Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

MENGGAPAI RINDU 6

oleh : Azieana


Bab 6
INTAN tidak dapat memberikan tumpuan pada kerja. Sejak kajadian hari itu, sudah 2 minggu Izzat menghilangkan diri. Dia dah cuba menghubungi lelaki itu , namun gagal. Aiman pula asyik bertanyakannya tentang Izzat. Bingung Intan dibuatnya.
“ Anna, Izzat merajuk lagi dengan I!” semalam Intan menghubungi Joanna dan telah menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.
“ Kenapa you masih tak boleh nak terima dia? Takkan you masih meragui perasaan dia terhadap you?” Joanna bertanya. Suaranya agak keras membuatkan Intan sedikit tersentak.
“ Anna, I tak pernah sedikit pun meragui perasaan dia terhadap I, I tahu dia memang ikhlas terhadap I....tapi yang jadi masalahnya adalah I....I sendiri tak yakin dengan perasaan I ....tambahan pula sejak I bertemu semula dengan Faris....I jadi makin keliru” beritahu Intan tentang apa yang sedang dialaminya.
“ You cintakan Faris ke?” tanya Joanna agak sinis.
“ Cinta?...nonsense.  Tak ada istilah cinta antara kami” Intan bersuara dengan perasaan gementar. Kedengaran suara Joanna mengeluh di hujung talian.
“ Habis tu? Apa masalahnya yang membuatkan you keliru ni! I tak faham.” Gesa Joanna geram dengan sikap Intan.
“ You tak faham perasaan I sebab you tak berada di tempat I” lirih aje kedengaran suara Intan.
Joanna sekali lagi mengeluh.
“ Sebab I faham lah I cuba nasihatkan you....sampai bila you nak biarkan Aiman tidak berbapa? You jangan fikirkan perasaan you sahaja....you kena juga fikirkan perasaan orang lain....perasaan Aiman terutamanya”
Intan terdiam. Memang betul kata Joanna, baginya Aiman adalah orang yang paling penting dalam hidupnya. Selalu Aiman bertanya kenapa daddy Izzat dah lama tak datang berjumpanya. Dia tahu Aiman begitu merindui daddy Izzat nya.
“ Sudahlah....you tak payah nak serabutkan kepala otak you fikirkan pasal abang Izzat. Abang Izzat memang macam tu...bukannya you tak kenal dia, bila rajuknya hilang....dia pasti akan jumpa atau hubungi you nanti!” pujuk Joanna yang cuba menenangkan perasaan Intan.
Dalam hati Joanna merungut sikap Intan. Kalau Izzat tiada dia risau, kalau Izzat dah ada depan mata, tidak pula diendahkan. Intan....Intan....sampai bila you nak macam ni, tak sangka you ni ego juga rupanya. Joanna mengeleng kepala.
“ Puan Intan....Puan.....” suara Maria di muka pintu segera mematikan lamunan Intan.
“ Ya, Maria....ada apa?” Intan memandang wajah Maria yang sedang tersenyum.
“ Datuk Safuan minta saya serahkan fail ni kat Puan, katanya puan ada minta fail ni semalam” Intan merenung seketika wajah Maria yang merupakan PA pada Datuk Safuan.
“ Oh...sorry,  saya hampir terlupa pasal fail ni...thanks” sebaik sahaja menyerahkan fail itu, Maria segera beredar.
Intan hanya memandang sekilas fail yang berada di atas meja, entah kenapa dia tak ada mood untuk melihatnya sedangkan fail itu cukup penting untuk disemak.

**************

FARIS  baru sahaja mengidupkan enjin kereta bila telefonnya berbunyi.
“ Assalamualaikum....”
“ Waalaikumussalam. Faris, boleh tolong akak tak?” pinta Suraya yang merupakan kakak sepupu Faris dihujung talian.
“ Tolong apa tu, kak Su?” tanya Faris hairan.
“ Tolong ambil Syuhada kat tadika....kak Su kena stay kat office sampai jam 8 malam...abang Zamri pula outstation” suara Suraya kedengaran begitu risau.
“ Ok....nanti Faris pergi ambil” Faris memberi persetujuan.
“ Alhamdulillah...thanks. Nanti akak singgah rumah Faris untuk ambil Syuhada nanti ya!, thanks again”  talian dimatikan.
Faris mengeleng kepala perlahan. Banyak kali juga dia jadi tukang ambil anak Suraya di tadika bila Suraya ada kerja. Dia tak kesah pun sebab dia pun suka dengan kerja partime tu. Lagi pun Syuhada tu agak mesra dengannya. Baginya itu tak jadi masalah.
Syuhada segera mendapatkan Faris sebaik saja Faris melangkah masuk ke dalam perkarangan tadika itu. Seorang gadis sedang berdiri di muka pintu sambil memerhati. Gadis itu sudah pun mengenali Faris setelah beberapa kali Faris mengunjungi tempat itu untuk mengambil Syuhada. Dia sempat mengukir senyum ke  arah Faris. Dia tertunduk malu bila senyumannya dibalas oleh Faris.
“ Yang lain semuanya dah balikke?” ramah pula Faris bertanya pada Fatina yang masih berdiri di muka pintu tadika itu.
“ Hm....nampaknya tinggal Aiman sorang aje!” ujar Fatina sambil mengalih pandang ke tempat permainan.
Pandangan Faris terus ke arah kanak-kanak lelaki yang sedang bermain buaian seorang diri. Berkerut dahinya merenung ke arah kanak-kanak itu.
“ Syuhada tak kawan dengan Aiman ke?” tanya Faris sambil memandang wajah Syuhada yang ketika itu sedang memandang  ke arah Aiman. Syuhada hanya mengangguk perlahan. Aiman pula dilihatnya begitu asyik bermain seorang diri tanpa mempeduikan orang lain.
“ Syuhada, jom kita jumpa dengan Aiman kejap” Faris memengang tangan Syuhada dan memimpinnya menghampiri Aiman.
“ Aiman, kenapa tak balik lagi?” tegur Faris memandang budak kecil itu.
Aiman segera mengamati wajah Faris. Dia diam. Dia masih ingat pesanan mamanya supaya tidak bercakap dengan uncle yang pernah dia jumpa dulu.
“ Aiman, lain kali mama tak nak Aiman cakap pasal uncle hari tu....kalau boleh mama tak nak Aiman jumpa dia, faham?” kata-kata Intan beberapa yang lepas masih kekal dalam ingatan Aiman.
“ Aiman masih ingat uncle lagi?...kita pernah jumpakan!”  Faris duduk mencangkung supaya dapat menyamai ketinggian Aiman yang sedang berada di buaian.
Aiman mengangguk perlahan sambil mengukir senyum.  Faris begitu terpesona melihat senyuman itu.  Entah kenapa dalam diam, timbulnya rasa sayang pada kanak-kanak itu setiap kali dia memandangnya.
“ Tadi mama dia ada call...katanya jemput Aiman ni lambat sikit sebab dia ada kerja. Kesian Aiman....selalu aje balik lambat” Fatina yang sudah menghampiri mereka bersuara..
“ Er...daddy Aiman tak datang jemputke?” soal Faris hairan. Terbayang wajah lelaki yang di panggil daddy di wajah Faris. Takkanlah ayah Aiman tak datang jemput kalau Intan pulang lambat. Tak kesianke mereka pada Aiman.
Pertanyaan Faris membuatkan Fatina memandangnya.
“ Sebenarnya Aiman ni....”
 Fatina tidak sempat menghabiskan ayat bila sebuah kereta Proton Persona sudah berhenti di belakang kereta Faris. Seorang perempuan keluar dari kereta itu dan segera masuk ke dalam tadika itu. Langkahnya segera menghala ke arah Aiman. Dia agak terkejut melihat wajah Faris di sisi Aiman.
“ Pn. Intan...” Fatina bersuara.
“ Maaf sebab menyusahkan awak Tina...saya ada hal kat office tadi....tu yang datang ambil Aiman lewat. Terima kasih ya sebab tolong jagakan Aiman!” Aiman segera turun dari buaian dan mendapatkan Aiman.
“ Maafkan mama, sayang!” Intan mencium kedua-dua pipi Aiman sambil diperhatikan oleh Faris.
“ Er...you datang ambil anak juga ke?” mata Intan terarah pada wajah Syuhada yag berdiri di sisi Faris.
“ Tak...ini anak sepupu I. Kakak sepupu I tak dapat ambil kerana dia ada hal...ada la beberapa kali dia minta tolong I”  Faris bercerita.
 Intan hanya mengangguk perlahan.
“ Kenapa you tak minta husband you jemput aje kalau you lambat balik kerja, kesian I tengok  Aiman tadi...”
 Intan terpaku. Dia hanya menelan liur. Fatina awal-awal lagi sudah meminta diri kerana tugasnya dah selesai. Banyak perkara lain yang dia kena uruskan.
“ Mama...kenapa daddy dah lama tak datang jumpa Aiman?” tiba-tiba Aiman bersuara. Benar-benar mengejutkan Intan dan Faris.
“ You ada masalah dengan husband you ke?” tanya Faris melihat wajah pucat Intan.  Intan nampaknya tertekan dengan soalan itu.
Sorry, I balik dulu....jom Aiman...” Intan segera menarik tangan Aiman kasar membuatkan Faris berkerut dahi. Benar-benar hairan dengan perubahan sikap dan tingkah laku Intan. Seperti ada sesuatu yang sedang disembunyikannya.

*************

HARI minggu Intan mengambil peluang berehat di rumah sambil melayan kerenah Aiman. Kalau dulu Izzat selalu datang dan mereka akan keluar bersama. Kini, sebulan hubungan mereka terputus. Intan jadi risau, nak hubungi orangtua Izzat, dia tak sanggup. Apa pula tanggapan mereka nanti.
“ Mama....kenapa daddy tak datang jumpa Aiman?”
Aiman menghampiri Intan dan sekaligus mematikan lamunan Intan. Intan segera meriba Aiman. Tubuh Aiman dipeluk erat.
“ Daddy tak dapat datang jumpa Aiman sebab daddy sibuk...daddy kerja. Nanti kalau daddy datang...kita ajak daddy jalan-jalan, nak?” Intan mencium kepala Aiman.
Aiman mengangguk perlahan.
“ Intan, ada panggilan telefon untuk Intan” kak Bedah muncul sambil menghulurkan telefon bimbit yang masih berdering untuk Intan.
“ Terima kasih, kak Bedah” sambut Intan sebelum kak Bedah berlalu. Berkerut dahinya memandang nombor yang tertera di skrin. Tidak diketahui siapa pemanggilnya.
“ Hello ...nak cakap dengan siapa?” berhati-hati Intan bersuara.
“ Intan, I...Faris” terkedu seketika Intan mendengar nama itu. Betulke apa yang sedang didengarnya. Bukan mimpi?
“ Faris?” Intan cuba mencari kepastian.
Yes...I`m Faris” memang sah lelaki itu yang menelefonnya.
“ Er....macam mana you dapat nombor phone I ni?” tanya Intan dengan perasaan berdebar. Aiman yang sedang mewarna buku lukisan di pandangnya.
“ Itu tak penting tapi ada perkara lain yang lebih penting untuk I tanyakan pada you. Boleh kita jumpa?” kata Faris agak tegas membuatkan Intan makin resah. Pelbagai persoalan bermain di minda.
“ Terlanjur you call ni...lebih baik you cakap sekarang apa yang you nak cakap”  Intan tak ada mood untuk memanjangkan bicara. Terdengar keluhan Faris di hujung talian.
“ Kerana perkara pentinglah I nak jumpa you....sekejap aje!” gesa Faris membuatkan Intan pula mendengus kasar.
“ I.....” serba salah Intan mahu menurut permintaan lelaki itu.
“ Kalau you susah nak keluar....I datang jemput you kat rumah” Faris menawarkan diri.
“ Ok...kita jumpa. I datang sendiri. Kat mana you nak jumpa?”
“ You yang tetapkan tempatnya” kata Faris.
Tanpa berlengah Intan segera memberitahu tempat yang akan jadi tempat pertemuan mereka nanti. Kalau boleh dia tak mahu Faris tahu di mana tempat tinggalnya.
“Nanti kita jumpa petang nanti....I`m waiting!” Faris segera memutuskan talian.
Intan terdiam. Hatinya tiba-tiba dipagut resah yang amat. Bimbang apa yang bakal dibincangkan nanti adalah perkara yang paling ditakutinya.
**************

1 comment:

  1. nape Intan takut sgt nk jumpa Faris..
    ada rahsia yg dia sembunyikan dr Faris ke??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...