Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -10

oleh: Azieana

BAB 10
AMIER menekan loceng beberapa sebelum pintu itu dibuka. Seorang lelaki muncul di buka pintu. Berkerut dahinya memandang wajah Amier. Mereka saling berpandangan seketika.
“ Yes....what can I do for you?” soal lelaki itu merenung wajah Amier.
Can I see Lisa...!”
Sure, come in......Honey, somebody want to see you” laung lelaki itu sambil membiarkan Amier masuk. Lelaki itu terus duduk di sofa sambil matanya tajam merenung wajah Amier. Ada rasa tak selesa dengan kemunculan Amier secara tiba-tiba. Seperti mengganggu situasi antara dia dan Lisa.
Wait a minute” balas Lisa dari dalam bilik.
Seminit kemudian Lisa muncul dengan memakai pijama menandakan dia baru selesai mandi. Agak terkejut dia melihat kemunculan Amier ketika itu.
Sorry ….kalau I datang tak kena masa!” Amier bersuara.
No...I....”
Lisa mengerling ke arah lelaki yang selesa bersantai di sofa, menjadi pemerhati.
“ Mier, kenalkan kawan I ….Joey”
Akhirnya Lisa mengambil keputusan memperkenalkan mereka berdua. Amier menghulur tangan dan bersalaman.
Actually I dah cuba call you banyak kali tapi tak ada jawapan....itu sebabnya I datang....I cuma nak bagi tahu yang I tak dapat temankan you dinner malam ni kerana I ada hal. So, memandangkan you dah ada tetamu....elok I pergi sekarang”
Sorry, telefon I kehabisan bateri. I tengah charge. Sekali lagi I minta maaf sebab menyusahkan you” balas Lisa dengan rasa terkilan.
No problem...so, I have to go” Amier tidak mengambil masa yang lama untuk beredar dari tempat itu.
Honey. Who's that guy?” soal Joey.
Dia bangun mengekori Lisa yang sedang melangkah masuk ke bilik.
My cousin
“ O...really? He's so handsome....not like a malay guy...are you sure that he is your real cousin?” Ada nada cemburu dari jawapannya membuatkan Lisa tersenyum.
Honey.....don't be jealous ok!” pujuk Lisa sambil merapatkan dirinya di sisi Joey.
Lelaki itu terus memeluk tubuh Lisa. Senyuman menghiasi bibirnya, begitu juga Lisa.
I miss you” Joey semakin erat memeluk tubuh Lisa.
I miss you too” balas Lisa sebelum bibir mereka bertaut rapat.
Honey, berapa lama you nak temankan I di sini?” Lisa memandang wajah Joey, pelukan masih tidak dilepaskan. Joey termenung seketika.
“ Berapa lama you mahu I temankan you di sini?” soalan di balas soalan.
Lisa tersenyum. Sebenarnya sudah agak lama dia mengenali lelaki yang berasal dari Pulau Pinang  itu, namun hubungan mereka tidak dapat berjalan lancar memandangkan lelaki itu sudah beristeri. Mereka hanya melepaskan rindu bila hanya berkesempatan. Itu pun sekiranya Joey datang ke Kuala Lumpur kerana urusan perniagaannya dan Lisa bebas dari mengadakan sebarang pertunjukkan.

************

DARI jauh Amier sudah dapat melihat betapa mesranya pasangan itu. Malah masih sempat bercumbuan di dalam kereta sebelum beredar dari perkarangan apartment itu. Selama ini Amier cukup sangsi untuk mengetahui siapa sebenarnya Lisa. Sebelum ini dia tak pernah mengambil tahu sebarang aktiviti teman-teman wanitanya tapi bila memikirkan Lisa adalah saudaranya, elok juga jika dia menyelidik. Tambahan pula Datin Halijah asyik berpesan supaya dia menjaga kepentingan dan kebajikan anak sepupunya itu memandangkan dia berjauhan dari keluarga. Melihatkan gaya kehidupan gadis itu, Amier mengeluh panjang. Dia bersyukur kerana tidak terjebak dengan gadis itu lebih jauh.

*******************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...