Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -25

oleh: Azieana


BAB 25
EISYA melirik ke arah alongnya. Hairan dia melihat wajah keruh abangnya. Sudah ditanya kenapa wajah abangnya begitu, namun pertanyaannya tiada berjawab. Akhirnya dia memilih untuk diam. Dia memasang radio bagi menghilangkan rasa sunyi.
“ Along...what wrong with you? Masam mengalahkan asam boi ni!” Eisya mula membuka mulut. Dia paling tak suka kalau terus berdiam begini, dia tak betah. Amier tetap diam. Matanya tetap menghala ke depan.
“ Along datang bulan ya!” Eisya memandang abangnya sambil tersengih, menampakkkan giginya yang putih tersusun kemas.
“ Woi! Apa ni? Main kasar ya!” Eisya menahan marah bila Amier tiba-tiba menarik rambutnya yang diikat kemas. Dia mencebik sambil merapikan semula ikatan rambutnya.
“ Sejak bila pulak timbul isu orang lelaki datang bulan ni?...setahu along pergi ke bulan ada la!...suka-suki aje nak kenakan orang”
Amier mengangkat kening sambil memandang wajah Eisya yang memuncung. Seronok pula Amier kerana dapat mengenakan adiknya terutama bila dia berjaya menarik toncang rambut Eisya.
“ Tak nak masuk sekali ke?” Eisya bersuara bila Amier memberhentikan kereta di depan pintu pagar rumah sewa Reen.
“ Boleh juga”
Amier membuka tali pinggang keledar dan bersedia untuk turun.
Wait....apa ni? Orang gurau aje tadi...”
Eisya mula gelabah bila melihat abangnya sudah bersedia untuk mengikutnya masuk ke dalam rumah. Dia cukup jelas dengan undang-undang rumah sewa Reen dan teman-tenmannya.
' Tidak di benarkan mana-mana lelaki masuk ke dalam rumah kecuali kerana terlalu 'darurat'. Maksud 'darurat' di sini adalah seperti penghantar gas atau tukang paip'
Amier ketawa sambil memandang wajah Eisya yang gelabah.
“ Gelabah ya! Along pun cuma gurau aje tadi”
“ Bertuah punya abang!”
Eisya menjeling ke arah abangnya. Betul-betul geram. Pantas lengan abangnya di cubit. Amier ingin membalas tapi Eisya cepat-cepat memboloskan diri keluar dari kereta  sambil tersenyum puas.
Amier melihat Eisya membuka pintu pagar yang tidak berkunci, sebuah kereta Myvi putih berada di porch. Dia masih ingat, kereta itu milik kawan Reen yang pernah di lihat semasa datang menjemput Reen di hadapan 7eleven beberapa ketika dulu. Di sebelah kereta Myvi pula tersadar kereta Honda City warna hitam model terbaru, dia tahu kereta itu milik Jasmin iaitu salah seorang penghuni rumah sewa itu. Amier memasang radio, mendengar celoteh Dj sementara menunggu Reen dan Eisya keluar. Kepala disandarkan ke kusyen sambil tangannya mengetuk-ngetuk perlahan stereng kereta.
Eisya begitu rancak berbual dengan Atikah di ruang tamu sementara menunggu Reen bersiap. Maryam juga telah keluar bersama Johan sementara Jasmin berada di dalam bilik melayan Zainal berbual di talian.
“ Eisya, sorry ya sebab kau terpaksa tunggu...sebenarnya aku tak tahu nak pakai baju apa” Reen keluar dari biliknya dengan blause labuh berwarna kuning bercorak bunga kecil dan seluar warna coklat. Sementara itu dia mengenakan tudung berwarna krim.
“ Okay....inikan kenduri arwah...takkan kau nak pakai gaun pulak” Eisya tersengih, begitu juga Atikah.
Baju yang di pakai oleh Reen cukup sesuai dengan dirinya. Nampak simple tapi menarik.
“ Jom....along dah lama tunggu kat luar. Aku pergi dulu ya....sampaikan salam aku pada Mar dan Min” Eisya menghulur salam.
Reen dan Eisya menuju ke muka pintu, diikuti oleh Atikah di belakang. Sebuah kereta Mazda sedang menanti di depan pintu pagar. Atikah merenung kereta itu. Seronok jadi orang kaya, menukar kereta seperti menukar baju. Tapi dia tetap bersyukur, sekurang-kurangnya dia mampu membeli sebuah kereta mengikut kemampuannya.
“ Tikah, aku pergi dulu ya!” kata Reen setelah menyarung sandal.
“ Nanti kau balik sini atau tidur kat rumah Eisya?” tanya Atikah.
Atikah sudah biasa melihat senario ini terutama sejak kebelakangan ini. Memang hubungan antara Eisya dan Reen cukup rapat sejak mereka sama-sama belajar di universiti lagi. Reen selalu dipelawa tidur di rumah Eisya. Eisya pernah juga mengajak dia tidur di rumah banglo milik orangtua Eisya, tapi dia segan sebab hubungan mereka tidaklah serapat mana. Dia mengenali Eisya pun sebab dia berkawan dengan Reen.
“ Er...aku tak pasti lagi. Tapi , kau jangan bimbang...apa-apa hal aku call kau” Atikah mengangguk sebelum masuk semula ke dalam rumah.
Reen segera mengunci pagar, sementara Eisya sedang berdiri di tepi kereta Mazda yang berwarna silver.
“ Eisya, kaulah duk kat depan” bisik Reen menolak tubuh Eisya.
“ Hish...apa pulak aku! Kau la duk kat depan...apa pulak kata along” balas Eisya dan terus membuka pintu kereta bahagian belakang. Akhirnya Reen mengalah dan membuka pintu depan sebelah pemandu.
Sebaik saja dia melabuhkan punggung di kerusi, telinganya dapat mendengar suatu suara “ Kalau dua-duanya berebut nak duduk kat belakang...habis saya ni apa? Driver awak ya?”
' Aduh! sakitnya telinga mendengar sindirin itu'
Reen mengetap bibir. Tak sangka pulak apa yang berlaku di luar kereta tadi di sedari oleh Amier. Eisya yang sedang selesa bersandar di kerusi belakang tergelak kecil. Reen sempat menjeling ke arah Eisya di belakang. Perasaannya mendidih tapi segera di tenangkan dengan beristighfar.
Amier segera menghidupkan enjin dan terus meninggalkan kawasan perumahan Seri Mawar. Suasana sepi bila masing-masing mendiamkan diri. Amier dilihatnya lebih memberi tumpuan pada pemanduannya. Reen sempat berpaling ke arah Eisya sekali lagi, gadis itu begitu leka melayan sms.
Sorry!” akhirnya Reen bersuara memeceah kesunyian. Dia tunduk dengan perasaan resah.
Sorry, for what?” kasar aje kedengaran suara Amier membuatkan Reen tersentak. Rasa menyesal pulak kerana mengungkapkan perkataan itu. Kalau begini jawapan yang di terima, baik dia diam aje dari tadi, tak perlulah dia rasa sakit hati.
“ Relaksla, along...benda kecik pun nak gaduh ke!” Eisya mencelah. Dia tahu pasti Reen terasa dengan kata-kata alongnya yang kedengaran agak kasar. Bukan salah Reen seorang, dia juga terlibat sama.
Reen mengeluh perlahan. Kini pandangannya menghadap cermin kereta. Menyaksikan panorama di luar. Rasanya lebih menarik berbanding di dalam kereta. Rasa panas dan tegang.
“ Cantik sangatke pemandangan kat luar sampai awak tak sudi nak pandang wajah saya!” tersentak Reen mendengar sindiran Amier. Sangkanya isu tadi sudah selesai, tapi nampaknya makin panas. Memang kat pejabat Amier akan berkomunikasi dengan perkataan 'saya dan awak' , di luar ' abang dan Reen'. Tapi dia cukup kenal bila di luar pun lelaki itu akan berinteraksi ' awak dan saya', bermakna ada sesuatu yang tidak beres.
“ Kenapa dengan awak ni, En. Amier?...awak betul-betul nak cari gaduh ya!” Reen melepas geram. Dia juga tahu rasa marah, bukan hanya lelaki itu sahaja. Wajah lelaki itu di pandang dengan rasa cuak. Ternyata, wajah lelaki itu benar-benar tegang.
Eisya yang berada di situasi itu turut rasa terjejas emosi. Takkanlah perkara sebegitu kecil pun boleh jadi gaduh. Tak logik di akal. Mereka berdua bukan lagi budak-budak.
“ Reen, sudahlah...along cuma bergurau aje tu” pujuk Eisya yang tak mahu perang mulut dan perang dingin terus berlanjutan.
“ Gurau tu gurau juga....tapi suara dan cara dia cakap tu, macam nak cari gaduh je!” Reen membalas pujukan yang diutarakan oleh Eisya membuatkan gadis itu terdiam.
“ En. Amier, saya tahu awak marahkan saya pasal malam semalamkan?” Reen menjeling ke arah Amier yang nampak tenang memandu. Dia tak tahu apa yang bermain di fikiran lelaki itu. Dia benar-benar yakin itu puncanya lelaki itu bersikap sedikit berang.
“ Apa halnya ni?...korang nak gaduh pasal apa ni? Aku tak faham!” Eisya tiba-tiba jadi bengang dan keliru. Tidak tahu hujung pangkal permasalahan mereka berdua tu.
“ Tak ada apa-apa”
Tercetus ketawa dari mulut Esya. Lucu. Macam mana mereka boleh jawab hampir serentak.
“ Amboi, berkongsi menjawab nampaknya” Eisya membidas jawapan yang keluar dari mulut Reen dan abangnya. Reen dan Amier saling berpandangan, senyuman mula terukir di bibir mereka.
That's good...lepas ni jangan gaduh lagi....nanti Eisya report kat balai bomba, biar dia orang sembur dengan paip bomba”
Reen yang geram mendengar kata-kata Eisya segera menoleh sambil tangannya panjang mencari sasaran, namun Eisya sempat mengelak sambil ketawa. Reen mendengus geram, tanpa sedar dia menoleh ke arah Amier yang turut memandangnya. Lelaki itu mengukir senyum membuatkan hati Reen menjadi kalut. Dalam hati sempat memuji betapa kacaknya lelaki itu ketika mengukir senyum. Walaupun hati kecilnya menidakkan kehadiran lelaki itu tapi secara tak langsung hati kecilnya  juga  turut tercuit melihat senyuman Amier yang benar-benar memikat itu. Saat ini,  hatinya penuh dengan debaran dan  irama yang begitu indah.
`Sudah jatuh cintakah aku?`
************


KEDATANGAN Amier, Eisya dan Reen di sambut oleh Tg. Sabariah. Terukir senyuman manis di bibir wanita yang berusia 60an itu. Nampak anggun dan bergaya, memang sesuai dengan dirinya seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya. Syarikat Perwira Jaya Sdn. Bhd yang di bangunkan oleh Tg. Asmawi iaitu ayahanda Tg. Mahmod dan Tg. Khalid diserahkan pada Tg. Sabariah kerana kedua-dua anak lelaki Tg. Asmawi sudah mempunyai perniagaan sendiri. Jadi mereka sudah sepakat menyerahkan Syarikat Perwira Jaya Sdn. Bhd. kepada Tg. Sabariah kerana beliau adalah anak sulung. Sebelum ini syarikat itu di usahakan bersama suaminya iaitu Nik Jaafar. Sejak suaminya meninggal 5 tahun lalu akibat serangan jantung, syarikat itu dikendalikan oleh anak sulung Tg. Sabariah iaitu Nik Zamri. Walaupun demikian Tg. Mahmod dan Tg. Khalid masih mempunyai beberapa peratus saham dalam syarikat itu.
“ Siapa ni?” Tg. Sabariah merenung gadis yang hadir bersama Amier dan Eisya.
“ Kawan Eisya, auntie...namanya Nisreen, panggil Reen aje. Saja Eisya ajak dia temankan...auntie tak kesahkan?”
“ Auntie lagi suka....Amier seorang aje ke? Tak bawa teman sekali!” Tg. Sabariah mengalih perhatian pada Amier yang berdiri di sebelah Reen. Sempat pulak hati tuanya memuji, sepadan pulak kawan Eisya ni dengan Amier.
“ Tak, auntie...lagi pun tak salahkan Mier anggap kawan Eisya ni sebagai teman Mier!” jawapan selamba Amier membuatkan Tg. Sabariah tersenyum. Bahu Reen diusap lembut.
“ Baguslah....auntie pun seronok tengok korang berdua...macam ngam aje!” Tg. Sabariah tergelak kecil melihat wajah Reen dan Amier silih berganti.
Reen hanya menunduk. Tak sangka peramah dan baik pula keluarga Tg. Sabariah kerana dia sangkakan mereka ni sombong. Maklum saja orang kaya tapi ternyata sangkaannya meleset. Bibirnya mengukir senyum.
“ Mama dan papa Eisya dah lama sampai, mereka kat dalam sana. Enjoy your self...kejap lagi akan di adakan majlis tahlil dan doa selamat. Reen...jangan segan ya datang rumah auntie, buatlah macam rumah sendiri” Tg. Sabariah berbicara sebelum berlalu melayan tetamu yang semakin ramai memenuhi perkarangan banglo mewah itu.
“ Eisya, along pergi sana” Amier bersuara sambil memandang dua gadis di hadapannya. Eisya mengangguk perlahan, tapi Reen segera mengalih pandangan seolah-olah tidak menghiraukan bicara Amier.
“ Reen, kau dan along bergaduh pasal apa?”
Ketika itu mereka sedang menikmati hidangan selepas majlis tahlil dan doa selamat. Perlahan saja suara Eisya, takut di dengar oleh saudara mara yang lain turut berada di sisi mereka. Sejak dari tadi dia cuba bertanya tapi tidak berkesempatan kerana sibuk melayan saudara mara yang agak lama tidak bertemu.
“ Hal kecik aje abang kau dah merajuk....malam tadi dia ada call aku, aku saja je tanya kenapa dia call aku sedangkan dia mempunyai ramai teman wanita, terus dia letak. Ishk...tak kuasa aku nak layan rajuk lelaki kasanova macam tu! Macam manalah dia boleh punya ramai teman wanita kalau asyik dia yang merajuk....setahu aku, perempuan yang suka merajuk, ini dah terbalik. Petang tadi aku ada call dia, saja nak confirm yang dia akan jemput aku malam ni, lagi pun  aku rasa bersalah pulak sebab buat dia merajuk....tapi dia macam layan tak layan aje panggilan aku, sajalah tu nak balas balik kat aku!” tertawa Eisya mendengar kata-kata Reen.
“ Pelik bin ajaib. Pasal tu aje korang nak bermasam muka? Along...along.... . Kau tak boleh salahkan dia bila dia hubungi kau, along aku tu kan suami kau. Setakat yang aku tahu, tak pernah sekali pun dia merajuk dengan mana-mana teman wanitanya, mereka yang merajuk ade le!” Eisya berbicara, namun masih mengawal nada suara. Bimbang di dengar oleh yang lain.
Berkerut dahi Reen memandang wajah Eisya yang tersengih. Masih tak percaya punca pergaduhan suami isteri itu. Dan Reen juga masih tak percaya dengan penyataan dari Eisya sebentar tadi.
“ Selama ini teman-teman wanitanya yang call...ajak datingla, tengok wayangla, ajak shoppingla, ajak minum, ajak dinner...macam-macam jenis ajak lagilah. Kalau terlalu mengada-ngada sangat atau terlalu mendesak dia....terus di tinggalkan. Tapi dengan kau ...dia pulak yang merajuk!” secara tak langsung Eisya menceritakan sikap abangnya membuatkan Reen terfikir, betulkah sikap lelaki itu.
Selepas menikmati hidangan, Eisya mengajak Reen beredar ke ruang lapang yang menyediakan kerusi dan meja plastik sebagai tempat tetamu bersantai sambil menikmati pencuci mulut. Di meja itu, hanya mereka berdua yang menghuni. Ada dalam 5 buah meja plastik bulat seperti itu bersama dengan 2 buah canopy besar yang di sewa khusus untuk majlis malam ini. Ada juga yang lebih suka makan di dalam berbanding dengan makan di bawah khemah terutama saudara-mara yang perempuan.
“ Malam ni kau tidur rumah ya!” Eisya memandang Reen sambil menyuap puding caramel.
“ Aku tak bercadang nak bermalam kat rumah kau...lagi pun kau tak bagi tahu awal-awal tadi ” Reen mengacau-ngacau air koktel di dalam mangkuk.
“ Kami bercadang nak ke PD esok pagi. Saja nak tenangkan minda, kau ikut ya!” Eisya memegang tangan Reen. Sengaja dia buat muka kesian agar ajakannya diterima.
Sorry, aku tak ada mood nak makan angin atau nak rehatkan minda kat mana-mana. Aku ingat nak rehatkan minda kat bilik aje, siap tangkap lentok atas katil” memang dia tak ada mood nak ke mana-mana. Otaknya sudah fokus untuk berehat atas katil. Sepanjang minggu ni banyak betul kerja yang terpaksa di siapkan terutamanya disebab En. Razif bercuti selama seminggu kerana membawa keluarganya makan angin kat Disneyland.
“ Mama yang beria-ria minta aku pujuk kau ikut sekali. Izwan pun ada sama....lagi ramai lagi best....ala-ala cuti keluarga gitu” Eisya tersengih menayangkan giginya.
“ Apa sengih-sengih? Kau ingat kau sedang buat iklan ubat gigike?” tempelak Reen membuatkan Reen tiba-tiba mengaduh kesakitan. Mesti tak lain tak bukan kerana sepit ketam merayap kat lengannya.
“ Okaylah....aku ni asyik jadi mak turut je...geram aku!” akhirnya Reen mengalah. Sekali lagi Eisya menayangkan gigi tanda kemenangan berada di tangannya.
“ Mama dan aku sebenarnya nak rapatkan hubungan antara kau dan along. Along tu memang sosial pergaulannya tapi certain-certain part, pemikirannya agak pasif juga !”
“ Entahlah Eisya...aku tak pernah bermimpi nak kawin abang kau, tapi tiba-tiba dah jadi macam ni” lagi sekali Reen mengeluh.
Wajahnya muram merenung wajah temannya yang nampak muram, hairan betul dia dengan sikap temannya ini. Sepatutnya dia bersyukur dan gembira kerana berkahwin dengan alongnya yang cukup tampan dan segak itu. Begitu ramai perempuan yang tergilakan alongnya tapi Reen yang jadi pilihan hati alongnya tanpa perlu merayu-rayu.
“ Siapa tu? Mesra betul dia dengan along kau!”
Pertanyaan Reen mengejutkan Eisya. Terus perhatiannya terhala ke arah pasangan yang sedang rancak berbual langkau tiga meja dari tempat mereka. Entah kenapa perasaan Reen tiba-tiba jadi tak enak melihat kemesraan mereka berdua. Perempuan itu kelihatan begitu anggun mengenakan gaun labuh berwarna biru dengan rambutnya tersanggul kemas. Entah apa yang menarik tentang isu perbualan sehinggakan perempuan itu begitu memberi perhatian. Matanya tak lekang dari merenung wajah Amier.
“ Oh! Itu Kak Tina, anak auntie Sabariah yang nombor 3... kak Tina tu memang dah lama sukakan along, tapi along cuma layan biasa-biasa aje” beritahu Eisya tentang identiti perempuan cantik yang bersama Amier itu. Dia memang tahu, alongnya bukan saja menjadi perhatian perempuan di luar tapi juga dalam keluarga mereka.
“ Sepatutnya along kau tu bergandingan dengan perempuan yang macam tu, baru setaraf. Bukan macam aku” hati Reen jadi hiba.
 Dia tunduk seketika cuba menyembunyikan matanya yang dirasakan berkaca tiba-tiba. Entah kenapa saat ini dia menjadi terlalu sensitif. Hatinya juga turut terasa pedih. Kalau dia menidakkan kehadiran lelaki itu  dalam  hatinya, kenapa hatinya rasa terluka melihat Amier didampingi gadis lain. Ah! Bingungnya. Betulkah kata Eisya....aku yang sebenarnya  tidak dapat menerima dugaan itu. Egokah aku kerana tidak menerima kenyataan yang sebenar bahawa sepatutnya dia lebih menganggap Amier tu sebagai suami, bukannya sebagai orang luar sebagaimana yang  dilakukannya kini? Sesungguhnya aku dah berdosa kerana  tidak melayan lelaki itu selayaknya sebagai seorang suami.
“ Sudahlah Reen...jodoh pertemuan, ajal maut tu kan di tangan Allah. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada dan menikmatinya dengan sebaik mungkin” pujuk Eisya.
Dia sedar wajah itu agak muram. Dia kenal Reen agak lama, hampir 5 tahun. Sudah kenal hati budi gadis itu walau pun bukan sepenuhnya. Dia tahu temannya itu sedih melihat senario itu. Walau pun hatinya tidak menerima hubungan yang terjalin antara dia Amier, tapi bila melihat Amier berbual mesra dengan perempuan lain, hatinya pasti tercalar. Sudah menjadi lumrah kehidupan. Mulut kata benci, tapi hati tetap rasa sayang. Itu juga yang dialami oleh temannya.
Reen memandang wajah Eisya sambil mengukir senyum. Betul kata Eisya, jodoh pertemuan dan ajal maut di tangan yang Maha Kuasa. Dia melepas keluhan lega, mungkin dia perlu pasrah dengan apa yang berlaku pada dirinya. Dia memandang semula ke meja yang di duduki oleh Amier dan Tina sebentar tadi. Sudah tiada. Kini tempat itu sudah di ambil oleh orang lain. Ke mana mereka pergi? Hatinya tertanya-tanya sambil matanya terus terpaku di situ. Bagai tersentak, terasa seperti ada orang sedang memandangnya dari balik tetamu di situ. Cepat-cepat matanya di kalih. Kini dia sedang merenung wajah Eisya dengan perasaan kalut.
“ Kenapa ni? Kau nampak gelisah aje tiba-tiba!” Eisya pulak jadi panik melihat wajah Reen yang begitu kalut. Sebentar tadi okay je, tiba-tiba resah mengalahkan kucing nak beranak. Malah dia nampak macam ketakutan.
“ Er...tak ada apa-apa!” balas Reen sambil mencapai jus oren di atas meja, di teguk dengan rakus tanpa menyedari air yang di minumnya itu adalah milik Eisya.
Terkulat-kulat Eisya memandang kelakuan tindakan temannya itu dengan rasa hairan. Sebelum sempat dia membuka mulut untuk bertanya, seseorang tiba-tiba menyapa.
Hi girls!”
Seorang pemuda muncul di hadapan mereka sambil menghadiahkan senyuman. Dia memandang wajah dua gadis di hadapannya dengan wajah ceria.
“ Hai Jeff! Apa khabar?”
Eisya membalas teguran pemuda itu sambil tersenyum. Dia meneliti penampilan pemuda itu, ringkas dengan mengenakan seluar jeans dan kemeja lengan panjang berwarna putih.
“ Aku baik aje....boleh aku duduk?” tanpa sempat mendapat keizinan, Jeffri sudah pun duduk di sebelah Eisya.
“ Sikitnya makan, korang berdua ni diet ke?” Jeffri memandang pinggan Eisya yang masih mempunyai sisa puding sementara Reen hanya merenung air koktel yang masih berbaki separuh mangkuk.
“ Mana ada aku diet, dua pinggan dah aku bedal nasi beriani tadi....ni tanya aku, kau dah makan ke?” Eisya memandang wajah Jeffri yang duduk di sebelahnya, nampak begitu asyik memandang wajah Reen sambil bibirnya mengukir senyum.
“ Aku dah makan tadi. Ini kawan kau ya...”
“ Ya, kenapa? Berkenan ke!”
Eisya ketawa. Kalau tak berkenan buat apa dari tadi asyik merenung wajah temannya tak berkelip biji mata. Jeffri ketawa kecil.
“ Berkenanlah juga, sebab tu aku datang bersembang dengan kau” balas Jeffri sambil menyembunyikan senyuman.
“ Hipokrit betul kau ni...ingatkan kau datang sini menyapa saudara tapi rupa-rupanya ada udang di sebalik mee” Eisya menolak perlahan bahu Jeffri membuatkan Jeffri melepaskan gelak besar. Berkerut dahi Reen melihat gelagat mereka. Begitu mesra seperti melihat kemesraan antara Amier dan kak Tina tadi.
“ Sekadar kawan, apa salahnya....I ni masih lagi bujang teruna...belum ada sebarang komitmen dengan mana-mana perempuan” balas Jeffri. Dia mengukir senyum bila Reen begitu ralit memandangnya dengan perasaan hairan.
Sorry, kawan aku ni dah ada yang booking. So, kau cari yang lain aje” balas Eisya dengan wajah selamba.
Jeffri tetap tersenyum. Dia tak kesah, sudah di duga pasti gadis yang bersama Eisya ni sudah berpunya. Orang cantik dan bersopan macam ni pasti ramai yang terpikat. Hm....bertuah sungguh lelaki itu!
“ Apalah kau ni Eisya, ingat aku ni barang ke? Siap dengan perkataan 'booking' lagi!”
Reen meradang, seolah-olah ketika ini dirinya sedang dipermainkan mereka. Jeffri dan Eisya saling berpandangan, mereka tahu Reen tidak selesa dengan topik perbualan mereka.
“ Tengok, member kau dah marah....dah merah pun muka. Sorry, we just talking...don't be serious, ok. I'm Jeffri” Jeffri memperkenalkan diri. Pada awalnya dia menghulur tangan, tapi segera ditarik bila teman Eisya itu sekadar memandangnya.
“ Reen”
“ Nice to meet you....actually, I'm Eisya's cousin”
“ Jeff ni anak bongsu auntie Sabariah, tua 2 tahun dari kita. Dia ni bukan saja peramah tapi dah kira terlebih peramah, terutama kalau depan perempuan. Dia ni jadi engineer kat Kerteh, Trengganu, tak lama lagi tentu kau bertukar jadi orang minyak, ya Jeff ” Eisya mencelah sambil mengusik sepupunya.
Jeffri hanya tersenyum. Tahu sangat dengan perangai Eisya, kalau tak kenakan orang memang tak sah. Reen sekadar mengangguk. Kini dia sedar hubungan mereka rapat kerana mereka bersaudara.
“ Reen, you jangan bimbang...I tak kacau orang yang dah berpunya....okay, enjoy yourself... Eisya, aku nak pergi cari Amier. Dah lama aku tak jumpa dan bersembang dengan dia”
Jeffri bangun dan segera beredar. Reen sempat menghantar pemergian Jeffri dengan pandangan. Sekali lagi dia terasa dirinya menjadi perhatian seseorang tapi dia tidak dapat pasti dengan jelas siapa orang itu.
****************

SELEPAS menghantar Eisya dan Reen pulang ke banglo orangtuanya, dia keluar semula untuk berjumpa dengan teman rapatnya. Siapa lagi kalau bukan Shahrul dan Anuar. Mereka sudah berjanji untuk bertemu di starbuck.
“ Apasal kau lambat, bro...dah dekat satu jam kami tunggu” Anuar terlebih dahulu bersuara sebaik saja Amier melabuhkan punggung di kerusi.
Sorry, kan tadi aku call...mungkin lambat sikit sebab aku baru baru balik dari rumah auntie aku. Dia buat kenduri arwah...” sempat Amier melirik jam tangannya.
Amier memesan kapucino.
“ Mier, aku ada dengar cerita kat office pasal Badri...betulke?” Anuar meneguk minuman di hadapannya. Shahrul sekadar jadi pemerhati dan pendengar.
“ Cerita pasal apa?” berkerut dahi Amier.
Setakat ini tak ada pulak dia terdengar gosip sensasi. Mungkin mereka cuba menyembunyi dari pengetahuannya. Dia tak hairan, gosip pasti berada di mana-mana. Ini pasal Badri. Yang selalu menjadi perhatian staff adalah dirinya yang sering di kaitkan dengan ramai wanita. Tapi sejak dia berkahwin, aktiviti tersebut berkurangan dan gosip tentang dirinya mengenai isu itu juga berkurangan.
“ Aku dengar ceritalah yang si Badri tu selalu duk usha Nisreen...aku pun dengar –dengar macam tu aje, tak sahih  lagi” Anuar menerangkan tentang gosip yang di dengar.
Nasib baik Amier tak melatah kerana terkejut.
Sorry!” segera Amier memohon maaf pada pelayan yang baru sampai membawa minumannya. Pelayan itu mengangguk dan segera beredar.
“ Badri dan Nisreen?....Badri, staff  bahagian sumber manusia?” Amier cuba mendapat kepastian.
“ Kenapa kau ni? Gelabah semacam aje....atau kau pun ada hati kat Nisreen tu” Shahrul tergelak kecil. Tergerak juga hati dia menyampuk perbualan mereka walaupun dia tak pernah kenal siapa Badri, mahu pun Nisreen. Untuk menghilangkan rasa gugup, Amier meneguk minumannya. Kemudian dia menyandar badan di kerusi, cuba mengawal emosi.
“ Kalau kau nak tahu, Shah...Nisreen tu.... bukan saja cun, tapi cantik dan bersopan penampilannya. Jujur aku katakan...aku pun terpikat, ini kan pula si Badri yang masih single. Aku dapat tahu....awal-awal lagi dia cuba memikat gadis tu.... tapi aku tengok si Nisreen tu tetap layan biasa-biasa aje....aku pun ada terdengar orang kata yang Reen tu asyik jual mahal, ego...mentang-mentang ada rupa. Tapi aku memang respect kat Reen tu sebab aku perhatikan dia tu memang tahu menjaga tingkah laku dan batas-batas pergaulan, tak macam sesetengah perempuan lain. Kalau muka cantik sikit, perangai mestilah  mengada-ngada,... ingat semua lelaki boleh ditawan dengan hanya kecantikan wajahke!” cerita Anuar. Shahrul yang mendengar turut tersenyum. Teruja juga dia nak mengenali gadis istimewa itu.
“ Nuar, betulke Badri tu selalu duk usha Nisreen?” Shahrul dan Anuar saling berpandangan. Hairan mereka melihat wajah Amier yang tegang tiba-tiba.
“ Secara jujurnya, dulu adalah...dulukan si Badri tu ada di posisi Nisreen. Sekarang ni hubungan mereka tetap biasa aje...aku pun hairan juga.... Nisreen tu aku tengok perahsia sangat....yang aku pelik, dia tu macam ada something dengan kau” Anuar merenung wajah Amier. Pernah juga dia bertanya pada Surihani dan perempuan itu juga berpendapat sama.
“ Kau pun suka bergosip jugake atau kau ni  termasuk dalam group Juita and the gang?...kau tahukan papa aku dah larang keras aku ada hubungan dengan mana-mana staff.... Kau masih ingat pasal kes aku dengan Rania dulu”
Anuar tersenyum. Memang semua staff tahu pasal tu. Terbayang wajah Rania, setiausaha Amier yang gedik tu.
“ Nisreen dan Rania tu bagai langit dan bumi, cukup berbeza. Lagi pun aku dapat tahu Reen tu kawan adik kau, Eisya!....aku memang sokong kalau kau pilih dia jadi teman hidup kau dari kau pilih perempuan yang entah apa-apa, harapkan muka aje lawa... itu pun sebab pakai make up tebal berinci, perangai....hush....seram aku, tergedik sana tergedik sini, lentok sana lentok sini...geli geleman aku tengok....boleh pulak kau layan perempuan macam tu!” bukan Anuar dan Shahrul tak tahu jenis perempuan yang mendampingi Amier. Walaupun dia tahu Nisreen bukanlah dari golongan yang berada, tapi gadis itu cukup kaya dengan budi bahasa, penampilan yang cukup sopan dan sentiasa bertudung. Nasib baik teman wanitanya, Zulaikha juga bertudung.
“ Mereka tu semua sekadar kawan , tak lebih dari itu ...aku berhak memilih  yang terbaik kerana bagi aku perkahwinan hanya sekali dalam hidup....bak kata Sang Nila Utama dalam cerita Musang Berjanggut, dia mahu memilih perempuan sebagai isteri, bukannya betina!”
“ Betul kata kau....memang telah termaktub bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik....walaupun kau pernah mempunyai ramai teman wanita tapi kau tak pernah mengambil kesempatan pada mereka. Itu tandanya kau menghargai mereka dan juga membuktikan bahawa kau juga seorang lelaki yang baik walaupun kadang-kadang nakal juga. Aku  sudah lama kenal dengan kau  dan aku tahu kau jenis lelaki yang hanya setia pada seorang perempuan!” kata Shahrul.
“ Dan firasat aku mengatakan  kau memang ada hati pada Nisreen dah lamakan?... dan hati kecil aku juga mengatakan yang Nisreen juga sebenarnya sukakan kau, cuma dia jenis perempuan yang ada maruah diri..... jadi, aku sokong 100% kalau dialah jodoh yang telah ditakdirkan untuk kau! ” kata Anuar sambil merenung wajah Amier, cuba mencari kebenaran di balik kata-katanya.
Amier tersenyum. Tak sangka temannya turut menyokong pilihan hatinya walaupun mereka tak menyedari apa yang mereka mahukan sudah pun berlaku. Daripada perbualan itu, mereka terus membuka perlbagai topik. Kali ini lebih kepada aktiviti dan perancangan mereka. Walaupun sudah larut malam, tempat itu masih di penuhi ramai pengunjung. Pelbagai ragam, pelbagai topik dan pelbagai gelagat.
************

AMIER melirik jam di dashboard, sudah mencecah ke pukul 1.30 pagi. Dia keluar dari keretanya selepas mematikan enjin. Kunci rumah di keluarkan dari poket seluarnya, dia tak mahu mengganggu penghuni rumah sekiranya dia balik lewat. Itu juga salah satu sebab dia suka tinggal berasingan dari keluarga, tak adalah asyik mendengar bebelan setiap kali pulang lewat. Pintu depan di buka perlahan, bimbang kalau kepulangannya di sedari terutamanya Mak Indah. Tapi kini tugas membuka pintu dan membersih rumah di serahkan pada pembantu rumah yang baru, Maya. Baru tiga minggu perempuan yang berasal dan Medan berusia 30an itu diambil bekerja. Tugas Mak Indah hanya lebih kepada menyediakan masakan dan membersihkan kamar tidur. Datin Halijah lebih suka Mak Indah membersihkan kamar dan memasak kerana dia dia sudah di percayai. Lagi pun banyak kes-kes tentang pembantu rumah dari Indonesia yang menimbulkan masalah membuatkan Datin Halijah terpaksa mengambil langkah berhati-hati.
Suasana dalam rumah agak suram, hanya beberapa lampu dinding yang di pasang. Amier menaiki tangga satu persatu untuk ke biliknya. Rasa penat dan mengantuk, esok dia akan memandu ke PD. Sepatutnya dia perlukan rehat yang cukup, tapi disebabkan dia sudah berjanji untuk keluar berjumpa Anuar dan Shahrul, terpaksa dia akur. Untuk kebilik tidurnya, dia terpaksa melewati bilik tempat Reen tidur. Entah kenapa hatinya mendesak untuk dia menjenguk Reen.
Perlahan-lahan tombol pintu di pulas, bibirnya mengukir senyum kerana bilik itu tidak berkunci. Mungkin gadis itu terlupa untuk menguncinya. Dengan hati-hati dia membukakan pintu dan melangkah masuk. Terasa macam pencuri pulak. Sempat pula dia berfikir tentang tindakannya kini. Seandainya tiba-tiba kepalanya di ketuk terpaksalah dia terima akibatnya tapi harap-harap itu tak akan berlaku. Dia bukan nak buat perkara tak baik, sekadar untuk melihat gadis itu. Naluri lelakinya yang mendesak. Ini kali pertama dia bertindak begini. Mungkin ini juga yang dirasai oleh Lisa semasa menceroboh masuk ke biliknya dulu.
Suasana bilik itu agak suram, hanya lampu tidur di tepi katil yang terpasang. Jadi tidak sukar bagi Amier menyelinap masuk ke bilik itu. Perlahan-lahan langkahnya di atur ke arah katil mewah yang berukir, diimport dari Bali dan matanya terus terpaku pada susuk tubuh yang nampak tidur mengereng dengan lena sambil memeluk bantal panjang. Seperti bayi, nafasnya teratur di balik selimut tebal yang membalut tubuhnya. Hanya wajahnya sahaja yang kelihatan. Lama dia merenung wajah polos itu sebelum mengambil keputusan untuk duduk di tepi katil. Inilah peluang dia untuk menatap wajah itu dengan sepenuh hati tanpa ada gangguan.
Wajah yang cukup sempurna, manis dan tenang. Setiap inci wajah itu di tenung. Terasa ingin sekali membelai wajah itu. Siang dan malam wajah itu sentiasa hadir dalam mindanya, malah mimpinya juga di penuhi dengan wajah itu. Begitu comel dan dia benar-benar terpesona. Tak puas dia menatap wajah itu. Dan dia semakin yakin bahawa cintanya benar-benar untuk gadis itu dan tindakan yang dilakukannya adalah tepat sama sekali dan dia tak akan menyesal.
Perlahan-lahan tangannya mengelus lembut wajah di hadapannya, begitu berhati-hati agar gadis itu tidak terjaga. Tidak dapat di bayangkan apa tindakan gadis itu sekiranya dia terjaga.
“ A....awak....?” Amier terbangun bila tiba-tiba Reen terjaga. Sama-sama kalut.
Reen segera bangkit dari tidur. Kepalanya terasa pening kerana terjaga dalam keadaan terkejut bila terasa ada sesuatu merayap pada wajahnya. Amier kembali duduk di tepi katil. Reen sudah pun bersila di atas katil dengan wajahnya tajam merenung Amier.
“ Apa awak buat kat bilik ni” tajam renungan Reen.
“ Syh...sorry, abang tak ada niat nak ganggu....I just want to see you!” Amier meletakkan jari telunjuknya ke bibir, memujuk agar Reen tidak menguatkan suara.
Reen turun dari katil. Dia berjalan mundar-mandir dengan rasa gelisah. Namun Amier di lihatnya begitu tenang duduk di tepi katil, malah dia hanya diam melihat gelagat Reen.
“ Reen tengah buat apa tu? Berkawat pagi-pagi ya!” masih sempat Amier berlawak.
Reen mencekak pinggang. Entah bagaimana dengan penampilannya saat ini, dahlah tadi dia terkejut beruk. Pastinya rambutnya berserabai, malunya! Nasib baik hanya lampu tidur aje yang di pasang. Tak adala nampak jelas wajahnya yang serabai ketika itu.
Amier tetap memandang ke arah Reen. Gadis itu memakai seluar panjang longgar warna hitam dan t'shirt berwarna coklat.
“ Macam ni...saya tak nak mama dan papa tahu awak ada kat sini....ada baiknya awak keluar sekarang sebelum apa-apa terjadi....” Reen memandang wajah Amier, dia benar-benar mengharapkan agar lelaki itu faham situasi yang di alaminya.
“ Sekali lagi abang minta maaf...abang cuma nak tengok Reen, nak pastikan Reen tidur dengan selesa” Amier menghampiri Reen. Segera Reen berundur.
“ Okay...untuk pengetahuan En. Amier....saya tidur dengan selesa, cukup selesa....terima kasih” wajah kalut Reen itu membuatkan Amier tersenyum. Terasa ingin mengusap rambut yang sedikit kusut itu supaya nampak lebih kemas. Biar lebih cantik walau pun dia memang dah cantik.
“ Reen....”
“ Lebih baik En. Amier keluar sekarang” Reen menuju ke pintu dan membukanya.
Fine...I'll leave now
 Amier mengangkat kedua-dua tangan seakan menyerah. Sambil itu dia mengatur langkah perlahan ke arah pintu. Reen yang masih yang masih berdiri di pintu sempat mengelak apabila Amier mengangkat tangan untuk menyentuh pipinya.
Good night and sweet dream, my dear princess” sempat Amier bersuara sambil menghadiahkan senyuman sebelum keluar dari bilik Reen.
Reen mengurut dada, lega kerana lelaki itu sudah keluar dari biliknya. Cepat-cepat dia menutup pintu dan menguncinya. Bimbang kejadian tadi berulang lagi. Entah bagaimana dia boleh terlupa mengunci bilik sedangkan selama dia bermalam di banglo itu, dia tak pernah lupa untuk menguncinya malah Datin Halijah selalu berpesan supaya dia mengunci pintu bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
****************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...