Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -14

oleh : Azieana

BAB 14
SURIHANI begitu asyik menyiapkan tugasan yang diberikan. Laporan untuk mesyuarat yang akan di adakan minggu depan. Dia terpaksa menyiapkannya lebih awal kerana dia akan bercuti dua hari mulai esok kerana pulang ke kampung melawat ayahnya yang dimasukkan ke hospital.
“ Kak Hani...bos ada?” Surihani mendongak. Dia mengukir senyum melihat Reen yang berdiri di hadapannya.
“ Ada....masuklah.... tadi dia ada juga tanyakan pasal Reen. Katanya ada benda yang nak di bincangkan” Reen berdeham.
“ Akak tak bagi tahu bos dulu ke?....takkanlah nak main terjah aje....takut kejadian dulu berulang lagi” Surihani tiba-tiba tergelak bila mengingatkan kejadian yang dimaksudkan Reen.
“ Tak apalah....dia dah pesan tadi, kalau Reen datang....masuk aje” jelas Surihani mengingatkan pesanan Amier sebaik saja pulang dari PJ.
“ Baiklah...thanks
Reen menarik nafas dulu sebelum mengetuk pintu. Surihani sempat mengerling sambil tersenyum.
Come in!”
Amier ketika itu sedang bercakap ditelefon bimbit. Teragak-agak pula Reen nak masuk. Dia hanya berdiri kaku di muka pintu. Agak serius juga perbualannya dan Reen tak mahu ambil tahu apa tajuk perbincangannya. Namun sebaik saja dia melihat wajah Reen yang masih tercegak di pintu, dia masih sempat mengukir senyum dan memberi isyarat supaya Reen masuk dan duduk di sofa. Lama juga Reen menunggu dengan rasa resah. Dalam resah menunggu, sempat juga dia melirik melihat gelagat Amier yang sedang asyik bercakap sambil berjalan di sekitar bilik. Dalam hati dia memuji penampilan lelaki itu, sentiasa kemas dan bergaya walau apa pun keadaan. Sah! Memang ada ketokohan sebagai seorang pemimpin. Wajah yang tampan itu sentiasa menjadi bualan staff di pejabat terutama yang masih bujang. Walau pun mereka tahu dia sentiasa bertukar teman, tapi masih ramai yang sanggup mendampinginya. Perempuan yang sentiasa mendampinginya bukan calang-calang orang, pelbagai personaliti, kerjaya dan penampilan. Semuanya cantik, kaya, bergaya dan seksi. Tapi ….kenapa dia yang dipilih?
So...”
Suara Amier yang kedengaran begitu jelas di pendengaran Reen membuatkan dia terpinga-pingga. Bulat matanya menatap wajah lelaki yang berada di hadapannya. Lelaki itu sedang merenungnya Bila masanya lelaki itu selesai bercakap dan bila masanya lelaki itu duduk di hadapannya, tidak dia sedar. Dan yang membuatkan dia tambah malu, agaknya sejak bila lelaki itu merenungnya ketika dia asyik mengelamun!
“ Reen....jauhnya awak terbang! Dah sampai mana tadi?....London.....Paris atau Switzerland?”
Amier ketawa melihat wajah Reen yang mula merona merah. Gadis itu tertunduk. Cuba menyembunyikan perasaan malu. Namun hati kecilnya sempat memuji gadis di hadapannya. Cukup polos dan menarik. Entah kenapa dia rasa senang setiap kali berhadapan dengan gadis itu. Dia rasa terhibur. Menatap dan merenung wajah itu tanpa jemu. Perasaan itu tidak pernah dirasa sewaktu bersama dengan gadis lain.
“ Baiklah....di mana awak nak mula?” Amier bersuara serius. Kesian pula nak membiarkan gadis itu terus menahan rasa malu. Sudah tak berani nak berhadapan dengannya. Reen memandang wajahnya dengan rasa teragak-agak.
“ Er....pasal pinjaman saya semalam. Saya memang perlukan wang itu tapi tak bolehkah saya diberi pilihan lain selain dari berkahwin?” Reen memulakan bicara. Dia masih berharap bisa memujuk lelaki itu untuk mengubah syarat yang telah dinyatakan semalam.
Reen mengeluh lega kerana dapat meluahkan rasa hati. Kata-kata Reen tadi hanya dibalas oleh Amier dengan senyuman . Lama lelaki itu mengukir senyum tanpa sedikit pun mempedulikan perasaannya yang mula membahang. Entah kenapa dia rasa tak selesa dengan senyuman itu walaupun ketika itu Amier tidak sedikit pun memandangnya dan senyuman itu bukan ditujukan untuknya. Kemudian Amier menyandar badannya di sofa. Kali ini pandangannya benar-benar terarah memandang wajah Reen yang makin membahang. Seolah-olah dirinya dipermainkan oleh lelaki itu.
“ Kenapa awak rasa awak perlu pilihan lain sedangkan apa yang saya tawarkan untuk awak adalah tawaran yang terbaik ?”
Amier seperti mencabar kesabarannya. Reen mendengus kasar, cuba manahan sabar. Masih sempat beristighfar dalam diam. Kalau tidak difikirkan status lelaki itu sebagai ketuanya, sudah lama diterajangnya. Tapi fikirannya masih waras. Dia memang perlukan pertolongan lelaki itu, tapi bukan perlu dibalas dengan cara mengahwininya. Dia tak bersedia. Betul-betul tak bersedia. Apalagi memikirkan siapa lelaki itu.
“ Kenapa En. Amier rasa itu adalah tawaran yang terbaik sedangkan En. Amier boleh potong dari gaji saya sebagaimana orang lain ? Susahke nak buat macam tu?” Reen berdebat.
Amier tetap mengukir senyum. Pandangan lembut di lemparkan untuk gadis di hadapannya.
“ Saya tak pernah anggap diri awak seperti orang lain. Bagi saya awak adalah seorang gadis yang cukup istimewa di hati saya!”
Reen menelan liur. Cukup resah mendengar kata-kata itu. Sofa yang sedang diduduknya terasa menyucuk-nyucuk.
“ Apa yang En. Amier cakap ni?”
“ Pertama kali saya bertemu awak....hati saya sudah terpikat. Saya tak boleh nafikan apa yang saya rasa. Mungkin awak anggap saya lelaki yang teruk....selalu bertukar teman.... mereka hanya sekadar teman untuk berbual, keluar tengok wayang, shopping …. tak lebih dari itu ….tapi bila sesekali saya keluar dengan awak atau bercakap dengan awak....saya rasa cukup bahagia dan selesa. Hanya dengan awak perasaan itu muncul. Oleh itu saya yakin...awak adalah jodoh yang telah ditentukan untuk saya”
Amier lega kerana dapat meluahkan rasa hati. Dia benar-benar berharap Reen memahami apa yang dirasainya. Dia betul-betul ikhlas menyatakan apa yang dirasainya selama ini terhadap gadis itu.
Reen terkedu mendengar pengakuan lelaki itu. Sungguh! Dia benar-benar tak percaya apa yang baru didengarnya sebentar tadi.
“ Maaf, saya rasa lawak ini tidak lucu dan kelakar...jangan En. Amier fikir dapat permainkan perasaan saya seperti yang En.Amier lakukan pada perempuan lain. Saya tetap tak percaya dan tak yakin bahawa saya adalah jodoh yang ditentukan untuk En. Amier!” Reen bertegas. Ada getaran pada nada suaranya. Reen masih tetap  kaku di sofa.
I don't make a stupid joke!....I'm serious....really serious!” tegas Amier merenung wajah Reen.
Gadis itu hanya buat muka selamba, seperti tidak peduli dengan apa yang dirasa. Timbul pula rasa geram kerana apa yang dikatakan tadi dianggap sebagai gurauan sedangkan dia benar-benar serius melahirkan perasaan. Ingat senang ke dia nak jatuh cinta? Walaupun perasaan itu pernah hadir bertahun-tahun yang lalu tapi sudah lama dilupakan. Kini, mengenali gadis bernama Nur Nisreen binti Ahmad....perasaan itu timbul lagi dan rasanya kali ini lebih indah. Itu sebabnya dia tak boleh melepaskan gadis itu pergi dari sisinya walaupun sukar untuk didekati.
“ Baiklah....saya percaya En. Amier betul-betul serius!” akhirnya Reen bersuara. Ada nada pasrah dari kata-katanya. Namun itu sudah membuatkan Amier rasa lega. Amier merenung wajah Reen dan Reen juga membalasnya. Agak lama juga mereka berkeadaan begitu hingga akhirnya Reen tunduk. Sudah tak sanggup untuk terus membalas renungan mata Amier yang cukup mendebarkan. Perasaannya jadi resah tiba-tiba. Dadanya berdegup hebat. Dia takut hatinya akan terus koma kalau terus berkeadaan begitu lebih lama.
Amier mengukir senyum. Dia tahu gadis itu sudah kalah dengan renungannya.
“ Saya tahu saya tak ada pilihan lain. ...saya setuju dengan syarat itu, tapi En. Amier kena setuju juga dengan syarat saya!”
Semalaman dia tidak dapat tidur memikirkan tawaran itu dan masalah lain yang bakal di laluinya nanti. Amier mengeluh perlahan, sememangnya dia cuba bersedia untuk mendengar kata-kata dari mulut gadis itu.
“ Apa syaratnya?”
“ Perkahwinan kita akan berlangsung di pejabat agama dan hanya keluarga kita sahaja yang tahu kita adalah suami isteri. Lagi pun tak ada masalah pasal wali kerana arwah ayah saya adalah anak yatim piatu dan ibu saya anak tunggal...” Reen memberitahu syarat yang dikenakan untuk lelaki itu sekiranya mahu mengahwininya.
“ Apa maksud awak?”
Berkerut dahi Amier mendengar kata-kata Reen. Apa ertinya ikatan sesebuah perkahwinan kalau tidak mahu diketahui. Sepatutnya perkahwinan itu mesti diwar-warkan, bukan disembunyikan.
“ Bukan untuk selamanya. Bak kata orang tua, kita nikah gantung.....tapi hanya untuk tempoh 5 bulan. Selepas itu barulah majlis perkahwinan kita akan dilangsungkan!”
“ Kenapa nak tunggu sampai 5 bulan?”
“ Perkahwinan itu sebagai cagaran pinjaman sayakan?”
“ Reen, awak dah salah faham maksud sebenar saya mahu mengahwini awak” Amier cuba berdiplomasi. Tak sangka sejauh itu anggapan Reen tentang niatnya untuk memperisterikan gadis itu sedangkan sejak awal-awal lagi dia sudah jelaskan tentang perasaannya. Takkan gadis itu masih tak faham-faham lagi.
' Ya Allah! Sebenarnya, ...aku cinta dia, terlalu cinta dan aku sanggup lakukan apa saja untuknya'. Amier meraup wajahnya. Cukup kesal dengan anggapan gadis itu.
“ Biarlah saya berterus-terang. Saya belum bersedia untuk menjadi isteri En. Amier....5 bulan adalah tempoh percubaan untuk saya mengenali siapa sebenarnya En. Amier sebelum saya bersedia menjadi isteri En. Amier dalam erti kata yang sebenar dan pada pandangan umum.....lagi pun En. Amier sanggup untuk memikul tanggungjawab sebagai suami yang baik? Dan lebih penting....sanggup En. Amier lepaskan kehidupan sosial En. Amier yang penuh glamour secara mendadak kerana saya. Sanggup?
Sebenarnya, jauh di sudut hati saya....saya seperti memperjudikan hidup saya bersama seorang lelaki yang memenuhi impian wanita...kacak,.kaya, berkerjaya, berkedudukan....jauh sekali jika nak dibandingkan siapa saya!”
Terpegun Amier mendengar luahan dan kata-kata yang begitu bernas keluar dari mulut comel itu. Benar. Bukan hanya gadis itu yang memperjudikan hidup, dia juga.
“ Macam mana? En Amier setuju dengan syarat saya!” soal Reen. Lega kerana melihat lelaki itu seperti berfikir jauh. Dia cukup yakin, pasti lelaki itu akan menolak. Tak mungkin lelak itu sanggup meninggalkan semua itu kerananya. Siapa dia? Dia hanyalah seorang gadis biasa yang hidup sederhana.
“ Baiklah....saya setuju dengan syarat awak!”
“ Hah!”
Ternganga mulut Reen mendengar kata persetujuan dari lelaki itu. Kenapa? Lain yang difikirkan, lain pula yang terjadi.
“ Tutup mulut awak tu....nanti masuk angin. Tak pasal-pasal kembong perut awak nanti!” cepat-cepat Reen menutup mulutnya bila tiba-tiba di tegur oleh lelaki itu. Punya terkejut sampaikan mulut ternganga. Dahlah ….lupa pula nak tutup. Kan dah kena tegur. Malunya, mana nak letak muka ni.....
“ Er....betulke En. Amier setuju dengan syarat saya? En. Amier betul-betul yakin ke?”
Reen seperti orang mamai....menggelabah. Lelaki itu nampak relax je....tak nampak gementar. Kalau dalam rancangan Who wants to be a millionaire....mesti ada talian hayat. Tak kan dia tak perlu talian hayat? Reen mula tak senang duduk.
Amier hampir nak tergelak. Kalau dia gelak, mesti gadis tu ingat dia tak serius sedangkan dia betul-betul serius bersetuju dengan syarat itu. Lucu pula melihat wajah Reen yang gelisah, tak senang duduk...dah jadi macam ayam berak kapur. Biar dia rasa, dia ingat aku ni main-main. Ini bukan cubaan, macam lakonan P. Ramlee dalam Pendekar Bujang Lapuk. Ini betul-betul  kenyataan.
“ Saya setuju yang majlis perkahwinan kita akan berlangsung selepas 5 bulan akad nikah. Dalam tempoh itu, tak ada sesiapa yang tahu kecuali keluarga awak dan keluarga saya. Jelaskan!” Reen hanya mampu menelan liur.
Mata Reen sekadar menurut langkah lelaki itu yang berjalan ke arah mejanya dan mengeluarkan buku cek dari laci. Terus dia menulis sesuatu sebelum diserahkan kepadanya. Terketar-ketar tanganya menyambut huluran kertas itu.
“ Kenapa RM50 ribu. Saya cuma cakap RM30 ribu....En. Amier salah tulis ke?” terbeliak mata Reen melihat angka yang tertera di cek itu. Amier hanya diam.
“ Tak,... RM30 ribu tu untuk awak tebus balik tanah yang pernah digadaikan oleh arwah ayah awak. RM10 ribu untuk perbelanjaan keluarga awak dan RM10 ribu lagi hadiah untuk awak kerana awak telah terima syarat saya!.... maksud saya....kawin!”
“ Apa maksud En. Amier ni? En. Amier beli harga diri saya dengan hanya RM 10 ribu? En. Amier fikir saya ni apa?” bentak Reen dengan wajah merah.
Dia terbangun dan mengadap wajah lelaki di hadapannya. Merenung wajah tampan itu dengan wajah menyinga. Terasa ingin saja dicampak cek itu ke muka lelaki itu sekarang. Dia tak peduli siapa lelaki itu sekarang.
“ Nisreen, listen....that's not what I mean. Bukan niat saya nak membeli maruah diri awak dengan harga serendah itu. RM10 ribu itu sebagai tanda penghargaan dan anggap ia sebagai hadiah dari saya” pujuk Amier sambil memegang bahu Reen. Reen cepat-cepat menjauh. Amier mendengas perlahan. Tangannya melurut rambut kebelakang bila beberapa juntaian rambut jatuh ke dahinya.
“ Reen....saya ikhlas mahu memperisterikan awak....bukan kerana syarat untuk awak dapatkan duit RM30 ribu tu....tapi kerana hati saya, perasaan saya pada awak....kalau saya tak ikhlas, buat apa saya terima syarat awak. Mudah bagi saya untuk mendapatkan mana-mana perempuan untuk saya jadikan isteri....tapi saya tak pernah ada perasaan pada mereka, saya hanya cintakan awak. Anggap aje duit RM 50 ribu tu sebagai tanda lamaran dari saya”
Betulke lelaki itu ikhlas mahu menerimanya?....betulke lelaki itu benar-benar menyintainya?....ah! Terlalu sulit untuk difikirkan. Mana mungkin seorang lelaki yang terkenal sebagai kasanova tiba-tiba sanggup mengucapkan perkataan cinta padanya, sanggup memperisterikannya. Boleh percayake?
Amier mendekati tubuh Reen yang masih kaku berdiri.
“ Macam nilah, awak balik kampung....uruskan soal tebus tanah tu. Saya juga nak awak bagi tahu ibu awak pasal hasrat saya....I mean, my propose. Kalau boleh saya tak nak ibu awak salah faham nanti” Reen tetap diam. Akhirnya dia melepaskan keluhan.
“ Duit tu saya dah dapat, bila En. Amier nak kita kahwin?”
As soon as possible. Hujung bulan ni...maksudnya dalam tempoh 2 minggu lagi...” Amier tersenyum. Bulat mata Reen memandang wajah lelaki itu.
“ Hah! Cepatnya...” walaupun kata-kata itu hanya untuk dirinya, namun masih dapat didengar oleh Amier. Makin lebar senyumannya membuatkan Reen makin resah. Dalam hati, Amier tetap memuji gadis itu, tetap comel , cantik dan mempesonakan.
' Dia ingat aku nak larike?' Hati Reen berbisik.
“ Kenapa? Lagi cepat lagi baguskan?...benda baik tak elok dilengah-lengahkan!” Amier bersuara sambil mengenyit mata. Reen menarik muka masam.
“ Kita hanya kawin aje....tapi ingat, dalam tempoh 5 bulan tu kita akan hidup dengan cara kita masing-masing. En. Amier tak ada halangankan?” cepat-cepat Reen membuka mulut.
Of course. Saya tahu awak sengaja memberi tempoh dan syarat tersebut untuk mengelak dari sayakan?” bisik Amier perlahan ditelinga Reen.
“ Tahu tak apa!” Reen menjawab selamba. Berdiri bulu romanya saat Amier berbisik ditelinganya sebentar tadi, apa lagi bau perfume yang dipakai lelaki itu benar-benar membuatkan dia resah. Nalurinya tersentuh.
“ Nisreen....Nisreen....” Amier ketawa senang. Bukan dia tak dapat membaca sikap gadis itu tadi, dia tahu gadis itu cuba mengelak dari terus tergoda. Perempuan. Nalurinya mudah tersentuh. Itu baru sikit.
“ Baiklah, kalau tak ada apa-apa untuk dibincangkan ….saya keluar dulu” kata Reen.
Dia sudah rimas untuk berada lebih lama.
“ Tunggu!” langkah Reen terhenti .
“ Ada apa lagi En. Amier?” Reen memandang wajah Amier. Berkerut dahi lelaki itu seperti sedang memikirkan sesuatu.
“ Hujung minggu ni saya akan minta mama dan papa saya datang ke rumah awak. Saya juga akan uruskan soal pendaftaran kursus kawin untuk kita.” Reen sekadar mengangguk.
“ Ada lagi?”
“ Apa kata petang ni kita pergi beli cincin. Saya nak awak pilih mana cincin yang awak berkenan” Amier membuat usul.
“ Soal cincin tu tak penting. Cukuplah sekadar akad nikah di pejabat agama saja!” kata-kata Reen membuatkan Amier terdiam. Lelaki itu mengeluh perlahan. Entah kenapa dia cukup terasa dengan kata-kata itu.
' Seandainya kau tahu apa yang ku rasa, tak mungkin kau melayan aku begini' Amier pasrah.
“ Saya keluar dulu”
Reen terus melangkah keluar dari bilik itu. Hairan juga bila mengingatkan perangai Amier tadi, kenapa tiba-tiba dia membisu. Dia ada tersilap cakap ke?
Amier menuju ke tingkap. Pandangannya tertumpu pada bangunan yang tersergam indah di hadapannya. Pelbagai bentuk, warna dan ketinggian. Malaysia kini sudah boleh berbangga dengan bangunan yang indah dan tinggi. Bangunan Dynamic Holdings pun apa kurangnya, cukup megah berdiri di tengah-tengah kesibukan kota hasil penat lelah papanya selama hampir 30 tahun. Namun bukan itu yang menjadi tumpuan utamanya, tapi Nisreen.
' Reen....saya betul-betul ikhlas sukakan awak' Amier meraup wajahnya.
Bunyi telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja benar-benar mengganggu tumpuannya. Segera dia mengatur langkah mendapatkan telefonnya itu.

*****************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...