Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -19

oleh: Azieana

BAB 19
REEN menjalani kehidupan biasa sepanjang minggu pertama bergelar isteri. Sejak dua bulan lepas dia keluar makan bersama Surihani dan Salwa kerana Saerah telah berhenti kerja dan berpindah ke Penang kerana mengikuti suaminya sejak berkahwin. Kalau sebelum ini Surihani sentiasa keluar bersama Salwa, kini mereka sudah bertiga. Malah Hairil pernah mengusik mereka dengan gelaran 3 serangkai. Macam jenama kain batik yang di jual kat Langkawi.
“ Hani, I sekarang ni tengah pening nak fikirkan pasal tema, konsep dan apa saja yang berkaitan untuk majlis makan malam . En. Amier minta I buat paper work, ….I ingat I tak nak terima tapi dia yang paksa!” Salwa mengeluh.
“ Bila majlis dinner tu?” Surihani segera memandang Salwa. Wajahnya berseri, mungkin teruja nak menghadiri majlis makan malam yang diadakan untuk semua pekerja Dynamic Holdings. Setiap tahun majlis itu akan di adakan dengan pelbagai konsep dan tema. Dah jadi acara tahunan. Pelbagai anugerah diberikan sebagai galakan untuk pekerja.
“ Dua bulan lagi....I dah bincang serba sedikit dengan En. Razif dan Pn. Mahani” beritahu Salwa. Reen menongkat dagu. Ini kali pertama dia akan menyertai majlis itu. Pasti gilang gemilang, maklum saja Datuk Tg. Mahmod bukan calang-calang orangnya dan Dynamic Holding adalah sebuah syarikat yang terkenal. Malah mempunyai beberapa rangkaian dan cawangan di dalam dan di luar negara.
“ Kak Sal....majlis tu biasanya buat kat hotelkan!” Salwa mengangguk kepala.
“ Apa kata majlis kali ini kita buat secara tradisional. Dari segi pakaian, persembahan dan dekorasi” Reen mencelah. Salwa dan Surihani berpandangan. Reen cuba menerangkan beberapa idea dan pendapatnya.
“ Itu hanya sekadar idea....sama ada nak terima atau menolak terpulang. Lagi pun Reen baru aje kerja kat syarikat ni”
“ Hm....idea yang Reen cadangkan tadi cukup menarik....nanti kak Sal cuba bincangkan dengan En. Razif dan Pn. Mahani sebelum kak Sal buat paper work. You tahulah Hani....En. Amier tu kekadang cerewet orangnya, pendapat dan idea kita dia tak nak pakai”
“ Mungkin sebab tu sampai sekarang dia tak kawin-kawin lagi....memilih sangat!” sampuk Surihani membuatkan Reen terbatuk-batuk. Apa silapnya, air yang di minum tiba-tiba boleh tersedak.
“ Kak Hani, boleh Reen tanya sikit....tapi kak Hani jangan marah ya!”
“ Apa dia?”
“ Er...dah berapa lama kak Hani jadi setiausaha En. Amier?”
“ Amboi! Sejak bila tukar profession jadi wartawan pulak ni?” Surihani ketawa. Terasa lucu mendengar pertanyaan dari Reen. Salwa turut ketawa.
“ Saja nak tahu....selama ini Reen selalu dengar cerita yang En. Amier tu suka perempuan seksi, cantik, pandai menggoda. Macam mana kak Hani boleh terpilih jadi setiausaha dia. Almaklumlah, biasanya secretary ni....cun, seksi, muda....”
“ O....jadi maksud Reen....kak Hani ni tak cantik, tak seksi...tua lah ya!” membutang wajah Surihani membuatkan Reen kalut.
Sorry...bukan tu maksud Reen....” Reen hampir nak menangis, takut betul dia mendengar sergahan dari Surihani.
Surihani tiba-tiba tergelak. Ternganga mulut Reen mendengar gelakan itu.
' Tadi bukan main garang, apasal sekarang ni boleh gelak ?....ei....rasa seram pulak.
“ Kesian adik akak ni, tadi kak Hani saja gertak Reen....sorry. Tentu Reen hairankan, kenapa kak Hani yang bertudung, cantik dan anggun ni boleh jadi secretary En. Amier tu!”
Salwa mencebik bibir mendengar Surihani memuji dirinya sendiri. Nak tergelak pun ada. Tapi memang betul, Surihani yang berusia 35 tahun itu anggun orangnya, seorang ibu yang memiliki 3 anak itu sentiasa menjaga penampilan diri. Tak pernah Reen melihat itu dengan memakai pakaian yang menjolok mata. Malah dia sentiasa berbaju kurung, sesekali ada juga mengenakan kemeja, blause , seluar panjang serta bertudung. Cuma Salwa tu agak seksi sedikit tapi tidaklah keterlaluan. Mungkin sesuai dengan gaya seorang eksekutif. Kak Sal juga telah berkahwin cuma belum bergelar ibu.
“ Mula-mula En. Amier pegang jawatan jadi CEO dulu, secretarynya muda, cantik, cukup seksi, mengancam...bak kata orang bergetah. Kalau tak silap namanya Rania. Selalulah mereka tu keluar bersama tak kira sama ada nak jumpa klien atau saja nak enjoy. Ramai staff kat sini tak sukakan Rania tu....Perangai gediknya....kalau Reen tengok, boleh berbulu biji mata. Asyik dan bermanja dan bertempel setiap masa dengan bos tu...yang bos tu pulak asyik melayan aje kerenah Rania. Satu hari, Datuk masuk ke bilik En. Amier. Terkejut beruk orangtua tu tengok adengan 18 sx. Serta -merta si Rania tu diberhentikan dan notis 24 jam juga untuk akak jadi secretary En. Amier sedangkan masa tu akak dah lama jadi secretary Datuk. Sejak hari tu juga Datuk bagi warning tak benarkan mana-mana perempuan datang ke office untuk berjumpa En. Amier. Kalau nak jumpa lepas masa kerja sebab dia nak orang respect En. Amier sebagai seorang ketua yang berdedikasi.....begitulah kisahnya”
“ Bila kak Hani bagi tahu suami tentang pertukaran tu....Abang Ikram terus bagi syarat kalau kak Hani nak terus kerja di Dynamic Holdings....jangan pakai seksi, kena jaga penampilan, kena jaga percakapan, jangan mengada-ngada dengan bos tu...hm...macam-macam lagi lah. Kalau sebelum tu dia tak kesah sangat sebab dia tahu Datuk Tg. Mahmod seorang lelaki yang baik, bukan jenis yang suka menggatal dan mengambil kesempatan....tapi, sejak akak jadi setiausaha En, Amier...dia biasa je...baik, seorang yang profesional dan komited dengan kerja. Pendek kata...he's okay!”
Reen sekadar mengangguk dan mula faham apa yang pernah di beritahu oleh Saerah dulu.
“ Oh ya! Cakap pasal En. Amier...you ada perasan tak ...muka dia ceria semacam aje!” Salwa memandang wajah Reen dan Surihani.
“ I pun perasan juga...minggu ni, muka dia berseri-seri pulak I tengok, orangnya dahlah memang handsome, makin bertambah handsome pulak....er...bak kata orang macam seri pengantin atau ... dia sekarang ni sedang 'falling in love with someone'...., entah-entah dengan adik kita ni kot!” Surihani menyampuk.
Reen mula tak senang duduk. Hatinya berdegup pantas. Sekencang kuda berlari. Takut sungguh kalau rahsia perkahwinan dia dan Amier diketahui oleh mereka berdua. Di tambah pula senyuman sinis dari bibir Surihani seolah-olah di tujukan untuknya. Tangan Reen menguis-nguis nasi di pinggan sebelum menyuap ke dalam mulut. Dikunyah perlahan sambil otaknya ligat memikirkan kata-kata Surihani dan Salwa.
“ Hai, Reen....diam aje” tiba-tiba Salwa menyikunya membuatkan Reen makin gelabah. Sudu yang di pegangnya terlepas dari tangan.
“ Apasal ni? Gelabah semacam aje kak Sal tengok. Tentu ada sesuatu yang Reen sembunyikan dari kami!” Salwa serkap jarang.
Hairan betul dia dengan sikap Reen yang menggelabah semacam tiba-tiba. Tadi bukan main confident aje masa bagi idea pasal annual dinner. Tup tup dah jadi macam ayam terberak kapur.
“ Tak adalah....ni Reen tengah menghayati makanan kat depan ni...lagi pun malas nak masuk campur perkara yang bukan berkaitan. Tak sukalah bergosip! Nanti tak pasal-pasal dapat masalah” kata -kata Reen membuatkan Salwa dan Surihani tergelak. 100% mereka tak percaya apa yang keluar dari mulut gadis itu.
“ Ya ke tak suka bergosip?....yang tadi tanya pasal En. Amier tu....bukan gosipke?” Reen menelan liur. Memang sah dah terkena batang hidung. Akhirnya Reen tersenyum sendiri.
“ Alah Reen...itu perkara normallah...gosip tu dah jadi macam asam garam kehidupan...hidup kita mungkin akan sunyi tanpa semua tu. Kita ni hidup dalam masyarakat. Kalau tak nak terlibat dengan semua tu...baik duk dalam hutan... kawan dengan gajah, harimau, singa atau zirafah. Binatang tu semua tak pandai bergosip. Kalau bergosip pun kita yang tak faham!” Salwa mencelah. Surihani makin galak ketawa. Tak tahan melihat wajah cemberut Reen.
“ Kak Sal dan kak Hani ni memang...suka nak kenakan Reen tau....nanti Reen tak nak kawan dengan korang!” Reen pura-pura merajuk, berjauh hati. Namun kedua wanita di hadapannya buat tak endah.
“ Habis...tak nak kawan dengan kita orang...Reen nak kawan dengan siapa? ...En. Amier ya!” Aduh...nama Amier terkeluar lagi dari mulut Surihani. Berbisa betul mulut perempuan ni sorang.
Reen berjaya mengelak diri dari terus di sakat oleh wanita itu bila telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Segera telefon di dalam beg tangannya di capai dan dia terus menekan butang.
' Slm...nanti balik dgn abang, kita dinner sama ya!'
Reen mengeluh perlahan. Serba salah untuk menerima ajakan itu kerana sejak kebelakangan ini dia selalu menumpang Salwa atau Surihani. Nak menolak takut Amier terasa hati. Walau pun mereka sekadar nikah gantung, tapi dia masih memikirkan soal dosa pahala kerana lelaki itu sekarang adalah suaminya. Berdosa kalau dia mengecilkan hati seorang lelaki yang bergelar suami. Apa alasan yang patut diberikan supaya tidak timbul masalah nanti. Bukan dia tak tahu perangai dua orang kakak di hadapannya ini, kalau tak mengusik dia...memang tak sah. Walau pun begitu, dia cukup senang berkawan dengan mereka.
“ SMS dari siapa? Mengeluh panjang nampak!” tegur Surihani berkerut dahi.
“ Er...kawan” beritahu Reen.
“ Boyfriend ya!” usik Salwa sambil tersenyum.
“ Taklah”
Reen kembali diam. Surihani dan Salwa masing-masing menghabiskan minuman. Salwa melirik jam tangan. Dah dekat pukul 2, nasib baik mereka hanya makan di restoran depan pejabat. Tak adalah nak kelam-kabut kalau terlajak masa.
Telefon milik Reen yang berada di atas meja itu berdering. Reen cepat-cepat mencapainya, bimbang sekiranya nama pemanggil itu dapat di lihat oleh Surihani. Dia sudah dapat mengagak pemanggil itu sebelum matanya tertatap pada skrin telefon.
“ Assalamualaikum...”
“ Waalaikumussalam....dah baca sms?”
“ Dah”
“ Boleh tak kita dinner malam ni? Lepas tu abang hantar Reen balik. Sepanjang minggu ni kita jarang dapat berjumpa!” pujuk Amier mengharap pelawaannya diterima.
“ Hm...tengoklah!” balas Reen acuh tak acuh.
“ Tengok apa? Sayang nak suruh abang tengok apa ni?” terdengar bunyi gelakan di hujung talian. Tak sudah-sudah dengan perkataan 'tengok'. Amier mengumam di dalam gelak.
Reen mengetap bibir. Bukan hanya kerana tergamam mendengar Amier ketawa tapi ucapan ' sayang' itu benar-benar membuat dia penasaran. Amat besar ertinya. Kali pertama perkataan itu keluar dari mulut Amier.
“ Kejap ya...!”
“ Kak Sal, petang ni Reen tak jadi nak tumpang kak Sal. Reen tumpang kawan ya!”
Ok, no problem. Sesekali keluar dating dengan pakwe...apa salahnya kan!” usik Salwa .
“ Apa lah kak Sal ni...belum habis lagi nak mengusik” dalam hati terdetik juga, macam tahu-tahu pula rancangan yang dibuat oleh Amier.
“Hello!” Reen menyambung perbualan dengan Amier.
“ Ya, macam mana? Boleh tak?”
“ Boleh. Makan aje tau....lepas tu terus hantar saya balik” persetujuan Reen benar-benar membuatkan Amier bahagia.
Okay! As your command. Bye sayang!”
Amier memutuskan talian. Ucapan 'sayang' sekali lagi keluar dari mulut Amier. Mungkin perkataan itu biasa keluar dari mulut lelaki itu kerana diakan punya ramai teman wanita. Dan perempuan akan mudah lemah dengan perkataan itu.
“ Weh! Udah-udah lah tu. Orang lain pun keluar date juga tapi tak lah sampai melongo macam orang tersampuk hantu. Kalau macam ni terus...terpaksalah akak panggilkan bomoh!” usik Salwa sambil ketawa, diikuti oleh Surihani. Memang hantu punya kawan!
Reen segera mencubit tangan Salwa, Surihani pula sempat mengelak. Makin kuat gelakknya. Reen mengetap bibir menahan geram.
Itu baru dua orang kakak. Kalau ditambah lagi,... hmm, siapa lagi kalau bukan Eisya merangkap adik iparnya....pasti makin kecoh.
************


THANKS!” ucap Reen selepas Amier memakirkan kereta di hadapan rumah sewanya.
“ Besok abang akan ke Dubai selama seminggu. Reen ada nak pesan apa-apa?” Amier segera bersuara sebelum sempat Reen membuka pintu kereta. Terkejut juga dia mendengar berita itu. Semasa makan tadi tidak pula diberitahu.
“ Er...tak ada apa-apa”
“ Ok. Nanti sampai sana abang call atau pun sms” Reen sekadar mengangguk. Tidak bertanya lebih lanjut.
“ Saya masuk dulu, selamat malam”
“ Selamat malam”
Amier memandang sehingga Reen masuk ke dalam rumah. Dia menyandar seketika kepala di kusyen. Dia tahu Reen terkejut bila di beritahu yang dia akan berangkat ke Dubai. Sangkanya Reen akan bertanya lebih lanjut tapi gadis itu hanya bersikap acuh tak acuh. Dia pula yang terasa hati dengan sikap dingin 'isterinya' itu.
**************



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...