Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -2

oleh : Azieana


BAB 2
AMIER mengetuk pintu.
“ Eisya, boleh along masuk?”
Amier membuka pintu perlahan. Dia tersenyum melihat bilik tidur Tengku Riesya Safiya, kemas dan tersusun. Menarik. Sesuai dengan gaya hidup seorang remaja. Dia tersenyum, sejak dulu Eisya menggemari warna pink. Patung pink panther menghiasi katil mewah itu. Amier sudah berura-ura untuk meninggalkan bilik itu namun bunyi deruan di bilik mandi membuatkan Amier tak jadi melangkah. Rasanya sudah lama dia tidak berjumpa dengan adik kesayangannya itu.
“ Hm...pasti dia terkejut”
Amier tersenyum lantas merebahkan badan di atas katil untuk menunggu Eisya keluar. Sebuah majalah Remaja di capai dan dibelek-belek tanpa membacanya.Bunyi nyanyian halus membuatkan Amier makin tersenyum. Amier menutup majalah yang baru di beleknya. Langkahnya di hala ke tingkap bilik itu, melihat suasana luar seketika. Dia berpaling semula apabila mendengar pintu bilik air di buka.
Matanya tiba-tiba menghala pada satu tubuh yang hanya dilitupi tuala separas dada. Dada putih yang terdedah itu membuatkan Amier terpampam dan kaku. Dia menelan liur.
“ S....Siapa awak?”
Suara gementar gadis yang baru keluar itu membuatkan Amier tersedar dari khayalannya.
“ Er...”
Amier tiba-tiba menjadi gelabah dan kalut. Begitu juga gadis itu. Dalam keadaan panik, gadis itu segera mencapai bantal, segera di tutup dadanya yang terdedah.
“ Apa awak buat kat sini?”
Sergah gadis itu kalut, wajahnya merona merah menahan malu. Tanpa menunggu jawapan Amier, dia terus berlalu ke bilik air meninggalkan Amier termanggu sendirian. Sesaat kemudian, bibir Amier mengukir senyum.

*************



AMIER berbual di anjung seri. Sebuah tempat yang menjadi tempat berkumpulnya keluarga Datuk Tg. Mahmod dan Datin Halijah. Anjung Seri dihiasi dengan pokok-pokok berbunga hasil kerja tangan Datin Halijah yang menjadi penyeri banglo mewah milik keluarga Datuk Tg. Mahmod.
“ Mier masuk kerja besokkan?”
Datuk Tg. Mahmod bersuara sambil memandang wajah Amier yang sedang termenung jauh, masih mengingati kejadian sebentar tadi.Hatinya tertanya-tanya siapakah gadis yang dilihat berada di bilik adiknya tadi.
“ Mier...apa yang sedang Mier fikirkan?”
Pertanyaan dari Datuk Tg. Mahmod membuatkan Amier tersentak. Terpingga-pingga dia menatap wajah papanya yang berkerut kehairan.
“ Tak ada apa-apa...papa tanya apa tadi ?”
Datuk Tg. Mahmod tersenyum. Faham sangat dengan kerenah anak sulungnya, pasti memikirkan perempuan.
“ Papa tanya, Mier masuk kerjakan besok”
“ Ya”
“ Hai, along”
Seorang gadis tiba-tiba muncul menyapa mesra Amier. Dia segera duduk di sebelah Amier. Amier mengukir senyum.
 “ Along cari Eisya kat bilik tadi, tapi Eisya tak ada. Ke mana?” tanya Amier memandang wajah adiknya.
“ Eisya ada kat dapur tolong mama dan mak Indah” Beritahu Eisya.
Amier sekadar mengangguk, namun fikirannya tetap memikirkan gadis yang berada di bilik Eisya tadi.
“ Pa, papa dah bagi tahu along?”
“ Belum”
“ Ada apa ni?... Papa!”
Amier kehairanan. Perkara apa yag ingin disampaikan mereka kepadanya.
“ Begini, papa ingat nak bagi kerja kat kawan Eisya ni kat syarikat kita. Dia dan Eisya ni kawan baik masa belajar kat universiti. Papa dan mama pun dah kenal rapat dengannya. Baik budaknya.” Beritahu Datuk Tg. Mahmod.
“ Habis tu ?” Amier tetap memandang wajah papanya.
“ Papa nak Mier interview dia esok. Kalau Mier rasa dia berkelayakan, Mier terima. Papa serahkan pada Mier untuk buat keputusan. Sekarang ni kan susah nak dapat kerja kalau kita tak kenal sesiapa” Amier hanya mengangguk.
“ Macam mana dengan Eisya, masih tak nak kerja lagi?...Orang lain sibuk cari kerja, dia sibuk merayap” Amier memandang Eisya. Gadis itu mencebik.
“ Eisya dah dapat kerja pun, bukan kat syarikat papa tapi kat D'Maju Holdings. Eisya nak timba pengalaman kat syarikat lain sebelum kerja kat syarikat papa” Eisya tersenyum melirik.
“ Betulke? Bukannya nak bekerja bersama Izwan. Kan D'Maju Holdings tu milik orang tua Izwan” Balas Amier.
Datuk Tg. Mahmod sekadar melihat dan mendengar perbualan mereka, tak teringin untuk masuk campur. Dia tak kesah di mana pun anaknya bekerja asalkan pekerjaan itu halal dan kebajikan anak-anaknya terjamin.
“Ala...2 in 1, apa salahnya, kan papa” Datuk Tg. Mahmod hanya mengangguk, mengiyakan apa jua keputusan anak perempuan tunggalnya.
“ Amboi, seronok berbual nampak!, Eisya, Reen mana?” Datin Halijah tiba-tiba muncul membawa dulang berisi kueh bersama mak Indah yang sedang memegang dulang berisi minuman petang.
“ Ya Allah...Lupa pulak” Eisya menepuk dahi sebelum beredar.
“ Jemput minum...bang, Mier”
Datin Halijah menyertai mereka sementara mak Indah terus berlalu. Amier mencapai kueh seri muka. Dia tergamam saat tangannya ingin memasukkan kueh ke dalam mulut.
“ Gadis tu!” detik hatinya bila melihat Eisya muncul bersama seorang gadis manis.
“ Reen, duduklah” pelawa Datin Halijah apabila melihat Nisreen teragak-agak, malah nampak terkejut sebaik saja muncul di situ.
“ Along, kenalkan Reen...bestfriend Eisya. Reen, ini along aku, Amier” Eisya memperkenalkan mereka berdua.
“ Amier”
Amier menghulurkan tangan, tanda perkenalan. Nisreen terpaksa menyambut huluran tangan Amier dengan rasa serba salah, selebihnya masih terbit rasa malu bila mengingatkan 'accident ' sebentar tadi.
Sepanjang perbualan petang itu, Reen hanya sekadar menjadi pendengar dan pemerhati. Hanya sesekali dia menyampuk perbualan anak beranak itu. Amier yang menyedari ketidak selesaan gadis manis bertudung itu hanya mengukir senyum apatah lagi bila sesekali matanya bertembung dengan mata gadis itu. Ada ketikanya dia sengaja mengambil peluang merenung wajah gadis itu membuatkan Nisreen tidak betah berada di situ.
“ Reen, apasal ni? Kau nampak gelisah je sejak tadi” Eisya kehairanan. Selama ini kawannya itu bersikap peramah setiap kali mengunjungi keluarganya, lain pulak dia hari ini.
“Mungkin kawan Eisya ni segan dengan along tak?” usik Amier yang sememangnya menyedari punca gadis itu bersikap demikian.
“ Segan!...along jangan nak kacau kawan Eisya ni tau...bukannya Eisya tak tahu perangai buaya darat along tu!” tempelek Eisya membuatkan Amier ketawa.
“ Eisya, kenapa cakap dengan along macam tu. Tak baik” tegur Datin Halijah.
“ Bukannya mama tak kenal dengan perangai along. Girlfriend dah keliling pinggang...masih ada hati nak kacau kawan Eisya”
Eisya menjeling geram wajah abangnya yang begitu santai tersenyum, malah sempat mengerling ke arah Nisreen yang hanya diam membisu., tidak mahu masuk campur perbualan antara dia dan Eisya.
“ Mereka yang sukakan along, bukannya along yang terhegeh-hegeh kat mereka. Sepatutnya Eisya bangga punya abang yang handsome dan tampan macam ni” Amier yang tidak mahu mengaku kalah dalam perdebatan ini.
“ Eisya tahu along ni adalah lelaki yang paling kacak dan bergaya kat KL ni, tapi Reen ni pun apa kurangnya...berderet-deret lelaki yang sukakan dia. Saja dia tak nak layan, katanya buang masa. Bukan macam along, asyik berpeleseran siang malam” Bela Eisya.
“ Iya!”
Amier menaikkan kening. Sempat dia mengenyit mata ke arah Reen. Makin gelabah Reen dibuatnya.
“ Eisya!”
Reen berbisik perlahan di telinga Eisya. Dia rasa tak selesa bila namanya turut dibabitkan sama dalam perbualan adik-beradik itu.
“ Uncle, auntie....dah lewat petang ni, eloklah Reen balik dulu” Reen sudah pun mengangkat punggungnya. Dia memberi isyarat mata kepada Eisya supaya menghantarnya pulang.
“Tak nak tunggu makan malam dulu ke?” Datin Halijah bersuara.
“ Tak mengapalah, auntie. Lain kali aje”
“ Hmm... baiklah. Eisya, tolong hantar Reen ya”. Datin Halijah memandang Eisya yang turut bangun.
Selepas bersalaman dengan orangtua Eisya, Reen terus mengatur langkah ke bilik Eisya untuk mengambil begnya.
“ Alamak! Sorry ya Reen, kereta aku buat hal tadi...tak boleh start, rasanya ada masalah dengan bateri kereta”. Eisya menepuk dahi sebaik saja Reen muncul di hadapannya.
“ Along...” Laung Eisya yang berada di muka pintu. Ketika itu Amier masih enak bersantai bersama orang tua mereka.
“ Apa dia?”. Balas Amier, turut membalas laungan Eisya.
“ Nak minta tolong” Eisya muncul di hadapan Amier sambil tersengih.
“ Tolong apa ni? Tersengih semacam aje....sengih gatal pun ada” usik Amier, sengaja nak mengenakan adiknya.
“ Apa ni along,.... mama, tengok along ni!...ada ke dia kata Eisya ni gatal” Eisya mengadu. Datin Halijah hanya mengeleng kepala. Pening juga dia mengenangkan perangai anak-anak. Itu baru dua orang, belum balik lagi Zafuan. Kalau tak, pasti tambah kecoh. Walaupun jarak usia antara Amier dan Eisya 7 tahun tapi kalau bertekak dan mengusik, Amier tetap tak mahu mengalah. Kemesraan dan gelak ketawa mereka itu membuatkan dia bahagia.
“ Ada apa ni?... Eisya!” suara Datin Halijah memandang kedua anaknya silih berganti.
“ Eisya nak minta tolong along hantarkan Reen kat rumah sewa dia, kereta Eisya buat hal. Papa, nanti papa minta pak Samad check kereta Eisya ya!” Datuk Tg. Mahmod sekadar mengangguk.
“Tolong hantar kawan Eisya? Betulke ni?” Berkerut dahi Amier berpura-pura tidak memahami permintaan adiknya.
“ Alah....cepatlah along, kesian kat Reen tu. Dah lama dia tunggu” rengek Eisya, geram dengan sikap abangnya yang sengaja melengah-lengahkan masa.
“ Ok....tapi dengan syarat....Eisya tolong adjustkan along dengan dia ya!” Amier tersegih.
“ Hish.....nak minta tolong sikit je, demand pulak yang lebih. Tadi mengaku kata perempuan yang terhegeh-hegeh kat along...ni nak minta Eisya tolong adjust....apa kes!” Eisya ketawa riang membuatkan Amier menarik muka masam. Pantas pipi adiknya di cubit. Eisya mengaduh sakit sambil menggosok-gosok pipinya yang sudah kemerahan.
“ Eisya, tak payahlah nak susahkan abang kau pulak....aku boleh balik dengan teksi” Reen bersuara. Serba-salah pula bila melihat Eisya bersama abangnya macam nak bergaduh.
“ Tak ada susahnya, saya tolong dengan ikhlas.....nanti saya pergi ambil kunci kereta” Amier masuk ke dalam rumah.
' Ya lah tu, ikhlas ' Eisya tersenyum sambil memandang wajah Reen.
Reen dan Eisya sudahl pun berdiri di sisi kereta BMW X6 hitam milik Amier.
“ Masuklah” Pelawa Amier apabila di lihat Reen teragak-agak untuk membuka pintu kereta.
“ Kau ikut sekali ya, aku seganlah...” Bisik Reen perlahan di telinga Eisya. Ketika itu Amier sudah pun menghidup enjin kereta.
“ Okaylah...bestfriend punya pasal”
Eisya membuka pintu kereta di sebelah Amier dan Reen masuk di bahagian penumpang belakang. Kereta terus meninggalkan perkarangan banglo mewah itu.
“ Hai, sejak bila adik along ni jadi bodyguard pulak?” usik Amier sambil menjeling Eisya yang sedang membuat muka selamba.
“ Reen cakap dia segan dengan along, itu sebabnya dia minta Eisya ikut sekali. Lagi pun Eisya takut nanti tak pasal-pasal Reen kena ngap dengan buaya tembaga dari KL ni” beritahu Eisya sambil tersenyum membuatkan Amier mencebik. Amier sempat mendengar gelak kecil dari tempat duduk belakang. Amier mengerling seketika melalui cermin pandang belakang, sebaik saja mata dia Reen bertembung, Reen cepat-cepat menutup mulut dan mengalih pandangannya. Amier tersenyum.
“ Selalu ke kawan Eisya datang rumah kita?” tanya Amier.
“ Selalu, malam tadi pun Reen tidur kat rumah. Bertahun dah dia kenal keluarga kita, mama dan papa anggap Reen macam anak angkat dah” beritahu Eisya.
Sekali lagi Amier melirik cermin pandang belakang, ingin melihat reaksi Reen yang tidak bersuara sejak dari tadi.
“ Tapi kenapa along tak pernah jumpa pun dengan kawan Eisya sebelum ni!” berkerut dahi Amier kahairanan. Selama bertahun keluarganya mengenali gadis itu, kenapa baru hari ini dia baru berjumpa.
“ Along kan duk kat luar negara, bila balik bukannya duk kat rumah tapi kondo sendiri...mana nak jumpa!” Amier mengangguk perlahan mendengar penjelasan itu.
Amier memberhentikan kereta di hadapan rumah teres satu tingkat. Amier melihat seketika keadaan rumah itu, nampak agak kemas.
“ Awak tinggal berapa orang kat rumah ni?” tanya Amier sekadar ingin mengetahui.
“ 4 orang” balas Reen. Amier mengangguk.
“ Terima kasih, En. Amier kerana sudi hantar saya...Eisya, aku masuk dulu ya!” Reen membuka pintu kereta.
“ Reen” panggil Eisya.
“ Ya” Reen tak jadi melangkah.
“ Jangan lupa datang interview esok jam 10 pagi ya” pesan Eisya.
Reen hanya mengangguk dan terus melangkah masuk ke dalam rumah. Amier tak tunggu lama, kereta terus di pecut meninggalkan kawasan perumahan itu.
“ Along”. panggil Eisya setelah beberapa minit mereka berlalu meninggalkan kawasan perumahan Seri Mawar.
“ Hmm”
“ Cantik tak kawan Eisya tadi?” tanya Eisya, sengaja ingin melihat reaksi abangnya, selama ini taste abangnya semuanya jenis perempuan yang seksi dan pandai menggoda. Ingin dia menduga pendapat abangnya terhadap perempuan yang bersopan dan bertudung seperti Nisreen.
“ Cantik” balas Amier selamba.
Matanya terus memandang ke hadapan seolah-olah memberi tumpuan sedangkan fikirannya masih terbayangkan pertemuan pertama antara dia dan Nisreen. Bibirnya tiba-tiba mengorak senyum.
“ Along jangan nak kacau dia tau, dia seorang gadis yang baik dan Eisya sayangkan dia!” Eisya memandang abangnya, geram dia melihat senyuman terukir di bibir abangnya sebentar tadi seolah-olah ada sesuatu yang berada dalam fikirannya.
“ Kalau kawan Eisya tu baik dan Eisya sukakan dia, bolehlah dia jadi kakak ipar Eisya nanti” kata-kata Amier membuatkan Eisya mencubit lengan abangnya. Walaupun terasa sedikit pedih dengan cubitan itu, namun Amier tetap ketawa riang.
*****************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...