Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 24 November 2011

MENGGAPAI RINDU 3

oleh: Azieana

Bab 3
FARIS masuk ke MPH Bookstore. Dia melilau di balik rak, cuma mencari mana-mana buku yang menarik untuk dijadikan bahan bacaan.  Di ambil, di belek dan kemudian meletakkannya semula.
Tiba-tiba tumpuan Faris terarah pada seorang kanak-kanak lelaki yang sedang melilau di balik rak buku. Terpaku  Faris melihat kanak-kanak itu, malah dia cukup yakin bahawa dia pernah melihat kanak-kanak itu sebelumnya.
“ Aiman....Aiman....” kanak-kanak itu  melilau mencari empunya suara itu.
“ Apa la...Aiman ni.... selalu buat mama panik aje, lain kali jangan asyik nak merayau....kalau hilang, kan susah. Nanti mama tak nak bawa Aiman jalan-jalan lagi”
Sorry...Aiman janji, lain kali Aiman tak buat lagi” janji Aiman sambil tersenyum.
Ok...give me your kiss” pinta mamanya.
Aiman terus mencium kedua-dua pipi mamanya.
Faris terus mengamati mereka berdua dengan penuh minat. Dia cukup pasti yang dia mengenali wanita itu sejak beberapa tahun yang lalu. Di saat dia mengatur langkah untuk menyapa mereka...
“ Daddy....daddy....” suara girang Aiman segera mematikan langkah Faris. Faris terus berdiri kaku. Hanya matanya sahaja yang memerhati seorang lelaki yang menghampiri mereka berdua. Lelaki itu  memeluk Aiman dan  mendukungnya. Aiman terus mencium pipi lelaki itu dengan mesra sambil diperhati oleh wanita  tadi dengan senyuman.
Sorry....daddy lambat...” lelaki itu mencium pipi Aiman.
Sorry...I ada hal tadi...” lelaki itu beralih memandang wanita yang berdiri disisinya.
It`s ok....I pergi bayar buku-buku ni dulu” wanita itu terus melangkah ke kaunter untuk membuat pembayaran. Lelaki itu mengikut langkah wanita itu dari belakang.
Faris ingin terus mengikuti langkah mereka tapi panggilan telefon segera mematikan niatnya.
 “ Hello...Rya....ok, I`m on the way...you tunggu I kat situ, bye”
************

DATUK AMRAN  menyusur langkah ke tepi kolam.  Dia terus duduk di kerusi bersebelahan dengan Faris yang ketika itu sedang termenung jauh seolah-olah tidak menyedari kehadiran papanya.
“ Apa yang sedang Faris fikirkan tu?...sejak kebelakangan ni papa tengok Faris resah aje. Ada apa-apa yang Faris nak kongsikan dengan papa?” Datuk Amran berpaling mengadap wajah Faris yang agak terpingga-pinga.
“ Er....tak ada apa-apa la pa”  Faris berdalih.
Are you sure?” Datuk Amran terus memandang wajah anaknya.
Faris diam. Kemudian dia melepaskan keluhan panjang.
“ Papa yakin...ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran anak papa ni...” Datuk Amran menyentuh perlahan bahu Faris.
“ Papa...” Faris tiba-tiba bersuara.
Datuk Amran diam. Hanya matanya sahaja yang sedang memerhati wajah Faris yang agak muram itu.
“ Hmm...apa dia?....Faris tahukan yang Faris boleh harapkan papa...papa sedia berkongsi apa saja dengan Faris” pujuk Datuk Amran lembut. Kesian pula dia melihat wajah anaknya yang dilanda murung sejak kebelakangan ini.
“ Faris ternampak Intan beberapa hari yang lepas...” Faris bersuara. Kemudian dia terdiam semula.
Datuk Amran juga diam. Walaupun dia terkejut mendengar berita itu namun dia cuma mengawal diri. Biarlah Faris terus menceritakan apa sebenarnya yang berlaku kerana dia tahu itulah punca anak tunggalnya itu bersikap demikian.
“ So....”
“ Pa....Faris tak tahu macam mana nak cakap...Faris sendiri tak sangka akan berjumpa dengan dia untuk kali ke dua setelah beberapa tahun kami berpisah. Dia dah kawin pa....dah ada seorang anak lelaki ....comel budaknya”  Faris tersenyum, terbayang wajah Aiman yang keletah itu diruang matanya.
“ Faris ada cakap dengan dia?”
“ Tak...Faris tak sempat....lagi pun dia dah nampak bahagia dan Faris tak sanggup nak mengganggu kebahagiaan mereka” kata Faris.
 Dia menelan liur. Terasa begitu perit.
“ Tapi Faris masih fikirkan dia kan?”
 Datuk Amran cuba mengorek rahsia hati anaknya. Dia tahu anaknya sekarang begitu resah tapi buat masa sekarang dia tak tahu bagaimana cara untuk membantu anaknya itu. Tak kan dia nak menghasut anaknya supaya merosakkan rumah tangga orang. Itu bukan tindakan yang bijak.
“ Sebenarnya dah lama Faris cuba lupakan dia...tapi sampai sekarang wajah dia tak pernah luput dari ingatan Faris.  Faris tak sangka Faris akan bertemu dengan dia setelah sekian lama....tapi, dalam keadaan yang berbeza...apa yang patut Faris buat, pa? Faris buntu !” Faris meraup wajahnya beberapa kali. Dia cuba mengumpul kekuatan. Dia tak mahu dilihat sebagai seorang lelaki yang lemah tapi nampaknya kali ini dia benar-benar pasrah.
“ Faris boleh jumpa dia!” terluah cadangan dari mulut Datuk Amran membuat Faris terkesima.
“ Hah!”
Faris terkesima. Benar-benar terkejut.
Datuk Amran nampak tenang. Mulutnya terukir senyuman.
“ Tapi pa...” Faris teragak-agak dan keliru.
“ Tak salah kalau Faris nak jumpa dia...jumpa sebagai kawan, tapi biarlah dengan cara yang berhemah. Jangan keruhkan suasana dan hubungan. Papa tak nak timbul masalah nanti...” kata Datuk Amran. Dia begitu simpati dengan nasib anaknya itu. Takut Faris  jadi anak yang tak siuman. Asyik termenung dan bermuram durja. Dia pula yang susah hati nanti.
“ Kalau mama tahu...” Faris sangsi.
“  Mama tak perlu tahu hal ini...” Faris merenung seketika wajah papanya.
Datuk Amran tetap tenang.  Faris mengeluh perlahan. Sekurang-kurang dia tak perlu membebankan fikirannya buat ketika ini. Ternyata papanya seorang lelaki yang cukup memahami dan bersikap terbuka. Kalau bukan kerana campurtangan dari Datin Saidah, masalah dulu tak akan timbul dan dia pasti bahagia sekarang.
Datuk Amran mula menukar tajuk perbualan bila melihat kemunculan isterinya, Datin Saidah dengan senyuman meleret. Pasti ada agenda baru yang akan disampaikan oleh wanita itu sebentar lagi.
***********

INTAN.....” Intan yang sedang beratur menunggu giliran untuk membuat  di kaunter  menoleh ke arah Carol yang sedang berdiri berdekatan kaunter. Macam nak jadi makguard kat situ.
What?” soal Intan.
Carol memberi isyarat dengan menunjukkan jam tangannya.
“ Ok....you pergilah dulu....I balik sendiri...” ujar Intan. Kesian pula melihat wajah  Carol yang mula gelisah. Maklum saja gadis itu sudah pun berjanji dengan tunangnya, Jason untuk pergi mencuba baju pengantin yang akan di pakai pada bulan hadapan.
Thanks ya....Jason dah tunggu I kat luar” beritahu Carol yang agak kalut.
Never mind....send my regard for him....”
Carol mengukir senyum dan mengangguk perlahan.
Sorry....” mohon Carol.
It`s ok....”
Intan mengeluh perlahan sebaik saja Carol berlalu. Dalam hati sempat merungut kerana ramai pula orang yang beratur menunggu untuk membayar.
Sebaik sahaja selesai membuat pembayaran, Intan membibit 4 beg pastik dengan kedua-dua tangannya. Banyak betul dia membeli untuk membuat stok selama seminggu. Ketika dia berada di muka pintu keluar, tanpa sengaja dia bertembung dengan seseorang.
“ Sorry....” satu suara kedengaran membuatkan mata Intan terpaku menatap empunya suara itu. Wajahnya pucat tiba-tiba.
Exercuse me...” seorang gadis mencelah dan berdiri di tengah-tengah laluan., dia memandang tajam wajah Intan membuatkan  Intan segera berganjak ke tepi. Begitu juga orang yang bertembung dengannya tadi.
Sorry...” ucap Intan dan segera memberi laluan kepada gadis itu. Malah Intan cepat-cepat  mengatur langkah meninggalkan pasaraya itu untuk menuju ke keretanya.
“ Intan....Intan....” suara laungan lelaki yang bertembung dengannya tadi tidak diendahkan, malah makin laju pula dia melangkah. Tangannya terasa perit kerana membibit barang-barang dapur yang agak berat.
Please.... Intan...... wait”  lelaki itu meluru menghalang laluan Intan menyebabkan dia terpaksa berhenti.
“ Ada apa ni encik?....encik dah mengganggu laluan saya....” sergah Intan geram. Dah lah dia berat membibit, ada pula gangguan ditengah-tengah panas terik ni.
“ Intan...”
 Lelaki itu terus bersuara sambil menatap wajah resah Intan. Intan  mengeluh geram sambil berpura-pura melarikan pandangan. Takut nak bertembung mata. Bergetar pula hatinya saat ini. Wahai hati...janganlah kau buat hal. Aku yang akan naya nanti.
“ I tahu you kenal I...” lelaki itu bersuara sambil merenung lama wajah Intan membuatkan hati Intan makin dilanda resah. Makin berdebar.
Sorry, I memang tak kenal you...I rasa, encik ni tersalah orang” tegas Intan sambil membalas pandang pada wajah lelaki itu. Dia terus mengatur langkah menghampiri proton persona warna maron miliknya. Pintu kereta bahagian belakang di buka dan dia segera memasukkan plastic tadi di tempat duduk belakang dan cepat-cepat membuka pintu bahagian pemandu. Dia sudah bernekad untuk beredar dari situ.
“ Boleh kita bercakap sekejap?” lelaki itu menahan pintu kereta sebelum sempat Intan masuk.
“ Apa lagi?...encik tak nampak ke saya nak cepat ni!”  Intan melampias rasa marah. Mukanya terasa perit dek bahang panas  matahari.
“ Kalau bukan sekarang....boleh kita cakap lain kali?”  gesa lelaki itu, seakan tak mahu mengalah. Tangannya masih kemas memengang pintu kereta Intan.
“ Maaf ...I tak senang, lagi pun I tak ada masa nak layan orang yang I tak kenal” tanpa memberi peluang Intan membolos masuk ke dalam kereta dan terus menghidupkan enjin kereta.
Your hand, please....” Intan memandang tangan lelaki itu yang masih memengang pintu keretanya. Kalau di tutup, pasti tangan lelaki itu akan tersepit.
“ Intan, I tahu you masih kenal I...I tahu you tak bisa nak bohong perasaan you sendiri...you akan terseksa. I juga percaya, you masih tak lupa apa yang pernah berlaku antara kita dulu...” ujar lelaki itu membuatkan Intan mendegus kasar.
“ I`m sorry, En. Faris....I cuma nak tegaskan pada you, ... apa saja yang berlaku antara kita dulu sudah hilang dari ingatan. Tak payahlah nak buang masa nak ingatkan I tentang semua tu lagi” tegas itu sambil mendengus kasar.
Faris tiba-tiba mengorak senyum membuatkan Intan terpana. Menarik sungguh senyuman lelaki ini dan serta merta  membuatkan jantungnya berdegup kencang.
What?” jerkah Intan. Tak senang melihat senyuman itu. Hatinya mula dipagut resah.
“ Intan, ...you masih belum dapat melupakan I sebenarnya kan?....nama lelaki yang pernah hadir dalam hidup you!”
 Faris tersenyum. Intan menelan liur kerana dia sudah terperangkap.
“ Tolong alihkan tangan you....I nak balik...anak I dah lama menunggu!”
  Faris tetap bersikap selamba.
“ Anak you memang comel, macam mamanya juga”
Faris tersenyum. Senyumannya makin lebar melihat wajah Intan yang makin merona merah. Sejak dari dulu lagi, dia suka melihat wajah yang merona  merah itu. Menarik dan membuatkan hatinya terhibur.
“ Selamat tinggal” ucap Intan sambil menarik pintu kereta. Kali ini dia tak peduli sama ada tangan lelaki itu akan tersepit atau tidak. Yang pasti dia akan beredar dari situ.
See you later” ucap Faris sambil mengenyit matanya.
Intan menjeling tajam.
“ Gatal!”
 Intan sempat mencemuh geram. Wajahnya sudah masam mencuka.
Faris masih lagi mengukir senyum walaupun kereta Intan sudah pun bergerak meninggalkan perkarangan tempat letak kereta itu.

*****************

1 comment:

  1. hehe...sweet..
    xnak mengaku tp da tersasul sebut nama Faris...
    sukeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...