Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

MENGGAPAI RINDU 7

oleh : Azieana


Bab 7
INTAN melangkah lambat ke meja yang di huni oleh Faris. Sebaik saja lelaki itu terpandang wajah Intan, dia segera bangun sambil melemparkan senyuman.
“ Jemput duduk” pelawa Faris sambil menarik kerusi untuk Intan. Intan hanya menelan liur dengan sikap Faris. Gentleman. Belum pun sempat mereka bersuara, pelayan sudah muncul untuk mengambil pesanan.
“ You nak minum apa?” tanya Faris memandang sekilas wajah Intan selepas  menatap menu yang di bawa oleh pelayan tadi.
Juice oren” balas Intan ringkas.
 “ Makan?”
No, thanks
Give me 2 fresh orange” Faris segera membuat pesanan.
Sebaik saja pelayan tadi beredar, Faris terus menatap wajah Intan yang mula resah. Sebuah senyuman terukir di bibir lelaki itu membuatkan Intan makin resah.
“ Inilah kali pertama I dapat tatap wajah you setelah sekian lama. Ternyata...you makin cantik!” terasa panas muka Intan menerima pujian itu. Rasa segan pun ada membuatkan Intan tak selesa duduk sambil mengadap wajah Faris.
“ Hey! Kenapa ni?...you nampak resah aje!....you takut dengan I ke?” Faris ketawa kecil sambil merenung wajah Intan yang mula merona merah. Dia betul-betul gembira dengan pertemuan ini.
“ I cuma akur  pada permintaan you dulu. You  kan tak mahu jumpa dan pandang wajah I selepas kita berpisah. Permintaan you masih segar dalam ingatan I seolah-lah baru semalam  ianya berlaku!” Intan mendengus perlahan membuatkan wajah Faris yang tadinya ceria berubah muram.
“ Intan...I`m sorry. Sebenarnya I tak maksudkan begitu tapi...ya....I tengah marah dan you yang paksa I bertindak begitu...kalau boleh, I nak you lupakan apa yang pernah I ucapkan dulu” kata-kata Faris membuatkan Intan tersenyum.
“ Begitu  mudah you nak I lupakan semua itu? Tak....tak....sampai bila pun I tak akan lupa. You tak pernah pun nak fikir apa yang akan berlaku akibat kata-kata you dulu....you tak tahu apa yang berlaku pada I selepas itu.....I ingatkan selamanya I tak akan jumpa you....”
Intan mula sebak. Sebolehnya dia mahu mengelak air mata dari terus gugur. Kalau boleh dia mahu tunjukkan pada lelaki itu bahawa dia cukup kuat untuk mengharungi badai yang bakal mendatang.
“ Tapi takdir yang menemukan kita semulakan. Mungkin  you tak percaya kalau I katakan yang I tak pernah lupakan you sejak kita berpisah!”
 Intan tergelak kecil. Rasa lucu mendengar kata-kata itu diutarakan. Baru sebentar tadi hatinya sebak, kini dia boleh ketawa kecil. Pelikkan! Betulkah lelaki itu mengatakan tidak pernah melupakannya tapi dalam sekelip mata sudah ada penggantinya.
“ You memang tak percayakan....ok...I tak salahkan you” Faris mengeluh perlahan. Rasa kesal kerana kata-katanya tidak diendahkan. Intan menganggap bahawa kata-katanya itu suatu gurauan walaupun itu adalah satu hakikat yang tidak pernah dibohongi. Perbualan mereka terhenti bila pelayan datang membawa minuman.
So, En. Faris...lebih baik kita cakap tujuan asal you call untuk berjumpa dengan I...apa yang you nak cakapkan?”
Intan sudah tidak mahu memanjangkan cerita. Faris mendengus perlahan. Mungkin rasa sedikit kecewa dengan sikap Intan. Dia menyandarkan badan di kerusi sambil tangannya mengetuk-ngetuk perlahan meja.  Sengaja membiarkan Intan tertunggu-tunggu.
“ Baiklah...I akan berterus-terang sekarang. Aiman tu sebenarnya anak I kan?” Intan terbatuk-batuk akibat tersedak. Nasib baik tidak tersembur jus oren yang disedutnya sebentar tadi. Kalau tidak habis terkena muka Faris.
“ Aiman anak you?...Fakta apa yang you dapat ni....jangan nak merepek  kat sini, boleh tak!”
 Intan bersuara agak kasar. Marah betul mendengar kata-kata Faris tadi.
“ Intan...dengar dulu apa yang I nak cakap...” Faris cuba memujuk. Terkejut juga dia melihat Intan tiba-tiba melenting marah.
“ You nak cakap apa lagi?  Aiman tu tak ada kena mengena langsung dengan you....dia anak I” Intan bertegas. Wajahnya sudah merah menahan marah.  Beberapa orang pelanggan yang ada berdekatan mereka sudah menoleh beberapa kali.
“ Memang Aiman tu anak you tapi I ni bapanya kan?” Lagi pun dia amat yakin dengan apa yang dicakapkan. Faris cuba bersikap setenang yang boleh. Dia tak mahu perbincangan mereka mengganggu pengunjung lain.
“ Apa yang you mengarut ni?...cukuplah sekali I tegaskan, Aiman anak I dan dia tak ada kena-mengena pun dengan you” Intan mula berang. Malah, tanpa sedar dia sudah pun bangun dan berdiri mengadap wajah Faris dengan wajah menyinga.
“ Habis....Aiman tu anak you dengan lelaki yang bernama Izzat? You ingat I tak tahu pasal hubungan you dengan lelaki tu?” kata-kata Faris membuatkan Intan menelan liur. Wajahnya bertukar menjadi pucat. Faris sudah mampu tersenyum.
Sorry, I rasa pertemuan kita berakhir di sini. I harap you tak akan ganggu hidup I dan Aiman lagi selepas ni” Intan sudah nekad untuk beredar. Dia sudah tidak betah duduk berhadapan dengan lelaki ini lagi. Perkara yang paling ditakuti akan berlaku kalau dia terus berada di situ.
Wait....I belum habis cakap lagi...” Faris bangun. Masih sempat memengang tangan Intan supaya tidak terus beredar.
No. I dah habis cakap dan tolong pegang janji you...tak mahu jumpa dan pandang I lagi” kata Intan tegas cuba menahan rasa sebak. Dia perlu keluar dari tempat itu dengan segera sebelum hatinya jadi lemah dengan pujukan lelaki itu.
“ Intan...” panggilan Faris tidak diendahkan. Intan terus melangkah laju keluar dari restoran itu membuatkan hati Faris mula membengkak.

***************

INTAN benar-benar terkejut dengan kemunculan Izzat pada malam itu. Lelaki itu kelihatan santai dengan mengenakan t`shirt dan seluar jean.
Come in!” pelawa Intan.
Aiman yang menyedari kemunculan Izzat segera berlari mendapatkan Izzat. Tubuh lelaki itu dipeluk erat sambil diperhati oleh Intan dan kak Bedah dengan senyuman. Dia tahu Aiman memang merindui lelaki itu. Apa tidaknya, sejak Aiman lahir lelaki itu sudah diangapnya bapa. Kak Bedah sendiri tak pernah bertanya siapakah bapa kandung Aiman yang sebenarnya kerana dia tahu dia tak perhak untuk masuk campur dalam urusan peribadi Intan.
Izzat melabuhkan punggung di sofa dan Intan turut mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan lelaki itu sambil melihat lelaki itu melayan kerenah Aiman. Banyak pula soalan yang ditanya oleh Aiman untuk Izzat sampai tak menang Izzat nak menjawab. Intan hanya tersenyum melihat gelagat mereka, begitu mesra melihat Aiman yang duduk di atas ribaan Izzat sambil bermain dengan alat permainan yang baru dihadiahkan oleh Izzat sebentar tadi.
“ You masih marahkan I lagi?” soal Intan sambil merenung wajah Izzat yang asyik melayan Aiman bermain.
“ Kalau I marah...I tak akan datang jumpa you....I`m sorry!” balas Izzat sambil merenung wajah Intan bersama sebuah senyuman. Intan membalasnya sambil tersenyum. Lega.
“ I yang sepatutnya minta maaf dengan you kerana I telah menyakiti hati you” Intan bersuara. Lelaki itu tidak bersalah dalam hal ini. Untuk apa dia minta maaf.
“ I yang cepat terasa hati. Kalau I merajuk pun bukan you nak pujuk” kata Izzat membuatkan Intan tersentak. Terkejut. Namun Izzat cepat- cepat tergelak.
“ I sayangkan you dan Aiman....itu sebabnya I jauhkan diri sedangkan ketika itu hati I benar-benar terseksa menahan rindu!” kata Izzat sambil tersengih membuatkan Intan pula tertunduk malu. Dia juga merindui lelaki itu.
“ Jangan buat macam ni lagi tau....dah banyak kali you buat I risau. You ingat I tak pernah pedulike tentang perasaan you?....I care about you, really care tapi....”
“ Ok. Kita lupakan aje pasal hal ni.  jom kita keluar....dah lama kita tak keluar bersama. Aiman nak keluar tak?” Izzat memeluk erat tubuh Aiman. Aiman segera mengangguk sambil memeluk erat leher Izzat. Sebuah ciuman di hadiahkan buat lelaki itu membuatkan Intan benar-benar rasa terharu.
“ Intan...pergilah bersiap...ajak kak Bedah sekali” kata Izzat.
**************

GINA tersenyum di muka pintu bilik Intan sejak 5 minit yang lalu. Begitu asyik dia melihat Intan yang sedang melayan perasaan. Dia sedar, sejak kebelakangan ini Intan banyak berkhayal.
“ Hello...”
 Gina bersuara sambil mengetuk pintu bilik Intan beberapa kali membuatkan Intan benar-benar terkejut. Terpingga-pingga dia merenung wajah Gina yang sedang tersenyum lebar. Sukalah tu dapat mengenakan dia.
“ Kenapa dengan you ni? macam ada masalah je” Gina yang sudah pun berada di hadapan Intan segera betanya sambil duduk di kerusi mengadap wajah Intan.
“ Betulke muka I ni macam muka orang yang bermasalah?” soal Intan sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah mukanya.
Gina ketawa kecil. Sejak Intan berkerja di syarikat itu, dia adalah orang yang paling rapat dengan Intan walaupun mereka berlainan bangsa dan agama.
“ Tindakan you tu yang menampakkan you ni ada masalah. Apa dia? Cuba beritahu I...kalau I boleh tolong, I akan tolong tapi kalau tak dapat I tak boleh nak buat apa”
Intan tersenyum dengan sikap perihatin Gina. Dia tahu dia boleh percayakan Gina, Gina tak suka bergossip macam beberapa staff yang lain. Gina yang masih duduk mengadap wajah Intan masih sabar menanti tindakan dari Intan.
“ Sebenarnya I sendiri masih bingung dengan masalah I ni...jadi nak cerita pun susah, tapi I janji....kalau I nak cerita hal ini....you akan jadi orang pertama yang muncul dalam senarai. Sekarang, tolong jangan tanya apa-apa...ok?” kata Intan sambil melepas keluhan panjang.
“ Ok. I hormati pendirian you. Hmm...tapi jangan lupa, kejap lagi kita ada mesyuarat. Jangan asyik duk layan masalah you tu....nanti gaji you kena potong” Gina sempat membuat lawak sebelum beredar dari bilik Intan.
************

DATIN SAIDAH yang baru pulang dari shopping meletakkan beberapa paper bag di atas meja sebelum melabuh punggung di sofa melepaskan penat. Seharian dia keluar membeli belah  dan memanjakan diri di SPA bersama beberapa orang kawan.
“ Supiah....” Datin Saidah memanggil nama pembantu rumah Indonesia.
“ Ada apa Datin” termengah-mengah Supiah muncul di hadapan majikannya. Takut betul dia kalau disergah kalau lambat datang bila dipanggil.
“ Mana semua orang?...Datuk dan Faris?” tajam mata Datin Saidah merenung kearah Supiah yang tertunduk.
“ Datuk baru aje keluar jumpa teman...En. Faris udah lama keluar, juga jumpa teman” beritahu Supiah.
Datin Saidah merenung wajah Supiah sambil mendengus kasar.
“ Baiklah...awak angkat semua barang-barang ni...letak dalam bilik” arah Datin Saidah tegas membuatkan Supiah mengangguk laju dan mengambil semua barang-barang Datin Saidah dan di bawa ke tingkat atas.
Datin Saidah mengeluh seketika. Teringat dia pada Datin Normala semasa mereka berjumpa di butik tadi. Kecoh mulut wanita itu menceritakan tentang kemeriahan rumahnya apabila dikunjungi oleh anak menantu serta cucu-cucunya. Tiba-tiba dia mengenangkan dirinya. Sunyi dan sepi. Nak harapkan kehadiran cucu, jauh sekali. Sampai sekarang Faris masih lagi sendiri. Mungkin dia juga yang silap. Kalau bukan kerana dia, pasti Faris dapat hidup bahagia sekarang.
**************

2 comments:

  1. mesti mk datin tu yg menyebabkan Intan n Faris berpisah..
    sesal dulu pendapatan..sesal kendian...huhuhu
    tanggunglah akibatnya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...