Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -23

oleh: Azieana

BAB 23
RUANG tamu yang sederhana luas itu menempatkan satu set sofa yang agak lama ihsan dari tuan rumah, satu meja makan yang memuatkan empat orang. Kabenet separas peha yang diletakkan set TV bersama perakam video. Ruang itu menjadi tempat Reen dan rakan-rakan serumah melepak. Jasmin awal-awal lagi menempah bantal besar 19x19, Maryam pula membawa keluar teddy bearnya dari bilik. Reen dan Atikah sekadar menyandar badan di sofa sambil belunjur kaki. Hari ini mereka berempat mengambil peluang berkumpul sambil menonton cd cerita terbaru yang baru di beli oleh Jasmin.
“ Reen, nah!” Atikah menghulurkan plastik kacang dari jenama pagoda.
Thanks” beberapa biji kacang di ambil.
“ Lambat lagike cerita ni nak habis?” tanya Jasmin sambil mengunyah potato.
“ Tak lama dah, kenapa?” jawab Maryam. Dia sudah pun melihat cerita itu di panggung wayang bersama Johan 2 minggu lepas. Beria-ria Johan mengajak dia menemani jejaka itu. Entah baik hati pulak jejaka tu sponser tiket wayang untuknya. Mungkin kerana tak sabar nak melihat lakonan Danzel Washington, pelakon pujaannya.
“ Aku ada date dengan Zainal jam 10 nanti” beritahu Jasmin.
“ Korang semua ni kena hati-hati sikit. Aku risau tengok Mak Lijah, jiran kita kat sebelah tu...asyik pandang semacam je. Mungkin kerana kita semua ni anak dara...tapi kalau dah selalu sangat ternampak orang lelaki datang bertenggek kat pintu pagar tu terutamanya waktu malam tentulah dia mengata...” Atikah selaku ketua rumah itu bersuara.
“ Ini KL lah, mana ada orang suka jaga tepi kain orang! Kalau kat kampung boleh lah, mereka tak ada kerja lain selain dari mencari kesalahan orang”
“ Betul tu...kebanyakan penduduk yang tinggal kat KL ni , dia orang lebih selesa pakai seluar. Aku pun.  Sebab tu dia orang tak suka jaga tepi kain orang sebab ramai yang pakai seluar” Maryam bersuara.
“ Aduh! Sakitla”  Maryam mengaduh bila tangannya di cubit oleh Atikah.
“ Jangan buat lawak bodoh, boleh tak” Atikah mengetap bibir. Geram betul dengan perangai tak serius Maryam.
Maryam makin erat memeluk teddy bearnya. Jasmin mengangguk perlahan, entahlah  angguk tanda setuju dengan kata-kata Maryam atau pun Atikah. Hanya dia yang tahu. Yang lain malas nak ambil tahu.
“ Pasal gosip dan jaga tepi kain orang ni kat mana-mana pun ada....tak semestinya kat kampung aje, kat bandar pun dah berlambak....Lagi pun dah memang lumrah manusia sukakan benda macam tu. Kau tahu kenapa orang suka baca majalah, akhbar?...kan semua tu nak tahu tentang aktiviti orang lain. Kalau kita tengok artis...naik turun mereka dalam kerjaya semuanya kerana gosip. Betul tak?...tak kanlah kau tak pernah dengar orang bergosip kat pejabat tempat kau kerja”
Maryam terdiam. Dia memandang Jasmin . Memang betul apa yang dikatakan oleh Atikah . Dulu dia pernah difitnah oleh kawan officenya yang menuduh dia sengaja menggoda bos semata-mata nak cepat naik pangkat sedangkan dia mendapat jawatan sebagai pengurus pemasaran sekarang adalah kerana usaha dan penat lelahnya, bukan kerana hasil bodekan. Akibatnya dia pernah bergaduh besar dengan Johan yang mempercayai gosip tersebut.
“ Kau orang tahu, malam minggu lepas...rumah bujang kat simpang sana tu kena serbu dengan JAWI sebab ada yang buat report. Kak Gayah kat depan tu cerita kat aku semalam masa aku pergi tengok anaknya, si Farhan tu demam” teringat Atikah pada Farhan, anak makcik Gayah yang berusia 7 tahun tu, dah tiga hari tak pergi sekolah kerana demam.
Reen terdiam. Memang betul kata Atikah. Dia pun pernah terserempak dengan Mak Lijah mengintai di balik tingkap bila Amier menghantarnya pulang. Seolah-olah ingin menyelidik siapakah lelaki yang selalu berkunjung ke rumah jirannya.
“ Alah...mak Lijah aje yang buat perangai, orang lain tak pernah ambil kesah pun. Kalau nak kira, aku ada ternampak anak perempuan dia ...Syikin...ada budak lelaki yang hantar, bukan main layan lagi mak Lijah sebab lelaki tu pakai kereta besar” celah Jasmin membuatkan mereka bertiga saling berpandangan.
“ Aku cuma nak ingatkan korang je, jangan sampai benda yang tak elok berlaku kepada kita. Mencegah tu lebih baik dari terkena...sebenarnya aku pun nak ingatkan diri aku juga” kata Atikah.
“ Eh! Terasa dahagalah pulak....Mar, kau yang paling rajin kat sinikan....tolong buatkan air untuk aku” Jasmin menepuk lengan Maryam.
“ Banyak cantik punya muka...apa kata kau order aje dengan abang mamak kat warung simpang tu” balas Maryam, geram betul dengan sikap Jasmin. Antara mereka berempat, rasanya Jasmin yang paling pemalas. Malas masak, malas mengemas, malas mencuci dan lain-lain jenis malas lagi. Satu aje yang dia rajin, makan. Pasal makan memang tak pernah tolak.
“ Tak payah nak gaduh-gaduh. Buat malu aje kalau jiran dengar...biar aku yang pergi buat air, aku buat satu jenis air je...ikut selera aku”
Reen bangun menuju ke dapur. Malas nak mendengar Jasmin dan Maryam bertekak. Selalu sangat mereka tu berperang mulut tapi alih-alih tidur sebilik juga kerana mereka berdua menginap di master bedroom, cuma dia dan Atikah aje yang sebilik seorang.
Setelah lima minit Reen menghilang ke dapur, dia keluar semula dengan membawa dulang berisi jus oren, segera di letak di hadapan teman-temannya. Tanpa sempat dipelawa, laju tangan Jasmin  mencapai salah satu gelas.
“ Sayang kau Reen...thanks. Aku nak pergi bersiap, kejap lagi Zainal datang” Jasmin terus menghilang ke biliknya untuk berdandan. Perempuan tu sorang, kalau berdandan memakan masa hampir setengah jam. Kadang-kadang kesian pulak dekat Zainal kerana terpaksa menunggu lama setiap kali mereka berjanji untuk keluar.
“ Siapa suruh dia datang awal?...lagi pun masa nilah aku nak uji kesabaran dia. Ikhlas atau tak berkawan dengan aku” itulah jawapan Jasmin bila mereka melahirkan rasa simpati pada Zainal yang menunggu di luar rumah. Sejak dari dulu lagi, mereka sudah sepakat mengharamkan sebarang lelaki masuk ke dalam rumah.
“ Eh! Reen...itu macam bunyi telefon kau” Atikah bersuara.
“ Oh ya ke! Aku pergi angkat” Reen segera beredar menuju ke biliknya. Telefon yang berada di atas katil di capai, tertera nama pemanggil. Dia merenung seketika telefon di tangan, membiarkan telefon terus berdering. Pernah Jasmin menegurnya kerana dia masih lagi menggunakan telefon lama.
“ Apalah kau ni Reen, kedekut” berkerut dahi Reen merenung wajah Jasmin. Ketika itu dia baru saja selesai menghubungi ibunya di kampung.
“ Apa maksud kau?”
“ Aku bercakap pasal telefon kau tu....orang lain semuanya pakai telefon canggih, siap dengan pelbagai jenis lagu...3G....yang kau ni...bila bunyi....kring...kring...tak ada kelas langsung” Jasmin mencebik. Kekadang Reen terpaksa menahan sabar dengan sikap Jasmin, mulutnya terlalu celupar tapi dia seorang sahabat yang baik. Jasmin juga tergolong dalam golongan yang agak berada berbanding dari mereka bertiga. Soal duit tak jadi masalah kerana dia cukup perihatin dengan teman-teman serumah. Ayahnya memiliki resort di Terengganu, selalu juga dia dan Atikah berkunjung ke sana sambil bekerja sambilan bila cuti semester dulu. Hanya Maryam yang jarang turut serta kerana orang tuanya lebih suka dia balik kampung setiap kali cuti semester.
“ Aku tak kesah pasal telefon, janji boleh call dan sms....alah, telefon secanggih mana pun...bila nak jawab panggilan sebut hello juga” bidas Reen membuatkan Jasmin terdiam. Atikah tersenyum simpul.
Telefon di tangan Reen berdering lagi membuatkan dia tersedar dari lamunan. Begitu jauh dia mengelamun tanpa sedar begitu lama dia membiarkan pemanggil itu menunggu.
“ Hello, Assalamualaikum!”
Reen memberi salam setelah menekan punat berwarna hijau.
“ Waalaikumussalam....Reen kat mana?...lama betul nak jawab panggilan abang” suara Amier mula memecah gegendang telinganya, nada suaranya seperti marah kerana membiarkan dia menunggu lama.
“ Maaf...Saya sedang berborak dengan kawan kat luar...telefon pula kat dalam bilik, itu sebabnya lambat angkat” Reen memberi alasan. Terdengar keluhan kecil di hujung talian.
“ Apa hal awak hubungi saya ni?” Reen menyoal.
Buat masa sekarang, dia tidak bersedia untuk berbual dengan lelaki itu,  hanya 2 hari lepas saja dia bercakap agak mesra sikit namun dia masih tetap rasa kekok walaupun sepanjang dua bulan dia menjadi isteri lelaki itu tiada perkara yang tidak menyenangkan berlaku padanya. Malah Amier melayannya dengan baik dan mesra. Tapi sayang, hatinya masih sukar menerima kehadiran lelaki itu dalam hidupnya dengan sepenuh hati.
“ Abang cuma teringatkan Reen...rindu nak dengar suara!” Reen tersentak.
 Terkejut. Suara itu kedengaran begitu luhur, begitu syahdu pada pendengarannya. Perasaannya tiba-tiba berbelah bagi. Bagi menghilangkan debaran, dia ketawa kecil.
“ Kenapa ketawa? Something funny?” Amier kehairanan mendengar Reen ketawa tapi dia yakin ketawa itu hanya dibuat-buat.
“ En. Amier, awak kan mempunyai ramai teman wanita. Kenapa tiba-tiba teringatkan saya pulak. Lagi pun kita dah janji akan meneruskan cara hidup masing-masing. Takkanlah semua teman wanita awak dah lari” masih kedengaran sisa tawa Reen membuatkan Amier membisu tiba-tiba. Sudah hilang idea dan mood untuk berbual sedangkan sebentar tadi rindunya pada gadis itu begitu mendalam.
“ Awak tak suka saya call awakke?” kali ini Amier sudah tidak membahasakan dirinya 'abang' lagi. Dia benar-benar terasa hati. Seolah-olah dirinya tidak dihargai dan panggilannya tidak di nanti.
“ B...bukan itu maksud saya” Reen mula hilang punca. Rasa bersalah mula menyerang kerana menyebabkan lelaki itu berjauh hati sedangkan lelaki itu tidak bersalah.
Ok...sorry to disturb you...good night” Amier terus mematikan talian. Reen menelan liur. Matanya hanya mampu memandang skrin telefon yang tercatat '3 missed called' dengan sarat rasa bersalah.
Dua minit kemudian, telefon Reen berdering lagi. Dia sudah pun berura-ura keluar dari bilik untuk menyertai Atikah dan Maryam di ruang tamu.
“ Assalamualaikum!” salam segera di beri.
“ Waalaikumussalam. Reen tengah buat apa?” begitu lembut kedengaran suara wanita di hujung talian membuatkan bibir Reen tersenyum. Suara begitu mengingatkan dia pada ibu di kampung.
“ Tak ada apa, ma. Reen baru aje cakap dengan abang Amier” beritahu Reen.
“ Ya ke?...ada tak dia bagi tahu Reen pasal majlis tahlil kat rumah Tg. Sabariah malam esok?” Reen terdiam. Teringat perbualan ringkas dia dan Amier sebentar tadi. Dia yakin lelaki itu ingin mengkhabar berita ini, tapi awal-awal lagi dah merajuk.
“ Er...tak ada, ma. Mungkin dia terlupa kot” Reen cuba berbasi.
“ La...mama ingatkan dia dah bagi tahu. Mama teringin nak kenalkan Reen pada keluarga kita,....Auntie Sabariah tu tak jemput ramai orang, cuma saudara terdekat aje , bolehkan Reen? ”
Reen menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Kalau nak diikutkan, dia juga yang tak selesa, segan nak bergaul dengan orang kaya dan berpangkat...kalau tak ikut, kesian pulak kat ibu mertuanya. Beria-ria menghubungi dia semata-mata untuk memberitahu perkara itu.
“ Reen seganla, ma. Apa Reen nak bagi tahu kalau ada yang tanya nanti?...lagi pun Reen tak kenal mereka tu semua” dalih Reen.
“ Reen bagi tau saja yang Reen ni menantu mama!” selamba saja Datin Halijah membalas kata-kata Reen.
“ Mama...” Datin Halijah ketawa.
“ Cakap aje yang Reen ni kawan Eisya”
“ Kalau macam tu tak payahlah Reen pergi!”
“ Reen, mama harap sangat Reen dapat pergi....pergi ye sayang!” Datin Halijah masih memujuk.
' Ini yang buat den lomah ni' Reen mengeluh panjang.
Akhirnya Reen mengalah.
“ Nanti mama minta Amier datang jemput Reen jam 8.30 malam besok ya!” ceria saja kedengaran suara Datin Halijah kerana berjaya memujuk Reen.
“ Dengan syarat Eisya mesti ada sekali tau!” sengaja Reen mengeraskan nada suara.
“ Ya lah” jawapan dari mertuanya membuatkan Reen rasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya dia ada teman sewaktu berada di sana, tak adalah rasa canggung. Takkanlah dia nak berkepit dengan Amier pulak.
“ Baiklah Reen....papa dah balik dari jumpa kawan....oh ya! Kalau Reen hubungi ibu kat kampung, bagi tahu dia yang mama kirim salam ya!”
“ Baiklah....Assalamualaikum, ma” talian di matikan.
Bila Datin Halijah menyebut tentang salam untuk ibunya, segera nombor telefon ibunya di cari. Lagi pun sudah dua hari dia tidak mendengar suara ibunya, rasa rindu mula bertandang.
*************

AMIER menuju ke balkoni biliknya. Matanya di hala melihat suasana sekitar. Sesekali dia menarik nafas panjang, kemudian menghembusnya perlahan. Kemudian kedua-dua tangannya melurut rambut  sebelum mencengkam leher dan membetulkan urat saraf. Tiba-tiba telefon yang dilemparkan tadi di atas katil berbunyi nyaring mendendangkan lagu All The Right Move yang telah di popularkan oleh kumpulan Republic. Amier mengatur langkah ke arah katil dan mencapai telefon yang masih berlagu.
“ Hello, Nuar...apa hal?”
Hampir 10 minit Amier bercakap di talian dengan Anuar. Sesekali dia tergelak bila Anuar menceritakan sesuatu yang lucu. Hilang seketika rajuknya bila panggilannya tidak diendahkan oleh Reen tadi sambil berjalan ke balkoni semula. Sebaik saja perbualannya dengan Anuar selesai, dia masih lagi mengenggam telefonnya. Telefonnya berlagu lagi. Lama dia membiarkan telefon itu terus bernyanyi dan akhirnya berhenti. 10 saat kemudian berbunyi lagi. Amier hanya membiarkan telefonnya terus berdering di atas katil. Dia memilih untuk keluar dari biliknya dan membiarkan telefon sekali lagi berdering.
Amier mendapatkan telefon di atas katil sebaik saja masuk semula ke dalam biliknya. Dia tersenyum melihat skrin telefonnya. 6 missed called dan ada satu mesej. Dia segera membaca mesej tersebut.
` Awak, maafkan saya!’
Senyuman Amier semakin lebar tatkala membaca tiga patah perkataan itu.
“ Reen....Reen....” Amier merebahkan badan di atas katil.
Bagaimana agaknya perasaan gadis itu bila panggilannya tidak diendahkan. Baru dia tahu aku juga punya perasaan. Aku sanggup melupakan semua gadis yang pernah aku dampingi semata-mata mahu memberi perhatian pada Reen tapi tidak  sedikit pun dirinya dipedulikan. Agaknya bagaimanalah wajah dia ketika ni....pasti muncungnya dah panjang sedepa. Amier ketawa senang.
***********

REEN masih lagi merenung telefon yang masih berada di genggamannya. Bila mengingatkan rajuk Amier tadi, Reen benar-benar rasa bersalah. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghubungi lelaki itu. Namun dia mengeluh hampa bila panggilan yang dibuatnya beberapa kali tidak disambut oleh Amier.
“ Huh....merajukkah dia?.....takkan dia tak dengar bunyi telefon! Berkali-kali aku called tapi tak satu pun berjawab” Reen membuat andaian sambil melepas keluhan.
`Apa yang harus aku buat?’ Reen menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“ Hoi, Reen.....kau masih bergayutke....!” laungan Atikah  membuatkan terkejut.
“ Apa halnya....malam-malam kau berlatih nak jadi bini  Tarzan ke?....buat malu kat jiran aje...anak dara melalak tengah-tengah malam” rungut Reen secara tak langsung melepaskan kemarahan pada Atikah gara-gara rasa tak puas hatinya pada Amier sebentar tadi.
“  Tak adala....aku ingatkan kau pengsan ke apa, senyap aje bunyi....” Atikah tersengih.
“ Hoi....kalau dah senyap....memanglah tak ada bunyi....ada akalke!” tempelak Reen menahan geram membuatkan Maryam tergelak.
 `Hm.....ada hati nak gelakkan aku ya!`
 Atikah yang geram disindir oleh Reen segera melemparkan bantal kecil ke muka Maryam. Ketawa Maryam terus berhenti bila bantal kecil tadi sudah melekat ke mukanya. Tak sempat nak mengelak. Atikah dan Reen saling berpandangan, akhirnya ketawa mereka meletus.
**************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...