Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -16

 oleh : Azieana

BAB 16
REEN hanya membiarkan Eisya melepas tawa. Dia mengetap bibir sambil membelek-belek majalah di atas katil. Masalah tanah dengan Pakcik Kahar telah selesai tapi masalah dengan Amier pula yang timbul. Pada ibunya diceritakan semuanya, tak mahu pening-peningkan kepala.
“ Aku betul-betul tak sangka yang along aku tu boleh jatuh cinta kat kau”
“ Bukan aku yang suruh.....paksa jauh sekali” Reen geram.
“ Alah tak nak mengakulah pulak.....kau malu ya nak mengaku yang kau dan along aku tu bercinta ?” Eisya masih seronok mengusik. Saja nak tahu perasaan Reen terhadap abangnya.
“ Ya Allah, Eisya.....macam mana lagi aku nak cakap....aku dengan abang kau tu tak bercinta. Abang kau tu memang teruk...sengaja nak mengenakan aku....nak mempermainkan aku!” Reen geram. Abang dan adik sama, suka sangat nak menyusahkan hatinya. Eisya ketawa. Makin geram Reen di buatnya. Kalau gadis tu berada di depan matanya, akan dipiat telinganya sampai berpusing 360 darjah. Biar padan muka.
“ Sudahlah....aku tahu along aku spesis macam mana. Syukurlah ….akhirnya terbuka juga hati along aku tu nak kawin....dengan bestfriend aku pulak tu....apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah. Welcome to my family. Kau jangan bimbang, kami semua sayang dan sokong kau 200%”
“ Tapi Eisya....aku takut nak menghadapi semua ni....perkara ni tak pernah aku fikirkan. Aku ingat dalam setahun dua ni aku nak tolong ringan bebankan ibu aku....tapi bila dah jadi macam ni...aku tak tahu nak buat apa!” Reen melahirkan rasa hati. Dengan Eisya dia dapat meluah apa saja. Temannya itu seorang pendengar dan peneman yang baik. Selama dia mengenali Eisya, gadis itu tak pernah bangga dengan statusnya , malah dia tak suka kalau orang membangkitkan diri dia dengan status keluarganya. Perangai Eisya dan Amier kadang-kadang ada persamaannya, dah adik-beradikkan!
“ Kau jangan bimbang....along dah bagitahu kat kami....dia pilih kau kerana dia dah jatuh cinta kat kau....dia terlalu berterus-terang pasal perasaan dia pada kau....itu tandanya dia betul-betul sayangkan kau dan ikhlas terima kau sebagai suri hidup dia. Selama ni mana ada dia macam tu....dahlah...tak usah di fikirkan lagi pasal syarat yang dia kenakan tu....kau tu, patut terima dia dengan ikhlas juga....ini tak, nak kena tunggu sampai 5 bulan. Apa kes! Kucing pun boleh bertanduk...inikan pula manusia”
“ Hm....dahlah ya....telinga aku pun dah panas...kau ni memang, kalau bak bagi nasihat pandai....kalau terkena kat batang hidung sendiri, siapa nak jawab?” tempelek Reen.
 Eisya ketawa.
“ Untuk kau aje aku bagi nasihat secara percuma....orang lain berbayar tau!” Eisya tak mahu kalah.
“ Yalah tu....sampaikan salam aku kat orangtua kau...ibu aku dah panggil tu” saja Reen nak matikan talian. Lagi lama dia tadah telinga, lagi banyak Eisya mengenakannya.
“ Salam untuk mama dan papa aku je?....untuk future husband tak mahu....dia ada kat sebelah aku ni....siap merengek-rengek lagi nak cakap dengan kau” Eisya tetap mengusik. Sengaja buat Reen gelabah walaupun Amier tiada di sisinya.
“ Tak kuasa aku nak layan....assalamualaikum” terus talian di matikan.
Sebaik saja dia mematikan talian, deringan telefonnya berbunyi lagi. Kali ini panggilan dari Nazifah, adiknya yang menuntut di UTM Johor.
*************

ANUAR menyepak kaki Shahrul yang duduk bertentangan dengannya. Shahrul yang sedang mengelamun seketika terus melatah membuatkan Anuar ketawa. Kawannya yang satu ini, pantang di cuit terus melatah. Kalah neneknya kat kampung. Shahrul mencapai sudu, segera tangan Anuar yang berada dia atas meja menjadi mangsa.
“ Apalah korang ni....dari tadi asyik aku yang tercongok di sini. Korang berdua dah sampai mana?....kau Shah?” Anuar mendengus geram.
“ Aku tengok girl kat depan tu, cun...kacau daun betulla kau ni” bidas Shahrul.
“ Ha....ini lagi sekor....hantu ke malaun makhluk yang ada kat depan aku ni? Macam kau juga....malah lagi teruk....tersengih macam kerang busuk. Entah apa benda yang difikirkannya” Anuar tetap melepaskan amarah.
“ Hoi!” sudu yang berada di dalam pinggannya digunakan untuk mengetuk kepala Amier.
“ Woi!....apa ni? Nak main kasar ya!” Amier segera meluku kepala Anuar. Anuar ketawa. Buat seketika mereka bertiga menjadi perhatian di restoran itu.
“ Kenapa dengan kau ni?....sengih sampai ke telinga. Nasib baik air liur tak meleleh...buat malu member je!” Anuar bersuara.
Amier tetap tersenyum. Dia sengaja membiarkan temannya itu terus berteka-teki. Tak kan dia nak ceritakan apa yang berlaku kalau dia sudah berjanji dengan Reen.
'Macam mana agaknya penampilan Reen hari ini?'
Amier kembali mengelamun lagi. Hari ini orangtuanya dan Eisya berkunjung ke rumah Reen di Kuala Pilah untuk menyarungkan cincin pertunangan antara dia dan Reen. Tentu saat ini Reen sudah menjadi tunangnya dan seminggu lagi gadis itu akan menjadi isterinya. Dah tak sabar nak tunggu hari itu.
“ Apa kena dengan kau ni? Tiba-tiba jadi macam ni...kau kena sampuk ya! Kau tak tengok ke gadis kat sana tu...asyik pandang kau aje. Agaknya dia ingat kau ni dah tak betul” Shahrul risau melihat keadaan Amier. Tidak pernah lelaki itu berkeadaan begitu.
Sorry....kau cakap apa tadi?” Anuar dan Shahrul saling berpandangan. Sah! Member mereka ni dah tak betul.
“ Kau ni sihat ke tak?” Shahrul menyentuh dahi Amier membuatkan Amier terpingga-pingga.
“ Apa ni? Aku sihatlah....kalau sakit, aku duk kat hospital” balas Amier kebingungan.
“ Perempuan mana yang buatkan kau tiba-tiba jadi angau begini?...” Anuar merenung wajah Amier yang kembali mengukir senyum.
 Dah memang sah temannya ini kena sampuk.
“ Hari ini aku belanja korang....order lagi apa yang korang nak makan” Amier bersuara membuatkan kedua temannya tersenyum. Tanpa berlengah mereka terus memanggil pelayan dan terus memesan hidangan buat kali kedua. Rezeki jangan di tolak. Musuh jangan di cari.
“ Hai....” tiba-tiba seorang gadis muncul di hadapan mereka. Namun perhatiannya lebih kepada Amier.
“ Hai!” Amier bersuara dan memandang teman-temannya.
Still remember me?....I'm Sheila. Kita pernah jumpa kat Singapore hari tu masa I dan family I bercuti. Ingat?” Sheila merenung wajah Amier. Mengharapkan lelaki itu masih mengingatinya.
“ Ya....I'm remember.....you ….Sheila, right?” Sheila mengangguk. Gembira kerana lelaki dihadapannya masih mengingatinya. Sebenarnya Amier hanya berpura-pura ingat sedangkan dikotak fikirannya tak terbayang pun wajah gadis itu. Kalau cakap yang benar, nanti gadis itu yang malu. Kesian pulak!
Meet my friend....Anuar...Shahrul” Amier memperkenalkan teman-teman kepada Sheila.
“ You free tak malam ni?...I ingat nak ajak you keluar....” Sheila membuat agenda.
Amier memandang wajah Anuar dan Shahrul yang sedang tersenyum. Kemudian dia kembali memandang wajah gadis di hadapannya. Cukup seksi dengan mengenakan skirt pendek dan jaket merah.
“ I minta maaf....malam ni I tak dapat temankan you sebab I dah ada janji....er....may be , next time” jawapan dari Amier membuatkan Sheila mengeluh hampa.
“ Ya. Maybe next time....but, you still have my number....don't you?”
“ Er.....ya.....” Amier sendiri tak yakin dengan jawapannya kerana dia sudah melupakan gadis itu, apa lagi nak simpan nombor telefonnya.
“ Okay.... see you?” ujar Sheila sebelum berlalu dengan rasa gembira. Dia percaya, suatu hari nanti pasti dia dapat menemui lelaki itu lagi.
“ Hm....mangsa baru?....kalau kau tak nak, apa salahnya sesekali past la kat kami. Teringin juga aku nak pasang spare part” kata Shahrul.
“ Aku boleh bagi....tapi sanggupke kau nak cari gaduh dengan Ariana” Amier membalas. Shahrul tersengih. Segera terbayang wajah tunangnya. Mereka sudah merancang untuk berkahwin tahun hadapan setelah bertunang selama setahun.
“ Isnin ni aku kena pergi ke Johor Bahru selama 2 hari” Shahrul mencapai jus oren. Hubungan antara Amier dan Anuar lebih rapat kerana bekerja di tempat yang sama, hanya Shahrul bekerja di syarikat lain sebagai seorang engineer. Kalau ada kesempatan saja mereka bertiga akan bertemu. Mereka memang sedia maklum dengan perangai dan sikap Amier kerana sudah lama mereka berkawan, sejak di universiti lagi. Semua cerita Amier dalam pengetahuan mereka. Hanya perkara yang berkaitan dengan Reen dan perkahwinannya saja tidak mereka ketahui.
******************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...