Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

MENGGAPAI RINDU 8

oleh : Azieana

Bab 8
GINA yang baru keluar dari pantry berkerut dahi sambil memandang wajah Intan yang mencuka. Apa yang tak kena dengan perempuan ni? tadi elok aje dia keluar untuk jumpa client tapi kini muka nak jadi macam cuka nipah. Masam.
“ Apasal ni, muncung panjang sedepa!” Gina kehairanan.
“ Benci tau...kalau I tahu kena jumpa dengan lelaki miang macam tu....mati hidup semula pun I tak akan pergi” Intan meluahkan rasa geram sambil mengetap gigi. Gina tergelak kecil. Dia pun ada juga dengar cerita pasal En. Firdaus....agaknya betullah tu.
“ Oh ya! Bercakap pasal lelaki....you ada tamu. Dah lama dia tunggu you”  kata Gina.
“ Tamu? Kat mana?”
“ Dalam bilik you” selamba aje Gina mengukir senyum.
What?...kenapa you tak biarkan dia tunggu kat luar aje...kan kita ada ruang  menunggu. You ni pandai-pandai aje tau. Nanti kalau ada apa-apa yang hilang... I juga yang susah nanti” rungut Intan.
Sorry! I bukan sengaja tapi....” serba salah pula Gina nak memberitahu.
“ Tapi apa?” sergah Intan lagi.
“ Lelaki tu....” tersengih-sengih pula Gina ni. Geramnya.
“ Kalau Izzat, I tak kesah sebab papa dia ada syer dengan syarikat ni tapi kalau orang lain....” setahunya, bapa Izzat iaitu Pangeran Abu Samah mempunyai 30% saham dalam syarikat ini dan lelaki itulah yang mengaturkan pertukarannya ke sini.
“ Intan, kalau lelaki tu tunggu kat luar, staff-staff kat sini  terutama yang perempuan tak boleh buat kerja, asyik nak pandang muka dia aje” bisik Gina perlahan di telinga Intan.
“ Apasal? Dia ada masalahke?” takut pula Intan mendengarnya. Betul ke tak betul lelaki yang sedang menunggunya. Berkerut dahi Intan merenung wajah Gina yang tersengih.
“ Lelaki tu handsome sangat....I pun tergoda tau. That why I suruh dia tunggu  kat dalam bilik you. Katanya , dia kawan lama you!” beritahu Gina sambil mengangkat kening.
“ Ada-ada ajelah you ni. oklah...I nak jumpa dia sekarang!” Intan sudah pun mengatur langkah untuk ke biliknya.
That guy is so handsome and charming. I`m sure you pun boleh terpikat.  Lelaki tu lebih handsome dari Izzat tau” kata Gina sebelum berlalu membuatkan Intan tertanya-tanya. Tak sabar pula nak tahu siapa gerangannya.
Intan membuka pintu biliknya perlahan, langkah di atur dan matanya melilau mencari kelibat tetamu yang dimaksudkan oleh Gina tadi. Namun tumpuannya terhenti pada sekujur tubuh  yang sedang lena di sofa. Intan terkedu seketika menatap wajah itu. Lama juga wajah itu diamati dengan pelbagai perasaan. Nak dikejutkan tak sampai hati, nak dibiarkan dia pula yang tak selesa. Akhirnya dia keluar menuju ke pantry dan masuk semula ke bilik dengan membawa secawan kopi. Di letak perlahan di atas meja dan dia keluar semula menemui Gina.
“ Dah jumpa dengan guy tu?” tanya Gina sambil tersenyum.
Intan sekadar mengangguk. Hairan pula Gina melihat wajah Intan. Nampak resah.
So, you kenal tak lelaki tu?” tanya Gina seperti seorang pegawai penyiasat.
Intan mengangguk lagi.
Handsome tak dia?” tanya Gina lagi sambil merenung wajah Intan, cuba mencari reaksi. Berkerut dahinya merenung wajah Intan yang selamba itu. Tak dapat ditafsirkan apakah perasaan Intan sebaik saja melihat wajah lelaki itu.
Intan mengeluh perlahan membuatkan Gina benar-benar hairan. Tak kan Intan tak ada perasaan pada lelaki. Kalau tak ada apa-apa perasaan pada lelaki itu, perasaannya pada lelaki yang bernama Izzat tu macam mana? Setahunya dah lama mereka berdua berkawan. Pernah dia bertanya dengan Izzat mengenai hubungan lelaki itu dengan Intan.  Tanpa segan Izzat berkata yang dia cuma menunggu green light dari Intan saja. Dan setahunya anak Intan juga cukup mesra dengan Izzat. Malah siap memanggil lelaki itu dengan panggilan daddy.
Hey...what wrong with you, my dear?” Gina mula gusar melihat wajah Intan.
“ Sebenarnya ....I memang kenal dengan lelaki tu, tapi buat masa sekarang I tak sanggup nak ganggu dia” mendatar aje suara Intan.
“ Maksud you?”
He`s slepping. I tak tahu macam mana nak kejutkan dia. Nak tunggu kat dalam....I yang rasa tak selesa pulak”
“ Hm...tak selesa nak tenung dia lama-lama kan?” usik Gina menyebabkan Intan mencubitnya.
“ Gina...you nikan suka sangat usik I” Intan mengetap bibir. Gina tergelak. Seronok pula dapat mengenakan Intan.
“ Memang patut pun lelaki tu tertidur. Dah lama dia tunggu you. I dah cakap tak tahu bila you balik dari jumpa client tapi dia tetap berdegil nak tunggu....jadi, inilah padahnya” Gina masih lagi tergelak kecil.
“ Macam mana I nak buat?” tanya Intan buntu.  Segan pula dia nak masuk untuk mengejutkan lelaki itu.  Gina hanya mengangkat bahu.
“ Shyyy....En. Faisal datang, baik you masuk bilik.  Bukannya you tak tahu perangai lelaki tu....terpandang aje muka you....miangnya pasti datang!” bisik Gina bila terpandang wajah lelaki yang separuh umur sedang menuju ke arah mereka.
Intan cepat-cepat beredar sementara Gina pula kelam-kabut mencapai beberapa dokumen di atas meja.  Berpura-pura tekun menyemak.
Semasa Intan masuk semula , lelaki itu sedah pun terjaga. Matanya terus tertumpu pada wajah Intan yang turut memandangnya dengan tidak berkelip.
Sorry, I tunggu you sampai tertidur!” ujar lelaki itu. Dia tahu pasti Intan sudah melihat keadaannya sebentar tadi berdasarkan ada beg tangan dan secawan kopi di atas meja.
“ I yang sepatutnya minta maaf sebab membuat you tertunggu lama. Er...jemput minum, kopi tu masih lagi panas!” pelawa Intan dan segera mengambil tempat duduk di sofa yang mengadap wajah lelaki itu.
Lelaki itu memandang ke arah cawan kopi yang masih berasap. Sebenarnya, timbul rasa malu bila mengingatkan Intan yang sempat melihat keadaannya yang tertidur tadi. Dia tak tahu nak buat apa sepanjang berada di bilik itu, nak balik semula rasanya tak berbaloi sebab dia sudah nekad , masalah ini mesti diselesaikan dengan seberapa segera. Lelaki itu kemudiannya meraup wajah seketika. Intan sekadar memerhati.
“ En. Faris!” akhirnya Intan memulakan bicara.
Faris segera merenung wajah Intan yang nampak agak gelisah itu dengan sebuah senyuman. Mungkin Intan sudah dapat meneka  tujuan kedatangannya. Faris mencapai cawan yang berisi kopi itu, diteguk perlahan. Hm...sedap. Intan masih lagi melihat kelakuannya dengan ekor mata. Dari awal tadi, dia sudah memuji hiasan di bilik Intan, kemas dan menarik susun aturnya. Sejak dia mengenali Intan, dia tahu Intan sukakan kepada kekemasan.
“ Intan, I minta minta maaf kalau kedatangan I ni mengganggu you tapi ada perkara penting yang mesti kita bincangkan” kata Faris selepas meletakkan cawan di atas meja. Segar pula rasa selepas meneguk kopi tadi, hilang seketika rasa mengantuk walaupun rasa mengantuknya hilang sebaik saja melihat wajah Intan.
“ Tak ada perkara yang nak kita bincangkan lagi...semuanya sudah selesai dan berakhir. You dan I dah ada kehidupan masing-masing!” tegas Intan memberanikan diri merenung wajah Faris walaupun ada getaran di jiwanya.
Nope. Ada perkara antara kita yang belum dibincangkan lagi....ok....I mengaku, I yang salah tapi semua yang berlaku dulu bukan kesalahan I seorang....you dan mama juga bersalah!” Faris menarik nafas panjang. Memanglah kalau diingatkan apa yang telah berlaku dulu, semua kesalahan bukan terletak di atas bahunya seorang.
Intan tiba-tiba tersenyum. Serta merta wajah Datin Saidah, wanita yang anggun itu terbayang di matanya. Memang dia dan Datin Saidah turut memainkan peranan, namun dia benar-benar yakin hubungan mereka terputus kerana Datin Saidah yang banyak memainkan peranan. Wanita itu secara terang-terangan memang tidak menyukainya sejak pertama kali mereka bertemu kerana dia bukanlah pilihan wanita anggun itu.
Faris membetulkan kedudukannya. Intan sudah pun bangun berdiri. Sebenarnya dia sudah takut memikirkan keberangkalian perkara yang akan dibincangkan oleh Faris. Dadanya sudah berdegup kencang. Oleh itu dia sengaja menjauhkan diri dengan bangun dan melabuhkan punggung di kerusi yang mengadap meja empat segi, sengaja menyorokkan diri di balik timbunan beberapa dokumen.
“ Baiklah, biar I berterus terang tentang tujuan kedatangan I ke sini!”
Faris berdehem beberapa kali. Intan sudah mengetap bibir bila Faris sudah pun berdiri mengadap wajahnya.
“ I nak bincang pasal Aiman!” hampir tercekik Intan mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut Faris. Kerana terlalu terkejut, pen yang dipegangnya juga jatuh ke bawah. Terbeliak matanya merenung tajam wajah Faris yang nampak agak tenang duduk dihadapannya. Dalam hati sudah merungut, sesuka hati dia aje duduk sesuka hati tanpa di pelawa.
“ You nak bincang pasal Aiman? Apa yang you merepek ni?...Aiman tak ada kena-mengena dengan you, dia tu anak I! berapa kali I kena jelaskan pada you” tegas Intan, tanpa sedar dia sudah pun berdiri dengan mencerlung mata ke arah Faris yang sedang tersenyum sinis.
“ Ya, I tahu Aiman tu anak you....tapi dia juga anak I, darah daging I!” Faris tahu dia tak boleh terlalu bertegas. Dia mesti pandai mengatur kata supaya perkara yang sebenar akan terbongkar.
“ Macam mana you boleh begitu yakin mengatakan yang Aiman tu anak you? Masa kita berpisah dulu I tak  mengandung dan hubungan kita tak pernah baik. Macam mana I boleh mengandung anak you pulak?” tempelak Intan membuatkan Faris menggaru kepala yang tidak gatal. Memang diakui hakikat itu tapi ada satu yang dia benar-benar pasti, mereka  pernah` bersama` walau pun hanya sekali.
“ Intan, I betul-betul yakin yang Aiman tu anak I....I dah tanya penjaga di nursery. Aiman tu ber binkan  nama I, bukan lelaki lain. You patut terima hakikat itu...kenapa you takut?  Atau you nak I bawakan hal ini ke tengah dan kita boleh tentukan siapa papa Aiman tu melalui ujian DNA....”
Intan sudah berpeluh. Dalam diam dia sudah dapat mengagak yang lelaki itu sudah menyelidik hal ini terlebih dahulu. Dia tak dapat bayangkan bagaimana hal ini boleh menjadi begitu serius.  Sedar tak sedar dia sudah menarik nafas panjang. Terasa sesak nafas memikirkan hal ini. Dia dapat melihat wajah lelaki itu begitu tenang sedangkan dadanya seakan meletup bila memikirkan kesudahan hal ini kalau ianya terus berlanjutan.
Fine....I mengaku....Aiman tu anak you tapi dia tetap anak  I yang mutlak.  You tak boleh merampas dia dari I!”  akhirnya Intan terpaksa mengakui hakikat itu. Tak kan selamanya dia dapat menyembunyikan hal ini.
Faris sudah tersenyum lebar tanda kemenangan. Dia sudah berpuas hati dan rasanya penantian dia hari ini cukup berbaloi. Entah kenapa jiwanya terasa begitu tenang. Tak pernah dia merasa setenang hari ini.
“ I tak ada niat nak merampas Aiman dari you kerana I tahu dia anak you.  I cuma nak kenal dia dan I nak dia tahu yang I papa kandungnya. I tak nak selamanya dia menganggap Izzat sebagai daddynya sedangkan  papa kandungnya masih hidup!”  kata Faris cuba memujuk Intan agar memahami maksudnya.
“ Faris, you dah ada kehidupan you sendiri. You ingat I tak tahu yang you terus kawin dengan Arianna sebulan selepas kita berpisah.  You tak pernah fikirkan perasaan I sepanjang kita kenal. Dan pastinya sekarang you sedang hidup bahagiakan!.....bagi I, Aiman satu-satunya harta yang I ada, keluarga I dah lama menyisih dan melupakan I  sejak kejadian hari itu. .....cuma Izzat satu-satunya lelaki yang sentiasa hadir menghulurkan bantuan untuk I. Tanpa dia dan keluarganya, I tak tak tahu apa akan jadi pada I!”
 Intan sedaya upaya menahan sebak. Terpaku Faris mendengar dan melihatnya.  Tanpa sedar keadaan mereka begitu rapat. Bila masanya Faris berada di sebelahnya tidak Intan sedari. Intan cuma tersedar bila merasakan ada tangan  memeluk tubuhnya.
“ Faris....”
Intan cuba menjauh. Baginya, Faris tak ada hak untuk menyentuhnya sesuka hati, apalagi ingin memeluknya walaupun untuk sekadar memujuk.  Mereka bukan ada sebarang ikatan yang sah. Panggilan Intan itu menyedarkan Faris akan tindakannya. Sebenarnya dia sendiri tidak sedar akan tindakannya. Entah kenapa, ringan saja tangan sasanya memeluk tubuh Intan untuk memujuk.
Please....tolong jangan ganggu hidup I dan Aiman lagi. Biarlah kami hidup bahagia!” Intan seakan merayu. Dia cuba mengelak air mata dari terus gugur.  Dia mahu kelihatan hebat di mata lelaki itu. Dia mahu lelaki itu tahu bahawa kehadiran lelaki itu tiada sebarang erti buat dia kerana dia sudah memiliki Aiman dan dia mahu memiliki Aiman sepenuhnya, tanpa perlu berkongsi dengan lelaki itu.
“ Intan, I nak betulkan kesilapan I yang dulu dan I nak Aiman memanggil I papa, bukan lelaki lain!” pujuk Faris lembut membuatkan Intan terkesima. Benar-benar terkejut. Seakan tak percaya yang kata-kata itu keluar dari mulut Faris. Intan cuba focus pada kata-kata Faris tadi . “I nak you kembali pada I”. Betulkah apa yang didengarnya?
“ You nak I kembali pada you kerana Aimankan?....tak ada gunanya, Faris. I tak akan kembali pada you....tak akan. ...dan selamanya, tak akan!” Intan bertegas. Tak ada gunanya dia kembali pada lelaki itu kalau untuk menambah luka.
“ I tetap akan bertegas....sama ada you suka atau tidak, I akan pastikan you kembali pada I”  tegas Faris membuatkan bulat mata Intan merenung wajah tegang lelaki itu.
“ You dah gila agaknya” tempelak Intan sambil ketawa kecil. Sengaja menutup debaran di dada. Takut benar kalau lelaki itu benar-benar mengotakan kata.
“ Terpulang.....tapi ingat, I akan lakukan apa saja untuk dapatkan you dan Aiman kembali” kata Faris dengan wajah tegang. Rasa tercabar dengan sindiran Intan tadi. Merah padam wajahnya merenung wajah Intan yang mula menggelabah. Dia sudah takut untuk membalas renungan tajam lelaki itu.
Faris terus berlalu  tanpa mengucapkan sebarang kata membuatkan Intan tercengang. Benar-benar terkejut dengan tindakan Faris yang sempat menyentuh wajahnya sebelum pergi.  Perlahan-lahan Intan menyentuh pipinya, kesan sentuhan tangan lelaki itu. Wajahnya terasa panas tiba-tiba.  Tidak dapat ditafsirkan apa perasaannya saat ini.
****************


1 comment:

  1. ermm..akhirnya Intan mengaku..yg aiman tu anaknya ngan Faris..
    Faris..terus terang aje yg awak ngan Ariana tu xde sebarang ikatan pun...
    jgn bg Intan salah sangka...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...