Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

NOVEL : DI PENGHUJUNG RINDU 2

oleh: Azieana

Bab 2

S
AMPAI di rumah teres dua tingkat, Hafiz segera mematikan enjin kereta. Briefcase yang diletak di sebelah di capai sebelum keluar dari kereta Honda s2000 warna hitam yang berpintu dua. Hafiz terus masuk ke dalam rumah semi D yang didiaminya sejak lima tahun lalu selepas kepulangannya dari luar negara. Sengaja dia memilih untuk hidup sendiri kerana ingin menjauhkan diri dari Sarah. Sejak gadis itu hadir dalam  keluarganya, hidupnya tak pernah rasa tenteram. Kehadiran gadis itu bukan sahaja mengubah corak hidupnya tapi juga merampas kasih sayang orangtuanya. Dia tahu, hanya dia seorang yang merasa begitu sedangkan bagi keluarganya, kehadiran Sarah dalam hidup mereka begitu bermakna. Oleh itu segala kehendak Sarah, mama dan papa ikuti. Mama terlalu menjaga kebajikan Sarah, papa pula lebih percayakan Sarah dari nya hinggakan abang Hakim sendiri selalu menangkan Sarah bila dia dan Sarah bertekak. Semuanya kerana Sarah…Sarah…dan Sarah. Macam tak ada nama lain yang wujud.
Hafiz meletakkan briefcasenya di atas sofa sebelum dia melabuhkan punggungnya di sofa kulit import buatan Itali.  Tangannya segera mencapai remote untuk membuka aircond. Kedua –dua tangannya lincah melonggarkan tali leher. Dia memejam mata seketika sambil menghembuskan helaan panjang. Sudah dua hari dia tidak melihat wajah Sarah di office kerana gadis itu berada di Melaka. Walaupun mulutnya mengatakan benci pada gadis itu tetapi jauh di sudut hati terselit juga rasa bahagia dan seronok. Ya….seronok kalau dia berjaya mengenakan Sarah atau menyakitkan hati itu.   Kadang-kadang terselit juga rasa hairan bila usikan dan kata-katanya tidak diendahkan oleh Sarah seolah-olah dia sedang bercakap dengan patung.
“ Sarah….Sarah….Sarah….” Hafiz tergelak kecil bila mengenangkan gadis itu.
Tiba-tiba perutnya berasa pedih.
“ Hm….patutlah….dah dekat jam 9 malam….aku belum makan” Hafiz menggaru-garu kepala sambil bangun dari sofa.  Langkahnya segera menghala ke ruang dapur. Dia melirik senyum melihat hidangan yang sudah tersedia di atas meja.
`Hm….sedapnya bau….Pasti mama atau kak Mah yang masak.`
Tanpa berlengah dia terus menikmati hidangan makan malam yang telah pun sejuk dengan penuh selera. Selepas makan malam, dia segera masuk ke biliknya untuk mandi. Selepas mengenakan t`shirt dan seluar jeans, dia membelek wajahnya seketika dicermin. Membuat penampilan diri sebelum kakinya menghala ke balkoni. Malam ini dia sudah membuat janji untuk bertemu dengan Rizuan untuk bermain futsal. Susah betul nak ajak Rizuan keluar sejak isterinya mengandung anak kedua. Tak sangka Rizuan dulunya yang berperangai gila-gila boleh menjadi seorang suami mithali dan papa yang penyayang. Hafiz tersenyum sendirian bila mengenangkan beberapa orang temannya yang sudah pun mendirikan rumahtangga. Malah mereka kini hidup bahagia. Hanya dia masih hidup sendiri.
“ Itulah Hafiz, mama suruh kawin…tak nak. Kata nak enjoy, tapi sampai bila?...Hafiz tahu tak yang Hafiz ni dah terlebih layak untuk kawin dan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Takkan nak hidup enjoy dan membujang sampai ke tua”  Datin Ruzaini mula merungut setiap kali dia datang berkunjung ke rumah Hafiz. Hafiz hanya buat tak tahu, pekakkan telinga. Dia dah boleh hafal dialog mamanya apabila membangkitkan isu kawin.
“ Mama ni….tak ada topik lainke nak bincang…asyik topik tu je….rimas Fiz. Mama jangan bimbang, sampai masanya nanti Fiz akan kawin juga bila Fiz dah jumpa perempuan yang berjaya membuat Fiz jatuh cinta pandang pertama”
Hafiz tersengih seakan berlagak sambil membalas pandang wajah mamanya yang mencuka. Datin Ruzaini pun sudah lali dengan jawapan anaknya. Itu saja jawapan yang didengarnya sejak bertahun-tahun. Tapi sampai sekarang begitulah hidup anak lelakinya. Tetap tak berubah dengan gaya hidup yang selalu didampingi oleh perempuan-perempuan yang dia sendiri tak sanggup lihat  dari segi penampilan dan cara hidup, apa lagi nak dijadikan menantu untuk melahirkan cucu-cucu untuknya.
“ Sudahlah, Fiz. Mama dah muak dengan jawapan Fiz tu….lagi pun cakap dengan Fiz ni tak pernah menangkan mama!” Datin Ruzaini sudah malas nak berbahas, akhirnya dia juga yang kempunan.
“ Ma, daripada mama risaukan pasal Fiz…ada baiknya mama fikirkan tentang Sarah.  Cepat-cepat carikan jodoh untuknya dan kahwinkan, biar dia ikut ke mana suami dia pergi. Jadi tak perlulah dia duduk di bawah ketiak mama lagi…dan yang penting adalah….dia keluar dari rumah tu” Hafiz bersuara, melepaskan perasaan yang telah lama terbuku di hati.
“ Hafiz….apa yang Hafiz merepek ni?” Datin Ruzaini tiba-tiba melenting. Dia tak menyangka bahawa anaknya sanggup mengeluarkan kata-kata itu.  Walaupun Sarah bukan anak kandungnya, tapi gadis itu amat disayanginya. Malah dia tak sanggup melihat gadis itu disakiti walaupun oleh anak kandungnya sendiri.
“ Betul cakap Hafiz ni, ma….selagi dia berada di rumah tu…hidup Hafiz tak pernah tenang. Sejak dia wujud dalam keluarga kita, Hafiz dapat rasakan mama dan papa lebih sayangkannya. Tengoklah sekarang ni, jawatan CEO sepatutnya menjadi milik Hafiz tapi senang-senang aje jawatan tu papa berikan pada perempuan tu. Hafiz ni anak kandung mama dan papa tapi dia….dia hanya anak pungut yang kita tak tahu asal usulnya, entah-entah dia tu anak pe….”
Pang! Satu tamparan singgah di pipi kiri Hafiz membuatkan dia terkedu.  Benar-benar tak menyangka bahawa mama sanggup menamparnya demi untuk mempertahankan perempuan itu. Buat seketika mereka berdua sama-sama berdiam diri. Hafiz tertunduk, tak sanggup menatap wajah mamanya yang sudah bergenang air mata.
“ Cukup Hafiz, mama tak mahu dengar apa-apa lagi yang keluar dari mulut Hafiz. Kalau Hafiz hina Sarah, itu bererti Hafiz menghina mama” Datin Ruzaini terus keluar dari rumah Hafiz. Nasib baik pemandunya sudah sedia menanti. Hafiz duduk di sofa sambil melepaskan keluhan. Terasa dirinya benar-benar bersalah kerana membuatkan wanita yang disayanginya mengalir air mata.
Dua hari kemudian baru dia berani menunjukkan muka di rumah orangtuanya untuk memohon maaf di atas kata-katanya tempohari.  Nasib baik ketika itu Sarah dan papa  tiada di rumah. Kalau ada papa, pasti dia akan disemburnya dengan kata-kata dan yang pasti memang dia yang akan dipersalahkan.
“ Mama akan maafkan tapi Fiz mesti janji tak akan membangkitkan isu ini lagi di hadapan mama, papa atau pun Sarah sendiri. Hafizkan tahu setiap bayi yang baru dilahirkan dari rahim ibunya adalah suci dan bersih walaupun dari cara yang haram. Begitu juga dengan Sarah walaupun kita tak pernah tahu asal usulnya…kalau pun Hafiz nak mencari kesalahan, bukan pada Sarah, tapi orangtuanya….pernah tak Hafiz terfikir apa yang akan berlaku sekiranya ditakdirkan  Hafiz yang berada di tempat Sarah? Sanggup Hafiz menerima cacian dan tohmahan dari orang lain?....tentu Fiz tak sanggupkan!...jadi, tolonglah jangan sakiti hati dia, Sarah tak bersalah langsung dalam hal ni,… dia adalah mangsa keadaan!” Datin Ruzaini memandang wajah Hafiz.
“ Baiklah….Fiz janji”
Datin Ruzaini mendengus perlahan sambil memandang wajah anaknya.
“ Dah banyak kali mama dengar Fiz janji…tapi Fiz tetap lukakan hati Sarah. Kali ini mama harap Fiz betul-betul tunaikan janji tu!"
Hafiz memejam mata. Entah kenapa wajah Sarah tiba-tiba bermain di matanya.
`Ah! Buat penat aje aku nak fikir pasal dia….bukannya penting`
Serentak itu dia segera menjawab panggilan telefon.
“ Hello”
“ Hello…Fiz….kau kat mana?.....kita orang dah sampai ni” suara Rizuan kedengaran di corong talian.
Ok….I`m on the way…kejap lagi aku sampai, bro” itu sahaja kata-katanya sebelum mematikan talian. Nahas kalau dia mengatakan dia masih beada di rumah….pasti Rizuan akan berleter panjang. Tahu sangat dengan perangai Rizuan, kalau dah membebel boleh cair taik telinga. Tak padan dengan lelaki.
**************


SELEPAS habis bermain futsal, Hafiz sempat lagi  membuat janji dengan beberapa orang teman di sebuah kelab. Di situ mereka juga turut berkenalan dengan beberapa orang gadis. Hafiz tidak menghadapi sebarang masalah untuk menarik perhatian gadis-gadis di situ kerana memiliki wajah yang tampan disamping mempunyai personaliti.  Malah boleh dikatakan pengunjung kelab itu  adalah orang yang sama yang rata-rata adalah dikenalinya.
“ Hai….” Seorang gadis tiba-tiba menghampiri Hafiz yang sedang menikmati minuman bersama tiga orang teman. Mereka terus memandang ke arah gadis yang berkulit hitam manis itu. Pakaiannya…mak eh! Seksi gila. Orang gila pun tak seseksi dia! Tanpa dipelawa dia terus mengambil tempat di sebelah Hafiz menyebabkan teman Hafiz terpaksa mengesot ke tepi.
I dah lama nak kenal dengan you tapi you ni….sombong sangat” gadis itu memulakan bicara. Sengaja dia merapatkan diri di sisi Hafiz sambil tersenyum. Tiga kawan Hafiz yang lain hanya tersenyum melihat Hafiz yang sedikit pun tidak memandang ke arah gadis itu sebaliknya tumpuan Hafiz pada seorang gadis yang sedang menari bersama rakannya.
Miss….kami berani bertaruh yang member kami ni tak akan layan you punya!” pemuda yang dikenali dengan nama Syamil itu bersuara menyebabkan gadis itu menarik muka masam.
“ Penyibuk!” gadis itu membuka mulut. Tajam matanya menjeling ke arah Syamil yang sedang tersengih nakal . Sempat pula dia mengangkat kening memberi isyarat pada Najmi.
“ Korang semua ni jealous sebab I tak minat dengan korang!” gadis itu bersuara lagi.
“ Kami tahu taste member kami….walaupun you ni seksi tapi setakat kulit macam buah manggis, Hafiz tak terpikat punya…tu…..yang itu memang selera Hafiz. Putih, seksi dan mengancam!” Syamil segera menunding jari ke arah   gadis yang sedang di pandang Hafiz. Dua orang teman Hafiz  juga turut memandang ke arah gadis itu sambil tersenyum-senyum..
You….” Gadis itu segera bangun dan beredar bersama hati yang membengkak menyebabkan ketiga-tiga rakan Hafiz ketawa. Seronok dapat mengenakan gadis tadi.
“ Hoi! Bro….tak ada gunanya kalau asyik tenung aje….nanti tak pasal-pasa meleleh air liur…apa kata kau pergi aje usha gadis tu” Najmi menepuk bahu Hafiz membuatkan Hafiz terpingga-pingga.
“ Apa kata kau pergi taste market kau, bro….aku tengok gadis tu pun macam dah syok aje kat kau, bro” Syamil pula mencelah.
Mereka tahu, Hafiz pantang di cabar.
“ Kalau aku dapat tackle that  girl …apa aku dapat?” tiba-tiba Hafiz bersuara.
“ Aku belanja kau lunch esok” Syamil ketawa.  Tak berani nak bertaruh lebih dari itu kerana dia memang tahu kehebatan Hafiz. Pernah duitnya lesap sebanyak RM 500 kerana bertaruh dengan Hafiz semata-mata mahu temannya itu mendapatkan perhatian seorang gadis setelah beberapa kali usahanya gagal untuk mendekati gadis itu. Tak sangka tak sampai beberapa minit, gadis itu boleh cair dengan Hafiz.
“ Ok…you know me!” serentak dengan itu Hafiz segera mengangkat punggungnya. Langkahnya segera di atur ke arah gadis yang dimaksudkan dengan penuh gaya sambil diperhatikan oleh teman-temannya dengan senyuman.
Sebaik saja Hafiz berjaya menarik perhatian gadis itu, mereka berdua terus keluar dari kelab itu. Hafiz segera mengenyitkan mata ke arah teman-temannya. Mereka sudah tahu arah tujuan Hafiz selepas itu.
***************



HAFIZ tiba di pejabat jam10 pagi. Sebaik saja dia meletakkan punggung di kerusi, telefon di atas mejanya mula berdering. Hafiz mula menyumpah-nyumpah dalam.
` Tak boleh tengok orang senang sikit, ada aje yang mengganggu`
“ Hello!” Hafiz mengangkat ganggang telefon dan bersuara kasar. Baru saja masuk pejabat, dah ada panggilan telefon. Tahu sangat dari siapa.
“ Hello, En. Hafiz…Datuk nak jumpa En. Hafiz sekarang juga di biliknya!” kedengaran suara Ainiah, setiausaha Datuk Syafiq Rahman.
“ Hmm….” Hanya itu yang keluar dari mulut Hafiz sebelum menghempas kasar ganggang telefon. Dia mendengus kasar sambil bangun dari kerusi. Dia menghampiri cermin, membelek wajahnya seketika serta membetulkan baju dan tali lehernya supaya penampilannya nampak kemas. Bimbang ditegur oleh Datuk Syafiq Rahman kalau melihat dirinya berserabai.  Hafiz tahu lelaki itu amat menitik beratkan soal penampilan kerana menurutnya orang akan respect kita melalui penampilan.
Hafiz segera keluar dari biliknya menuju ke lif untuk ke tingkat 20. Ainiah segera mengukir senyum sebaik sahaja melihat wajahnya.
“ Datuk ada kat dalam?” Tanya Hafiz menghampiri meja Ainiah.
“ Ya, sedang menunggu En. Hafiz…” balas Ainiah. Dia kembali meneruskan kerjanya menaip sesuatu di komputer.
Hafiz menarik nafas panjang sebelum menghampiri pintu yang mana tertera Pengarah Urusan, Datuk Syafiq Rahman bin Datuk Hashim. Tanpa berlengah pintu tu diketuk beberapa kali.
“ Masuk”
Hafiz segera memulas tombol  pintu dan melangkah masuk dengan penuh gaya. Matanya terus menatap wajah lelaki yang berusia awal 50-an, Nampak begitu hebat berada di kerusi empuk buatan Itali. Lelaki itu sempat menghadiahkan senyuman untuk Hafiz.
“ Duduk , Fiz” pelawa Datuk Syafiq Rahman bila melihat Hafiz masih berdiri di hadapannya dan sesekali melirik ke arah seseorang yang sedang duduk di sebelahnya tanpa sedikit pun memandang wajahnya.
Hafiz duduk dengan tenang. Datuk Syafiq Rahman mengukir senyum pada dua tetamu di hadapannya.
`Hmm…Nampak sepadan, macam sedang bersanding pulak ya!` Datuk Syafiq Rahman tergelak sendiri.  Entah kenapa begitu jauh dia membuat andaian tentang mereka.
Hafiz sempat menjeling sekilas ke arah gadis di sebelahnya yang sejak dari tadi asyik diam membisu cuma  sesekali dia  membetulkan bingkai cermin mata yang dipakainya. Sempat pula dia memberi komen tentang penampilan gadis itu. Mengenakan kemeja putih dan blazer hitam, begitu juga dengan seluar panjang hitam.
`Macam lawyer pulak….hitam putih….salah pilih profesion agaknya` Hafiz tergelak kecil.
“ Apa hal papa nak jumpa Hafiz pagi-pagi ni?” Hafiz bertanya.
“ Hafiz baru sampai ya?...sejak dari tadi papa tunggu!” kata-kata yang baru keluar dari mulut Datuk Syafiq Rahman membuat Hafiz terdiam. Gadis yang berada di sebelahnya tetap berdiam diri. Dah jadi macam patung.
“ Hafiz ada hal pagi tadi” balas Hafiz selamba.
“ Ada hal…hal apa? Hal bangun lambat, begitu!...Hafiz tahu tak yang Hafiz ni bukan budak-budak, Hafiz ada tanggungjawab dan komitmen pada kerja” sergah Datuk Syafiq Rahman membuatkan Hafiz mengetap bibir. Sebenarnya dia tak suka di sergah begitu. Malu pula didengar dan dilihat gadis disebelahnya. Pasti akan jatuh standardnya.
“ Bukan selalu pa!” Hafiz tetap membela diri.
“ Bukan selalu? Fiz ingat papa tak tahu apa aktiviti Fiz setiap malam?...berpoya-poya dengan perempuan dan minum di kelab malam …Fiz dah buat papa rasa malu. Tak tahulah nak letak mana muka papa ni bila kawan-kawan papa asyik bercerita pasal perangai Fiz” Datuk Syafiq Rahman semakin meninggikan suara.
“ Bukan setiap malam…hanya sesekali aje Fiz keluar enjoy dengan kawan-kawan” Hafiz tetap mahu membela diri.
“ Papa bukan kata tak boleh…tapi kalau sampai dah abaikan kerja dan menyusahkan orang lain…papa tak suka. Minggu ni sahaja, dah 3 hari Fiz tak datang kerja tanpa bersebab.  Projek yang papa minta Fiz uruskan tu pun sampai sekarang tak siap-siap lagi…sampai bila Fiz nak teruskan dengan cara hidup begini. Berubah lah Fiz!” timbul pula rasa malu dengan sikap Hafiz yang tak sudah-sudah menyusahkan hidupnya sejak dulu. Tak ada satu pun  perkara yang menyenangkan dibuat oleh Hafiz membuatkan dia sering sakit kepala.
“ Papa….papa nak jumpa dengan Hafiz pagi-pagi semata-mata nak minta Hafiz dengar ceramah papa ke? Hafiz dah besar, pa dan baru tadi papa mengakui bahawa Hafiz bukan budak-budak lagi…..jadi, pandai-pandai Hafiz uruskan diri sendiri dan tak perlulah papa nak bimbang….Hafiz tahu, Hafiz tak sehebat dan setanding anak angkat kesayangan papa ni, tapi Hafiz boleh buktikan kemampuan Hafiz kalau Hafiz diberi peluang!”  Hafiz sudah mengangkat punggungnya. Geram betul dengan sikap papanya, selalu saja memperlekehkan dirinya. Dia sudah pun memalingkan tubuh untuk beredar.
“ Abang Hafiz!” gadis yang duduk disebelahnya tadi tiba-tiba bangun dan bersuara. Namun panggilannya tidak diendahkan oleh Hafiz, sebaliknya lelaki itu terus keluar  sambil menghempas pintu bilik dengan kuat menyebabkan Datuk Syafiq Rahman benar-benar terkedu.
“ Pa…sebenarnya…”
“ Sarah…papa tahu apa yang Sarah nak cakapkan. Biarkan dia pergi …” Datuk Syafiq Rahman mengeluh panjang. Begitu kecewa dengan sikap anaknya itu.
Sarah kembali duduk mengadap wajah Datuk Syafiq Rahman. Melihat wajah muram lelaki itu membuatkan Sarah dihimpit rasa bersalah. Kerana dia, Hafiz bersikap begitu.
“ Papa…betul juga kata abang Hafiz tadi, kita patut beri dia peluang untuk membuktikan kemampuan dia” Sarah melahirkan rasa hati.
“ Sarah…Sarah pun tahukan, papa dah banyak kali bagi peluang untuk dia membuktikan keupayaan dia pada papa tapi apa hasilnya? Dia tak akan berubah, papa takut papa tak sempat melihat dia berubah satu hari nanti.  Papa betul-betul sedih dan kecewa dengan sikap dan perangai Hafiz.  Sejak dari kecil kami didiknya dengan baik, bagi dia ilmu agama tapi ini hasil yang kami dapat. Mengecewakan! Kadang-kadang papa terfikir….apakah dosa papa sehingga dikurniakan anak seperti itu” Wajah Datuk Syafiq Rahman begitu muram. Sarah hanya diam memerhati Datuk Syafiq Rahman bangun dari kerusi dan mengatur langkah ke tingkap.
“ Jangan menyalahkan papa dengan beranggapan begitu. Abang Hafiz bersikap begitu kerana Sarah. Sejak dari dulu lagi dia memang tidak menyenangi kehadiran Sarah.  Sarah dianggap sebagai musuh, perampas kasih sayang mama dan papa dan sekarang Sarah pula dianggap sebagai merampas hak miliknya sebagai CEO di syarikat ni…Pa, ada satu cara sahaja untuk kembali dia  semula ke pangkal jalan…”
 Datuk Syafiq Rahman memandang wajah Sarah. Menanti apakah yang bakal diucapkan. Teringin sekali dia mendengar usul tu. Besar harapannya agar Hafiz terus berubah sikap.
“ Apa dia sayang?” soal Datuk Syafiq Rahman memandang wajah Sarah yang sudah berdiri di hadapannya.
“ Sarah terpaksa pergi dari sini selepas menyerahkan jawatan yang Sarah pegang sekarang pada dia” senyuman menghiasi bibir Sarah.
Datuk Syafiq Rahman menelan liur. Lama dia merenung wajah gadis yang berkaca mata dihadapannya dengan rasa sebak. Begitu sekali Sarah sanggup beralah semata-mata mahu Hafiz berubah.
“ Tak perlu….itu bukan cadangan yang baik….papa tak akan sesekali bersetuju dan papa tak ingin mendengar cadangan itu keluar dari mulut Sarah lagi, ingat…papa tak suka!” tegas Datuk Syafiq Rahman. Dia segera memaling wajahnya cuba menyembunyikan matanya yang mula berkaca. Sarah terdiam. Lama dia menunduk wajahnya merenung karpet mahal di bilik mewah itu.
****************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...