Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -22

oleh: Azieana

BAB 22
SALWA sedang membacuh milo 3 in 1 yang diambil dari kabinet. Menjadi kebiasaannya mengenakan milo panas bila jam 10 pagi, rasa tak lengkap kerja hariannya kalau tak pekena milo se mug. Namun nampaknya waktu ini hanya dia menjadi penunggu tetap. Biasanya staff di situ membacuh minuman dan membawanya ke meja masing-masing, lebih santai kalau minum sambil membuat kerja. Kadang-kadang aje agak kecoh suasana di pantry kalau ramai yang berkumpul.
' Mana semua orang?' Salwa duduk di kerusi sambil mengacau perlahan minuman yang baru diletak di atas meja. Sekilas dia melirik ke arah jam tangannya.
“ Hai kak Sal....sorang je?” tegur Dayana yang baru masuk.
“ Ya....apasal semua orang tak minum pagi ni?....mogok agaknya!” Salwa bersuara.
“ Tak adalah kak Sal...tadi ada orang belanja air kotak dan buah” balas Dayana sambil meneguk air kosong.
“ Belanja? Siapa?”
Salwa memandang wajah Dayana.
“ En. Hairil....dia dah minta Aman letak atas meja semua orang. ...Yana pergi dulu” Dayana berlalu pergi. Salwa tersenyum mengingatkan nama Hairil. Lelaki itu baik orangnya. Suka sangat belanja teman-teman di office.
“ Amboi kak Sal! Tersenyum sorang nampak....nak dapat baby ke?” Salwa terpingga-pingga. Terkejut di sergah.
“ Kan bagus kalau akak dah pragnant....tapi sayang, belum ada rezeki” Reen menelan liur. Rasa bersalah mula menyelubunginya. Dia tahu Salwa paling sensitif kalau menyebut pasal mengandung. Memang dia teringin untuk mendapatkan anak dan menjadi ibu sejak bergelar isteri 4 tahun yang lalu.
Sorry!” Reen memegang tangan Salwa.
It's okay” Salwa mengukir senyum. Tapi Reen tahu senyuman itu hanya untuk menutup rasa sedihnya. Pernah dia terdengar orang bercerita rumahtangga  Salwa bergolak semata-mata kerana isu anak. Walau pun dia tidak berniat untuk masuk campur tapi sudah terdengar di telinga.
Di pantry itu sudah tersedia pelbagai kemudahan dan keselesaan staff. Ada peti ais, dapur gas, siap dengan microwave, water cooler, pelbagai jenis minuman dan juga makanan seperti biskut, roti atau pun maggi. Setiap bulan pihak pentadbiran memperuntukan kewangan untuk barangan tersebut. Ada juga antara staff yang bermurah hati untuk sponser makanan seperti kuih mueh.
Reen mencapai sebiji mug. Kemudian dia membuka kabinet untuk mengambil milo 3 in 1.
“ Tadi kak Sal ada terdengar Juita, si minah gepoh and the gang tu bergosip kat  kaunter bawah  pasal Reen” Biasalah pagi-pagi, Juita and the gang selalu melepak kat tempat Mariani selaku penjaga kaunter merangkap penyambut tetamu. Reen berpaling, nasib baik air panas belum di masukkan ke dalam mugnya. Kalau tak pasti terkena tangannya kerana terkejut mendengar ada orang bergosip tentangnya.
' Buat apa la dia orang ni duk sibuk cakap pasal aku'
“ Dia gosip pasal apa?...dia orang ingat Reen ni artis ke main-main gosip pulak!” Dia cuba mengawal perasaan. Air panas dan milo 3 in 1 sudah di masukkan. Tunggu nak kacau saja. Dia duduk berhadapan dengan Salwa.
“ Dia orang cakap Reen datang dengan En. Amier, betulke?”
“ Betul. Kebetulan terserempak masa Reen tunggu teksi” beritahu Reen mereka cerita.
Dia teringat pagi tadi beria-ria Datin Halijah mahu dia datang bersama Amier walaupun dia meminta jasa baik Eisya untuk menghantarnya.
“ Pergi dengan Amierkan senang...lagi pun kerja satu tempat. Biarlah orang nak mengata, Reen dan Amier bukan buat perkara tak elok” kata Datin Halijah bila melihat Reen keberatan untuk pergi kerja bersama Amier. Kalau nak pergi kerja bersama Datuk Tg. Mahmod lagilah timbul masalah.
“ Kak Sal nak tanya sikit boleh?” Salwa merenung wajah Reen membuatkan gadis itu tiba-tiba rasa tak enak. Hilang terus ingatannya tentang situasi  di rumah orangtua Amier pagi tadi.
“ Apa dia kak Sal?” Reen cuba melawan debar di dada.
“ Kak Sal perhatikan...Reen dan En. Amier tu macam ada apa-apa”
“ Macam apa, kak Sal?”
Reen berpura-pura tak faham maksud sebenar apa yang ingin disampaikan oleh Salwa.
“ Ya lah...macam ada something tapi susahlah akak nak jelaskan”
“ Hisy...kak Sal ni. Kalau dah susah nak jelaskan, maksudnya andaian dalam kepala otak kak Sal tu tak betul. Jangan nak malukan Reen tau...dengar kat En. Amier nanti, naya Reen” Reen cuba berselindung. Cuba anggap perkara itu sebagai gurauan walaupun dihatinya sudah berdegup kencang. Benar-benar takut rahsia mereka akan terbongkar sebelum masanya.
“ Bos kita tu kan baik, kacak, muda...ramai perempuan sukakan dia, belum lagi termasuk staff kat office ni. Setiap kali tengok En. Amier, dah macam nak terjojol biji mata. Takkanlah Reen tak ada sedikit pun perasaan kat dia!, kalau tak ada memang dah tergolong dalam kategori manusia yang tak normal”
Salwa berusaha untuk menyelidik. Dia cukup yakin ada sesuatu yang berlaku antara Reen dan Amier. Cuma dia tak cukup bukti untuk menjelaskan firasatnya. Pernah juga dia melihat Amier terlebih memberi perhatian pada Reen sekiranya ada perbincangan dan perbualan secara tidak rasmi.
“ Kita cakap pasal lain, boleh? Apa kata En. Amier kalau dia terdengar kita bercakap pasal dia!”
Reen cuba mengelak. Kekadang terfikir juga, kenapa kak Sal, kak Hani dan Saerah selalu membicarakan soal hubungan atau kaitan antara dia dan Amier. Seolah-olah mereka dapat mengagak apa yang akan berlaku. Sekarang ni, memang sah apa yang mereka cakap telah pun berlaku. Cuma mereka yang tak tahu!
Hello...you both....talking about me, is it?”
Salwa dan Reen saling berpandangan. Serentak itu juga tumpuan mereka terarah pada lelaki yang sedang berdiri di muka pintu memandang ke arah mereka. Reen cepat-cepat menunduk wajah.
' Dia ni macam tahu-tahu  aje yang dia jadi topik perbualan'
“ Er...tak adalah, kami sembang kosong aje” Salwa bersuara sambil tersengih. Menutup malu. Tak sangka perbualan mereka dapat dihidu oleh lelaki itu.
Amier mengatur langkah menghampiri meja. Matanya merenung seketika wajah Reen yang diam membisu, hanya menunduk wajah.
“ Bos, you datang sini....cari I atau cari Reen?” Salwa memandang Amier. Masih sempat mengusik. Sedari tadi dia perhatikan tumpuan lelaki itu lebih kepada Reen.
“ Reen, awak tolong buatkan air untuk saya. Boleh?” Amier memandang wajah Reen.
“ Boleh...En. Amier nak minum air apa? Saya buatkan!”
Reen bangun dan melangkah ke rak. Sebiji mug warna putih di capai. Reen berpaling, menanti jawapan dari Amier. Lelaki itu bangun dan mendekatinya, begitu hampir sehingga Reen terasa sesak untuk bernafas. Perfume yang dipakai lelaki itu benar-benar menusuk ke hidung. Sudah tenggelam bau perfume yang di pakai Reen. Risau juga bila mengingatkan Salwa masih ada di situ. Entah apa yang di fikirkan oleh perempuan bila melihat keadaan mereka yang begitu dekat.
Please make me hot chocolate....macam malam tadi” bisik Amier perlahan di tepi telinganya. Hampir berdiri bulu roma Reen mendengarnya. Berbisik, bukan main romantik. Terasa tangannya kaku tiba-tiba.
“ Sal...nanti you datang bilik I, ada benda yang I kena discusskan dengan you!”
Amier mengatur langkah menghampiri Salwa.
Ok” jawab Salwa ringkas.
“ Reen, bila siap nanti tolong hantar kat bilik saya, ya!” Amier memandang wajah Reen. Reen sekadar mengangguk. Amier terus berlalu setelah menghadiahkan senyuman bersama kenyitan mata.
“ Ini kak Sal punya pasal. Nah, ambik ni. Bawa kat bilik bos!”
Reen meletakkan mug berisi hot chocolate di hadapan Salwa.
“ Apa pulak kak Sal yang kena bawa? Kan dia minta Reen yang hantarkan!” berkerut dahi Salwa merenung wajah Reen yang masam, namun bibir Salwa tetap mengukir senyum.
“ Sama aje. Bos pun nak jumpa dengan kak Sal kan! Tu kira 2 in 1” Reen membela diri.
Mug akak tu tinggal aje kat situ, nanti Reen tolong basuhkan. Cepatlah pergi, nanti sejuk pulak air tu” kata Reen bila Salwa bangun membawa mug ke sinki.
“ Yalah....kak Sal rasa, lepas dia minum air tangan Reen ni....tiap-tiap hari dia suruh Reen buatkan. Nampaknya terpaksalah si Hani tu pencen awal!” Salwa ketawa sambil keluar bersama mug berisi hot chocolate di tangan. Reen menahan rasa.
' Reen, Reen, bertuah badan dapat menarik perhatian bos... Korang ingat aku tak nampak apa yang berlaku tadi!, berbisik, ...bukan main romantik. Malah si Amier tu pulak, siap kenyit mata lagi!' Salwa terus mengatur langkah sambil berlenggang menuju ke bilik Amier.
***************

AMIER menghampiri meja Surihani sebaik saja keluar dari biliknya. Mesyuarat dengan ahli lembaga baru saja selesai setengah jam tadi. Ketika itu Amier nampak santai. Kemeja lengan panjang berwarna biru lembut dilipat hingga ke siku. Manakala tali lehernya dimasukkan ke dalam poket baju.
“ Hani...” panggil Amier sebaik saja berdiri di hadapan Surihani.
“ Ada apa, bos?” tanya Surihani sambil memandang wajah Amier. Ternyata wajah itu kelihatan agak lesu walaupun sebentar tadi dia nampak begitu bertenaga dan hebat ketika membentangkan kertas kerja di bilik mesyuarat di hadapan ahli lembaga pengarah.
“ I nak balik berehat....I penat dan badan pun dah tak larat” kata Amier.
“ Hmm....I pun nampak bos tak bermaya, memang elok pun bos balik berehat” ujar Surihani mengakui situasi yang di alami oleh Amier itu. Baru saja balik dari Dubai, terus masuk kerja. Bukan itu saja semalaman berhempas pulas menyiapkan kerja untuk dibentangkan pada pagi ini.  Seingat Hani, kertas kerja dan sesi pembentangan tu sepatutnya diuruskan oleh En. Majid tapi kenapa tiba-tiba beralih pada En. Amier. Kesian bosnya. Nak bertanya rasanya tak patut, mungkin ada sebab-sebab tertentu la kot.
“ Er...kalau ada apa-apa yang penting you tolong settlekan... “ pesan Amier.
“ Bos datang kerja tak  esok?” soal Surihani.
“ Mungkin I masuk lepas lunch....pagi esok I ada appointment dengan En. Sahlan kan?” Amier teringatkan temujanjinya dengan lelaki yang membekalkan bahan-bahan mentah untuk projeknya di Selayang.
“ Ya, betul....” Surihani mengiyakan agenda bosnya, baru pagi tadi  dia membacakan beberapa appointment yang terpaksa dihadiri oleh Amier sepanjang minggu ini.
“ Hai Mier... nak pergi mana ni?” Anuar tiba-tiba muncul di belakang Amier.
“ Aku nak balik berehat sekarang....badan aku ni penat , dah tak larat...” kata Amier.
“ Yalah....tapi jangan lupa, kita ada perjumpaan dengan En. Adam jam 3 petang esok” Anuar mengingatkan Amier tentang appointment itu.
“ Ok.....kau tolong ingatkan aku...takut terlupa” kata Amier sambil menepuk bahu Anuar.
“ Hani boleh ingatkan kau....betulkan?” Anuar memandang wajah Surihani.
“ I nikan secretary....dah jadi tugas I mengingatkan semua tu untuk bos I” balas Surihani.
“ Oklah....aku balik dulu....Hani, I balik dulu...”
Amier terus mengatur langkah meninggalkan Surihani dan Anuar. Anuar dan Surihani saling berpandangan bila mendapati kaki Amier melangkah masuk ke bilik Reen.
“Reen”
Reen segera mendongak apabila namanya dipanggil. Dia agak terkejut melihat wajah Amier tiba-tiba muncul di hadapannya.
“ Ada apa?” tanya Reen memandang wajah Amier.
“ Abang nak balik rumah, berehat” beritahu Amier.
“ Awak memang patut berehat....wajah awak pun nampak pucat sebab tak cukup rehat dan tak cukup tidur. Awak larat ke nak drive?” timbul pula rasa simpati melihat wajah Amier yang nampak tak bermaya itu.
“Kenapa? Reen nak tolong hantar abang balikke?” Amier tersenyum. Dalam hati terdetik rasa bahagia di atas keperihatinan Reen itu.
“ Saya tak ada lessen, macam mana nak memandu. Saya ni salah seorang penduduk Malaysia yang mematuhi undang-undang” Amier tergelak mendengar kata-kata Reen.
“ Abang memang bertuah memiliki seorang isteri  macam Reen ni kan....seorang isteri yang patuh pada undang-undang negara tapi tak mahu patuh pada undang-undang Tuhan!” Reen menelan liur. Rasa tersindir.
“ Awak kan dah setuju dengan syarat yang saya kenakan sebelum kita kawin, kenapa awak nak salahkan saya pulak....!”  Reen menahan rasa. Kalaulah dia tahu lelaki ini akan menyalahkannya bila melibatkan soal tanggungjawabnya sebagai isteri, lebih baik dia menolak aje lamaran lelaki itu tempohari. Dia lebih rela tanah itu diambil oleh Pak Kahar.
“ Tak ada gunanya kita nak bertengkar...nanti tak pasal-pasal orang tahu pasal hubungan kita sebelum tiba masanyakan?” sekali lagi Reen terasa disindir oleh Amier.
“  Saya minta maaf” Reen segera memohon maaf dengan perasaan sebal.
“ Lupakan aje...abang balik dulu, lunch nanti kita jumpa” Amier terus berlalu meninggalkan Reen termanggu.
Satu jam kemudian Dayana muncul di hadapan pintu bilik Reen bersama sejambak mawar merah. Tersenyum lebar Dayana melihat wajah Reen yang agak terkejut melihat kemunculannya bersama janbangan bunga yang cantik itu.
For you” Dayana menghulurkan jambangan itu.
Thanks” ucap Reen dengan perasaan berdebar. Kali pertama menerima jambangan bunga secantik itu. Dayana terus berlalu kerana tugasnya sudah selesai walaupun terdetik di fikirannya siapakah yang memberi jambangan bunga itu.
Lama Reen merenung jambangan mawar merah yang berada di tangannya sebelum tangannya mencapai kad kecil yang terselit di balik kelopak bunga itu.
       ` Sayang,
          Lunch with me.....A`
Reen terus memengang kad itu . Nasib baik dia tak melatah sebaik saja telefon bimbitnya berdering.
“ Hello, Assalamualaikum...” berdebar-debar dadanya  menjawab panggilan itu sebaik saja nama Amier  tertera di skrin telefonnya.
“ Waalaikumussalam....dah terima bunga yang abang kirim untuk Reen?” Amier terus bertanya.
“ Dah...terima kasih.  Kenapa bagi bunga?”
“ Bunga tu sebagai tanda lamaran dari abang untuk ajak Reen keluar lunch ....Reen tak suka bunga?....atau Reen nak abang gantikannya dengan pizza?”
“ Awak ni...buat lawak pulak!...tapi elok juga kalau awak hantar pizza   tadi...boleh juga saya makan...ini bunga, hanya boleh pandang dan cium bau aje, bukannya boleh kenyang” Amier tergelak, hilang seketika rasa penat dan mengantuknya berbual dengan Reen ketika ini.
“ Kalau abang hantar pizza, tak dapatlah abang nak ajak Reen keluar lunch nanti”
“ Kan tadi awak nak balik berehat...saya tak nak susahkan awak” kesian pula bila difikirkan situasi Amier  hari ini.
“ Kepenatan tu akan hilang kalau abang dapat pandang wajah Reen....kalau boleh setiap masa abang nak pandang wajah Reen” Reen tersenyum. Rasa bangga juga mendengar ucapan itu.
“ Nanti awak akan jemu kalau asyik pandang muka saya aje” kata Reen.
“ Tak...abang tak akan jemu untuk terus menatap wajah isteri abang yang cute tu....Kalau abang asyik pandang perempuan lain, sayang abang ni juga yang akan cemburu...betul tak?” usik Amier yang ketika itu sedang berguling-guling di atas katil. Rasa bahagia bila sesekali Reen melayan percakapannya dengan baik.
“ Ya lah tu...” Reen mencebik sambil tersenyum. Entah kenapa seronok pulak dia melayan panggilan Amier. Satu tindakan yang jarang dilakukan  sejak bergelar isteri kepada lelaki itu.
“ Oklah.. saya nak buat kerja ni , lagi pun....saya tak nak ganggu awak berehat....nanti kita jumpa lunch hour
“ Ok, sayang...sampai office nanti abang call...abang tunggu kat bawah..takut nanti kecoh pula orang bergosip”
“Hmm...Assalamualaikum” Reen tersenyum sambil memandangan jambangan mawar merah yang masih berada di tangannya. Harumannya benar-benar menusuk ke hidung.  Entah kenapa tak sabar pula rasanya nak menunggu waktu tengahari. Walaupun begitu, otaknya ligat  memikirkan ayat yang akan diutarakan apabila ditanya oleh Surihani dan Salwa nanti kalau diberitahu yang dia tidak dapat makan tengahari bersama dua orang wanita itu.
************

TEPAT jam 12.50 tengahari, telefon Reen berdering. Nama Amier sudah tertera di skrin.
“ Assalamualaikum...” Reen segera menghulur salam.
“ Waalaikumussalam.....abang dah  tunggu kat bawah. Sengaja  minta Reen keluar awal takut ramai yang melihat kita berdua nanti” Amier terus bersuara seolah-olah mengerti dengan situasi yang bakal berlaku sekiranya kemunculan dia tengahari menimbulkan pelbagai spekulasi.
“ Ok...saya turun sekarang” Reen segera mencapai beg tangannya.
“ Kak Hani, Reen keluar dulu ya!”
“ Hmm....sampaikan salam akak pada bos ya” kata Surihani sambil tersenyum.
“ Yalah...”
Reen segera beredar. Sempat juga dia berbalas senyum dengan beberapa orang staff yang agak hairan melihat dia keluar begitu awal dari biasa, malah tanpa ditemani oleh Salwa dan juga Surihani. Kepada Surihani juga di beritahu dengan siapa dia keluar untuk makan tengahari hari ini setelah diasak dengan pelbagai pertanyaan. Pandai pula Surihani mengenakan dia sehingga akhirnya dia mengaku.
Reen terus masuk ke dalam kereta Amier yang telah di parking betul-betul di hadapan bangunan pejabat. Amier terus menjatuhkan handbrake dan kereta terus meluncur  keluar dari pekarangan bangunan itu.
Reen melirik seketika ke arah Amier yang nampak tenang memandu. Rambutnya  kelihatan basah dan bersikap kemas. Ketika ini dia mengenakan kemeja putih dan seluar jeens. Nampak kasual tapi tetap kelihatan segak.
“ Cukupke awak berehat tadi?” Reen memulakan bicara apabila Amier hanya diam membisu.
“ Ya....” Amier bersuara. Reen  diam.
“ Reen nak makan kat mana?” Amier bertanya.
“ Mana-mana aje, terpulang pada awak”
Akhirnya mereka singgah di sebuah yang biasa dikujungi Amier. Setelah mengambil tempat dan membuat pesanan, masing-masing diam seketika.
“ Macam mana urusan awak di Dubai tempohari?” akhirnya Reen membuka mulut bertanyakan tentang pemergian Amier ke Dubai tempohari.
“ Er...kenapa? saya tersalah cakapke?” Reen menggelabah tiba-tiba bila Amier terus merenungnya. Sebenarnya Amier tak sangka, soalan itu boleh keluar dari mulut Reen. Fikirnya Reen tak pernah mengambil tahu sebarang urusannya.
“ Urusan di sana berjalan lancar....sebenarnya abang tak sangka yang Reen akan tanya abang soalan ni....yalah kan, selama ni Reen macam tak pedulikan apa yang abang lakukan atau sepertinya tak mengambil tahu segala urusan abang yang berkaitan dengan kerja atau apa jua aktiviti yang abang lakukan seolah-olah abang tak pernah wujud dalam ingatan Reen!” kata-kata Amier membuatkan Reen tertunduk.
“ Saya minta maaf....saya ingatkan awak tak suka kalau saya terlalu mengambil tahu segala urusan awak sebab sesetengah lelaki akan rasa rimas dan tak selesa” kata Reen. Dia teringatkan perbualannya dengan kak Midah beberapa minggu yang lepas. Menurut kak Midah dia selalu bergaduh dengan suaminya gara-gara dia sering bertanya ke mana suaminya selalu pergi dan dengan siapa dia keluar.
“ Abang bukan tergolong dalam sesetengah lelaki tu....abang rasa dihargai kalau isteri abang ambil peduli pasal abang. Itu menandakan dia menyedari kewujudan abang. Reen,  walaupun kita hanya nikah gantung, tapi dari segi hukum....kita adalah suami isteri, tanggungjawab tetap tanggungjawab” kata Amier.
Reen diam. Reen memang tahu hakikat  dan tentang tanggungjawab itu. Saat ini Amier telah menyedarkan tentang tanggungjawab dia sebagai isteri tapi lelaki itu lupa tentang tanggungjawab dia pada Allah. Selama dia mengenali lelaki yang bernama Tg. Amier Asyraf, tak pernah sekali pun dia melihat lelaki itu berada di tikar sejadah atau apa-apa tanda yang menunjukkan dia ingin melakukan Rukun Islam yang ke dua itu. Factor itulah yang membuat hatinya sedikit terkilan dengan lelaki itu. Ingin sekali dia menegur, tapi dia takut sekiranya teguran itu tidak disenangi oleh Amier.
“ Terima kasih sebab belanja saya lunch hari ini” ucap Reen sebaik saja kereta Amier berhenti di hadapan bangunan pejabat.
My pleasure” Amier mengukir senyum. Reen terpaku seketika melihat senyuman itu.
“ Petang nanti saya balik dengan kak Hani”
“ Hmm....abang seronok sangat dapat keluar dengan Reen hari ini, terubat rasa rindu sebab banyak hari tak jumpa” kata Amier.
“ Ok....saya masuk dulu” Reen tak jadi membuka pintu bila tiba-tiba Amier menghulur tangannya. Reen menyambut huluran tangan Amier dan menciumnya dengan perasaan berdebar.
Thanks” ucap Amier sambil mengukir senyum, Reen turut tersenyum. Entah kenapa selepas mencium tangan Amier, hatinya terasa begitu lega dan tenang. Tiada lagi rasa resah. Tiba-tiba teringat kejadian dia di minta oleh Datin Halijah bersalam dengan Amier malam tadi. Walaupun terasa kekok tapi saat itu terbit perasaan halus yang membuatkan dia rasa bahagia.
************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...