Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -21

oleh: Azieana
 
BAB 21
MAK INDAH sibuk di menghidang di ruang makan untuk keluarga Datuk Tg. Mahmod makan malam. Reen dan Eisya turut membantu. Datin Halijah yang baru melangkah ke ruang makan, terpaksa menukar arah bila menyedari ada tetamu yang datang. Reen memandang Eisya, memberi isyarat bertanyakan siapa agaknya yang datang. Nak kata Datuk Tg. Mahmod balik, awal-awal dia sampai tadi mak mertuanya telah memberitahu yang bapa mertuanya balik lewat. Eisya hanya mengangkat bahu.
“ Eisya....Reen ...mai sini” laung Datin Halijah. Suaranya kedengaran begitu ceria.
“ Ha....dah sampai pun anak mama!”
Reen kaku di situ. Benar-benar terkejut. Dia masih tak percaya apa yang sedang dilihatnya. Betulkah Amier yang pulang? Datuk Tg. Mahmod juga ada bersama.
“ Along, welcome home” Eisya terlebih dulu bersalam dengan abangnya.
Amier memandang wajah Reen, senyuman terukir di wajahnya walaupun dia nampak kepenatan. Maklum saja menghadapi perjalanan yang jauh.
“ Reen, tak nak salam dengan Amier ke?” tegur Datin Halijah bila melihat Reen masih kaku. Perlahan-lahan langkah diatur menghampiri Amier yang masih berdiri di ruang rehat.
Tangan Amier di capai dan dikucup perlahan. Sebaik saja matanya tertumpu pada wajah Amier, dahinya pula di kucup oleh lelaki itu membuatkan dia benar-benar tergamam. Apa lagi di hadapan orangtua Amier. Dia tunduk menahan segan dan malu.
“ Mama sengaja nak bagi surprise kat Reen....Reen tak tahuke yang Amier sampai malam ni?”
Reen mengeleng kepala. Terasa mukanya panas.
“ Sudahlah ma, kesian kat Reen. Salah Mier juga sebab tak bagi tahu dia. Sepatutnya Mier balik besok tapi kerja kat sana dah beres. Lagi pun ada sebab kenapa Mier balik awal”
Amier merenung wajah Reen dengan penuh kasih. Kesian pula dia melihat wajah Reen yang merona merah.
Mereka berbual seketika sementara menunggu Mak Indah selesai menghidang.
“ Datin, hidangan dah siap” Mak Indah muncul.
Okay. Dinner is ready...let's celebrate” Eisya bersuara. Dia mendahului yang lain menuju ke meja makan, diikuti oleh Datuk Tg. Mahmod dan Datin Halijah.
“ Maaf...saya tak tahu pun yang awak balik hari ni, saya betul-betul ingat awak akan balik besok” Reen bersuara.
“ Kita lupakan aje...yang penting abang dah balik dengan selamat. Jom, kita pergi makan...dia orang dah tunggu kita”
Amier mencapai tangan Reen. Walaupun Reen terkejut dengan tindakan Amier tapi terpaksa di tahan, bimbang lelaki itu berkecil hati. Baru sebentar tadi lelaki itu membelanya di hadapan Datin Halijah.
****************

AMIER mengurut-ngurut lehernya beberapa kali, terasa lenguh kerana asyik tunduk mengadap laptopnya. Dia terpaksa menghabiskan kerja yang tertangguh setelah beberapa hari berada di Dubai. Esok dia ada mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah berkaitan dengan beberapa projek yang masih berada dalam rundingan. Dia bangun seketika, berjalan di sekitar bilik untuk membetulkan urat saraf yang lenguh di samping membuat sedikit senaman. Penat mengharungi perjalanan yang jauh masih belum hilang lagi, tapi kini terpaksa bertungkus-lumus menyambung kerja yang tak pernah habis.
Jam dinding sudah menunjukkan satu pagi. Dia mengeluh seketika. Tekaknya tiba-tiba terasa perit.
' Elok juga kalau pekena nescafe, boleh juga hilangkan mengantuk' ngomongnya sambil mengatur langkah ke pintu.
' Dia belum tidur lagi ke?' sempat Amier melihat ke arah bilik Reen. Dapat di lihat cahaya dari bawah pintu bilik Reen.
Dia mengatur langkah, menuruni anak tangga satu persatu menuju ke ruang dapur.
“ La-la-la..la....ku pejam mata mengenangmu....kau disisiku...”
' Siapa yang nyanyi malam-malam begini, tak kan hantu...tapi sedap juga dengar suaranya' . Amier menggaru kepala dan tiba-tiba kakinya kaku. Di bawah cahaya lampu dia dapat melihat satu susuk tubuh sedang membelakangnya. Amier tersenyum. Dia sudah dapat meneka milik siapa tubuh dan suara itu. Bibirnya mula mengukir senyum. Elok juga kalau nak buat gempak ni....otaknya nakal cuba membayangkan situasi dia memeluk erat tubuh itu dari belakang, kononnya nak buat surprise....entah-entah lain pula yang jadi. Amier segera membatalkan niatnya.
“ La-la-la..la....ku pejam mata mengenangmu....kau disisiku...” lirik lagu dari iklan TV minyak jenama Aliff itu berkumandang lagi.
Nice voice...I like it....terasa lagu tu memang ditujukan khas untuk abang aje.”
Amier bertepuk tangan. Serentak itu juga Reen berpaling. Benar-benar terkejut. Amier mengukir senyum sambil berpeluk tubuh di hadapan pintu ruang dapur dengan mengenakan t`shirt warna kelabu dan seluar panjang warna putih berjalur hitam.
“ Terima kasih kerana mengenangkan  wajah abang yang handsome ini  dalam fikiran Reen sekarang”
Amier masih seronok mengusik Reen. Dia sengaja mengerdipkan matanya beberapa kali membuatkan Reen cuba menahan senyum dengan tindakannya.
“ Er....awak buat apa kat sini? Malam-malam begini!” tergagap Reen bertanya. Bukan main malu lagi dia bila di sergah begitu. Menggelabah semacam. Malam-malam pulak tu. Dahlah dia tak pakai tudung, sangkanya semua orang sudah tidur. Tak sangka yang lelaki ini masih lagi berjaga. Tapi macam kena aje lagu tu dengan situasi sekarang. Baru sebentar tadi mindanya teringatkan wajah itu, tiba-tiba sudah muncul di hadapannya. Macam magik. Perasaan malu begitu tebal saat ini. Tak tahu nak letak mana kat mana mukanya ketika ini.
“ Sekarang ni jam 1.30...dah pagi...sedap suara Reen. Boleh masuk  competition...like akademi fantasia, mentor, or whatever....I'll support you!”
Sorry...I'm not interested” balas Reen dengan rasa geram.
' Macam nak menyindir aje' gumam Reen.
That's good...lagi pun abang tak suka Reen nyanyi untuk orang lain, kalau boleh abang nak Reen nyanyi untuk abang sorang je!” Amier tersengih.
Dalam diam dia memang memuji kelunakan suara gadis itu walaupun hanya menyanyi untuk beberapa patah perkataan. Seronok pula Amier melihat wajah Reen yang mula memuncung. Dia tahu gadis itu geram dengan usikannya tapi itu membuatkan dia rasa bahagia.  Terubat rindunya selepas beberapa hari merindui wajah itu.
“ Apa hal tiba-tiba muncul kat sini?....kenapa tak tidur lagi? Tak penatke?” tajam Reen merenung wajah Amier. Lelaki itu sudah pun duduk di kerusi. Tangannya mengetuk-ngetuk perlahan meja yang memuatkan empat orang. Meja itu menjadi tempat makan Mak Indah dan Pak Samat, juga tempat mak Indah menyediakan lauk pauk.
“ Kalau nak kira penat dan mengantuk memanglah....tapi abang ada kerja nak buat, esok ada meeting dengan lembaga pengarah....kena siapkan beberapa perkara” Reen sekadar mengangguk. Dia tahu tentang kesibukan lelaki itu. Maklum saja dia merupakan salah seorang yang penting dalam syarikat.
“ Er...Reen tengah buat apa tadi?” Amier tidak menjawab pertanyaan Reen, malah dia pula yang bertanya.
“ Buat air”
“ Abang pun dahaga, itu sebabnya abang datang sini...tak sangka Reen pun ada. If you dont mind...please make me something to drink” Reen memandang seketika wajah Amier. Lelaki itu nampak penat dan keletihan.
“ Nak minum apa? Saya buatkan” Reen mencapai sebiji mug.
“ Reen buat air apa tadi?” mata Amier memandang sebiji mug yang berada berhampiran Reen.
Hot chocolate” beritahu Reen.
“ Kalau macam tu buat air yang sama” pinta Amier.
Tanpa berlengah Reen terus menyediakan air untuk Amier. Selepas itu di letakkan dihadapan lelaki itu dan dia sudah berura-ura untuk beredar dengan membawa minumannya. Tak sanggup dia nak berhadapan dengan lelaki itu. Rasa segan sentiasa bertandang setiap kali dia berhadapan dengan Amier.
“ Nak pergi mana tu? ” soal Amier bila melihat Reen ingin melangkah pergi dari ruang dapur itu.
“ Er...nak masuk bilik...saya tak nak ganggu En. Amier” serba salah pula Reen menjawab.
Please ….stay here, temankan abang minum, sekejap pun tak apa” pinta Amier. Benar-benar mengharap pelawaannya diterima.
“ Okay, sekejap aje...saya pun dah mengantuk ni!” Reen menguap tapi sempat menutup mulutnya. Amier tersenyum.
Reen hanya menemankan Amier lebih kurang lima minit. Selesai minum dia membasuh mug dan meminta diri untuk beredar. Sesungguhnya dia sudah tidak dapat bertahan lagi, kelopak matanya terasa berat. Lagi lama dia berada di situ, tak mustahil dia akan duduk mengadap wajah Amier dengan mata yang terpejam.
***************

AMIER termenung seketika selepas Reen beredar. Dia mengeluh perlahan. Sangkanya dia dapat berbual mesra dengan Reen dan kalau boleh dia ingin mendengar Reen bertanya tentang keadaannya semasa berada di Dubai atau apa saja yang berkaitan dengan urusannya di sana, tapi dia hampa.
` Esok masih ada` Amier menyedapkan hati.  Saat ini dia memang tidak menyalahkan Reen memandangkan waktu ini memang tidak sesuai untuk bercerita, dia sendiri pun kepenatan.
Tiba-tiba dia tersenyum mengingatkan wajah Reen sebentar tadi. Comel dan menarik tanpa bertudung. Gadis itu terlalu menjaga pergaulan sehingga dia lupa bahawa dia telah bersuami. Tengok aje tadi, kelam-kabut dia melurutkan rambutnya yang melepasi bahu seolah-olah dia bukanlah muhram. Reen juga cuba mengawal tingkah lakunya setiap kali berhadapan dengannya, bukan main lagi dia control menutup mulutnya setiap kali dia menguap.
Selepas membasuh mug di singki, Amier kembali menaiki tangga untuk ke biliknya. Dia perlu menyiapkan kerja supaya esok tidak kelam-kabut dan memastikan dia juga akan bangun awal untuk ke pejabat. Amier melabuhkan punggung di kerusi sambil matanya memandang beberapa fail dan kertas yang berselerakan di atas meja sebaik saja masuk ke dalam biliknya. Perlahan-lahan dia meraup wajahnya sambil melepaskan keluhan. Alangkah bahagianya kalau saat ini Reen sudi menemankannya untuk membuat kerja ini. Pasti kepenatan dan rasa mengantuk akan hilang serta-merta.

*************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...