Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

NOVEL : DI PENGHUJUNG RINDU 7

oleh: Azieana

Bab 7
T
UTY masuk ke bilik selepas mengadakan mesyuarat bersama orang bawahannya. Dia segera melabuhkan di kerusi sambil melepaskan keluhan. hampir 2 jam setengah dia mengendalikan mesyuarat bagi membincangkan majlis yang bakal dilaksanakan bulan depan. Kali ini jabatannya yang mengendalikan program hari keluarga di bawah kelolaannya.
Tuty yang leka membaca beberapa dokumen mendongak kepala bila pintu biliknya di ketuk.
“ Sarah…”
May I come in?” Sarah bersuara sambil tersenyum.
“ Masuklah…apa mimpi kau datang jumpa aku ni? Ada hal mustahak ke?” soal Tuty hairan melihat Sarah tiba-tiba muncul di hadapannya.
Actually aku ada appointment dengan Mr. Liew di tingkat 16  bangunan ni…jadi dah terlanjur aku sampai sini…aku terus jumpa kau. Saja tak call…just to make you surprise” balas Sarah.
Sarah melihat beberapa dokumen yang agak berterabur di atas meja Tuty.
“ Kau busy ye! Sorry kalau aku ganggu” timbul pula rasa bersalah kerana datang secara tiba-tiba.
“ Tak adalah sibuk mana….biasa je! Aku rasa kau lagi sibuk dari aku….yalah, kan kau ni CEO, aku pekerja biasa je
Sarah nak tergelak mendengar komen Tuty, kawannya ini masih menganggap dirinya adalah pekerja biasa sedangkan dia adalah seorang eksekutif kanan sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di ibu kota.
“ Aku pun makan gaji macam kau juga, tak ada bezanya kerja sebagai CEO atau pekerja biasa…janji apa yang kita buat tu halal” balas Sarah sambil mengukir senyum.
I know you, Sarah. Walaupun kau  senyum….tapi aku tahu kau sekarang ni sedang memikirkan sesuatu” tegur Tuty sambil merenung wajah Sarah.
Sarah menyandarkan tubuh di kerusi. Mungkin waktu ini dia memang memerlukan seorang teman untuk berbicara, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggungnya.
Tell me, what is it?” kata Tuty sambil memandang wajah Sarah. Wajahnya nampak serius ketika itu membuatkan Sarah mengeluh perlahan.
“ Tie, I`m getting marry next month!” ternganga mulut Tuty mendengar berita yang baru disampaikan oleh Sarah.
Are yor sure? Serius ni?....siapa pemuda bertuah tu yang berjaya bertahta di hati kau ni? Aku kenalke?...takkan kau dah buat keputusan untuk kawin dengan abang Fitri, baru semalam korang berkenalankan!”
 Tuty tergelak kecil. Betul-betul tak sangka yang teman rapatnya akan mengakhiri zaman bujangnya. Tapi siapakah jejaka itu?
“ Bukan dengan abang Fitri, sebenarnya,.. baru malam tadi orangtua aku telah tetapkan jodoh untuk aku dan aku rasa kau tentu tak percaya siapa lelaki tu. Aku sendiri tak sangka yang mereka dah lama  merancangkan jodoh ini untuk aku!”
“ Hmm…suspend la pulak ya! Siapa lelaki tu…kalau masa kat university dulu kau ada kawan dengan Azlan, Megat, Fakhrul…hm…tapi setahu aku kau tak pernah serius dengan mereka. Setakat aku kenal rapat dengan kau…tak ada pula aku nak suspect sesiapa” Tuty mula menggaru kepala yang tidak gatal.
“ Tak payah nak peningkan kepala kau lagi, Tie. Mereka dah tetapkan jodoh aku dengan lelaki yang bernama Ikmal Hafiz”  Sarah segera memberitahu nama lelaki yang telah dijodohkan dengannya, kesian pulak membiarkan Tuty dalam teka-teki.
“ Ikmal Hafiz?...anak siapa ya! Tak pernah pulak aku dengar…tapi kalau abang Hafiz kau tu….oh no, takkan dengan dia kot….!”
Yes, he is!” Tuty cepat-cepat menutup mulutnya dengan kedua-dua tangan. Benar-benar tak sangka lelaki itu yang dijodohkan dengan Sarah. Memang sukar nak percaya.
Oh my God…I `m still don`t believe…takkan orangtua kau tak tahu sengketa antara kau dengan abang Hafiz….sampai hati dia orang buat kau macam tu. Sengaja nak seksa hidup kau  bersama lelaki tu!” timbul rasa simpati melimpah-limpah untuk Sarah.
“ Tapi itulah kenyataan yang terpaksa aku tempuhi, kami sama-sama menolak…abang Hafiz terang-terang membantah perjodohan ni tapi papa tetap bertegas mahu kami terima cadangan mereka dengan alasan untuk memulihkan hubungan kami lagi pun aku tak ada alasan untuk menolak kerana aku memang tak ada sesiapa dalam hidup aku sekarang” Tuty menelan liur. Dia bangun dan melangkah menghampiri Sarah, perlahan-lahan bahu Sarah digosok. Mahu memberi semangat.
Well. Nampaknya kau ada masa sebulan untuk melengkap diri sebagai seorang isteri…aku tak sangka jodoh kau dengan abang Hafiz. Abang Hafiz tu…banyak punya benci kat kau tapi akhirnya kau juga yang jadi bantal peluk dia….kelakar kan!” Tuty tergelak.
“ Tuty” Sarah melepas geram.
“ Apa salahnya, abang Hafiz tu seorang lelaki yang berwatakan menarik, handsome lagi.  Ramai gadis diluar sana tergila-gilakan dia…kalau aku tak kenal siapa dia, aku pun mungkin jatuh hati dengan dia kerana dia memiliki ciri-ciri lelaki idaman wanita. Aku yakin, abang Hafiz tu bukan seteruk yang kita sangka, mungkin kita tak kenal hati budi dia yang sebenar…kalau tak, aku pun rasa tak yakin dengan jodoh yang mereka aturkan untuk korang berdua!”
“ Kau fikir aku dan dia boleh hidup bahagia ke? Dari kali pertama aku jejak kaki ke rumah tu hinggalah sekarang…tak ada satu perkataan pun yang menghiburkan hati aku keluar dari mulut dia. Yang ada hanyalah cacian dan makian….aku sedar Tie, aku hanyalah sekadar menumpang kasih di rumah tu. Oleh itu, aku terpaksa menelan semua tu, tapi sampai bila? Aku pun manusia macam orang lain juga…punya hati dan perasaan, … sampai bila aku akan mampu bertahan!” hiba sekali suara Sarah kedengaran di telinga Tuty.
 Tuty diam, benar-benar rasa simpati yang melimpah ruah pada sahabat baiknya.
“ InsyaAllah….tiba masanya kau akan beroleh kebahagiaan dan aku akan sentiasa mendoakan untuk kau” pujuk Tuty.
“ Kau ni sama dengan orangtua aku…entah-entah korang dah berpakat nak kenakan aku!” Sarah sempat tergelak kecil sambil menyapu air mata yang bertakung di kelopak mata.
“ Yalah tu…kami berpakat mendoakan kebahagiaan untuk kau  dan abang Hafiz, salahke?” Tuty tersenyum.
Thanks, Tie. Kau memang sahabat terbaik aku. Aku pergi dulu…kalau ada apa-apa hal…aku call kau”
Yap…whenever you need me, I`ll be there for you! Aku nak kau sentiasa ingat yang aku sangat sayangkan kau”
Tuty memberi sokongan sebelum Sarah beredar pergi.
***********

DATUK SYAFIQ RAHMAN dan Datin Ruziani tersenyum lebar bila mengetahui Hafiz dan Sarah akan keluar bersama. Sarah ketika itu mengenakan gaun malam berlengan pendek berwarna peach, rambutnya disanggul kemas. Manakala Hafiz pula nampak kasual dengan mengenakan kemeja lengan panjang berwarna putih dan seluar jeans. Mereka berdua juga sama-sama mengukir senyum bila Datin Ruzaini asyik memuji penampilan mereka malam ini.
Sampai di hotel Sheraton, mereka keluar dan berjalan beriringan masuk ke restoran. Sengaja mereka mengambil meja yang agak sedikit tersorot supaya selesa mereka berbicara nanti. Tuty sampai lima minit kemudian.
So…what your problem?” Tuty segera bertanya sebaik saja memandang wajah mereka berdua.
“ Kita order dulu, kemudian baru  kita cakap apa yang sepatutnya” Hafiz bersuara. Sarah hanya diam, begitu juga dengan Tuty. Akhirnya mereka membuat pesanan untuk makan malam.
“ Sebenarnya perjumpaan ini patut dihadiri oleh 4 orang, tapi kawan abang Hafiz tak dapat datang. He called last minute. So,…cuma tinggal kita bertiga sahaja” Hafiz bersuara.
“ Maaf, Tuty tak faham! Apa sebenarnya yang berlaku ni?....perjumpaan apa yang dimaksudkan?” Tuty terpingga-pingga kebingungan. Tengahari tadi Sarah menghubunginya supaya dia datang ke sini. Katanya ada hal mustahak yang akan diberitahu.
Perbualan mereka terhenti seketika bila pelayan datang membawa pesanan.
“ Begini, tentu Tuty dah tahu yang kami berdua akan berkahwin dua minggu lagi dan Tuty juga tahu macam mana hubungan kami selama ini kan? “ Hafiz memulakan bicara.
“ Tuty tahu. Tapi jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan. Kadang-kadang kita sendiri tak sangka bahawa jodoh yang ditentukan untuk kita  adalah dengan orang yang paling hampir dengan kita, ada juga dengan orang yang kita tak suka macam korang berdua, tak siapa yang sangkakan….perkara ni semua dah jadi lumrah dan ianya bukan suatu yang mustahil” Tuty memandang wajah Sarah dan Hafiz silih berganti.
“ Tapi Tie, aku rasa perkara yang berlaku sekarang tak adil untuk  kami” Sarah tiba-tiba mencelah.
“ Sarah, kadang-kadang ada orang bercinta sampai bertahun-tahun tapi  kesudahannya tak jadi kawin. Ada juga yang bercinta dengan si A tapi akhirnya kawin dengan si B.  Jadi tak semestinya orang yang kita cinta itu akan sehidup semati dengan kita. Macam hal korang ni….walaupun korang tak pernah sefahaman, tapi tak semestinya korang tak akan bahagia kalau berkahwin. Aku rasa itu juga yang orangtua korang fikirkan….doa dan restu  mereka tu lebih berkat dari keinginan dan hasrat kita” kata Tuty.
` Aduh! Aku ni macam pakar motivasi pulak, sedangkan hidup aku sendiri pun tak tentu hala lagi….tapi, kerana kawan…aku rasa nasihat ini adalah baik untuk korang` dalam diam Tuty berbicara sendiri.
Mereka bertiga diam seketika. Masing-masing mengunyah nasi. Hafiz nampaknya begitu berselera sampaikan pinggannya sudah licin. Kini dia sedang mengirup jus tembikai. Kemudian mulutnya dilap perlahan.
“ Tie, aku dan abang Hafiz dah sepakat untuk memilih kau menjadi saksi perjanjian kami” nasib baik air yang disedut Tuty tidak tersembur. Dia sudah terbatuk-batuk kecil.
“ Aku? Jadi saksi korang berdua…?” terbeliak mata Tuty memandang bakal suami isteri dihadapannya.
“ Ok….perjanjian apa yang korang berdua mahu aku jadi saksi?” Tuty menyandarkan badan di kerusi. Bingung memikirkan sikap mereka ini.
“ Perjanjian kami cukup simple  dan hanya di buat secara lisan saja. Kami takut mama dan papa dapat tahu nanti kalau perjanjian ini di buat secara bertulis, lagi pun kalau secara bertulis, prosedurnya banyak…. tapi ingat hanya kita bertiga yang tahu” beredebar-debar juga Tuty menunggu apakah syarat-syarat perjanjian mereka itu.
“ Perjanjian ini tak ada tempoh tamatnya, tapi hanya ditentukan oleh masa dan keadaan” kata Sarah selepas Hafiz menyatakan syarat-syarat perjanjian mereka.
Akhirnya Tuty mengeluh panjang sebaik saja isi perjanjian lisan itu didengarnya. Secara tak langsung, kepalanya digeleng beberapa kali.
`Kenapalah aku boleh terlibat dalam perjanjian bodoh ni?` Tuty menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
So, rasanya pertemuan kita dah selesai. Sarah, aku ada hal….aku harap kau dapat balik dengan Tuty” Hafiz bersuara. 
No problem, Tuty boleh hantarkan” Tuty mencelah.
“ Dan ingat….pandai-pandailah kau bagi tahu papa dan mama kalau mereka tanya pasal aku!” kata Hafiz. Dia sudah pun membayar makan malam mereka dan bersedia untuk beredar. Sejak dari tadi handsetnya asyik berbunyi, agaknya panggilan dari teman wanitanya.
Tuty tersenyum sambil mengeleng kepala, simpati pun ada… `macam mana agaknya kehidupan lelaki itu selepas kawin memandangkan teman wanitanya keliling pinggang. Kasihan kau Sarah, dapat bakal suami yang berhidung belang!`
************

KERETA Gen2 warna hitam itu dipandu dengan kadar sederhana, Tuty dan Sarah masing-masing diam tak bersuara. Hanya kedengaran penyanyi Wali Band berkumandangan mendendangkan lagu Baik-baik Sayang. Sarah menyandarkan kepala di kusyen kereta. Matanya di pejamkan seketika. Menjelang perkahwinannya 2 minggu lagi, banyak betul benda yang terpaksa di fikirkan. Namun Hafiz tak banyak membantu, hanya menyerahkan pada orangtuanya untuk menguruskan. Malah sikapnya tak pernah berubah, masih ligat keluar malam serta berpeleseran bersama perempuan-perempuan di kelab malam. Itulah juga bahananya kalau tak pandai memilih kawan. Kalau kawan dengan kaki disko, kita pun berdisko sama. Kalau kawan dengan kaki masjid, kita dapat menginsaf diri dengan bersolat dan berzikir.
“ Panjang betul kau mengeluh, Sarah” tiba-tiba Tuty membuka mulut sebaik saja mendengar Sarah melepas keluhan panjang.
“ Entahlah Tie, aku pun tak tahu apa akan jadi dengan kehidupan aku selepas ni” Sarah memandang wajah Tuty yang nampak tenang memandu, sesekali bibirnya bergerak mengikut irama lagu.
“ Sarah…aku betul-betul nak tahu ni…”
“ Apa dia?”
“ Kau ni… sebenarnya dah fikir masak-masakke pasal perjanjian tadi”
“ Ya Tie, hanya itu saja jalan yang terbaik untuk aku dan dia. Aku harap bila perjanjian tu dapat dilaksanakan, dia tak akan membenci aku lagi!” begitu lirih suara Sarah kedengaran di telinga Tuty. Timbul rasa simpati yang menggunung buat temannya itu.  Mungkin kalau dia berada di tempat Sarah, dia juga pasti akan melakukan perkara yang sama.
“ Tapi kau pernah  terfikir ke …apa perasaan orangtua kau nanti kalau dia tahu pasal perjanjian tu?...aku rasa perjanjian tu macam perjanjian bodoh aje….tak logic langsung” timbul pula rasa musykil di hati Tuty.
“ Aku cuma harap mereka akan faham juga suatu hari nanti dan aku benar-benar harap mereka tak akan menyalahkan aku kerana terlibat dengan perjanjian tu.  Sebenarnya,…abang Hafiz yang beria-ria mahu mengadakan perjanjian tu. Aku ikutkan aje  kehendak dia kerana aku pun tak mahu mengalami sebarang kerugian akibat perjanjian tu” Sarah mengeluh lagi.
“ Tapi …perjanjian tu lebih memihak pada abang Hafiz”
Tuty mengeleng kepala perlahan sambil memandang sekilas ke arah Sarah.
“ Aku tak kesah semua tu....asalkan abang Hafiz tak akan menyalahkan aku atas apa yang berlaku selama ini, aku dah bersyukur”
Tuty mengeluh panjang.  Sebenarnya, dia simpati dengan nasib Sarah. Gadis itu terlalu cekal hatinya. Kenapa ada ibu bapa yang tidak sedikit pun menyayangi anak-anaknya. Sanggup mereka membiarkan anak yang tidak bersalah menghadapi tohmahan dari masyarakat.
“ Kau ni bila lagi nak jumpa dengan Mr. Perfect? Aku pun dah nak kawin…takkan kau nak terus hidup secara solo….ramai dah kawan-kawan kita yang dulu dah kawin, anak sampai dah 3” tiba-tiba Sarah mengubah topik perbualan. Dia mahu menghilangkan topik perbincangan tentang dirinya.
 Pertanyaan itu membuatkan Tuty tersentak dari lamunan. Nasib baik dia masih dapat memfokus topik yang di bicarakan oleh Sarah.
“ Susah juga nak jumpa lelaki yang betul-betul perfect pada pandangan aku…tapi aku akan tetap menunggu semoga apa yang aku impikan akan terlaksana. Sebenarnya , aku tak mahu lelaki tu 100% perfect, cukuplah kalau 70% ke, sebab tak ada sesuatu pun  yang sempurna kecuali Allah. Lagi pun kita tak boleh terlalu memilih kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Begitu juga aku, kau dan semua orang!”
“ Aku setuju…lagi pun sebagai manusia, kita hanya merancang, tapi Tuhan yang tentukan” akui Sarah.
“ Ya…. Termasuk apa yang telah kau lakukan pasal perjanjian tu” sampuk Tuty.
“ Balik-balik aku juga yang kena, ingatkan topik aku tadi dah settle” Sarah tergelak kecil.
“ Bumi ni bulat, pi mai pi mai tang tu juga….aku yakin, sejauh mana kau nak lari dari kenyataan, kau akan terpaksa terima juga akhirnya! Percayalah cakap aku” kata Tuty yang mengandungi maksud yang mendalam membuatkan Sarah mengetap bibir. Dalam diam Tuty mengukir senyum.
*************


1 comment:

  1. best cite ni...x de ke sambungannya......nak tahu apa jadi ngn sarah n haris....berapa lama dia dpt bertahan ngn ego tu...sambung2 lps azieana

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...