Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -26

oleh: Azieana

BAB 26
REEN mengetuk pintu beberapa kali, namun tiada jawapan. Akhirnya dia mengambil keputusan membuka pintu bilik itu. Dengan rasa berdebar, kepalanya menjenguk bilik itu. Sunyi, hanya kedengaran bunyi kipas yang berpusing. Dengan bacaan bismillah, kakinya di langkah masuk ke bilik itu. Tangannya mengurut dada. Bilik yang di cat dengan warna krim itu terlalu luas dan begitu mewah dengan hiasan dan kelengkapan yang ada. Siap dengan set home theatre bersama dengan tv 32 inci skrin lcd berjenama panasonic, set sofa kulit, sebuah meja yang menempatkan sebuah komputer, almari pakaian yang cukup besar bersama almari solek. Pendek kata cukup lengkap dengan perabut dari barangan yang berjenama dan mewah.
Reen memberanikan diri menghampiri katil besar berukiran mewah itu. Berdebar-debar dadanya, rasa menceroboh privasi lelaki itu seperti mana yang di lakukan oleh lelaki itu malam tadi.
“ Ehem...”
Reen sengaja berdehem dengan harapan lelaki itu menyedari ada seseorang yang masuk ke biliknya.. Namun tidak ada tanda-tanda suaranya memancing lelaki itu. Masih enak berbungkus habis menutupi seluruh tubuhnya dengan selimut tebal.
“ En. Amier....” panggilnya, dia masih berdiri kaku di sisi katil.
“ Amboi, bukan main lena lagi tidur “ rungutnya perlahan menahan geram.
Dia menuju ke tingkap, langsir berwarna kuning itu di selak, sengaja membiarkan cahaya pagi masuk. Dia teringatkan adik bongsunya, Nasuha. Susah juga nak kejutkan bangun tidur. Terpaksa dia membuka langsir dan tingkap supaya cahaya matahari masuk. Biar silau biji mata, pernah sekali dia menyiramkan adiknya dengan air gara-gara susah sangat nak bangun tidur. Dah lah matahari menegak atas kepala, masih nak buka kilang taik mata lagi. Ibunya hanya tergelak bila Nasuha mengadu.
“ Memang padan dengan muka....anak dara tak elok bangun lambat, nanti tak ada yang masuk meminang” Pn. Saloma bersuara membuatkan Nasuha menjeling tajam pada kakaknya.
“ En. Amier.....o....En. Amier....bangunlah, dah lewat pagi ni!” Reen menyentuh selimut tebal yang masih membalut tubuh lelaki itu. Namun tetap tiada respon.
“ Pagi-pagi macam ni nak membuta lagi ke....siram dengan air baru tahu!” becok mulut Reen membebel geram.
“ En. Amier, bangunlah....dah lewat ni. Kesian mama dan papa dah lama tunggu kat bawah tu!” Reen tetap memujuk.
Reen mengetap bibir bila selimut itu makin di tarik. Dia tahu lelaki itu sengaja nak mempermainkannya.
' Okay...dia nak main tarik tali ya, jaga kau!'
Serentak itu juga selimut tebal yang membalut Amier di tarik dengan sekuat hati. Bukan main terkejut dia melihat senario di hadapannya. Serta merta tangannya menekup mulut yang ternganga. Bukan main terkejut dia melihat tubuh yang terdedah di depannya. Terasa darah naik ke muka. Terasa air liur yang di telan  terlekat dikerongkong.
Amier tiba-tiba melepaskan tawa. Seronok melihat wajah merah Reen di hadapannya, nampak manis dan menarik. Memang dia sedar ada orang yang masuk ke biliknya cuma dia tak pasti siapa, tapi bila mendengar suara Reen timbul di hatinya untuk menyakat gadis itu. Untuk mengetahui sejauh mana kesabaran gadis itu melayan kerenahnya.
Reen yang baru tersedar, segera memalingkan tubuhnya membelakangkan Amier. Tangannya menyentuh dada. Berdebar-debar degupan jantungnya seperti baru lepas lari di kejar anjing. Bukan dia tak pernah melihat lelaki tidak berbaju, pernah. Malah dah selalu sangat...siapa lelaki tu? Tak lain tak bukan mestilah arwah ayahnya. Tapi tubuh yang terdedah tak berbaju yang baru di lihat tadi terasa lain, ada getaran di hatinya. Tak melampau kalau dia katakan tubuh berotot itu cukup sempurna dan seksi.
“ Kenapa? Tak suka?” Amier bersuara. Amier turun dari katil. Ketika itu dia hanya mengenakan seluar pendek berjalur kecil. Reen mengatur langkah, bersedia untuk keluar dari bilik itu, lagi lama dia berada di situ terasa nafasnya makin tersekat. Dia lemas. Lemas dalam debaran.
“ Ini lawatan rasmi atau tak?” Amier menyoal. Kalau boleh dia mahu gadis itu berada lebih lama bersamanya.
Pertanyaan Amier yang begitu hampir kedengaran itu membuatkan langkah Reen terhenti. Dia berpaling, bersedia untuk mengadap wajah lelaki itu. Namun matanya tetap tertumpu pada tubuh yang masih terdedah. Sekali lagi wajahnya merona merah. Dia benar-benar rasa segan menatap tubuh itu. Lidahnya jadi kelu.
“ Tak perlu rasa malu melihat abang begini, lebih dari ini pun Reen boleh tengok kalau mahu...dah halal...” sengaja Amier mahu melihat wajah Reen yang semakin gelabah. Segera Reen memusing tubuhnya kembali, terasa badannya menggigil. Senyuman Amier makin lebar, seronok dapat menyakat gadis itu.
“ Apa maksud awak dengan lawatan tadi?” Reen bertanya sambil membelakang wajah Amier. Reen masih sabar menanti jawapan.
“ Maksud abang, ini kali pertama Reen masuk bilik abang. What do you think?”
Amier tiba-tiba mengadap wajah Reen. Kali ini dia sudah menyarungkan singlet putih di tubuhnya. Masih menampak otot-otot pada bahu dan lengannya. Wajahnya tetap kelihatan tampan walaupun masih belum mandi, lelaki itu mengukir senyum. Ada sedikit rerambut halus tumbuh pada wajahnya tetapi tidak sedikit pun mencacatkan wajahnya. Reen cuba menyembunyikan perasaan gelisahnya bila mata mereka saling bertatapan seketika. Jauh di sudut hati dia suka merenung mata berwarna coklat itu, cukup menarik dan mempesonakan. Mungkin itu salah satu daya tarikan lelaki itu membuatkan ramai perempuan tergoda dengan renungannya.
Nothing...kalau bukan mama yang suruh, tak ingin saya nak masuk bilik awak. Tak sangka, muka memang kacak tapi perangai teruk!” tajam mata Amier merenung wajah Reen.
Reen menggelabah, takut juga dia melihat cara renungan lelaki itu. Macam tak puas hati. Dah dia yang minta pendapat, aku bagi je!
“ Saya ni lelaki yang teruk? Apa maksud awak?” memang sah, lelaki itu dah bengang. Dah bersaya dan awak, itu tandanya ada sesuatu yang dia tak puas hati. Reen memang dah faham dengan cara panggilan itu.
“ Er....maksud saya....saya tak nampak pun sejadah dan kain pelikat kat bilik awak, awak tak pernah solat ya!... lelaki macam ni ke yang nak jadi pemimpin dan ketua dalam keluarga! Solat tu kan tiang agama. Semahal dan setinggi mana pun sesebuah bangunan, tak akan dapat berdiri teguh kalau tak ada tiang. Begitu juga manusia; sempurna mana pun seseorang itu di mata dunia , tetap tak akan sempurna di sisi Allah kalau dia tak solat. Kerana solat berada di tangga ke dua dalam Rukun Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah. Betapa sibuknya seseorang itu mengejar kemewahan dunia, pasti hidupnya tak akan mendapat berkat kalau dia alpa pada suruhan Allah ”
Reen mengeluarkan pendapat dengan nada tegas. Walaupun dia rasa ragu-ragu untuk menyatakan pendapatnya, bimbang lelaki itu mengamuk tapi dia rasa lelaki itu perlu akur.
Sebuah keluhan di lepaskan. Lelaki di hadapannya terdiam.
' Eloklah dia berfikir tentang tanggungjawabnya yang satu itu'
Reen mula mengatur langkah, bersiap untuk keluar dari bilik itu. Rasanya urusan dia dan lelaki itu sudah selesai. Biarlah lelaki itu merenung apa yang dikatanya sebentar tadi. Itu sebagai motivasi pagi. Tapi langkah Reen terhenti , malah tubuhnya sudah terdorong dalam pelukan lelaki itu.
“ Awak nak buat apa ni?” bentak Reen terkejut. Benar-benar kalut dengan tindakan Amier yang tidak diduga itu.
“ Bagi tahu saya, suami macam mana yang awak inginkan...” Amier merenung tajam mata Reen membuatkan dia benar-benar di landa resah, malah pelukan dari lelaki itu dirasakan makin kemas.
“ Lepaskan saya!” pinta Reen tegas. Namun perasaan takut masih menguasainya. Bimbang kalau Amier bertindak di luar batasan.
“ Saya tak akan lepaskan selagi awak belum menjawab pertanyaan saya tadi!”
Amier tetap berdegil. Reen mendengus geram.
“ Awak sedar tak yang awak ni gadis yang bertuah kerana dapat berkahwin dengan saya!”
Amier bersuara, lagak seperti lelaki sombong. Matanya tak lekang dari menatap setiap inci wajah gadis dalam pelukannya. Semuanya nampak menarik dan sempurna. Ingin sekali dia menyentuh bibir comel itu tapi akalnya masih bertindak waras. Pasti gadis itu mengamuk, teringat kejadian dulu. Satu tamparan pernah singgah ke pipinya. Dia tak nak kejadian itu berulang lagi. Kali ini dia ingin menguji sejauh mana gadis itu akan bertindak.
“ Tidak...saya gadis yang malang kerana terpaksa berkahwin dengan awak. Saya memang tak rela jadi isteri awak sampai bila-bila...awak tahu tak!” tengking Reen menahan marah.
“ I don't care.....I'm believe that one day.... you 'll be mine!”
Sebuah kucupan lembut singgah di dahi Reen membuatkan Reen terkesima. Dia menelan liur sambil memandang wajah lelaki itu. Nampak dia begitu tenang dan yakin. Kemudian pelukan di lepaskan sambil menghadiahkan senyuman. Dada Reen makin berombak kerana menahan marah, matanya mula berkaca.
“ Jangan terlalu confident sangat En. Amier” balas Reen cuba menahan perasaan sebak.
“ One day... You'll be mine!” bisik Amier perlahan sekali lagi di telinga Reen. Kali ini nadanya begitu gemersik membuatkan gadis itu terus membolos keluar dari bilik itu.
Amier tersenyum. Hatinya puas. Satu pagi yang cukup bermakna dalam hidupnya.
****************

AMIER menghampiri meja makan yang sudah pun di penuhi oleh keluarganya termasuk Khalid Izwan, buah hati Eisya. Pemuda berkumis itu menghadiahkan senyuman sebaik saja melihat Amier muncul di hadapan mereka yang sedang menjamu sarapan pagi. Nasi goreng, roti bakar, kueh-mueh dan minuman panas.
Morning!” ucap Amier dengan wajah ceria. Kali ini dia muncul dengan mengenakan t'shirt putih tanpa kolar dan seluar jeans biru. Haruman dari jenama CK benar-benar menusuk ke hidung Reen, apa lagi lelaki itu sudah pun mengambil tempat duduk di sebelahnya.
Hi! Sayang” ucap Amier perlahan di telinga Reen membuatkan Reen kalih memandang wajah lelaki di sebelahnya. Wajahnya sudah bersih dan licin, siap bercukur.
“ You're late...dah lama kami semua tunggu” Datuk Tg. Mahmod bersuara sambil memandang ke arah Amier yang sedang mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya.
Sorry!...I'm promise...this is the last time!” balas Amier sambil tersengih. Datuk Tg. Mahmod sekadar mengeleng kepala, tahu sangat dengan janji yang dibuat.
“ Malam tadi mama jumpa dengan bakal isteri papa yang tak jadi”
Datin Halijah mengerling ke arah suaminya. Datuk Tg. Mahmod hanya bersikap selamba. Masih menyuapkan nasi goreng yang tinggal sedikit. Semua yang ada di situ memberi tumpuan, sesekali mereka mengerling ke arah Datuk Tg. Mahmod, cuba mencari reaksi.
“ Wah! Ini cerita sensasi....siapa bakal mama Eisya yang tak jadi tu?” Eisya mula teruja.
“ Tg. Suraya...orangnya tetap cantikkan bang! Rugi tau abang tak pilih dia dulu” Datin Halijah bersuara.
“ Tg. Suraya?” Eisya menggaru-garu kepala.
“ Oh! Auntie Suraya yang arwah nenek nak match kan dengan papa dulu ek?” Eisya mula teringat kisah yang diceritakan oleh orangtuanya sebelum ini.
“ Jah, itu kan cerita lama...dah basi” Datuk Tg. Mahmod bersuara dengan wajah selamba.
“ Jah tahu, saja nak mengembalikan nostalgia lama abang tu. Abang pernah rasa menyesal tak kerana tak terima Tg. Suraya dulu?” Datin Halijah sekadar ingin mengetahui pendapat suaminya.
“ Tak...abang cukup bahagia bila Jah sentiasa di sisi abang...dari dulu hingga sekarang, abang tak pernah menyesal mengambil Jah jadi isteri abang” tangan Datin Halijah di genggam erat oleh Datuk Tg. Mahmod. Bukan setakat di genggam, malah tangan itu di kucup lembut. Merona merah wajah Datin Halijah dengan tindakan romantis suaminya di hadapan anak dan menantu.
Bestnya...papa dengan mama ni,.. Eisya tengok, makin tua makin romantik” usik Eisya gembira. Amier juga begitu. Dalam hati dia berharap, hubungannya dengan Reen akan berkekalan dan seromantik hubungan mama dan papanya. Dalam diam wajah Reen di renungnya. Reen yang menyedari dirinya menjadi tatapan Amier mula resah. Nasi goreng di pinggannya sekadar di kuis perlahan.
“ Izwan...tambah lagi nasi goreng tu” pelawa Datin Halijah melihat Izwan begitu selera menikmati nasi goreng .
“ Terima kasih auntie, sedap nasi goreng ni” puji Izwan sambil mencedok nasi ke dalam pinggannya.
“ Wan, kalau boleh kawal sikit makan tu...you ni I tengok makin hari  makin berisi. I tak nak bila kita dah kawin nanti....you yang mengandung dulu dari I” Eisya menyiku lengan Izwan. Terbatuk-batuk pemuda itu mendengar rungutan Eisya.
“ I mengandung? Lelaki mana boleh mengandung?...fakta mana yang you pakai ni, sayang” Izwan tersengih kehairanan.
“ Maksud I...you kena jaga makan, nanti perut you boroi” jelas Eisya.
Izwan tiba -tiba ketawa, mula memahami maksud Eisya. Sempat dia berkhayal seketika. Antara dia dan Eisya, siapa agaknya yang bersalin dulu. Datin Halijah sempat memandang suaminya. Datuk Tg. Mahmod tetap maintain penampilannya dari dulu sampai sekarang.
“ Bagus juga kalau lelaki dan perempuan sama-sama mengandung, bak kata pepatah yang berat sama di pikul yang ringan  sama di jinjing. Barulah orang lelaki tu menghargai kaum wanita sebagai isteri dan juga sebagai seorang ibu....dan tak adalah mana-mana perempuan teringin nak tackle kaum lelaki yang telah bersuami” sokong Eisya. Datin Halijah hanya tersenyum.
“ Tapi yang pastinya kita tak boleh mengubah apa yang telah ditetapkan oleh Allah....sebagai hamba, sepatutnya kita  sentiasa bersyukur dengan setiap rahmat dan pemberian dariNYA tanpa sebarang rungutan!” komen Datuk Tg. Mahmod.
Izwan mengangguk.
“ Cuba along tanya Reen, dia suka tak kalau along ni perut boroi!” Eisya masih berdebat.
“ Sayang, sayang suka tak kalau perut abang boroi?” terpingga-pingga Reen mendengar bisikan perlahan di telinganya.
“ Apa?...awak tanya apa tadi?”
“ La....mengelamun rupanya” Amier ketawa sambil mencubit perlahan pipi kiri Reen.
“ Reen, kenapa? Macam tak selera aje” tegur Datin Halijah berkerut dahi melihat nasi masih banyak berbaki.
“ Er...” Reen terpingga-pingga ditegur oleh Datin Halijah seperti baru tersedar dari mimpi. Bila menyedari mereka yang lain sudah siap menikmati sarapan, kini tinggal dia seorang saja yang belum habis makan. Cepat-cepat Reen menyuapkan nasi dipinggan sambil di perhati oleh Amier.
“ Sudahlah....jangan paksa diri  untuk  habiskan nasi tu kalau Reen tak berselera” Amier mengambil pinggan Reen dan menyerahkan pada Maya yang sedang mengambil pinggan kotor .
Selepas selesai makan, mereka berganjak ke ruang rehat sementara Mak Indah sedang menyediakan bekalan untuk mereka.
“ Kita pergi dengan dua buah kereta, segala persiapan papa dah  arrange kan” Datuk Tg. Mahmod bersuara memecah kesunyian. Yang lain hanya mengikut apa saja usul yang di cadangkan oleh Datuk Tg. Mahmod.
“ Datuk...semuanya saya dah siapkan, tunggu untuk berangkat sahaja” Pak Samat muncul di hadapan mereka.
“ Hm...baguslah, bolehlah kita bertolak sekarang” Datuk Tg. Mahmod bangun dan bergerak keluar diikuti oleh Datin Halijah, Eisya, Izwan dan Reen. Amier meminta diri untuk naik ke biliknya seketika. Dia turun semula dengan memakai jaket kulit warna hitam.
“ Mak Indah, kalau ada apa-apa, jangan lupa hubungi saya ye!” pesan Datin Halijah pada pembantu rumah.
“ Baik Datin” Mak Indah mengangguk.
“ Tolong tengok-tengokkan si Maya tu, saya belum boleh percayakan dia 100%, budak tu masih baru lagi...belum tahu macam mana perangainya, risau juga saya”
“ Tahulah saya macam mana nak uruskan, Datin jangan risau” janji Mak Indah.
Sebelum Datin Halijah memohon orang gaji Indon, terlebih dahulu dia memberitahu mak Indah tentang hasratnya. Majikannya itu mahu meringankan beban kerjanya untuk menguruskan banglo mewah itu. Nak dapatkan pembantu rumah orang tempatan sepertinya amat sukar kerana tak ramai rakyat tempatan yang mahu bekerja sebagai pembantu rumah menyebabkan kerja itu dibanjiri oleh warga asing. Sekali gus timbul pelbagai isu dan kerenah sama ada dari pembantu rumah sendiri, mahu pun majikan.
“ Terima kasih mak Indah” ucap Datin Halijah.
Mak Indah memang tak kesah bila Datin Halijah memanggilnya Mak Indah seperti panggilan yang di buat oleh Eisya, Amier dan Zafuan walau pun perbezaan usia antara dia dan Datin Halijah tidaklah terlalu jauh. Tapi dia rasa selesa bila di panggil begitu, terasa dirinya dihargai dan diterima oleh keluarga itu. Suaminya juga begitu, tak kesah kalau Datuk dan Datin memanggilnya dengan panggilan Pak Samat.
Semasa mereka sekeluarga bersiap untuk bertolak, sebuah kereta proton saga BML memasuki perkarangan banglo mewah itu. Semua mata terus terpaku pada kereta berwarna silver itu. Seorang gadis keluar dari kereta itu.
“ Lisa” nama gadis itu keluar diri bibir Datin Halijah.
Lisa yang menyedari dia menjadi perhatian segera mengukir senyum sambil langkah di hala menghampiri Datin Halijah yang sudah berdiri di sisi kereta mercedes benz 320 berwarna silver. Tangan Datin Halijah dikucup oleh Lisa.
“ Semua orang bersiap nak pergi mana ni, auntie?” soal Lisa kehairan melihat semua orang di situ berada di sisi kereta, seperti ingin mengadakan lawatan ke suatu tempat.
“ Kami semua ni nak bertolak ke PD, saja nak berehat kat sana. Ada apa Lisa datang awal-awal pagi ni?” hairan juga dia dengan kemunculan Lisa secara tiba-tiba. Ada perkara pentingkah yang ingin disampaikan.
“ Tak ada apa-apa auntie, saja Lisa datang nak melawat auntie. Er...dah terlanjur Lisa ada kat sini...boleh Lisa ikut, Lisa pun teringin juga nak pergi sana”
Lisa menawarkan diri untuk ikut serta. Datin Halijah memandang suaminya meminta pendapat.
“ Boleh, apa salahnya. Lagi pun masih ada kosong lagi” jawapan dari Datuk Tg. Mahmod membuatkan Lisa tersenyum lebar.
Eisya yang berdiri di sisi kereta alongnya memandang wajah Reen dengan muka boring. Amier dan Izwan baru saja selesai memasukkan barang-barang mereka dalam kereta bahagian belakang.
“ Papa...semua dah siap ni, kita boleh bertolak sekarang” Amier bersuara.
“ Hm...baiklah, kita bertolak sekarang” papanya bersetuju, dia telebih dahulu masuk ke dalam kereta.
“ Maaf, kereta ni dah penuh...kereta kat sana ada satu lagi kekosongan” Eisya terlebih dahulu bersuara bila di lihat Lisa melangkah ke arahnya yang sedang membuka pintu untuk masuk ke dalam kereta Amier. Izwan dan Amier sudah pun berada di dalam kereta.
“ Ops...okay!” Lisa berpatah balik ke arah kereta yang di pandu oleh Pak Samat. Lisa membuka pintu dan duduk di sebelah Datin Halijah. Datuk Tg. Mahmod mengambil tempat duduk bahagian depan, sebelah Pak Samat.
Eisya tersenyum sambil melirik ke arah Reen yang turut melihat keadaan itu.
Eisya dan Reen masuk ke dalam kereta, kedua-dua mereka berada di bahagian belakang. Sengaja Reen memilih duduk di belakang Izwan kerana tidak mahu wajahnya menjadi tatapan Amier melalui cermin pandang belakang. Amier yang menyedari tindakan Reen mengambil tempat duduk demikian hanya tersenyum.
Kereta yang di pandu oleh Pak Samat terlebih dahulu meninggalkan perkarangan banglo mewah itu sementara Amier memandu keretanya di belakang. Cuaca mula terasa panas kerana matahari mula menyinar. Amier mencapai cermin mata hitamnya dan segera di pakai kerana sudah tidak dapat menahan cahaya. Memang sejak dari dulu, matanya tidak dapat menahan cahaya matahari. Pasti kepalanya akan sakit. Dalam diam Reen sempat memuji penampilan Amier kini, makin tambah segak dan bergaya.
Sepanjang perjalanan hanya kedengaran Izwan , Eisya dan Amier yang rancak berbual. Reen sekadar menjadi pendengar, hanya beberapa kali saja dia bersuara itu pun bila mereka meminta dia komen. Mindanya lebih tertumpu pada lagu dari cd yang di pasang oleh Amier.
“ Reen, kenapa ni....sejak tadi asyik diam aje. Kau marah sebab kami paksa kau ikut ya!” Eisya memandang Reen di sebelah. Hairan betul dia dengan sikap Reen kali ini. Selalunya becok juga dia berbicara, nak kata dia segan dengan Izwan...tak pula sebab dia pun dah kenal lama dengan teman lelakinya. Tak kanlah dia rasa segan dengan alongnya, tak logik langsung.
“ Tak adalah...kau rasa pelikke kalau tak dengar suara aku?” Reen pura-pura ketawa namun dia rasa ketawa itu hambar. Eisya memandangnya dengan rasa hairan.
Amier yang turut mendengar perbualan Reen dan adiknya melirik ke arah cermin belakang, kali ini matanya sempat berpadu seketika dengan mata Reen. Tak sangka gadis itu turut memandang ke arahnya. Dia mengukir senyum di balik kaca mata hitamnya dan Reen cepat-cepat melarikan pandangannya. Amier sudah dapat mengagak punca gadis itu bersikap demikian, tapi sengaja di biarkan. Ada masanya nanti dia akan berbicara perkara itu. Kalau boleh dia tidak mahu perkara itu membebankan fikiran isterinya.
***********

DATUK TG. MAHMOD telah menempah 3 buah chalet untuk mereka berehat. Satu untuk Datuk Tg. Mahmod dan Datin Halijah. Tempahan chalet kedua untuk Eisya, Reen dan Lisa . Dan chalet yang ketiga untuk Amier, Izwan dan Pak Samat. Ketiga-tiganya berdekatan.
Sebaik saja Eisya dan Reen masuk, mereka terus berehat di atas katil. Beberapa minit kemudian Lisa muncul. Sejak dari awal lagi dia menyatakan perasaan tidak enak dengan saudara mamanya. Tapi walau bagaimana pun mamanya mahu dia melayan Lisa dengan baik.
“ Sama ada Eisya suka atau tidak, dia tu saudara kita. Mama nak Eisya layan dia dengan baik” itulah pesanan Datin Halijah bila Eisya tak mahu tunjukkan mukanya setiap kali Lisa bertandang ke rumah mereka. Paling dia tak suka ialah penampilan Lisa, terlalu seksi seolah-olah sengaja di tonjolkan apa yang ada pada dirinya. Atau lebih tepat sengaja mahu menggoda dan menarik perhatian alongnya. Sebelum ini dia dapat lihat alongnya melayan Lisa dengan baik tapi sejak kebelakangan ini kehadiran Lisa tidak pernah diendahkan oleh alongnya. Perubahan itu melegakan hatinya.
“ Eisya, nanti kak Lisa nak pinjam baju Eisya ya...kak Lisa tak bawa baju” kata Lisa sebelum membaringkan tubuhnya di atas katil.
“ Boleh...tapi tak tahulah sesuai atau tak dengan kak Lisa!” balas Eisya selamba sambil matanya melirik ke arah Reen. Temannya itu sedang mencari sesuatu di dalam beg pakaiannya.
“ Tak kesah. Dah namanya darurat...terpaksalah pakai apa yang ada....kak Lisa nak baring sekejap, penatlah” kata Lisa sambil berlalu ke katil.
Eisya membetulkan rambutnya di depan cermin.
“ Jom. Kita keluar...jangan kacau cik puteri nak beradu” Eisya segera menarik tangan Reen untuk keluar dari chalet itu. Lisa dilihatnya sudah pun memejam mata.
Mereka bercadang mahu melihat keadaan sekitar. Lama juga mereka tak bersiar di tepi pantai. Bagus juga cadangan Datuk Tg. Mahmod yang mahu mereka berehat di tempat itu. Walaupun pengunjung agak ramai, tapi tak sedikit pun mengganggu mereka untuk menikmati suasana tempat itu.
“ Eisya...Eisya...” Eisya berpaling ke belakang, begitu juga Reen.
Izwan berlari tercungap-cungap ke arah mereka. Pemuda itu mengenakan seluar pendek dan t'shirt putih bercorak.
“ Mana along?” Eisya melilau mencari kalibat alongnya. Sangkanya pasti along bersama Izwan.
“ Abang Amier masih kat dalam bilik....tadi dia asyik bergayut kat telefon....hm...nak pergi mana ni?”
“ Ronda-ronda kat tepi pantai, cuci mata....kot ada yang tersangkut” jawapan Eisya membuatkan Izwan meluku kepalanya.
“ Apa ni? Sakit tau!” jerit Eisya sambil menggosok-gosok kepalanya.
“ Jangan nak menggatal cari pakwe lain, Reen tak pe....kalau you buat juga, I pun akan buat” Izwan seperti mengugut. Eisya hanya mencebik. Reen tersenyum melihat gelagat pasangan kekasih itu.
“ Jom, kita jalan-jalan kat sana” cadang Izwan sambil matanya merenung ke arah pantai.
“ Er....” serba-salah pula Eisya mahu meninggalkan Reen keseorangan.
“ Pergilah....aku tak nak kacau orang berdating. Aku nak duduk kat sini kejap. Boleh juga cuci-cuci mata...kat sana tu, banyak betul sotong panggang” Eisya dan Izwan segera mengalih ke arah beberapa mat saleh yang sedang berjemur.
“ Nanti kalau ada yang mengganggu, kau jerit aje....nanti adalah ultramanke, Supermanke datang tolong!” usik Eisya sambil mengenyit mata.
Ultraman busy sekarang, sibuk melawan raksasa kat Jepun....Superman pula tengah sibuk lawan dengan orang-orang jahat kat Amerika, lagi pun jauh dia kena terbang untuk sampai sini....keluang Man bolehlah, itu pun kena call kat Hospital Tampoi dulu” teringat dia akan cerita kartun keluang man yang pernah di tayangkan kat tv satu masa dulu. Selalu juga dia layan cerita tu. Apa tidaknya orang gila jadi hero.
Whatever lah...susah- susah sangat, kau jerit aje nama along,... gerenti dia datang dalam sekelip mata!” Eisya tersenyum sambil menaikkan keningnya.
“ Buat apa lagi tercegat kat sini, nah...ambik duit 20 sen ni, pergi main jauh-jauh” Reen mengeluarkan duit syiling 20 sen dan diletakkan di telapak tangan Eisya.
“ Ceh! 20 sen...ingatkan nak bagi RM 50 tadi” namun duit syiling 20 sen tetap di masukkan dalam poket seluarnya. Izwan yang hanya jadi pemerhati dua sahabat itu hanya mengeleng kepala. Perangai, macam budak-budak tadika. Rungutnya.
“ Kami pergi dulu” Izwan segera menarik tangan Eisya, dia tahu lagi lama dia melayan kerenah dua teman baik itu, sampai petang pun belum tentu selesai.
Izwan dan Eisya terus menyusuri pantai sambil berpengangan tangan.
“ Eisya...”
“ Hm....”
“ Abang Amier dengan Reen tu ada apa-apa ke?”
Izwan bertanya setelah lama mereka membisu.
“ Maksud you?”
Eisya berpura-pura tidak faham maksud pertanyaan Izwan.
“ Mereka berdua tu I tengok semacam....entahlah....susahlah I nak jelaskan macam mana, tapi I benar-benar yakin ada sesuatu yang berlaku antara mereka”
Izwan masih sukar menyampaikan apa yang sebenarnya di fikirkan. Dia mengenali Amier agak lama dan dia tahu sikap lelaki itu. Dia kenal Reen sebagai kawan rapat Eisya semasa mereka sama-sama menuntut di UM dan gadis itu selalu berkunjung ke rumah Eisya.
Sejak dalam kereta tadi, dia benar-benar pasti ada sesuatu yang berlaku antara mereka. Dia perhatikan acapkali Amier memandang cermin belakang semata-mata mahu melihat Reen. Malah mereka seperti sedang bermain mata. Semasa sarapan pagi tadi Amier sempat berbisik ke telinga Reen malah Amier dengan selamba mengucapkan perkataan sayang untuk Reen. Semua itu membuktikan mereka ada hubungan.
“ Itu cuma perasaan you aje, Wan” Eisya bersuara cuba menghilangkan kesangsian Izwan.
Kalau boleh biarlah Izwan tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Belum masanya. Lagi pun Reen tak mahu hal perkahwinan antara dia dan Amier di ketahui orang lain selain keluarga mereka.
May be...tapi...” Izwan tetap rasa tak puas hati.
“ Sudahlah....tak usah kita nak bertekak pasal orang lain. Elok kita fikirkan pasal kita” kata Eisya cuba melarikan topik perbualan.
“ Pasal kita?...apa kata I minta parent I hantar rombongan meminang you” Izwan tersenyum.
“ Tak mahu....I belum bersedia lagi” dalih Eisya.
“ Bukannya kita nak terus kawin....dah banyak kali I melamar you tapi you asyik tolak aje
“ Macam mana I nak terima lamaran you!...cara you tu...tak romantik langsung!” Eisya tersengih membuatkan Izwan terbatuk-batuk.
Izwan terdiam. Dia pernah mengajak Eisya makan di restoran mewah diiringi nyanyian sekumpulan muzik dan dengan terangan dia menghulurkan kotak cincin untuk melamar tapi di tolak. Melamar Eisya melalui e-mail dengan menghadiahkan kata-kata yang penuh puitis tapi tetap tak berkesan. Atas saranan temannya dia melamar gadis itu dengan 24 kuntum ros merah di restoran berputar di Menara Kuala Lumpur dan menghadiahkan cup cake yang berisi sebentuk cincin namun tetap tak berjaya. Semua cara itu belum di kira romantik lagi ke?
' Aduh! Cara apakah agaknya yang berkesan untuk gadis itu menerima lamarannya'. Izwan sudah kehabisan idea. Izwan menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Eisya cuba menahan gelak. Dia tahu lelaki itu sudah buntu memikirkan cara untuk melamarnya. Sebenarnya Eisya sengaja mahu menduga sejauh mana keikhlasan pemuda itu terhadapnya bukannya bagaimana romantisnya cara pemuda itu melamarnya.
“ Senang-senang I kidnap aje you, bawa lari kat Siam...kita nikah kat sana!” cadangan Izwan membuatkan Eisya memukul dengan kuat bahu pemuda itu.
“ You ni dah gila ye!...sebelum you buat kerja gila tu....I terlebih dulu report kat polis....nanti kawinlah you sorang-sorang kat dalam penjara” Izwan tergelak sambil berlari membuatkan Eisya mengejarnya. Riuh terdengar suara mereka membuatkan beberapa pengunjung memandang sambil mengeleng kepala. Ada juga yang tersenyum dengan gelagat mereka yang berkejaran mengalahkan kanak-kanak.
***********


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...