Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

MENGGAPAI RINDU 4

oleh : Azieana

Bab 4
FARIS  melabuhkan punggung di kerusi mengadap wajah seorang gadis. Sekilas dia mengerling ke arah mamanya yang asyik mengukir senyum. Senyuman tak lekang dari bibirnya sambil menatap wajah dua perempuan di hadapannya.
“ Dah lama sampai?” Datin Saidah memulakan bicara.
“ Baru saja” balas Datin Mariah sambil tersenyum. Matanya terus memandang wajah Faris yang nampak keresahan.
“ Inilah anak I, Faris” Datin Saidah segera memperkenalkan Faris pada kedua wanita dihadapannya.
Faris hanya mendiamkan diri, cuma mengukir senyum selamba. Dia memang tak setuju  untuk hadir dalam pertemuan ini, tapi sudah didesak oleh Datin Saidah.
“ Mama nak kenalkan Faris dengan anak kawan mama yang baru balik dari overseas. Mama dah tengok budak tu...cantik. Keluarganya pun setaraf dengan kita” ceria aje wajah Datin Saidah ketika membawa berita itu petang semalam.
“ Ma, Faris tak minatlah....banyak benda lagi yang Faris boleh buat selain dari pergi tempat perjumpaan yang tak mendatangkan faedah tu” Faris berdalih.
 Dia sudah serik mengikut kehendak mamanya. Ada-ada saja perempuan yang hendak dijodohkan dengannya walaupun sudah berkali dia menolak.
“ Tapi mama dah janji dengan mereka. Apa kata Datin Mariah  kalau mama  tak jadi pergi nanti....mama tak nak mereka tuduh yang bukan-bukan pulak. Mama cuma nak kenalkan aje, lepas tu terpulang pada Faris sama ada nak terima atau tidak”  Datin Saidah bersuara untuk memancing persetujuan dari Faris.
 Dia tahu, sejak Faris berpisah dengan Arianna anaknya sudah tidak berminat lagi untuk mencari pengganti sedangkan dia begitu teringin untuk menerima menantu pilihan dan teringin sekali memilik cucu. Kalau dia ada anak lelaki yang lain, tak perlulah dia memaksa Faris mengikut kehendaknya. Yang menjadi masalahnya ialah Faris merupakan satu-satunya anak yang berjaya dia miliki.
Faris terpingga-pingga memandang wajah mamanya apabila terasa tangannya di cuit.
“ Apa dia ma?” soal Faris dengan muka blur.
“ Macam ni, mama dengan Datin Mariah ada hal...so, kami akan tinggalkan korang berdua kat sini....jadi korang berdua kenal-kenalkanlah diri ya!” kata Datin Saidah memberi senyuman penuh makna buat anak lelakinya. Datin Mariah juga begitu. Senyuman menghiasi wajahnya.
Faris hanya diam. Matanya memandang seketika gadis yang sedang duduk berhadapan dengannya. Gadis itu hanya menundukkan wajah. Pemalu agaknya.
Sebaik saja kedua wanita anggun itu beredar, Faris melepaskan keluhan. Begitu juga yang diakukan oleh gadis dihadapannya. Mereka saling berpandangan sebelum mengukir senyuman di bibir masing-masing. Faris meneliti seketika gadis yang sedang duduk berhadapan dengannya. Nampak manis dan menarik orangnya. Penampilan juga menarik dengan mengenakan blaus dan seluar hitam. Rambutnya yang melepasi bahu itu di biarkan bebas.
So, apa pendapat you tentang rancangan mereka berdua?” gadis itu tiba-tiba membuka mulut sambil merenung wajah Faris yang agak terkejut kerana pertanyaan dari gadis itu terlalu direct.
“ I belum kenal you lagi dan I tak boleh buat sebarang keputusan secara meluru” kata Faris, cuba bersikap tenang. Gadis itu mengangguk perlahan. Mengakui kata-kata Faris.
“ Ops...sorry, nama I Elani tapi you boleh panggil I, Elly. I baru habis belajar, buat Master dalam bidang pengurusan perniagaan di UK. Buat masa sekarang I belum lagi kerja, ingat nak berehat dulu sebulan dua...saja nak release tension sebelum I kerja kat syarikat papa I” Elly berbicara.
Faris juga bercerita serba sedikit tentang dirinya.  Sebenarnya, Faris senang dan gembira dapat mengenali gadis itu,  walau pun tadi dia menyangka gadis itu agak pendiam dan pemalu....rupa-rupanya peramah dan mesra orangnya.
So, kita dah kenal serba sedikit tentang siapa you dan siapa I...apa keputuan you? Maksud I.... cadangan `mereka berdua` tadi?”  Faris bersuara, merujuk pada hasrat orang tua mereka. Elly  meneguk perlahan minuman yang berada di hadapan sebelum menyandarkan badan di kerusi sebelum merenung wajah Faris.
Be honest...I sukakan you walaupun ini kali pertama kita bertemu tapi I tak boleh penuhi hasrat mereka”  Elly bersuara perlahan.
Faris mengeluh perlahan. Lega betul mendengar kata-kata Elani itu.
“ You dah ada pilihan sendiri?” tanya Faris merenung tepat wajah Elly yang sedikit murung. Elly mengangguk perlahan.
“ Tapi parent I tak setuju dengan pilihan I...jadi mereka cuba jodohkan I dengan you. I tak nak hampakan harapan mereka tapi I pun ada hak untuk menentukan siapa pilihan I kan?...I tak nak jadi hipokrit.  I juga percaya, you pun tentunya ada pilihan sendirikan sebab dari cara pertama you pandang I....I tahu you tak ikhlas dengan pertemuan inikan?” kata-kata Elly membuat Faris tersenyum. Ternyata gadis ini bijak membuat penilaian.
“ I mengaku....I sukakan seseorang. Dulu dia pernah jadi milik I...tapi kami dah berpisah.  Sekarang dia dah bahagia dengan orang lain....dan I hanya mampu melihatnya dari jauh” berkerut dahi Elly mendengar luahan hati Faris. Timbul rasa simpatinya pada lelaki itu.
“ You tak cuba dapatkan dia semula, kalau you betul-betul cintakan dia....apa salahnya kalau mencuba” Elly menyuntik semangat untuk lelaki itu. Lama Faris merenung wajah Elly.  Sebenarnya dia agak terkejut mendengar usul itu kerana dia sendiri tak terfikir dengan usul itu setelah melihat kebahagiaan Intan.
“ Dia dah kawin dan dah ada anak  pun...I tak nak jadi perosak rumahtangga orang. Itu bukan I” Elly tersentak mendengar kata-kata Faris.   Tak sangka pulak yang gadis pujaan lelaki itu sudah berkahwin.
Sorry, I tak bermaksud nak  minta  you  meruntuhkan rumah tangga dia....” Elly melahirkan rasa bersalah.
“ Sepatutnya you redha dengan ketentuan....mungkin jodoh you bukan  dengan dia. Tapi susahkan kalau kita dah sukakan seseorang, kita dah tak nampak orang lain” kata-kata Elly lebih ditujukan untuk dirinya sendiri. Akhirnya mereka sama-sama mengukir senyum.

**************

JOANNA  memandang wajah Intan  yang sedang murung dihadapannya. Suara Aiman yang sedang  ketawa sambil berlari bila di minta oleh kak Bedah untuk berhenti kerana ingin menukarkannya baju tidak diendahkan oleh Intan. Joanna mengeluh perlahan.
“ Intan, kenapa ni? sejak dari tadi asyik diam aje!” tegur Joanna yang mula tak selesa dengan sikap Intan.
Dia pula yang rasa rimas. Risau melihat sikap Intan yang banyak mendiamkan diri sejak balik dari makan tadi. Sebelum ini, Intan begitu gembira dan teruja bila berjumpa dengannya. Maklum saja hampir 6 bulan mereka tak bersua, hanya telefon yang menjadi penghubung antara mereka. Joanna masih lagi kerja di Johor. Dia  akan berada di Kuala Lumpur selama 3 hari kerana menghadiri seminar.
“ Intan...!” sergah Joanna sambil menepuk bahu Intan. Intan tersentak. Dia terpingga-pingga. Ternyata temannya itu tak sedar yang dia sudah beralih tempat. Joanna mengeleng kepala perlahan.
“ Apa dia?” terkulat-kulat Intan merenung wajah Joanna.
What`s wrong with you?...sejak dari tadi asyik termenung aje....you tak suka jumpa I ke?....ok, I balik sekarang” Joanna sudah pun mengangkat punggungnya. Terasa kehadirannya tidak dihargai oleh teman baiknya.
Sorry!” cepat-cepat Intan memegang tangan Joanna. Dia tak mahu gadis itu terus beredar kerana dia rindukan kehadiran temannya itu tapi apa yang berlaku sebentar tadi membuatkan hatinya cukup resah.
Joanna mengeluh perlahan. Dia kembali melabuhkan punggung di sisi Intan. Lama wajah Intan di perhati. Cuba mencari reaksi. Ingin mengetahui apa sebenarnya yang sedang membelenggu fikiran temannya itu.
I`m sorry!” pohon Intan perlahan sambil merenung wajah Joanna yang nampak keliru.
“ Kenapa ni? apa yang sedang berlaku pada you sekarang?... I`m always beside you” Joanna memeluk bahu Intan.
“ I tak tahu apa yang sedang berlaku pada I sekarang” suara Intan perlahan. Joanna mengenggam erat tangan Intan. Cuba memberi kekuatan dan semangat untuk temannya menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.
“ You ada masalah dengan abang Izzat ya!” teka Joanna.
Dia tahu hubungan Intan dan Izzat memang baik. Malah dia yang memperkenalkan Intan pada Izzat yang merupakan sepupunya yang menetap di Brunei sebelum Izzat bertukar kerja di Kuala Lumpur, diikuti oleh Intan. Dia menjadi orang yang paling gembira bila mendapat tahu Intan akan pulang semula ke Kuala Lumpur. Kebetulan Izzat juga berada di Kuala Lumpur. Dia sentiasa mendoakan hubungan mereka berdua akan terus berjalan lancar dan mengharapkan Intan sudi menerima lamaran sepupunya itu. Tapi sampai sekarang hajatnya itu belum kesampaian.
Intan memandang wajah Joanna tanpa suara membuatkan Joanna gelisah. Berkerut dahinya membalas renungan Intan.
Are you okay?” soal Joanna. Benar-benar risau melihat wajah Intan yang nampak kebingungan.
“ Anna....I terlihat Faris tadi...maksud I...masa kita lunch kat restoran tadi.  Dia dengan someone, a girl...maybe his wife...or...one of onother girlfriend...I don`t know!” beritahu Intan dengan rasa sebak.
Akhirnya Joanna mula faham kenapa Intan bersikap demikian.
“ So...you jealous for her...or for him?...hmm...” Joanna melepaskan keluhan dengan rasa kecewa dan terkilan.
“ I tak tahu.... I minta maaf.....”
Intan mengeluh lemah. Sesaat matanya di pejam rapat.
“ Untuk apa you minta maaf kalau you tak salah....I faham apa yang you rasa sekarang dan I juga nak minta maaf sebab I tak dapat bantu you...” Joanna mengusap lembut bahu Intan. Bukan dia tak tahu kisah hidup Intan dulu kerana dialah orang yang paling hampir dengan Intan.
“ Jadi...kerana you ternampak Faris tadi...you cepat-cepat nak beredar dari restoran itu kan? You takut Faris nampak you atau you tak boleh kawal  perasaan you ketika itu?” Joanna cuba mengorek rahsia hati Intan. Dia ingin tahu sejauh mana perasaan Intan terhadap Faris dan juga Izzat.
“ Anna, I tak tahu sama ada dia perasan atau tidak I masa tu tapi yang pasti I tak mahu dia tahu I ada kat situ masa tu. I tak boleh jelaskan apa yang I rasa” sekali lagi Intan mengeluh. Kali ini lebih panjang dari tadi.
“ Ok. I tak nak paksa. Cuma,...I nak ingatkan you yang abang Izzat sentiasa menunggu you. Bukan sehari dia tunggu you buka pintu hati you untuknya....tapi dah bertahun-tahun. Tak kan you tak rasa simpati langsung pada dia!”
Joanna cukup simpati dengan abang sepupunya. Lelaki itu begitu setia menunggu pintu hati Intan terbuka untuknya.
“ Anna....I tak nak menerima Izzat atas dasar rasa simpati I pada dia yang telah lama menunggu...I kalau boleh nak terima dia atas keikhlasan hati I...” sangkal Intan. Tak setuju dengan kata-kata Joanna.
“ Tapi sampai bila?...dia tu manusia...macam kita. Punya hati dan punya perasaan...I tak nak you dera perasaan dia...I sayangkan abang Izzat seperti abang kandung I sendiri dan I nak dia bahagia dengan gadis pilihan dia.” Joanna cuba bertegas.
“ I tak nak bincangkan soal ini lagi....I nak tengok Aiman....you pun pergilah berehat kat bilik atas sebelum you balik hotel” Intan mengangkat punggung.
Joanna hanya diam memandang. Dia menyandarkan kepalanya di sofa sambil cuba melelapkan mata seketika. Dalam hati dia cuba membayangkan apa kesudahannya hubungan antara Izzat dan Intan nanti. Kalau boleh dia mahu mereka bersama kerana dia tahu abang Izzat terlalu menyintai Intan.

**************

1 comment:

  1. sememangnya sukar utk kita menafikan perasaan sdri...
    huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...