Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -20

oleh: Azieana

BAB 20
SEPANJANG Amier berada di Dubai, ada dua tiga kali dia menghubungi Reen. Setiap kali dia menghubungi Reen, gadis itu hanya melayan sekadar sahaja. Bingung juga Amier di buatnya sedangkan dia begitu merindui gadis itu setengah mati. Kalau boleh dia mahu orang lain mengganti tempatnya untuk ke Dubai, tapi kerjasama antara Dynamic Holdings dan Crystal Development & Corp. adalah di bawah tanggungjawabnya. Hampir setahun dia yang menguruskan usahasama itu dengan bantuan Tg. Khalid, pakciknya yang memang sudah lama menetap di sana.
“ Mier, kenapa uncle tengok Mier macam ada masalah je! Ceritakan pada uncle” Tg. Khalid memandang anak saudaranya dengan rasa kasih. Dia sayangkan Tg. Amier Asyraf seperti dia menyayangi anaknya sendiri. Ketika abangnya, Tg. Mahmod kemurungan selepas kematian Aishah, dia yang banyak bagi dorongan. Malah dia turut tidak setuju bila ayahanda dan bonda mereka ingin menjodohkan Tg. Mahmod dan Tg. Suraya. Dia tahu Tg. Suraya bukanlah perempuan yang baik walaupun mereka sama-sama mempunyai darjat keturunan yang sama.
“ Tak adalah uncle. Mier cuma rindukan KL” jawapan Amier membuatkan Tg. Khalid ketawa. Entah kenapa terasa lucu mendengar jawapan yang dirasakan tidak logik langsung diucapkan oleh anak saudaranya. Tak mungkin kerana merindui suasana Kuala Lumpur, anak muda itu asyik bermuram durja. Malah selalu juga dilihat anak muda itu termenung sambil menggenggam telefonnya.
“ Uncle tak rasa itu jawapan yang tepat...sebenarnya Mier ni betul-betul rindukan Kuala Lumpur atau rindukan seseorang yang berada di situ....I mean someone special
Tg. Khalid tetap tersenyum. Amier turut tersenyum. Tak sangka jawapannya tadi menimbulkan rasa lucu unclenya. Ternyata unclenya pandai meneka walau pun dia bukan seorang peramal. Tg. Khalid adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya, macam papanya juga.
I knew you son...very well. Uncle pernah muda dulu....pernah rasa pahit manis percintaan. Tell me....who's the lucky girl!....pasti dia mempunyai satu daya tarikan yang tak mungkin dimiliki oleh gadis lain. Masakan tidak...wajah Mier semurung ini...pasti teringatkan si diakan!”
Tg. Khalid menepuk-nepuk bahu Amier. Bibirnya tersenyum. Perangai Tg. Khalid hampir sama dengan papanya. Cukup perihatin soal masa depan dan kehendak dirinya.
One day....I will introduce to you” balas Amier.
“ Yap....I'm waiting...dahlah. Jom, temankan uncle makan. It's lunch time
Thanks, uncle...thanks for everyting. I'm really appreciate!” Amier mengukir senyum. Tg. Khalid mengangguk perlahan, sekali lagi bahu Amier di tepuk perlahan dan mereka berjalan beriringan keluar dari pejabat Tg. Khalid.
****************





REEN mendapatkan telefon yang sedang berdering. Termengah-mengah dia di buatnya. Baru sebentar tadi dia keluar dari bilik En. Razif kerana membincangkan soal projek di Ulu Selangor.
“ Assalamualaikum. Mama!” tertera nama mama di skrin telefonnya.
“ Waalaikumussalam.....Reen sibuk ke?...dah banyak kali mama call tapi tak angkat” Datin Halijah bersuara.
“ Oh ya ke! Maaf ma, Reen ada mesyuarat dengan En. Razif tadi...telefon kat bilik” beritahu Reen. Hairan kerana tiba-tiba wanita itu menghubunginya. Penting sangat ke sampai berkali-kali menghubunginya. Atau ianya ada kaitan dengan Amier.
“ Ada apa ma?” tanya Reen.
“ Reen sihat?”
“ Sihat ma...kenapa mama call ni? Ada hal pentingke...maksud Reen, ada kaitan dengan abang Amier?” terluah juga apa yang terfikir. Dia berdoa agar lelaki itu dalam keadaan sihat walafiat. Baru semalam lelaki itu menghubunginya.
“ Tak ada. Semuanya baik-baik belaka. Mama call ni sebab mama nak Reen makan malam kat rumah. Dah lama Reen tak datang....kalau boleh mama nak Reen tidur kat sini. Mama rindukan menantu mama ni”
Reen terdiam. Kenapa mamanya kata dah lama dia tak datang? Baru minggu lepas dia pergi ke rumah Datin Halijah. Kalau nak dibezakan, dia lagi lama tak balik kampung. Lama juga dia tak menatap wajah adik bongsunya, Nasuha. Nasib baik dia baru jumpa ibunya, itu pun kerana meraikan perkahwinannya.
“ Er....baiklah ma. Nanti lepas kerja Reen pergi rumah mama” Reen memberi persetujuan.
“ Reen nak Pak Samat jemput atau nak balik dengan papa?”
“ Nanti Reen datang sendiri, dengan teksi. Segan pulak kalau ada yang datang menjemput”
“ Itulah. Nak berahsia sangat pasal kawin. Kalau tak... senang ajekan”
 Reen terpaksa menelan kata-kata itu. Sedikit pun tidak terasa. Dia tahu wanita itu terlalu mengambil berat dan menyayanginya. Memang bertuah mempunyai mertua seperti Datin Halijah yang cukup penyayang.
“ Mama, kan kita dah setuju dengan syarat tu. Tak perlulah diungkit lagi. 5 bulan bukannya lama, ini pun dah dekat 2 minggu Reen kawin.” terdengar keluhan dari mulut mertuanya.
“ Maafkan mama, ya sayang. Tapi Reen janji ya datang rumah mama nanti!”
“ Ya. Reen janji”
“ Baiklah, mama tak nak ganggu Reen kerja....Assalamualaikum”
*************

KEDATANGAN Reen ke banglo di sambut oleh Datin Halijah. Ketika ini suasana agak sunyi, mungkin dah waktu senja
“ Masuklah Reen, dah lama mama tunggu” Datin Halijah menyambut huluran tangan Reen. Segera Reen di ajak ke ruang rehat. Tidak lama kemudian Eisya muncul, seperti juga mamanya, Eisya turut menanti kedatangan Reen. Petang itu dia nampak ringkas dengan mengenakan seluar pendek separas betis dan t'shirt longgar.
“ Mama bagi  tahu aku, kau akan tidur sini malam ni, bestnya!” Eisya mendapatkan tempat duduk di sebelah Reen. Reen memandang wajah mertuanya dan mengukir senyum.
“ Papa belum balik lagi?” Reen teringatkan bapa mertuanya. Biasanya waktu petang begini dia akan bersantai di ruang rehat menunggu masuk azan maghrib. Selalu juga bapa mertuanya menunaikan solat berjamaah di masjid yang berdekatan.
“ Papa balik lewat sikit hari ni, ada hal katanya” beritahu Datin Halijah.
Reen sekadar mengangguk.
“ Reen, Eisya...dah nak masuk waktu maghrib ni. Pergilah mandi...nanti kita makan malam sama”
“ Jom!”
Eisya menarik tangan Reen supaya mengikutnya. Datin Halijah juga turut beredar masuk ke biliknya.
Eisya mengikut Reen masuk ke bilik yang disediakan untuk Reen bila berkunjung ke banglo itu setelah menjadi isteri Amier. Dia juga telah membawa pakaian tambahan untuk di pakai sekiranya dia bermalam. Sebelum ini Reen selalu berkongsi bilik dengan Eisya setiap kali dia datang, itu pun atas permintaan Eisya.
“ Kan senang kalau kau pindah aje kat bilik along. Lagi pun along jarang bermalam. Kau dan along tu dah jadi suami isteri....tak salah kalau nak berkongsi” Eisya bersuara sebaik saja melabuhkan punggung di atas katil yang bercadar ungu berbunga kuning. Dia memandang Reen yang duduk disebelahnya.
Promise is promise. Memanglah aku dan along kau tu dah jadi suami isteri yang sah.... Dan along kau tu dah setuju sepanjang 5 bulan ni, kami hidup dengan cara masing-masing sehingga majlis perkahwinan kami diadakan. And one thing...nobody can know about this marriage accept your family and my family!...it is clear to you, my dear!”
“ Aku tahu. er...sepanjang along berada kat Dubai, ada dia call kau?”
“ Ada. Kenapa?” acuh tak acuh Reen menjawab pertanyaan adik iparnya. Dia bangun dan menuju ke almari, mencari baju yang akan di pakai malam nanti. Sehelai tuala di capai sebelum menuju ke bilik air nanti.
“ Along ada call aku tanyakan pasal kau” Eisya memusingkan badan mengadap wajah Reen yang baru duduk di katil semula.
“ Kenapa?”
“ Kenapa?...come on girl. Along aku tu kawin dengan kau sebab dia cintakan kau. Hanya kau aje yang fikir dia mengahwini kau sebagai tukaran untuk kau tebus tanah arwah ayah kau tu. Kau tu bersikap tak adil dalam hal ni. Beria-ria along aku nak tahu pasal diri kau. Dia nak kenal siapa kau....”
“ Oh, Really!” Reen mencebik.
“ Reen, aku tahulah along aku tu ramai girlfriend tapi sebenarnya dia seorang lelaki yang baik.... Lelaki macam tu, bila dia dah cintakan seseorang....dia mencintainya dengan sepenuh hati, malah sanggup melakukan apa saja untuk orang yang dicintainya. Kau belum kenal siapa dia sebenarnya....jadi kau tak boleh terus buat keputusan melulu”
“ Kau pujilah dia sebab dia tu abang kau kan! Macam mana aku nak percaya perangai lelaki macam tu...mungkin lelaki lain boleh berubah sikap tapi aku tetap tak yakin abang kau akan berubah. Dia dah hidup dengan cara tu, ingat senangke nak berubah semata-mata kerana aku....perempuan yang tak pernah tersenarai dalam hidup dia”
In fact...percaya atau tidak....kau dah jadi isteri along aku, that mean....dah jadi kakak ipar aku” Reen mendengus, Eisya tersengih.
Eisya hairan, kenapa temannya itu masih belum menerima hakikat apa yang berlaku terhadapnya. Susah sangatke dia nak terima kenyataan bahawa alongnya betul-betul menyintai gadis itu. Kalau tak cinta, kenapa alongnya sanggup mengahwini temannya itu? Bukankah kerana dia menyintai teman baiknya itu. Kalau nak di fikirkan, alongnya boleh pilih siapa saja perempuan yang dia mahu. Anak Datuk, anak Tan Sri atau sesiapa saja.
“ Bukan salah along aku kalau dia ramai girlfriend....along aku tu kan handsome, pasti ramai yang terpikat. Tapi kau yang jadi pilihan dia....bukan sebagai kekasih, tapi tempat yang paling atas bagi seorang perempuan iaitu isteri. Malah dia sanggup terima syarat kau yang mahu nikah gantung tu. Bukan setakat nikah gantung....tak nak orang tahu pulak, tak ke pelik namanya!...kekadang aku tak fahamlah perangai kau ni” Eisya mengeleng kepala.
“ Kalau dia betul-betul ikhlas terima aku sebagai isterinya, dia tentu dapat hadapi sebarang dugaan dengan baik....kalau tak, terpaksalah ucap bye! bye!”
“ Yalah tu....entah-entah kau yang tak tahan nak hadapi dugaan....tapikan Reen, kau tak rasa ke yang kau ni ego!”
“ Ego! Maksud kau?” berkerut dahi Reen memandang wajah Eisya. Dia sudah pun bangun dari katil. Kedengaran suara azan berkumandang menandakan masuk waktu maghrib.
Never mind....anggap aje aku tak pernah cakap benda ni....aku keluar dulu, nanti jangan lupa turun makan” Eisya terus melangkah keluar.
Reen mengeluh perlahan. Ligat otaknya cuba memikirkan apa yang dikatakan oleh Eisya tadi. Betulke dia seorang yang ego?
******************


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...