Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

MENGGAPAI RINDU 5

oleh : Azieana

Bab 5
FARIS menyandarkan  badan di kerusi empuk. Dia melepaskan keluhan. Mesyuarat yang baru dihadiri tadi baru aje selesai tapi rasanya tak satu pun yang masuk dalam kepala sedangkan hati dan fikirannya tertumpu pada benda lain. Jenuh dia menunggu sehingga mesyuarat itu selesai.
Apa yang menjadi agenda utamanya sekarang adalah Intan. Yang pasti wajah Intan sudah memenuhi segenap ruang fikirannya. Dia masih ingat bagaimana kalutnya Intan keluar dari restoran tempohari semasa melihat dia bersama-sama dengan Elani.
“ Tapi kenapa wajah dia sentiasa hadir dalam ingatan dan nama gadis itu sentiasa ada dalam fikirannya sedangkan dia tahu bahawa sekarang gadis itu sudah berpunya, malah dia sudah bahagia. Tak mungkin aku dan Intan dapat bersama semula!” Faris meraup wajahnya beberapa kali.
Tiba-tiba telefon bimbit dia atas meja berbunyi. Segera telefon itu di ambil dan dia mengukir senyum melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya.
“ Hello, Rya...apa khabar?....I?, macam biasa. Hmm...ok. nanti kita jumpa petang ni , tempat biasa jam 5 petang. Bye”
Faris mematikan talian.
Sebagaimana yang dijanjikan, Faris sampai di restoran jam 5.15 minit. Arianna sudah pun menunggu sambil tersenyum. Ceria aje wajah gadis yang berada di hadapannya.
Here....present for you!”
Arianna segera meletakkan paper beg di atas meja.  Faris menjenguk seketika isi kandungannya. Dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Setiap kali gadis itu berada di luar negara, pasti dia akan menghadiahkan sesuatu untuk Faris sebagai tanda kenangan. Faris pernah menolak pemberian dari Arianna, namun gadis itu tetap bertegas mahu Faris menerimanya.
“ Kalau you sayangkan I dan anggap I ni kawan you, you mesti terima. Kalau tak ,kita tak perlu kawan ...atau pun berjumpa lagi selepas ini!” Arianna bertegas. Jadi, apa jua hadiah yang diberikan oleh Arianna di simpan dengan elok.
“ How`s Milan?”
Well...nice. Next month I ada show kat Paris untuk pertunjukkan musim bunga” Arianna begitu teruja dengan kerjayanya sebagai model terkenal di luar negara. Faris  hanya senyum.
 Mereka segera memesan hidangan untuk makan petang.
“ Bagaimana kehidupan you sekarang? Dah jumpa apa yang you cari?”
Arianna menyedut perlahan jus oren. Berkerut dahinya melihat wajah Faris yang sudah bertukar.
“ Kenapa ni? mama you buat hal lagi ya?”
Arianna sudah tergelak melihat wajah cemberut Faris. Bukan dia tak kenal dengan perangai Datin Saidah. Dulu pun, dia mengenali Faris melalui wanita itu sehingga mereka berkahwin tapi hanya sempat bertahan selama 3 bulan sahaja kerana tidak ada keserasian sebagai hubungan suami isteri. Jadi mereka berdua memilih untuk berpisah. Tak sangka, selepas berpisah hubungan mereka menjadi lebih mesra dan rapat.
Arianna menaikkan keningnya hairan bila tiba-tiba senyuman Faris hilang. Arianna turut memandang ke arah sudut yang dilihat oleh Faris. Berkerut dahinya melihat pasangan suami isteri bersama seorang lelaki. Apa hubungan mereka dengan Faris sehingga Faris berubah laku. Tadi boleh senyum, tapi sekarang sudah murung seperti laki yang sudah mati bini aje. Arianna dan Faris masih tetap memandang ke arah pasangan itu yang baru saja mendapat tempat duduk. Kini mereka sedang membuat pesanan.
Who`s that?” tanya Arianna hairan.
“ Someone” Faris menjawab selamba dan kembali merenung pudding caramel di hadapannya.
“ Ya...I tahu, tapi apa kena mengenanya mereka dengan you?...wajah you tiba-tiba aje berubah sebaik saja nampak mereka!”
Arianna merenung wajah Faris yang agak muram. Selamba aje dia terus menyuapkan puding ke dalam mulut, dikunyah perlahan. Arianna memandang wajah Faris.
Hello! I`m waiting” Arianna melambai-lambai tangannya di hadapan Faris. Geram juga dengan sikap Faris yang seakan sengaja melengah-lengah masa sedangkan hatinya dah tak sabar ingin mengetahui perkara sebenar.
“ I tak ada mood nak cerita sekarang, lain kali boleh?” selamba aje Faris bersuara.
 Arianna mendengus perlahan. Terpaksa menahan sabar. Tak kan dia nak paksa kalau yang empunya diri tetap tidak mahu bercerita. Namun dia yakin ada perkara penting yang disembunyikan oleh lelaki dihadapannya ini.
“ Rya, I nak pergi toilet kejap”
Faris segera bangun. Di pertengahan jalan dia bertembung dengan Intan.
“ Uncle”
 Suara kanak-kanak yang sedang dipimpin oleh Intan itu menarik perhatian Faris. Faris segera tunduk dan mengadap wajah Aiman. Senyuman terukir di bibir Faris, begitu juga Aiman. Entah kenapa, setiap kali memandang wajah anak Intan, dia rasa terhibur dan bahagia.
“ Comel anak you....” Faris mendongak, memandang wajah Intan yang sedang gelisah.
“ Siapa nama?”
Faris kembali merenung wajah Aiman.
“ Aiman”
 Aiman tersengih menampakkan barisan gigi putih yang tersusun cantik.
“ Hm...uncle suka nama tu....cute, macam orangnya”
 Faris mencuit hidung Aiman. Aiman tersipu malu. Dia segera menggenggam erat tangan Intan sambil memandang wajah Faris.
“ Aiman, jom...mama bawa Aiman pergi toilet. Daddy dah lama tunggu kat sana” Intan segera menarik tangan Aiman. Aiman sempat menoleh ke arah Faris sambil menghadiahkan senyuman.  Faris segera membalas senyuman Aiman.

***********
DADDY, tadi Aiman jumpa uncle hari tu....” Aiman mula bersuara sebaik sahaja mereka berada dalam kereta.
Izzat yang sedang memandu sempat menoleh ke arah Intan yang duduk di sebelahnya mengharapkan penjelasan dari Intan. Namun Intan hanya diam membisu.
“ Aiman jumpa uncle mana ni?”
 Izzat menoleh sekilas ke belakang, Aiman sedang duduk bersandar di kusyen sambil bermain dengan patung ultraman. Entah kenapa perasaannya rasa berlainan tiba-tiba.
“ Uncle tu kenal mama...”
Intan mengetap bibir mendengar kata-kata Aiman. Dalam hati merungut. Rajin pula Aiman nak bercerita pasal Faris.
“ Intan, uncle mana pulak yang dimaksudkan oleh Aiman tu...you betul-betul kenal dengan lelaki tu ke?”
 Izzat mula rasa tak selesa. Hatinya mula berdegup kencang.
“ Entah....I tak ada moodlah nak cerita pasal hal ni....bukannya penting pun. Kita tukar topic lain, ok?”
Intan cuba mengalih perhatian Izzat. Izzat mengeluh perlahan. Dia tahu lelaki itu tidak berpuas hati dengan kata-katanya. Biarlah. Baginya, jawapan itu adalah jawapan terbaik yang mampu dia berikan ketika itu.
“ Ok....lepas ni kita nak pergi mana, sayang?” Izzat bersuara. Pertanyaan itu lebih ditujukan pada Aiman.
“ Kita pergi taman. Aiman nak main buai” kata Aiman ceria. Kali ini suaranya jelas kedengaran di telinga Izzat kerana Aiman sedang berdiri di tengah-tengah.
“ Aiman ni....kan kat tadika dah ada buai....main ajelah kat situ...mama penat, mama nak balik berehat” suara Intan sedikit kasar membuatkan Aiman menarik muka masam. Intan tidak berniat nak memujuk walaupun dia tahu Aiman kecewa dengan kata-katanya. Dia memeluk tubuh sambil mendengus perlahan.
“ Ok....anak daddy tak payah buat muka macam tu, nanti tak handsome. Daddy bawa Aiman main buai kat taman ya!” pujuk Izzat memandang sekilas wajah Aiman sebelum menumpukan perhatian ke hadapan.
 Aiman kembali tersenyum.
“ You ni Izzat, ikut sangat dengan kerenah Aiman, nanti dia besar kepala. I yang susah tau!” Intan memprotes sikap Izzat yang terlalu memanjakan Aiman.
Izzat hanya tersenyum.
“ Intan, I sayangkan Aiman sebanyak I sayangkan you. Kalau boleh I nak kongsikan segalanya dengan you dan Aiman. You pun tahukan perasaan I pada you selama ini. Kalau boleh I  nak jadi daddy Aiman secara hakiki. I nak miliki cinta you dan hati you tapi sayang.....”
Intan memandang sekilas  wajah Izzat. Lelaki itu melepaskan keluhan. Kecewa barangkali.
“ Sampai sekarang I masih menunggu saat itu tanpa jemu” Izatt berpaling memandang wajah Intan.  Wajah lelaki itu muram menyebabkan Intan dihimpit rasa bersalah. Intan tunduk. Dia tak berani membalas renungan lelaki itu.
“ Sampai bila kita nak macam ni?” lirih aje suara Izzat kedengaran ditelinga Intan.
“ Bagi I masa!”
 Intan bersuara perlahan, tak berani nak memandang wajah Izzat.
“ Itu aje jawapan yang sering I terima dari you sejak bertahun-tahun!” Izzat tergelak kecil.
“ Dari Aiman belum lahir hingga sekarang....dah 5 tahun I tunggu....tapi jawapan you tetap sama....bagi I masa!”
Izzat mengeluh perlahan. Wajahnya makin keruh. Intan pula terasa hati.
“ Kalau you dah tak sanggup tunggu...you cari aje orang lain.  I masih boleh teruskan hidup tanpa you di sisi’ kata-kata Intan membuatkan Izzat terdiam.
“ I tahu,....you tak boleh terima I sebab you masih menunggu seseorang kan” terkedu Intan mendengar kata-kata Izzat. Tak pernah pun lelaki itu membangkitkan orang lain  selama ini.
“ Apa yang you cakap kan ni?” Intan mendengus. Tak selesa mendengar kata-kata Izzat, malah kata-kata lelaki itu membuatkan dia rasa lebih bersalah.
Izzat meraup wajahnya. Kemudian dia melurut rambutnya ke belakang dengan tangan. Intan segera menoleh ke luar tingkap. Aiman yang berada di tempat duduk belakang sudah pun tertidur. Jadi Izzat mengambil keputusan untuk segera menghantar Intan pulang. Sebaik sahaja dia mengangkat Aiman dan meletakkan anak kecil itu di sofa, dia segera beredar tanpa mengucap sepatah kata membuatkan Intan rasa benar-benar bersalah.

*************

2 comments:

  1. best .. msti aiman anak intan ngan faris kan.

    ReplyDelete
  2. ermmm...aiman tu cepat jer mesra ngan Faris..
    diorang ada pertalian ke?,,
    aiman ank Faris??..mungkin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...