Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

NOVEL : DI PENGHUJUNG RINDU 3

oleh: Azieana

Bab 3
S
ELEPAS keluar makan tengahari, Sarah kembali meneruskan kerjanya seperti biasa. Banyak pula kerja yang terpaksa di uruskan sejak En. Afandi bercuti selama seminggu kerana membawa isterinya berubat di luar negara.  En. Afandi adalah seorang pekerja yang telah lama berkhidmat di SR Corperation Sdn. Bhd hampir 10 tahun sebagai pegawai  kewangan dan Datuk Syafiq Rahman cukup mempercayai lelaki itu cuma sejak kebelakangan ini dia mendapati ada sedikit kekeliruan mengenai data kewangan syarikat. Tambah memeningkan kepala Sarah bila En. Hadi, penolong pegawai kewangan juga memohon cuti selama 2 hari kerana demam selsema.
Sarah mencapai ganggang telefon yang sedang  berdering.
“ Ya, Rina…ada apa?” Sarah segera bertanya sebaik sahaja mendengar suara Marina yang merupakan setiausahanya.
“ Datuk nak jumpa dengan Cik Sarah….” Beritahu Marina.
“ Jumpa I?...Hm…baiklah” berkerut dahinya cuba memikirkan apakah sebabnya dia diminta berjumpa dengan Datuk Syafiq Rahman.
“ Dia nak jumpa dengan Cik Sarah dan En. Hafiz…” beritahu Marina lagi.
“ Oh…ya ke…you dah bagitahu dengan En. Hafiz?”
“ Belum lagi…sekejap lagi I akan bagi tahu dia”
Ok, thanks
Sarah menyusun seketika beberapa fail dan dokumen yang agak berselerak selepas dia meneliti sebentar tadi.
Sarah membetulkan kemeja kuning  dan skirt hitam yang dipakainya sebelum keluar dari bilik. Dia segera menghampiri meja Marina yang sedang menulis sesuatu di dalam buku catatan.
“ Rina, you tolong fix kan appointment I dengan Mr. Steve ya….kalau boleh I nak appointment tu di percepatkan sikit, mungkin esok atau lusa…tapi kalau tak dapat…next week pun ok!” bukan Sarah tak tahu dengan kesibukan Mr. Steve yang selalu berulang alik ke luar negera.
“ Baik, Cik Sarah”
“ Er…En. Hafiz dah pergi jumpa Datuk?”  Sarah melirik ke arah bilik bertentangan dengan biliknya..
“ Belum lagi…rasanya dia masih ada kat dalam bilik” beritahu Marina.
Hanya dengan beberapa langkah Sarah sudah berada di hadapan pintu bilik Hafiz. Dia mengetuk pintu sebelum membukanya.
May I come in?”
Hafiz yang ketika itu sedang menaip sesuatu di komputer  mendongak. Wajahnya terus menjadi serius sebaik sahaja melihat wajah Sarah yang sedang berdiri di muka pintu sebelum melangkah ke hadapannya.
What?” sergah Hafiz kasar.
Sarah menarik nafas, cuba bertenang. Dia tahu lelaki itu benci melihat wajahnya.
“ Papa nak jumpa kita sekarang, mungkin ada benda yang dia nak bincangkan” beritahu Sarah.
“ Kau aje yang pergi….aku sibuk….selama ini, semua urusan …kau dan papa yang putuskan. Untuk apa aku ke sana?” Hafiz memandang  wajah Sarah yang masih lagi berdiri di hadapannya. Sengaja tidak dipelawa duduk.
“ Jadi, abang Hafiz tak nak pergi?” Tanya Sarah.
“ Kirim salam aje!” marahnya pada papa mengenai hal dua hari lepas masih terbuku di hati.
Ok…Sarah keluar dulu” Sarah berpaling dan terus melangkah keluar dari bilik itu tanpa Hafiz  memandang sedikit pun.
“ Mana Hafiz?” tegur Datuk Syafik Rahman bila hanya Sarah sahaja yang muncul di biliknya ketika itu sedangkan dia mahu mereka berdua dating berjumpanya.
“ Er….dia….” serba salah pula Sarah nak menjawab.
Ok….papa faham”
Datuk Syafiq Rahman hanya mampu mengelengkan kepala mengenangkan sikap Hafiz. Dia tahu Hafiz masih marahkannya pasal dia menegur anaknya dua hari lepas.
“ Usah pedulikan dia….kalau papa tegur dia tak pernah nak ambil peduli. Kita ni orang business, mesti pandai ambil peluang kalau nak berjaya” Datuk Syafiq Rahman merenung wajah Sarah sambil badannya menyandar di kerusi.
“ Pa, elok rasanya kita biarkan abang Hafiz buat apa yang dia mahu…tak ada gunanya kita menghalang. Kalau kita halang atau marah….makin dia memberontak” Sarah rasa itu saja jalan penyelesaian yang terbaik buat masa sekarang. Lagi pun dia tak mahu Datuk Syafiq Rahman terus memarahi Hafiz. Dia pula yang rasa susah hati.
Datuk Syafiq Rahman tiba-tiba tersenyum.  Mungkin betul kata Sarah. Tak ada gunanya dia terus marahkan Hafiz kerana anak muda itu sudah dewasa. Sudah tahu membezakan mana yang baik atau mana yang buruk.  Cuma dia mendoakan ada keinsafan di hati anaknya suatu hari nanti. Dalam hati, dia tetap memuji Sarah. Dia tetap memikirkan kebajikan Hafiz walaupun dia tahu Hafiz tak pernah menyukainya. Gadis itu terlalu tabah dan merendah diri setiap kali berhadapan dengan Hafiz. Di segi urusan pekerjaan, dia begitu komited. Setiap urusan yang dikendalikannya dilaksanakan dengan jaya. Itu yang paling membanggakannya walaupun gadis itu  cuma anak angkatnya. Namun, dia telah memberi kerjasama yang cukup hebat untuk SR Corp. Sdn. Bhd sejak dia berada di situ.
“ Sebenarnya ada perkara yang papa nak bincangkan dengan Sarah dan Hafiz…oleh kerana dia tak datang….elok papa beritahu Sarah dulu. Selepas ini papa nak Sarah dan Hafiz berbincang” berkerut dahi Sarah mendengar kata-kata itu.
`Berbincang?...aku kena berbincang dengan abang Hafiz!` Sarah mula rasa tak selesa.
“ Papa nak bincang pasal apa ni?”
Tanpa berlengah Datuk Syafiq Rahman menghulur satu fail dan meminta Sarah membacanya. Dia meneruskan kerjanya yang terbengkalai tadi sementara memberi peluang untuk Sarah meneliti fail itu.
“ Papa…” Sarah kembali menutup fail itu selepas menelitinya. Kini dia sudah bersedia untuk mendengar pendapat dan berbincang.
“ Hm….dah bacakan…” Sarah mengangguk perlahan.
“ Papa rasa ini peluang terbaik buat kita dan papa rasa kita tak patut lepaskannya. Bukan senang nak berurusan dan bekerjasana dengan syarikat besar dari luar negara tu. Jadi, inilah masanya kita nak mengembangkan sayap di persada anatarabangsa.” Datuk Syafiq Rahman tersenyum. Dia rasa begitu bangga kerana syarikatnya telah berjaya dan terpilih untuk bekerjasama dengan syarikat hebat itu. Sudah lama dia menyimpan hasrat itu, tak sangka baru sekarang terlaksana.
“ Jadi, apa cadangan papa?”
“ Papa nak Sarah dan Hafiz ke sana untuk berbincang dengan mereka” Sarah agak tercengang dengan cadangan papanya.
“ Er….ada masalahke?” Datuk Syafiq Rahman dapat melihat perubahan pada wajah Sarah.
“ T…tak…bila papa nak kami pergi ke sana?”
“ Dua minggu lagi.  Papa rasa kita masih sempat nak buat sebarang persiapan…er, papa rasa Marina pun patut ikut sekali. Semua perbelanjaan kalian bertiga…pihak syarikat akan uruskan!”
“ Baiklah papa…Sarah akan bagi tahu abang Hafiz nanti!”
“ Papa…” tiba –tiba Sarah bersuara.
“ Ya…”
“ Boleh Sarah cadangkan sesuatu?”
Berkerut dahi Datuk Syafik Rahman mendengar cadangan Sarah tapi akhirnya dia terpaksa akur kerana dia tahu apa yang dilakukan oleh Sarah ada kebaikannya.
“ Sarah yakin?”
“ Ya…yakin, pa”
“ Hm….”
“ Kalau tak ada apa-apa yang nak kita bincangkan …Sarah keluar dulu!”
 Sarah mula bangun dari kerusi. Bersiap sedia untuk keluar.
“ Sarah…nanti lunch dengan papa ya!”
“ Maaf,  pa…Sarah dah ada temujanji dengan kawan” serba salah pula dia nak menolak pelawaan ayah angkatnya yang banyak menabur budi.
“ Kawan? Papa kenalke dengan kawan Sarah tu?” Datuk Syafiq Rahman agak terkejut. Tak sangka dalam diam Sarah sudah mempunyai teman. Sedangkan selama ini Sarah selalu memperkenalkan padanya siapa  teman-temannya.
“ Papa kenal…kenal sangat”
 Sarah mula tergelak. Seronok pula melihat wajah papanya yang sedikit terkejut. Selama ini papa dan mama sentiasa mengambil berat pasal dirinya sehingga sanggup mengambil tahu  siapa jua temannya.
“ Siapa?...Sarah dah ada teman lelaki ya!” sempat Datuk Syafiq Rahman mengusiknya.
“ Papa…papa….Sarah hanya nak keluar lunch dengan Tuty…Tuty Suhana” kata-kata Sarah membuatkan Datuk Syafiq Rahman ketawa kecil.
“ Oh…Tuty, papa ingatkan Sarah betul-betul nak keluar dengan boyfriend tadi” kata Datuk Syafiq Rahman dengan ketawa yang masih bersisa.  Bukan dia tak suka Sarah ada teman lelaki, tapi dia cuma takut suatu hari nanti hati Sarah akan di lukai. Dia tak sanggup melihat Sarah kecewa kerana dia sayangkan Sarah.
“ Papa kan tahu sejak dari dulu lagi Sarah memang tak ada boyfriend…kawan pun tak ramai. Jadi kalau Sarah nakkan boyfriend…biarlah papa dan mama yang carikan kerana Sarah percaya pilihan papa dan mama adalah pilihan yang terbaik buat Sarah!”
“ Sarah….Sarah….nanti kalau papa yang carikan untuk Sarah….jangan pulak Sarah tolak ya!” sempat pula Datuk Syafiq Rahman mengusik Sarah membuatkan Sarah tergelak kecil. Sarah tahu bukan senang nak mencari seorang lelaki yang dapat menerima dirinya seada mungkin. Apa lagi kalau mereka dapat tahu siapa dirinya yang tak pernah tahu asal usul dan keturunan.
*************


SEBAIK sahaja Sarah menghentikan langkah di hadapan pintu bilik Hafiz, dia segera beristighfar supaya hatinya tenang. Dia menarik nafas sebelum mengetuk pintu bilik Hafiz buat kali kedua hari ini dalam tempoh tak  sampai 2 jam.
Come in!”
“ Ha! Kau Sarah….ada apa lagi?...apa hal kau suka sangat nak ganggu aku?” Hafiz terus menyergahnya sebaik sahaja wajah Sarah muncul di hadapannya.
“ Boleh Sarah masuk?” timbul pula rasa serba salah bila melihat sikap Hafiz yang acuh tak acuh itu yang secara terangan memang tidak menyenangi kehadirannya.
“ Hmm…” sekali lagi Sarah menarik nafas panjang sambil melangkah masuk. Ketika itu Hafiz kelihatan begitu khusyuk mengadap komputer. Entah apa yang dibuatnya. Betul-betul buat kerja atau buat benda lain. Kalaulah begitu tekun dia menguruskan kerja, tak adalah kerja yang dilaksanakannya terbengkalai. Teringin pula dia nak melihat skrin komputer itu, tapi takut ditegah oleh Hafiz. Bukannya dia tak tahu perangai Hafiz, paling tak suka hak milik atau  barang-barangnya dicerobohi sebarangan orang terutama sekali dirinya, insan yang paling dibenci dan dicemuh.
Sarah terus melabuhkan punggung di kerusi walaupun tidak dipelawa.
“ Sibuk ke?...maaflah kalau Sarah mengganggu!” Sarah cuba bersikap setenang yang boleh.
Hafiz terus mengangkat wajahnya, merenung tajam wajah Sarah yang mula menikus. Takut benar kalau disergah oleh lelaki itu.
“ Habis….kau tengok aku sekarang ni tengah goyang kaki ya!” tempelak Hafiz dengan wajah garang. Namun dalam diam, Hafiz hampir nak tergelak melihat wajah cemberut Sarah. Seronok  pula dia mempermainkan perasaan gadis itu.  Bukan dia sibuk buat  kerja pun, tapi sibuk main game Solitare je. Aku sekadar berlakon aje! He …he…
Akhirnya Hafiz menutup permainan itu. Kesian pula dibiarkan Sarah tercongok di situ, lagi pun tak selesa pula kalau membiarkan gadis itu berlama di bilik itu bersamanya. Hafiz mula mengubah posisinya. Dia mula duduk berhadapan dengan Sarah, merenung seketika wajah gadis yang berkaca mata itu. Sempat pula dia membuat andaian, walaupun gadis itu hanya berpenampilan biasa, make up pun ala kadar, tapi menariknya tetap ada.
“ Kenapa kau tak cuba ubah penampilan kau?....sejak dari dulu asyik bersanggul aje…macam nenek tua, dahlah pakai cermin mata yang dah ketinggalan zaman….tak berselera aku nak tengok!” Hafiz tiba-tiba bersuara mengutuk penampilan Sarah membuatkan Sarah terpingga-pingga. Benar-benar terkejut di komen begitu.
`Pandai-pandai pulak nak komen aku!` rungut Sarah. Mendidih juga hatinya waktu itu. Tapi terpaksa menyabarkan diri.
“ Kalau tak berselera…jangan tengok. Pejam aje mata tu…atau cucuk aje mata dengan garpu, biar jadi macam Kassim Selamat dalam cerita Ibu Mertuaku” balas Sarah selamba membuatkan Hafiz mengetap bibir, nak tergelak pun ada. Tak sangka Sarah membalas kutukannya.
“ Kau ni kan….” Hafiz tak jadi meneruskan kata bila tiba-tiba Sarah mengukir senyum. Hafiz menelan liur. Terkulat-kulat matanya merenung senyuman itu.
“ Kenapa tak teruskan…?” soal Sarah dengan tenang.
Hafiz kembali mengawal diri. Dia berdehem beberapa kali.
“ Cik Sarah, boleh awak terangkan tujuan awak datang ke mari…saya tak ada masa nak layan cik Sarah lama-lama kat sini…saya banyak kerja!” Hafiz mula mengubah watak. Tiba-tiba sahaja menjadi lelaki yang bersopan.
“ Ya ke banyak kerja!” tempelak Sarah sambil tersenyum sinis.
`Alah …dia ingat aku bodoh…sibuk nak buat kerja atau sibuk melayan internet`
“ Sarah nak serahkan fail ni….Sarah nak abang Hafiz baca sekarang.  Sebenarnya papa nak Sarah dan abang Hafiz yang uruskan soal usaha sama tu …tapi Sarah rasa inilah peluang untuk abang Hafiz buktikan pada papa keupayaan abang Hafiz….kalau abang Hafiz tak sanggup, Sarah boleh handlekan!” Sarah menghulurkan fail berada di hadapannya. Hafiz mencapainya dan segera dibelek ala kadar sambil diperhati oleh Sarah.
Sementara Sarah menunggu Hafiz meneliti sekilas dokumen itu, dia membuka cermin mata dan wajahnya sedikit tunduk sambil tangannya mengelap cermin mata berbingkai hitam itu dengan tisu. Tanpa dia sedar, perbuatannya itu menarik perhatian Hafiz. Lama juga mata Hafiz terpaku menatap wajah Sarah yang sedikit tunduk memandang cermin matanya dan Hafiz cepat-cepat berpura-pura menatap kembali dokumen tadi sebelum sempat Sarah mendongak. Dalam diam, Hafiz sempat mengeluh lega. Namun dia hairan, kenapa tiba-tiba dadanya berdegup kencang sebentar tadi.
So….” Hafiz agak terpingga-pingga sebaik saja matanya berlaga dengan mata Sarah yang sudah pun mengenakan cermin mata.
“ Er….nanti aku fikirkan…” acuh tak acuh Hafiz menjawab membuatkan Sarah mengangkat bahu.
Ok…bila abang Hafiz dah ada jawapannya nanti, jangan lupa bagi tahu Sarah, kalau boleh tolong bagi tahu secepat mungkin…Sarah keluar dulu” Sarah sudah pun bangkit dari kerusi. Sangkanya Hafiz sudi membincangkan hal itu tapi ternyata, sia-sia saja dia menunggu.
“ Sarah….”
“ Ya!”
Sarah segera menghentikan langkahnya bila namanya di panggil.  Dia sama sekali tidak menyangka bahawa Hafiz kini sudah pun berdiri dua langkah di belakangnya.
“ Ada apa lagi?” penuh sopan Sarah bertanya walaupun terbetik rasa hairan melihat wajah lelaki itu. Begitu tajam merenungnya. Salah apa pula dia kali ini.
“ Kenapa kau buat semua ini, ha?” sergah Hafiz sedikit kasar.
“ Buat apa?” Sarah benar-benar tidak tahu apa maksud lelaki itu.
Hafiz ketawa tiba-tiba. Langkahnya semakin hampir ke arah Sarah membuatkan Sarah betul-betul tergamam. Lelaki itu melangkah dengan penuh gaya, Nampak aura yang tersendiri. Aura lelaki maskulin membuatkan hati Sarah benar-benar berdebar. Musibah apakah kali ini.  Walaupun mereka sering bertekak, namun rasa berdebar tetap terbit setiap kali mereka berdekatan apa lagi kalau saling bertentang mata. Hairan ya….perasaan itu tetap wujud walaupun berulangkali dia cuba mengusirnya.
“ Kau tak tahu atau berpura-pura tak tahu? Hmmm…tak sangka …licik juga kau ni ya!” Hafiz semakin hampir. Senyuman dibibirnya seperti mengandungi sesuatu makna yang tersirat membuatkan Sarah benar-benar takut. Tindakan dan sikap lelaki itu begitu sukar nak dijangka.
Look…setiap apa yang Sarah lakukan adalah ikhlas. Tak ada niat lain…percayalah!” jelas Sarah sambil mengangkat kedua tangannya seperti memohon sesuatu.
 Dia sudah bosan asyik di tuduh cuba merampas hak dan kuasa lelaki itu di SR Corp. Sdn Bhd, sejak kali pertama dia menjejak kali di syarikat itu 3 tahun lalu selepas pulang dari UK. Namun, sampai sekarang dia masih mampu bersabar walaupun ada kalanya hatinya cukup pedih, luka bagai dihiris pisau yang tajam. Kalau tidak dikenangkan kebaikan Datuk Syafiq Rahman dan Datin Ruzaini mengambilnya sebagai anak angkat dan menjaganya dengan begitu baik sekali, sudah lama dia cabut lari. Tak perlu lagi dia bertembung muka dengan lelaki bongkak sombong itu lagi.
“ Kau dengar sini ya….kau tahu tak yang kau ni  seorang manusia tamak yang tak pandai bersyukur.  Sepatutnya kau sedar siapa diri kau yang sebenarnya, apa asal usul kau. Hati aku ni  dah lama sakit, kau tau…dah berdarah dan bernanah disebabkan kau!” Sarah hanya mampu mengerdipkan mata mendengar kelancangan Hafiz bersuara sambil jari telunjuknya  hampir menunjal kepala Sarah.
`Kalau hati dah sakit, luka dan bernanah, pergi ajelah kat hospital, buat rawatan. Kenapa bagi tahu aku. Bukannya aku boleh tolong!` gumam Sarah mendengus perlahan.
Hafiz sepertinya sudah dirasuk. Sudah lupa janji yang pernah di buat dahulu di hadapan mamanya. Sesekali Sarah memejam matanya. Sudah banyak kali dia mendengar ayat itu, bukan dari orang lain. Hanya satu-satunya orang yang begitu merendahkan tarafnya adalah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya sekarang ini. Walaupun begitu perit untuk diterima, tapi rasanya dia sudah kalis mendengarnya membuatkan dia hanya diam terpaku, menangis tidak, berganjak pun tidak. Hanya matanya begitu sayu memandang lelaki itu memuntahkan kemarahan sehingga Hafiz pula yang terkeliru.
Mustahil! Sudah tidak berperasaankah gadis yang sedang berdiri kaku di hadapannya. Kalau sebelum ini dia mampu mendabik dada.  Adalah menjadi satu kepuasan baginya kalau berjaya membuat gadis itu mengalir air mata, tapi kini dia pula yang terasa bodoh. Seperti bercakap dengan tunggul.
“ Kenapa? Hairan kerana tidak berjaya membuat air mata Sarah keluar?....sudah-sudah lah buat kerja tak berfaedah ni…Sarah dah fade up….Sarah dah lali mendengarnya….air mata Sarah dah lama kering” Sarah tersenyum membalas renungan Hafiz yang resah.
Well…kalau tak ada apa-apa perkara penting yang nak kita bincangkan, Sarah keluar dulu…lagi pun sekarang ni dah masuk waktu tengahari…perut Sarah pun dah lapar…kalau asyik nak dengar suara abang  Hafiz berleter, alamat terlepaslah waktu lunch Sarah…  lagi pun dengar orang berleter ni bukannya boleh kenyang…buat bazirkan masa aje!”
Sarah tersenyum , seronok dapat mengenakan Hafiz hari ini. Biar lelaki itu tahu….dia tak membalas bukan bererti dia lemah, tapi tak ada gunanya bertekak dengan orang yang tak akan faham, dia rasa itu merugikan masa dan tenaga. Jadi, ada baiknya dia beredar.
Hafiz mengetap bibir menahan marah. Entah kenapa hari ini dia rasa benar-benar tercabar. Jarang Sarah membalas kata-katanya. Selalunya dia hanya tunduk mendiamkan diri, atau setidak-tidaknya dia dapat melihat air jernih keluar dari kelopak mata gadis itu. Tapi , untuk hari ini dia dapat melihat Sarah yang baru.
“ Sarah!” jerit Hafiz agak kuat.
Langkah Sarah sekali lagi terhenti. Sebaik saja dia berpaling, Hafiz benar-benar berada di hadapannya. Begitu hampir membuatkan dia benar-benar terkedu. Buat seketika mereka saling berpandangan. Hafiz benar-benar tergamam. Tidak sangka mereka dalam keadaan sebegitu rupa. Terlalu hampir seolah-olah degupan jantungnya dapat di dengar oleh Sarah. Tiba-tiba Hafiz mengukir senyuman membuatkan Sarah betul-betul gabra. Dia mula membetulkan bingkai cermin mata yang tersangkut di hidung mancungnya. Sarah mula berundur ke belakang, namun Hafiz terus mengikut langkahnya. Sengaja lelaki itu ingin menderanya
Sarah menelan liur, terasa perit kerongkongnya. Tambahan pula bila merasakan tangan Hafiz mula menyentuh tubuhnya menyebabkan tubuh Sarah menjadi kaku.  Dia ingin terus melangkah dan berpaling, tapi sepertinya ada sesuatu yang menghalang dia bertindak begitu Hatinya mula mendongkol marah, tak sangka lelaki itu sudah berani menyentuh tubuhnya.
            “ Engkau semakin menyesakkan aku, Sarah. Aku tak tahu kenapa semua orang memuji kau  terutama sekali mama dan papa. Mereka mengatakan bahawa setiap tutur kata kau adakah bernas dan wajah kau cukup manis menawan….oleh itu, aku ingin menguji sejauh mana kebenaran kata-kata mereka!” Bisik Hafiz perlahan ditelinga Sarah sebelum tangan  kanannya mencengkam wajah Sarah menyebabkan muka mereka terlalu hampir.  Peluh dingin mula turun tatkala bibir Hafiz begitu rakus menyentuh bibirnya.  Seluruh badan Sarah terasa kejang menahan amarah yang meluap-luap di atas tindakan lelaki itu. Memang tidak dijangkan bahawa lelaki itu sanggup bertindak sejauh itu. Makin dia menolak, makin kuat tubuhnya di peluk lelaki itu.
Dengan mengumpulkan segala kekuatan yang ada, tubuh Hafiz di tolak kasar membuatkan lelaki itu terdorong ke belakang. Hafiz kaku seketika. Dia akui, apa yang dilakukannya sebentar tadi adalah di luar jangkaannya. Bila melihat wajah Sarah yang merah menahan marah, dia tersenyum nakal. Sesungguhnya, kali ini dia tetap menjadi pemenang. Kemenangan yang cukup indah.
You….” Tercungap-cungap Sarah merenung wajah Hafiz sambil mengecil mata.  Hafiz tahu, Sarah benar-benar marah. Namun, dia tetap tak peduli. Senyuman masih terukir di bibirnya. Apa lagi melihat mata gadis itu yang mula berkaca.
“ Hmm….memang betul kata mereka, mulut kau memang manis dan bibir kau cukup seksi dan mempesonakan, I`m love it…..berbeza sekali rasanya dengan gadis-gadis yang pernah aku kenali….dan aku harap, kucupan tadi adalah yang pertama dan bukannya yang terakhir dari aku…” Hafiz sempat mengenyit mata membuatkan dada Sarah benar-benar mendidih sehingga Sarah bertekad, lelaki ini perlu diberi pengajaran. Malangnya tangan Sarah tak sempat menyentuh pipi Hafiz bila lelaki itu begitu tangkas memegang tangannya. Sarah segera menarik tangannya bersama linangan air mata.
Tanpa berlengah dia segera berlari menuju ke pintu dengan perasaan marah, dendam dan benci terhadap lelaki itu.
“ Sarah, aku harap kejadian tadi sebagai pengajaran buat kau!” laung Hafiz dengan suara riang.  Walaupun Sarah sudah lama beredar, namun kejadian tadi membuatkan dia sentiasa tersenyum sepanjang hari itu.
************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...