Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -15

oleh: Azieana

BAB 15
DATIN HALIJAH sedang asyik membelek bunga orkid kesayangan yag terletak tidak jauh dari gazebo. Pelbagai warna orkid di tanam di taman. Sejak dari dulu dia sukakan bunga orkid. Setiap kali pokok orkid berbunga, dia tersenyum puas. Sementara pokok-pokok hijau yang lain hanya di serahkan pada Pak Seman selaku tukang kebun mereka yang datang bekerja setiap hari. Hanya Mak Indah dan Pak Samat yang menginap di rumah itu. Lagi pun mereka berdua tu suami isteri. Datuk Tg. Mahmod sejak dari tadi begitu asyik membaca surat khabar. Petang-petang begini memang terasa nyaman menghidup udara sambil menikmati minum petang. Eisya turut berada di situ sambil membaca majalah.
“ Jah....sudah-sudahlah tu membelek bunga awak tu....meh sini temankan abang minum. Dari tadi asyik tunggu” Datuk Tg. Halijah meletakkan surat khabar. Di pandang wajah isterinya yang masih membelek pokok-pokok orkid.
“ Kejap lagi bang, dah nak siap ni” balas Datin Halijah masih belum berganjak.
“ Jah ni....sejak kebelakangan ni....abang tengok lebih sayangkan pokok tu dari abang”
Eisya yang turut mendengar perbualan orangtuanya hanya tersenyum tapi matanya tetap menatap majalah. Seronok pula mendengar papanya bersuara seakan merajuk kerana tidak di layan mama. Datin Halijah mendengus sambil menjeling geram ke arah suaminya.
“ Kalau Jah lebih sayangkan bunga tu....terpaksalah abang cari orang lain yang boleh sayangkan abang dengan sepenuh hati....masa tu, Jah jangan menyesal ye!” hampir nak tergelak Eisya mendengar papanya mengusik mama.
' Papa, papa.....ada hati juga nak pasang cawangan lain. Hisy....memang dah dasar lelaki. Naluri tu tetap ada, tak kira tua atau muda' Eisya mengeleng kepala.
“ Ma....sudah lah tu, kesian papa ni....dari tadi asyik tunggu mama. Nanti kalau papa cari mama baru untuk Eisya....baru menyesal....menangis tak berlagulah mama nanti!” Eisya menyampuk, sengaja nak mengenakan mamanya. Datuk Tg. Mahmod tergelak besar. Tak sangka anak perempuannya tiba-tiba membantu dia. Merah muka Datin Halijah menahan geram.
“ Ini apa kes!....Abang dan Eisya berkomplot nak mengenakan Jah.....dah tua-tua pun masih nak mengenyam lagi!” Datin Halijah sudah mencekak pinggang. Mulutnya di ketap.
Eisya dan papanya saling berpandangan. Tiba-tiba meletus ketawa dari mulut mereka.
“ Alah...sayang ni! Abang gurau aje. Buat apa abang nak cari lain kalau Jah seorang aje yang abang cinta” Datuk Tg. Mahmod bangun memujuk isterinya. Pipi isterinya diusap mesra.
“ Dahlah tu....kalau nak bermesra pun bukan kat sini....malu kat Eisya tu!” sudah merah padam wajah Datin Halijah. Eisya tergelak kecil. Papa memang pandai memujuk bila mama sesekali merajuk. Itu merupakan salah satu faktor kebahagiaan rumah tangga mereka.
“ Alah....apa nak segankan....kemesraan yang kita tunjukkan depan anak-anak menjadi contoh untuk mereka” kata Datuk Tg. Mahmod lagi.
“ Jah....awak nak pergi mana tu?” Datuk Tg. Mahmod bersuara bila isterinya tiba-tiba berlalu meninggalkannya terpingga-pingga sedangkan baru tadi dia telah memujuk. Takkan merajuk lagi.
“ Jah nak basuh tangan ni!” Datin Halijah membalas pertanyaan suaminya.
“ Papa ni....tak boleh nak berenggang sikit!” usik Eisya membuatkan papanya tersenyum.
Datin Halijah muncul semula dengan membawa sepinggan cucur udang yang masih panas. Mereka bertiga terus berbual sambil menikmati kueh hasil tangan Mak Indah . Pembantu rumah yang berusia 40 an. Mak Indah telah berkerja di banglo mereka sudah hampir 15 tahun. Setelah suami mak Indah, Pak Samat diberhentikan kerja kerana tempat kerjanya di tutup, Datuk Tg. Mahmod mengambilnya sebagai pemandu. Itu yang membuatkan mereka suami isteri bekerja di banglo mewah itu. Tapi sayang, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Hanya dengan anak majikannya mereka menumpang sayang.
“ Assalamualaikum!” suara memberi salam membuatkan perbualan mereka terhenti.
“ Mier”
Amier menyalami tangan orangtuanya. Dia mengambil tempat di sebelah Eisya. Kueh cucur udang yang masih panas itu di ambil. Eisya memandang penampilan abangnya. Simple. Hanya seluar jeans dan t'shirt tanpa kolar.
“ Mier dari mana ni?” tegur Datin Halijah.
“ Baru balik jumpa kawan” Amier memandang Eisya. Apa reaksi orangtuanya dan Eisya nanti kalau mereka mendengar apa yang akan disampaikannya.
“ Mama....papa....Mier ada perkara yang nak di bagi tahu” Datin Halijah dan suaminya saling berpandangan. Hairan. Eisya juga begitu. Nampak serius aje wajah Amier.
“ Apa dia Mier?” Datuk Tg. Mahmod terlebih dulu bertanya.
Amier berdehem dua tiga kali sambil membetulkan kedudukannya. Berdebar juga hatinya untuk menyuarakan hasrat itu. Tambah pula ada tiga pasang mata begitu tajam merenungnya. Memberi perhatian terhadap apa yang akan disampaikannya nanti....wah! Macam suspenlah pulak.
“ Mier nak kawin!”
Terdiam seketika mereka yang sedang memandangnya tadi. Berkerut dahi mereka seakan tidak percaya apa yang baru disampaikan. Betulke?
“ Maksudnya....anak mama ni nak kawin?”
Datin Halijah betul-betul tak sangka. Anak bujangnya nak kawin? Macam mimpi....tiba-tiba. Siapa gadis yang berjaya membuat anaknya jatuh hati. Teruja pula Datin Halijah dibuatnya.
“ Ya....semalam Mier dah melamarnya dan dia pun dah setuju”
Datin Halijah memandang suaminya. Suaminya juga nampak tercengang. Mungkin terkejut seperti dirinya. Eisya pula kaku di situ. Ternganga sedikit mulutnya.
“ Wah! Berita baik ni....kena panggil press, biar masuk newspaper. Kasanova KL akan menamatkan zaman bujangnya dengan dot....dot....!” Eisya cuba membayangkan tajuk berita yang akan dipaparkan di akhbar nanti.
“ Aduh!...sakitlah” Eisya menggosok kepalanya yang sakit akibat diluku abangnya.
“ Orang serius...dia main-main pulak!” Amier melepaskan geram. Apa, mereka ingat dia saja nak buat gempak? Dia betul-betul serius ni!
“ Eisya” Eisya diam bila papanya tiba-tiba bersuara.
“ Mier, betul ni Mier serius nak kawin?” soal Datuk Tg. Mahmod. Dia serius memandang wajah Amier.
 Amier menggangguk.
“ Hm.... siapa gadis tu dan dia anak siapa?” soal Datuk Tg. Mahmod. Datin Halijah hanya diam tapi memberi sepenuh perhatian terhadap perbualan antara anak dan suaminya.
“ Er..... dia hanya gadis biasa. Mama , papa dan Eisya cukup mengenalinya” berkerut dahi mereka cuba memahami maksud Amier.
“ Kami kenal? Tapi siapa?”
“ Kawan Eisya, Nisreen”
Eisya tersedak. Benar-benar terkejut. Datin Halijah segera mengurut belakang Eisya. Kesian melihat Eisya tersedak akibat terkejut. Datin Halijah memandang wajah suaminya yang hanya mendiamkan diri. Mungkin juga terkejut seperti dia dan Eisya. Nasib baik dia tak ada sakit jantung.
“ Pa...ma....” Amier bersuara. Dia tahu mereka benar-benar terkejut tapi bukan ke sebelum ini mereka beria-ria mahu meminang Reen untuknya.
“ Along....along betul-betul serius ke nak kawin dengan Reen!” Eisya merenung wajah abangnya. Tak percaya. Macam mana abangnya tiba-tiba melamar teman baiknya, malah temannya itu sudah setuju. Selama ini mereka berdua menjalin hubungan tanpa pengetahuannya ke? Bingung Eisya memikirkannya. Dia mesti cari tahu puncanya.
“ Along serius....ini keputusan yang paling serius pernah along buat dalam hidup along!” terpaku mereka mendengarnya.
Keputusan yang paling serius pernah dibuat dalam hidup abangnya. Eisya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“ Abang....macam mana ni?” Datin Halijah meminta pendapat suaminya. Berdebar-debar hatinya menanti keputusan suaminya.
“ Sebenarnya papa tak ada halangan kalau Mier betul-betul serius nak kawin dan membina rumahtangga. Siapa pun pilihan Mier, papa juga tak kesah asalkan Mier bahagia” Datin Halijah mengeluh lega dengan keputusan suaminya. Amier apatah lagi. Cuma Eisya saja yang mendiamkan diri.
“ Bila Mier nak mama dan papa pinangkan Reen?”
“ Mier dan Reen akan kawin dalam tempoh 2 minggu lagi” sekali lagi mereka tercengang.
“ Apa ni Mier?....benda macam ni mana boleh di buat main, kena berbincang secara serius” Agak keras suara Datuk Tg. Mahmod.
“ Maafkan Mier, pa. Mier sendiri tak sangka keputusan ini yang Mier buat tapi Mier betul-betul ikhlas dan serius, pa”
“ Macam mana ni bang? Tak kan kita nak biarkan aje perkara ni”
Datin Halijah sudah buntu. Keputusan yang dibuat Amier secara mendadak ini benar-benar memeningkan mereka.
“ Dah itu keputusan dia, kita ikutkan aje. Tapi...apa-apa yang berlaku di kemudian hari nanti, Mier yang tanggung sendiri, faham!” sengaja Datuk Tg Mahmod menggertak anaknya. Tak mungkin dia akan membiarkan rumahtangga anaknya terus berantakan. Apa gunanya ada orangtua kalau tak dapat membantu. Persetujuan dari suaminya membuatkan Datin Halijah tersenyum.
“ Eisya masih lagi tak percaya along tiba-tiba nak kawin....dengan kawan baik Eisya pulak tu. Macam tak percaya ya!”
Amier sekadar tersenyum.
“ Ada perkara lain yang mama dan papa patut tahu pasal perkahwinan ni!”
Amier menelan liur. Rasa perit juga ingin memberitahu syarat yang dikenakan oleh Reen berkaitan dengan perkahwinan mereka.
“ Apa dia?”
“ Mier dan Reen hanya sekadar kawin. er...maksudnya ….akad nikah hanya dibuat di pejabat agama sahaja dan hanya keluarga kita dan keluarga dia sahaja yang tahu pasal perkahwinan ni!”
What???” terbangun Datuk tg. Mahmod. Tegang wajahnya memandang ke arah Amier yang hanya menunduk. Eisya sudah mengenggam erat tangan mamanya.
“ Dengar dulu pa...ini adalah permintaan Reen dan Mier telah setuju. Dalam tempoh 5 bulan kami akan membawa haluan masing-masing sebelum majlis perkahwinan diadakan”
“ Jah....apa yang anak kita dah buat ni?” Datuk Tg. Mahmod bingung.
“ Maksud Mier dan Reen....korang nak nikah gantung?” Amier mengangguk. Datin Halijah mengeluh panjang.
“ Tapi kenapa?...ada perkara yang korang sembunyikan dari kami?” lembut suara Datin Halijah memujuk agar Amier berterus-terang. Pasti ada sesuatu yang menyebabkan mereka membuat keputusan demikian.
“ Sebenarnya Reen ada memohon pinjaman untuk menebus tanah arwah ayahnya yang digadai. Mier bagi duit Mier dengan syarat dia sudi kawin dengan Mier....dia tak ada pilihan kerana hari ini adalah hari terakhir dia terpaksa membayar gadaian tanah tu!” mereka yang mendengar beristighfar.
“ Kenapa along buat kat Reen macam tu, kesian dia” Eisya bersimpati dan faham kenapa perkahwinan itu boleh terjadi.
“ Idea tu datang secara tiba-tiba bila dia memohon untuk mendapatkan pinjaman wang syarikat. Pa....ma....Mier bukan nak ambil kesempatan.....Mier sayangkan Reen dan Mier tak nak dia terlepas ke tangan orang lain”
“ Sayang?....along sayangkan Reen.....wow! Sejak bila?” hampir terloncat Eisya mendengar pengakuan dari abangnya.
“ Along tak tahu tapi yang pasti along dah jatuh cinta pada dia. Along nak kawin dengan dia bukan syarat yang along kenakan untuk dia tapi kerana perasaan along!” Amier menjelaskan apa sebenarnya yang tersirat di hati. Dia mengharapkan agar keluarganya dapat terima.
“ Tapi kenapa nak tunggu sampai 5 bulan!” Eisya bersuara lagi.
“ Agaknya dia ada sebab-sebab tertentu. Eisya pun tahukan macam mana perangai abang Eisya ni....mama rasa Reen belum bersedia untuk kawin. Sebenarnya mama suka kalau Reen tu jadi menantu mama. Orangnya baik, cantik dan berbudi bahasa. Mama cuma harap, selepas ni perangai Mier akan berubah. Kalau tak kesian kat Reen”
Amier menggaru-garu kepala sambil tersengih. Datuk Tg. Mahmod juga turut bersetuju dengan kata-kata isterinya. Dia juga cukup senang dengan sikap Reen. Dia tak kesah siapa pun bakal menantunya asalkan baik dari pergaulan, dan yang paling penting patuh pada suruhan Allah.
“ Aha....Eisya cuma nak ingatkan along, jangan buat perangai tak senonoh lagi.... malu Eisya kat Reen. Nanti tak pasal-pasal dia tak nak kawan dengan Eisya lagi”
“ Yalah....semua orang kat rumah ni sayangkan Reen. Habis, along....dah tak ada orang sayang?” Amier pura-pura berjauh hati.
“ Alah, tua-tua pun nak merajuk. Tak maluke?” usik Eisya membuatkan kedua orangtua mereka tergelak.
“ Pasal pertunangan dan perkahwinan Mier tu...nanti mama dan papa bincangkan dengan ibu Reen. Hari Ahad ni kita pergi rumah dia. ...apa nak buat bang, anak bujang abang ni nak kawin express, bak kata orang....dah sampai seru. Kalau sebelum ni bukan main liat aje bila kita sebut pasal kawin...tapi hari ni....tak ada ribut, tak ada hujan....tiba-tiba nak kawin” kata-kata Datin Halijah disambut dengan senyuman oleh suaminya.
“ Papa harap Mier aje yang kawin express....Eisya nanti jangan buat. Pening kepala papa nak fikirkan”
“ InsyaAllah pa. Ingat tu along....kawin aje express....yang lain, jangan!” Eisya tersenyum membuatkan Amier merenungnya tajam. Selebihnya dia malu kerana membuat tindakan secara mendadak begitu.
****************



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...