Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

NOVEL : DI PENGHUJUNG RINDU 4

oleh: Azieana

Bab 4
D
ATIN RUZAINI masih lagi sabar menunggu walaupun hatinya di landa resah yang tak sudah. Begitu juga dengan suaminya, Datuk Syafiq Rahman. Mereka masih belum lagi menikmati hidangan makan malam kerana masih memikirkan ke manakah menghilangnya anak kesayangannya mereka. Sudah banyak kali Datin Ruzaini menjenguk ke luar rumah. Kakinya juga tak henti-henti di hayun ke sana dan ke mari. Sudah cuak dia memandang jam antik besar di rumah, namun bayang yang ditunggu masih belum tiba. Lenguh kerana asyik berkawat, dia duduk seketika di sofa. Namun semua itu belum bisa menenangkan hati yang resah. Datuk Syafiq Rahman juga begitu. Sudah berapa kali dia mengeluh nafas panjang.  Hatinya gusar memikirkan ke manakah menghilangnya Sarah yang sampai sekarang belum pun pulang.
“ Bang, itu agaknya Sarah” Datin Ruzaini cepat-cepat bangun dari kerusi bila mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan  banglo mereka.
“ Hafiz!” terpancar wajah hampa sebaik saja melihat wajah Hafiz yang muncul.
Hafiz tiba-tiba menggaru kepala yang tidak gatal.  Hairan melihat sikap kedua orangtuanya, seperti cacing kepanasan. Apa yang telah berlaku?
“ Kenapa ma, pa?...nampak resah je?” Hafiz segera bertanya.
“ Fiz…mama risaukan Sarah” Datin Ruzaini segera menjawab. Datuk Syafiq Rahman yang berada di sisinya hanya mengangguk kepala.  Mengiyakan kata-kata isterinya.
“ Sarah?....kenapa dengan Sarah?” Hafiz terpingga-pingga. Tidak tahu hujung pangkalnya. Wajah kedua orangtuanya di pandang silih berganti.
“ Sarah, sampai sekarang dia belum balik lagi….mama dan papa betul-betul risau….dia jarang balik lambat, kalau ada hal pun dia akan hubungi mama” terang Datin Ruzaini.
Hafiz mendengus perlahan. Kini dia sudah tahu punca keresahan mereka.
“ Dah cuba hubungi handset dia atau kawan-kawan dia?” Hafiz sekadar membuat usul.
“ Dah…tapi handsetnya di tutup, mama dah cuba hubungi kawan rapat dia, Tuty. Katanya, tengahari tadi memang mereka keluar bersama…lepas tu Tuty terus balik ke pejabat,  tapi dia tak tahu Sarah balik ke pejabat atau tidak sebab Sarah ada cakap yang dia ada hal selepas mereka keluar makan” beritahu Datin Ruzaini menahan sebak.
“Oh…mama dan papa tak perlu risau, dia kan bukan budak kecik lagi….” Selamba sahaja Hafiz bersuara sambil kakinya menghayung ke ruang tamu, terus punggungnya di labuh sambil mencapai remote tv.
“ Jangan-jangan hal Sarah ni ada kaitan dengan Hafiz tak!” tiba-tiba Datuk Syafiq Rahman membuka mulut sebaik sahaja punggungnya di letak di atas sofa berdekatan dengan Hafiz. Datin Ruzaini mula mengerutkan keningnya. Rasa tak sedap hati.
“ Kenapa ia ada kaitan Fiz pulak!” Hafiz segera melarikan pandangannya. Takut nak bertentang mata dengan papa dan mamanya.
“ Di pejabat tadi, lepas Sarah jumpa papa, dia ada jumpa dengan Hafizkan?” Datuk Syafiq Rahman merenung tajam wajah Hafiz yang nampak resah.
“ Ya…dia berikan fail berkaitan dengan urusan usaha sama dengan sebuah syarikat di New Zealand” beritahu Hafiz cuba bersikap setenang yang boleh.
“ Itu saja?....ada apa-apa yang berlaku antara Fiz dengan Sarah?” soal papanya seperti polis pencen pulak.
“ Er…” Hafiz menggaru-garu telinga kirinya, cuba mencari idea yang sesuai.
“ Papa yakin ada sesuatu yang berlaku antara korang berdua. Pukul 3.30 tadi, papa pergi ke ruangan Sarah…tapi dia tak ada. Marina cakap dia tak masuk office lepas keluar lunch. Papa dah lama kenal Hafiz dan papa juga kenal Sarah…Hafiz tak boleh tipu papa!” Hafiz mula berdehem beberapa kali. Sesekali dia membetulkan kedudukannya. Semua itu diperhati oleh Datuk Syafiq Rahman. Dia tahu ada perkara yang berlaku antara mereka dan perkara itu membuatkan Sarah menghilang.
“ Hafiz tak buat apa-apa pun….Hafiz cuma bergurau sikit aje dengan dia!” Hafiz akhirnya mengaku tapi dia tetap membela diri.
“ Papa rasa kali ini tentu gurauan Hafiz tu agak keterlaluan. Kalau tidak, Sarah tak akan jadi begini. Papa risau kalau apa-apa jadi pada dia… Bila Sarah pulang nanti, papa nak Hafiz minta maaf dengannya dan janji, jangan buat lagi!” Datuk Syafiq Rahman bersuara agak tegas sebelum mengeluh perlahan sebelum badannya di sandar ke sofa empuk.
“ Hafiz…kan Hafiz pernah janji dengan mama tak akan sakiti Sarah lagi…Hafiz lupa?” Datin Ruzaini mengeleng kepala. Kecewa betul dengan sikap anaknya ini. Walaupun berjanji, tapi tak pernah nak ditunaikan. Apa agaknya yang nak jadi pada anak lelakinya itu.
Hafiz terus menyandarkan badannya di sofa sambil matanya menghala pada skrin tv. Namun fikirannya masih ligat mengingatkan peristiwa tadi. Kedatangannya ke rumah orangtua ketika ini adalah untuk  melihat reaksi Sarah. Pasti gadis itu rasa malu nak berhadapan dengannya. Tapi sebaliknya dia yang rasa terkilan bila dapat tahu Sarah masih belum pulang. Malah sudah membuatkan orangtuanya susah hati. Sempat dia membelek jam tangannya, lima minit lagi mengenjak ke jam 10 malam.
` Sarah, kau betul-betul menyusahkan keluarga aku` detik Hafiz yang mula rasa resah.
“ Datuk, Datin….hidangan untuk makan malam dah sejuk…” tiba –tiba muncul Salmah, pembantu rumah mereka. Sejak dari tadi dia menunggu mereka untuk menikmati makan malam sehingga dia pun dah rasa kelaparan. Dia juga turut merasa risau memikirkan Sarah yang belum pulang.
“ Abang, Fiz…kita makan dulu…dah lewat ni” Datin Ruzaini bangun dan berjalan ke arah meja makan. Dia mengeluh perlahan melihat hidangan yang terhidang di atas meja. Kari ketam, masakan kegemaran Sarah.
Suasana di meja makan hanya sepi. Masing-masing sedang melayan perasaan.
Datin Ruzaini  memanjangkan lehernya bila mendengar pintu di kuak perlahan. Akhirnya dia mampu mengeluh lega bila wajah Sarah kelihatan melangkah masuk dengan wajah lesu dan muram.
“ Sarah!”
Sarah tidak jadi melangkah menaiki tangga apabila mendengar namanya di panggil.  Lambat-lambat dia mengatur langkah  menghampiri meja makan.
            “ Mama, papa….maaf, Sarah balik lambat tanpa beritahu terlebih dulu!” Sarah segera memohon maaf sambil menundukkan wajah di hadapan mereka. Tak sanggup memandang ke hadapan bila mengenangkan wajah manusia yang menyakitinya berada di hadapannya dengan muka selamba. Sedikit pun tidak tercuit dengan kehadiran Sarah.  Sebaliknya begitu etak menikmati masak kari ketam dengan penuh selera.
“ Sarah dah makan?” tegur Datuk Syafiq Rahman. Timbul rasa simpati melihat wajah Sarah yang ternyata begitu kepenatan.
“ Er…Sarah dah makan…masih kenyang” bohong Sarah sedangkan dalam diam dia sudah pun menelan liur melihat kari ketam. Itu masakan kegemarannya. Tapi bila mengenangkan Hafiz ada bersama ketika itu, seleranya hilang tiba-tiba.
“ Sarah masuk ke bilik dulu!” Sarah meminta diri untuk beredar
Sampai sahaja di dalam biliknya, Sarah melabuhkan punggungnya seketika di atas katil. Cuba membetulkan urat saraf yang terasa tegang.  Maklum sahaja dia  memandu sehingga PD semata-mata mahu menenangkan fikiran. Suatu tindakan yang tak penah dilakukan sepanjang hidup. Tapi kerana tindakan Hafiz tadi, dia boleh bertindak sejauh itu. Dia mengambil tuala mandi. Tubuhnya terasa melekit, seharian badannya tak kena air. Nasib baik hari ini dia off, kalau tidak terpaksalah dia mengqadakan beberapa waktu solat.
Sarah mengenakan sepasang baju tidur dari kain satin berwarna maron. Rambutnya yang panjang mencecah pinggang itu dikeringkan dengan tuala. Dia berjalan mundar mandir di sekitar bilik sambil otaknya ligat memikirkan apakah tindakan yang akan dilakukan terhadap Hafiz apabila mereka berhadapan nanti. Sejak dari kecil sehingga umurnya bakal mencecah 26 tahun tak lama lagi, dirinya tak dicerobohi oleh mana-mana lelaki walaupun seinci. Hanya Hafiz satu-satunya lelaki yang telah memporak perandakan hidupnya. Mana mungkin dia dapat memaafkan perbuatan lelaki itu. Sarah menuju ke balkoni biliknya.
Dia masih ingat kali pertama dia menjejak kaki ke dalam banglo kediaman Datuk Syafiq Rahman dan Datin Ruzaini 20  tahun dulu. Ketika itu dia baru mencecah usia 6 tahun setelah dia diambil oleh pasangan itu dari Rumah Anak Yatim Seri Intan sebagai anak angkat. Dia dapat melihat sorotan mata Hafiz begitu tajam terhadapnya, lelaki itu bersikap  acuh tak acuh saja ketika mereka diperkenalkan. Perbezaan jarak umur mereka hanya 4 tahun tapi jarak kemesraan antara mereka begitu jauh. Berlainan pula penerimaan abang Lukman Hakim padanya.  Usia abang Hakim ketika itu 14 tahun, sikapnya agak matang. Abang Hakim menerimanya dengan baik, malah layanannya  begitu berbeza dengan abang Hafiz.  Abang Hakim akan selalu menangkannya apabila dia dan Hafiz bertekak, hanya kerana perkara kecil Hafiz sanggup mencaci dan menghinanya. Tapi abang Hakim selalu memujuknya, begitu juga dengan mama dan papa. Sikap mereka bertiga yang terlalu melindungi dan menyayanginya itulah yang membuatkan Hafiz mendendaminya sehingga kini. Kadang-kadang dia terfikir, apa salahnya sehingga lelaki itu terlalu membencinya.
Lamunan Sarah terganggu bila mendengar ketukan pintu bertalu.
“ Ha…abang Hafiz. Ada apa?” sergah Sarah sebaik sahaja bertentang mata dengan lelaki di hadapannya.
`Apa lagi yang dikehendaki lelaki itu`
Hafiz agak tergamam seketika melihat wajah Sarah tanpa berkaca mata. , tambahan pula melihat rambut Sarah yang panjang terurai itu benar-benar menarik perhatiannya.
“ Hello!” Sarah melambai-lambai tangannya di muka Hafiz.
“ Ops!...Sorry… aku cuma datang untuk minta maaf atas apa yang terjadi tadi” Hafiz berkata sambil tersenyum nakal membuatkan Sarah benar-benar menyampah melihat wajah kacak itu. Memang lelaki itu kacak, tapi tak ada gunanya kalau berwajah kacak tapi perangai tak senonoh. Menyakitkan hati!
“ Minta maaf?...Sorry ye, perkataan maaf itu Sarah tak terima!” Sarah mendengus kasar. Malah dia cuba menutup pintu biliknya, tak mahu lagi memandang wajah lelaki itu tapi Hafiz sempat menahannya dengan tangan.
“ Terpulang, aku hanya menunaikan amanah papa yang mahu aku mohon maaf dari kau, sama ada kau terima atau tidak…itu tak jadi masalah buat aku dan kalau papa tanya nanti….jangan kau menidakkan pulak!” Hafiz masih mampu tersengih.
            “ Ingat…perbuatan abang Hafiz tadi tak akan Sarah lupa sampai bila-bila” Sarah memandang penuh benci pada wajah lelaki itu. Nasib baik air matanya masih mampu ditahan dari terus mengalir.
“ Aku juga tak akan lupa saat itu…sampaikan kini, kemanisannya masih aku terasa….you know, you have a sweet kiss…like a candy!” kata Hafiz separuh berbisik membuatkan Sarah mengetap bibir. Buat seketika mereka saling berbalas pandang.
You….crazy man…I hate you….really…really hate you, damn it!
Sarah sudah tidak dapat membendung rasa marah. Darahnya mula mendidih ke tahap maksima. Begitu panas, hanya tunggu masa untuk meletup. Serentak itu juga pintu biliknya di tutup kuat. Dumm! Biar roboh sekali pun, dia sudah tak peduli.
“ Wooo…garang juga kau ni ya! macam gorilla  kalau dah mengamuk….nasib baik tak terkena batang hidung aku!” Kata Hafiz yang  masih mampu ketawa walaupun dia sendiri terkejut dengan tindakan Sarah tadi. Senyuman masih tetap terukir di bibirnya sambil melangkah menuruni tangga.
***********


Hafiz menekan loceng apartment mewah itu beberapa kali. Dua minit kemudian pintu di buka. Seorang gadis muncul di hadapannya dengan mengenakan gaun tidur jarang berwarna biru muda. Senyuman mula menghiasi bibirnya sebaik sahaja melihat wajah Hafiz.
“ Hafiz,  what the big surprise…I`m still don`t believe that you`re come here tonight…please, come in!” tanpa berlengah gadis itu bersuara dengan pelat mat saleh celup dan segera mempersilakan Hafiz masuk ke apartmennya. Hafiz akur. Gadis itu segera menghampiri Hafiz selepas menutup semula pintu. Hafiz memeluk pinggang gadis itu dan mereka berjalan beriringan menuju ke sofa.
“ Oh! Fiz…I`m really  glad to see you again. I`m miss you…miss you so much” gadis itu bersuara manja, penuh menggoda sambil mendekatkan diri begitu hampir dengan Hafiz. Memang mencabar keimanannya yang memang sudah senipis kulit bawang. Gadis itu hanya tersenyum, gembira kerana penampilannya malam itu berjaya menarik perhatian lelaki ini.  Rasanya tak sia-sia dia menghabiskan beribu-ribu duit Datuk Izzat untuk membuat pembedahan beberapa bulan yang lepas di luar negara.
“ Fiz, I tengok you macam penat aje…you nak minum?....I buatkan!” gadis itu memandang wajah Hafiz yang nampak begitu kepenatan. Hafiz sekadar mengangguk. Gadis itu segera beredar, sengaja melambatkan langkah supaya Hafiz dapat melihat lenggoknya. Beberapa minit kemudian, dia muncul semula dengan membawa segelas minuman sejuk.
“ Penat ya!” ujarnya selepas meletakkan gelas minuman di atas meja.
Hafiz  mengangguk lagi sambil menyandarkan badan di sofa.
I urutkan” gadis itu menawarkan diri. Hafiz hanya membiarkan bahunya di urut lembut oleh gadis itu. Matanya sudah dipejam rapat seolah-olah sedang menikmati urutan itu. Dia segera membuka mata apabila merasakan ada sesuatu mula singgah di lehernya. Hafiz segera membetulkan kedudukannya dan melarikan tangan gadis itu dari menyentuh bahunya.
“ Dah lewat malam…apa kata you tidur aje kat sini, temankan I…I takut tidur seorang” gadis itu memujuk, tubuhnya sengaja didekatkan pada Hafiz sambil tangannya memeluk erat lengan Hafiz.
“ Macam mana dengan Datuk Izzat?” Tanya Hafiz.
Gadis itu mengeluh perlahan.  Bukan Hafiz tidak tahu bahawa Jacky adalah perempuan simpanan Datuk Izzat, seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam urusan jual beli tanah. Hafiz mula berkenalan dengan Jacky  dalam satu majlis  seorang kenalannya dua bulan yang lepas. Dari situ hubungan mereka menjadi rapat, cuma Hafiz tak pernah bermalam dengan gadis itu. Memang menjadi prinsipnya, tak akan mengganggu hak milik orang lain sampai ke bilik tidur,cukuplah  hanya sebagai teman untuk berbual.
“ Dia ke luar negara….honeymoon dengan isteri barunya yang nombor 3, minggu depan baru dia balik” beritahu Jacky.
Sorry, Jacky. I tak dapat temankan you malam ni. Pagi esok I kena berangkat ke New Zealand kerana urusan kerja” jawapan yang diberikan oleh Hafiz membuatkan Jacky mengalih pandang. Kecewa kerana permintaan tidak dipenuhi. Hafiz tersenyum, tangan gadis itu di capai dan di cium perlahan. Kemudian tangannya beralih, mengusap perlahan wajah Jacky membuatkan gadis itu terbuai ke dunia silam. Sebelum ini dia hanya dikenali dengan nama Junaidah, seorang gadis kampung yang hidup dengan serba kekurangan dari segi harta, mahu pun pendidikan. Atas desakan seorang teman, dia datang berhijrah ke Kuala Lumpur yang dikatakan menjanjikan kehidupan mewah untuknya tapi rupa-rupanya dia diperdaya, malah dia sudah tercampak jauh dari kehidupan asal. Di Kuala Lumpur, dia mula bekerja sebagai pelayan  kelab malam. Namanya Junaidah sudah bertukar menjadi Jacky. Di kelab malam itu juga dia mula berkenalan dengan Datuk Izzat, seorang lelaki yang berusia 50-an, sudah mempunyai 2 orang  isteri dan 5 orang anak. Kini sudah 4 tahun dia melayani kehendak lelaki tua itu. Sebagai ganjarannya, dia dapat menikmati kemewahan seperti sekarang, memiliki sebuah apartmen mewah, sebuah kereta dan beribu-ribu duit di bank.
“Jacky…Jacky….” Panggilan dari Hafiz segera mematikan lamunan Jacky dari terus hanyut mengingatkan siapa dirinya. Jacky tersentak malu, sangkanya dia kini sudah berada dalam pelukan Hafiz. Sebaliknya dia dapat melihat Hafiz sudah bersiap untuk beredar. Jacky segera bangun menghampiri Hafiz. Tak sanggup rasanya melepaskan lelaki itu pergi. Dia sudah cemuh melayan kerenah Datuk Izzat, lelaki tua yang tak sedar diri itu.
I terpaksa balik sekarang untuk buat persiapan ke airport pagi besok”
Jacky segera memaut leher Hafiz, tubuhnya dirapatkan pada lelaki itu.
“ Fiz…”
“ Hmm…”
Can you give me something special before you leave?” pinta Jacky ambil mengukir senyuman menggoda. Matanya merenung sayu wajah lelaki kacak di hadapannya, pandangannya mati menatap bibir nipis milik Hafiz. Seksi dan menggoda perasaan wanitanya.
“ Apa dia?” soal Hafiz dengan mengerutkan dahinya.
Kiss me for good bye!”  Hafiz hanya merenung wajah Jacky yang sudah memejam mata. Nampaknya gadis ini sudah bersedia membiarkan bibirnya di nikmati. Hafiz mula  teringatkan sesuatu saat dia cuba menyentuh bibir itu. Wajah Sarah tiba-tiba muncul dalam ingatannya.
Sorry, Jacky….I have to go!” Hafiz segera melepaskan tubuh Jacky dan berlalu meninggalkan Jacky termanggu sendirian. Benar-benar kecewa kerana hasratnya tidak kesampaian.
************


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...