Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -18

oleh: Azieana


BAB 18
SELESAI menikmati hidangan yang disediakan, sekali lagi mereka berkumpul di ruang tamu. Reen meminta diri untuk beredar. Sengaja mahu melarikan diri dari Amier. Sejak dari tadi dia cuba mengawal perasaan gemuruh dan berdebar ketika duduk bersebelahan dengan lelaki itu. Bau haruman perfume yang di pakai lelaki itu sudah pun membuat dia tak tentu hala. Hebat sungguh penangan dan aura dari lelaki itu.
Reen melabuhkan punggung di kerusi sambil melepaskan keluhan. Matanya dipejamkan seketika, cuma memikirkan apa yang terpaksa dihadapinya selepas ini.
“ Takkan kau nak tidur kat sini....atau kau sedang membayangkan....” terbeliak mata Reen memandang wajah Eisya yang sedang tersengih selepas berbisik ditelinganya. Mukanya panas, menahan geram. Serentak itu juga dia mencubit lengan Eisya. Eisya ketawa sambil menggosok lengannya yang dicubit oleh Reen.
Adake patut dia kata aku sedang membayangkan 'first night', gilake! Benda tu tak terlintas sedikit pun dalam fikirannya. Otak kuning punya adik ipar. Kalau bab mengarut, tak payah nak serah tugas kat orang lain. Pasti namanya akan berada ditangga yang paling atas.
“ Seronok nampak! Borak pasal apa?” tiba-tiba satu suara mencelah membuatkan Eisya dan Reen saling berpandangan. Amier segera mengambil tempat duduk berhadapan dengan Reen. Dia sudah pun menukar baju melayu yang di pakainya tadi. Kini dia nampak kasual mengenakan seluar khaki dan t'shirt putih berkolar.
“ Sebenarnya kami sedang berbual pasal malam....” Reen cepat-cepat menutup mulut Eisya.
“ Tak ada....kami hanya bual kosong aje” Reen menjawab dengan kelam-kabut.
“ Reen, ini cincin awak tadi. Awak simpan ya kalau tak nak pakai!” Amier mencapai tangan Reen dan meletakkan bekas cincin di tapak tangan.
“ Kan saya dah cakap....saya tak perlukan cincin. Cukup aje sekadar akad nikah sebagai bukti kita dah kawin!” bentak Reen membuatkan Amier dan Eisya terkedu. Cincin di tapak tangan di letak semula di atas meja hadapannya.
“ Reen. Betul cakap along tu...kalau kau tak nak pakai, simpan aje...cincin tu dah jadi hak kau” Eisya mencelah. Kesian pulak dia melihat wajah cemberut abangnya. Sempat dia melirik ke jari runcing Reen. Kosong. Tak ada satu pun cincin yang tersarung. Akhirnya dia meminta diri untuk beredar. Reen juga ingin beredar namun di tahan oleh Amier. Terpaksalah dia duduk kembali mengadap wajah lelaki itu.
“ Saya ingatkan antara kita dah selesai” acuh tak acuh Reen bersuara.
It was begining
“ Apa yang awak nak sebenarnya dari saya, En. Amier?” kalau boleh dia ingin segera beredar, mengadap wajah lelaki itu cukup merimaskan.
I need you!...you're always in my mind
' Betul ke ni? Macam pernah dengan aje ayat ni... ciplak dari lagu apa ya?'
“ En.Amier,....awak ni sihatke tak?....jangan nak cakap merapu, saya tak ada masa nak layan” Reen merenung tajam. Geram betul dia dengan sikap selamba lelaki tu. Kalau kat pejabat bukan main serius, paling tak tahan bila dia naik angin....seorang pun tak berani nak berkutik. Kalau mood dia baik, senyum sampai ke telinga. Tapi, sejak kebelakangan lelaki ini suka sangat menyakatnya tak kira tempat. Orang lain tak pula. Bukannya tak ada perempuan lain yang lebih cantik kat pejabat, kenapa dia yang jadi mangsa? Kenapa dia yang mesti kawin dengan lelaki itu? Aduh! Pening den nak kena fikir. Macam nak jawab soalan peperiksaan pulak.
Apa? Kau tak nak kawin ke? Kau tak gembira menjadi isterinya?.... Siapa yang tak terpikat dengan lelaki itu...kacak, kaya dan berkerjaya. Selama ini berebut gadis untuk mendampinginya. Kenapa kau menolak tuah? Reen bermonolog.
'Aku bukan tak nak kawin, tapi bukan sekarang....aku belum bersedia. Aku tak pernah pun bermimpi untuk mendapat suami sepertinya. Aku mahu kehidupan yang sederhana. Memiliki suami yang tampan dan kaya bukan pengukur kebahagiaan. Aku nak suami yang soleh, beriman dan bertaqwa. Baru rumahtangga akan aman'.  Hati kecilnya menjawab.
“ Reen, awak marahkan saya ke?” Amier merenung wajah Reen. Sejak tadi dia membiarkan Reen melayan perasaannya, entah apa yang bermain di fikiran gadis itu.
“ Kenapa En. Amier fikir macam tu?....saya tak marah, cuma geram sikit!” Reen segera membetulkan tanggapan lelaki itu.
“ Entah....saya tak nak awak rasa perkahwinan kita ini membebankan awak” Amier menyandar badan di kerusi, matanya dipejam rapat. Amier kembali membuka mata, kali ini dia menarik nafas panjang. Reen tiba-tiba jadi keliru.
“ Saya tak anggap perkahwinan ni membebankan saya, cuma...saya tak bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat. Tapi kalau dah jodoh....saya tetap terima. Semua itu adalah ketentuan dari Allah!”
Amier membetulkan tempat duduknya. Kali ini matanya merenung tepat ke wajah Reen. Renungan itu membuatkan Reen di landa resah, segera menundukkan wajah. Renungan lelaki itu cukup dalam dan dia tak kuat untuk melawan.
“ Agaknya bagaimana kehidupan kita selepas ini?” Amier seperti mengeluh. Tangan kanannya menolak rambut ke belakang. Tindakan itu menarik perhatian Reen. Dia suka melihat gaya itu. Macho. Tapi cepat-cepat dia melarikan pandangan bila Amier menyedari renungannya.
“ Er...kan kita dah janji akan jalani kehidupan macam biasa dalam tempoh 5 bulan”
Amier terdiam. Kalau gadis lain begitu rela menjadi isterinya...kenapa gadis ini sukar menerima dirinya sedangkan dia betul-betul ikhlas. Dia benar-benar menyintai gadis itu.
“ Reen, saya harap awak terima permintaan saya ini. Lagi pun kita dah jadi suami isteri!” berkerut dahi Reen menanti permintaan yang bakal diucapkan.
“ Permintaan apa?...jangan nak minta yang pelik-pelik atau yang tak masuk dek akal....awak kan dah janji!” wajah Reen agak pucat. Duduknya tak tenteram. Maklumlah hatinya benar-benar berdebar. Mana tahu dia tiba-tiba nak tuntut hak dia sebagai suami! Memang tak salah pun kalau dia menuntut hak 'itu' kerana mereka adalah suami isteri yang sah.
Amier tergelak. Dari riak wajah Reen, pasti gadis itu mengandaikan permintaan adalah yang 'tu'. Wahai isteri ku tersayang. Awak tak perlu risau,...Saya tak akan menuntut hak yang ' tu' kalau awak tak bersedia. Saya sedia menunggu.
“ Kita kan dah kawin, apa kata kita ubah cara panggilan....awak selalu panggil saya En. Amier, sebenarnya saya tak selesa!...saya rasa jauh dari awak” Reen menghela nafas lega. Tangannya di letak ke dada.
“ Habis....En. Amier nak saya panggil apa?” Reen hairan.
 Salahke dia memanggil dengan nama itu. Lelaki itu adalah ketuanya dan dia juga abang kepada kawan baiknya, Eisya.
“ Panggil abang!”
 Reen terdiam. Wajahnya kelat.
“ Semua pasangan yang dah kawin menggunakan panggilan itu...contohnya, mama memanggil papa dengan panggilan itu” Amier cuba mengambil perhatian Reen.
“ Tak naklah. Saya dah biasa panggil dengan nama En. Amier....tiba-tiba panggil abang pulak....ei...tak mahulah!” Reen memeluk tubuh. Terasa seram. Amier ketawa.
' Ada-ada ajelah dia ni!'
“ Macam ni....kat pejabat Reen boleh panggil En. Amier. Tapi bila kat luar, panggil abang. Bukannya susahkan! Lagi pun abang nikan lebih tua dari Reen tau!” Amier segera menarik hidung Reen yang melopong dihadapannya memikirkan permintaannya.
“ Hm...tengoklah!” akhirnya Reen bersuara. Geram betul dengan tindakan Amier yang menarik hidungnya sebelum sempat dia mengelak.
“ Tengok apa?” tanya Amier berpura-pura tak faham.
“ Tengoklah macam mana nanti” balas Reen selamba. Matanya sengaja di hala ke arah pokok orkid kesayangan Datin Halijah@ mertuanya. Sedangkan otaknya masih ligat memikirkan permintaan Amier baru sebentar tadi.
“ O...ingatkan suruh tengok isteri abang ni. Abang tahu isteri abang ni cantik, sebab tu abang jatuh hati” Amier membalas sambil tergelak kecil. Makin seronok mengusik isteri yang baru dikahwini hari ini.
“ Hisy....buat lawak pula dia. Benci tau!” Reen menjeling sambil mengetap bibir.
' Apasal lelaki ni suka sangat menyakat dia?'
“ Jangan benci sangat...kata orang, dari benci timbulnya sayang...nanti 24 jam Reen tak nak berpisah dengan abang. Tapi...abang tak ada masalah,.... lagi seronok”
Amier makin galak menyakat. Dia segera bangun beredar dengan ketawa yang masih bersisa tanpa menghiraukan Reen menahan amarah.
******************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...