Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -24

oleh: Azieana

BAB 24
LISA menyanyi-nyanyi kecil sebaik saja keluar dari lift. Tangan kanannya membimbit 3 beg kertas dan tangan kirinya membimbit 2 beg kertas dari pelbagai jenama. Di bahunya tersandang beg tangan dari jenama gucci. Hatinya benar-benar terhibur kerana sebentar tadi dia sudah membelanjakan hampir RM2000 semata-mata mahu memuaskan hati. Pasal duit dia tak perlu risau kerana di dalam beg duitnya terdapat beberapa jenis kad kredit ehsan dari seseorang.
Pada awalnya dia mahu mengajak Marion datang ke kondo tempat penginapan terbarunya sejak 3 minggu lepas tetapi gadis kacukan cina dan Inggeris itu sudah ada temujanji dengan teman lelakinya selepas mereka balik dari shopping tadi.
Lisa meletakkan beg-beg kertas di atas lantai, dia menyeluk tangan di dalam beg untuk mencari kunci kondo. Mulutnya terbuka sebaik saja gril dan pintu di buka. Lampu, kipas dan aircond ruang tamu terpasang. Dia benar-benar yakin telah menutup semua lampu, kipas dan aircond sebelum keluar pagi tadi. Dia menatap jam tangan jenama bonia, sudah menunjukkan pukul 7 malam. Hatinya mula dipalu resah, bimbang sekiranya tempat itu sudah diceroboh. Beg kertas di campak di atas sofa, segera dia melangkah laju ke bilik tidurnya. Biliknya cerah dan kipas juga sedang berpusing.
Tiba-tiba dia terdengar pintu di bilik air di buka. Matanya segera menuju ke arah itu. Badannya berdiri kaku melihat sesusuk tubuh yang baru saja keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala. Lelaki itu segera mengukir senyum sebaik saja memandang wajah Lisa yang sudah pucat.
“ Sayang, kenapa ni?” lelaki itu segera menghampiri Lisa. Bahu yang terdedah itu di pegang erat.
“ I sangkakan tempat ni di masuki pencuri sebab I tengok semua lampu dah terpasang....I'm really shock. I did not expect that you will come today” Lisa bersuara. Lega kerana firasatnya tadi tidak betul. Lelaki itu ketawa. Tanganya mula mengusap wajah Lisa.
I'm miss you...I saja nak buat surprise untuk you”  sebaik saja dia sampai di airport dari Singapura, terus dia datang ke kondo itu untuk berjumpa Lisa kerana dia merindui gadis itu. Terpaksalah dia menunggu hampir 3 jam kerana gadis itu tiada di kondo yang dibeli khusus untuk gadis pujaannya.
Where have you been?”
Lelaki itu menuju ke almari, di buka dan di keluarkan satu kemeja warna biru muda. Segera di pakai di tubuhnya. Lisa hanya sekadar memerhati lelaki itu kemudiannya mengambil seluar hitam.
“ I pergi shopping dengan Marion” Lisa menghampiri lelaki itu. Tangannya segera membutangkan baju satu persatu dengan di perhati oleh lelaki itu.
“ I want you to knew that I'm always dream about you!...and now...you look so gorgeous!” serentak itu juga tubuh Lisa di peluk erat. Mereka saling bertatapan sebelum bibir mereka bertaut rapat. Cukup lama.
“ Jom sayang, I tunjukkan barang-barang yang I beli tadi”
Lisa menarik tangan Borhan. Lelaki itu sekadar mengikut. Mereka melabuhkan punggung di sofa dan Lisa mengeluarkan semua barang yang di belinya. Beberapa helai gaun, blause, seluar dan alat make up. Becok mulut Lisa menceritakan tentang barang yang dibelinya.
“ You duduk sini, I buatkan air untuk you” Lisa menghilang dan muncul semula dengan membawa dua gelas jus oren.
“ Kejap lagi kita keluar. I want to dinner with you...maksud I, canddle light dinner” kata-kata Borhan membuatkan Lisa tersenyum lebar. Tubuh Borhan segera di peluk bersama ciuman di kiri kanan pipi Borhan.
“ Selepas dinner I terus hantar you pulang....I kena pergi Penang kerana ada urusan kat sana....may be two or three days” wajah Lisa yang ceria tadi kembali muram.
“ Lepas urusan I kat Penang settle, I bawa you holiday kat Bali, okay?” pujuk Borhan sambil memeluk pinggan Lisa. Pipi gadis itu di cium beberapa kali.
“ Okay, kalau macam tu...you tunggu sekejap....I nak mandi dan tukar pakaian”
Borhan mengangguk. Matanya terus menatap langkah Lisa masuk ke biliknya. Kemudian dia bangun melangkah ke balkoni bersama telefon bimbit. Dia membuat beberapa panggilan kerana ada beberapa urusan yang masih belum selesai.
Usai bercakap di talian, Borhan masuk ke bilik. Dia menelan liur melihat Lisa yang hanya bertuala putih separas dengan dada yang terdedah. Gadis itu hanya membalas renungan lelaki itu dengan senyuman. Lisa sudah dapat membaca apa yang tersirat di hati lelaki itu. Dia melangkah ke almari pakaian. Belum pun sempat pintu almari di buka, tubuhnya di peluk erat dari belakang. Serentak itu juga beberapa ciuman singgah di bahu belakangnya yang memang terdedah.
“ Sayang...” Lisa memengang tangan Borhan yang makin kuat memeluk tubuhnya.
Tubuh Lisa di paling mengadap wajah Borhan.
Please....I nak pakai baju, kita kan nak keluar dinner
Lisa bersuara memujuk Borhan yang mula membenamkan muka ke leher dan dadanya yang terdedah. Pujukan Lisa tidak diendahkan, malah tubuhnya diangkut dan direbahkan ke katil.
Borhan membuka butang baju satu persatu sebelum dicampak ke bawah katil. Dada Lisa terdedah dan berombak tinggi itu menjadi sasaran bibir Borhan. Lisa hanya pasrah dan bersedia menurut kehendak lelaki itu. Sekiranya dia menolak pasti buruk akibatnya kerana awal-awal lagi lelaki itu sudah memberi amaran.
“ Ingat, I boleh berikan berapa atau apa saja yang you mahu asalkan you layan I dengan baik. Sekarang ni you jadi milik I ...jadi I tak suka you layan lelaki lain. Orang-orang I sentiasa ada memerhatikan you. Kalau you ingkar arahan dan kehendak I, buruk akibatnya...Faham?” itulah kata-kata amaran yang pernah diucapkan oleh Borhan setelah dia melihat Lisa bercakap dengan seorang lelaki di sebuah kelab.
Borhan...Lelaki itu cukup berpengaruh terutama dalam dunia gangster atau kongsi gelap. Pada pendapat Lisa, lelaki itu memilik kekayaan disebabkan oleh pelbagai sumber dan dia tidak dibenarkan bertanya tentang kegiatan Borhan. Perkenalan antara dia dan Borhan bermula disebuah kelab malam. Seorang lelaki cuba mengganggunya dan Borhan tiba-tiba datang menolong. Sangkanya lelaki itu betul-betul ikhlas menolongnya, rupa-rupanya itu adalah perangkap yang di pasang oleh Borhan untuk mendapatkannya. Menurut Marion, Borhan sudah lama terpikat padanya sejak pertama kali dia menjejak kaki ke kelab malam milik lelaki itu. Kini, dirinya berada di bawah pengaruh Borhan sudah hampir sebulan.
****************

REEN  terus merebahkan tubuh di atas katil bujangnya sebaik saja dia masuk ke biliknya. Penat juga menemankan Atikah keluar membeli-belah sebentar tadi. Entah apa mimpinya si Tikah tu  beria-ria minta dia temankan.  Alih-alih dia turut membeli sehelai blause untuk adik bongsunya, Nasuha. Tidak lupa juga sepasang baju kurung yang telah siap untuk ibunya. Bolehlah di berikan masa dia balik kampung nanti. Dah lama juga dia tak belikan ole-ole untuk keluarga tersayangnya. Sejak kali pertama dia mendapat gaji, ibunya telah berpesan supaya dia berjimat cermat.
            “ Buat apa bazirkan duit belikan selendang ni untuk ibu....simpan aje duit gaji Reen tu untuk masa depan”  kata Pn. Saloma  sebaik saja menerima pemberian Reen. Walaupun dia berkenan dengan pemberian itu tapi naluri seorang ibu tetap memikirkan kebajikan anaknya.
“ Ini sebagai kenangan untuk ibu...dari gaji pertama yang Reen dapat.  Ibu pakai ya....jangan simpan pulak!” Reen tersenyum.  Dia tahu ibunya turut teruja dengan pemberian itu.
“ Yalah....terima kasih Reen. Nanti bolehlah ibu pakai masa pergi kenduri kawin anak Makcik Mariah minggu depan” kata Pn. Saloma sambil mengusap lembut kain selendang yang berwarna merah pinang masak itu. Reen tahu warna itu adalah warna kegemaran ibunya.
“ Ibu...”
Reen segera menghubungi ibunya di kampung untuk bertanya khabar. Reen memutuskan talian selepas hampir sepuluh minit dia bercakap dengan ibunya untuk melepaskan rasa rindu.
Tiba-tiba terdetik pula nama Amier di kotak fikirannya.  Malam ni dia akan menemani suaminya ke majlis tahlil di rumah saudara Amier. Pelbagai andaian mula muncul di benak fikirannya membayangkan suasana yang bakal dihadirinya.
` Apa yang sedang dibuat lelaki itu waktu ini....agaknya dia tengah dating dengan mana-mana teman wanitanya` Reen cuba membuat andaian. 
` Tapi kalau betul dia sedang berdating!....takke aku ni mengganggu...` Reen memejam mata seketika. Rasa bersalah tetap terbit kerana malam tadi dia telah membuat hati suaminya itu terluka dengan sikap endah tak endahnya. Bukan dia tak cuba untuk menyayangi lelaki itu, namun sepertinya ada sesuatu yang menghalang. Dia sendiri tidak tahu, apa penyebabnya walaupun suaminya itu melayannya dengan baik.
` Apa kata kalau aku cuba call dia...saja nak test` tangannya cuba menekan scroll mencari nama Amier. Selama ini Amier yang asyik menghubunginya. Tak salah rasanya kalau kali ini dia yang mengalah, bukannya rugi pun. Malam semalam terasa hilang fungsi pendengarannya kerana telinganya  hanya asyik mendengar bunyi tut...tut...tut....
Kali ini dia mencuba lagi untuk menghubungi lelaki itu. Beberapa detik kemudian panggilannya berjawab. Dia mengeluh lega.
“ Hello....” mendatar aje suara Amier kedengaran di telinga Reen membuatkan Reen serba salah untuk meneruskan hasratnya.
“ Assalamualaikum” Reen memberi salam dengan penuh debaran.
“ Waalaikumussalam....ada apa Reen?” acuh tak acuh saja Amier bertanya. Tak ada gaya teruja pun menjawab salam. Reen menelan liur. Rasa terbantut saja hasratnya untuk meneruskan perbualan dengan lelaki itu.
“ Maaf kalau saya mengganggu....awak  sedang sibukke?” Reen memberanikan diri bertanya.
“ Hm....tak adalah sibuk sangat. Abang kat tempat main bowling...kenapa?”
“ Main bowling?....dengan girlfriend?” tiba-tiba hatinya mula berdebar.
Tidak lama kemudian kedengaran suara gelak perlahan di hujung talian membuatkan Reen mengetap bibir.
“ Abang main dengan kawan lelaki....siapa lagi kalau bukan bestfriend abang,  Anuar dan  Shahrul. Kenapa ni? jealous ya....kalau tak percaya, datangla sini!” pelawa Amier, entah ikhlas atau tidak.
“ Tak ada maknanya saya nak jealous kat awak.....saya cuma nak confirmkan dengan awak pasal majlis tahlil malam nanti” Reen cuba membetulkan tanggapan Amier. Risau juga kalau lelaki itu memikirkan yang bukan-bukan  walaupun  memang terdetik kebenaran dari kata-kata lelaki itu.
“ Kenapa dengan majlis tu?”
“ Betulke yang awak akan jemput saya jam 8.30 malam ni?”
“ Itu yang mama bagitahu Reen kan?”
“ Ya...”
So...  Abang akan jemput Reen jam 8.30 malam nanti....”
Reen diam. Sudah ketandusan idea.
“ Oklah Reen....abang kena putuskan talian ni sebab giliran abang sekarang untuk main. Kita jumpa malam nanti ya, bye!” belum pun Reen berkata apa-apa, talian sudah pun diputuskan. Reen termanggu sendirian. Entah kenapa hatinya tiba-tiba jadi sebal. Reen tahu Amier masih lagi terasa dengan tindakannya tidak melayan panggilan lelaki itu sebelum ini. Mungkin kali ini lelaki itu sengaja membuatkan dia pula yang terasa hati.
************

SEBAIK saja Amier memutuskan talian, dia terus tersenyum. Matanya masih tetap memandang telefon di tangan. Macam tak percaya yang Reen akan menghubunginya lagi.
“ Maafkan abang....abang tahu Reen terasa tapi itu salah satu cara untuk mengingatkan Reen tentang kewujudan abang sebagai suami” Amier mengeleng kepala perlahan. Dia juga teringatkan panggilan yang dibuat oleh Reen malam tadi. Sengaja tidak diendahkan.
“ Woi! Amier...turn kau pulak bro!” jerit Shahrul sebaik saja melihat wajah Amier yang asyik tersenyum.
“ Apasal ni....senyum sorang-sorang...” Anuar menepuk perlahan bahu Amier. Hairan juga melihat senyuman yang meniti di bibir temannya sambil menggenggam erat telefon bimbit.
“ Salahke kalau aku nak senyum...senyum tu kan satu sedekah....aku tengah buat sedekah ni”  balas Amier sambil menayangkan senyum di hadapan Anuar.
“ Ya?.....boleh aku tahu berapa banyak sedekah yang  kau dah bagi hari ni?” tempelak Anuar sambil tersenyum sinis.
“ Eh! Mana boleh bagi tahu....itu tak ikhlas namanya...” Amier membalas.
“ Mambang mana yang buat kau angau ni?” soal Shahrul mencelah tiba-tiba kerana dia tahu Amier sengaja mengalih tajuk perbualan.
“ Ya lah....nampak ceria semacam aje muka kau?” Amier hanya mengukir senyum.
“ Adalah....” Amier sengaja membiarkan kedua temannya berteki-teki.
 “ Aku dah lama kenal kau, Mier....cara senyuman kau ni membuktikan kau sedang menyembunyikan sesuatu dari kami berdua. Selama ini kau tak pernah berahsia pun pasal mana-mana perempuan yang kau kenal ....” Anuar rasa tak puas hati.
“ Aku sebenarnya bukan tak nak beritahu korang tapi buat masa sekarang aku terpaksa rahsiakan dulu” kata Amier dengan rasa serba salah.
Well....aku hormati kata-kata kau.... selama ini kami tak pernah menghalang apa jua tindakan dan siapa jua perempuan yang mendampingi kau asalkan kau tak lakukan perkara yang terkutuk. Aku tak nak subahat menanggung dosa!” kata Shahrul sedikit tegas. Terselit juga rasa kecewa kerana Amier tidak memberitahu siapakah gadis itu.
“Aku tahu...tapi untuk pertama kalinya aku terpaksa rahsia siapa gadis ini pada korang berdua buat masa sekarang... tapi aku nak korang tahu aku ikhlas dengan gadis ni dan aku memang sayangkan dia walaupun dia hanyalah gadis biasa” kata Amier dengan rasa serba salah. Anuar dan Shahrul saling berpandangan. Dalam hati timbul rasa hairan kenapa kali ini Amier merahsiakan siapakah gadis yang begitu bertuah berjaya bertahta di hati lelaki yang pernah mendapat jolokan kasanova Malaya itu.
*****************



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...