Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

NOVEL : DI PENGHUJUNG RINDU 5

oleh: Azieana

Bab 5
D
ATUK Syafiq Rahman bangun dari tempat duduknya dan mula melangkah ke arah Hafiz sambil mengukir senyum. Dia menepuk-nepuk perlahan bahu Hafiz.  Hafiz  yang sedang duduk di hadapannya apa lagi, tersenyum meleret. Rasa kembang juga lubang hidungnya bila sesekali mendapat pujian dari papanya.
“ Hafiz,  congrotulation…papa tak sangka urusan Hafiz di sana berjaya. Papa bangga” Ucap Datuk Syafiq Rahman.
 Dalam hati sempat mengumam.` Hai, Sarah….kau ingat kau seorang sahaja yang bijak. Aku pun bijak juga…cuma peluang tu tak selalu datang!`
“ Papa…Hafiz pernah cakap bahawa Hafiz akan buktikan keupayaan Hafiz pada papa kalau Hafiz diberi peluang!” Datuk Syafiq Rahman tersenyum.
“ Sebenarnya Sarah terlebih dahulu memaklumi mereka tentang kedatangan Hafiz dan dia sudah memberi butir-butir penting tentang perjumpaan itu sekali gus menyakinkan mereka bahawa syarikat kita adalah sebuah syarikat yang hebat dan mampun memberi pulangan yang menguntungkan pada mereka sekiranya mereka mahu bekerjasama dengan mereka.. Jadi  kejayaan Hafiz tu adalah kerana bantuan Sarah juga, walaupun dia tidak pergi ke sana” kata-kata yang baru keluar dari mulut Datuk Syafiq Rahman itu benar-benar membuat Hafiz tercengang. Sangkanya kejayaan itu adalah kerana usaha dan kebijakan dia menyakinkan pihak syarikat Golden Star Corp. dari luar negara itu untuk berurusan dengan SR Corp. Sdn. Bhd. Patutlah begitu mudah dia dapat bekerjasama dengan mereka.  Rupa-rupanya Sarah bertindak lebih pantas.
” Jaga kau, Sarah!”
Entah kenapa hatinya menjadi panas tiba-tiba. Tanpa sedar dia mendengus kasar membuatkan Datuk Syafiq Rahman segera menegurnya.
“ Kenapa Fiz?”
“ Er…tak ada apa-apa…Fiz keluar dulu, pa. ada benda yang Fiz kena uruskan” kata Hafiz.
“ Hmm….jangan lupa, kita akan adakan mesyuarat untuk membincangkan soal ini….Wakil syarikat dari Golden Star Corp  tu akan datang ke sini bulan depan, jadi…kita kena buat persediaan!”
Tanpa banyak bicara, dia segera keluar dari bilik Pengarah Urusan itu. Dia bertekad, dia mesti buat perhitungan dengan Sarah dalam hal ini. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, langkahnya laju di hala ke bilik Sarah yang memang terletak berhadapan dengan biliknya. Marina agak tercengang melihat dia terus menyerbu bilik Sarah tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.  Marina sendiri tak berani nak menegur bila melihat wajah Hafiz yang menyinga begitu. Takut pula dia akan disergah tak pasa-pasal.
“ Apa halnya ni main serbu masuk bilik orang?...dah tak pandai nak masuk secara beradab?” sergah Sarah yang terkejut dengan kemunculan Hafiz dengan muka yang merah.
“ Sarah…” jerit Hafiz sambil termengah-mengah.
“ Kenapa ni…abang Hafiz masuk bilik Sarah ni sebab kena kejar dengan ceti atau kena kejar dengan girlfriend? Hmm…kalau sebab tu, maaf….Sarah tak dapat bantu. Abang Hafiz yang cari masalah….so, you should be to  responsible” Sarah cuba bersikap setenang yang boleh walaupun hatinya kecut melihat sikap Hafiz ketika itu.
“ Sarah, dengar sini ya….aku tahu dalam soal business aku memang tak boleh challenge kau tapi,…boleh tak kau bagi aku sedikit ruang untuk aku buktikan keupayaan aku tanpa campurtangan dari kau?...tengok, urusan dengan syarikat Golden Star Corp.  dari New Zealand tu…kau tetap masuk campur sedangkan kau telah menyerahkan pada aku untuk handle…aku memang tak faham dengan kau ni….Oh! aku tahu, kau memang nak bodek papa kan!”  Hafiz menghentak tangannya kasar di atas meja Sarah. Bergegar juga bunyinya.  Matanya tajam merenung wajah Sarah yang mula menikus.
“ Abang Hafiz…cuba dengar dulu apa yang Sarah nak cakap…” pinta Sarah yang sudah pun bangun berdiri mengadap wajah tegang Hafiz. Sebolehnya dia cuba menjernihkan keadaan.  Terketar-ketar tangannya cuba membetulkan bingkai cermin mata yang dipakainya. Terasa rambutnya yang bersanggul kemas pagi tadi hampir nak terburai. Dia perlu bijak menangani masalah ini. Dalam hati mengutuk sikap lelaki itu. Suka sangat naik angin, lama-lama aku yang kena sakit jantung atau darah tinggi.
“ Ah! Sudahlah….aku tak nak dengar sebarang penjelasan dari kau. Tapi ingat…lain kali jangan sesekali kau cuba masuk campur dalam urusan aku lagi….tak kira urusan kerja, mahu pun urusan peribadi. Awas! Kalau kau lupa…tahulah aku macam mana nak mengajar orang yang degil macam kau ni!”
Sebaik sahaja dia selesai memberi ugutan, dia terus melangkah keluar meninggalkan Sarah termanggu sendirian. Peluh mula menitik di wajahnya walaupun dalam bilik yang berhawa dingin. Perlahan-lahan Sarah menarik nafas panjang sambil meletakkan punggung di kerusi.
*************


SARAH meneguk perlahan jus lemon yang berada di hadapannya. Sudah banyak kali dia menukar posisi kedudukannya. Punggungnya pun dah terasa kebas akibat sudah lama menunggu. Tak payah nak kiralah berapa kali dia sudah melirik ke arah jam tangannya. Kalau jam boleh becakap, pasti jam sudah melarangnya dia melihat. Tak ada benda lain ke yang nak dipandang kecuali aku. Dua orang lelaki yang berada di meja berdekatan dengannya sudah banyak kali mengukir senyum.
“ Apa pandang-pandang? Gatal…ada hati nak mengurat…..dah lah aku sekarang ni tengah bengang dengan si Tuty…entah mana menghilangnya perempuan tu” rungutnya sendirian.
“ Aik….dia datang pulak!” Sarah mula rasa tak selesa bila salah seorang daripadanya sudah mengatur langkah ke arahnya.
Exercuse me!” ujar lelaki yang sedang memakai kemeja putih dan berseluar jeans itu. Orangnya agak menarik, berkulit sawo matang, rambutnya di potong pendek.  Apa yang paling menarik mengenai lelaki itu adalah senyumannya. Tambahan pula adanya satu  lesung pipit pada pipi kirinya.
Yes!”
Sarah mengamati wajah lelaki itu.
Waiting for someone?” tegurnya ramah.
Yes….” Tak kan dia tak perasan sejak tadi aku asyik tercongok di sini melihat jam. Mestilah tunggu orang, takkan tunggu kambing kot!
Can I joint you for a minute?”
Sorry!”
Sarah tak ada mood nak melayan kerenah lelaki yang tidak dikenalinya.
Pleassseee…..”
Lelaki itu tetap merayu sambil merapatkan kedua-dua tangannya ke muka. Ala…buat muka seposen la pulak.
Ok…please, have a seat” Sarah terpaksa mempelawa tanpa rela.
Thank you” ucap lelaki itu dengan penuh ceria bila Sarah membenarkan dia duduk di situ. Sarah mula gelisah bila lelaki itu asyik berterusan merenung wajahnya.
“ Hello….”
 Sarah cuba menyedarkan lelaki itu dari berterusan merenungnya.
Sorry….I`m Zamani, just call me Zam” lelaki itu menghulurkan tangannya setelah menyedari Sarah tidak selesa dengan kehadirannya. Nak tak nak Sarah terpaksa menyambut huluran tangan lelaki itu.
I`m Sarah” Sarah memperkenalkan diri.
Sarah?...what a lovely name…I like it” ujar lelaki itu seperti teruja.
Ok. Mr. Zam….seriously, what do you want from me?….since, I am here….I can see … you and your friend are staring at  me. Don’t you?”
 Sarah bersuara agak keras. Lelaki yang bernama Zamani itu hanya tersenyum. Sarah mengubah posisi dengan menyandar di kerusi sambil berpeluk tubuh. Matanya memandang tepat ke wajah Zamani.
“ It does`t mean nothing and that is not my fault….but, in the same times…I`m really…really respect to you!”
Why?”
Because you are beautiful girl…..this is the first time a saw a pretty girl like angel” kali ini Zamani ketawa kecil. Sarah hanya sekadar memberi senyuman di atas pujian itu. Sedikit pun tak rasa teruja.
Thank you, but you make me not comfortable with your commendation” kali ini Zamani agak tercengang mendengar jawapan Sarah. Tak sangka ada juga manusia yang rasa tak selesa bila di puji. Pelik!
Mr. Zam…your friend are waiting!” Sarah cuba mengalih perhatian Zamani. Timbul pula rasa takut mendengar kata-kata lelaki itu.  Entah betul entah tidak lelaki ni…macam mana kalau lelaki ni  berniat jahat,  atau mungkin juga seorang pencuri…perompak…entah-entah perogol bersiri….ee….seramnya!
No problem…He can wait ” selamba sahaja dia membiarkan temannya duduk seorang diri.
“ Kalau I  jadi kawan you….sumpah, I  tak akan jumpa you lagi!”
Oh, No!...you can speak malay…my God!”  Zamani menutup mulutnya sambil ketawa kecil, benar-benar tak percaya, sangkanya Sarah adalah seorang pelancong yang menginap di hotel itu.
Are you surprised?” kali ini Sarah pula yang tergelak. Seronok pula dapat mengenakan lelaki itu.
I dilahirkan dan dibesarkan di sini…kenapa pula I tak boleh bercakap bahasa Melayu?…and I`m muslim” Zamani masih lagi tak percaya. Lama dia merenung wajah Sarah.
I masih tak percaya….are you serious?” Tanya Zamani lagi.
Yes, I am…buat apa I nak tipu kalau ianya adalah kebenaran!” Sarah mengukir senyum, akhirnya Zamani turut tersenyum.
Ok,  En. Zamani….dari air muka you , I tahu you lelaki yang baik…walaupun I tak yakin 100%” Zamani tersenyum lagi.
“ Apa kata I bagi you satu peluang terbaik”
“ Peluang? Maksud you?’
“ Peluang untuk you mencipta kejayaan. Sebenarnya I memiliki sebuah agensi modeling dan I  sedang mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan, jadi… I rasa you memang ada potensi untuk jadi seorang supermodel. Sia-sia kalau kecantikan you disembunyikan dari pandangan umum” Zamani cuba memancing minat Sarah.  Sarah sekadar menjadi pendengar, tidak terlintas di hatinya untuk menjadi seorang perempuan yang dikenali ramai dan sememangnya dia tidak berminat dengan bidang itu.
I rasa you patut ubah penampilan you sekarang. Wajah you akan nampak lebih menyerlah kalau you tak pakai cermin mata yang berbingkai hitam macam ni, tak sesuai dengan you…rambut you yang panjang bersanggul tu sepatutnya dibiarkan  terurai.  Dengan hanya sedikit sentuhan sahaja, I percaya you akan berubah 100%. Pastinya jejaka-jejaka di KL akan berkejaran untuk mendapatkan you
“ Maaf…I memang tak berminat….I tak mahu menjadi seperti gula yang menjadi buruan semut-semut gatal. Lagi pun….I dah ada kerjaya dan  I bahagia dengan cara hidup I sekarang” Sarah menolak.
“ Tapi Cik Sarah….”
“ Keputusan I muktamat…ramai lagi gadis di luar sana yang memerlukan bimbingan you untuk membina kerjaya…” Zamani mengeluh. Terpancar rasa kecewa dengan penolakan Sarah.
“ Kawan I dah datang” Sarah lega kerana akhirnya Tuty sudah menampak wajah.
“  Ini kad I…call me if you  want to change you life….I`m waiting!” Zamani meletakkan sekeping kad di atas meja yang baru dikeluarkan dari walletnya.
I pergi dulu…see you again!” Zamani sempat mengenyit mata sebelum beredar dari  meja yang dihuni oleh Sarah.
Lelaki itu terus beredar selepas mendapatkan rakannya yang sudah lama menunggu.
“ Sarah….sorry, sorry….I`m really sorry…” Tuty Suhana segera memohon maaf setelah mengadap wajah Sarah yang masam mencuka.
“ Banyak kau punya sorry….pergila naik lori” Sarah merajuk.
“ Aku betul-betul minta maaf…aku kena attend meeting last minute….boss called, lepas habis meeting, aku terus rush ke sini” beritahu Tuty mengenai kelewatannya.
Meeting apa ke bendanya?...hari ni hari Sabtu…kalau ya pun…tak boleh ke nak call aku, dah naik lenguh tangan aku mendail nombor kau tapi tak berangkat, asyik voice mail je…jangan bagi alasan kau tertinggal handphone, atau handphone habis bateri atau kehabisan kredit…alasan tu dah lapuk,  orang dah tak pakai alasan zaman Pak Kaduk tu” Sarah mencemuh.
“ Memang betul handphone aku habis bateri…aku baru perasan masa nak call kau…aku tak sempat nak call guna phone pejabat sebab boss aku dah pandang semacam tadi…aku pun dah memang kelam kabut pagi  tadi sebab terlewat bangun” Tuty tersengih mengingatkan kesalahannya.
“ Kau tahu berapa lama aku duduk tercongok kat sini? Punggung aku ni dah lama berasap, agaknya seminit lagi kau tak datang…terbakar terus….dengan hotel-hotel ni sekali” Sarah menarik muka masam.
“ Eh! Ini name card siapa punya….kau sempat bekenalan ya masa tunggu aku!” Tuty sengaja mencari peluang supaya topik kelewatan dia datang itu tidak berterusan menjadi topik perdebatan mereka. Direnung kad yang berada ditangannya dengan senyuman nakal.
Zam Modelling Agency?...wow…hebat kau ya!....Zam Agency adalah sebuah agency modelling yang hebat dan terkenal. Banyak model terkenal bernaung di bawah syarikat agensi ini. Rugilah kalau kau lepaskan peluang ni!” Tuty pula yang rasa teruja. Bersinar matanya memandang kad nama itu.
Sorry. Aku memang tak berminat dalam bidang ni….aku tak sukalah tayang muka dan tayang body aku untuk tontonan ramai. Lagi pun kerjaya aku sekarang dah stabil” kata Sarah. Memang sedikit pun dia tidak berniat untuk terlibat dalam bidang itu. Banyak cerita yang kurang elok  dari yang elok didengarnya kalau terlibat dalam bidang itu. Tengok saja perangai abang Hafiz, selalu saja membawa model  keluar sesuka hati malah pernah keluar cerita  dalam paper bahawa abang Hafiz pernah terlibat dalam skandal berebut seorang model dengan  lelaki lain yang juga terpikat dengan model itu. Nasib baik nama dan gambarnya tidak disiarkan. Kalau tak, pasti mama dan papa mendapat malu.
Tuty dan Sarah segera memesan  makanan tengahari  sebaik sahaja pelayan datang.
“ Aku belum habis tanya kau ni …apa yang lelaki tu beritahu kau?...dia memang tawarkan kau untuk jadi model di agensi dia ke?”
“ Ada…malah siap kutuk penampilan aku lagi…Hisy…menyampah!”
“ Aku tak faham!”
“ Ada ke  patut  dia kata… I rasa you patut ubah penampilan you sekarang. Wajah you akan Nampak lebih menyerlah kalau you tak pakai cermin mata yang berbingkai hitam macam ni, tak sesuai dengan you…rambut you yang panjang bersanggul tu sepatutnya dibiarkan  terurai.  Dengan hanya sedikit sentuhan sahaja, I percaya you akan berubah 100%. Pastinya jejaka-jejaka di KL akan berkejaran untuk mendapatkan you!
Sarah mengajuk kata-kata Zamani bersama dengan gayanya sekali membuatkan Tuty tak dapat menahan ketawa. Terus dia ketawa dengan kuat membuatkan beberapa pelanggan yang berada berdekatan dengan mereka terus menoleh .
“ Kau gelakkan aku ya?” Sarah mencubit lengan Tuty. Geram betul melihat kawannya tergelak sakan tadi, tanpa sedikit pun mempedulikan perasaannya. Dia tahu, Tuty sentiasa menjaga penampilannya, sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang eksekutif kanan di sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di KL ni. Cuma dia saja yang tak berminat. Bak kata orang dia lebih kepada low profile gitu. Lagi pun mama dan papanya mahu dia sentiasa menjaga penampilan dan pergaulannya.
 `Jangan mendedahkan kecantikan kita untuk tontotan umum kerana ia akan memberi laluan ke arah maksiat` dia teringat lagi pesan mama suatu ketika dulu. Kalau boleh, mama juga mahu dia bertudung macam mama, cuma buat masa sekarang hatinya belum terbuka tapi hasrat itu tetap ada. Mungkin suatu hari nanti.
“ Aku rasa kata-kata lelaki itu ada benarnya. Bukan dia saja yang kata begitu…kau dah lupa, aku pun pernah kata macam tu pada kau tapi kau tak pernah ambil peduli. Sepatutnya kau menghargai kecantikan kecantikan yang Tuhan bagi pada kau dengan cara yang baik…jangan pula menyalahgunakan kecantikan tu untuk perkara yang tak elok, yang dikutuk Allah….cuba kau tengok penampilan kau sekarang ….cermin mata yang kau pakai sekarang, dah ketinggalan zaman, bukan tak boleh pakai cermin mata tapi penampilan seseorang yang berkaca mata ni akan tambah menarik kalau kena pada gaya dan kesesuaian diri. Macam yang kau pakai ni…nak kata tak ada duit nak beli cermin mata lain…memang tak lojik langsung. Mana ada orang pakai  cermin mata yang berbingkai hitam tebal macam ni….hanya nenek-nenek tua aje yang pakai!  Di tambah lagi dengan cara kau menyanggul rambut kau yang panjang tu…betul-betul menampakkan usia kau 10 tahun lebih tua dari usia kau yang sebenar!” kata Tuty memberi komen.
Sarah tahu komen itu ikhlas keluar dari mulut temannya. Abang Hafiz juga pernah beberapa kali mengutuk penampilannya. Cuma mama, papa dan abang Hakim yang tak pernah komen apa-apa…sebab tu dia sayangkan mereka bertiga.
“ Tuty…kau rasa teruk sangat ke penampilan aku ni?...aku rasa macam biasa je!” agaknya terkesan juga komen yang dibuat Tuty sebentar tadi sehingga dia rasa was-was pulak. Apa tidaknya, dia mula pakai cermin mata sejak di tingkatan dua lagi, sehinggalah sekarang. Dulu, sengaja dia memilih bingkai hitam semata-mata tidak mahu orang mempedulikannya lantaran dia tidak pernah tahu asal usulnya. Takut ada teman-teman sekolah yang mengutuk dan mengejeknya dengan penampilan penuh gaya tapi tak pernah kenal siapa orangtuanya. Akhirnya dia rasa selesa dengan gaya begitu, serasa tiada orang yang akan mempedulikan siapa dirinya. Apa lagi mempertikaikannya. Sejak kebelakangan ini dia rasa selesa berambut panjang dan bersanggul, pujian dari mama yang suka melihat dia berambut panjang itu membuatkan dia keberatan untuk memotongnya. Tak macam Tuty, selalu saja mengubah gaya rambut dan penampilannya.
“ Sarah, kau mahu aku berikan pujian yang ikhlas untuk kau?”
“ Er…apa dia?”
“ Baiklah….sejak dari dulu lagi kan aku suruh kau tukar cermin mata tu kepada contact lens, bukannya apa…kau akan nampak lebih menawan dengan mata biru asli kau  tu dan rambut kau yang panjang mengurai tu…sayang kalau hanya disanggul macam nenek kebayan!” kata Tuty.
“ Kau ni….tak sayang mulut ya…banyak cantik kau punya komen….kau kata aku sanggul rambut macam nenek kebayan?”  panjang Sarah menarik muncung.  Geram pulak mendengar komen Tuty pasal rambutnya.
“ Sarah, sesekali aku rasa elok juga kau ubah penampilan diri. Kalau kau tak berminat dalam bidang peragaan, aku boleh rekeman kau untuk iklan syampu atau pencuci muka….aku ada kawan. Muka kau yang cantik manis ni boleh buat duit tambahan tau….silap-silap terjojol biji mata abang Hafiz kau bila tengok muka kau masuk kat tv….nanti tak beranilah dia nak kutuk kau lebih-lebih” Tuty tetap memujuk. Dia sendiri pun hairan dengan sikap Sarah. Kawannya ini sengaja menyembunyikan kecantikannya. Kalau nak di kira, Sarah mempunyai kulit yang putih, berhidung mancung dan bermata biru, sebiji macam mat saleh…kalau orang lain dah lama menonjolkan diri. Tapi Sarah tetap Sarah. Selalu merendah diri.
“ Tak mahulah aku…kalau aku jadi model….alamat tak cari makanlah orang lain. lagi pun aku takut, bila dah glamour nanti…aku tak akan privacy, tak ada tempat untuk aku bersembunyi dan tak cukup tanah aku nak lari kalau ada yang mengejar nanti!” balas Sarah berseloroh membuatkan mereka sama tergelak.
“ Walau apa pun yang terjadi…aku nak kau ingat….kau tetap sahabatku sampai bila-bila” perbualan Tuty mula serius.
“ Ya…. Kau tetap sahabat terbaik aku dunia dan akhirat. You are my bestfriend…forever…BFF”   Sarah mengenggam erat tangan Tuty. Tuty banyak mengetahui sejarah hidupnya dan temannya itu tidak pernah mencemuh dirinya walaupun dia tahu Sarah tak pernah kenal asal usulnya.
Tuty turut membalas genggaman tangan Sarah. Senyuman manis terukir di bibir mereka.
************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...