Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA-11

oleh : Azieana

BAB 11
BERKERUT dahi Saerah melihat gelagat gadis yang berada di hadapannya. Sejak dari tadi nasi di dalam pinggan hanya sedikit yang terusik sedangkan pinggan nasinya sudah licin. Sekilas dia berkalih ke arah Dayana yang turut hairan melihat gelagat teman mereka di hadapan.
“ Reen, kenapa dengan you ni sejak dua tiga hari ni? Asyik moody aje....awak datang bulan ya!” tegur Saerah cuba memancing perhatian Reen.
“ Tak adalah....I biasa je!” balas Reen acuh tak acuh.
Nasi yang ada di hadapan di kuis perlahan sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Dua orang temannya itu sekadar memerhati dengan rasa hairan. Selalunya Reen tidak pernah menunjukkan masalah di hadapan mereka, malah dia cukup pandai menyembuyikannya. Kali ini agak ketara pada pandangan mereka.
“ You ada masalah dengan En. Amier ya?” Saerah serkap jarang.
“ Hisy....mana ada” sangkal Reen membuatkan Saerah dan Dayana saling berpandangan.
“ Reen. I perasan you macam mengelak aje dari bertembung dengan En. Amier. I ingat....hari tu you ada minta cuti separuh hari lepas balik dari jumpa client dengan En. Amier. Kenapa?”
“ O....hari tu badan I tak berapa sihat....itu sebabnya I minta cuti separuh hari”
Dayana terus merenung wajah Reen yang mula gelisah. Tak sangka Dayana masih ingat. Nasib baik dia tak tahu apa puncanya dia memohon cuti itu. Kalau tak pasti kecoh. Cepat-cepat dia mencapai gelas berisi air oren, diteguk rakus.
“ Atau you tak puas hati dengan En. Amier pasal kertas kerja yang you bentangkan hari tu En. Amier serahkan pada Hairil untuk diuruskan” Reen terbatuk mendengar kata-kata Dayana. Bulat matanya merenung wajah Dayana, Saerah turut terpingga-pingga kerana dia juga baru mengetahui perkara ini.
“ Apa? En. Amier dah serahkan kat Hairil pasal projek kat Damai Jaya tu?...bukannya dia tak tahu, selama ini I berpenat lelah semata-mata nak dapatkan tender untuk projek tu tapi senang-senang dia bagi orang lain uruskan. Ini dah melampau!” terpingga-pingga Saerah dan Dayana memandang wajah Reen yang merah. Marah betul dia bila mendengar berita tersebut. Kecut perut kedua temannya itu. Kali pertama melihat wajah Reen yang begitu tegang.
“ Er...you tak tahu lagi ke?....semalam I terdengar En. Hairil bagi tahu kat Pn. Salwa pasal hal tu” kata Dayana serba-salah.
Reen mendengus kasar. Nekadnya dia mesti buat perhitungan dengan lelaki itu.

**************

REEN menolak kasar pintu dihadapan. Tercengang Surihani selaku setiausaha Amier melihat perlakuannya. Reen buat tak peduli. Perasaannya benar-benar bergelora. Dia sudah tak peduli apa pandangan Surihani yang sedang kaku berdiri di tempatnya. Sudah takut nak menegur melihat wajah berang Reen itu.
             Apa sudah jadi dengan gadis itu agaknya! Surihani bingung. Gadis yang dikenalinya dengan sikap lemah lembut , tiba-tiba bertukar karektor.
“Auch!”
Reen masih berdiri di situ. Kaku di muka pintu. Wajahnya yang tadi benar-benar tegang berubah menjadi pucat. Dihadapannya berdiri Amier yang sedang memengang hidungnya, terus berpaling ke belakang tanpa mempedulikan siapa yang berdiri dihadapannya sebentar tadi.
S...Sorry....Sorry, En. Amier.....saya betul-betul tak sengaja!” Reen memohon maaf. Dia benar-benar resah. Takut. Mula gelabah tahap gaban. Apa taknya, bukan calang-calang orang di rempuhnya....itu adalah CEO Dynamic Holdings.
“ You.....” baru kini Amier memusing badannya mengadap wajah Reen yang pucat tak berdarah. Wajahnya cemberut ketakutan. Surihani yang turut menyaksikan kejadian itu tergamam.
“ Maaf....apa yang dah berlaku ni?”
Surihani akhirnya menghampiri. Dia memandang wajah Amier dan Reen silih berganti.
Sorry. Saya tak tahu En. Amier ada kat pintu tadi!” Reen tetap memohon maaf.
Amier ketika itu sudah duduk di sofa, membiarkan saja Reen dan Surihani melihatnya di muka pintu. Surihani sempat menaikkan kening memberi isyarat bertanya apa sebenarnya yang berlaku.
“ Saya tak sengaja....betul-betul tak sengaja” Reen bersuara perlahan. Menyatakan apa yang berlaku tadi bukan disengajakan.
Surihani menelan liur. Dia sendiri tak berani masuk campur, takut dimarahi. Bukan dia tak tahu perangai Amier, kalau marahnya datang. Semua orang tak berani berkutik.
“ Kalau ya pun....tak boleh ke awak ketuk pintu dan masuk dengan cara baik. Ini tak, main rempuh je....sekarang, awak tengokkan apa dah jadi pada hidung saya. Kalau hidung saya ni patah....saya saman awak, Nisreen” tegas suara Amier membuatkan kecut perut Reen. Surihani pun turut sekaki. Kaki Reen mula kebas.
“ Saya tak sengaja....saya cuma....er, sakitke?” Reen benar-benar kalut dan menggelabah.
 Hanya itu yang mampu disuarakan. Amier begitu tajam memandang wajahnya.
“ Saya keluar kejap...nanti saya datang balik”
Reen beredar meninggalkan Amier dan Surihani tercegang.
“ Bos....ada apa-apa yang boleh I tolong?” Surihani memberanikan diri bersuara.
No, thanks.....” balas Amier acuh tak acuh. Sedikit pun tidak memandang wajah Surihani.
“ Kalau macam tu, I pergi dulu”
Surihani sudah tak berani masuk campur, takut dia pula yang disergah. Nanti tak pasal-pasal menanggung malu . Baik dia blah awal-awal. Takut nak terlibat sama.
Amier termanggu sendirian sambil memegang hidungnya, terasa sengal. Dia sempat menilik hidungnya di cermin. Sedikit bengkak dan merah tapi tidak sampai mencacatkan wajah tampannya.
“ En. Amier”
Amier berpaling. Wajah Reen berada di hadapannya. Ditangannya ada tuala kecil berwarna putih.
“ Apa tu?” tanya Amier.
“ Ais. En. Amier boleh letak pada bahagian yang sakit tu!”
Reen menghulurkan tuala yang berisi ais. Terketar-ketar tangannya semasa menghulurkan tuala itu. Apatah lagi tajam pandangan mata Amier merenung wajahnya. Sebenarnya jauh di sudut hati Amier hendak tergelak. Tapi di tahan. Seronok pula dia melihat wajah cemberut gadis itu. Wajah kemerahan tapi comel. Berkenan pulak dia dengan wajah itu.
“ Saya harap hidung En. Amier tu tak apa-apa....maksud saya, tak patah. Nanti tak pasal-pasal saya kena saman” kata-kata Reen hanya dibalas dengan jelingan oleh Amier membuat Reen dilanda resah. Bergetar perasaannya memandang jelingan itu. Jelingan maut ke jelingan menggoda!
“ Ada apa awak nak jumpa saya? Tak menyempat-nyempat” Tuala tadi diletakkan di atas meja. Dia memandang Reen yang menunduk.
“ Er....tak apalah. Nanti kita cakap lain kali aje” balas Reen masih tak berani membalas renungan mata Amier. Hatinya cukup gelisah. Tak sanggup membalas renungan mata lelaki itu. Tak pasal-pasal jiwanya jadi tak keruan. Tiba-tiba datang penyakit angau. Siapa yang susah? Siapa yang nak tanggung? Dia juga.
“ Hmmm...” hanya itu yang keluar dari mulut Amier.
“ Kalau macam tu, saya keluar dulu. Sekali lagi, saya minta maaf.....saya betul-betul tak sengaja” mohon Reen kali yang ketiga sebelum keluar dari bilik itu.
Sebaik saja Reen keluar, Amier menyandarkan badannya di sofa. Perlahan-lahan dia menyentuh semula hidungnya. Entah kenapa bibirnya mengorak senyum tiba-tiba. Tingkah laku Reen yang kelam-kabut setelah berlaku accident tadi benar-benar mencuit hatinya.

***************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...