Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -13

oleh: Azieana

BAB 13
REEN berjalan mundar- mandir di sekitar biliknya. Hatinya berbelah-bagi. Fail yang berada di atas meja tidak di sentuhnya walau pun En. Razif awal-awal sudah memaklumkan padanya supaya membuat laporan untuk di bentangkan esok. Fikirannya kacau mengingatkan panggilan telefon dari ibunya malam tadi.
“ Semalam Pak Kahar dan anaknya si Hussin datang...mereka menuntut janji. Katanya ada 3 hari lagi sebelum tempoh yang diberikannya tamat.....Reen, ibu tak tahu nak buat apa lagi!” lemah suara Pn. Saloma mengingatkan beban yang ditanggung. Reen turut merasainya.
“ Habis, apa kita nak buat sekarang?....Reen tak sanggup nak fikirkan kemungkinannya nanti...nak berbapa tirikan Pak Kahar tu, apa lagi nak jadi isteri si Hussin penagih. Hish...simpang malaikat 44....tak mahu!” meremang bulu romanya mengenangkan keberangkalian perkara tu akan berlaku.
“ Senang-senang, kita bagi ajelah tanah tu kat mereka. Rezeki ada di mana-mana”
Akhirnya Pn. Saloma membuat usul.
“ Jangan ibu, itu saja harta yang kita ada peninggalan arwah ayah. Ibu jangan risau, nanti Reen akan usahakan!” janji Reen. Cuba menenangkan perasaan ibunya walau pun hati dia turut resah.
“ Tapi Reen....masa dah suntuk!” tegas ibunya bimbang.
“ Insya Allah....Reen janji akan usahakan. Reen akan cuba buat pinjaman....ibu janganlah risau. Nanti , Reen akan bagi tahu ibu” pujuk Reen.
“ Hai, Reen....tak nak balik lagi?” muncul Hairil di muka pintu sambil mengukir senyum.
“ Kejap lagi I balik”
“ Ok...I balik dulu!” Hairil terus berlalu.
Reen melabuh punggung di kerusi, namun hatinya tetap resah.
“ Reen, tak nak balik lagi? Nak tumpang akak tak?” Surihani, setiausaha Amier muncul di hadapan Reen. Hairan dia melihat Reen yang masih belum pulang. Biasanya cepat aje gadis itu bersiap untuk pulang kerana menunggu bas atau teksi, hanya sesekali aje dia menumpang teman-teman kalau terpaksa menyiapkan kerja yang berlambak.
“ Kejap lagi Kak Hani” jawapan itu juga yang diberikan.
“ Hm....dah dekat pukul 7 ni, kalau Reen nak tumpang kak Hani...jomlah!” pelawa Surihani.
“ Terima kasih, Kak Hani. Reen nak siapkan laporan kejap” balas Reen walaupun laporan itu tidak ada dalam agendanya. Surihani segera berlalu. Nanti terpaksalah dia bawa balik kerja sampai rumah. Kalau tak, pasti esok En. Razif mengamuk. Tapi perkara yang satu ini benar-benar meresahkan fikirannya.
Reen keluar dari biliknya. Langkahnya di atur ke bilik Amier yang terletak dihujung. Bilik itu masih terang menandakan penghuninya masih ada. Perlahan-lahan tangannya mengetuk pintu itu. Hatinya menahan debar.
“ Masuk!”
“ Ada apa Hani?” Amier menyoal bila pintu di buka dan terdengar derapan kaki. Ketika itu Amier mengadap laptopnya, begitu asyik. Tak sempat dan memanggung kepala.
“ En. Amier....” Reen bersuara.
“ Oh! Awak Reen....ada apa?” Amier terkejut. Sangkanya yang masuk tadi adalah Surihani.
“ En. Amier sibuk ke? Maaf kalau saya mengganggu!” Reen masih berdiri di hadapan Amier. Amier memandang wajahnya seketika.
“ Tak mengapa, sila duduk” Amier bersuara.
Reen akur. Dia duduk berhadapan dengan Amier. Lelaki itu nampak santai, kemeja lengan panjang warna ungu muda itu dilipat sampai ke siku. Tali leher hitam sudah di masukkan ke dalam poket baju.
Amier tahu gadis dihadapannya itu sedang memberi taksiran tentang peribadinya. Sengaja dibiarkan seketika melihat gadis itu membuat kesimpulan. Dia turut mengambil peluang meneliti wajah gadis itu. Hairan. Nampak resah, pasti sedang menyimpan masalah kerana dia jarang melihat gadis itu berwajah demikian melainkan ketika dia diusik di rumahnya tempohari.
So....what's your problem?....ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Amier mematikan lamunan Reen. Reen terpingga-pingga seketika. Maklum saja sebentar tadi dia sempat meneliti penampilan lelaki itu.
“ Er...saya tak tahu macam mana nak mulakan?” kata-kata Reen yang kegelisahan itu membuatkan Amier ketawa. Reen terpegun. Entah kenapa saat hatinya kusut dengan masalah, dia rasa terhibur mendengar tawa itu. Lama wajah tampan di hadapannya di renung.
“ Hello!”
Amier melambai-lambai tanganya di wajah Reen membuatkan gadis itu tersentak. Dia tertunduk malu. Merah mukanya. Amier tersenyum. Hatinya senang melihat wajah yang merona merah itu, sweet. Mengalahkan manis gula-gula.
“ Okay. Cakap apa aje yang awak nak cakap....tak perlu formal dengan saya.” pujuk Amier memberi perhatian. Tumpuan diberikan sepenuhnya pada gadis yang berada di hadapannya. Malah laptop yang berada di hadapannya di tutup, tak mahu mengganggu perbualan mereka.
“ Macam ni....saya diberitahu yang staff kat sini boleh membuat pinjaman wang syarikat...jadi, kalau boleh saya nak buat pinjaman!”
Lega. Akhirnya terluah juga masalah yang ditanggungnya. Lama Amier menatap wajah Reen sehingga gadis itu rasa tak selesa.
“ Tapi sebelum tu, boleh saya tahu untuk apa pinjaman tersebut?” Reen menelan liur. Kedua-dua tangan digenggam erat. Serba-salah dia nak menyatakan tujuan itu.
“ Urusan peribadi...En. Amier boleh potong dari gaji bulanan saya”
“ Hm...memang syarikat boleh memberi pinjaman kepada semua staff... tapi syarikat juga perlu tahu untuk apa?...kami tak mahu pinjaman itu digunakan untuk tujuan tak elok dan kami terpaksa menanggung risiko sekiranya ada dikalangan staff yang tak mampu melunaskannya kembali”
“ Pinjaman tu digunakan untuk menebus balik tanah yang pernah digadaikan oleh arwah ayah saya dulu. Saya hanya ada tempoh selama 3 hari saja untuk menebus tanah itu kembali" Amier mengangguk perlahan. Dia dapat melihat betapa tertekannya perasaan gadis itu.
“ Berapa yang awak perlukan untuk menebus tanah itu?” tanya Amier.
“ RM30 ribu. En. Amier boleh potong saja berapa saja dari gaji saya asalkan saya dapat menebus kembali tanah itu” Reen merayu.
Amier menyandarkan badan di kerusi empuk. Pen ditangannya di pusing beberapa kali. Reen menunggu keputusan dengan sabar. Apa saja keputusan dari lelaki itu akan di terima. Dia tak kesah berapa pun gajinya di potong asalkan tanah arwah ayahnya dapat ditebus kembali. Dahlah selama ini gajinya diperuntukkan untuk membayar balik pinjaman PTPTN selain dari menghantar sedikit untuk perbelanjaan ibunya di kampung. Reen makin keliru bila senyuman tiba-tiba terukir di bibir lelaki itu. Entah apa mimpinya sampai tersenyum begitu.
“ Okay....saya boleh bagi duit untuk awak menebus kembali tanah arwah ayah tu!”
Hampir terlompat Reen kegembiraan mendengar kata-kata itu. Rasa lega, terasa seperti berada di tempat air terjun. Tenang kerana masalahnya bakal selesai.
“ Alhamdulillah....terima kasih banyak En. Amier”
Reen mengucap syukur. Senyuman manis di hadiahkan buat lelaki itu. Rasa cukup terhutang budi.
“ Duit 30 ribu untuk awak tebus tanah tu saya berikannya dengan ikhlas, awak tak perlu bayar walau satu sen pun!” terlopong mulut Reen mendengar kata-kata itu.
' Ops! Betulke apa yang dia dengar?' perlahan tangan kanannya mencubit tangan kiri. Sah, dia bukan bermimpi. Memang sekarang dia sedang berhadapan dengan lelaki itu.
' Tak perlu bayar?....boleh percayake!'
“ Duit 30 ribu tu En. Amier nak bagi saya tanpa membayar balik? ….betulke?,....atau saya ni tersalah dengar!” Reen menyoal.
Tak logik di akal.
“ Memang tak perlu bayar kerana duit yang akan saya akan bagikan tu bukan duit syarikat tapi duit saya.....tapi dengan syarat....” bulat mata Reen merenung wajah Amier.
“ Syarat?....En. Amier ni nak mainkan saya ya?....apa masalahnya kalau saya pinjam wang syarikat. En. Amier boleh potong dari gaji saya!” Reen mula rasa tak selesa. Memang dasar manusia, tak ada sebarang pertolongan yang percuma terutama melibatkan wang. Hatinya menjadi panas.
“ Saya berhak untuk menentukan apa yang saya inginkan.....saya tahu, buat masa sekarang awak cukup terdesak untuk mendapatkan wang itu untuk menebus tanah, so....ada baiknya awak terima syarat saya, ianya cukup mudah dan saya yakin awak tak akan menolak” Reen tertunduk. Memang ketika ini dia cukup terdesak untuk mendapatkan wang tapi dia tak akan sanggup menerimanya kalau melibatkan soal maruah. Hatinya benar-benar gelisah.
“ Baiklah....apa syaratnya?” akhirnya Reen berani bersuara.
“ Awak perlu kawin dengan saya. I mean....be my wife” tenang saja Amier menyatakan syarat yang dimaksudkannya. Reen terbangun.
“ Apa ni En. Amier?” bentak Reen geram. Marahnya sudah tak dapat dibendung. Tadi dia juga berura-ura sanggup menerima apa jua keputusan melainkan bila melibatkan maruahnya. Syarat yang baru dinyatakan oleh Amier tadi benar-benar melibatkan soal maruah dan soal masa depannya.
“ Nisreen, I'm seriuos for what I said.....really serious!” tegas Amier turut bangun. Tajam matanya merenung wajah Reen yang menyinga.
“ Tapi kenapa?” Hampir menitis air matanya menahan sebak.
Because I love you!” balas Amier berterus-terang walaupun dengan suara yang agak perlahan tapi masih boleh didengari oleh Reen.
Amier menghampiri Reen yang kaku berdiri. Pandangan redup dilemparkan untuk gadis itu. Hampir nak pitam Reen mendengar kata-kata Amier. Sungguh dia tak sangka lelaki itu akan mengutarakan kata-kata demikian terhadapnya. Tak mungkin lelaki yang bergelar kasanova boleh mengucapkan kata cinta untuknya sedangkan dia belum bersedia untuk terlibat dengan mana-mana lelaki untuk masa ini.
“Kenapa mesti saya?....kenapa syarat ini yang En. Amier kenakan untuk saya?”
Reen mula menangis teresak-esak. Amier agak keliru. Kenapa gadis ini menolak tawarannya sedangkan gadis lain berebut-rebut untuk memilikinya. Selama ini pun Reen jarang mempedulikannya walau pun telah beberapa dia mencuba untuk mendekati. Ya! Mungkin kerana sikap gadis itu yang membuatkan hatinya tertawan.
“ Orangtua saya dan juga Eisya sukakan awak.....saya juga begitu. Saya ikhlas ingin memperisterikan awak bukan kerana syarat untuk dapatkan duit RM30 ribu itu. Saya harap awak tak salah faham dengan maksud saya ini” pujuk Amier.
“ Itu hanya pendapat awak En. Amier.....tapi bagi saya, untuk dapatkan RM30 ribu tu...saya terpaksa kawin dengan awak. Saya seperti tak ada pilihan lainkan!.... Perkara ini juga yang menjadi pilihan saya untuk dapatkan semula tanah tu....menjadi isteri Hussin yang tak guna tu!” Reen mendengus geram, seiring itu juga air matanya makin laju mengalir.
“ Reen....please, jangan samakan saya dengan lelaki itu. Saya tahu banyak perkara buruk dari baik yang awak tahu berkenaan diri saya. Tapi berilah kesempatan untuk diri awak mengenali siapa saya yang sebenarnya” Amier tetap memujuk.
“ Tak perlu” jawapan tegas Reen membuatkan Amier mengeluh.
Keras juga hati gadis itu walau pun di luar nampak lembut. Amier melurut rambutnya beberapa kali.
“ Baiklah....saya bagi masa untuk awak berfikir, tapi saya tetap tegaskan....duit RM30 ribu akan saya berikan sekiranya awak sudi berkahwin dengan saya. Saya hanya bagi tempoh sampai besok!” tegas Amier.
Dia tahu itu saja caranya untuk dia mendapatkan gadis itu. Satu-satunya gadis yang berjaya mencuri hatinya untuk kesekian kali.
“ Don't staring me like that.....nanti saya tak boleh tidur ingatkan awak....selama ini pun tidur saya asyik terganggu kerana teringatkan awak!” usik Amier.
Amier tersenyum sambil berpeluk tubuh.
' Hisy. Dia ni. Orang tengah berserabut, dia buat lawak'. Reen menunduk. Entah kenapa rasa malu menyerbunya tiba-tiba.
Ketika dia mendongak, Amier masih selesa merenungnya membuatkan hatinya benar-benar penasaran.
' Macamana ni?' Reen mula mengusap kepala di balik tudung yang dipakainya.
“ Er....saya rasa dah lewat ni....elok saya balik sekarang....pasal tawaran tu nantilah saya fikirkan!” akhirnya Reen bersuara.
“ Okay, no problem.....I can wait !”
Amier masih lagi bersikap selamba. Cuba menyembunyikan keresahan di hati. Dia takut sekiranya jawapan yang akan diterima nanti mengecewakannya.
“ Saya keluar dulu” tanpa menunggu sebarang jawapan, Reen terus keluar dari bilik itu. Tidak dapat digambarkan perasaannya saat ini. Kecewa, sebak, marah, pasrah. Semuanya bercampur aduk.
**********


SEPANJANG hari itu, fikiran Amier tak tenteram. Sejak dari malam tadi tidurnya tak lena. Semuanya gara-gara syarat yang dikenakan untuk Nisreen. Apa yang terlah berlaku petang semalam tidak diceritakan kepada sesiapa. Sebenarnya dia rasa malu untuk dikongsikan dengan sesiapa , hatta kawan baiknya, Anuar dan Shahrul. Pasti mereka gelakkannya. Tapi ini soal hati dan perasaannya. Dia jadi resah bila teringatkan Reen. Kalau sehari tak dapat pandang wajah gadis itu hidupnya terasa tidak lengkap. Dia betul-betul sukakan Nisreen dan dia juga mencintainya.. Hatinya benar-benar telah dicuri oleh gadis itu. Itukan memang petanda orang jatuh cinta. Mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang. Sejak bila? Dia sendiri tak dapat pastikan.
Apa yang keluar dari mulutnya semalam memang di luar kawalannya. Dia sendiri tak sangka macam mana syarat itu boleh terlintas di mindanya bila Reen memohon untuk membuat pinjaman wang. Laju saja mulutnya menyatakannya tanpa memikirkan perasaan gadis itu.
Amier berpeluk tubuh sambil menghala pandangan keluar tingkap. Matanya melirik seketika jam tangan jenama Rolex. Pukul 3 petang. Hatinya masih resah menunggu keputusan. Dadanya semakin berdebar ketika mendengar ketukan di pintu.
' Pasti Reen' Amier cuba mengawal perasaan. Cepat-cepat dia menuju ke kerusi dan cuba menenangkan diri.
“ Masuk!”
“ Mier, kau sibukke?” muncul wajah Anuar di muka pintu.
“ Biasa je....masuklah”
Anuar terus melangkah masuk dan duduk di kerusi berhadapan dengan Amier. Di letakkan fail berkulit keras di atas meja.
“ Aku nak bincang sikit dengan kau pasal budget kita mengenai tender hari tu” Anuar menolak fail ke depan. Amier mengambil fail itu dan cuba menelitinya. Anuar sekadar memerhati.
So, macam mana?” Anuar meminta pendapat.
“ Apa kata Datuk?”
“ Datuk minta aku bincangkan dengan kau”
“ Hm....aku tak boleh buat keputusan sekarang. Kau tinggalkan dulu fail di sini.”
“ Ok.”
Anuar merenung sekilas wajah Amier yang kelihatan resah.
“ Mier, kau okay ke? Macam ada masalah je!”
“ Aku okay” Anuar mengangguk.
“ Aku kena jumpa orang kejap lagi...pasal tender tu, kita bincang besok ya!”
“ Oh ya! Malam ni jadi ke? Kau nak keluar tak?” Anuar bersuara sebelum melangkah keluar.
“ Er....apa-apa hal aku call kau” Anuar mengangguk.
“ Kau nak keluar ke?” soal Anuar bila melihat Amier bersiap.
“ Ya...jom”
Amier menghampiri Surihani sebaik saja keluar dari biliknya bersama Anuar. Temannya itu segera menuju ke lif untuk ke departmentnya.
“ Ya, En. Amier” Surihani memandang wajah Amier yang sedang berdiri di hadapannya. Segak memakai kemeja kuning muda, bertali leher hitam dan berkot hitam.
“ I keluar kejap...I kena pergi PJ. Kalau ada apa-apa you call I” pesan Amier.
“ En. Amier balik semula ke sini?”
“ Ya. I pergi sekejap aje” Surihani mengangguk.
Amier sempat mengerling ke bilik Reen yang terbuka. Gadis itu sedang bercakap di talian sambil matanya meneliti fail di atas meja. Amier melepaskan keluhan perlahan sambil kakinya laju mengatur langkah menuju ke lif.

******************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...