Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

MENGGAPAI RINDU 2

oleh: Azieana

Bab 2
INTAN melirik ke arah jam di dashboard dengan perasaan gelisah. Saat ini dia benar-benar rasa takut. Dalam hati menyumpah-yumpah, kenapa petang ni jalan sesak teruk. Hari lain tak boleh ke?  Tangannya mencapai telefon yang berdering dari beg tangannya yang diletak berdekatan kaki. Demi keselamatan. Mana tahu ada penjahat atau peragut nampak kalau dia letak beg tangan di sebelah penumpang. Bukan hanya beg yang tak selamat, dia juga mungkin turut menjadi mangsa. Ya Allah, minta dijauhkan.
“ Hello, hai Izzat...apa?...oh my God. Thanks Izzat...thank you very much, I dah risau setengah mati. Jalan jam ....teruk sangat, dah dekat sejam kat sini....ok. malam nanti kita jumpa ya, thanks again, bye, Assalamualaikum” talian di matikan. Intan mengeluh lega. Sekurang-kurang dia tak perlu risaukan tentang Aiman lagi
Intan memejam mata seketika. Terbayang di ruang matanya seorang lelaki, kacak, sentiasa berpenampilan kemas. Izzat seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab, malah dia satu-satunya lelaki yang paling dekat dengan dirinya sejak beberapa tahun ini.  Dia juga memahami perasaan lelaki itu, namun pintu hatinya masih belum terbuka untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia takut untuk kecewa lagi.  Keperitan lalu membuatkan dia lebih berhati-hati untuk menjalinkan sebarang perhubungan.  Sampai sekarang, dia hanya  menganggap Izzat sebagai kawan baiknya, tak lebih dari itu.
Intan sampai di rumah jam 8 malam. Seperti biasa kak Bedah akan menyambut kepulangannya dengan senyuman. Intan meletakkan beg tangannya di atas kerusi sebelum melabuhkan punggungnya.
“ Aiman mana?” tanya Intan.
“ Ada kat biliknya. Kak Bedah baru aje beri dia susu selepas kak Bedah suapkan nasi” beritahu kak Bedah.
“ Intan  nak masuk bilik dulu, nak mandi dan solat...malam nanti Intan dah jemput Izzat makan malam kat sini, kak  Bedah dah masakke?” Intan memandang wajah kak Bedah.
“ Dah, En. Izzat dah bagi tahu masa dia  hantar Aiman tadi”
Intan mengangguk perlahan sebelum beredar masuk kedalam bilik. Dia betul-betul kepenatan hari ini.  Tambahan pula kerja di pejabat makin bertambah.

**************


IZZAT menghirup kopi panas perlahan, takut melecur. Intan mencapai majalah di rak, dibelek-belek tanpa membaca. Sempat juga matanya melirik ke arah Izzat yang nampak  begitu ralit menonton rancangan di tv. Ketika ini mereka baru sahaja selesai makan malam.
“ Mana Aiman?”  Izzat tiba-tiba bersuara.
“ Dah tidur?” beritahu Intan sambil meletakkan majalah disebelahnya.
Izzat mengangguk perlahan. Tangannya mencapai sepotong epal yang telah di potong, segera di masukkan ke dalam mulut.
“ Kalau you rasa tak sempat nak jemput Aiman....call aje I.  Risau juga I kalau ada apa-apa yang berlaku pada Aiman. Maklumlah...I mengenali Aiman sejak dia lahir lagi dan I melihat dia membesar di depan mata I....I dah anggap dia macam anak I sendiri” kata Izzat.
Intan memandang Izzat sekilas sebelum memberi tumpuan pada rancangan di tv. Bukan menarik pun rancangan itu, sengaja dia melarikan pandangan dari terus bertatapan dengan Izzat.
“ Intan....kenapa? ...you macam tak selesa aje?” ujar Izzat dengan dahi yang berkerut.
I`m ok....Cuma mungkin I rasa tak selesa dengan suasana baru....” jawapan Intan membuat Izzat  tersenyum. Mungkin betul juga kata Intan. Wanita itu baru saja pulang ke Kuala Lumpur sebulan yang lalu dari Brunei.
Thanks Izzat....I memang menghargai pertolongan you selama ini. Bukan hanya dengan you I terhutang budi, tapi juga dengan family you. Kalau bukan kerana you dan family you dulu....I tak tahu apa akan jadi pada I dan Aiman...”
Intan sebak.  Baginya, pertolongan lelaki itu cukup besar. Sampai bila-bila pun dia akan  tetap rasa terhutang budi.
“ I tolong you dengan ikhlas...you pun tahukan I tak mengharapkan wang ringgit sebagai balasan tapi you tahu apa yang I mahu sebenarnya.....”
Intan mendengus perlahan. Izzat terdiam. Masing-masing membisu seketika.
“ I minta maaf sebab sampai sekarang I belum ada jawapan....pintu hati I belum terbuka untuk sesiapa buat masa sekarang.  I betul-betul  minta maaf kerana setiap kali you bangkitkan soal perasaan....I terpaksa hampakan you...” kata-kata Intan membuatkan Izzat pula mengeluh panjang. Terpancar kekesalan pada wajahnya kerana dia mendengar jawapan itu sudah berkali-kali. Sebenarnya, dia sudah lali dengan jawapan itu. Kali ini hanya sekadar untuk mencuba nasib sedangkan dia sudah menjangka  jawapan itu yang akan diterimanya.
Izzat melirik jam tangannya.
“ Dah lewat ni...I rasa elok I balik sekarang. Thanks for your dinner
Izzat segera mengangkat punggung, diikuti oleh Intan di belakang yang menghantar Izzat sehingga ke muka pintu.
“ Esok hari minggu, apa kata kita keluar...bawa Aiman jalan-jalan. Lagi pun banyak tempat yang belum Aiman pergi” Izzat mengeluarkan cadangan.
“ Hm...ok. nanti you datang jemput” persetujuan dari Intan membuatkan Izzat mengorak senyum.
“ I datang jam 10 pagi. Malam esok  I akan berangkat ke Brunei” Intan terkejut. Hampit ternganga mulutnya mendengar kenyataan itu.
“ Betulke?...kenapa tak bagi tahu I awal-awal!” Intan benar-benar rasa terkilan.
“ Kenapa? You nak ikut?” Izzat tergelak kecil  membuatkan Intan tersenyum.
“ Tak adalah....sekurang-kurangnya bagi tahu I awal-awal...boleh I sediakan ole-ole untuk orangtua you” kata Intan.
I planning pun last minute....ala.....esok kan kita keluar,  nanti kita shopping la...” Izzat sudah pun  menuju ke kereta Honda Civic warna hitam miliknya.
“ Jumpa besok...Assalamualaikum” kata Izzat sebelum masuk ke dalam keretanya.
Intan segera menjawab salam. Matanya terus memandang kereta itu hinggalah hilang dari pandangan.
Intan masuk ke dalam bilik Aiman, anaknya itu begitu lena di atas katil sambil memeluk patung beruang hadiah dari Izzat sebulan yang lepas. Sayang betul Aiman dengan anak patung tu sampaikan tidur pun bersama anak patung. Intan tersenyum setelah duduk di birai katil. Merenung lama wajah Aiman. Satu-satunya wajah yang dapat menghiburkan hatinya di kala suka dan duka. Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut  rambut Aiman yang berombak halus. Lama dia terpaku merenung wajah anaknya itu. Makin di renung makin mengingatkan dia pada seseorang. Intan memejam mata, kemudian menghembus nafas perlahan. Dia tunduk mencium perlahan dahi Aiman sebelum membetulkan selimut. Lasak juga Aiman ni tidur. Desisnya sambil tersenyum.
Good night, sayang” ucap Intan sambil mengucup perlahan dahi Aiman. Kemudian dia menutup suis lampu sebelum keluar dari bilik itu.

***********************

3 comments:

  1. owh..ingatkan izzat tu husband intan..hehehe

    ReplyDelete
  2. mcm seronok je cite ni...hehe...suami intan tu idup lagi ke???tah2 nanti suami intan muncul blek x??? nk lagi..ak lagi cik writer ^,~

    ReplyDelete
  3. mesti lelaki yg aiman langgar kt kfc tu bapa dia..:p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...