bangun terasa tak sopan, terus duduk hatinya yang rasa tak enak. Reen mengeluh perlahan.
“ Reen masih marahkan abang pasal kejadian pagi tadi?”
Amier tiba-tiba membangkitkan apa yang berlaku pagi tadi. Hm...macam tahu-tahu aje, perkara itulah yang sedang di fikirkan oleh Reen. Seram-sejuk rasa tubuh bila mengingatkan dirinya yang berada dalam pelukan lelaki itu. Ada getaran hebat bertandang di lubuk hatinya saat ini.
“ Nak marah pun tak guna, perkara dah berlaku. Saya harap ianya tak akan berulang lagi...saya tak nak awak memeluk saya sesuka hati awak aje. Ingat saya ni apa?....patung!” kata Reen seakan-akan memberi amaran.
Amier tetap bersikap selamba, wajahnya tetap tenang. Bibirnya mengorak senyum. Reen mendengus kasar bila menyedari ada senyuman menghiasi bibir lelaki itu.
“ Reen yakin ke yang abang tak akan memeluk Reen lagi!” kata-kata Amier seperti satu cabaran buat Reen. Pantas dia menoleh menatap wajah Amier.
“ Awak...” Reen terdiam.
Amier turut memandangnya. Lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah muncul satu suara mengganggu.
“ Hai, Mier....dari tadi I cari you tapi tak jumpa....o....kat sini rupanya” Amier dan Reen sama-sama memandang ke arah suara itu. Ada keluhan keluar dari mulut Amier.
“ Lisa....” terkeluar nama itu dari bibir Amier. Nampaknya dia tak suka dengan kemunculan gadis itu secara tiba-tiba.
“ Dah lamake you berdua kat sini?” tanya Lisa memandang Amier dan Reen silih berganti. Ketika itu Reen dan Amier sama-sama bangun.
“ Tak.....baru aje” Reen mengibas-ngibas pasir halus yang melekat di seluarnya dengan tangan.
I think I'm better move!” Amier sempat memengang tangan Reen sebelum gadis itu beredar.
“ Reen, awak nak pergi mana?” soal Amier dengan rasa terkilan. Baru saja dia nak bermesra dengan gadis itu, sudah ada yang datang mengganggu. Bencinya.
“ Saya nak tengok pemandangan yang lebih menarik dari tempat ni”
Reen cepat-cepat menarik tangannya dari terus di pegang oleh Amier. Dia terus melangkah pergi. Berkerut dahi Lisa melihat Amier memegang tangan Reen sebentar tadi. Ada rasa cemburu di hatinya.
“ Reen, tunggu abang....” panggil Amier cuba mengikut langkah Reen.
“ Mier, tak kan you nak biarkan I keseorangan kat sini!” Lisa memaut lengan Amier rapat padanya. Sengaja dia buat suara mengada-ngada untuk menarik perhatian Amier.
Amier mendengus sambil menyikat rambutnya ke belakang dengan jari. Hanya matanya memandang terus mengikut langkah Reen yang semakin jauh.
“ Mier...” Lisa tetap memujuk. Sengaja dia melunakkan suara bila Amier tidak mengendahkannya, malah lelaki itu menarik kasar lengannya yang di pegang oleh Lisa. Tersentak Lisa di buatnya.
“ Mier...” panggil Lisa lagi, hatinya jadi sebal dan terguris kerana tidak di pedulikan oleh Amier.
“ Sorry, Lisa....I have to go...I nak jumpa papa!” Amier terus meninggalkan Lisa terkulat-kulat. Mulutnya terkumat-kumit menahan amarah ditinggalkan keseorangan di situ. Tergendala sudah rancangan yang di fikirkannya sebentar tadi.
***********

REEN terus melangkah sambil melihat pemandangan di sekitar pantai. Tiba-tiba matanya tertarik ke arah seorang kanak-kanak perempuan yang sedang asyik memasukkan pasir ke dalam acuan untuk membina sesuatu. Segera kanak-kanak yang bermain keseorangan di hampiri.
“ Assalamualaikum, hai!” tegur Reen sambil duduk mencangkung mengadap wajah kanak-kanak perempuan itu. Tanpa menjawab sapaan dan teguran Reen, kanak-kanak itu terus merenung wajah Reen dengan hairan. Tiba-tiba bibir kecilnya mengukir senyum menampakkan lesung pipit di kedua-dua pipi dan Reen segera membalasnya.
“ Siapa nama adik?”  Reen bertanya sambil merenung wajah itu. Nampak comel dengan memakai baju mandi berwarna oren, rambutnya yang sedikit ikal di ikat satu. Sepit rambut bentuk rama-rama terletak elok di kepalanya itu amat sesuai dengan kulitnya putih bersih.
“ Nur Alisha...tapi semua orang panggil Shasha” kanak-kanak itu memperkenalkan diri. Walaupun mereka baru saja berkenalan, ternyata kanak-kanak itu agak peramah.
“ Cantik nama Shasha. Berapa umur Shasha?”
 Shasha masih lagi memasukkan pasir-pasir dalam beberapa bekas acuan menggunakan alat penyodok plastik. Agak banyak juga alat permainannya, pelbagai bentuk acuan.
“ 5 tahun” jawabnya petah.
Reen tersenyum. Namun dia hairan, takkanlah kanak-kanak sekecil itu di biarkan bermain seorang diri. Tidak risaukah ibu bapanya?
“ Er...Shasha datang sini dengan siapa?” tanya Reen mula gusar, agak melilau matanya melihat keadaan sekitar. Masih ramai yang berada di situ tapi masing-masing menjaga urusan sendiri.
“ Dengan papa” beritahu Shasha.
“ Habis, papa Shasha kat mana?” tanya Reen lagi.
Shasha sekadar mengangkat bahu. Timbul pula rasa kasihan bila melihat keadaan Shasha. Dimanakah papa Shasha sekarang?
“ Okay, sekarang Shasha nak buat apa? Biar kak Reen tolong!” Reen menawarkan diri. Wajah Shasha benar-benar ceria, serta merta bibirnya mengukir senyum.
“ Shasha nak buat istana untuk papa” beritahu Shasha sambil menunjukkan beberapa bentuk pasir yang siap berlonggok. Ada yang tinggi dan ada yang rendah.
“ Untuk papa aje? Untuk mama?” Shasha di lihatnya agak termenung. Wajahnya yang sebentar tadi ceria sudah bertukar muram. Reen mula rasa bersalah.
“ Tak apalah....jom kita buat sama-sama” tersenyum Shasha bila Reen mula memujuknya. Terserlah lesung pipit pada kedua-dua pipinya. Mereka berdua mula membina istana paasir. Tak sangka aktiviti itu amat menyeronokkan. Buat pertama kali Reen merasa suasana seperti itu. Terasa seperti berada di zaman kanak-kanak.
“ Papa....”
Tiba-tiba Shasha menjerit riang. Serentak itu juga Reen memandang ke arah seorang lelaki yang sedang menghampiri mereka. Lelaki itu agak simple. Dengan hanya mengenakan seluar tiga suku dan t'shirt hijau berkolar. Lelaki itu agak terkejut melihat anaknya bersama perempuan yang tidak di kenali.
“ Papa...” Shasha segera menarik tangan papanya.
Reen segera bangun. Dia mula risau memikirkan tanggapan lelaki itu terhadapnya. Bertambah risau lagi bila lelaki itu berterusan memandangnya.
“ Maaf kalau saya mengganggu anak encik. Sebenarnya saya....”
“ Sepatutnya I yang kena ucapkan terima kasih sebab you temankan anak I. Tadi I ada hal...terpaksa tinggalkan Shasha keseorangan....risau juga I ....tapi syukurlah dia seronok dapat teman baru” lelaki itu terlebih dahulu bersuara sebelum sempat Reen menghabiskan kata.
Reen mengukir senyum lega, begitu juga lelaki itu. Kacak dan menarik juga orangnya. Berambut kemas, berpenampilan menarik, berkulit cerah dan sedikit berkumis.
“ Ya jugakan....sekarang ni banyak sangat kes yang berlaku tentang kehilangan anak, penculikan, peragut dan macam-macam lagi” kata Reen mengingatkan banyak sangat kejadian seperti itu berlaku, malah selalu sangat di siarkan dalam akhbar dan tv.
I'm Haris” lelaki itu memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan, namun tidak bersambut. Akhirnya dia menarik semula tangannya.
Sorry” pintanya.
“ Saya Reen” Reen memperkenalkan dirinya. Lelaki itu mengangguk perlahan sambil bibirnya mengukir senyum menampakkan lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya. Nampaknya, lesung pipit Shasha diwarisi dari papanya.
“ Papa....cantik tak istana yang Shasha dan kak Reen buat?....Shasha nak hadiahkan buat papa....papa suka?” Shasha menunjukkan hasil kerjanya bersama Reen dengan rasa gembira.
“ Cantik, papa suka. Pandai anak papa buat” puji Haris.
Kedua-dua pipi anaknya di cium. Shasha tersenyum riang. Reen memerhati gelagat itu turut tersenyum. Gembira melihat kemesraan mereka.
“ Tapi Shasha, istana ni belum siap lagi tau...apa kata kita minta papa Shasha bantu siapkan istana ni supaya lebih cantik” kata Reen.
“ Okay, jom...kita siapkan sama-sama” Haris mencapai salah satu dari acuan dan memasukkan pasir sehingga menjadi padat kemudian di tuang menjadi bentuk bagi membina kubu.
Shasha menepuk tangan gembira dan seronok bila bila istana yang mereka bina telah siap. Haris dan Reen juga gembira dengan kerjasama sama mereka bertiga.
“ Shasha seorang budak yang comel ...bertuah En. Haris dapat anak sepertinya kan!” kata Reen merenungwajah Shasha.
“ Ya, I betul-betul bertuah!”
Haris tersenyum puas tapi pandangannya hambar seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
“ Reen...” Haris tiba-tiba memanggil namanya setelah beberapa detik masing-masing membisu.
“ You tak rasa ke kita pernah berjumpa sebelum ini?” Haris bersuara sambil memandang wajah Reen. Berkerut dahi Reen membalas renungan Haris seketika sebelum matanya beralih merenung ke arah laut. Ligat otaknya memikirkan maksud kata-kata Haris. Tapi dia masih tak jumpa jawapannya.
“ Ya ke? Saya tak rasa begitu” balas Reen.
Dia cukup pasti dan yakin bahawa dia tak pernah menemui lelaki itu di mana-mana sebelum ini. Macam tektik lama je....cara nak memikat perempuan! Entah kenapa dia rasa lucu pulak, bibirnya mengukir senyum.
Tersentak Reen tiba-tiba terdengar gelak kecil keluar dari mulut Haris. Haris tak salahkan Reen kerana tidak mengenalinya tapi hatinya benar-benar teruja dengan pertemuan kedua itu. Sudah lama hatinya tak pernah rasa bahagia. Rasanya hari ini hari yang paling bertuah dan bermakna buat dirinya.
“ Mungkin you yang tak perasan kewujudan I....I cuma pandang you dari jauh aje, tak berani nak dekat....takut ada yang marah nanti”
 Haris cuba memberi klu di balik kata-katanya tadi, namun Reen tetap tak pasti di mana dia pernah bertemu dengan lelaki itu walaupun wajah lelaki itu nampak serius. Bererti apa yang dinyatakan itu adalah benar, bukan sekadar untuk memancing perhatiannya. Mungkin dia sedar bahawa dia adalah suami untuk seseorang, malah sudah punya anak.
“ Apa maksud En. Haris ni? Saya masih tak dapat tangkap! Di mana kita pernah jumpa?” Reen sudah buntu.
“Betul, you tak sedar di mana kita pernah jumpa atau mungkin pernah terpandang di mana-mana?” Haris memandang Reen yang agak kebingungan. Dia rasa sedikit kecewa kerana gadis ini benar-benar lupa di mana mereka pernah bertemu sedangkan pertemuan itu terlalu baru buat mereka. Kata orang masih panas!
Kenapa Haris tetap bertegas mengatakan mereka pernah jumpa atau terpandang? Tapi di mana? Fikiran Reen benar-benar buntu.
“ Majlis malam tadi....maksud I, majlis tahlil di rumah Tg. Sabariah... ” mulut Reen sedikit terbuka. Benar-benar terkejut mendengar kenyataan tadi. Segera mulutnya di tutup dengan tangan sambil matanya merenung wajah lelaki di sebelah. Hatinya tiba-tiba jadi tak enak.
“ Oh! jadi....that's guy is....you! Patutlah saya rasa macam seseorang sedang perhatikan saya tapi saya tak pasti siapa orangnya” Reen mula teringat peristiwa malam tadi. Haris mengukir senyum sambil merenung wajah Reen.
“ En. Haris ni saudara Tg. Sabariah?” soal Reen penuh debaran. Kalau lelaki itu mempunyai kaitan saudara dengan Tg. Sabariah, bermakna dia juga saudara Tg. Mahmod dan semestinya mempunyai kaitan saudara dengan Amier.
“ Tak....I cuma kenalan keluarga mereka. Maksud I keluarga Tg. Sabariah dan keluarga I dah lama kenal....kira macam kenalan rapatlah” Reen mengangguk perlahan. Lega.
“ Tapi malam tadi merupakan malam yang istimewa buat I” wajah Haris kelihatan begitu ceria.
“ Istimewa?....kenapa?...apa yang berlaku malam tadi?” Reen tak nampak apa yang istimewanya majlis malam tadi. Majlis itukan majlis tahlil dan doa selamat, biasa saja.
“ Because...last night....I saw a special girl...it's you!”
“ Kenapa saya?” walaupun pertanyaannya dengan suara yang perlahan, tapi Haris dapat mendengarnya dengan jelas.
“ I have no idea...there is something interesting about you...but I don't know what it is” Haris mengeluh perlahan sambil melemparkan pandangan jauh ke laut. Renungannya redup dan wajahnya tiba-tiba muram. Reen menyedari perubahan itu. Hatinya bagai menggeletek untuk bertanya kenapa lelaki itu tiba-tiba berubah.
“ Saya tahu En. Haris hanya bergurau...saja untuk hiburkan hati sayakan?....saya harap kata-kata itu hanya sampai di sini saja. Saya takut isteri En. Haris salah faham nanti kalau dia dengar” Reen pura-pura gelak. Sengaja menceriakan wajahnya untuk menutup debaran di dada.
I'm not kidding....I'm seriuos... very serious!” Haris mengalih pandang. Kali ini renungannya begitu tepat ke wajah Reen membuatkan wajah Reen tiba-tiba terasa panas. Dia jadi gugup untuk terus menjadi tatapan lelaki itu. Segera wajahnya di kalih.
“ Papa....” Reen mengeluh lega bila terdengar Shasha memanggil papanya. Mungkin dia sudah bosan di situ atau dia sudah tidak menjadi perhatian papanya.
“ Kenapa sayang?” Haris bersuara sambil kedua-dua tangannya menyentuh wajah Shasha. Nampak sangat dia begitu menyayangi dan terlalu memberi perhatian untuk anaknya.
“ Papa, Shasha lapar” rengek Shasha manja sambil merangkul leher papanya.
Haris tertawa.
“ Uh....kesiannya anak papa....Shasha lapar ya?....nanti kita pergi makan” pujuk Haris sambil menarik hidung Shasha.
Reen yang turut melihat aksi itu turut tersenyum. Tiba-tiba ingatannya kembali pada Amier. Lelaki itu suka menarik hidung bila bergurau. Selalu juga dia tengok hidung Eisya menjadi sasaran kalau mereka bertekak atau berselisih pendapat.
“ Reen, apa kata you ikut sekali” pelawa Haris membuatkan lamunan Reen hilang tiba-tiba.
Thanks... lain kali aje. Lagi pun dah lama saya kat sini, risau pula takut ada yang mencari” Reen menolak ajakan itu.
Ya! Sudah lama dia berada di samping Haris dan anaknya. Risau pula hatinya kalau Eisya dan keluarganya mencari dia. Amier! Lelaki itu pastinya sedang menemani Lisa di mana-mana.
“ You datang sini dengan siapa?” Haris bertanya.
“ Dengan family...er, saya pergi dulu....jumpa lagi Shasha!” Shasha bersalaman sebelum Reen berlalu. Haris masih tetap memandang langkah Reen.
“ Papa....jom....” Shasha menarik tangan Haris bila melihat papanya masih kaku berdiri sambil matanya merenung ke arah Reen yang semakin jauh menghilang.
***********

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...