Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

NOVEL : DI PENGHUJUNG RINDU 1


oleh: Azieana

Bab 1

A
IDA  duduk di kerusi sambil menompang dagu. Sudah banyak kali matanya melirik ke arah jam tangan , dan sudah banyak kali juga dia mendengus. Wajah yang ditunggu masih tak kunjung tiba. Pelayan yang berlegar di sekitar restoran itu sudah menjelingnya beberapa kali.  Sejak setengah jam yang lalu  hanya segelas jus lemon yang dipesannya. Pelanggan yang datang lewat darinya ada yang sudah mengangkat punggung beredar. Hanya dia yang masih tercongok di situ seperti menunggu buah durian yang tak jatuh. Tebal juga mukanya bila beberapa orang pelanggan yang duduk berhampiran dengannya asyik menjeling dua tiga kali. Mungkin mereka beranggapan dia tiada wang untuk memesan hidangan atau dia menunggu seseorang yang tak mungkin berkunjung tiba.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk beredar dari restoran itu dengan perasaan sebal. Dalam hati menyumpah serapah orang yang ditunggu, seperti sengaja ingin menderanya. Dia segera mencapai beg tangan yang diletak di kerusi sebelah dan memanggil pelayan untuk membuat bayaran segelas minuman.
Telefon di dalam beg tangan diambil dan dia segera menekan scroll untuk membuat panggilan. Hanya mesej yang kedengaran membuatkan dia tambah bengang. Dia bangun dan menolak kasar kerusi yang baru didudukinya menyebabkan lagi sekali dia menjadi perhatian pengunjung di situ.
Aida mengatur langkah memasuki pusat membeli-belah. Sengaja ingin menyejukkan hati yang sedang panas membara. Akhirnya dia memilih untuk masuk ke dalam sebuah butik. Terbeliak matanya tatkala memandang satu pasangan yang sedang asyik memilih beberapa helai  gaun.  Pasangan itu kelihatan begitu mesra seperti pasangan yang begitu serasi.
“ Bedebah punya jantan, janji nak keluar dengan aku tapi pada yang sama dia keluar date dengan perempuan lain,…jaga kau…..biar kau kenal siapa aku!” Aida mengetap bibir menahan marah yang membuak. Laju langkahnya di atur  menghampiri pasangan itu.
“ Yang ini ok tak?” Tanya gadis yang memakai skirt pendek sambil memengang sehelai blause berwarna oren sambil menayang pada teman lelakinya.
Ok. Kalau you suka…you ambil…nanti I bayarkan” ujar teman lelakinya memerhati blause yang berada di tangan teman wanitanya.  Teman wanitanya segera mengukir senyum lebar.
“ Hai….Fiz, you buat apa kat sini?...setahu I, you have a date with me, ringht?…kenapa tiba-tiba you keluar dengan betina ni pulak?” Aida menghampiri pemuda itu dengan wajah menyinga.  Wajah lelaki itu terus berubah sebaik saja ditegur oleh Aida. Gadis yang berada disisnya hanya memandang dengan penuh hairan. Dalam hati tertanya, siapakah perempuan ini?
“ Hafiz, siapa perempuan ni? ….your girlfriend?” Sheila mula rasa tak selesa. Teringin juga dia nak mengayangkan mulut perempuan itu. Sesedap rasa aje memanggil dia dengan gelaran betina. Tak bolehke panggil dengan gelaran yang sopan sikit.
Aida menjeling tajam ke arah Sheila.  Rasa tak siat-siat aje muka perempuan yang tak tahu malu tu, sanggup dia merampas teman lelakinya.
“ Sheila, usah pedulikan perempuan gila ni….entah dari mana datangnya ….bila masa I ada date dengan dia…” Hafiz memandang wajah Sheila yang agak kebingungan.
I?....perempuan gila?....perempuan ni sebenarnya yang gila” Aida segera menunjal kepala Sheila membuatkan gadis itu terdorong ke belakang.
“ Apa ni? Main-main tunjal kepala orang pulak?” Sheila menolak tubuh Aida. Aida turut membalas perbuatan Sheila. Mereka berdua hampir nak bergomol kalau Hafiz membiarkannya. Apa akan jadi kalau dua perempuan itu berwrestling di butik kerananya. Buat malu aje. Entah-entah esok terus keluar dalam paper.
Sheila, let`s go…lebih baik kita pergi sekarang sebelum kita jadi bahan tontotan” Hafiz menarik tangan Sheila. Sekarang ini pun mereka sudah menjadi bahan tontonan pekerja butik dan beberapa pelanggan yang berada di butik itu.
“ Tapi….you kan belum bayar lagi blause tu” Sheila melahirkan rasa terkilan.
“ Kita datang lain kali….” Sheila terpaksa akur bila dia di seret kasar oleh Hafiz.
Aida yang masih berdiri disitu dirempuh kasar oleh Hafiz menyebabkan dia hampir jatuh tersungkur. Nasib baik dia sempat berpegang pada tiang tempat menggantung baju.
“ Hafiz…” laungan suara Aida yang agak nyaring itu memang menjadi perhatian, namun Hafiz tidak mengendahkan pangilan itu. Aida mendengus kasar.  Bibirnya diketap dan kedua-dua tangannya mengenggam penumbuk.
Sheila merenung wajah tampan di hadapannya. Lelaki itu sedang menyedut perlahan minuman tanpa menghiraukan pandangan Sheila. Baginya, kejadian tadi tidak memberi sebarang kesan untuknya kerana dia sudah lali.  Itulah bahananya mempunyai ramai teman wanita.
“ Hafiz….” Sheila bersuara.
I tak nak dengar you cakap pasal hal tadi….perempuan tu namanya Aida,….she`s one of my girlfriends….I nak you tahu yang I tak pernah serius dengan mana-mana perempuan….for me, it`s just for fun….”
Sheila terdiam.
“ Tapi…bagi I…”
“ Sheila….I tak nak you menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk hubungan kita…kita sama-sama bebas untuk memilih siapa yang kita nak sebab antara kita tak akan terjalin sebarang ikatan…I tak suka sebarang komitmen, rimas” Hafiz bersuara membuatkan Sheila kelu.
“ Ya, mungkin bagi you….semua itu sebagai satu hiburan….tapi bagi perempuan, komitmen itu penting” kata Sheila.  Dia akui dia mendekati lelaki itu kerana apa yang dimiliki oleh lelaki itu. Tapi sejak beberapa kali mereka keluar bersama, dia mula menyukai lelaki itu. Sukar untuk dihapuskan perasaan yang mula bertandang di hati.
“ Look….setakat ini pintu hati I belum terbuka untuk mana-mana perempuan….jadi, tak perlulah you nak bazirkan masa you untuk memujuk I terima you…you and me….just a friend, understand!” Hafiz mula rasa bosan. Memang dia bosan bila bercakap soal hati dan perasaan, dia rimas. Buat masa sekarang tidak sedikit pun terlintas dihatinya untuk mengakhiri zaman bujangnya. Dia belum puas untuk hidup enjoy biar pun orang tuanya asyik mendesak dia untuk memikirkan masa depannya.
*************





HAFIZ sedang bercakap di telefon bila pintu biliknya dirempuh kasar. Seorang gadis muncul di muka pintu sambil memandang tajam sebelum meluru ke arahnya. Hafiz yang tidak bersedia dengan situasi itu terdiam kaku seketika sambil merenung gadis itu.
I`ll call you back” Hafiz segera mematikan talian dan meletakkan ganggang telefon kembali.
`Kacau betul perempuan ni, main sergah aje!` rungut Hafiz sambil mendengus kasar.
“ Hafiz…!” sergah gadis itu bila Hafiz buat endah tak endah sahaja dengan kemunculannya.
Hafiz bangun dari tempat duduknya dan mengatur langkah menghampiri gadis itu. Nasib baik pintu biliknya di tutup, kalau tidak pasti perbualan mereka didengari atau pun dipertontonkan.
“ Apa halnya ni?...you masuk office sesuka hati you…you tak malu ke buat perangai tak senonoh macam ni?...kalau pun you tak fikirkan perasaan malu you, tolong fikirkan perasaan I….I tak suka staff kat sini bergossip pasal I” sergah Hafiz bengang dengan sikap gadis itu.
Gadis itu tersenyum sinis. Seperti tidak sedikit pun rasa gentar  mendengar kata-kata Hafiz itu. Malah dia mengatur langkah dengan penuh gaya menghampiri Hafiz.
“ O… tahu juga you dengan perkataan malu. Tapi you sedar  tak yang you sebenarnya tak ada perasaan malu. You dengar sini ya…I dah lama bersabar dengan you tau, kalau orang lain…”
“ Kalau orang lain apa?....apa maksud you, Aida?” Hafiz menyua mukanya betul-betul di hadapan Aida. Sengaja ingin mencabar gadis itu.
Aida diam seketika. Nampaknya dia mula rasa teragak-agak dengan tindakannya. Akhinya dia menarik nafas panjang.
“ Hafiz, I dah buat keputusan….I mahu putuskan hubungan kita dan I harap you tak akan menyesal. I dah muak dengan semua janji-janji palsu yang you taburkan selama ini”  Aida bersuara.
 Aida mengharapkan ada kata maaf  yang akan keluar dari mulut Hafiz supaya hubungan mereka masih diteruskan.walaupun dia rasa menyesal mengucapkan kata-kata itu sebentar tadi. Sayang sekali kalau dia melepaskan lelaki itu kerana bukan mudah untuk dia mendekati Hafiz dulu.
“ Baguslah. I pun dah muak nak tengok muka you. You ingat muka you tu lawa sangat! Muka macam buah gomok basi, ada hati nak jadi girlfriend I” Hafiz mencebik.  Benci rasanya untuk menatap gadis itu.
“ Apa you kata? Muka I ni macam buah gomok basi?....dasar buaya tembaga, habis manis sepah di buang!” Aida tak mahu mengaku kalah.
Hafiz ketawa membuatkan Aida makin geram. Benci dan meluat pada wajah kacak yang pernah menjadi kegilaannya.
Listen!...I tak minta semua tu tapi you yang beria nak bagi. Takkan I nak menolak kalau hidangan sudah tersedia di  depan mata. Bukan salah I…lagi pun I percaya, bukan I seorang yang diberi santapan oleh you kan?” Hafiz semakin galak menyindir membuatkan wajah Aida berubah tiba-tiba. Dia pula yang jadi tak selesa. Terasa darah sudah naik ke muka dan peluh mula menitis di dahi.
“ Hafiz….you…”Aida mengangkat tangannya ke muka Hafiz, tapi tangan Hafiz pantas memengang tangan Aida. Malah tangan itu dicengkam kuat sehingga Aida mengaduh kesakitan.
“ Lepaskan tangan I…sakitlah!” jerit Aida cuba melepaskan diri.
I memang pantang kalau ada sesiapa yang cuba mengangkat tangannya ke muka I. kalau muka I ni lebam ke atau tercalar….macam mana I nak pikat perempuan lain!” Hafiz mengetap bibir menahan marah. Tangan Aida dilepaskan.
You ni dah gila agaknya” Aida menjerit sambil menggosok-gosok tangannya yang terasa pedih akibat cengkaman Hafiz tadi.
I tak gila…tapi you yang gila sebenarnya.  You gilakan wang I, harta I dan kemesraan I!” Hafiz segera membalas kata-kata Aida membuatkan gadis itu terdiam. Hafiz tersenyum kerana dia tahu itu adalah kebenarannya. Baginya , kehadiran gadis itu tak member sebarang erti dalam hidupnya. Gadis itu hanyalah dating dari keluarga kebanyakan dan tiada sebarang kelayakan untuk memohon sebarang jawatan yang tinggi.  Dia dapat mendampingi Hafiz hanya berlandaskan kepada rupa dan penampilan yang cukup  menggoda.
“ Dengar sini ya!….you akan menyesal Hafiz, you akan menyesal suatu hari nanti ….” Aida merenung tajam wajah Hafiz yang sedang tersenyum sinis.  Dia rasa puas kerana dapat mengenakan gadis itu.
I tak akan  pernah menyesal kerana meninggalkan gadis yang tidak bermaruah seperti you….di luar sana, masih ramai lagi yang menunggu I….” Hafiz mendabik dada. Begitu bangga dengan dirinya yang telah banyak menundukkan ramai gadis.
You….”
 Aida tidak dapat meneruskan kata. Hatinya benar-benar sebak kerana dipermainkan. Tak ada gunanya dia terus berada di situ kalau hatinya akan terus terluka. Dia segera beredar dari situ dengan linagan air mata.
Beberapa staff yang sedang membuat kerja mereka agak tercengang melihat Aida yang meluru keluar dari bilik Hafiz sambil menangis teresak-esak. Namun mereka kembali meneruskan kerja kerana fenomena itu sudah menjadi kebiasaan untuk mereka. Hafiz yang berada di muka pintu hanya memandang Aida pergi dengan perasaan lega. Tapi itu hanya untuk sesaat sebelum matanya sempat membalas pandang dengan sepasang mata di balik kaca mata  tebal yang berbingkai hitam. Tajam mata Hafiz memandang wajah itu sebelum dia menoleh ke belakang menutup pintu biliknya kuat seiring dengan perasaannya yang dirasa hangat tiba-tiba. Berdentum. Bunyi pintu yang di tutup dengan kuat itu menyebabkan semua staff di bahagian itu menoleh sesama sendiri.  Kemudian senyuman mula terukir di bibir mereka.
******************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...